Anda di halaman 1dari 6

NAMA:................................................................... TINGKATAN:.........................

SMK SEKSYEN 132 KOTA DAMANSARA


PENILAIAN AKADEMIK 1 2015
PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 1
1 JAM
_________________________________________________________________
ARAHAN
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan di kertas OMR
1. Alam semesta adalah ciptaan ______________.
A. Tuhan
B. Haiwan
C. Manusia
D. Makhluk asing
2. Siapakah makhluk yang teristimewa ciptaan Tuhan?
A. Tumbuh-tumbuhan
B. Manusia
C. Gajah
D. Bukit
3. Pemeliharaan alam sekitar di sekolah adalah tanggungjawab ____________.
A. Tukang kebun
B. Kerani sekolah
C. Pelajar sekolah
D. Seluruh warga sekolah
4. Apakah sikap yang harus ada pada diri manusia yang dilahirkan cacat anggotanya?
A. Menerima hakikat kekurangan diri
B. Menyesali kekurangan diri
C. Memarahi kejadian tuhan
D. Memusuhi tuhan
5. Pilih tingkah laku yang menunjukkan manusia menyedari wujudnya Tuhan.
A. Menghayati alam sekitar
B. Malu kerana cacat anggota
C. Tidak tahu kelebihan diri
D. Menyesali kematian saudara
6. Kita harus melakukan tugas yang diberikan kepada kita secara ____________.
A. Berterusan
B. Pecah amanah
C. Berbelah bagi
D. Jujur dan sempurna

7. Ciri-ciri orang yang amanah adalah seperti berikut, kecuali _______________.


A. Mengakui kelemahan sendiri
B. Menerima kesilapan sebagai pengajaran
C. Bertanggungjawab terhadap sebarang masalah
D. Menggunakan wang persatuan dengan sesuka hati
8. Sekiranya kita bersikap amanah, kita akan __________________.
A. Dihormati oleh semua orang
B. Dibenci oleh semua orang
C. Dihina oleh semua orang
D. Dicaci oleh semua orang
9. Anda mempunyai integriti diri sekiranya anda _______________.
A. Mencuri wang rakan anda
B. Kerap kali melakukan kesalahan
C. Pernah menggunakan wang persatuan
D. Amanah, jujur, ikhlas, dan bercakap benar
10. Pekerja awam yang amanah sentiasa mengamalkan _____________.
A. Sikap jujur dan ikhlas ketika bekerja
B. Sikap membenci rakan sepejabat
C. Sikap malas ketika bekerja
D. Rasuah di tempat kerja
11. Sekiranya kita bersikap amanah, orang mudah ______________
A. Menaruh syak wasangka terhadap kerja kita
B. Menaruh kepaercayaan terhadap kita
C. Menaruh harapan terhadap kita
D. Bersimpati terhadap kita
12. Posmen bertugas menghantar surat kepada orang ramai. Posmen bersikap amanah
sekiranya _____________.
A. Membuang surat ke tempat pembuangan sampah
B. Terus menghantar surat kepada penerima
C. Menyimpan surat di tempat lain
D. Membuka surat orang lain
13. Selvi menyebarkan cerita rakan karibnya kepada rakan lain. Sikap Selvi
menunjukkan dia tidak mengamalkan nilai __________.
A. Berdikari
B. Kerajinan
C. Keadilan
D. Amanah
14. Kita harus __________ keupayaan diri.
A. Menilai
B. Menghayati
C. Memahami
D. Menghargai

15. Bakat yang ada dalam diri seseorang haruslah __________.


A. Dibiarkan
B. Dimusnahkan
C. Dihebahkan kepada umum
D. Diasah dan dikembangkan
16. Setiap orang harus mempunyai hala hidup yang positif agar _________.
A. Kehidupan dapat dikongsi bersama orang lain
B. Kehidupan menjadi lebih bermakna
C. Kehidupan akan dipenuhi dengan kegembiraan
D. Kehidupan dapat dihayati sepenuhnya
17. Ciri-ciri manusia yang mempunyai harga diri ialah ___________.
A. Melibatkan diri dengan perkara-perkara yang ditegah oleh agama
B. Melakukan sesuatu yang melanggar norma kehidupan masyarakat
C. Menyeleweng kewangan persatuan yang telah diamanahkan
D. Menahan diri dan bersabar daripada melakukan sesuatu yang tidak baik
18. Apakah pandangan masyarakat terhadap orang yang tidak mempunyai harga diri?
A. Memandang tinggi dan menghormatinya
B. Mengiktiraf orang tersebut sebagai ahli masyarakat
C. Memandang hina dan menjauhi diri daripadanya
D. Menyanjungi orang tersebut
19. Apakah kebaikan memelihara maruah diri sebagai anggota masyarakat?
A. Kita akan dibenci oleh masyarakat
B. Kita akan disenangi oleh masyarakat
C. Kita akan disingkirkan oleh masyarakat
D. Kita akan dipandang hina oleh masyarakat
20. Siva tidak pernah mengungkit pertolongannya kepada orang lain. Siva seorang yang
__________.
A. Suka menunjuk-nunjuk
B. Mempunyai harga diri
C. Pemurah
D. Baik hati
21. Orang yang bermaruah ialah orang yang mempunyai ___________.
A. Hala tuju hidup yang positif
B. Kecantikan tersendiri
C. Kebijaksanaan
D. Peribadi mulia
22. Anda bertanggungjawab terhadap diri sekiranya anda ____________.
A. Kurang melakukan senaman
B. Mengamalkan gaya hidup yang sihat
C. Mengambil makanan yang berlemak
D. Mengotori kawasan persekitaran

23. Perlakuan yang manakah menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap diri?
A. Kumari memakai pakaian yang bersih ke sekolah
B. Salmah selalu bersenam bersama-sama adiknya
C. Tina bermain tenis dengan Ching Lung setiap petang
D. Gurmeet berbadan gemuk kerana dia suka makan aiskrim dan ayam goreng
24. Bertanggungjawab bermaksud _______________.
A. Menjaga maruah dan keselamatan diri walau di mana jua berada
B. Sanggup bertolak ansur dan mengawal diri daripada berlaku pertelingkahan
C. Beradab sopan, berbudi pekerti mulia, dan menghormati orang tua
D. Sanggup memikul tugas yang telah diberi secara jujur, amanah, dan sempurna
25. Sally sentiasa menjaga kebersihan persekitaran. Antara berikut, yang manakah tidak
menunjukkan sikap Sally?
A. Sally bertanggungjawab terhadap dirinya
B. Sally mengamalkan kebersihan
C. Sally menyayangi alam sekitar
D. Sally menyayangi diri sendiri
26. Selain daripada mengamalkan pemakanan yang seimbang, apakah cara lain anda
menjaga kesihatan diri?
A. Tidur dan rehat sepanjang masa
B. Melakukan senaman setiap hari
C. Menonton televisyen setiap masa
D. Bermain komputer setiap hari
27. Mengapakah kita memerlukan makanan yang seimbang?
A. Menjaga kesihatan diri
B. Ditimpa pelbagai penyakit
C. Mengalami masalah kegemukan
D. Kita kelihatan cantik dan menawan
28. Kebersihan sekolah adalah tanggungjawab ____________.
A. Ibu bapa
B. Tukang kebun
C. Pelajar-pelajar
D. Penjaga sekolah
29. Pilih pernyataan yang menunjukkan amalan gaya hidup yang sihat.
A. Mengambil makanan yang berminyak
B. Minum minuman yang bergas dan berakohol
C. Melakukan senaman aerobik
D. Mengelak daripada mendengar tentang ceramah kesihatan
30. Orang yang berbudi pekerti mulia mempunyai __________.
A. Tingkah laku yang mulia dan beradab sopan
B. Tutur kata yang kasar dan bersikap sombong
C. Sikap biadap ketika berbual dengan orang yang lebih tua
D. Sifat pemarah yang menyinggung perasaan orang lain

31. Antara yang berikut, perlakuan manakah adalah sopan ketika bercakap di telefon?
A. Tidak memberi salam
B. Memotong percakapan orang lain
C. Menelefon pada waktu lewat malam
D. Menunjukkan minat dalam perkara yang dibincangkan
32. Tingkah laku yang sopan haruslah diamalkan _________.
A. Di tempat-tempat tertentu
B. Apabila berada dalam majlis formal
C. Ketika bergaul dengan orang tertentu
D. Dalam apa jua situasi tanpa mengira status dan warna kulit
33. Toleransi bermaksud ____________.
A. Keupayaaan seseorang menerima setiap perbezaan
B. Menerima persamaan yang wujud di kalangan individu
C. Bertanggungjawab terhadap perbezaan yang wujud di kalangan individu
D. Tidak boleh bertolak ansur dalam hal yang berbeza dari segi agama dan
kepercayaan.
34. Sekiranya setiap orang mengamalkan sikap toleransi _____________.
A. Negara akan menjadi lebih aman
B. Manusia bertelingkah antara satu sama lain
C. Perbezaan yang wujud tidak dapat diterima
D. Hidup penduduk Malaysia menjadi kucar-kacir
35. Hidup berdikari bermaksud ________________.
A. Melakukan sesuatu dengan bantuan orang lain
B. Sanggup melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain
C. Melakukan sesuatu secara berkumpulan
D. Mengharapkan bantuan orang lain
36. Individu pada peringkat awal remaja seharusnya sudah boleh __________.
A. Melakukan kerja-kerja rumah apabila disuruh
B. Melakukan kerja-kerja rumah tanpa bantuan sesiapa
C. Melakukan kerja-kerja rumah dengan bantuan adik
D. Melakukan kerja-kerja rumah yang disukai sahaja
37. Kita mesti berdikari supaya kita ada ___________.
A. Pengaruh
B. Ketrampilan
C. Kemenangan
D. Keyakinan diri
38. Berikut merupakan ciri-ciri berdikari kecuali ____________.
A. Semangat kental
B. Berkeyakinan diri
C. Bertanggungjawab
D. Bergantung kepada orang lain

39. Ng Li Lian pelajar yang cemerlang dan memdapat semau gred A dalam PMR. Dia
mengamalkan prinsip ________.
A. Berdaya maju, berdedikasi, dan bersemngat tinggi
B. Adil, jujur, dab ikhlas dalam mengulangkaji pelajaran
C. Menghargai kebolehan diri
D. Bertanggungjawab dan amanah terhadap pelajaran
40. Cita-cita dan matlamat hidup akan tercapai sekiranya nilai utama diamalkan dalam
kehidupan. Apakah nilai utama tersebut?
A. Hemah tinggi
B. Harga diri
C. Kerajinan
D. Toleransi

Soalan tamat

Disediakan oleh

Disemak oleh

Disahkan oleh

...........................

............................

............................

Anda mungkin juga menyukai