Anda di halaman 1dari 4

KELAS BIMBINGAN BAHASA MELAYU – CIKGU VSLENGAM VELU

___________________________________________________________________

Beri maksud peribahasa yang diberi di bawah dan bina ayat daripada peribahasa tersebut.

Latihan 1:

1.      bagaikan kera mendapat bunga

maksud : orang yang tidak tahu menghargai pemberian orang lain yang berharga.

Ayat : Ali bagaikan kera mendapat bunga kerana baru sahaja mendapat hadiah telefon
bimbit daripada bapanya, dalam masa dua hari sahaja Ali telah merosakkannya.

2.      kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit

maksud : disebabkan seorang berbuat keburukan, satu kumpulan menjadi buruk.

Ayat : Penglibatan pelajar tersebut dalam jenayah itu mencemarkan nama baik sekolahnya
kerana lembu seekor membawa lumpur, semuanya terpalit.

3.      burung terbang dipipiskan lada

maksud: mengharapkan sesuatu yang belum pasti

ayat: Ahmad seperti burung terbang dipipiskan lada kerana mengharapkan tawaran
kemasukannya ke Universiti.

4.      menegakkan benang yang basah

maksud: menegakkan perkara yang salah

ayat : Janganlah kita bersikap menegakkan benang yang basah walaupun antar rakan- rakan.

5.      bagaikan telur dihujung tanduk

maksud: situasi yang genting/ bahaya

ayat : Lelaki tersebut bagaikan telur di hujung tanduk apabila dia hampir dilanggar oleh lori
tersebut.

6.      ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya

maksud: orang berilmu yang merendah diri tidak akan hilang ilmunya

ayat: Walaupun Afham seorang yang pandai, dia tidak sombong dengan rakan- rakannya
seperti ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
7.      bagaikan tikus jatuh di kepuk

maksud: mendapat keuntungan secara tiba- tiba

ayat: Ah Chong bagaikan tikus jatuh di kepuk setelah memenangi loteri minggu lepas.

8.      matinya semut kerana gula

maksud : mendapat kesusahan kerana tamak akan harta benda

ayat : Oleh kerana tamak akan harta, perompak tersebut berjaya diperangkap pihak polis
kerana matinya semut kerana gula.

9.      air dicincang tidak akan putus

maksud: pergaduhan di antara adik – adik tidak akan berpanjangan tetapi akan baik semula

ayat: Pergaduhan anak- anak Sidek tidak berpanjangan kerana air dicincang tidak akan
putus.

10.  bagaikan embun di hujung rumput

maksud: kasih sayang yang tidak berkekalan

ayat: Kisah cinta pelajar sekolah kini hanyalah bagaikan embun di hujung rumput. CA

Latihan 2:

1.      seperti mendukung biawak hidup

maksud : melakukan pekerjaan yang sukar dan berbahaya

ayat : Harith seperti mendukung biawak hidup apabila melibatkan diri dalam ekspedisi ke
gunung berapi itu.

2.      sudah jatuh ditimpa tangga

maksud : menerima nasib malang yang berterusan

ayat: Hidup Mei bagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana setelah begnya diragut, rumah dia
pula dirompak.

3.      kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan

maksud: mengutamakan orang lain daripada keluarga sendiri

ayat : Sikap jutawan itu bagai kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan kerana
sibuk membiayai pelajar- pelajar cemerlang namun anaknya disuruh mencari wang sendiri.
4.      ditelan mati emak, dibuang mati bapak

maksud: dalam keadaan serba salah

ayat: Ayop tidak tahu untuk menggunakan duitnya untuk membeli buku atau membantu
rakannya yang susah kerana ditelan mati emak, dibuang mati bapak.

5.      kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah

maksud: berbuat baik atas sebab tersembunyi

ayat: Dia hanya berkelakuan sopan di hadapan perempuan itu untuk memikatnya kerana
kalau tidak berada- ada, masakan tempua besarang rendah.

6.      bagaikan anjing dengan bayang-bayang

maksud: orang yang tamak selalu rugi

ayat : “Jangan terlalu tamak bagaikan anjing dengan bayang- bayang,” pesan ibu kepada
adik.

7.      sekilas ikan di air, sudah kutahu jantan betina

maksud: tahu keadaan sebenar walaupun melihat luaran sahaja

ayat : Melihat raut wajah Faiz, sudah tahu dia sedang bersedih kerana sekilas ikan di air,
sudah kutahu jantan betina.

8.      genggam bara api biar sampai menjadi arang

maksud : berusaha bersungguh- sungguh sehingga berjaya

ayat : Oleh kerana kerajinan Zul dalam berlatih, dia berjaya mendapat tempat dalam
pertandingan merentas desa umpama genggam bara api biar sampai menjadi arang.

9.      bagai mencurah air ke daun keladi

maksud: melakukan perbuatan yang sia- sia

ayat : Iskandar bagai mencurah air ke daun keladi apabila menegur adiknya yang degil.

10.  kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak

maksud: kesalahan orang lain yang sedikit kita nampak, namun kesalahan sendiri yang banyak
tidak disedari

ayat: Janganlah asyik mencari kesalahan orang lain kerana kuman di seberang laut nampak,
gajah di depan mata tak nampak.

Anda mungkin juga menyukai