Anda di halaman 1dari 15

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 1

GURINDAM BEBERAPA
PETUA HIDUP
DISEDIAKAN OLEH : MOHAMAD IZZAT HAKIM ISMAIL
izzatdespicable01@gmail.com
http://kkomsas.blogspot.com

02/18/2021
MAKSUD RANGKAP
2

Rangkap Maksud
1 Peringatan kepada pembaca sekiranya kurang berfikir dan kurang
menyelidik terlebih dahulu, pasti akan menyebabkan hidup menjadi
sesat.
2 Saranan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk
mengelakkan sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.
3 Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika dituturkan boleh
memudaratkan hidup masyarakat.
4 Sekiranya seseorang berbicara dengan kata-kata yang pedas dan
kurang sopan boleh menyebabkan dia mengalami masalah yang
besar.

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 02/18/2021


MAKSUD RANGKAP
3

Rangkap Maksud
5 Seseorang yang gemar hidup bermusuh akan sentiasa bermasalah
6 Saranan agar pembaca tidak menimbulkan persengketaan tetapi
jika perkara itu berlaku perlulah diterima dengan tabah.
7 Ilmu yang tidak dipelajari dengan sempurna kurang lengkap dan
kurang sesuai untuk diamalkan.
8 Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dituntut selagi rajin untuk
menuntut ilmu.

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 02/18/2021


MAKSUD RANGKAP
4

Rangkap Maksud
9 Saranan agar bijak memilih sahabat dan taulan di dunia yang di
dalamnya mengandungi berbagai-bagai kerenah dan sifat manusia.
10 Sifat budi pekerti seseorang boleh dikenal melalui rakan taulan
yang didampinginya.
11 Lazimnya, seseorang akan memilih dan mencari kawan yang sama
sifat dan fiilnya untuk memudahkan mereka bekerjasama dan
bergaul mesra.
12 Seseorang yang bersifat budiman akan sentiasa dipandang dan
disanjung tinggi.

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 02/18/2021


MAKSUD RANGKAP
5

Rangkap Maksud
13 Seseorang yang bersifat dermawan akan dapat melawan hati orang
di sekelilingnya.
14 Seseorang yang bersifat pemurah akan memudahkannya untuk
mendapat bantuan dan pertolongan.
15 Nama seseorang yang membuat jasa akan disanjung pada setiap
masa.
16 Saranan agar pembaca memperbaiki kelemahan diri terlebih dahulu
sebelum menolong sesama manusia

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 02/18/2021


MAKSUD RANGKAP
6

Rangkap Maksud
17 Perbuatan mengadu domba dan membuat fitnah boleh
menyebabkan hubungan sesama manusia tidak harmoni.
18 Peringatan agar tidak melakukan perbuatan khianat sesama
manusia kerana Tuhan pasti akan melaknati orang yang berbiat
demikian

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 02/18/2021


TEMA
7

 Gurindam “Beberapa Petua Hidup” bertemakan


nilai-nilai murni yang dapat dijadikan pegangan
dalam kehidupan manusia sehari-hari. Nilai-nilai
murni yang positif serta diamalkan ini nescaya
dapat melahirkan insan yang bersahsiah dan
berdisiplin.

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 02/18/2021


PERSOALAN
8

 Kegigihan dalam membudayakan nilai-nilai murni dalam


kehidupan seharian manusia.
 Kesungguhan dalam mengamalkan nilai-nilai murni.
 Rasional dalam membuat sebarang tindakan.
 Ketekunan dalam menuntut ilmu.
 Sanjungan masyarakat terhadap orang yang berjasa dan
berhati mulia.
 Kerjasama dan budaya tolong-menolong sesama manusia.
 Keadilan Tuhan terhadap setiap tindak-tanduk manusia.

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 02/18/2021


BENTUK
9

 Gurindam “Beberapa Petua Hidup” ialah puisi terikiat/tidak


bebas.
 Gurindam ini terdiri daripada lapan belas rangkap.
 Bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama, iaitu dua
baris serangkap. Baris pertama ialah syarat dan baris kedua
pula ialah jawab.
 Bilangan kata dalam setiap baris hampir sama, iaitu antara tiga
hingga enam patah perkataan dalam sebaris.
 Bilangan suku kata dalam setiap baris terdiri daripada
sembilan hingga dua belas suku kata.
 Rima akhir gurindam ialah aa.
GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 02/18/2021
GAYA BAHASA
10

 Kata arkaik (kata klasik).  Contohnya: upas


 Kata pinjaman bahasa Arab.  Contohnya: khianat; laknat
 Perulangan atau repetisi.  Contohnya: Kurang fikir, 
kurang siasat,
 Peribahasa.  Contohnya: Telunjuk lurus kelengkeng
berkait
 Simile.  Contohnya: Ibarat beringin, racun dan upas.
 Metafora.  Contohnya: mulut tajam dan kasar; taman
pergaulan
 Inversi.  Contohnya: Tentu dirimu kelak tersesat.
GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 02/18/2021
UNSUR KEINDAHAN
11

 ASONANSI
 Perulangan vokal a: Perkataan tajam jika dilepas.
Dalam contoh ini, terdapat pengulangan bunyi vokal a
sebanyak tujuh kali.
 Perulangan vokal i: Manusia dikenal sifat budinya.
Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi vokal i
sebanyak empat kali.

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 02/18/2021


UNSUR KEINDAHAN
12

 ALITERASI
 Perulangan konsonan s: Supaya terelak silang
sengketa. Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi
konsonan s sebanyak dua kali.

 Perulangan konsonan t: Tetapi tolonglah dirimu


dahulu. Dalam contoh ini, terdapat perulangan bunyi
konsonan t sebanyak dua kali.

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 02/18/2021


NILAI
13

 Nilai kebijaksanaan. Contohnya, kita perlu bijak dalam


memilih sahabt dan taulan di dunia yang diibaratkan
sebagai sebuah taman pergaulan.
 Nilai rasional. Contohnya, kita dinasihatkan agar
berfikir dahlu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan
sebarang salah faham dan sengketa sesama manusia.
 Nilai kesopanan. Contohnya, kita dituntut agar menjaga
tutur kata supaya tidak menggores hati orang lain.
 Nilai kerajinan. Contohnya, kita dinasihatkan agar rajin
belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran.
GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 02/18/2021
NILAI
14

 Nilai mengenang jasa. Contohnya, seseorang yang


berjasa akan dikenang sepanjang masa.
 Nilai kerjasama. Contohnya, sifat suka membantu
dan menolong sesama insan perlu diamalkan.
 Nilai baik hati. Contohnya, kita dituntut agar
sentiasa berbudi sesama manusia.
 Nilai setia kawan. Contohnya, seorang sahabat
yang baik akan sentiasa mendorong rakannya ke
arah kebaikan.
GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 02/18/2021
PENGAJARAN
15

 Kita hendaklah berfikir secara rasional dan mendalam terlebih dahulu


sebelum menuturkan kata-kata untuk mengelakkan salah faham.
 Kita mestilah bijak memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan
yang lurus dan benar.
 Kita perlulah menjaga tutur kata apabila berbicara dengan orang lain
untuk mengelakkan sengketa. 
 Kita mestilah rajin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk
menambahkan pengetahuan.
 Janganlah kita mengadu domba dan membuat fitnah sehingga boleh
menjejaskan hubungan baik sesama manusia.
 Janganlah kita berlebih-lebihan menolong orang lain sedangkan pada
waktu itu sendiri berada dalam kesusahan.
 Kita hendaklah sentiasa berbudi sesama manusia agar dikenang orang

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP 02/18/2021

Anda mungkin juga menyukai