Anda di halaman 1dari 3

ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA

KESALAHAN DAN PEMBETULAN TATABAHASA

Bil Kesalahan Pembetulan


1 selain daripada itu Selain itu
2 berbincang masalah disiplin Berbincang tentang masalah/membincangkan masalah
3 ditendang oleh saya Saya tendang
4 memberikan sebuah pendapat Memberikan pendapat
5 dari masa ke semasa Dari masa ke masa/ dari semasa ke semasa
6 saling bantu-membantu Saling membantu/membantu-membantu
7 di musim hujan Pada musim hujan
8 Anak-anak Encik Ismail bergaji besar Anak-anak E.Is bergaji besar/ Anak E.Is bergaji besar semuanya.
semuanya.
9 Cikgu Haniza adalah cikgu kami ialah

10 menceritakan tentang masalah Menceritakan masalah/Bercerita tentang masalah


11 hormat ibu bapanya Hormat akan ibu bapanya
12 menghormati akan ibu bapanya Menghormati ibu bapanya
13 dipandunya kereta itu dengan cepat laju
14 kereta yang mereka naiki Kereta yang dinaiki oleh mereka/dinaiki mereka
15 jika sekiranya dia datang Jika ATAU sekiranya
16 Bila disoal oleh gurunya, Harun Apabila…..menggaru-garu kepalanya/menggaru kepalanya
menggaru-garu berkali-kali
kepalanya berkali-kali.
17 sebuah basikal dihadiahi oleh ayah dihadiahkan
18 saya dihadiahkan sebuah basikal dihadiahi
19 Kami mempersetujui dengan cadangan menyetujui cadangan/bersetuju dengan cadangan
rakan kami itu.
20 balik kampung balik ke kampung
21 akan mereka kunjungi Akan dikunjungi oleh mereka/akan dikunjungi mereka
22 dia menyakitkan hati saya menyakiti
23 Allahyarham Sultan Mahmud Syah almarhum
24 menyalahi orang lain menyalahkan
25 seni mempertahankan diri pertahanan
26 “ Jangan buang sampah di atas lantai,” ke atas lantai
kata guru itu.
27 Semangat cintakan negara perlu dipupuk cinta akan
sejak kecil lagi.
28 oleh kerana tidak hadir majlis itu oleh sebab/kerana...tidak hadir ke .
29 berjuang demi untuk negara demi ATAU untuk
30 Adalah dimaklumkan bahawa Dengan ini dimaklumkan
31 penghawa dingin pendingin hawa (hukum D-M)
32 filem itu kami pernah tonton pernah kami
33 mempereratkan persahabatan mempererat/mengeratkan
34 buku-buku itu tebal-tebal belaka buku-buku itu tebal/buku itu tebal-tebal
35 memperolehi kemenangan memperoleh
36 “Saya akan pergi ke majlis jamuan Beta..berangkat /majlis santapan /titah
diraja,”kata Sultan Abdul Halim.
37 Pengerusi menyampaikan kata-kata aluan kata alu-aluan
38 memaju dan membesarkan syarikatnya memajukan
39 Budak itu adik kamukah? Budak itu adik kamu?/Adik kamukah budak itu?
40 Kerajaan akan mensasarkan gulungan Menyasarkan/golongan
petani
41 pertemuan barang-barang lama penemuan
42 hubungan antara negara kita dan lain-lain negara-negara lain (hukum D-M)
negara
43 banjir telah menenggelamkan rumah menenggelami
44 fikirannya begitu susut kusut
45 salah seorang dari peserta-peserta daripada peserta
46 Kakak membawa bapa secawan kopi. membawakan
47 Kakak membawakan secawan kopi untuk membawa
bapa.
48 Secawan kopi dibawakan oleh kakak dibawa
untuk bapa.
49 Bapa dibawa secawan kopi oleh kakak. dibawakan
50 perlawanan bola sepak antara sekolah- sekolah
sekolah
51 menjauhkan dadah menjauhi
52 menjauhi diri dari dadah menjauhkan diri daripada
53 Emak memberikan saya wang memberi saya/memberikan wang
54 setiap orang warganegara setiap warganegara
55 Menteri besar-Menteri besar menteri-menteri besar
56 jawatan-jawatan kuasa jawatankuasa-jawatankuasa
57 senarai nama pelajar-pelajar senarai nama pelajar
58 barisan anak-anak pokok getah barisan anak pokok getah
59 marjerin disapu di roti pada roti
60 Mereka akan ke Kedah atau Perak? atau ke Perak?
61 Tuhan mencucuri rahmat kepada kami mencucurkan
62 sila jangan merokok jangan merokok
63 tolong jangan bising jangan bising
64 Ramli sukakan baju itu. suka akan
65 Buku itu ialah tebal. adalah
66 beberapa keping majalah-majalah naskhah /majalah
67 Lukisan ini dihasilkan oleh kamu? kamu hasilkan?
68 menunggu kamu sejak dari tadi. sejak ATAU dari
69 Pelajar itu akan diberikan bantuan buku. diberi
70 Bila ada masa lapang,dia akan memburu Apabila / berburu
71 Encik Hassan akan memperisterikan memperisteri
gadis itu.
72 Encik Rahman akan memperisteri memperisterikan
anaknya dengan
gadis itu.
73 akibat perlanggaran disiplin sekolah pelanggaran
74 ringgit Malaysia dua ratus Dua ratus ringgit.....
75 Hamba akan menjalankan perintah itu, Patik
tuanku.
76 hasil pembuatan buatan
77 kempen menderma darah derma
78 Maafkan saya di atas kesalahan yang atas / telah saya
saya telah lakukan
79 Saya mengucapkan terima kasih,tuanku Patik /menjunjung kasih
80 Kami bersarapan pagi di warung Pak Mat bersarapan di warung ....
81 Negara kita letak antara Singapura dan terletak …di antara … dengan
Thailand.
82 Tolong mengambilkan saya buku itu. ambilkan
83 Penyakit itu selamat menjalankan menjalani
pembedahan
84 Pelbagai-bagai jenis lauk-pauk Pelbagai jenis lauk
85 Akan diatasi oleh saya masalah itu. Akan saya atasi
86 Kedua ibu bapa itu sangat sayang anak- Kedua-dua orang .....anak-anak mereka
anaknya.
87 Jalan itu sangat merbahaya kepada para berbahaya / para pemandu
pemandu-pemandu
88 Peragawati itu sedang layan penumpang Pramugari...melayan
di dalam kapal terbang itu.
89 lulus di dalam periksa itu dalam peperiksaan
90 Kebanyakan negara-negara di Tenggara Negara / Asia Tenggara (hukum D-M
Asia
Labels: Tatabahasa

Anda mungkin juga menyukai