Anda di halaman 1dari 14

Bahagian A

[20 markah]

Soalan 1 – 4
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.
1 “ __________ sekeluarga akan melancong ke Pulau Tioman semasa cuti
sekolah bulan hadapan,” kata Encik Imran kepada jirannya.

A Dia
B Anda
C Kalian
D Kami

2 Usaha _______ obesiti dan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-
kanak perlu bermula sejak bayi lagi.

A melarang
B mencegah
C membasmi
D menghalang

3 Murid yang memenangi tiga butir pingat emas dalam Kejohanan Olahraga
Tahunan Sekolah Menengah Seri Puteri itu merupakan atlet yang ________.

A berbakat
B berpotensi
C berkemahiran
D berketerampilan

4 “Segeralah persiapkan kelengkapan untuk menyambut kepulangan putera

___________ ,“ titah tuanku kepada Bendahara.

A aku
B kita
C beta
D saya
Soalan 5 – 6

Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan denganD.

5 Feri yang terbakar di Jeti Kuala Perlis itu sudah digunakan lebih daripada 20
A B
tahun untuk menghantar penumpang ke Pulau Langkawi. Tiada kesalahan.
C D

6 Para pesta kem kecemerlangan itu berikrar akan memberikan komitmen

A B
yang sepenuhnya demi untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.
C
Tiada kesalahan.
D

Soalan 7 – 8

Pilih ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

7 I Amira memiliki markah yang paling tinggi dalam ujian itu.

II Artis popular itu memiliki bakat seni yang luar biasa.
III Azmi memiliki kemahiran dalam seni pertahanan diri.
IV Azura berjaya memiliki segulung ijazah daripada universiti tersohor itu.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

8 I Sungguh pesat bunyi enjin pesawat tentera itu.

II Haikal berlari dengan pesat sekali menju ke garisan penamat.
III Kawasan itu pesat membangun selepas pembukaan sebuah taman
Tema.
IV Teknologi digital di seluruh dunia berkembang dengan sangat pesat.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
Soalan 9 – 10

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi

kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan A, B,atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan Djika tiada kesalahan.

9 Ibu bapa perlu menyediakan mini perpustakaan ke rumah bagi menggalakkan

anak-anak membaca.

A perpustakaan mini di
B perpustakaan mini ke
C mini perpustakaan di
D mini perpustakaan ke

10 Masyarakat digesa supaya membudayakan amalan kitar semula demi untuk

melestarikan alam sekitar.

A agar melestari alam sekitar

B untuk melestarikan alam sekitar
C supaya melestari alam sekitar
D demi untuk melestarikan alam sekitar

Soalan 11 – 12

Pilih ayat-ayat yang betul

11. I Penerbangan ke Dubai terpaksa ditangghkan oleh kerana cuaca buruk.

II Ikram terkejut apabila bahunya ditepuk oleh Natha.
III Banyak aktiviti kokurikulum yang dapat disertai oleh murid-murid
Selepas tamat waktu persekolahan.
IV Berapa lamakah masa yang diambil untuk menyiapkan wau ini?

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

12 I Cikgu Angela mengajar Lee Lian dan Ai Ling tarian tradisional

masyarakat Dusun.
II Keindahan alam semulajadi di Pulau Pangkor sungguh mendamaikan
hati para pengunjung.
III Perlawanan melukis poster itu dimenangi oleh Maisara.
IV Tukang masak itu memasukkan cili sos ke dalam masakannya untuk
menambahkan kelazatan.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja

Soalan 13

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat yang berikut.

13
Semua murid mestilah belajar dengan bersungu-
sungguh untuk menimba ilmu kerana tanpa usaha
yang gigih, kejayaan tidak mungkin dapat dikecapi.

Pernyataan ini sesuai dengan peribahasa

A seperti api dalam sekam.

B belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam.
C sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
D kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.

Soalan 14 – 17 berdasarkan petikan cerpen di bawah.

Aku melihat ayah terpinga-pinga keluar dari bilikny lantas ke ruang tamu. Ayah
bertanya tentang Oren. Aku mengatakan bahawa aku tidak melihat kelibat Oren
pada pagi itu. Ayah seakan-akan baru tersedar sambil menggeleng kepalanya
beberapa kali.
Di meja makan pada pagi itu ayah bercerita kepada kami bahawa dia bermimpi
Oren pulang ke rumah semalam, dan hampir semalaman Oren bersama-sama
dengan ayah di ruang tamu.
Tiba-tiba Anis muncul di ruang dapur. Kami semua terperanjat kerana
ditangannya ialah Oren yang kami tunggu kepulangannya tetapi pada saat itu
Oren sudah tidak bernyawa lagi. “Anis jumpa Oren di celah pokok tua yang
tumbang semalam di taman permainan.”Sebaik-baik sahaja habis kenyataan
itu,mata kami sekeluarga terus tertumpu kepada ayah. Ketika itu, mata ayah mula
berkaca.

(Dipetik daripada Cerpen Oren,Antologi Kuingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,

Dewan Bahasa dan Pustaka)
14 Berdasarkan petikan cerpen, apakah yang berlaku kepada Oren?
A Oren sudah pulang ke rumah.
B Oren sudah tidak bernyawa.
C Oren bersembunyi di celah pokok tua.
D Oren bersana-sama ayah di ruang tamu.

15 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang petikan cerpen di atas?
A Ayah bermimpi bahawa Oren bermain-main di taman permainan.
B Oren tidur bersama-sama ayah di ruang tamu hampir semalaman.
C Ayah bermimpi bahawa Oren pulang ke rumah semalam.
D Ayah berasa sungguh gembira kerana Anis menjumpai Oren.

16 Yang berikut ialah perwatakan “ayah” dalam petikan cerpen, kecuali

A penyayang.
B belas kasihan.
C pilih kasih.
D prihatin.

17 Frasa mata ayah mulai berkaca yang terdapat dalam petikan cerpen
membawa maksud
A air mata berlinangan membasahi pipi ayah.
B ayah tidak dapat mengalirkan air mata.
C mata ayah dimasuki habuk.
D mata ayah digenangi air mata.
Soalan 18 – 20 berdasarkan pantun nasihat di bawah.

18 Apakah tema pantun di atas?

A Amalan hidup berjasa
B Nasihat ke arah kebaikan
C Amalan yang baik dalam kehidupan
D Cabaran dalam mengukuhkan hubungan persaudaraan

19 Yang berikut ialah persoalan yang hendak dipaparkan dalam pantun ini,
kecuali
A hubungan yang erat antara satu sama lain.
B semangat kerjasama dalam kehidupan bermasyarakat.
C sikap sombong perlu dijauhi dalam diri.
D orang yang malas berusaha tidak akan memperoleh kejayaan.

20 Nilai yang berikut terdapat dalam pantun di atas, kecuali

A kerjasama. C kesyukuran.
B rasional. D keadilan
Bahagian B
[25 markah]

1 Di setiap iklan di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruangan yang disediakan.
Anda tidak perlu menyalin iklan itu semula.

(i)
(ii) (iii)
Mari Membaca ! Kopi BAY Coklat Berbakat menulis? Ayuh sertai
Peraduan Menulis Cerpen
Ibu bapa sebagai tauladan
2020!
kepada anak-anak.

Dapatkan borang penyertaan

Nikmati hari anda dengan dan kemaskini maklumat anda
secawan kopi, Setetes rasa, di laman web http:
Bangsa Membaca, Bangsa
secebis bahagia. www//penerbitanbakti.my.
Berjaya

i) _______________________________________

ii) _______________________________________

iii) _______________________________________

(3 markah)

2 Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Kenal pasti
kesalahan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang
disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i) Tiap hari Aziz dan adiknya ke sekolah dengan menaiki bas.

________________________________________________

ii) Suasana di pasar malam itu bingit oleh suara penjual yang sedang berurusan

dengan para pembeli

_________________________________________________________________

__________________________________________________________________

(2 markah)

3 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang

berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Petikan 1
“ Selamat Hari Guru, Cikgu. Sudilah terima hadiah daripada saya yang tidak sepertinya,”
kata Ramli sambil menghulurkan satu bungkusan kepada Cikgu Fatimah sebaik sahaja
dia keluar dari pintu kereta.
“Eh! Ramli, apa yang disusah-susahkan ini? Terima kasihlah kerana ingatkan cikgu,”
kata Cikgu Fatimah sambil menerima hadiah itu dan menghulurkan begnya kepada
Ramli.
“Terima kasih kembali, cikgu!” balas Ramli sambil beredar dari situ.
“Tengok Ramli tu, dia yang mula-mula beri hadiah pada Cikgu Fatimah. Apa yang
diberinya tu entahlah,” sindir rakan sedarjahnya kepada rakan di sebelahnya apabila dia
masuk ke dalam darjah.
Ramli hanya tunduk, terharu.
Ketika Cikgu Fatimah masuk ke darjahnya pagi itu, murid-murid berebut-rebut
mendapatnya, mengucapkan selamat Hari Guru sambil member hadiah. Benar apa yang
berlaku seperti yang digambarkan oleh Ramli ketika berjalan ke rumah Pak Mustaffa
semalam. Bungkusan-bungkusan hadiah mereka itu cantik-cantik, berbalut dengan
kertas berbunga, tentu harganya mahal.

Bahan 2
(Dipetik daripada Cerpen ‘Hadiah Hari Guru’,antalogi Sehijau
Warna Daun, Tingkatan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia)

Petikan 2
Cikgu Zaleha dikerumuni banyak peminat cilik. Azizah di belakang sekali. Secara tradisi,
murid-murid yang membawa hadiah akan dipersilakan menghulurkan hadiah masing-masing ke
tangan guru mereka di hadapan tapak perhimpunan. Azizah menahan cungap. Resah menanti
giliran menyuakan hadiah ciptaanya.
“Cikgu...ini, saja yang mampu saya berikan. Jangan buka sekarang, cikgu. Buka di
rumah,’Azizah merayu kepada Cikgu Zaleha.Jemari nakal Cikgu Zaleha mencubit buc kertas
surat khabar pembalut hadiah daripada Azizah.
“Azizah,cikgu nak hadiah yang lebih besar, boleh?”
Wajah Cikg Zaleha yang begitu tulus dan penuh kesungguhan itu ditenung Azizah lama-lama.
Ingin meneka apa-apa yang tersirat di sebalik perkataan “besar” itu.
“Saya tak mampu, cikgu.saya belajar buat hadiah ini pun kerana saya tam mampu membeli
dengan wang, cikgu. Gaji bapa saya kecil sahaja. Emak tak ada gaji tetap.”Lurus luahan rasa
Azizah. Cikgu Zaleha memaut bahu kanan Azizah.
(Dipetik daripada Cerpen ‘Hadiah ’,antalogi Ku ingin Berterima Kasih, Tingkatan 1,
Kementerian Pendidikan Malaysia)
1 Berdasarkan Petikan 1 dan Petikan 2, nyatakan perkara yang dilakukan oleh
Ramli dan Azizah. (3 markah)

______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

2 Nyatakan dua nilai yang sama terdapat dalam kedua-dua petikan tersebut.
(3 markah)

______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________

3 Guru umpama lilin yang menyinari hidup kita. Tanpa guru, siapalah kita.
Pada pendapat anda, Bagaimanakah cara-cara menghormati guru?
(4 markah)

______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
4 Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji
di Tingkatan 1.

(i) Pelari Muda, karya Ghazali Ngah Azia

(ii) Destinasi Impian, karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Formula Termodinamik, karya Obasiah Haji Usman
(iv) Sejambak Bakti, karya Rejab F.I

Watak-watak sampingan membantu mewujudkan konflik dan mengembangkan jalan

cerita.

Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, nyatakan dua watak utama
berserta tiga perwatakannya. (10 markah)

___________________________________________________________________

Bahagian C
[15 markah]

Jawab sama ada Soalan 1atau Soalan 2.

1 Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam poster tersebut,tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100
patah perkataan.

PROGRAM KITAR SEMULA

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Petaling

Barang-barang yang boleh dikitar semula:

 Kaca
 Kertas
 Plastik
 Aluminium

Tarikh : 20 Oktober 2021

Masa : 8.00 pagi hingga 12.30
tengahari
Tempat : Padang Sekolah Menengah
Kebangsaan Sri Petaling
Anjuran : Kelab Alam Sekitar Sekolah
 Menjimatkan kos perbelanjaan pelupusan sampah
 Menjaga kebersihan alam sekitar
 Mengurangkan penggunaan sumber alam
2 Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
sebuah ringkasan tentang khasiat buah zaitun dalam bidang perubatan
dan kosmetik. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Pokok zaitun merupakan antara tanaman tertua di dunia.Sejarah telah

merekodkan kepelbagaian penggunaan pokok zaitun dalam bidang perubatan
dan kosmetik sejak dahulu lagi. Buahnya memiliki kandungan minyak yang
sangat berkhasiat dan kandungan mineral yang baik untuk kesihatan.
Antaranya termasuklah kalsium, magnesium, protein, dan serat yang tinggi.
Menurut kajian, buah zaitun ini juga mengandungi antioksida yang tinggi.
Dalam hal ini, buah zaitun boleh menstabilkan radikal bebas sehingga mampu
untuk melambatkan pertumbuhan sel kanser dalam tubuh.
Kandungan komposisi flavanoid yang terdapat dalam buah zaitun pula mampu
untuk merendahkan kolestrol berbahaya dalam darah dengan bertindak
sebagai agen antihistamina dan antimikrob. Flavanoid ini juga menjadi
peransang minda kepada manusia. Dengan memakan buah zaitun setiap hari,
seseorang akan dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh agar tubuh dan
asid lemak tidak tepu dalam minyak ekstrak pulpa buah zaitun juga seimbang
dari segi peratusan. Minyak daripada buah ini sangat efektif dalam
melembutkan kulit wajah dan tubuh badan. Selain itu, kandungan kalium yang
terdapat dalam minyak zaitun sangat berkhasiat untuk menurunkan tekanan
darah tinggi sekaligus mencegah risiko terkena serangan jantung yang dikenal
sebagai pembunuh secara senyap dalam kalangan masyarakat.
Sesungguhnya, buah zaitun mempunyai pelabagai khasiat untuk kegunaan
manusia. Namun begitu, untuk memasarkan produk berasaskan buah zaitun
ini, sesebuah syarikat memerlukan strategi yang jitu dengan membuat
penyelidikan pasaran, di samping perlu mengkaji isu penerimaan oleh pihak
pengguna. Pada masa yang sama, syarikat perlu memikirkan tempat yang
paling sesuai untuk pasaran buah berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai