Anda di halaman 1dari 22

BAHASA MELAYU - CIKGU V.S.

LENGAM KELAS ONLINE FEB

KESALAHAN-KESALAHAN   TATABAHASA YANG SERING


BERLAKU.

BIL KESALAHAN PEMBETULAN

1 Mini perpustakaan Perpustakaan mini

2 Zila Restoran Restoran Zila

3 Pertiwi Klinik Klinik Pertiwi

4 Tilam itu dibuat dari getah asli. Tilam itu dibuat daripada getah asli.

5 Sukarmi lebih tinggi dari abangnya. Sukarmi lebih tinggi daripada


abangnya.

6 Tinggal di rumah lebih baik dari Tinggal di rumah lebih baik daripada
tinggal di asrama. tinggal di asrama.

7 Sara mendapat markah yang Sara mendapat markah yang tertinggi


tertinggi sekali / tersungguh tinggi. .

8 Husain ialah peserta yang termuda Husain ialah peserta yang termuda /
sekali dalam pertandingan itu. teramat muda / tersangat muda
dalam pertandingan itu.

9 Sekolah itu telah menjalan berbagai Sekolah itu telah menjalankan


aktiviti semasa “Minggu Penyayang”. pelbagai aktiviti semasa "Minggu
Penyayang"

10 Beribu peniaga tidak membayar Beribu-ribu peniaga tidak membayar


cukai pendapatan. cukai pendapatan.

11 Setengah remaja suka membuang Sesetengah  remaja suka membuang


masa di pasar raya. masa di pasar raya.

12 Dia kata kepada saya. Dia berkata kepada saya.


13 Jangan lompat. Jangan melompat.

14 Dia senyum kepada saya. Dia tersenyum kepada saya.

15 Cili sos Sos cili

16 Lembu  itu mati. la dilanggar lori. Lembu itu mati dilanggar lori.

17 Mereka-mereka yang bersalah akan Mereka yang bersalah akan dihukum.


dihukum.

18 Setengah orang tidak suka akan Setengah-setengah orang tidak suka


rambutan. akan rambutan.

19 Tiap pelajar harus berdisiplin. Tiap-tiap pelajar harus berdisiplin.

20 Kedua orang itu anggota bomba Kedua-dua orang itu anggota bomba

21 Sudah dua suku jam dia menunggu Sudah dua jam suku dia menunggu.

22 Harganya dua setengah ringgit. Harganya dua ringgit setengah.

23 Muthu suka durian. Muthu suka akan durian.

24 Kami lalu jalan itu supaya cepat Kami lalu di jalan itu supaya cepat
sampai. sampai.

25 Kita mesti hormat guru Kita mesti hormat akan/kepada/


terhadap guru.

26 Tilam itu dibuat dari getah asli. Tilam itu dibuat daripada getah asli.

27 Suhaini lebih tinggi dari abangnya. Suhaini lebih tinggi daripada


abangnya.

28 Tinggal di rumah lebih baik dari Tinggal di rumah lebih baik daripada
tinggal di asrama. tinggal di asrama.

29 Cerpen itu telah dikarang oleh saya. Cerpen itu telah saya karang.

30 Latihan itu mesti dibuat oleh kau. Latihan itu mesti kaubuat.

31 merbahaya Berbahaya

32 Tauladan Teladan

33 keretapi kereta api


34 Aturcara atur cara

35 mendokong Mendukung

36 mempastikan Memastikan

37 mengkebumikan Mengebumikan

38 menyonteng Menconteng

39 menyintai Mencintai

40 mensasarkan Menyasarkan

41 kasih-sayang kasih saying

42 jawatan kuasa Jawatankuasa

43 keibu-bapaan Keibubapaan

44 lebuhraya lebuh raya

45 mempastikan Memastikan

46 anti-dadah Antidadah

47 ko-kurikulum Kokurikulum

48 perlantikan Pelantikan

49 Urusetia urus setia

50 Perabut Perabot

51 Pelakun Pelakon

52 Tips Tip

53 Ramadhan Ramadan

54 Hajjah Hajah

55 beterbangan Berterbangan

56 Jurukur Juruukur

57 Mampan Mapan
58 muslimah Muslimat

59 juru wang Juruwang

60 Kereta baru ayah telah dicuri Kereta baharu ayah telah dicuri
orang.  orang. 

61 Dia baharu tiba dari Kota Bharu. Dia baru tiba dari Kota Bharu.

62 Rumah baru ayah telah dimasuki Rumah baharu ayah telah dimasuki
pencuri. pencuri.

63 Baharu petang tadi dia meninggal Baru petang tadi dia meninggal dunia.
dunia.

64 Baharu-baharu ini cikgu terpilih Baru-baru ini cikgu terpilih sebagai


sebagai salah seorang pembentang salah seorang pembentang kertas
kertas kerja. kerja.

65 Baru-barunya buku kepunyaan cikgu Baharu-baharunya buku kepunyaan


cikgu

66 Mertua mentua.

67 Guris Gores

68 Mustika Mestika

69 istirehat Istirahat

70 merbahaya Berbahaya

71 kerinting Keriting

72 serunding Serondeng

73 Pensil Pensel

74 Kekanda Kakanda

75 tips Tip

76 sireh sirih

77 selsema selesema

78 agen ejen
79 cincang cencang

80 guris gores

68 mustika mestika

69 istirehat istirahat

70 merbahaya berbahaya

71 kerinting keriting

72 serunding serondeng

73 pensil pensel

74 kekanda kakanda

75 Tips Tip

76 Sireh sirih

77 Selsema selesema

78 Agen ejen

79 Cincang cencang

 Ayat Tunggal

Ayat tunggal dibina oleh dua konstituen, iaitu subjek dan predikat. Ayat tunggal
mempunyai dua bentuk susunan, iaitu:

i.        Susunan biasa

ii.       Susunan songsang
Susunan Biasa

Dalam susunan biasa bagi ayat tunggal, kedudukan konstituen subjeknya adalah di
hadapan konstituen predikat, seperti yang terdapat dalam contoh yang  berikut:

1.       Guru itu telah memenangi hadiah pertama.

2.       [Guru itu] + [telah memenangi hadiah pertama.]

          Subjek         Predikat

3.       Kebanyakan calon peperiksaan tidak memahami soalannya.

4.       [Kebanyakan calon peperiksaan] + [tidak memahami soalannya.]

          Subjek                                           Predikat

Susunan Songsang

Ayat tunggal dalam BM boleh terbentuk dalam susunan biasa, dan boleh juga dalam
susunan songsang, melalui proses pendepanan atau penjudulan. Dalam susunan
songsang, unsur-unsur dalam konstituen predikat yang biasanya hadir selepas
subjek dipindahkan ke hadapan subjek. Unsur yang dikedepankan itulah yang hendak
diberikan penegasan, iaitu melalui proses pendepanan. Dalam BM, terdapat
sekurang-kurangnya dua proses pendepanan yang berlaku pada predikat, iaitu:

i.        Pendepanan seluruh predikat

ii.       Pendepanan sebahagian daripada predikat.

Pendepanan seluruh predikat


Contoh:

5.       [Perangainya] + [baik sungguh.]
          Subjek               Predikat

6.       [Baik sungguh] + [perangainya.]
             Predikat               Subjek
7.       [Pegawai itu] + [masih belum sampai.]
          Subjek             Predikat

8.       [Masih belum sampai] + [pegawai itu.]


          Predikat                          Subjek

Pendepanan sebahagian predikat


Contoh:

9.       [Kanak-kanak itu] + [berkejar-kejaran di padang.]


          Subjek                      Predikat

10.     [Berkejar-kejaran] + [kanak-kanak itu] + [di padang.]


          Predikat 1                Subjek                      Predikat 2

11.     [Mereka] +  [bekerja setiap pagi.]


          Subjek         Predikat

12.     [Bekerja]  +  [mereka]  +  [setiap pagi.]
          Predikat 1     Subjek          Predikat 2

Latihan
Nyatakan jenis ayat tunggal yang berikut, yakni sama ada Ayat Tunggal
Biasa (ATB), Ayat Tunggal Songsang Pendepanan Seluruh Predikat(ATS Seluruh
Predikat) atau Ayat Tunggal Songsang Pendepanan Sebahagian Predikat (ATS
Sebahagian Predikat).

1.       Sungguh malang nasibnya.


2.       Orang itu tidak akan datang lagi.
3.       Terkilan hati saya tadi.
4.       Menangis bayi itu setiap malam.
5.       Penyesalannya tidak berguna lagi.
6.       Dari seberang laut agaknya surat itu.
7.       Lumpuh orang tua itu dengan tiba-tiba.
8.       Untuk peperiksaan akhir mahasiswa itu menelaah pelajarannya.
9.       Barang-barang itu untuk ibu.
10.     Belum tentu baik barang itu.
11.     Anak pendeta belum tentu pandai.
12.     Masih teguh lagi bangunan lama itu.
13.     Di Kuala Lumpur dia sekarang.
14.     Masih pada saya tiket basnya.
15.     Membaca buku dia di perpustakaan.
16.     Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh.
17.     Pada hujung minggu ini Encik Ali akan menghadiri kursus itu.
18.     Sedang sakit tenat orang muda itu.
19.     Badannya lesu sepanjang masa.
20.     Pernah berkunjung ke ibu kota keluarga itu.
______________________________________________________________
SOALAN:   Sekolah anda telah mengadakan sambutan Hari Guru peringkat
sekolah.   Tulis laporan tentang aktiviti hari tersebut untuk dimuatkan dalam
majalah sekolah anda. Karangan laporan anda hendaklah lebih daripada 120
patah perkataan

Kerangka isi karangan

Pendahuluan -    Tajuk laporan – Laporan Aktiviti Sambutan Hari Guru


Isi-isi penting
1. Latar belakang aktiviti – nama sekolah, tempat, masa, tarikh
2. Aktiviti yang dilaksanakan
- Perhimpunan rasmi – nyanyian lagu negaraku, nyanyian Kami Guru Malaysia
- Guru-guru berpakaian seragam sekolah – tema back to school
- Persembahan guru dan pelajar
- Penyampaian hadiah dan cenderamata
- Acara meriah dan objektif tercapai
Penutup – nama pelapor dan tandatangan, tarikh laporan
(tambah isi-isi lain yang sesuai dengan acara-acara yang dijalankan sepanjang hari
sambutan tersebut.)

---------------------------------------------------------------------------------------------
CONTOH KARANGAN – FORMAT LAPORAN

Laporan Aktiviti Sambutan Hari Guru

Pada 20 Mei 2012 yang lalu, seperti tahun-tahun sebelumnya, SMK Perwira Kajang
Selangor telah menganjurkan sambutan Hari Guru peringkat sekolah.  Walaupun
acara sambutan agak lewat beberapa hari dari tarikh sambutan peringkat
kebangsaan, namun sambutan Hari Guru tersebut
tetap meriah kerana komitmen seluruh warga sekolah.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan seperti acara perhimpunan rasmi, acara


pembacaan teks ucapan penghargaan daripada Menteri pelajaran dan Pengarah
Pelajaran Negeri Selangor.

Pada sebelah pagi diadakan perhimpunan rasmi.  Semua guru dan AJK PIBG telah
bersama-sama mendengar pembacaan teks penghargaan oleh Pengetua dan Guru
Penolong Kanan.  Kemudian, pelajar-pelajar mendengar kelunakan suara guru-guru
menyanyikan lagu, “Kami Guru Malaysia”.

Selesai upacara perhimpunan, semua pelajar bergerak ke padang sekolah kerana ada
pertandingan sukaneka antara guru dengan pelajar.  Semua
pelajar terhibur dengan telatah beberapa orang guru yang menggelikan hati semaca
acara memasukkan air ke dalam botol dan acara meniup belon.

Selepas rehat, iaitu pada pukul 11.00 pagi, acara pentas dipersembahkan oleh Badan
Pengawas Sekolah.  Guru-guru diraikan dengan persembahan syair, deklamasi sajak
dan nyanyian bertemakan pengorbanan guru.

Kemudian menyusul pula acara penyampaian penghargaan daripada pelajar-pelajar. 


Beberapa orang pelajar telah tampil ke atas pentas untuk
menyampaikan cenderahati sambil mengucapkan , “Selamat Hari Guru”.

Keseluruhannya, acara sambutan pada tahun ini lebih meriah dan objektif sambutan


iaitu merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru tercapai.
Laporan disediakan oleh,                                                                                          
23 MEI 2012

(ANUAR BIN HASHIM)


Setiausaha Sambutan Hari Guru
SMK Perwira, Kajang ,Selangor

______________________________________________________________
BAHASA MELAYU- V.S.LENGAM VELU

______________________________________________________________

ESEI UNTUK BACAAN

KARANGAN:KEBURUKAN GADJET

     Pada era globalisasi ini,masyarakat  kini sering menggunaka alat untuk
berkomunikasi dengan pelbagai jenis gadget seperti telefon bimbit.Hal ini
demikian,masyarakat lebih terpengaruh dengan gadjet kerana bagi mereka gadjet
adalah sebahagian medium yang penting untuk mereka berinteraksi sama ada dalam
atau luar negara.Namun begitu,gadjet boleh membawa kesan yang buruk kepada
pengguna khususnya pelajar sekolah.Malah,sesetengah ibu bapa juga ada yang
berkemampuan untuk memberikan gadjet kepada anak-anak kerana alasannya untuk
kegunaan kecemasan.
  Isi 1 : penyalahgunaan dengan keseronokan dan kepuasan jiwa seseorang.

      Antara keburukan gadjet adalah sesetengah masyarakat yang menyalahgunakan


gadjet sebagai keseronokan dan kepuasan jiwa mereka .Hal ini menyebabkan mereka
lebih obses dengan kecanggihan gadjet yang mempunyai banyak kegunaanya.Sebagai
contohnya,melayari internet dan menonton pelbagai video-video di laman sosial
seperti Youtube.Kesimpulanya,ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak supaya
menggunakan gadjet dengan sebaiknya.

Isi 2 : menyebabkan masalah kewangan.

    Selain itu,penggunaan telefon bimbit juga menyebabkan masalah kewangan


kepada pelajar yang menggunakannya.Hal ini kerana ,masalah  kegunaan telefon
bimbit yang memerlukan kredit prabayar untuk menghantar dan menerima panggilan
telefon mahupun sms yang terlalu banyak atau melebihi kemampuan .Sebagai
contohnya,pelajar yang sanggup mengikat perut untuk  menyimpan wang yang
diberikan oleh ibu bapa mereka semata-mata untuk membeli kredit
prabayar.Ringkasnya,ibu bapa perlu mengambil berat tentang kelakuan anak-anak
mereka yang sering meminta wang dengan berlebihan.

Isi 3 :pembaziran masa

    Di samping itu,menggunakan gadjet juga salah satu daripada keburukannya adalah
pembaziran masa .Hal ini menyebabkan pengguna banyak menghabiskan masanya
dengan melayari Facebook,Whatsaap,twitter dan laman sosial yang lain Sebagai
contohnya semua masa yang terluang untuk mereka beriadah, membaca buku
,berjumpa rakan-rakan dan masa dengan keluarga telah menjadi terhad buat
mereka.Sesungguhnya,penggunaan gadjet hendaklah diseimbangkan supaya pengguna
dapat menghargai masa yang terluang dengan perkara yang lebih berfaedah kerana
‘Masa itu emas’

Isi 4:perbualan antara rakan rakan dan keluarga semakin berkurangan

   Seterusnya,berkomunikasi atau perbualan antara rakan-rakan dan keluarga kini


semakin berkurangan.Hal ini berlaku disebabkan pengguna terlalu sibuk melayan
gadjet dengan berkomunikasi  dengan rakan-rakan lain  atau melayari  pelbagai
laman sosial.Contohnya,apabila berada di kedai makan , sambil menunggu pesanan
masing-masing hanya  melihat pada gadjet sahaja tanpa menghiraukan kawasan
sekeliling.Tegasnya,berkomunikasi antara rakan-rakan dan keluarga boleh
mengeratkan lagi kemesraan antara satu dengan yang lain.

       Tuntasnya, Setiap daripada pengguna  haruslah diingatkan supaya tidak terlalu


obses dengan gadjet kerana secara tidak langsung boleh memudaratkan diri sendiri.
Mungkin ini adalah sebahagian daripada gaya hidup masyarakat pengguna yang mahu
kelihatan tampak bergaya dan mengikut cara-cara pengguna  terkini  namun
hendaklah dilakukan secara berpada-pada supaya tidak mengabaikan keperluan lain
dalam kehidupan seharian.

______________________________________________________________

Karangan Fakta: Gejala sosial dalam kalangan remaja


Pendahuluan:-

      Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat dari semasa ke
semasa. Hal ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa
khususnya. Masalah sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan sebagainya
semakin hangat diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah menjadi isu yang
serius dipaparkan dalam  akhbar kebelakangan ini. Oleh itu, kita tidak seharusnya
memandang remeh akan masalah tersebut. Terdapat beberapa masalah sosial ini
terjadi kepada golongan remaja khususnya.

    Isi: kurang mendapat didikan agama

     Antaranya ialah ibu bapa kurang memberi didikan agama dan moral kepada
mereka.Hal ini menyebabkan mereka akan berasa terlalu bebas untuk melakukan
pelbagai perkara.Sebagai contohnya, membenarkan mereka keluar rumah hingga
lewat malam tanpa menghiraukannya. Oleh itu,perkara ini menyebabkan remaja
kehilangan pegangan dalam kehidupan dan bertindak sesuka hati. Jelaslah,ibu bapa
seharusnya memberikan didikan agama dan moral kepada mereka sejak kecil lagi bak
kata pepatah ‘melentur buluh ,biarlah dari rebungnya’.

Isi: tidak memberikan kasih sayang sepenuhnya

   Selain itu,ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-
anak.Hal ini kerana,ibu bapa terlalu menyerahkan tanggungjawab mendidik dan
mengasuh anak-anak mereka kepada pembantu rumah atau pengasuh mereka dan
sibuk bekerja ibarat kera di hutan disususkan,anak di rumah mati kelaparan.Sebagai
contohnya,ibu bapa bekerja hingga lewat malam dan bekerja keras sehingga tidak
menghiraukan anak-anak mereka di rumah. Kesimpulannya,sikap ibu bapa yang bagai
enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing masing harus dibuang supaya
anak-anak dapat merasakan kasih sayang yang secukupnya bagai menatang minyak
yang penuh.

Isi:pengaruh dengan rakan sebaya

   Di samping itu,remaja juga mudah terpengaruh dengan rakan sebaya.Hal ini


kerana,boleh menyebabkan masa depan mereka akan terjejas sekiranya mereka
salah memilih rakan.Sebagai contohnya,mereka mudah terpengaruh dengan rakan
seperti merokok,merempit, vandalisme,dan ponteng sekolah.Tuntasnya,akhlak yang
buruk akan merosakkan diri seseorang remaja seperti cuka merosakkan madu.

Isi: pengaruh media massa

   Seterusnya,pelajaran seseorang remaja itu akan turut terjejas.Hal ini


demikian,kerana remaja akan sering ketinggalan dalam pelajaran sekiranya mereka
sering memonteng sekolah dan mereka juga tidak dapat memberikan perhatian
sepenuhnya di dalam kelas ketika guru mengajar.Tegasnya,ibu bapa seharusnya
mengambil berat tentang mereka supaya mereka berubah dan tidak membiarkan
mereka melakukan perkara yang tidak berfaedah ‘seperti nasi sudah menjadi bubur’.

Penutup:-

   Ringkasnya,kekurangan pengawasan dan sikap tidak prihatin ibu bapa terhadap


aktiviti dan pelakuan anak-anak mereka menjadi penyebab gejala ini kian
merebak.Dengan berbuat demikian,ibu bapa perlu sentiasa mengambil berat dan
mengawasi setiap pergerakkan anak-anak mereka yang mencurigakan.Sekiranya
semua ibu bapa mengambil pendekatan sedemikian,gejala ini akan dapat diatasi
dengan mudah.Jelaslah ibu bapa memainkan peranan yang amat penting dan tidak
boleh hanya mengharapkan pihak lain sahaja.
 
__________________________________________________________

KATA GANDA

Isi tempat kosong dengan kata ganda yang sesuai.

1 Petani memasang __________ di tengah sawah untuk menakutkan burung.

A kisi-kisi B orang-orang C tupai-tupai D layang-layang

2 Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah

selesai ditayangkan.
A riuh-rendah B gelap-gelita C porak-peranda D terang-benderang

3 Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti

mewarna.

A comot-momot B koyak-rabak C serba-serbih D compang-camping

4 Ideanya telah ditolak _________ oleh majikannya.

A hidup-hidup B bulat-bulat C betul-betul D terang-benderang

5 Pak Chee suka makan sup ____________ ikan.

A bebola B jejari C dedaun D kekabu

6 Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan

Tan Sri P. Ramlee.

A teresak-esak B terkebil-kebil C terbahak-bahak D tergelak-gelak

7 Kemalangan sering berlaku di jalan yang __________ itu.

A berkelip-kelip B berpinar-pinar C berderet-deret D berliku-liku

8 Bantal yang berisi __________ amat lembut sekali.

A dedaun B kekabu C bebola D bebiri

9 Ayah menyapu __________ kering yang gugur dari pohon manggis itu.

A dedaun B kekabu C bebola D bebiri

10 Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar

langit itu.

A haru-biru B keluh-kesah C kusut-masai D tunggang-langgang

11 Sereena membalut hadiah itu ___________.

A kemas-kemas B ketat-ketat C kuat-kuat D erat-erat

12 Sebilangan besar murid sekolah itu mengalami __________ akibat keracunan makanan.

A lemah-longlai B lemah-gemalai C hiruk-pikuk D cirit-birit

13 Sheela menangis __________ apabila menyedari cintanya terhadap pemuda itu tidak

Berbalas
. A tercungap-cungap B terbahak-bahak C teresak-esak D tersipu-sipu

14 Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu

merupakan jalan pintas.

A ulang-alik B bolak-balik C mundar-mandir D lalu-lalang

15 Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang

digunakan untuk menyimpan air minuman.

A kekuda B sesiku C kekisi D lelabu

16 Berbasikal secara ____________ di jalan raya boleh mengundang kemalangan.

A bersaing-saing B berbaris-baris C berluncur-luncur D berderet-deret

17 Banyak __________ rendang yang ditahan di kawasan rekreasi itu.

A dedahan B pepohon C dedaun D reranting

18 Ada sebuah busut __________ di bawah pokok ketapang itu.

A jentik-jentik B pijat-pijat C anai-anai D kura-kura

19 Keluarga Encik Zain seronok ___________ di kawasan air terjun yang popular itu.

A ulang-alik B lalu-lalang C mundar-mandir D mandi-manda

20 Muka Aliyah menjadi ___________ apabila diusik oleh rakan-rakannya.

A kebiru-biruan B kemalu-maluan C keanak-anakan D kemerah-merahan

21 Rancangan itu dilakukan secara __________ sehingga tiada sesiapa pun yang

mengetahuinya.

A lambat-laun B sorok-sorok C senyap-senyap D sayup-sayup

__________________________________________________________

NOVEL –DESTINASI IMPIAN 


Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh basikal oleh Johari, Firdaus dan
Azlina. Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru adalah untuk
menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan mereka sejauh 50 kilometer. Firdaus sentiasa
merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka sangat jauh dan dia berasa letih.
Johari dan Azlina memberikan dorongan semangat dan pelbagai nasihat agar perjalanan
mereka diteruskan. Tujuan Johari mengajak Firdaus dan Azlina adalah untuk mengajar
mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan berani. Firdaus berasa bangga kerana
berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib Baru. Kawan-kawan Firdaus berasa bangga
atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan sedar
serta tidak bersikap angkuh.

SINOPSIS MENGIKUT BAB [KLIK DI SINI]


TEMA :

Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi cabaran
dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar dan mencabar.
Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka dicabar. Firdaus
seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam keluarga

PERSOALAN :
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:

i.    Jiwa remaja yang mudah memberontak

Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima
cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami
kesusahan.

ii.   Keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain.

Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-
cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.

iii. Keberanian mengharungi rintangan

Contoh:  Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup


menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar,
dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.

iv.  Keinsafan setelah sedar dari kesilapan

Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau seorang
yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas di pantai, dia
mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

v.   Usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan


Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke destinasi
Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan bekerjasama semasa dalam
perjalanan.

Contoh persoalan:
     
          Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat
beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, ialah Jiwa remaja yang mudah
memberontak
Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan menerima cabaran.
Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila mengalami kesusahan.
Selain itu, Keberanian mengharungi rintangan juga salah satu persoalan dalam novel ini. 
Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup menerima
cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang pelajar, dia
mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar. Persoalan terakhir ialah keinsafan setelah
sedar dari kesilapan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan.
Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa lemas
di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

WATAK DAN PERWATAKAN :

Firdaus : Watak utama

 Tinggi lampai, berambut keriting halus, berhidung mancung, dan berkulit putih.
 Tingkah laku agak keperempuanan.
 Seorang yang gemar duduk di rumah berbanding dengan melakukan aktiviti luar.
 Suka menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan melakukan kerja-
kerja perempuan.
 Selalu dimanjakan.
 Gemar membaca cerita-cerita bintang filem dan penyanyi.
 Cepat marah apabila kepenatan.
 Suka berdendam.
 Meminati Mazlinda.

Azlina : Watak sampingan

Gadis berusia 16 tahun.


 Bertubuh kurus dan tinggi lampai.
 Olahragawati Sekolah Menengah Kapar.
 Adik kepada Firdaus.
 Suka mencabar Firdaus.
 Seorang yang kuat semangat.
 Sentiasa riang dan cergas.
 Suka akan cabaran.
 Mempertahankan abangnya yang selalu diejek oleh rakan-rakan.
 Suka mengkritik dan tidak mudah melenting apabila dikritik.

Johari :

Sepupu Azlina dan Firdaus.


 Mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia.
 Suka berbasikal.
 Suka membaca.
 Suka akan cabaran.
 Suka memberi nasihat kepada sepupunya.

Mazlinda :

Rakan sekelas Firdaus.


 Diminati oleh Firdaus dalam diam-diam.
 Anak orang berada.
 Berpura-pura tidak pandai berenang.
 Menyelamatkan Firdaus yang lemas di Pantai Morib.

Sazali dan Mokhsin :

Rakan sekelas Firdaus.


 Suka mengejek Firdaus.
 Turut memberikan sokongan kepada Firdaus dengan menunggu ketibaan Firdaus di
Pantai Morib.

Gaya Bahasa :

1. Peribahasa
Bagaikan langit dengan bumi.
Aku tersenyum. Ternyata perbezaan antara Azlina dengan Firdaus semenjak meninggalkan
rumah tadi, bagaikan langit dengan bumi.
Macam kacang lupakan kulit.
“Abang ni macam kacang lupakan kulit. Tak tahu mengenang budi orang.” 

2. Simile

Debar di dadaku bagaikan hempasan ombak di pantai sana.


Aku tersenyum. Aku berasa bangga bagaikan setitik minyak jatuh ke permukaan air
mengembang seluas-luasnya dalam hatiku.

3. Hiperbola

Makin kuat gelak ketawa kami. Dan aku berasa seluruh kepenatan yang menggayuti tubuhku
hilang serta-merta. Mengapa?

4. Metafora

Tetapi, bukankah aku lebih hebat kerana Mazlinda ke sini semata-mata kerana mahu
menyambutku! Gunung kebanggaan di hatiku menjadi semakin tinggi.

5. Sinkope

“Kalau abang nak berjalan sampai ke Morib pun saya boleh temankan.”
Azlina tergelak memandangku, kemudian memandang abangnya.

LATAR MASA :

 Pukul 7:00 pagi


 Pukul 2:30 petang
 Pukul 3:00 petang
 Pukul 3:30 petang
 Hari Sabtu bulan Jun

LATAR MASYARAKAT : 

 Masyarakat yang gemar membaca


 Masyarakat yang tidak mempercayai kata-kata orang lain melainkan melihat dengan
sendiri.
 Masyarakat lelaki yang bertingkah laku lembut.
 Masyarakat yang sentiasa menjadi bahan usikan.
 Masyarakat yang tegas.
 Masyarakat yang prihatin.

LATAR TEMPAT :

Gerai air tebu


 Tepi jalan
 Tapak perkhemahan
 Di bawah pokok ru

NILAI : 
(i) Cinta akan bahasa kebangsaan

Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya dan
mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.

(ii) Keberanian

Mazlinda berani menyelamatkan Firdaus yang kelemasan di lautan.

(iii) Keprihatinan

Johari prihatin memberikan bantuan kepada Azlina semasa Azlina luka akibat terjatuh dari
basikalnya.

(iv) Bertanggungjawab

Johari dan Azlina rasa bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran
Firdaus agar menjadi lelaki yang sejati.

(v) Semangat setia kawan

Rakan-rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus
yang telah berjaya menghabiskan kayuhannya.
Contoh Jawapan untuk soalan berkaitan Nilai :

            Berdasarkan novel,Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat


beberapa nilai dipaparkan dalam novel ini. Di antaranya, nilai  cinta akan bahasa
kebangsaan .Azlina cinta akan bahasa kebangsaan. Dia sanggup memberhentikan basikalnya
dan mengambil gambar beberapa papan tanda yang mempunyai kesalahan bahasa.
Seterusnya, nilai kedua ialah nilai bertanggungjawab. Johari dan Azlina rasa
bertanggungjawab untuk mengubah tingkah laku dan pemikiran Firdaus agar menjadi lelaki
yang sejati. Nilai terakhir dalam movel ini  ialah nilai semangat setia kawan . Rakan-
rakan Firdaus sanggup mendirikan khemah di Pantai Morib bagi menyambut Firdaus yang
telah berjaya menghabiskan kayuhannya.

PENGAJARAN

·         Kita janganlah mempunyai perasaan hasad dengki dalam diri.


·         Kita janganlah menghina sesama sendiri.
·         Kita hendaklah berani menyahut cabaran.
·         Kita haruslah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan.
·         Kita janganlah berdendam terutamanya kepada adik-beradik.
·         Kita janganlah bercakap bohong.

Contoh jawapan untuk soalan pengajaran:

Berdasarkan novel, Destinasi Impian karya Mohd Ismail bin Sarbini terdapat beberapa
pengajaran dipaparkan dalam novel ini. Diantaranya ialah kita hendaklah berani
menyahut cabaran. Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4
sanggup menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang
pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar. Selain itu, kita haruslah insaf
atas kesalahan yang telah kita lakukan. Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari
melakukan kesilapan. Beliau seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh.
Selepas peristiwa lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya. Pengajaran
terakhir dalam novel ini ialah kita hendaklah prihatin dan murah hati terhadap insan lain.
Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau cepat-cepat
datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari basikal.
________________________________________________________

INFO TAMBAHAN

BAGAIMANA MEMBAHAGIKAN MASA UNTUK BELAJAR?

ADA 24 JAM BAHAGIKAN KPD 3; 8JAM DI SEKOLAH

8JAM TIDUR

8 JAM LAGI? FIKIR SENDIRI

JADI UNTUK BERJAYA ANDA HARUS BELAJAR SEKURANG KURANGNYA 4 JAM


SEHARI.

BAGAIMANA BELAJAR?

TETAPKAN APA YANG ANDA INGIN BELAJAR ESOK DAN CATATKAN DALAM
SEKEPING KAD ATAU KERTAS DAN BUAT CATATAN DAN LETAK DITEPAT YANG
ANDA BOLEH LIHAT.

CONTOH : SELASA; MATEMATIK 20 SOALAN

SAINS – BAB 1 DAN 2

BM – ESEI PENDEK

SEJARAH – BAB 1 DAN SOALAN

INI MEMUDAHKAN ANDA. ANDA SUDAH ADA TARGET YANG INGIN DICAPAI.

SELAMAT MENCUBA…… CIKGU V.S.LENGAM VELU.

Anda mungkin juga menyukai