Anda di halaman 1dari 6

LATIHAN KERTAS 01

BAHASA MELAYU
Bahagian A
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih
satu jawapan sahaja.

1 Baru pagi tadi abang Faris jambang dan misainya.


A mencantas C mencukur
B menebang D Menghakis

2 Amalan orang yang sedang sakit di hospital merupakan suatu


amalan yang mulia.
A menoleh C memandang
B menonton D menziarah

3 Kawasan tanah yang terdapat di negeri ini akan dimajukan oleh pihak
pemaju tidak lama lagi.
A terabai C terbaik
B terbiar D Tercemar

Soalan 4 -6
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah.Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu
telah ditandai dengan A, B, atau C dan jika tiada kesalahan ditandakan D. Pilih jawapan yang
paling sesuai.

4 Aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan keyakinan diri dan menyemai


rasa A B
tanggungjawab dalam diri murid-murid. Tiada kesalahan
C D

5 Saban hari, pihak media massa samaada media cetak ataupun media
elektronik A B
sering menguar-uarkan masalah gejala sosial dalam kalangan remaja.
C
Tiada kesalahan
D

6 Para peserta yang terlibat di dalam perlumbaan merentas desa peringkat


A
daerah hendaklah melaporkan diri pada pukul 7.00 pagi. Tiada kesalahan
B C D

1
Soalan 7-8
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betulnya.

7 i Penceramah itu berjaya mengupas tajuk yang disampaikan dengan jelasnya.


ii Beberapa orang pemuda sedang sibuk mengupas buah kelapa untuk kenduri
di rumah Pak salim.
iii Dinding papan rumah itu mengupas kerana sudah terlalu lama.
iv Penduduk kampung bergotong-royong mengupas daging lembu yang baru di
disembelih itu.
A i dan ii C i, ii, dan iii sahaja
B iii dan iv sahaja D ii, iii, dan iv sahaja

8 i Di kutub, air laut kuat sepanjang tahun.


ii Walaupun Mak Senah sudah tua tetapi badannya masih kuat.
iii Abang masih tidak dapat bekerja kerana luka di kakinya belum kuat.
iv Sebahagian besar penduduk kampung itu masih kuat berpegang pada adat
lama.
A i dan ii C i,ii, dan iii sahaja
B ii dan iv sahaja D ii, iii, dan iv sahaja

Soalan 9-11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu
mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

9 Ramai orang berkunjung ke pusat membeli-belah itu kerana jualan penghabisan stok
sedang diadakan.
A pusat beli-belah C pusat beli-membelah
B pusat membeli-membelah D pusat membeli-belah

10 Semua para pelajar diminta menghadiri kelas tambahan yang akan diadakan pada cuti
hujung minggu.
A Semua pelajar-pelajar C Semua para-para pelajar
B Semua pelajar D Semua para pelajar

11 Kanak-kanak itu menangis teresak-esak kerana melihat jenazah bapanya disemadikan


dalam liang lahad.
A semadikan di dalam C disemadikan di dalam
B disemadi di dalam D disemadikan dalam
Soalan 12
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

12 Amalan berjimat cermat perlu dipupuk dalam kalangan anak-anak kerana banyak
mendatangkan faedah.
A Banyak faedahnya jika amalan berjimat cermat dapat dipupuk dalam kalangan anak-
anak.
B Anak-anak yang banyak mengamalkan jimat cermat akan memperoleh kelak.
C Pemupukan tabiat berjimat cermat yang banyak akan memberikan faedah kepada anak-
anak.
D Anak-anak perlu dipupuk amalan berjimat cermat kerana banyak mendatangkan
manfaat.

Soalan 13
Pilih ayat yang betul.
13 i Kami akan menyusun meja-meja itu di bilik jamuan sebelum pulang nanti.
ii Ekspedisi mendaki perlu ditamatkan oleh kalian pada kali ini.
iii Reka bentuk Perbadanan Putrajaya ilham dari Tun Dr. Mahathir Mohamad.
iv Undang-undang jalan raya akan dikaji semula oleh pihak kerajaan dalam usaha
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di negara ini.
A i dan ii C ii dan iii
B i dan iv D iii dan iv

Soalan 14-15
Pilih peribahasa atau maksud yang paling sesuai.

14 Pada mulanya kehidupan Puan Rina sekeluarga agak susah selepas kematian suaminya.
Kini, kehidupan mereka bertambah baik apabila mereka mendapat bantuan
daripada Lembaga Zakat Selangor.
A Ibarat beban sudah ketepi C Laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur
B Ibarat burung,mata terlepas D Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan
badan terkurung segar kembali

15 Peribahasa-peribahasa di bawah ini menggambarkan bahawa seseorang yang hendak berjaya


perlulah berusaha, kecuali
A Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
B Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
C Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras
D Malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut
Soalan 16-20

Bermula warkah surat rencana, Sudahlah nasib untung yang malang,


Ikatan fakir yang sangat hina, Mengambah lautan berulang-ulang,
Sajak dan nazam banyak tak kena, Mudaratnya bukan lagi kepalang,
Daripada pendapat kurang Senantiasa di dalam nasib dan walang.
sempurna.
Hanyutlah badan ke sana ke mari,
Gerangan sungguh amatlah Segenap pesisir desa negeri,
leta, Perinya akal gelap-gelita, Bertambahlah pula sopan dan negeri,
Hemat pun rendah daif berserta, Santap nan tidak minum pun kari.
Tambahan badan miskin dan nista.
Bangun terjunun badan suatu,
Beribu ampun kiranya tuan, Gundahlah fikir tiada tertentu,
Atasnya hulu fakir nistawan, Laksana cermin jatuh ke batu,
Daripada masyghul gundah Remuk dan redam hancur di situ.
merawan,
Terperilah madah patik nin tuan. Remuk dan redam rasanya hati,
Lenyaplah fikir budi pekerti,
Dituliskan sahifah supaya nyata, Jikalau kiranya hamba turuti,
Barang yang ghairah di dalam Daripada hidup sebaiknya mati.
cinta,
Terfikir-fikir bukan menderita, (Dipetik daripada antalogi Bintang Hati,
Dakwat dan kertas tempat berkata. Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)

16 Maksud rangkai kata masyghul gundah ialah


A perasaan sedih C perasaan gembira
B perasaan takut D perasaan sayang

17 Pilih contoh gaya bahasa simile


A Laksana cermin jatuh C Daripada hidup sebaiknya mati
ke batu
B Sajak dan nazam banyak tak D Hanyutlah badan ke sana ke mari
kena

18 Dalam kehidupan, kita pasti berhadapan dengan cabaran dan rintangan. Apakah cara
yang boleh dilakukan untuk menghadapi cabaran dan rintangan tersebut?
A Berfikir dengan dipengaruhi emosi
B Sentiasa mendekatkan diri dengan Tuhan
C Tidak memikirkan apa-apa yang terjadi
D Sentiasa menjauhi orang-orang sekeliling
Soalan 19 hingga 20
Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pelbagai Kempen Antirokok melalui media massa telah dilaksanakan sejak bertahun-tahun
lamanya. Begitu juga dengan penguatkuasaan undang-undang melarang penjualan rokok kepada
pembeli berumur di bawah 16 tahun serta perlaksanaan cukai yang tinggi terhadap harga jualan
rokok. Namun begitu, bilangan perokok terus meningkat setiap tahun. Rentetan kegagalan itu,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan arahan larangan merokok di semua
restoran dan di premis makanan di negara ini berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.

Amalan merokok turut menular dalam kalangan murid sekolah. Amalan ini terang-terang
melanggar disiplin sekolah bahkan juga boleh menyebabkan keruntuhan akhlak. Perkara yang
lebih membimbangkan ialah prestasi pelajaran murid akan merosot dan seterusnya menjejaskan
masa hadapan murid. Sebaliknya bagi segelintir murid amalan merokok ini dianggap sebagai gaya
hidup yang bergaya dan dijadikan ukuran status kedewasaan. Pada mulanya, amalan merokok
hanyalah untuk suka-suka. Lama-kelamaan, tabiat merokok ini semakin parah , murid-murid mula
ketagih untuk merokok. Murid-murid yang ketagihan ini tidak menyedari bahawa perbuatan
mereka akan mendatangkan kemudaratan kepada diri mereka sendiri.

Situasi ini amat menyedihkan. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan merokok banyak
keburukannya. memudaratkan kesihatan si perokok, asap rokok juga akan membahayakan orang di
sekeliling dan mencemarkan alam sekitar. Di samping itu, merokok merupakan suatu pembaziran.
Kebanyakan murid menghabiskan wang saku yang diberikan oleh ibu bapa untuk membeli rokok.
Adakalanya, murid-murid ini rela berlapar semata-mata untuk mendapatkan sebatang rokok.
Mereka tidak sedar bahawa rokok mempunyai pelbagai jenis bahan beracun iaitu tar, nikotin, dan
karbon monoksida yang berbahaya. Hasil daripada kajian yang dilakukan, sebatang rokok yang
dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 jenis bahan kimia beracun. Malah, bahan tersebut
dapat mengancam nyawa orang lain yang menghidu asap rokok.

Berdasarkan maklumat ini, amalan ini perlu dielakkan bagi menghindarkan masalah yang lebih
serius. Bak kata peribahasa, "Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis". Dalam hal ini, ibu bapa
perlu mengambil berat terhadap anak-anak di samping bersikap tegas dalam mendidik mereka.
Pihak sekolah pula diharapkan memainkan peranan sewajarnya dalam usaha menghalang
penularan amalan merokok dalam kalangan murid.
Hanani Aiman binti Ghazali , Alor Setar, Kedah

19 Mengapakah amalan merokok dikatakan mengancam nyawa orang lain?


A asap rokok terlalu tebal dan berbau
B asap rokok mengandungi bahan kimia yang beracun
C orang ramai diberikan pendedahan tentang Kempen Antirokok
D perokok sengaja menghembuskan asap kepada orang di sekelilingnya
20 Berdasarkan petikan, pilih penyataan yang tidak benar tentang merokok.
A Mencemarkan alam sekitar
B Memudaratkan kesihatan si perokok
C Prestasi pelajaran murid akan merosot
D Mengurangkan perbelanjaan untuk membeli makanan

Anda mungkin juga menyukai