Anda di halaman 1dari 18

PEMIKIRAN

MASYARAKAT DALAM
PANTUN, SYAIR,
SELOKA DAN
GURINDAM
PEMIKIRAN

Cara memikirkan sesuatu


PUISI TRADISIONAL

Pantun
Seloka
Syair
Gurindam
PANTUN

Pemikiran masyarakat dalam pantun:


• Kewujudan
• Ilmu pengetahuan
• Tingkah laku dan moral
KEWUJUDAN
Hubungan manusia dengan agama dan penciptanya
Menanam kelapa di Pulau Bekam Maksud : segala adat yang
Tinggi sedepa sudah berbuah diamalkan oleh masyarakat
Adat bermula dengan hukum Melayu berasaskan kepada kitab
Hukum bersandar di Kitab Allah. Allah.

(Pantun Melayu: Bingkisan Permata, 2001: 89)

Kewujudan sesuatu benda dan fenomena alam


Anak kuda dalam kandang
Pandai menyepak tendang-menendang
Kalau nasib sudah malang
Rezeki secupak tidak mahu segantang.

(Pantun Melayu: Bingkisan Permata, 2001: 244)


ILMU PENGETAHUAN
Burung kenek-kenek Maksud :
Terbang dalam semak • menyeru masyarakat Melayu supaya
Pesan datuk nenek menuntut ilmu
Rajin-rajin pergi belajar. • menunjukkan bahawa masyarakat
Melayu sangat mementingkan pendidikan
(Pantun Melayu: Bingkisan Permata, 2001: 25)

Cempedak di luar pagar Maksud : budaya masyarakat Melayu yang


Ambil galah tolong jolokkan sentiasa ingin ditegur dan diberi tunjuk ajar
Saya budak baru belajar ketika mereka menuntut ilmu dan melakukan
Kalau salah tolong tunjukkan. kesalahan
(Pantun Melayu: Bingkisan Permata, 2001: 98)
TINGKAH LAKU DAN MORAL

Ayun anak ayun


Maksud : masyarakat Melayu tidak
Ayun sampai hujung serambi
membudayakan tidur sehingga lewat hari
Bangun anak bangun
atau dengan kata lainnya sehingga
Jangan tidur meninggi hari.
matahari naik.
(Pantun Melayu: Bingkisan Permata, 2001: 19)

Tinggi rimbun pohon sena Maksud: pengajaran yang ingin diterapkan


Tempat bersarang si burung enggang dalam diri masyarakat Melayu supaya tidak
Bantalku gebu tidak tidur lena berhutang kerana dengan berhutang akan
Ingatkan hutang keliling pinggang. memakan menghantui diri mereka sendiri.
(Pantun Melayu: Bingkisan Permata, 2001: 246)
Seloka

Pemikiran masyarakat dalam seloka


• Mementingkan orang luar
• Suka mendengar khabar angin
• Mudah terpedaya
Masyarakat Yang Mementingkan Orang Luar
Berbanding Keluarga Sendiri.
Pak Pandir yang mementingkan
Anak dipijak dagang dijinjing pedagang daripada keluarga sendiri
Kucing dibunuh tikus dibela. sehingga sanggup mengabaikan
keluarga.
(Seloka Pandai Pak Pandir)

Masyarakat Yang Suka Mendengar Khabar Angin

Mendengar guruh di langit Walaupun khabar yang didengar


Air di tempayan dicurahkan. belum tentu kepastiaannya,Pak Pandir
sudah menghabiskan apa yang dia ada.

(Seloka Pandai Pak Pandir)


Masyarakat Yang Mudah Terpedaya

Apa didengar gelagat dagang


Gelagat rambutan jantan :
Orang berbunga,dia berbunga
Pak Pandir leka mendengar kata-kata
Orang berbuah dia haram pedagang sehingga dirinya ditipu.
Kilat memancar hujan tak jadi
Awak juga kecundangan.

(Seloka Pandai Pak Pandir)


Syair

Pemikiran masyarakat dalam syair


Masyarakat Yang

Wahai muda, kenali dirimu


Ialah perahu tamsil hidupmu
Tiadalah berapa lama hidupmu
Ke akhirat jua kekal hidupmu

(Syair Perahu)

 Kehidupan ini hanya bersifat sementara saja dan semua manusia suatu
saat akan menuju ke alam yang bersifat kekal.
 Seorang manusia yang hidup di dunia ini bagaikan sebuah perahu yang
sedang berlayar di tengah lautan yang maha luas.
 Pelayaran ini tentunya akan menuju ke sebuah tempat yaitu alam
akhirat.
Masyarakat Yang

Hai muda arif budiman


Hasilkan kemudi dengan pedoman
Alat perahumu jua kerjakan
Itulah jalan membetuli insan.

(Syair Perahu)

 Hidup harus berlandaskan pedoman yang sudah ada.


 Pedoman-pedoman itu dijadikan panduan dalam kehidupan
sehingga masyarakat hidup bersatu dan hidup dalam kelompok
masyarakat yang damai.
Gurindam

Pemikiran Masyarakat Dalam Gurindam


• Akhlak dan Etika
• Bidang Agama yang Melengkapi Kehidupan Masyarakat Melayu.
• Perlakuan yang Baik Muncul dari Hati dan Akal Fikiran .
Akhlak dan Etika perlu Diamalkan oleh Setiap Manusia yang
Beragama Islam.

Apabila dengki sudah bertanah,


Datangla daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan memuji hendaklah pikir,
Di situlah banyak orang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
Nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung.

 Pentingnya menjaga hati seperti zalim,dengki, marah, bakhil, dan lain sebagainya agar terhindar
dari sifat-sifat tercela.
 Hendak memuji atau mengata kepada seseorang haruslah berfikir terlebih dahulu supaya tidak
tergelincir atau berlakunnya pergaduhan atau persengketaan dalam masyarakat.
Bidang Agama yang Melengkapi Kehidupan Masyarakat Melayu.

Barang siapa mengenal yang empat,


Maka yaitulah orang yang ma’rifat.

(Gurindam 12)

Seseorang manusia yang mahu mencapai kesempurnaan dalam kehidupan,


mereka harus mengenal empat zat yang menjadikan manusia mula-mula iaitu
syari’at, tarikat, hakikat dan makrifat.
Perlakuan Yang Baik Muncul dari Hati (Nurani) dan Akal
Fikiran (Budi).

Hati itu kerajaan di dalam tubuh,


Jikalau zalim segala anggota tubuh pun rubuh.

(Gurindam 12)

Seseorang manusia itu perlu menjaga hati dari perbuatan yang


dilarang oleh agama kerana segala perbuatan dan perlakuan yang
dibuat oleh seseorang bermula dari hati.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai