Anda di halaman 1dari 13

KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

TAJUK: ANALISIS UNSUR MORAL TENTANG HAK ASASI KEKELUARGAAN

DALAM CERITA-CERITA BINATANG KAJIAN.

NAMA: REFFLY BIN SUMAN

NO. KAD PENGENALAN: 010130-12-0107

ANGKA GILIRAN: SE0235/1073

NO. SOALANKERJA KURSUS: 1(ESEI)


1.0 PENGENALAN

Cerita-cerita binatang atau disebut sebagai cerita daripada golongan mergastua yang

merupakan sebuah khazahan cerita rakyat yang telah lahir dalam masyarakat Melayu

tradisional sejak dahulu lagi. Cerita binatang juga dipercayai sebagai salah satu cerita tertua

yang seusia dengan cerita asal usul di samping turut menyelitkan unsur-unsur pengajaran dan

nasihat kepada para pembacanya sebagai satu langkah bagi mendidik, menasihati, manyindir

atau mengkritik masyarakat untuk mengambil jalan yang benar.

Menurut Nurhasma Muhammad Saad, Universiti Sains Islam Malaysia, ceritaa binatang

merupakan cerita yang menggunakan watak-watak binatang sebagai pengisi watak utama dan

penghidup sebuah cerita tersebut. Cerita binatang juga merupakan sastera kanak-kanak yang

sangat indah dan merangkumi pelbagai bentuk seperti puisi dan prosa dalam bentuk lisan atau

dalam bentuk bukan lisan yang digubah khusus bagi kanak-kanak agar tertarik membacanya.

Cerita binatang juga merupakan salah satu hasil sastera lisan yang diwarisi daripada

masyarakat zaman dahulu lagi. Pada masa itu, manusia masih tinggal dan hidup di dalam gua

dan dikelilingi dengan golongan mergastua. Ciri-ciri cerita binatang ini dianggap sebagai

suatu kejadian atau peristiwa yang terjadi di kehidupan para manusia yang terdahulu. Semua

sifat yang dimilik manusia turut dimiliki oleh binatang atau haiwan dalam cerita-cerita

binatang seperti kebolehan bercakap, menipu, berhujah dan yang sepertinya. Kisah yang

ditonjolkan atau ditujukkan biasanya melibatkan konflik yang belaku antara binatang yang

terdapat dalam cerita tersebut. Terdapat juga watak manusia dan tumbuh-tumbuhan yang

dijadikan watak sampingan bagi menarik para pembaca. Contohnya, watak-watak yang

digunakan ialah kancil, buaya, harimau, ular, burung, kerbau, kura-kura dan sebagainya yang
boleh dikategorikan sebagai binatang. Antara cerita binatang yang terkenal ialah Cerita Sang

Arnab dan Kura-kura yang mempertontonkan kesombongan diri yang tinggi membawa

kepada kerugian yang besar. Cerita binatang ini berfungsi bukan sebagai cerita hiburan

kosong semata-mata malahan turut teselit maksud dan unsur-unsur pengajaran dan nasihat

yang baik dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Tujuan-tujuan ini disampaikan

dalam bentuk kiasan, sindiran, dan perlambangan dan kadang-kadang disampaikan sebagai

gurauan akan tetapi sasarannya sebagai sebuah cerita binatang.


SINOPSIS ASAL USUL BURUNG TUKANG BERTUKANG MALAM

Cerita ini mengisahkan tentang Burung Tukang yang malas. Cerita ini bermula apabila hutan

yang dihuni oleh banyak haiwan mengalami musim tengkujuh dan menyebabkan banjir serta

menimbulkan kegelisahan penghuni hutan tersebut. Salah satu haiwan yang mengalaminya

ialah keluarga pelanduk yang risau akan anak-anak mereka yang merekek dan mengerekot

kelaparan dan kesejukan. Bapa Pelanduk risau akan banjir yang akan terjadi dan Ibu

Pelanduk pula risau akan anaknya yang kelaparan. Tiba-tiba Murai dating dan hinggap di

pohon kerana basah kuyuk. Murai memanggil semua penghuni hutan yang ada dan

menyampaikan berita bahawa air di hulu sungai sedang naik dan mungkin belaku banjir.

Kemudian Murai terbang semula menuju istana bagi menyampaikan berita bahawa banyak

haiwan mengalami kesusahan. Setelah mendengar berita yang disampaikan oleh Murai semua

penghuni hutan kelam-kabut mencari tempat yang selamat. Setibanya Murai di istana Raja

Sulaiman sudah sedia maklum dengan masalah yang akan dihadapi oleh penghuni hutan.

Raja Sulaiman menitahkan Murai agar menyuruh semua haiwan menghadap baginda. Maka

berduyun-duyunlah haiwan datang ke istana ada yang merayap, meloncat, berlari serta

menjalar dan sebagainya. Raja Sulaiman mengatakan bahawa banjir akan berlaku dan

menitahkan semua penghuni hutan untuk membuat perahu masing-masing dalam tempoh dua

hari kerana banjir akan berlaku dalam beberapa hari. Setelah selesai mendengar titah baginda,

semua mula mencari bahan untuk membuat perahu. Semua haiwan berusaha menbina sebuah

perahu mengikut kepandaian masing-masing. Sedang semua haiwan sibuk Burung Tukang

pula hanya tidur dan bangun apabila lapar sahaja. Semua haiwan tertanya kenapa Burung

Tukang tidak membina perahunya misalnya Kera, Pelanduk, Gajah bertanya kepada Burung

Tukang. Burung Tukang menjawab bahawa membuat perahu hanya butuh waktu sekejap

sahaja dan menyambung tidurnya kembali dan haiwan lain membiarkannya. Pada hari kedua
Pelandung ingin membantu Burung Tukang membina perahunya dan Burung Tukang

menolak bantuan Pelanduk. Pada hari senja barulah Burung Tukang sibuk membina

perahunya ketika bahan-bahan yang ada sudah habis digunakan dan terpaksa pergi jauh untuk

mencari bahan yang diperlukan. Setelah dua hari, semua haiwan pun dating semula ke istana

dan masing-msing membawa perahu mereka yang mempunyai pelbagai jenis iaitu bulat,

besar dan ada yang lonjong. Raja Sulaiman gembira dengan hal tersebut dan memuji usaha

haiwan tersebut. Kelihatan Burung Tukang dari kejauhan dan Raja Sulaiman berkata kenapa

kamu sendirian di sana dan Burung Tukang berkata perahunya belum disiapkan sambal

tunduk dengan rasa malu. Raja Sulaiman memberi lebih masa kepada Burung Tukang untuk

membina perahunya. Semua penghuni hutan mentertawakan Burung Tukang dan

menyebabkan Burung Tukang keluar dari sarangnya dan berkata lebih baik dia membuat

pada waktu malam Burung Tukang kemudian membuat perahunya pada waktu malam dan

menyebabkan bunyi bising yang menggangu tidur haiwan yang lain misalnya anak Kera.

Haiwan lain mengasihani Burung Tukang kerana hanya mempunyai masa dua hari sahaja

tetapi Burung Tukang gagal menyiapkan perahunya dan berjanji tidak akan menghadap Raja

Sulaiman selagi tidak dapat menyiapkan perahunya dan menyebabkan sehingga kini Burung

Tukang masih bertukang sehingga kini.


SINOPSIS RATU CANTIK MERGASTUA

Cerita ini mengisahkan Sang Merak yang meninggi diri dan sombong dengan kecantikan

yang dimiliki olehnya. Cerita ini bermula apabila kawan-kawan Snag Merak yang berbual

berdekatan dengan Kawasan tempat tidurnya dan Sang Merak berasa terganggu
1.1 KONSEP

Menurut Ismail Yusoff (2008:81) cerita binatang ini terdiri daripada kumpulan cerita-cerita

yang dikategorikan sebagai cerita fable, yang dimaksudkan dengan yang bercorak

memberikan teladan atau dinamakan sebagai perumpamaan. Cerita bintang juga banyak

memberikan pengajaran dan nasihat kepada manusia yang mempunyai akal fikiran dan

mencuba mentafsirkan maksud tersirat melalui cerita-cerita tersebut. Melalui cerita binatang

ini sikap dan perlakuan serta perangai manusia ditujukkan seperti manusia besar (Gajah,

harimau, buaya, kerbau), manusia kecil (kura-kura, arnab), manusia cerdik (kancil,

pelanduk), dan manusia bodoh (lembu, anjing) dapat dibentuk dan menginsafkan

keperibadian manusia itu sendiri.

Menurut “Ali al-Hadidi (al-Harfi 1996:153) berpendapat bahawa, cerita binatang adalah

cerita yang memberi pengajaran kepada para pembacanya khususnya golongan kanak-kanak.

Namun perbezaan antaranya ialah cerita binatang kadang-kadang merangkumi lebih daripada

jangkaan dan kemungkinan sedangkan cerita yang bersifat ditaktik adalah cerita adalah cerita

yang berpaksikan kenyataan dan realiti kehidupan yang bercangguh. Namun kedua-keduanya

turut mempunyai daya tarikan masing-masing kepada golongan pembacanya bagi menghayati

sesebuah cerita binatang.

Al-Kilani (1998:81) menyatakan bahawa, cerita-cerita binatang ialah cerita yang

menggunkanwatak dan peranan haiwan dalam pengembangan plot-plot dalam cerita. Cerita

jenis binatang ini juga menggunakan haiwan sebagai simbolik dalam sastera. Ini disebabkan,

terdapat sebahagian haiwan yang mempunyai sifat yang sudah dimaklumi wataknya sebagai
manusia. Antara contohnya ialah berani seperti haiwan singa, lambat atau perlahan seperti

kura-kura, bijak seperti kancil, mempunyai muslihat seperti musang dan berkasih sayang

terhadap anak-anak seperti ayam.

Unsur moral boleh dikategorikan kepada beberapa bahagian atau aspek iaitu perkembangan

diri, kekeluargaan, alam sekitar, patriotik, hak asasi, demokrasi, keamanan dan keharmonian.

Dari aspek ciri-ciri cerita binatang, semua sifat yang dimiliki oleh manusia juga dimiliki oleh

haiwan dan terkandung dalam cerita binatang itu. Misalnya, kebolehan bercakap, berfikir,

mempunyai perasaan dan bertindak seperti perlakuan manusia, Setiap kisah yang ditimbulkan

dalam cerita binatang adalah tidak mempunyai perbezaan dengan kehidupan seseorang insan.

Watak manusia dan flora juga terdapat dalam cerita binatang namun kedua-dau watak

tersebut tidak begitu penting peranannya dan hanya digambarkan sebagai watak sampingan

sahaja yang bertujuan bagi menarik minat pembacanya terutamanya golongan kanak-kanak.

Contoh cerita binatang yanga ada ialah Cerita Arnab dengan Kura-kura Berlumba Lagi,

Ayam dengan Itik Berebut Anak dan sebagainya. Antara cerita binatang tradisional yang

terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu ialah cerita Sang arnab dan Sang Kura-kura.

Masyarakat zaman purba menjadikan cerita binatang sebagai salah satu teladan kepada diri

agar tidak suka memandang rendah terhadap orang lain dan belajar saling hormat antara satu

sama lain.
1.2 KAJIAN LEPAS

Jurnal Pengajian Melayu jilid 22,2011: Pembentukan Emosi Kanak-kanak Melalui Bahan

Bacaan Sastera.

(Arbai e Sujud & Nik Rafidah Nik Muhammad Affendi 2011). Hampir semua kanak-kanak

berasa seronok membaca buku cerita-cerita binatang yang mengandungi unsur moral.

(Yusuf 1992:88). Kanak-kanak juga teruja dengan watak-watak haiwan kerana tertarik

dengan gambar dan ilustrasi haiwan yang terpapar di buku cerita binatang tersebut yang di

mana membantu kanak-kanak lebih mudah memahami unsur moral dengan hanya melalui

gambaran para binatang-binatang tersebut.


1.3 FUNGSI KAJIAN

Antara fungsi kajian ini adalah kajian ini dilaksanakan bagi meningkatkan penghayatan para

pembaca bagi mempelajari pengajaran, nilai-nilai murni yang terkandung dalam sebuah cerita

binatang dan kajian ini juga mempertontonkan ketinggian pemikiran para masyarakat zaman

dahulu atau purba yang sempat hidup bersama golongan atau kumpulan mergastua sehingga

mampu menghasilkan sebuah cerita binatang yang ssangai kreatif dan kritis serta dapat

menarik minat dan perhatian pembaca untuk dijadikan pedoman dan panduan dalam

kehidupan seharian senbagai manusia yang tidak lari dari membuat kesilapan terutamanya

kepada golongan kanak-kanak yang menghayati cerita -cerita berunsurkan binatang.

Misalnya, pada watak sang kancil yang sangat cerdik menggunakan akalnya dalam

menyelesaikan masalah dalam cerita binatang bertajuk Sang Kancil yang Cerdik.

1.4 BATASAN KAJIAN

Dari segi bahan, kajian ini ditumpukan kepada cerita-cerita binatang yang dipilih. Yang

terdiri daripada cerita Asal Usul Burung Tukang Bertukang Malam, Ratu cantik Mergastua

dan Cerita Apabila Hujan Lebat. Dari segi unsur aspek unsur moral pula, ketiga-tiga unsur

moral yang diteliti ialah Pekembangan diri, Kekeluargaan dan Keamanan dan keharmonian.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini dijalankan ialah untuk:

I. Mengenal pasti lima unsur moral tentang perkembangan diri, keamanan dan

keharmonian dan kekeluargaan dalam cerita binatang bertajuk Asal Usul Burung Tukang

Bertukang Malam, Ratu Cantik Mergastua dan Apabila Hujan Lebat.

II. Menghuraikan lima unsur moral berkaitan yang terdapat dalam cerita binatang iaitu

Asal Usul Burung Tukang Bertukang Malam, Ratu Cantik Mergastua dan Apabila Hujan

Lebat.
3.0 KAEDAH KAJIAN

3.1 Kaedah Kepustakaan

Kaedah kajian ini yang digunakan dalam menjayakan kajian ini ialah kaedah kepustakaan.

Kaedah ini dijalankan dengan membuat kajian dan kunjungan ke perpustakaan terdekat aiatu

Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Matunggong. Kaedah ini digunakan bagi mencari

maklumat dan buku yang berkaitan dengan kajian iatu buku cerita-cerita binatang yang

releven berdasakan tajuk kajian yang dipilih. Melalui kaedah atau cara ini pengkaji akan

mendapatkan pelbagai sumber dan maklumat seperti buku sebagai rujukan melalui

pembacaan buku cerita binatang, majalah dan laman sesawang bagi mendapatkan maklumat

tambahan yang diperlukan pengkaji dalam kajian yang dijalankan seperti perincian yang

bertepatan tentang cerita-cerita binatang yang bersesuaian dan unsur moral atau nilai murni

3.2 Kaedah Analisis Teks

Pengkaji juga menggunakan kaedah analisis teks. Kaedah ini digunakan dengan membuat

pembacaan, memahami dan menghayati serta menganalisis isi cerita-cerita binatang yang

dikaji. Kaedah ini digunapakai bagi membolehkan pengkaji mengenal pasti dan membuat

huraian berkaitan unsur-unsur moral yang terkandung dalam cerita-cerita binatang yang

dipilih sebagai bahan kajian bagi menyelesaikan kajian ini.


4.0 ISI KAJIAN

4.1

Rujukan

http://www.ukm.my/solls09/Proceeding/PDF/nurhasma,%20kartina%20et%20al.pdf

Anda mungkin juga menyukai