Anda di halaman 1dari 7

1.

Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi
mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.
Tuan Haji Ali: Jika tidak ada kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam menentukan
hala tuju negara, kita akan dianggap seperti kerbau dicucuk hidung kerana mengikut sahaja
kehendak orang lain.
Prof. Hasni: Jadi, anak muda perlulah sedar tanggungjawab mereka mempertahankan negara
dan sanggup berkorban sehingga ke titisan darah terakhir. Peribahasa biar putih tulang
jangan putih mata perlu menjadi pegangan mereka.
Tuan Haji Ali: Kita mengharapkan generasi muda di negara ini dapat meneruskan legasi
negara setanding dengan negara maju, sesuai dengan peribahasa duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi.
2. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai
dengan petikan tersebut.
Saban hari Amin melalui denai berlopak sebagai laluan berulang-alik ke sekolah. Sebarang
kerumitan dan ketidakselesaan melalui jalan tersebut merupakan perkara biasa
baginya. Perkara yang pasti ialah dia perlu sampai ke sekolah tepat pada waktunya iaitu
sebelum loceng berbunyi. Hal ini demikian kerana dia tidak mahu ketinggalan dalam setiap
aktiviti sekolah. Amin menganggap semua yang dilaluinya itu sebagai cabaran dalam
mengejar cita-citanya. Ibu bapa Amin sering menasihati adik-adiknya supaya mencontohi
sikap Amin, tetapi mereka tidak mempedulikan nasihat tersebut.
1. alah bisa tegal biasa
2. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
3. ibarat mencurah air ke daun keladi
3. Nyatakan peribahasa lain yang sama makna dengan peribahasa yang diberikan di bawah
ini
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing =
Alang-alang mandi biar basah = alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke
pangkal lengan
Mencurah garam ke laut = mendengar guruh di langit, air di tempayan
dicurahkan
4. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.
Kedudukan pekerja Syarikat ABC seperti abu di atas tunggul / telur di hujung
tanduk kerana kedudukan kewangan syarikat amat kritikal.
Semua ahli masyarakat hendaklah bergotong-royong bak kata orang tua-tua bagai aur
dengan tebing
Ibu bapa mesti mendidik anak-anak tentang amalan berbudi bahasa sejak kecil bak
kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
5. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa yang sesuai
dengan petikan tersebut.
Peraturan sekolah yang menetapkan para pelajar supaya datang awal ke sekolah tepat pada
masanya bertujuan untuk melatih pelajar dalam aspek pengurusan masa. Amalan ini
kemudiannya akan menjadi kebiasaan dalam kehidupannya, iaitu membahagikan masa untuk
menelaah pelajaran dan menjalankan aktiviti lain. Segala kerja sekolah yang diberikan akan
diselesaikan dengan sempurna dan mereka sentiasa memotivasikan diri sendiri untuk
mencapai keputusan terbaik.
1. Masa itu emas
2. Alah bisa tegal biasa
3. Alang-alang mandi biar basah
6. Tulis ayat bagi setiap peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan maksud dan
penggunaannya.
Alang-alang mandi biar basah
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Otak cair
7. Baca peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sama
maksud dengan peribahasa tersebut.
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung = masuk kandang kambing mengembek,
masuk kandang kerbau menguak.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing =
Genggam bara api biar sampai jadi arang = alang-alang menyeluk pekasam, biar
sampai ke pangkal lengan
8. Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa yang sesuai
dengan ayat tersebut.
Remaja kini gemar mengunjungi kafe siber yang semakin banyak beroperasi di negara
ini. ( cendawan tumbuh selepas hujan )
Walaupun kita semakin maju, namun budaya nenek moyang perlu kita amalkan agar
berkekalan.
Ketika kita sedang berbual-bual atau bergurau senda, kita perlulah berhati-hati
mengeluarkan tutur kata kerana tersilap kata akan mengeruhkan keadaan. ( terlajak
perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya )
9. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan peribahasa yang
sesuai bagi mengisi tempat kosong yang berikut.
Murni berusaha membantu adiknya dalam pelajaran. Dia sentiasa membimbing
adiknya dalam mata pelajaran Matematik kerana dia tahu adiknya lemah dalam mata
pelajaran tersebut. Dia sering memberi latihan dan membuat ulang kaji bersama-sama
adiknya itu. Dia yakin melalui usaha yang dilakukannya itu, adiknya akan dapat
menguasai mata pelajaran tersebut dan memperoleh keputusan yang cemerlang
kelak. Murni beranggapan bahawa belakang parang kalau diasah lagikan tajam
Faisal berasal daripada keluarga yang baik. Dia sentiasa dihormati kerana ketinggian
ilmu dan budi bahasanya. Di tempat kerjanya, dia menjadi rujukan rakan-
rakannya. Malah rakan-rakannya berkata walau ke manapun Faisal pergi dia akan
dapat memberi manfaat kepada sesiapa sahaja kerana benih yang baik jika jatuh ke
laut akan menjadi pulau.
Penduduk Kampung Seri Wangi sebulat suara memilih Syukri menjadi ketua
kampung. Setelah menjawat jawatan tersebut, ada segelintir penduduk kampung
mempertikaikan pemilihan tersebut. Hal beginilah yang dikatakan orang rumah siap,
pahat berbunyi.
10. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan satu peribahasa lain yang
sama maksudnya dengan peribahasa yang berhuruf tebal dalam ayat-ayat tersebut.
Segala nasihat yang diberikan seperti hujan jatuh ke pasir kerana tidak sedikit pun
berbekas di hati Junid. ( mencurah air ke daun keladi )
Apabila hujan berlarutan, keadaan penduduk di kawasan tanah tinggi itu seperti abu
di atas tunggul kerana diancam tanah runtuh. ( telur di hujung tanduk )
Kemenangan pasukan Rumah Merah itu umpama orang mengantuk disorongkan
bantal kerana mereka memang mengharapkannya sejak awal pertandingan
lagi. ( pucuk dicita ulam mendatang )
11. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat berkenaan.
Husin bercadang untuk membeli sebuah jam tangan yang mahal sedikit kerana dia
faham bahawa barangan yang tinggi harganya akan tahan lebih
lama. Alah membeli menang memakai
Para pemimpin dan pejuang negara akan tetap dikenang oleh rakyat kerana jasa dan
bakti mereka kepada negara. Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama
Pemuda yang menjadi penagih itu memang degil sejak kecil lagi kerana setiap nasihat
dan teguran ibu bapanya tidak pernah diturutinya. bagai mencurah air ke daun
keladi
12. Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
Abangnya menegur sikap adiknya yang suka menangguhkan kerja sedangkan
abangnya juga sering berbuat demikian, sikap abangnya ibarat ketam mengajar
anaknya berjalan betul.
Kita tidak boleh bersikap bagai anjing dengan bayang-bayang kerana tamak,
akhirnya diri sendiri yang rugi.
Pasangan pengantin itu sama cantik, sama padan ibarat pinang dibelah dua.
13. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut
Zahira merupakan seorang pelajar yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Dia
kerap menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan untuk mengulang kaji
pelajarannya. Zahira juga merupakan pelajar yang amat disegani oleh rakan-rakannya
kerana dia bukan sahaja bijak dalam bidang akademik malah dia juga aktif dalam
bidang penulisan. Diam-diam ubi berisi
Selepas beberapa tahun merantau di negara asing, Kumaresan mengambil keputusan
untuk kembali ke tanah airnya. Baginya walaupun keadaan di luar negara begitu
aman dan makmur, namun dia lebih selesa berada di negaranya sendiri. hujan emas
di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri
Semua penduduk yang tinggal di kawasan perumahan tersebut sudah lama
mengamalkan prinsip bantu membantu antara satu sama lain. Mereka juga sangat
menghormati jiran tetangga bagi memastikan keadaan keharmonian dan kedamaian
suasana kehidupan bermasyarakat. bagai aur dengan tebing
14. Tulis satu ayat bagi setiap peribahasa berikut. Ayat anda hendaklah dapat memberikan
maksud peribahasa berikut:
pelanduk dua serupa
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________
bulat kata
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________
retak menanti belah
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
______________________________
15. Baca ayat-ayat dibawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat tersebut.
Apabila tidak tahu melakukan sesuatu, kita tidak wajar berasa malu untuk meminta
pendapat dan tunjuk ajar daripada orang yang arif tentang perkara itu.
Mereka sangat berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu hal rahsia agar perkara itu
tidak diketahui oleh orang lain.
Sesuatu yang susah itu sekiranya selalu dilakukan akhirnya menjadi mudah
sahaja. alah bisa tegal biasa
16. Nyatakan satu peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di
bawah.
Masyarakat Kampung Permatang terkenal dengan semangat bekerjasama dan suka tolong-
menolong dalam sesuatu pekerjaan terutama dalam majlis kenduri. Mereka suka hidup dalam
keadaan bagai aur dengan tebing . Masyarakat di bandar pula lebih suka hidup
mementingkan diri sendiri. Jika berlaku sesuatu masalah, mereka terasa berat untuk
membantu. Keadaan ini berpunca daripada latar belakang hidup yang berbeza kerana sikap
mereka yang berkeadaan bagai enau dalam belukar. Namun keistimewaan tinggal di
bandar, penduduknya terasa aman kerana tiada orang yang menyibuk akan hal orang
lain. Sedangkan jika di kampung, apabila berlaku sahaja sesuatu perkara, akan gemparlah
seluruh kampung seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung
17. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan maksud ayat tersebut.
Mengharapkan sesuatu yang belum tentu dapat, barang yang ada dibuang
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda, tetapi cuba membaikinya hingga
benda itu menjadi rosak bagai tikus membaiki labu
Jangan sengaja mencari kesusahan sarang tebuan usah dijolok
18. Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian beri maksud peribahasa yang
dihitamkan,
Abah termangu lagi. Setiap waktu abah menghitung hari. Lama-kelamaan dia akan tua
juga. Dia akan menjadi seperti bapanya. Menjadi tua dan uzur. Jika dia terus membantah
tindakan anaknya, sampai bila mereka akan berbaik semula. Abah tidak mahu berpatah
arang, berkerat rotan.(i) Abah juga tidak mahu berkeras seperti bapanya yang keras
kepala(ii). Semasa abah hendak memeluk Islam, datuk Anang melarang
tindakannya. Sehinggalah datuk Anang meninggal akibat dilenyek gajah turun minyak(iii)
ketika memburu di hutan. Sesudah itu, barulah abah boleh memeluk Islam tanpa halangan.
(i) tidak akan berbaik semula
(ii) degil
(iii) mengamuk
19. Nyatakan satu peribahasa yang menepati maksud di bawah.
Melakukan pekerjaan yang sia-sia : mencurah garam ke laut
Orang lain yang berbuat salah, orang lain pula yang menanggungnya : orang lain
yang makan nangka, orang lain yang terkena getahnya
Keadaan orang yang berilmu tetapi tidak menunjuk-nunjukkan ilmunya :
20. Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti kemudian kemukakan tiga peribahasa
yangmenggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat berkenaan.
Adiba anak yang rajin dan sering membantu ibu bapanya. ( Ringan tulang ) Dia telah
mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajarannya, tetapi Adiba berasa serba salah sama ada
hendak memilih tawaran untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara atau di dalam
negara. ( ditelan mati emak, diluah mati bapa ) Ibu bapa Adiba menyerahkan Adiba untuk
membuat keputusan kerana dia sahaja yang dapat membuat pilihan yang tepat.
21. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian tukarkan peribahasa yang diberi dalam
ayat degnan peribahasa atau kata-kata hikmat yang hampir sama ertinya dengan peribahasa
tersebut.
Sifat lemah lembut Mei Ling sama seperti ibunya. Hal ini bertepatan dengan pepatah
bagaimana acuan begitulah kuihnya. ______________________________
Kembalinya Datuk Misbun Sidek ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia amat
dialu-alukan demi pembangunan sukan badminton negara. Hal ini samalah seperti
pepatah sirih pulang ke gagang.
Semasa berlakunya krisis air di Melaka, para peniaga menangguk di air yang keruh
dengan menaikkan harga tong air dan baldi.
_________________________________________.
22. Beri maksud peribahasa di bawah ini.
Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya
___________________________________________________________________________
____________
Nasi sudah menjadi bubur
___________________________________________________________________________
____________
Seperti api di dalam sekam
___________________________________________________________________________
____________

23. Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai
Datuk Ali mengharapkan para pekerjanya dapat bekerja secara proaktif tanpa perlu
disuruh. Dengan kata lain, Datuk Ali tidak mahu para pekerjanya bersikap seperti
pahat dengan penukul.
Sebagai seorang pelajar yang sedang menuntut di luar negara, Amin sentiasa
mematuhi peraturan dan adat resam di tempat orang kerana di mana bumi dipijak, di
situ langit dijunjung.
Pihak polis menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan skim cepat kaya. Hal
ini kerana kebanyakan mangsa membuat laporan polis setelah terperangkap dengan
skim ini. Keadaan ini tidak berguna lagi kerana sikap sedemikian ibarat nasi sudah
menjadi bubur.

Anda mungkin juga menyukai