Anda di halaman 1dari 9

BAHAGIAN A (30 soalan objektif)

Arahan: Anda dikehendaki menjawab semua soalan yang diberi dengan memilih
hanya SATU jawapan yang betul sahaja.

1. Siapakah yang mengisytiharkan pembentukan Malaysia?

A. Lee Kuan Yew


B. Sir Anthony Abell
C. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
D. Tun Temenggong Jugah Anak Barieng

2. Bilakah Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan pembentukan Malasia?

A. 15 September 1963 B. 16 September 1963


C. 17 September 1963 D. 31 Ogos 1957

3. Apakah faktor pembentukan Malaysia?

A. Menjadi kuasa besar dunia


B. Menjamin keselamatan negara
C. Mengamalkan sistem demokrasi
D. Rakyat senang bergerak antara negeri

4. Apakah negeri yang TIDAK terlibat dalam pembentukan Malaysia?

A. Pahang B. Singapura
C. Filipina D. Pulau Pinang

5. Di manakah referendum telah dijalankan pada tahun 1962?

A. Borneo Utara B. Sarawak


C. Singapura D. Johor

6. Berikut adalah pemimpin yang terlibat dalam pembentukan Malaysia, KECUALI

A. Presiden Donald Trump


B. Tun Muhammad Fuad Stephens
C. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
D. Tun Temenggong Jugah Anak Barieng

1
7. Berikut merupakan langkah-langkah pembentukan Malaysia, KECUALI?

A. Permuafakatan B. Perundingan
C. Proses Perundangan D. Peperangan

8. Tujuan penubuhan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)


adalah untuk

A. Memenuhi undangan orang tempatan


B. Memberikan penerangan kepada pemimpin
C. Meninjau pendapat penduduk
D. Mendapatkan dokumen dari penduduk

9. Apakah tujuan Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan?

A Menubuhkan Malaysia
B Mendapat reaksi penduduk Singapura
C Mendapatkan keyakinanrakyat Indonesia
D Mendapatkan reaksi penduduk di Sabah dan Sarawak

10. Bilakah Hari Malaysia disambut pada setiap tahun ?

A 16 Mei C 16 Januari
B 16 Ogos D 16 September

11. Apakah nama pokok yang dijadikan nama Pulau Pinang?

A. Pokok betik B. Pokok kelapa


C. Pokok pinang D. Pokok rambutan

12. Ibu negeri Perlis adalah …………………………...

A. Kangar B. Arau
C. Padang Besar D. Kuala Perlis

13. Nama negeri ini terbentuk daripada gabungan sembilan buah luak. Apakah
nama negeri tersebut ?

A Perlis C Perak
B Sarawak D Negeri Sembilan

2
14. Negeri manakah yang dikaitkan dengan “taring anu” yang dijumpai di Pulau
Duyong ?

A Perak C Pulau Pinang


B Terengganu D Negeri Sembilan

15. Negeri manakah yang disebut dalam Sulalatus Salatin sebagai Ujong Tanah ?

A Johor C Pahang
B Perak D Sarawak

16. Antara berikut, negeri manakah yang menggunakan gelaran Yang di-Pertua
Negeri sebagai ketua negeri ?

A Johor, Negeri Sembilan dan Melaka


B Terengganu, Kelantan dan Pahang
C Pulau Pinang, Melaka dan Sabah
D Johor, Kedah dan Perlis

17. Gambar berikut menunjukkan jata negeri. Apakah negeri yang mempunyai
jata tersebut ?

A Perlis C Kelantan
B Pahang D Selangor

18. Di manakah terletaknya bandar diraja bagi negeri Johor?

A. Kuala Kangsar B. Bandar Maharani


C. Pekan D. Seri Menanti

3
19. Manakah antara kenyataan berikut adalah BENAR.?

A. Nama negeri Sabah di ambil daripada nama sebatang sungai.


B. Nama Perlis berasal daripada nama ‘ikan bilis’.
C. Nama Negeri Sembilan adalah bersempena dengan sembilan negeri
kecil yang disatukan.
D. Negeri Pulau Pinang mendapat nama daripada pedagang-
pedagang dari negara China.

20. Maklumat berikut menunjukkan lagu sebuah negeri.

Allah Selamatkan Sultan Mahkota

Apakah negeri tersebut ?

A Johor C Selangor
B Kedah D Terengganu

21.Bilakah Rukun Negara diisytiharkan ?

A 31 Ogos 1970
B 31 Ogos 1975
C 31 Ogos 1980
D 13 Ogos 1990

22. Apakah peristiwa yang membawa kepada pengisytiharan Rukun Negara ?

A Peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969


B Peristiwa kemerdekaan 31 Ogos 1957
C Pemberontakan melawan penjajah 1911
D Pembentukan Malaysia 16 September 1963

23. Jawatankuasa manakah yang bertanggungjawab dalam merangka dan


memperkenalkan Rukun Negara ?

A Jawatankuasa Setiakawan Malaysia


B Jawatankuasa Perpaduan Negara
C Jawatankuasa Antara Kerajaan
D Jawatankuasa Rukun Negara

4
24. Apakah sebab-sebab pengenalan Rukun Negara ?

I Perbezaan warna kulit


II Perbezaan fahaman politik
III Pengasingan tempat tinggal
IV Perbezaan tingkat pendapatan

A I dan II C II dan III


B I dan IV D III dan IV

25. Gambar menunjukkan amalan solat yang diamalkan oleh penganut agama
islam di negara kita.

Apakah prinsip Rukun Negara yang tepat untuk gambar tersebut ?

A Kesetiaan kepada Raja dan Negara


B Kepercayaan kepada Tuhan
C Kedaulatan undang-undang
D Kesopanan dan kesusilaan

26. Apakah yang dimaksudkan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan ?

A Berbuat baik sesame manusia


B Amalan nilai murni dalam membentuk masyarakat
C Melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan
D Sikap yang baik yang perlu diamalkan oleh masyarakat

27. Prinsip Rukun Negara yang ke-4 ialah Kedaulatan Undang-Undang.


Mengapakah kita perlu mematuhi undang-undang ?

A Supaya rakyat senang bekerja


B Supaya bekalan makanan mencukupi
C Supaya negara luar memuji rakyat tempatan
D Supaya dapat menjamin keharmonian dan keselamatan negara

5
28. Apakah prinsip Rukun Negara yang ke-3 ?

A Kepercayaan kepada Tuhan


B Kedaulatan undang-undang
C Kesopanan dan kesusilaan
D Keluhuran perlembagaan

29. Memberikan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong terdapat dalam prinsip …………………….. dalam Rukun
Negara.

A pertama C ketiga
B kedua D keempat

30. Situasi berikut merupakan cara menghayati prinsip Rukun Negara.

Ziyad, Susan dan Gopal hidup berjiran di perumahan


Taman Sentosa. Mereka hidup dalam suasana yang
harmoni

Apakah prinsip Rukun Negara yang tedapat dalam situasi tersebut ?

A Keluhuran Perlembagaan
B Kesopanan dan Kesusilaan
C Kepercayaan kepada Tuhan
D Kesetiaan kepada Raja dan Negara

6
Bahagian B ( 20 markah )

Arahan : Jawab semua soalan.

1. Negeriku

a) Warnakan bendera negeri Sarawak dengan betul ( 5 markah )

b) Tulis 2 rangkap lirik lagu negeri “Sarawak ibu pertiwiku”

_______________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________

________________________________________________________ ( 5 markah )

7
2. Rukun Negara

Rukun Negara mengandungi lima prinsip yang menjadi pegangan hidup


masyarakat Malaysia. Rukun Negara merangkumi prinsip hidup bermasyarakat
dan nilai kenegaraan

a) Berdasarkan kenyataan di atas, senaraikan 5 prinsip Rukun Negara Malaysia.

i. ____________________________________________________________

ii. ___________________________________________________________

iii. ___________________________________________________________

iv. __________________________________________________________

v. __________________________________________________________ ( 5 markah )

8
3. Negaraku Malaysia

1. Lorekkan atau warnakan negeri di mana kamu bersekolah sekarang

2. Tuliskan huruf A dalam bulatan, bagi negeri Sarawak .

3. Tuliskan huruf B bagi negeri di mana Bandar Dirajanya adalah Pekan.

4. Tuliskan huruf C bagi negeri di mana ketua negerinya adalah Yang di-Pertuan
Besar.
5. Tuliskan huruf D bagi negeri di mana ibu negerinya adalah Ipoh.

( 5 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai