Anda di halaman 1dari 10

Cerpen :

Namun
Itulah Hakikat
Sinopsis :
Mengisahkan seorang lelaki tua yang bernama Pak Mid
yang gigih membersihkan tanah miliknya yang dianggap
tidak subur untuk ditanam dengan pokok hutan yang
bernilai tinggi. Usahanya yang tidak difahami oleh orang
kampung menyebabkan dia dianggap orang gila. Namun
Pak Mid tetap tidak mempedulikan perkara tersebut.
Usaha terbukti berjaya apabila tanah miliknya dibayar
dengan pampasan yang lumayan oleh kerajaan.

Tema :
Cerpen “Namun itulah hakikat” karya Nazel Hashim
Mohamad bertemakan kegigihan dan kerajinan seorang
lelaki tua. Kegigihan ini dilihat menerusi watak yang
bernama Pak Mid. Beliau mengusahakan tanah miliknya
dengan menanam pokok-pokok hutan yang bernilai
tinggi, akan tetapi usahanya tidak difahami oleh
penduduk kampung sehingga dia dianggap gila oleh
orang kampung. Walau bagaimanapun, Pak Mid tidak
mempedulikan perkara tersebut dan akhirnya usahanya
terbukti berjaya apabila tanah miliknya dibayar dengan
pampasan yang tinggi oleh kerajaan.
Persoalan :
1. Persoalan kegigihan dan kerajinan.
Contohnya, Pak Mid dengan tulang empat keratnya
memugar tanah mereka. Disamping itu, dia menebas
sebahagian belukar, membuat parit-parit yang
menghala ke sungai dan menanam anak-anak pokok
hutan di situ. (m/s 69-70)

2. Kepentingan pokok-pokok hutan untuk generasi akan datang.


Contohnya, Hutan buatan Pak Mid menjadi tempat anak kampung
menjelajah dan belajar tentang alam semula jadi yang terhad itu,
misalnya beberapa jenis pokok, serangga dan burung-burung.
Contohnya pokok, pokok jati, pokok sentang dan teja kegunaannya
untuk kehidupan.

3. Persoalan masyarakat yang mempunyai sifat buruk sangka


Contohnya, Apabila mereka mendapati tanaman yang ditanam oleh Pak
Mid bukan buah-buahan dan mendatangkan hasil pendapatan, mereka
mengatakan Pak Mid sudah gila.
Contoh yang kedua, Sehingga watak Aku berada sekolah menengah, Pak
Mid masih meneruskan usahanya tersebut. Tetap dia dipanggil gila
kerana menanam pokok. (m/s 72)

4. Kepentingan pembangunan dalam memajukan kawasan kampung.


Contohnya, dahulu kehidupan penduduk kampung terpencil ketika itu
memang susah. Oleh itu, pembangunan luar Bandar yang dilaksanakan
sangat penting. Akhirnya, datanglah pasukan juruukur menentukan
kawasan untuk dijadikan jalan dan surau. (m/s 72)

5. Persoalan kesedaran tentang kepentingan pendidikan.


Contohnya, Pak Mid dapat melaksanakan tanggungjawabnya
menyediakan kemudahan pendidikan kepada anak-anaknya. (m/s 74)

6. Persoalan keyakinan dan taat pada perintah tuhan.


Contohnya, Bagi Pak Mid, usaha dan doa kepada Allah adalah penting
jika mahu berjaya dalam apa-apa jua yang diinginkan. (m/s 74)
Watak dan Perwatakan :
PAK MID
1. Nama sebenar Encik Hamid, mempunyai seorang
isteri dan dua orang anak bernama
Zul dan Fitri.
2. Mempunyai tanah, harta pusaka ayahnya.
3. Menanam pokok-pokok hutan
4. Seorang yang rajin dan berdisplin
5. Seorang yang baik hati dan mulia
6. Seorang yang bijak
7. Seorang yang bertanggungjawab
8. Seorang yang sentiasa berdoa dan bersyukur
9. Seorang yang tidak pendendam dan tidak mudah
melatah.

AKU
1. Kawan kepada anak-anak Pak Mid iaitu Zul dan Fitri
2. Mempunyai seorang ayah yang kini menjadi setiausaha lembaga
masjid.
3. Menuntut dalam tahun satu bidang Zoologi (kajian tentang haiwan)
4. Tinggal sekampung dengan Pak Mid dan Tuk Nyan.
5. Seorang yang selalu melihat keadaan dan orang disekeliling.
6. Mudah terpengaruh
7. Tidak mudah mempercayai perkara-perkara yang karut.
8. Seorang yang suka menjelajah dan belajar.
9. Berminat dengan kehidupan dalam hutan.
Watak dan Perwatakan :

TUK NYAN
1. Sekampung dengan Pak Mid dan watak Aku.
2. Mengusahakan sawah dengan tradisi lama.
3. Seorang yang cepat berburuk sangka tanpa menyelidiki
perkara tersebut terlebih dahulu.
4. Seorang yang mudah kecewa.
5. Seorang yang sering tidak berpuas hati apabila terdapat
perkara-perkara ganjil.

ZUL
1. Anak pertama Pak Mid
2. Seorang lulusan ijazah bidang perhutanan
3. Berkawan dengan Aku semasa kecil
4. Minat dengan tumbuh-tumbuhan

FITRI
1. Anak kedua Pak Mid dan berkawan dengan Aku sejak kecil
2. Sedang menuntut dalam bidang perakaunan
3. Minat membilang. contohnya, semasa kecil Fitri amat cekap
membilang itu ini di dalam hutan itu. (m/s 74
PLOT:
PERMULAAN
Aku teringat kata-kata “Pak MID gila! Pak Mid gila!” sewaktu
kecil dahulu. Kata-kata yang dilafazkan oleh beberapa orang
kampung terhadap Pak Mid. Namun kini Pak Mid tidak gila,
tetapi Aku tengok semacam hendak gila Tuk Nyan. Sekarang
Pak Mid hidup senang lenang.

PERKEMBANGAN
Aku masih teringat sewaktu kecil Pak Mid memugar tanah rang itu. Ditebang tebas
belukar. Dibuatnya parit-parit yang menghala ke sungai, ditinggikan lagi tanah di
bohor. Tiba musim hujan, Pak Mid mula menanam anak-anak pokok hutan. Di
samping itu, Pak Mid tetap menguruskan tanah sawahnya seperti orang lain juga.

PERUMITAN
Tuk Nyan mengatakan Pak Mid sudah gila kerana menanam pokok hutan, bukan
sahaja di bohor tanah rang malah di petak sawah sebelah laman rumahnya juga.
Aku turut terpengaruh dengan kata-kata Tuk Nyan dan orang kampung. Namun
Pak Mid tidak kisah dengan kata-kata orang kampung. Pak Mid tetap dengan
usahanya mengusahakan tanah rang di bohor.

KLIMAKS
Pembangunan luar bandar dilaksanakan seluruh negara. Termasuk kampung Aku.
Akhirnya, datanglah pasukan juruukur untuk menentukan kawasan yang hendak
dijadikan jalan. Tanah Pak Mid terpilih dan Pak Mid mendapat pampasan lumayan.
Tergaman Tuk Nyan apabila diberitahu oleh Tuk Penghulu tanah rang Pak Mid
mendapat bayaran pampasan yang tinggi hal ini kerana pokok-pokok yang ada ditanah
tersebut bernilai tinggi. Pokok hutan yang ditanam Pak Mid ialah pokok jati, pokok
sentang dan pokok teja untuk buat minyak wangi. Semua pokok itu dinilai dan dibayar
mengikut harga semasa.

PELERAIAN
Pak Mid telah menggunakan wang pampasan membina rumah yang sederhana dan
lengkap dengan elektrik, dan air paip dan Pak Mid juga membiayai persekolahan
anak-anaknya dengan wang tersebut. Dia juga membantu menyumbangkan sedikit
daripada habuan pampasan kepada surau dengan membeli lima puluh helai kain
sejadah. Kini anak-anak Pak Mid telah berjaya dalam pelajaran. Zul sudah lulus
ijazah tentang perhutanan, Fitri sedang menuntut dalam bidang perakaunan dan Aku
juga sedang belajar tahun satu bidang Zoologi. Kampung Aku juga aman, maju dan
masyarakatnya mula bersatupadu.
TEKNIK PLOT
DIALOG
Penulis cerpen ini menggunakan teknik dialong
untuk memulakan cerita dan penggunaan
dialong menjadikan cerita lebih terkesan.
Contohnya, “Pak MID gila! Pak Mid gila!”

IMBAS KEMBALI
Teknik ini digunakan untuk mengimbau perkara yang lepas. Aku
teringat kisah semasa kecil semasa berkawan dan bermain
dengan anak-anak Pak Mid dan melihat Pak Mid mengusahakan
tanah rang dengan pokok-pokok hutan.

PEMERIAN
Teknik pemerian digunakan untuk perkisahan cerita dalam
cerpen ini. Aku telah menggerakkan cerita dengan teknik
penceritaan.

MONOLOG LUARAN
Tuk Nyan bermonolog dengan Pak Mid dan Tuk Penghulu
tentang pampasan dan tanah yang telah dipilih oleh pihak
kerajaan untuk dibuat jalan.

SASPEN
Unsur tertanya-tanya dan ingin tahu pembaca dalam cerpen
ini juga diterapkan oleh penulis. Pembaca tertanya-tanya apa
jadi dengan pokok hutan yang ditanam Pak Mid? kenapa Pak
Mid dikatakan gila? dan banyak lagi.
LATAR
LATAR MASA
1. Sewaktu Aku kecil zaman sekolah
2. Beberapa tahun
3. Pada waktu malam
4. Musim tengkujuh
5. Hari ini

LATAR TEMPAT
1. Kampung
2. Bohor tanah rang
3. sungai
4. Sawah
5. belukar
6. Halaman rumah
7. Bendang
8. Sekolah
9. Surau
10. Masjid

LATAR MASYARAKAT
1. Masyarakat kampung yang bekerja sebagai petani iaitu bersawah
dan berkebun dan menanam pokok hutan dan buah-buahan.
2. Masyarakat gigih dan berusaha memelihara pokok hutan iaitu Pak
Mid menanam pokok jati, pokok sentang dan pokok teja.
3. Masyarakat bersatu padu
4. Masyarakat berilmu dan berpendidikan
5. masyarakat yang berpandangan jauh ke hadapan.
6. Masyarkat yang menghargai alam sekitar dan anugerah tuhan
7. Masyarakat yang percaya kepada Tuhan dan beriman kepada
tuhan.
NILAI

NILAI BERWAWASAN
Contohnya Pak Mid berpandangan jauh
ke hadapan dengan menanam pokok-
pokok hutan seperti pokok jati

NILAI PEMURAH
Contohnya Pak Mid membeli 50 helai kain sejadah untuk
surau

NILAI KEGIGIHAN
Contohnya Pak Mid meneruskan usahanya menanam pokok-
pokok hutan. Walaupun sering disindir oleh orang kampung
yang mengatakan Pak Mid seorang yang gila

NILAI KEMAAFAN
Contohnya Pak Mid memaafkan tindakan Tuk Nyan yang
sering mengata dirinya
PENGAJARAN

1. Kita hendaklah mempunyai wawasan dan impian untuk mencapai kejayaan dalam
hidup. Contohnya, Pak Mid seorang yang berwawasan tinggi. Dia menanam pokok-
pokok hutan kerana mengetahui nilai ekonomi dan komersial pada masa akan
datang.

2. Kita mestilah bersikap pemurah dan suka membantu. Contohnya, Pak Mid telah
menyumbangkan lima puluh helai sejadah kepada surau di kampung. a

3. Kita perlulah gigih berusaha dalam menjalani kehidupan ini. Contohnya, Pak Mid
masih meneruskan usahanya menanam pokok-pokok hutan walaupun sering disindir
oleh orang kampung sebagai orang gila.

4. Kita haruslah mempunyai sikap bertanggungjawab. Contohnya, Pak Mid


menguruskan sawah dan menanam sayur-sayuran untuk mencari pendapatan bagi
melaksanakan tanggungjawabnya menyediakan kemudahan pendidikan kepada
anak-anaknya.

5. Kita hendaklah mempunyai sikap baik hati. Contohnya, Pak Mid seorang yang baik
hati. Walaupun orang-orang kampung dan Tuk Nyan menyindir dia gila, namun Pak
Mid tidak berdendam sebaliknya dia membantu orang-orang kampung.

6. Kita seharusnya taat pada perintah Allah dan berserah diri kepadaNya. Contohnya,
bagi Pak Mid, usaha dan doa kepada Allah adalah penting jika mahu berjaya dalam
apa-apa jua yang dicitakan.

7. Kita janganlah berburuk sangka. Contohnya, Tuk Nyan dan orang kampung
berburuk sangka dengan Pak Mid dengan mengatakan Pak Mid gila menanam pokok
hutan. Sebaliknya Pak Mid menanam pokok hutan yang bernilai komersial dan akan
mahal dipasaran apabila pokok tersebut matang nanti.

Anda mungkin juga menyukai