Anda di halaman 1dari 10

SMK MUADZAM JAYA

26700 MUADZAM SHAH, PAHANG

PENTAKSIRAN SETARA 2021


BAHASA MELAYU
KERTAS 1
TINGKATAN 3
1 jam 30 minit

Nama:__________________________________
Kelas:____________________

ARAHAN: Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian A, B dan C . Jawab


semua soalan.Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif
bahagian A dan pada ruang jawapan yang telah disediakan pada bahagian B dan
bahagian C di atas kertas kajang.

BAHAGIAN A
[20 markah]
[Masa dicadangkan : 30 Minit]
Soalan 1 – 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Kedai perabot itu menawarkan ________________ harga sehingga tujuh puluh peratus
untuk barangannya.
A jualan
C keratan
B potongan
D susutan

2. Zafrul, Aiman dan Ah Seng berkata kepada Cikgu Rohana, “_________________ tidak
bersalah cikgu.”
A Kita
B Mereka
C Kami
D Dia

3. Bot nelayan kecil itu terumbang-ambing apabila ______ombak.


A dihentam
B dibuai
C digoyang
D dihempas

1
4. Para murid diingatkan agar berhati-hati semasa melakukan uji kaji di _______________.
A dewan
B makmal
C padang
D perpustakaan

Soalan 5 hingga 6
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan
itu telah ditandai dengan A, B, atau C. Tandakan sama ada A, B, atau C dan tandakan D jika
tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

5. Rumahtangga Nora yang dibina selama 10 tahun itu musnah akibat perselisihan kecil.
A B C
Tiada kesalahan.
D

6. Hasil karya para pelajar-pelajar yang terpilih akan disiarkan ke dalam majalah sekolah.
A B C
Tiada kesalahan.
D

Soalan 7 hingga 8
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7. I Fikiran Alia semakin kacau memikirkan nasib malangnya.


II Kumpulan kongsi gelap itu telah mula membuat kacau.
III Adik kacau dengan abang di halaman rumah.
IV Bilik ibu kacau sekali dengan kain baju yang tersusun.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

8. I Ibunya bekerja di sekolah itu.


II Pengembara itu sesat di dalam hutan.
III Raja Iskandar memerintah di zaman itu.
IV Burung-burung pulang ke sarangnya di waktu senja.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

2
Soalan 9 hingga 10
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

9. Jejawat yang merentangi landasan kereta api itu sesak terutama pada waktu orang ramai
pergi dan balik dari tempat kerja.
A Jelawat yang merentangi landasan kereta api itu
B Jejantas yang merentangi landasan kereta api itu
C Jejari yang merentangi landasan kereta api itu
D Jejawat yang merentangi landasan kereta api itu

10. Tangan dan kakinya kering kerana tidak biasa dengan keadaan bersalji di Korea Selatan.
A Tangan dan kakinya kesat
B Tangan dan kakinya keras
C Tangan dan kakinya kejur
D Tangan dan kakinya kering

Soalan 11 hingga 12
Pilih ayat-ayat yang betul.

11. I Murid-murid sedang membersihkan kawasan sekolah.


II Saya telah menjawab surat itu.
III Haji Ibrahim sedang pandang lukisan itu.
IV Cik Maimunah akan jumpa dengan Pak Samad.
A I dan II
B II dan IV
C I dan III
D III dan IV

12. I Kami membaiki kereta kesayangan ayah.


II Pegawai itu tidak mengabaikan tugasnya.
III Ibu memandang kepada saya dengan penuh perasaan sayu.
IV Guru sedang menerangkan tentang perkara itu dengan bersungguh-sungguh.
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

Soalan 13 hingga 14
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

13. Peribahasa yang berikut membawa maksud orang tidak mengendahkan nasihat orang lain,
kecuali
A mencurahkan air ke daun keladi.
B mencurahkan garam ke laut.
C masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
D didengar ada, dipakai tidak.

3
14. Pilih peribahasa yang paling sesuai berdasarkan situasi dalam petikan di bawah.

Datuk Sharif mengharapkan para pekerjanya


dapat bekerja secara proaktif tanpa perlu
disuruh. Dengan kata lain, Dato` Rashid tidak
mahu para pekerjanya bersikap seperti
_______________________.

A si buta mendapat tongkat.


B pahat dengan penukul.
C tikus jatuh ke beras.
D itik belajar berenang.

Soalan 15 hingga 17
Baca petikan di bawah dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Hatta, maka pada suatu waktu kedua-dua orang suami isteri itu meninggal dunia.
Mereka meninggalkan dua orang anaknya itu yang masih kecil. Kedua-dua orang anak
yatim piatu itu masih belum dapat mencari nafkahnya sendiri kerana mereka masih
terlalu kecil. Segala ternakan dan harta benda peninggalan orang tuanya habis diambil
oleh orang-orang jahat, sehingga kedua-dua orang anak yatim piatu itu melarat
hidupnya. Hanya sebuah kolam ikan yang digali dan dibuat sendiri oleh ayahnya sahaja
yang masih tinggal dan tidak dapat dicuri atau diambil oleh orang-orang jahat itu. Pusaka
satu-satunya yang tinggal itulah yang selalu dijaga siang dan malam oleh kedua-dua
orang anak yang malang itu. Anak yang sulung sudah agak besar, akan tetapi sayang
sekali anak itu cacat. Kakinya kerekot, jari-jari kakinya tumbuh melekat satu sama lain,
seperti kaki itik dan kedua-dua tumitnya berlubang.

Hatta, maka pada suatu hari pergilah Si Bongsu melihat-lihat kolam ikan peninggalan
orang tuanya. Didapatinya dekat kolam itu tujuh orang wanita baru sahaja selesai mandi
dansedang bersiap-siap untuk berangkat pulang.

(Dipetik daripada prosa tradisional “Asal Padi”,


antologi Kuingin Berterima kasih,
Tingkatan 1, Dewan Bahasa dan Pustaka)

15. Yang berikut ialah harta anak yatim yang ditinggalkan oleh ibu dan bapa mereka setelah
ibu bapa mereka meninggal dunia, kecuali
A tanah
B ternakan
C kolam ikan
D harta benda peninggalan.

4
16. Apakah persoalan yang terdapat dalam petikan di atas?
A Persoalan tanggungjawab seorang abang terhadap adiknya
B Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya
C Persoalan penganiayaan terhadap anak yatim piatu
D Persoalan keberanian menentang kejahatan

17. Berdasarkan petikan di atas, mengapakah kita dilarang menganiayai anak yatim piatu,
kecuali
A Anak yatim piatu hidup dalam kesenangan
B Anak yatim piatu tiada tempat bergantung
C Anak yatim piatu tiada harta
D Anak yatim piatu cacat

Soalan 18 hingga 20
Baca seloka di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
memilih jawapan yang paling tepat.

SANTAP ISTIADAT
Santap beradat, santap istiadat, Santap nasi suap pertama,
Santap raja di majlis kebesaran, Berturut dengan suap kedua;
Santap merai, hormat-menghormat, Dua suap, ketiga sudah,
Bukan santap hendakkan kenyang, Keempatnya basuh tangan;
Santap santun dengan aturan. Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.

Nasi disuap di tangan kanan,


Lauk dibinjat sopan siuman, Ketujuh berkumur-kumur,
Sampai ke mulut mamah perlahan, Ke delapan makan sirih;
Tanda tidak gelojoh makan, Kelat jatuh ke rengkungan,
Selesai santap nasi - Seri naik ke peroman
Diiringkan seteguk minuman,
Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. Itulah santap beradat kebesaran
Di dalam riwayat zaman yang silam.

Za`ba
Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3
18. Berdasarkan rangkap kedua, mengapakah kita perlu mengunyah makanan dengan
perlahan?
A supaya tidak tercekik
B supaya mudah hadam
C supaya dihormati orang
D supaya nampak bersopan santun

5
19. Apakah tujuan sirih dimakan selepas berkumur?
A Untuk menghormati tetamu
B Untuk menaikkan seri wajah
C Untuk menjadikan nafas berbau segar
D Untuk menyempurnakan majlis santap istiadat

20. Pernyataan berikut merupakan pengajaran yang terdapat dalam seloka, kecuali
A kita harus beradab semasa makan.
B kita hendaklah bersikap serdahana dan tidak gelojoh.
C kita hendaklah mengekalkan amalan tradisi dan kebudayaan.
D kita hendaklah merendah diri dalam membuat sebarang perkara.

BAHAGIAN B
[ 25 markah ]

Soalan 1 : Sistem Bahasa

(a) Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan
tersebut dan tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

i. Haliza menceritakan tentang pengalamannya ketika bertugas di luar negara.

_________________________________________________
[1 markah ]
ii. “Kamu letak kunci kereta di manakah?” tanya ayah kepada abang.

__________________________________________________
[ 1 markah ]
iii. Dia merupakan seorang sultan yang sangat mengambil berat akan masalah
rakyatnya.

__________________________________________________
[ 1 markah ]

(b) Dalam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan tersebut dan
tulis jawapannya pada ruang yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

i. Tanggung jawab seorang guru adalah untuk memastikan para muridnya


terdidik.

_________________________________________________
[ 1 markah ]
ii. Rogayah telah membaca emel yang disampaikan oleh Razali.

6
_________________________________________________
[ 1 markah ]
Soalan 2 : Pemahaman
Baca bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teiti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Bahan 1
PANTUN BUDI
Tenang-tenang air laut, Anak beruk di tepi pantai,
Sampan kolek mudik ke tanjung, Pandai melompat pandai berlari,
Hati terkenang mulut menyebut, Biar buruk kain dipakai,
Budi yang baik rasa nak junjung. Asal hidup pandai berbudi.

Yang kurik kundi, Tingkap papan kayu bersegi,


Yang merah saga, Sampan sakat di Pulau Angsa,
Yang bak budi, Indah tampan kerana budi,
Yang indah Bahasa. Tinggi bangsa kerana bahasa.

Bunga melati bunga darat, Padang temu padang baiduri,


Bunga seroja di tepi kali, Tempat raja membangun kota,
Hina besi kerana karat, Bijak bertemu dengan jauhari,
Hina manusia tidak berbudi. Bagai cincin dengan permata.

Bunga cina di atas batu,


Jatuh daunnya kedalam ruang, (Dipetik dan diubahsuai daripada
Adat dunia memang begitu, Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2,
Sebab emas budi terbuang. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahan 2

Kita diajar oleh ibu bapa dan guru dengan belajar berbudi bahasa sejak kecil hingga dewasa,
hingga menjadi manusia yang pandai menghormati orang lain. Sikap menghormati orang lain ini
adalah menunjukkan sikap yang baik dan memancarkan akhlak yang murni.Tidak rugi berbudi
bahasa baik kerana berbudi bahasa menyumbang kepada ganjaran pahala.

Fenomena pada masa ini banyak kalangan kita yang sudah tidak menghormati orang lain
melalui kecaman, mengutuk dan memaki-hamun orang lain dalam media baharu.Perbuatan itu
menunjukkan kita tidak berbudi bahasa dan tidak menghormati orang lain. Lakukan yang terbaik
iaitu berita yang baik elok ditular, cerita yang aib jangan disebar.

Imam al-Ghazali mengemukakan teori bagaimana hati dapat diasuh, dibina dan dibentuk
agar menghasilkan budi bahasa yang mulia dan terpuji iaitu melalui ilmu latihan dan didikan,
penundukan nafsu dan syahwat dan bersifat adil dalam berkata-kata dan menjaga kelakuan.

7
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/97976/KHAS/Pendapat/Berbudi-bahasa-dalam-
kehidupan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

i. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan dua nilai murni yang boleh dijadikan
panduan dalam kehidupan.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
[3 markah]
ii. Nyatakan dua bentuk pantun berdasarkan Bahan 1.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
[3 markah]

iii. Nilai budi pekerti dan akhlak yang baik mestilah bermula dalam kehidupan berkeluarga.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja pada zaman kini
kurang berbudi bahasa?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
[4 markah]

Soalan 3 : Novel
Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang anda telah kaji di Tingkatan 3.

NILAI MURNI

Nilai merupakan salah satu unsur sastera yang diterapkan oleh penulis dalam hasil karya
mereka bagi tujuan mendidik pembaca. Berdasarkan sebuah novel yang telah kaji, berikan tiga
nilai murni beserta contoh yang berkaitan.
[10 markah]

8
BAHAGIAN C
[ 15 markah ]
Pemindahan Maklumat
Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini Soalan 1 atau Soalan 2.
Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu ringkasan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tnpa mengubah maksud asal petikan.
Masalah keradangan tonsil ialah masalah kesihatan yang agak lazim di negara kita
dan di mana-mana. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak kes perubatan ini
dilaporkan. Walau bagaimanapun, kes perubatan ini tidaklah serius dan menular. Yang
pasti, kita harus mengenal pasti simptom keradangan tonsil agar langkah kawalan dan
rawatan dapat diambil.

Yang utama, doktor akan mendapati tonsil pesakit kemerah-merahan dan bengkak.
Pada awal diagnosis, pesakit akan menunjukkan simptom seperti sakit tekak dan sukar
untuk menelan makanan. Hal ini berlaku demikian kerana tahap imunisasi seseorang
rendah. Oleh sebab itu, seseorang itu mudah demam dan menunjukkan simptom
keradangan tonsil dengan sakit di bahagian tekak dan tengkuk bengkak sedikit. Selain itu,
seseorang yang keradangan tonsil juga biasanya terdedah kepada bakteria yang terdapat
di udara sehingga mudah menghidap penyakit keradangan tonsil.

Masalah tonsil bukanlah disebabkan oleh masalah genetik atau masalah


pemakanan yang tidak seimbang. Simptom yang seterusnya ialah seseorang akan
mengalami masalah nafas berbau dan suara yang garau. Oleh sebab itu, masalah
penyakit ini tidak perlu ada pantang larang dari segi makanan. Ada juga yang disalah
rawat sebagai penyakit beguk. Yang paling penting, seseorang perlu mengamalkan gaya
hidup yang sihat agar dapat mengatasi masalah keradangan tonsil.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada


Halaman 2, Buku Teks Tingkatan 1,
KSSM, Dewan Bahasa dan Pustaka)

9
Soalan 2
Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti, kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.

Disediakan oleh,
Disemak oleh,

(MOHD HAFIZI FAIRUZ BIN ALIAS)


Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu (NORHAYATI BINTI KHAMIS)
Ketua Panitia Bahasa Melayu

Disahkan oleh,

10
(ROHANA BINTI SULAIMAN)
Ketua Bidang Bahasa

Anda mungkin juga menyukai