Anda di halaman 1dari 18

SISTEM BAHASA

KESALAHAN-KESALAHAN
TATABAHASA YANG SERING BERLAKU.
PART 1
BIL KESALAHAN PEMBETULAN
1 Mini Perpustakaan mini
perpustakaan
2 Zila Restoran Restoran Zila
3 Pertiwi Klinik Klinik Pertiwi
4 Tilam itu dibuat Tilam itu dibuat daripada getah asli.
dari getah asli.
5 Sukarmi lebih Sukarmi lebih tinggi daripada abangnya.
tinggi dari
abangnya.
6 Tinggal di Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
rumah lebih
baik dari tinggal
di asrama.
7 Sara mendapat Sara mendapat markah yang tertinggi .
markah yang
tertinggi sekali /
tersungguh
tinggi.
8 Husain ialah Husain ialah peserta yang termuda / teramat muda / tersangat
peserta yang muda dalam pertandingan itu.
termuda sekali
dalam
pertandingan
itu.
9 Sekolah itu Sekolah itu telah menjalankan pelbagai aktiviti semasa "Minggu
telah menjalan Penyayang"
berbagai aktiviti
semasa
“Minggu
Penyayang”.
10 Beribu peniaga Beribu-ribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
tidak membayar
cukai
pendapatan.
11 Setengah remaja Sesetengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
suka membuang
masa di pasar
raya.
12 Dia kata kepada Dia berkata kepada saya.
saya.
13 Jangan lompat. Jangan melompat.
14 Dia senyum Dia tersenyum kepada saya.
kepada saya.
15 Cili sos Sos cili
16 Lembu itu mati. Lembu itu mati dilanggar lori.
la dilanggar lori.
17 Mereka-mereka Mereka yang bersalah akan dihukum.
yang bersalah
akan dihukum.
18 Setengah orang Setengah-setengah orang tidak suka akan rambutan.
tidak suka akan
rambutan.
19 Tiap pelajar Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin.
harus
berdisiplin.
20 Kedua orang itu Kedua-dua orang itu anggota bomba
anggota bomba
21 Sudah dua suku Sudah dua jam suku dia menunggu.
jam dia
menunggu
22 Harganya dua Harganya dua ringgit setengah.
setengah ringgit.
23 Muthu suka Muthu suka akan durian.
durian.
24 Kami lalu jalan Kami lalu di jalan itu supaya cepat sampai.
itu supaya cepat
sampai.
25 Kita mesti Kita mesti hormat akan/kepada/ terhadap guru.
hormat guru
26 Tilam itu dibuat Tilam itu dibuat daripada getah asli.
dari getah asli.
27 Suhaini lebih Suhaini lebih tinggi daripada abangnya.
tinggi dari
abangnya.
28 Tinggal di Tinggal di rumah lebih baik daripada tinggal di asrama.
rumah lebih
baik dari tinggal
di asrama.
29 Cerpen itu telah Cerpen itu telah saya karang.
dikarang oleh
saya.
30 Latihan itu Latihan itu mesti kaubuat.
mesti dibuat
oleh kau.
31 merbahaya berbahaya
32 tauladan teladan
33 keretapi kereta api
34 aturcara atur cara
35 mendokong mendukung
36 mempastikan memastikan
37 mengkebumikan mengebumikan
38 menyonteng menconteng
39 menyintai mencintai
40 mensasarkan menyasarkan
41 kasih-sayang kasih sayang
42 jawatan kuasa jawatankuasa
43 keibu-bapaan keibubapaan
44 lebuhraya lebuh raya
45 mempastikan memastikan
46 anti-dadah antidadah
47 ko-kurikulum kokurikulum
48 perlantikan pelantikan
49 urusetia urus setia
50 perabut perabot
51 pelakun pelakon
52 tips tip
53 Ramadhan Ramadan
54 hajjah hajah
55 beterbangan berterbangan
56 jurukur juruukur
57 mampan mapan
58 muslimah muslimat
59 juru wang Juruwang
60 Kereta baru Kereta baharu ayah telah dicuri orang.
ayah telah dicuri
orang.
61 Dia baharu tiba Dia baru tiba dari Kota Bharu.
dari Kota
Bharu.
62 Rumah baru Rumah baharu ayah telah dimasuki pencuri.
ayah telah
dimasuki
pencuri.
63 Baharu petang Baru petang tadi dia meninggal dunia.
tadi dia
meninggal
dunia.
64 Baharu-baharu Baru-baru ini cikgu terpilih sebagai salah seorang pembentang
ini cikgu terpilih kertas kerja.
sebagai salah
seorang
pembentang
kertas kerja.
65 Baru-barunya Baharu-baharunya buku kepunyaan cikgu
buku kepunyaan
cikgu
66 mertua mentua.
67 guris gores
68 mustika mestika
69 istirehat istirahat
70 merbahaya berbahaya
71 kerinting keriting
72 serunding serondeng
73 pensil pensel
74 kekanda kakanda
75 tips tip
76 sireh sirih
77 selsema selesema
78 agen ejen
79 cincang cencang
80 guris gores
68 mustika mestika
69 istirehat istirahat
70 merbahaya berbahaya
71 kerinting keriting
72 serunding serondeng
73 pensil pensel
74 kekanda kakanda
75 tips tip
76 sireh sirih
77 selsema selesema
78 agen ejen
79 cincang cencang
PEMANTAPAN TATABAHASA- Ayat Aktif Ayat Pasif

Jika dilihat dari segi ragamnya, ayat tunggal dalam BM terdiri daripada ayat aktif dan ayat
pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal
sebagai judul atau unsur yang diterangkan.
Ayat aktif terdiri daripada ayat transitif dan ayat tak transitif. Contohnya adalah seperti yang
berikut:

1. Ali menendang bola. (Ayat Aktif Transitif - Kata Kerja Transitif)


2. Anjing itu mengejar kucing. (Ayat Aktif Transitif)
3. Murid-murid sekolah itu sedang belajar.
(Ayat Aktif Tak Transitif - Kata Kerja Tak Transitif)
4. Adik menangis. (Ayat Aktif Tak Transitif)

Ayat pasif pula terbentuk asalnya daripada ayat aktif transitif, dan mengandungi kata kerja
yang mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Contohnya adalah
seperti yang berikut:

5. Bola ditendang oleh Ali.


6. Kucing itu dikejar oleh anjing.

Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif


Ayat pasif jenis ini merupakan ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja
pasif di- dan ter-
Contoh:

7. Barang itu sudah diambil oleh Ali semalam.


8. Tembok itu terlanggar oleh lori pada bahagian bawahnya.

Ayat pasif boleh juga dibentuk dengan kata kerja yang mengandungi imbuhan ber- dan ke-...-
an. Dalam ayat berbentuk begini bahagian oleh + FN biasanya tidak diperlukan.
Contoh:

9. Mereka kehujanan sepanjang hari.


10. Petani tua itu kepanasan setiap hari.
11. Surat anaknya belum berjawab.
12. Baju kurung untuk adik berjahit dengan benang emas.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua

Untuk ayat pasif bentuk ini, kata ganti nama diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Hal
ini demikian kerana kata ganti nama diri orang pertama dan kedua tidak boleh menerima kata
kerja dengan imbuhan pasif di-. Kata ganti nama diri orang pertama dan kedua yang hadir di
hadapan kata kerja dasar itu boleh berbentuk kata penuh ataupun kata ringkas, yakni"aku" -
"ku-", "engkau" - "kau" dsb.
Contoh:
13. Makanan itu belum aku rasai lagi.
14. Makanan itu belum kurasai lagi.
15. Hutang itu akan engkau jelaskan sepenuhnya.
16. Hutang itu akan kaujelaskan sepenuhnya.

Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga


Contoh:

17. Sajak itu ditulis oleh Cikgu Ali.


18. Tikus dikejar oleh kucing di tepi longkang.
19. Khemah itu telah didirikan oleh mereka.
20. Buku Sejarah Melaka akan dibeli oleh ayah apabila bertandang ke pesta buku esok.

Ayat Pasif dengan Kata Bantu Pasif Kena

Ayat pasif jenis ini mengandungi perkataan kena di hadapan kata kerja dasar yang tidak
menerima awalan. Binaan oleh + FN boleh, secara pilihan, digugurkan seperti contoh yang
berikut:

Contoh:

21. Pencuri itu kena tangkap (oleh polis).


22. Budak-budak itu kena kejar (oleh anjing).
23. Pemuda itu kena pukul (oleh rakannya).

Latihan:
Nyatakan sama ada ayat-ayat yang berikut gramatis atau sebaliknya.

1. Cerpen itu telah ditulis oleh saya. ( )


2. Projek tersebut telah mereka siapkan. ( )
3. Karangan itu saya telah hasilkan. ( )
4. Ladang kelapa sawit itu diusahakan oleh Pak Ali. ( )
5. Surat itu perlu kamu balas segera. ( )
6. Kaki Mei Leng tertusuk oleh duri sewaktu bermain
bola jaring di padang. ( )
7. Adik Mei Leng kena marah oleh ibu. ( )
8. Sayur-mayur itu telah Nyonya Tan beli. ( )
9. Orang tua itu sedang bersenam. ( )
10. Warkah daripada Mutu kamu perlu balas segera. ( )
11. Remaja itu kemalangan semalam. ( )
12. Hasrat tuan hamba telah hamba tunaikan kelmarin. ( )
Soalan 1: Pola Ayat

Kenal pasti pola ayat-ayat di bawah sama ada

Frasa nama + Frasa Nama (FN+FN)


Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK)
Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA)
Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN+FSN)

1. Cik Sharifah Norfisah guru Bahasa Melayu SMK Dato’ Syed Esa.
( )

2. Aiman sedang bermain bola dengan kawan-kawannya di padang.


( )

3. Hadiah yang dibungkus dengan kertas merah itu untuk ibu.


( )

4. Jam tangan yang dihadiahkan kepada Rahimah itu cantik sungguh.


( )

5. Bantuan yang diterima oleh mangsa banjir itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.
( )

6. Penari-penari yang telah membuat persembahan di Istana Budaya itu dari Korea.
( )
Soalan 2 – Ayat Susunan Biasa & Ayat Songsang

Kenal pasti susunan ayat-ayat di bawah sama ada Ayat Susunan Biasa atau Ayat Songsang.

1. Sedang sakit tenat ibu Fatimah di hospital.


( )

2. Pak Samad telah menanam beberapa rumpun serai di belakang rumahnya.


( )

3. Pada waktu petang, bermain layang-layang kanak-kanak itu di tepi


pantai. ( )

4. Pada masa kini, perlu mengamalkan budaya membaca generasi muda.


( )

5. Pemain bola sepak itu telah mengalami kecederaan yang serius.


( )

6. Berguguran dedaun kering di halaman rumahku apabila ditiup angin.


( )
LATIHAN PERIBAHASA

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia
_______________.
A buta hati
B buta huruf
C buta kayu
D buta gaji

2 Munirah tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
___________________ .
A anak buah
B anak emas
C anak tunggal
D anak bongsu

3 Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual


kerana adik ___________________.
A otak cair
B otak udang
C mulut murai
D mulut tempayan

4 Amirul mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum


pergi ke sekolah.
A alas perut
B ikat perut
C perut busuk
D perut kosong

5 Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah
mendirikan rumah tangga.
A anak tut
B anak tiri
C anak bini
D anak beranak

6 Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai


jamuan mula dihidang.
A langkah kanan
B langkah bendul
C langkah seribu
D langkah kiri

7 Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya


walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
A geli hati
B makan hati
C cekal hati
D isi hati

8 Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom


Heboh.
A harga diri
B harga mati
C tanda mata
D tanda harga

9 Pada malam itu, Shamimi ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya
telahdicerobohi pencuri.
A pekak badak
B lepas tangan
C makan hati
D tidur mati

10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para penonton
kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
A banyak mulut
B berat sebelah
C angkat kaki
D lepas tangan

11 Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu menyertai


perlumbaan jalan kaki.
A bagai cicak makan kapur
B bagai kumbang putus tali
C bagai itik pulang petang
D bagai balak terendam
12 Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering
bergaduh walaupun perkara itu kecil.
A bagai ayam disambar helang
B bagai anjing dengan kucing
C bagai katak di bawah tempurung
D bagai melepaskan batuk di tangga

13 Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________


kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai kaca jatuh ke batu
C bagai duri dalam daging
D bagai ayam disambar helang

14 Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut


dalam kemalangan itu.
A bagai melepas anjing tersepit
B bagai dihiris dengan sembilu
C bagai ayam disambar helang
D bagai kaca jatuh ke batu

15 Fatimah dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri


dengan masyarakat setempat.
A seperti lipas kudung
B seperti ayam berak kapur
C seperti bulan penuh purnama
D seperti kera sumbang

16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya


_________________________________ .
A bagai mendukung biawak hidup
B bagai ayam mengeram telur
C bagai pahat dengan penukul
D bagai wau putus tali

17 Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan


ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
A bagai mencurah air ke daun keladi
B bagai menghitung bulu kambing
C bagai berumah di tepi pantai
D bagai anjing buruk kepala
18 Hidup Mak Timah ____________________kerana setalah suaminya meninggal dunia dua
bulan lalu, rumahnya pula terbakar.
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti mendukung biawah hidup
D seperti sudah jatuh ditimpa tangga

19 Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti
__________________________________ .
A bumi dengan langit
B aur ditarik songsang
C pinang dibelah dua
D ular kena palu

20 Razali ___________________________ kerana setelah berjaya menjawat


jawatan yang tinggi di bandar dia telah melupakan ibu bapanya di kampung .
A enau dalam belukar
B kacang lupakan kulit
C aur dengan tebing
D dakwat dengan kertas

21 Salmi Farhana berasa _____________________ kerana tidak diundang ke majlis hari lahir
rakan baiknya.
A makan hati
B iri hati
C ada hati
D buah hati

22 Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________ ke taman
bunga.
A ambil hati
B ambil langkah
C ambil ringan
D ambil angin

23 Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam


pertandingan bercerita itu.
A makan hati
B jatuh hati
C iri hati
D ambil hati

24 Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi


_______________________ rakyat Malaysia.
A buah tangan
B buah mulut
C buah hati
D buah pena

25 ___________________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya telah


meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
A Makan hati
B Hancur hati
C Besar hati
D Jatuh hati

26 ___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah rumah
kosong.
A Air muka
B Ada hati
C Ada harapan
D Air tangan

27 Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankan tugas boleh


dikenakan tindakan tatatertib.
A duit hantaran
B duit pecah
C duit raya
D duit kopi

28 Cikgu Patricia Ang tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui


anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.
A ada angin
B atas angin
C naik angin
D khabar angin

29 Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna
di kedai itu.
A rambang mata
B lupa daratan
C serkap jarang
D lipas kudung

30 Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program


Hari Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan.
A pasang badan
B pasang telinga
C ambil berat
D ambil hati

31 Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu


menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
A seperti mencurah garam ke laut
B seperti kera mendapat bunga
C seperti Belanda diberi tanah
D seperti hujan jatuh ke pasir

32 Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi
sejak kecil kerana baginya _____________________________ .
A tepuk dada tanya selera
B segan bertanya sesat jalan
C harapkan pagar, pagar makan padi
D melentur buluh biarlah daripada rebungnya

33 Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika


mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
A buang yang keruh ambil yang jernih
B segan bertanya sesat jalan
C sambil menyelam minum air
D bagaimana acuan begitulah kuihnya

34 Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat, namun ada
ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.
A rambut sama hitam, hati lain-lain
B sambil menyelam minum air
C ukur baju di badan sendiri
D tepuk dada tanya selera
35 Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong
bagai ____________________________________ .
A cincin dengan permata
B kucing dengan anjing
C aur dengan tebing
D isi dengan kuku

36 Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya
kerana dia yakin _________________________________ .
A lain di mulut lain di hati
B tepuk dada tanya selera
C indah khabar daripada rupa
D belakang parang diasah lagikan tajam

37 Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti semua


arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
A seperti lembu dicucuk hidung
B seperti anjing menyalak bukit
C seperti tikus membaiki labu
D seperti murai tercabut ekor

38 Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-
muridnya_________________________________ kerana semua nasihatnya tidakmereka
endahkan.
A bagai haruan makan anak
B bagai kambing dihalau ke air
C bagai mencurah air ke daun keladi
D bagai melepaskan batuk di tangga

39 Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana kemalangan
boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.
A bagai gergaji dua mata
B bagai pahat dengan penukul
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai telur di hujung tanduk
40 Hanna Nadia seperti _____________________________________ kerana
banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
A katak di bawah tempurung
B ayam disambar helang
C kera mendapat bunga
D murai tercabut ekor
LATIHAN PERIBAHASA 2

Fahami petikan di bawah ini. Gunakan frasa yang sesuai untuk melengkapkan
perenggan yang berikut.

indah khabar daripada rupa


ada udang di sebalik batu

bertanam tebu di bibir

sudah jatuh ditimpa tangga

cepat kaki, ringan tangan

darah baru setampuk pinang

air yang dingin juga yang dapat memadamkan api

bagai kaca terhempas ke batu

Yana dan Yani merupakan adik-beradik kembar. Namun begitu,


sikap mereka berbeza. Yana seorang yang penyabar, manakala Yani agak
pemarah. Yana akan bercakap lembut dengan Yani untuk meredakan
kemarahannya, bak kata orang ____(1)____.

Sejak akhir-akhir ini, hubungan mereka agak renggang. Puncanya


ialah tindakan Yani yang menerima pelawaan rakan lamanya, Zetiy untuk
berhijrah ke Kuala Lumpur. Zety yang bermulut manis itu pula bijak memujuk
Yani agar mengikutnya. Yana yang mengesyaki sesuatu cepat-cepat menasihati
Yani. Bagi Yana, Zety itu mungkin ____(2)___ kerana selama ini hubungan Zety
dan Yani tidak begitu rapat.

“Usahlah Yani ikut Zety ke Kuala Lumpur. Sebelum ini, dia jarang-
jarang menghubungi kamu. Tetapi, kali ini tiba-tiba sahaja dia hendak mengajak
kamu ke bandar besar itu. Entah-entah ____(3)____,” nasihat Yana.

“Jangan berburuk sangka, kakak. Menurut Zety, kami akan


mendapat pekerjaan yang bagus di sana. Yani ditawarkan bekerja sebagai
eksekutif akaun,” balas Yani.

“Eksekutif akaun? Walaupun ____(4)____ kamu mendapat


tawaran sebagai eksekutif akaun? Jangan mudah terpedaya oleh kata-kata Zety
itu, Yani,” nasihat Yana lagi.
Yani tidak memperdulikan kata-kata kakaknya. Dia tetap mahu
mengikut Zety ke Kuala Lumpur. Dia ingin meraih pendapatan bulanan yang
tinggi. Dia percaya bahawa jika dia ____(5)____ , pasti dia akan mendapat
kenaikan pangkat yang lebih tinggi.

Setibanya di Kuala Lumpur, Yani berasa amat kecewa dan


hatinya ____(6)____. Jawatan yang ditawarkan kepadanya hanyalah kerani
pejabat. Bangunan pejabat itu pula ____(7)___ kerana bangunan itu agak usang
keadaannya.

Yani berasa kesal. Dia ingin pulang ke kampung semula. Namun


dia ibarat ___(8)____. Beg tangannya diragut oleh penunggang motosikal
ketika dia berjalan di kaki lima jalan raya. Yani menangis mengenangkan
nasibnya yang malang.

Anda mungkin juga menyukai