Anda di halaman 1dari 38

http://b-naimem.tripod.com/wawasan.

htm

http://www.scribd.com/doc/55082064/Induksi-Wawasan-2020

WAWASAN DAN KEPIMPINAN

1. Definisi Wawasan
Wawasan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah bayangan, pengelihatan,
dan gambaran. Di dalam konteks yang lebih luas lagi, wawasan boleh dinyatakan
sebagai anggapan, fahaman atau tanggapan fikiran. Wawasan juga merupakan
pandangan, pendapat, pengertian dan konsepsi sesuatu perkara. Wawasan kini
dikaitkan dengan pandangan jauh manusia. Ia merupakan imaginasi intelektual dan
moral tentang pembangunan merupakan satu himpunan idea yang membentuk tujuan
atau objektif bagi individu dan kumpulan bertindak, yang bukan menggariskan
keadaan dan iklim semasa, tetapi menggariskan aspek-aspek pembangunan masa
depan di dalam semua bidang penghidupan. Ia merangkumi kerohanian, kebudayaan,
kekeluargaan, psikologi, akhlak, ekonomi, pendidikan, politik dan sosial yang
bersesuaian dengan keperluan sesuatu zaman.
Wawasan merupakan suatu cetusan fikiran dan bukannya satu dasar khas. Namun
begitu wawasan mungkin satu mukadimah atau pengenalan kepada pembentukan
beberapa dasar baru. Contohnya Dasar Pembangunan Kebangsaan menggantikan
Dasar Ekonomi Baru.
Setiap perubahan perlu dirancang dengan teliti supaya rakyat dapat menjadi
pendokong utama dalam setiap aspek pembangunan: berperanan sebagai khalifah
Allah di bumi: memastikan alam sekitar tidak dimusnahkan oleh pelbagai
pencemaran; dan memastikan pembangunan yang berkualiti dan menyeluruh dapat
dicapai dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Rakyat tidak boleh membiarkan
nilai-nilai asing menyusup masuk ke dalam budaya hidup mereka sehingga budaya itu
terbentuk semula mengikut imej luaran. Rakyat tidak boleh mengambil jalan mudah
dengan menerima dan mengamalkan ideologi dan cara hidup Barat atau Timur secara
total di dalam semua aspek penghidupan. Modenisasi yang dibawa dari luaran
mestilah diadun dengan unsur nasionalisme. Untuk mencapai matlamat-matlamat ini,
rakyat perlu berinteraksi dengan persoalan dan permasalahan semasa secara
konstruktif. Mereka tidak boleh melarikan diri atau hanyut dalam alam fantasi yang
tidak berkesudahan.

Daripada aspek teori, wawasan mempunyai matlamat yang jelas. Namun begitu dari
aspek tindakan dan operasi, wawasan tersebut masih pada peringkat awal untuk
mengenal pasti pendekatan, strategi, teknik, mekanisme, dan pelan tindakan
menyeluruh yang tebaik bagi mencapai matlamat yang terkandung dalam wawasan
tersebut.
(Saifuddin, A. 1991 dalam Kepimpinan Belia Dalam Mengisi Wawasan)
Dalam arena tempatan, Wawasan 2020 muncul dalam majlis yang dihadiri oleh ahli
perniagaan, usahawan, dan birokrat negara, manakala dalam arena antarabangsa,
Wawasan 2020 mucul di tengah-tengah era pembentukan semula orientasi hidup
manusia di seluruh dunia dengan berlakunya dua bentuk transformasi besar dalam
bidang pembangunan sosial, ekonomi, dan politik antarabangsa, iaitu transformasi
dari era industri kepada era maklumat dan transformasi dari Zaman Odre Lama Dunia
kepada Zaman Orde Baru Dunia.
Merujuk kepada konsep negara Malaysia yang bersatu padu, keseragaman identiti
yang mutlak hanya dapat diwujudkan atas landasan kesepakatan akidah. Namun
begitu, keseragaman dan kesatuan identiti dalam pengertian yang longgar boleh
dibentuk berasaskan landasan kesepakatan di luar akidah seperti nilai-nilai
kemanusiaan sejagat, rukunegara, bahasa kebangsaan, kebudayaan kebangsaan,
falasafah pendidikan negara, dan dasar pendidikan negara Dalam konteks masyarakat
Malaysia yang berbilang bangsa, kedewasaan dalam hidup beragama dan berbudaya
serta semangat toleransi antara agama dan budaya merupakan asas penting dalam
pembentukan negara yang bersatu.

2. Sumber Wawasan
Konflik antara kemajuan dengan kemunduran sentiasa menggugat kehidupan
manusia. Pembangunan semula peradaban, antara lainnya membabitkan penghasilan
wawasan, kaedah, alternatif, dan penyelesaian yang jelas terhadap pelbagai masalah
yang dihadapi oleh seluruh umat manusia. Manusia diamanahkan untuk menjalani
kehidupan duniawi sebagai hamba (individu) dan khalifah (pemimpin) Allah di alam
nyata. Perlaksanaan amanah ini merupakan amal ibadat. Kebahagiaan hidup duniawi
dan ukhrawi bergantung kepada ibadat ini.
Sejarah telah membuktikan bahawa apabila umat Islam dilanda
keruntuhan akhlak, kejahilan mental, kemunduran ekonomi dan kemelut

politik dahsyat, maka timbullah orang yang mempunyai semangat


pembaharuan (tajdid) dengan wawasan moral, intelaektual, ekonomi,
dan politik untuk mengajak umat Islam kembali menjadi umat yang kuat.
(Shalaby,1976; Muhammad,1987 dalam Penghayatan
Wawasan Pembangunan Islam hlmn 1).
Wawasan boleh dicetuskan dengan adanya pemimpin yang berktrampilan dan sentiasa
berpandangan jauh. Pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi boleh
menambahkan bilangan pengikut yang setia. Pemimpin akan dilihat sebagai agen
perubahan yang dapat memotivasikan pengikut-pengikutnya. Pemimpin yang dapat
membawa kepada kecemerlangan bangsa dikaitkan dengan ketaqwaannya kepada
Allah. Jika pemimpin itu seorang yang bertaqwa, pengikutnya menjadi insan yang
rabani: iaitu sentiasa menuruti landasan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Persaingan yang hebat di dunia ini adalah penyumbang tercetusnya wawasan.
Persaingan yang wujud biasanya di sekitar perlumbaan untuk mendapatkan kuasa
politik, kuasa sosial dan kuasa ekonomi. Pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui
proses pilihan raya berusaha dengan gigih untuk memenuhi keperluan-keperluan
manusia. Delima Melayu dan realiti umat Islam masa kini adalah seperti yang
digambarkan oleh kenyataan di bawah;
Umumnya, mereka mundur dan miskin, mereka buta huruf dan mudah menjadi
mainan politik, dan mereka pengotor dan pelaku kezaliman sesama mereka,
manakala yang kaya pula berada dalam keadaan mewah dan berfoya-foya dan
melupai amanah mereka untuk memakmurkan dunia. Jelas sekali orang Islam di
mana-mana berada dalam kehinaan, dan itu sudah cukup menunjukkan imej
mereka di kalangan manusia lain.
(Muhammad .1991 dalam Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara. DBP
hlm. 48).
Bermula dari penyataan di atas, pemimpin perlukan sokongan yang padu daripada
semua peringkat untuk menjadikan Malaysia bertaraf dunia.

Wawasan tercetus dengan adanya peluang dan ruang masa yang mengizinkan. Peluang
kadang kala datang dengan tiba-tiba untuk pemimpin mengemukakan wawasan yang
difikirkan sesuai untuk menjana pembangunan negara. Faktur-faktur luaran, seperti
ancaman negara-negara jiran dan kuasa-kuasa besar yang cuba menggugat
keselamatan negara menyumbang tercetusnya wawasan. Pengaruh-pengaruh negatif
yang boleh merosakkan akidah umat Islam perlukan senjata yang ampuh untuk
dijadikan benteng bagi setiap lapisan masyarakat. "Dasar langit terbuka" jika tidak
dibendung dengan disiplin diri yang kental boleh menjerumuskan manusia ke lembah
kehancuran. Wawasan adalah diperlukan agar pembangunan yang dikecapi tidak
merosakkan diri sendiri dan tidak mencemarkan persekitaran seperti yang ditegaskan
oleh salah satu matlamat kepimpinan Islam yang menuntut untuk memakmurkan bumi
Allah.
Wawasan juga terhasil kerana keinginan kita untuk perluasan sempadan pemikiran
manusia sejagat.
Pada abad kegemilangan tamadun Islam, ijtihad dan jihad sentiasa
berdampingan sehingga umat Islam merasa hidup bahagia dengan
banyaknya para mujtahid membawa panji keilmuan dan para mujahidin
membawa panji keselamatan.
(Qaradhawi, Y. 1988. Dalam Ijtihad dalam Syariat Islam)

PEMBANGUNAN

Mekanisme: IJTIHAD JIHAD

KOGNITIF PSIKOMOTOR
Aktiviti: META-KOGNITIF TINGKAH LAKU

(Operasi mental) (Tindakan Fizikal)

SISTEM NILAI sumber: Nik Aziz Nik Pa dalam


Kawalan: (Operasi Rohani) Penghayatan Wawasan
Pembangunan Negara

Proses Asas Dalam Pembangunan

Umat Islam mampu mencapai kegemilangan sekiranya ijtihad dan jihad dilaksanakan
secara bersepadu. Ijtihad membekalkan sistem kehidupan dengan wawasan untuk
melakukan inovasi yang berfaedah. Apabila ijtihad itu direalisasikan dan
digabungjalinkan dengan jihad, maka terbentuklah kecemerlangan sebagaimana yang
dicita-citakan.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan suatu pengajaran yang tidak dapat dilupakan.
Wujudnya jurang perbezaan pendapat ketidaksefahaman antara etnik menyebabkan
kemajuan negara lambat dicapai.
"Kegagalan kita mentransformasi ideologi nasionalisme Melayu
menjadi ideologi nasionalisme Malaysia pada waktu tercapainya
kemerdekaan, dan kegagalan golongan imigran melepaskan diri
daripada mentaliti imigran kolonial dan tidak dapat
mengidentifikasikan diri dengan proses pembentukan bangsa yang baru.
Jadi, sebarang gagasan tentang pembentukan bangsa sentiasa
ditanggap oleh kedua-dua pihak sebagai proses mendominasi dan
didominasi."

(Dr. Mahathir dalam Wawasan 2020: Aspek Politik dan Sosial hlmn. 30)

Dari kata-kata itu jelaslah bagaimana wawasan dibentuk sedemikian rupa untuk
mewujudkan sebuah bangsa Melayu baru yang bersatu padu, berdedikasi dan
berdaulat berasaskan semangat setiakawan yang tinggi tanpa merasakan adanya
perbezaan dari segi kaum, keturunan dan warna kulit.

3. Proses Pembentukan Wawasan


Wawasan lahir daripada pemikiran yang kreatif. Ia bermula daripada kajian tentang
sejarah peradaban bangsa, tentang perlakuan manusia masa kini dan masa akan
datang. Sejarah telah membuktikan bahawa Kerajaan Melayu Melaka pernah menjadi
pusat perdagangan dunia. Melaka pada ketika itu begitu terkenal di seluruh pelusuk
dunia. Masyarakat dunia sedang memperkatakan mengenai kawasan Asia Pasifik yang
akan menjadi medan kegiatan ekonomi antarabangsa. Jikalau lima ratus tahun dahulu,
kegiatan ekonomi berpindah daripada Mediterranean ke kawasan Atlantik tetapi hari
ini akan berpindah dari Atlantik ke Pasifik. Hakikat yang sedemikian pernah
dilafazkan oleh John Hay, iaitu seorang bekas Setiausaha Negara Amerika. Katanya;
"Mediterranean adalah lautan untuk masa lalu, Atlantik adalah lautan masa kini,
tetapi Pasifik adalah lautan perdagangan untuk masa depan."
Segala ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh manusia adalah berpunca daripada
Allah. Ilmu tersebut terdiri daripada ilmu yang berdasarkan kepada wahyu (ilmu
naqliyah) atau ilmu yang bukan berdasarkan wahyu (ilmu aqliyah). Sumber utama
bagi ilmu yang bukan berdasarkan wahyu ialah akal (rasional), pemerhatian,
penyelidikan, ujikaji, dan pembudayaan. Dalam melaksanakan aktiviti pembangunan

dan tajdid, Islam menganjurkan cara berfikir dan cara bertindak yang berasaskan
analisa semasa, sintesis masa hadapan, dan bimbingan syariah Islam. Tajdid
bermaksud suatu proses peneguhan kembali kefahaman dan keyakinan Muslim
terhadap setiap aspek ajaran Islam.
Pembangunan yang produktif merupakan satu usaha pemikiran dan
tindakan yang terancang, bersistem, dan gagah yang membawa ke arah
kekuatan intelektual, politik, akhlak, dan ekonomi yang mantap di
samping ke arah kecekapan saintifik, teknologi, dan teknikal yang
canggih.
(Abdul Ghani, S. 1989. Dalam:Tajdid dalam pendidikan
dan masyarakat. DBP)
Wawasan negara penuh dengan harapan, hala tuju dan cita-cita murni pemimpin.
Segala cetusan idea perlu dibincangkan dan didokumentasikan. Tidak hairanlah jika
Dr Mahathir Mohamad pernah menulis sebagaimana berikut;
"Daripada pengalaman dua dekad yang lalu berhubung keajaiban
ekonomi di negara yang miskin dari segi sumber semula jadi, adalah
jelas bahawa sumber utama mana-mana negara ialah bakat, kemahiran,
kepakaran, kekreatifan dan semangat rakyat. Rakyat itu adalah
sumber paling utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada 1990-an dan selepas
itu, Malaysia mesti memberi penekanan sepenuh mungkin kepada
pembangunan sumber utama ini.
(Dr Mahathir Mohamad dalam Malaysia: The Way Forward).

Setiap perubahan perlu dirancangkan dengan teliti supaya umat Islam dapat menjadi
pendokong utama dalam setiap aspek pembangunan: berperanan sebagai khalifah
Allah di bumi: memastikan alam sekitar tidak dimusnahkan oleh pelbagai jenis
pencemaran; dan memastikan pembangunan yang berkualiti dan menyeluruh dapat
dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan. Untuk mencapai matlamat ini, umat
Islam perlu berinteraksi dengan persoalan dan permasalahan semasa secara
konstruktif. Mereka tidak boleh melarikan diri atau hanyut dalam fantasi yang tidak
berkesudahan. Mereka tidak boleh membiarkan nilai-nilai asing menyusup masuk ke
dalam budaya hidup mereka sehingga budaya itu terbentuk semula mengikut imej
luaran. Imej wawasan yang mengikut acuan sendiri perlulah ditonjolkan sebelum
dibincangkan oleh masyarakat umum.
"Kita patut menjadi negara maju mengikut cita rasa kita. Malaysia tidak
patut dibangunkan dalam bidang ekonomi sahaja. Ia mesti menjadi

negara maju yang sepenuhnya dalam semua bidang: ekonomi, politik,


sosial, kejiwaan, psikologi, dan kebudayaan."
(Dr Mahathir Mohamad 1991 dalam Wawasan 2020.
Kuala Lumpur: Biro Tatanegara hlm. 1)
Berbagai-bagai kaedah untuk mengadakan perbincangan umum seperti mengadakan
perdebatan di Parlimen, dialog pemimpin dengan rakyat, seminar-seminar, peranan
media massa dan sebagainya di berbagai-bagai peringkat. Setelah segala-galanya
dapat diyakini maka dapatlah dibuat pelancaran wawasan yang dimaksudkan
menerusi raptai umum yang melibatkan seluruh rakyat. Raptai umum ini dikenali juga
sebagai raptai mental kerana ia melibatkan pengelibatan rakyat untuk menghayati
pengertian wawasan itu sendiri.
Yang menentukan sama ada Wawasan 2020 itu adalah satu harapan atau impian, satu
cita-cita atau khayalan, satu perjuangan atau angan-angan adalah aktiviti pemahaman,
kesedaran, penerimaan, rasa pemilikan, komitmen, dedikasi, kesungguhan, ketekunan,
dan pengorbanan yang dilakukan oleh setiap individu. Memang tiada jalan pintas
untuk merealisasikan wawasan negara, selain daripada perjuangan dan pengorbanan
yang membabitkan jihad dan ijtihad. Wawasan tidak mungkin tercapai hanya dengan
kelantangan berpidato sahaja. Setiap individu perlu melibatkan diri dengan aktif
dalam usaha memantapkan keimanannya dan mengukuhkan kecekapannya untuk
berdikari. Setiap individu perlu bebas daripada cengkaman budaya seminar yang
mementingkan slogan daripada bahan yang produktif yang mementingkan pamiran
daripada hasil.
Apabila seseorang berminat untuk berubah, dia bersedia untuk mempelajarai corakcorak tingkah laku yang baru. Perubahan boleh berlaku melalui penerimaan maklumat
baru, pendedahan kepada pengalaman baru, atau penelitian terhadap situasi sedia ada
daripada perspektif yang berlainan. Proses perubahan biasanya berlaku melalui dua
mekanisme yang saling berkait, iaitu identifikasi dan penghayatan. Identifikasi
berlaku apabila seseorang itu memerhati dan berusaha meniru sesuatu tingkah laku
yang dikemukakan kepadanya. Penghayatan pula berlaku apabila individu perlu
mengamalkan tingkah laku yang baru dipelajari. Perubahan yang berkesan selalunya
membabitkan gabungan kedua-dua mekanisme ini sebagai satu strategi perubahan.
" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga
mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri "
(Surah al-Rad 13.11)

4. Tujuan Wawasan
Pemimpin yang cemerlang adalah pemimpin yang yang berpandangan jauh. Ia dapat
membawa negaranya maju dalam semua bidang iaitu di bidang politik, ekonomi dan
sosial. Wawasan dapat mengangkat martabat bangsa untuk membentuk tamadun
manusia bertaraf dunia berlandaskan nilai-nilai keislaman yang tinggi. Untuk itu
wawasan adalah penting untuk menggubal strategi demi memenuhi harapan dan citacita negara. Wawasan dapat memilih strategi yang diperlukan agar perancangan yang
dibuat adalah mengikut imej yang tersendiri. Ini dapat dilihat dalam konteks di
Malaysia, Wawasan 2020 yang dijalankan adalah mengikut acuannya sendiri.
Proses penyaringan segala idea-idea yang dapat membantu pengubalan strategi untuk
mencapai matlamat wawasan adalah perlu untuk mengelakkan pembaziran.
Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara yang bermatlamat iaitu Malaysia akan
menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikat cara dan corak negara
maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang
sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikaal
semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyaarakat yang sempurna
dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.
Wawasan juga bertujuan membentuk orde baru dunia dengan satu kebangkitan
bercirikan reformasi dan pembaharuan yang selari dengan syariah di kalangan
masyarakat Islam supaaya mereka dapat mendominasikan kembali corak
pembangunan dunia. Pembentukan odre baru dunia perlulah mempunyai kekuatan
akidaah dan ketakwaan, kekuatan ilmu dan pembudayaan ilmu, kekuatan pengislaman
ilmu dan amalan, kekuatan ekonomi dan perdagangan serta kekuatan komunikasi dan
teknologi. Untuk mencapai matlamat itu, mereka perlu menjalankan aktiviti-aktiviti
hidup yang produktif dan konstruktif. Aktiviti-aktiviti hidup merupakan unsur asas
dalam setiap tingkah laku manusia, baik yang bersifat fizikal, mental, mahupun
rohani.
"Belanjawan 1992 dirangka bagi menghadapi cabaran-cabaran
strategik dan menterjemahkan hasrat dan cita-cita yang terkandung
dalam Wawasan 2020. Justeru itu strategi belanjawan ini dan langkahlangkah yang diambil cuba memenuhi keperluan dan tuntutan Dasar
Pembangunan Negara dan Rancangan Malaysia ke Enam (RM6) kerana

rancangan itu adalah langkah pertama ke arah mencapai matlamat


wawasan."
(Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pembentangan
Belanjawan 1992 Berita Harian November 2, 1992)
Wawasan juga bertujuan untuk menetapkan perancangan yang akan dilakukan. Proses
menetapkan perancangan akan melibatkan proses membuat keputusan yang berkisar
kepada keutamaan, kos, tenaga kerja, teknologi, masa yang digunakan, kesan terhadap
alam sekitar, kesan terhadap sosial, kesan terhadap ekonomi dan kesan terhadap
politik. Segala perancangan mestilah dibuat mengikut masa yang ditetapkan sama ada
perancangan jangka pendek atau perancangan jangka panjang. Kunci dalam memilih
tempoh perancangan yang sesuai terkandung dalam prinsip komitmen: perancangan
yang logik melibatkan satu tempoh masa pada hari esok yang penting untuk
memenuhi dan melalui satu siri tindakan, komitmen yang terbabit dalam keputusan
yang dibuat pada hari ini.
Wawasan juga bertujuan untuk dijadikan perangsang kepada semua lapisan
masyarakat untuk berusaha dengan lebih gigih ke arah pembentukan Malaysia yang
setaraf dengan dunia maju lain. Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang
bangsa mestilah bersatu padu. Untuk mencapai perpaduan yang jitu wawasan adalah
diperlukan kerana ia akan menjadi lambang perpaduan di Malaysia.
"Kita mesti maju dalam erti kata perpaduan nasional dan sosial, dalam
erti kata ekonomi kita, dalam erti kata keadilan sosial, kestabilan
politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kejiwaan, maruah
bangsa dan keyakinan."
(Dr. Mahathir (1991) dalam Wawasan 2020 hlm. 1)
Wawasan dapat mengembeling setiap individu untuk memikul tugas yang berat dan
bersedia bertungkus lumus dalam perjuangan untuk membangunkan negara serta
mengatasi halangan yang menyekat pembangunan. Wawasan dapat dilihat sebagai
agen pembangunan insan. Pembangunan insan menurut Khurshid (1970)
menerusi The Muslim merangkumi tauhid, rububiyyah, khalifah dan tazkiah. Tauhid
adalah keesaan Allah manakala rububiyyah merupakan kekuasaan Allah untuk
menjaga, mengawal, menampung, dan mengurus kehidupan mahluk ke arah
kesempurnaan. Khalifah meerujuk kepada peranan manusia sebagai pemegang
amanah Allah dibumi dan tazkiah adalah penyucian sikap dan perhubungan.
Wawasan 2020 antara lainnya bertujuan untuk melaksanaan dasar ekonomi dan
pembangunan negara. Diantara dasar-dasar tersebut ialah;

1. Dasar Pembangunan Nasional


2. Dasar Perindustrian Negara
3. Dasar Pertanian Negara
4. Dasar Penswastaan
5. Dasar Pensyarikatan Malaysia
6. Dasar Sains Dan Teknologi Negara
7. Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran
8. Dasar Pandang Ke Timur
9. Dasar Pengurangan Perbelanjaan Awam
10.Dasar Wanita Negara
11. Dasar Pendidikan Kebangsaan
12.Dasar Pembaharuan Dan Peningkatan Produktiviti Dan Kualiti Dalam
Perkhidmatan Awam
5. Peranan Pemimpin Terhadap Wawasan
Kepimpinan sebagai tugas memulakan, mengelola, menjelas dan
memotivasikan (Bass 1949)
Kepimpinan sebagai penciptaan perubahan (Cattell, 1953)
Kepimpinan sebagai seni menjadikan orang lain melakukan sesuaatu
mengikut dan mengubah tingkah laku (Vance Packerd 1962)
Kepimpinan sebagai penggunaan kuasa (kuasa peribadi dan kuasa
karisma) dan membuat keputusan (Dubin 1951)
Pemimpin di Malaysia mempunyai peranan yang sangat besar didalam menjelaskan
wawasan kepada rakyat. Pemimpin bukan sahaja perlu memahami wawasan tetapi
mestilah dapat menghayatinya. Penjelasan tentang objektif dan matlamat wawasan
negara yang berkesan kepada rakyat akan memberi kefahaman yang baik dikalangan
merekaa. Rayuan kepada tujuan bersama wawasan hendaklah disampaikan kepada
rakyat agar mereka sedar akan peranan dan tanggung jawab masing-masing. Wawasan
perlu diyakini oleh rakyat kerana ia akan memberi implikasi kepercayaan kepada

masyarakat. Pemimpin dan rakyat perlu untuk berkomunikasi dengan berkesan dan
suasana ini adalah diharapkan untuk membina kekuatan bangsa. Kesefahaman boleh
menjuruskan masyarakat untuk bekerja dengan lebih gigih dan bersistematik di mana
seluruh lapisan masyarakat akan melaksanakan peranan masing-masing.
Akhir-akhir ini pemimpin selalu dirujuk sebagai agen perubahan. Pemimpin yang
bertindak sebagai agen pembangunan mestilah seorang yang dihormati kerana gaya
kepimpinan yang berkesan. Pemimpin semestiya mempunyai akhlak dan etika kerja
yang terpuji. Pemimpin perlu membangunkan pembangunan manusia yang banyak
bergantung kepada asas ideologi. Usaha membina dan membangunkan masyarakat
bukan sahaja membabitkan domain perindustrian dan perdagangan, tetapi juga
membabitkan domain ideologi. Sebagai langkah pertama, setiap individu perlu
berusaha memahami dwikonsep tentang pembangunan Barat dan pembangunan Islam.
"Adakah kita mahu menjadi seperti United Kingdom, Kanada, Holland,
Sweden, Finland, Jepun? Sebagai kepastian, setiap daripada 19 negara
ini, daripada masyarakat dunia yang mempunyai lebih 160 negara,
mempunyai kekuatan sendiri. Tetapi setiap negara itu juga mempunyaai
kelemahannya. Tanpa meniru salah sebuah negara berkenaan, kita
masih boleh membangun. Kita patut menjadi negara maju mengikut cita
rasa kita. Malaysia tidak patut dibangunkan dalam bidang ekonomi
sahaja. Ia mesti menjadi negara maju yang sepenuhnya dalam semua
bidang: ekonomi, politik, sosial, kejiwaan, psikologi, dan kebudayaan."
(Dr Mahathir Mohamad 1991 dalam Wawasan 2020.
Kuala Lumpur: Biro Tatanegara hlm. 1)
Tema Hari Kebangsaan 1998: "Negara Kita, Tanggungjawab Kita". Keyakinan yang
tinggi dapat merubah semangat bekerja disamping berbagai-bagai semangat positif
yang lain.
Segala slogan mempunyai fungsinya, paling tidak sebagai peringatan,
tetapi dalam menjaya dan memprogramkan kehidupan Islam dalam
semua lapangan, ilmu fardu ain dan kifayah adalah satu kemestian.
Bertitik tolak dari pengilmuan inilah idea dan usaha lain dapat
diperkembangkan di peringkat realiti, sama ada untuk tujuan
pembentukan peribadi muslim, pembinaan kehidupan sosial atau
pembangunan negara.
(Muhammad 1991, dalam Pelajar Pemegang Obor Tamadun. Hlm. 10)
Pemimpin hendaklah sentiasa memberi dorongan kepada masyarakat untuk mengatasi
cabaran, untuk maju ke hadapan, dan untuk membangun. Individu yang mempunyai
dorongan ini memaparkan sifat-sifat positif terhadap matlamat yang hendak dicapai.
Antara lain, mereka tekun bekerja, menumpukan perhatian kepada masa depan,
mengambil pendekatan yang realistik terhadap risiko, menetapkan matlamat yang

agak sukar tetapi bukan mustahil untuk diri mereka, tabah, bertanggung jawab, dan
suka bekerja dengan orang yang dapat memberi sumbangan yang produktif.
Pemimpin hendaklah menunjukkan ketrampilan untuk melakukan kerja yang
berkualiti tinggi. Orang yang bermotivasikan ketrampilan akan berusaha untuk
menguasai kerja mereka, mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah, dan
berusaha untuk menjadi manusia yang inovatif.
Pemimpin perlulah menanamkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada seluruh
rakyat. Semangat nasionalisme akan meniupkan perasaan cintakan bangsa dan negara
sendiri yang tidak berbelah bagi terhadapnya. Pemimpin perlu meyakinkan
masyarakat tentang perlunya perasaan setiakawan serta semangat cintakan bangsa dan
negara. Semangat nasionalisme adalah punca kekuasaan dan kedaulatan sesebuah
negara. Islam sangat menekankan semangat cintakan negara sebagaimana yang
ditunjukkan oleh penyataan berikut;
Cintakan negara (watan) adalah sebahagian dari iman. (Hadith Nabi)
Pemimpin harus membina keiltizaman yang tinggi disemua peringkat untuk
mendorong individu membangunkan sahsiah diri yang terpuji. Pemimpin hendaklah
mengungkapkan slogan "Malaysia Boleh" menerusi ucapan-ucapanya melewati media
massa yang ada. "Malaysia Boleh" perlu dijadikan kata-kata azimat kepada rakyat
untuk menimbulkan keyakinan kepada semua pihak dalam menghadapi cabarancabaran yang mendatang.
Pemimpin hendaklah mengekalkan komunikasi yang berkesan. Sebagai mahluk sosial
kata Ibn Khaldun, manusia memerlukan komunikasi dan interaksi antara satu sama
lain bagi memperolehi keperluan asas. Seseorang individu atau kelompok tidak akan
berupaya memperolehi segala keperluan asasnya tanpa kerja sama dan bantuan
individu atau kelompok lain. Pemimpin di setiap peringkat perlu menggunakan
peluang yang ada untuk berkomunikasi secara langsung dengan masyarakat.
Komunikasi yang berkesan boleh dilakukan menerusi ceramah-ceramah, seminar,
dialog, akhbar-akhbar, media elektronik, dan teknologi maklumat yang lain.
6. Strategi Perlaksanaan Wawasan
Pemimpin perlu membentangkan wawasan yang telah dibuat menerusi media massa,
perhimpunan umum dan berbagai-bagai cara lagi. Objektif dan matlamat wawasan
perlulah dijelaskan agar semua dapat memahaminya.
Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara yang bermatlamat iaitu Malaysia akan
menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikat cara dan corak negara
maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang

sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal
semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyaarakat yang sempurna
dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.
Matlamat wawasan adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian
yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Setelah seluruh masyaratkat yakin dapat melaksanakannya, pembahagian tugas adalah
perlu dilakukan. Tugas yang berat diagihkan kepada semua termasulah ke JabatanJabatan Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Firma-Firma Swasta dan BadanBadan Berkanun Kerajaan. Agihan tugas yang menyeluruh ini perlulah berdasarkan
sumber kemudahan yang ada agar ia dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Bidang
pendidikan juga perlu mendokong wawasan kerana disinilah sumber pelapis
pemimpin negara. Seluruh individu yang berada di bawah payung pendidikan harus
mengambil peranan masing-masing untuk merealisasikan wawasan tersebut. Melalui
perancangan yang teratur inilah proses pemimpin menerapkan Wawasan 2020 secara
yang berkesan untuk digarap pada tahun 2020 nanti.
Proses perancangan strategik mengandungi enam kegiatan yang berkaitan, iaitu
analisis luaran, analisis dalaman, strategi alternatif, pemilihan strategi, perancangan
tindakan strategik, dan kawalan serta maklum balas. Analisis luaran adalah kajian
terhadap persekitaran luaran masa kini dan masa hadapan yang dinilai dari sudut
ancaman dan peluang. Penilaian adalah berkisar kepada faktor-faktor politik, sosial,
saintifik, ekonomi, perundangan, demografi, dan geografi. Persekitaran luaran juga
dinilai untuk perkembangan teknologi, keluaran, perkhidmatan, dan persaingan.
Analissis dalaman dinilai dari sudut kelemahan dan kekuatan. Penilaian bertumpu
kepada faktor-faktor penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, operasi, perolehan,
pemasaran, kejuruteraan, pengurusan, dan perkhidmatan. Faklor-faktor dalaman lain
yang penting bagi merumuskan strategi termasuklah penilaian sumber manusia,
sumber kewangan, imej organisasi, struktur dan iklim organisasi, sistem perancangan
dan kawalan, dan hubungan dengan pelanggan. Strategi altenatif adalah gabungan
analisis dalaman (kelemahan dan kekuatan) dan analisis luaran (ancaman dan
peluang). Proses ini bertujuan untuk mendapatkan bentuk-bentuk strategi yang
berlainan. Tumpuan diberikan kepada usaha mencari kekuatan yang dapat digunakan
untuk merebut peluang yang telah dikenal pasti atau memperbaikki kelemahan bagi
menghadapi ancaman yang tidak dapat dielakkan.
Pemilihan strategi harus dinilai dengan teliti sebelum pilihan dibuat. Strategi yang
dipilih mesti dipertimbangkan berdasarkan kepada beberapa unsur kritis seperti risiko,
masa, kos, reaksi rakyat, reaksi parti pembangkang, reaksi negara-negara jiran, dan
keadaan semasa. Perancangan tindakan strategik menekankan bahawa sesuatu strategi
yang telah dipilih harus ditukar kepada perancangan tindakan jangka sederhana dan

pendek. Misalnya, strategi pilihan dipecahkan kepada komponen-komponen kecil dan


diagihkan kepada jabatan dan individu yang tertentu. Tindakan-tindakan perlu
dijadualkan untuk satu jangka masa tertentu. Seterusnya, matlamat, kakitangan yang
terlibat, jabatan yang terlibat, jumlah sumber, dan jenis sumber yang perlu dikenal
pasti. Setelah keputusan diambil dan rancangan telah ditetapkan langkah seterusnya
ialah membuat belanjawan. Penyusunan aliaran wang tunai, perbelanjaan dan hasil,
perbelanjaan modal, atau penggunaan tenaga manusia dan penggunaan mesin adalah
perlu untuk dijangkakan.
Pengawalan membabitkan pengukuran dan pembetulan prestasi dalam usaha untuk
memastikan bahawa objektif dan matlamat wawasan dicapai dengan sempurna.
Sesebuah sistem kawalan yang mencukupi akan mendedahkan kegagalan dan
membuat tindakan pembetulan.
Segala strategi yang hendak diambil haruslah mengikut keperluan manusia seperti
yang diterangkan oleh Maslow (1970) dalam Motivation And Personality, Langgulung
(1983) dalam Kreativiti Dan Pendidikan, dan Naquib (1990) dalam The Nature Of
Man And The Phychology Of The Human Soul.
Manusia memerlukan beberapa keperluan seperti keperluan fisiologi iaitu keperluan
asas untuk menyara kehidupan manusia seperti makanan, air, udara, rehat, pakaian,
tidur, seks, aktiviti motor deria, dan rangsangan. Manusia memerlukan keselamatan
untuk bebas daripada bahaya fizikal dan rasa takut akan kehilangan kerja, harta,
makanan, pakaian, kawan, dan tempat tinggal. Manusia memerlukan keperluan emosi
dan sosial, keperluan untuk mencintai dan dicintai, tergolong kepada sesuatu
kumpulan, dipunyai dan diterima oleh orang lain,penghormatan kendiri, perasaan
menghargai dan dihargai oleh orang lain. Manusia memerlukan pencapaian untuk
menyempurnakan potensi diri, mencapai taraf yang tinggi, ingin tahu, autonomi,
kuasa, kejayaan, meneroka, menganalisis perhubungan, mendapatkan kecantikan dan
keindahan, mengetahui dan memahami. Selain daripada itu manusia memerlukan
keperluan tazkiyah iaitu keperluan untuk mensucikan diri, fikiran dan rohani: menilai
dan membangunkan diri, dan menghampiri Tuhan. Manusia memerlukan keperluan
rohani untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah.

7. Wawasan 2020
Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagaimana
yang terkandung di dalam ucapan beliau "Malaysia Langkah Ke Hadapan" ketika
melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991.

Matlamat utamanya ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian


yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Wawasan 2020 merupakan satu gagasan strategi atau imaginasi moral jangka panjang.
Ia memberi arah tujuan dan sasaran negara untuk mencapai status negara maju.
Wawasan 2020 menyarankan satu rangka kerja mengenai matlamat, tempoh masa,
prospek, pendekatan, dan strategi perlaksanaan.
Wawasan 2020 mempunyai banyak konsep dan ungkapan ekonomi perdagangan
seperti budaya ekonomi, masyarakat perdagangan, dasar penswastaan, transformasi
pembangunan luar bandar, perkongsian penuh dalam kemajuan.
Walaupun begitu, Wawasan 2020 mempunyai sembilan cabaran strategik untuk
dijayakan mengikut cita rasa tempatan iaitu untuk mewujudkan
1. Negara Malaysia yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi
bersama. Negara ini hendaklah menjadi negara yang aman, berintegrasi
di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama
sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang
mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2. Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan
akan keupayaan diri, berbangga dengan apa yang ada, cukup gagah
menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat
dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua
ponensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat
negara lain.
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,
yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai
persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi
contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
4. Membentuk masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan
warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong
oleh nilai etika yang paling tinggi.
5. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat
Malaysia pelbagai kaum bebas mengamatkan adat, kebudayaan dan
kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan
kesetiaan mereka kepada satu negara.

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang


mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang
bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi penyumbang kepada
tamadun saaintifik dan teknologi masa depan
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu
sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri,
dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang
perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8. Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini
merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara
secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi
setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi, dan pengenalan
kemunduran ekonomi berdasarkan kaum.
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,
dinamik, giat dan kental.

WAWASAN 2020
MATLAMAT CABARAN STRATEGI

(Halangan) (Cara pengisian)


Negara maju Mental dan sosial Dasar Pembangunan Nasional
Negara Industri Ekonomi Dasar Pendidikan Kebangsaan
Acuan Tempatan Politik Dasar Penswastaan
TEMPOH Sistem nilai Dasar Perindustrian Negara

30 tahun Psikologi Bangsa Dasar Pensyarikatan Negara


(1991 2020) Ilmu bersepadu dan lain-lain

PERSPEKTIF
(Isu-isu Utama)

Satu Negara Bangsa Malysia


Negara Perindustrian
Keadilan Sosial dan Ekonomi
Noral dan Etika

Pembangunan Keluarga
Sumber: Nik Azis Nik Pa dalam (DBP)
Dalam peradaban Barat Moden, ilmu terbit daripada asas intelektual yang
mengenepikan ajaran agama. Misalnya ilmu mempunyai beberapa pengertian seperti
satu rangkaian rangsangan dan gerak balas (Skinner, 1953), maklumat yang telah
diproses (Stenberg, 1981), pengalaman yang diasimilasikan dan diakomodasikan
(Pieget, 1970) atau pembinaan skim tindakan dan skim operasi yang tertentu ( Von
Gklasersfled, 1980)

Konsepsi Ilmu Mengikut Perspektif Barat Moden

Fahaman Takrif Ilmu Tokoh

Behaviourisme Pembentukan rangkaian rangsangan Skinner


Dan gerak balas yang bersifat agak Watson
Kekal dan bukan disebabkan oleh Hull
Dadah, kelesuan, sakit, pematangan
Pemprosesan Maklumat yang diproseskan dan Simmon
Maklumat disimpan dalam "Ingatan Jangka Anderson
Pendek" atau "Ingatan Jangka Stenberg
Panjang" Gange
Perkembangan Pengalaman yang diasimilasikan dan Piaget
Kognitif diakomodasikan Kohlberg
Fahaman Pembentukan skim tindakan dan Glasersfeld
Binaan skim operasi tertentu Steffe

Aspek-aspek kehidupan insan yang utama demi menjayakan Wawasan 2020 iaitu
interaksi aspek-aspek rohani, soaial, emosi, kreativiti, moral, fizikal dan kognitif.
Tanpa pembangunan kerohanian, manusia akan mengalami krisis kekosongan rohani
yang akhirnya membawa bencana kepada sesuatu masyarakat

Aspek-aspek Pembangunan Insan

Aspek Aspek
Sosial emosi

Aspek Aspek
kognitif Aspek kreativiti
Rohani
Aspek Aspek
Fizikal Moral

Sumber: Nik Azis Nik Pa dalam (DBP

Peranan pendidikan di Malaysia mestilah dilihat sebagai usaha yang sejajar dengan
Wawasan 2020. Persidangan Pendidikan Nasional yang berlangsung di Institut
Aminuddin Baki dari 8 hingga 11 April 1993 telah menghimpunkan semua lapisan
masyarakat untuk berwacana dan seterusnya mengatur langkah demi menjalankan
pengisian wawasan. Sebelum itu, iaitu pada 10 hingga 14 Februari 1993 bertempat di
Langkawi, satu rumusan telah dibuat oleh perjumpaan pegawai-pegawai tinggi
Kementerian Pendidikan. Rumusan ini akhirnya telah dikenali sebagai misi
Kementerian Pendidikan yang berbunyi;
Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang

mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak


individu, masyarakat dan negara.

8. REFORMASI PENDIDIKAN
Reformasi pendidikan membawa makna berikut;
"sebarang cadangan perubahan ke arah pembaikan dalam teori dalam
teori dan
amalan pendidikan" (Dictionary of Education, halaman 287)
" . . . . pembetulan atau pembaikan tentang sesuatu yang rosak, kurang,
tidak
cekap dan dibantah" (Websters Dictionary Vol. 11)
"merujuk kepada pelbagai usaha untuk memperbaiki teori dan amalan
pendidikan.
Juga merujuk kepada perubahan-perubahan dalam matlamat serta
objektif pendidikan selaras dengan perubahan-perubahan sosio-politik
masyarakat dan negara"
(Ahmad Muhamad Said dalam Idris Jauzi 1990:3)

Reformasi pendidikan melibatkan kajian semula serta melakukan perubahanperubahan terhadap sistem pendidikan. Ini dilakukan untuk memperbaiki dan
meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa.
Sistem pendidikan yang berwibawa mestilah bersifat dinamis dan ia perlu mengalami
reformasi.
Pendidikan di Tanah Melayu bermula dengan sekolah pondok dan diikuti dengan
pendidikan era penjajah British. Pihak penjajah mengamalkan dasar pecah dan
perintah. Matlamat pendidikan selepas merdeka ialah membina perpaduan. Penyata
Razak 1956 telah memperkenalkan potensi Bahasa Melayu sebagai agen perpaduan.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa penghantar. Selepas itu Penyata Rahman Talib telah

diperkenalkan pada tahun 1960 dimana ia masih lagi mengekalkan aspirasi Penyata
Razak.
Akta Pendidikan 1961 yang mengandungi Dasar Pelajaran Kebangsaan adalah untuk
membina kekuatan perundangan kepada perubahan-perubahan yang dilaksanakan.
Penyata Rahman Talib disemak semula pada tahun 1974 oleh sebuah Jawatankuasa
Kabinet untuk mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan. Bidang tugas Jawatankuasa ini
jelas merujuk kepada pembangunan tenaga manusia. Teksnya berbunyi;
Mengkaji semua matlamat dan kesan pelajaran sekarang, termasuk
kurikulumnya, dalam dasar pelajaran kebangsaan yang wujud.
Ia bertujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara
dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka
panjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem
pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan
masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih
(Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979, Para 1 halaman 1)
Jawankuasa Kabinet yang dipengerusikan oleh Y.B Dr Mahathir
Mohamad (Menteri Pendidikan dewasa itu) menekan peri mustahaknya
pembangunan kemanusiaan. Ini dapat dijelaskan menerusi petikan
berikut;
Untuk kepentingan pembangunan negara tenaga rakyat yang diperlukan
bukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan
kemahiran yang dimiliki bahkan perlu dilihat juga dari segi sikap,
mereka perlu jujur dan dedikasi terhadap kerja.
Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan
bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara
beramai-ramai dengan berpandukan punca-punca akhlak mulia.
Tegasnya. Individu yang dilahirkan daripada sistem persekolahan
negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan.
(Laporan Jawatankuasa Kabinet, Para 452, halaman 227)

Laporan Jawatankuasa Kabinet lebih menekankan pembangunan guna tenaga untuk


jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR 1983) dan Kurikulum Baru Sekolah
Menengah (KBSM 1988) telah diwujudkan untuk membentuk satu konsep
kesepaduan antara perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani individu secara
menyeluruh. Atas kesedaran inilah usaha menerapkan nilai-nilai murni disarankan
dalam setiap matapelajaran. Ini bersesuaian sekali dengan gagasan untuk membina
masyarakat penyayang yang disarankan oleh Wawasan 2020.
Berbagai-bagai strategi telah diadakan untuk menjayakan reformasi pendidikan
diantaranya ialah;
Falasafah Pendidikan Negara
Kurikulum dan Kokurikulum Bersepadu
Pembangunan Diri Insan Yang Harmoni
Pembakuan Bahasa
Pendemokrasian Pendidikan
Akta Pendidikan
9. Falasafah Pendidikan Negara
"Memikirkan tentang pendidikan adalah memikirkan tentang isu-isu utama dalam
kehidupan manusia ..
Memikirkan tentang tujuan-tujuan pendidikan pula memikirkan tentang rupa bentuk
wajah manusia, jenis ketrampilan, jenis matlamat yang paling sesuai untuk menjamin
kesejahteraan sosial dan kualiti tamadun bangsa"
(Magazine, Winter, halaman 6)
Satu perkara asasi di dalam reformasi pendidikan negara ialah tentang wawasan
pendidikan yang menyentuh konsep pendidikan, citra dan essensi manusia, dan bentuk
tamadun kehidupan bangsa. Hal-hal ini merujuk kepada falasafah pendidikan. Justeru
itu, Falasafah Pendidikan Negara telah digubal secara tersurat pada tahun 1998. Teks
Falasafah Pendidikan Negara berbunyi;

Pendidkan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.
(Falasafah Pendidikan Negara 1990 halaman 6)
Keseluruhan proses pendidikan di Malaysia perlu diasaskan kepada
falasafah tersebut.

Saudara Anwar Ibrahim semasa menjadi Menteri Pendidikan telah menegaskan;


Falasafah Pendidikan . Menjadi teras dan tunjang kepada sistem
pendidikan
kebangsaan kita supaya semua program dan aktiviti pendidikan
merupakan
pancaran prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang terkandung dalam
falasafah tersebut.
(Menangani Perubahan, 1998, halaman 4)
Matlamat falasafah adalah unggul sekali. Menurut Plato;
"The goal of philosopy . is the attainment of wisdom through a vision of
absolute ideas: beauty, truth dan goodness"
Kementerian Pendidikan telah mengadakan program-program yang konkrit untuk
menjayakan Falasafah Pendidikan Negara, pembangunan sumber manusia dan juga
Wawasan 2020.

10. WAWASAN PENDIDIKAN


Datuk Dr Wan Mohd Zahid bin Noordin selaku Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
telah mengadakan Persidangan Nasional di Institut Aminuddin Baki pada 8 hingga 11
April 1993 untuk membentangkan kertas kerja bertajuk "Pengisian Wawasan
Pendidikan".
Wawasan Pendidikan adalah wahana Wawasan 2020 iaitu suatu gerakan dan
pemaufakatan raksasa demi membina bangsa Melayu baru yang serba cemerlang
sebagaimana yang diungkapkan oleh Falasafah Pendidikan Negara. Justeru itu
wawasan dan misi sistem pendidikan di Malaysia, wawasan dan misi angkatan
pendidikan dan pelajar ialah ke arah menjadikan institusi dan gerak kerja pendidikan
sebagai pusat pembangunan manusia cemerlang, sebagai pemantapan nilai-nilai murni
bangsa, sebagai arena penyuburan watak masyarakat penyayang dan sebagai kerangka
penghayatan semangat cintakan negara.
Wawasan Pendidikan adalah berkisar kepada topik-topik berikut;
Perpaduan
Stail Pengurusan Dan Kepimpinan
Perkhidmatan Penyayang
Pengupayaan (Empowerment)
Sistem Pengawasan Yang Efektif
Budaya Ilmu
Sekolah Penyayang
Budaya Cemerlang
Ketiadaan Kegagalan (Zero Deffect)

10.1. PERPADUAN DALAM WAWASAN PENDIDIKAN


Perpaduan adalah pra syarat bagi sesebuah organisasi atau masyarakat untuk
memaksimumkan tenaga, usaha, fikiran dan pengeluaran. Kementerian Pendidikan
merupakan organisasi yang mempunyai kakitangan antara yang teramai di negara ini.
Jumlah kaitangan yang besar boleh menimbulkan masalah "bigness", perbezaan
pendapat, kurang perhatian, pengelompokan dan lain-lain lagi. Pengelompokan dan
pengasingan pula mencetuskan fahaman "separatism" dan perlumbaan kerana masingmasing ingin menjadi lebih istimewa dan juara.
Situasi di atas boleh membawa kepada perpecahan, pembaziran dan ketidakcekapan
pengurusan. Perbezaan-perbezaan ini harus dilihat sebagai keragaman yang
memperkayakan keadaan bukannya sebagai kekangan ke arah perpaduan. Walaupun
seseorang individu itu berada di kedudukan yang berbeza, namun matlamatnya harus
sama. Justeru itu perlu wujud kesatuan dan perkongsian dalam visi dan misi
pendidikan dikalangan wargapendidikan. Perpaduan harus dijelmakan dalam
semangat berpasukan yang merentasi segala perbezaan.
Pengurusan dan proses membuat keputusan harulah dilakukan secara maufakat.
Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat
Para pemimpin pendidikan mesti mengamalkan keterbukaan kerana tugas dibidang
pendidikan itu sendiri adalah perkhidmatan untuk orang ramai. Segala sempadansempadan yang boleh menghalang proses perpaduan sama ada nyata atau tidak harus
dimansuhkan disemua peringkat pendidikan.
Disamping menekankan soal perpaduan dalaman, sama ada di peringkat organisasi
masing-masing seperti sekolah dan jabatan ataupum di peringkat Kementerian
Pendidikan, tumpuan yang sama harus diberikan kepada perpaduan di luar organisasi.
Misalnya kita perlu mewujudkan pakatan yang sihat dengan PIBG, masyarakat,
agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

10.2. STAIL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN WAWASAN PENDIDIKAN


Pengurusan dan kepimpinan bagaikan dua permukaan wang siling, iaitu wujud satu
simpulan yang akrab dan bersepadu. Pengurusan yang baik, cekap dan berkesan
mencerminkan kualiti kepimpinan dan sebaliknya. Pengurusa dan kepimpinan
mestilah berkualiti dan bewibawa untuk mencapai objektif dan matlamat kumpulan
atau organisasi. Aspek pengurusan dan kepimpinan menjadi kritikal kerana institusi

pendidikan adalah satu institusi sosial. Umpamanya, jika sesebuah kilang itu tidak
dapat menghasilkan barangan yang menepati piawaiannya, barang tersebut boleh
dibuang atau diproses semula. Seandainya pengurusan pendidikan gagal, anak didik
yang terbentuk itu tidak mudah untuk dirungkai atau diolah semula.
Perkara yang utama ialah pengurus dan pemimpin dibidang pendidikan haruslah
mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Ini akan membina keyakinan diri yang baik,
dihormati, cekap dan berkesan. Pengurusan dan kepimpinan mestilah dipaparkan
dengan kemahiran dan ketrampilan yang tinggi kerana pengurusan dan pendidikan itu
sendiri makin kompleks.
Perkara yang kedua ialah pengurus dan pemimpin mestilah mempunyai sahsiah dan
akhlak yang baik sejajar dengan penerapan nilai-nilai murni untuk membentuk
masyarakat yang berakhlak. Hakikat ini sejajar dengan beberapa dasar utama negara
seperti Dasar Kepimpinan Melalui Teladan (1983), Dasar Bersih, Cekap dan Amanah
(1982) dan Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam (1985/86).
Perkara yang ketiga ialah keberanian untuk mencuba dan memikul risiko
To win without risk is to triumph without glory
(Pierre Corneille: The Kid 1636)
Keberanian yang ditunjukkan bukanlah keberanian yang melulu. Keberanian mestilah
berlandaskan pertimbangan yang rasional dan teliti. Sifat inilah yang akan
membolehkan seseorang itu menerokai kedalam bidang-bidang baru.
Disamping itu pengurus dan pemimpin yang baik mestilah mempunyai sifat-sifat lain.
Pertama, ia perlu mengamalkan dasar terbuka dimana ia sedia mendengar, menerima
pendapat, berbincang serta mengamalkan maufakat dan mesyuarah. Ia tidak merasa
terganggu dengan pandangan, idea dan saranan dari orang lain.
Kedua, pengurus dan pemimpin mestilah memberi kepimpinan yang
memberangsangkan dan membawa motivasi kepada kakitangan bawahannya.
Semuanya akan seronok bekerja kerana mereka nampak arah tujuan yang hendak
dibawa oleh ketuanya.
Ketiga, pengurus dan pemimpin mestilah bersifat kreatif, inovatif dan imaginatif.
Untuk memajukan organisasinya, ia akan menggunakan berbagai-bagai cara dan idea.
Ia bersikap dinamis dan tidak hanya menunggu arahan-arahan atau pekelilingpekeliling.

Keempat, pengurus dan pemimpin mestilah bersifat tegas. Apabila keputusan dibuat,
perlaksanaan mesti dilakukan menurut rancangan tetapi mestilah diiringi dengan rasa
hormat, tertib dan sabar.
Kelima, pengurus dan pemimpin mestilah sentiasa menyemak dan menilai hasil-hasil
kerja dan dirinya sendiri kerana ia sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu
pengeluaran. Ia juga mestilah mengambil kira penilaian oleh orang lain dan menerima
pandangan yang membina daripada pengkeritik.
Keenam, pengurus dan pemimpin tidak mempunyai kepentingan diri dan
melaksanakan tugasnya dengan jujur dan ikhlas. Ia mesti melihat tugasnya sebagai
amanah dan ibadat.

10.3. PERKHIDMATAN PENYAYANG WAWASAN PENDIDIKAN


Bilangan pendidik adalah besar dan bertaburan di seluruh negara. Lantaran itu ada
dikalangan keluarga pendidik terasa tersisih dan tidak dipedulikan. Pihak pentadbiran
mesti berusaha menjalinkan hubungan terus dengan mereka agar mereka tidak terasa
tersisih. Organisasi yang besar sudah tentu merenggangkan perhubungan walaupun
mereka sebumbung. Keadaan ini membawa kecenderungan untuk guru-guru di
sekolah terabai dan terasing. Jika ini dibiarkan maka proses pendidikan akan menjadi
tercemar dan ia akan meracuni sahsiah anak didik.
Guru-guru adalah tunggak utama di dalam pembelajaran. Sistem pendidikan akan
menjadi runtuh sekiranya mereka lemah. Kementerian Pendidikan perlu berusaha
untuk memantapkan kedudukan guru-guru. Guru-guru patut diberikan pengiktirafan,
layanan perkhidmatan serta layanan kemanusiaan yang baik.
Perkhidmatan penyayang mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan, menghormati dan
menghargai manusia. Satu kajian pernah dibuat di Kedah di mana perkara-perkara
yang dapat memotivasikan guru-guru ialah layanan dan gaya kepimpinan yang
ditunjukkan oleh guru besar atau pengetua sesebuah sekolah. Guru-guru tidak
meletakkan pangkat atau gaji sebagai fokus utama mereka bekerja. Penghormatan dan
pengiktirafan yang diberi kepada guru-guru akan dibalas dengan usaha yang lebih
gigih.
Tugas dan tanggung jawab menjaga kepentingan orang lain merupakan satu amanah
dan ia perlu dilaksanakan dengan kesungguhan dan kesempurnaan.

10.4 PENGUPAYAAN (EMPOWERMENT) WAWASAN PENDIDIKAN


Kemementerian Pendidikan telah melaksanakan reformasi pendidikan. Kurikulum
sekolah rendah dan sekolah menengah telah digubal menjadi Kurikulum Baru Sekolah
Rendah dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah. Berbagai-bagai kursus telah
dijalankan baik di peringkat pusat, negeri dan daerah bagi meningkatkan mutu bidang
pendidikan, namun perlaksanaan KBSR dan KBSM menghadapi banyak masalah.
Oleh itu berlakulah pencairan maklumat. Ada guru mengabaikan kursus yang diberi
dan ada guru yang terabai tidak diberi kursus. Budaya menunggu, budaya surat
pekeliling dan arahan, budaya pak turut dan lain-lain adalah melemahkan atau
membantutkan lagi reformasi pendidikan.
Para pendidik mestilah kreatif dan inisiatif. Dalam kontek ini Keith dan Girling
mencadangkan "teacher empowerment" dan John Nisbitts mengesyorkan perubahan
paradigma daripada pusat ke pinggiran, daripada ketaatan kepada komitmen, daripada
kawalan kepada perkongsian dan daripada rationaliti teknikal kepada rationaliti
reflektif.
"Technical rationality" mengandaikan bahawa semuanya adalah sama dan homogen,
rutin dan boleh ditelah akan perilaku dan hasilnya. Oleh kerana semuanya sama, pihak
yang berkuasa mengambil tindakan yang mudah dengan menyediakan surat-surat
pekeliling dan arahan yang sama. Hasilnya ialah guru-guru akan menunggu dan
menuruti sahaja arahan yang diberi. Mengambil kira KBSM dan KBSR, sepatutnya
akan menghasilkan keputusan atau hasil yang sama tetapi keadaan tidak berlaku
kerana berbagai-bagai faktur. Terdapat perbezaan dari segi penerimaan dan tanggapan.
Ini akan menyebabkan perbezaan perlaksanaan dan akhirnya membawa hasil yang
berbeza. Ini menunjukkan bahawa budaya "technical rationality" adalah
mengelirukan. Akibat daripada pembudayaan "technical rationality" dalam
pengurusan dan budaya kerja, terhasillah kesan-kesan negatif selain daripada mutu
kerja yang rendah. Diantara kesan-kesan negatif itu ialah "comformity", "red tape",
budaya pak turut, tiada kreatif dan inovatif, anti pengetahuan, anti perubahan dan

bersikap konservatif. Segala-galanya adalah bersifat mekanis. Mereka menjadi beku,


hilang minat dan motivasi, kemerosotan produktiviti dan akhirnya menjadi "burnt
out". Akhirnya reformasi akan berkubur dengan semangat mereka. Keadaan telah
berubah dan menyimpang dari kebiasaan-kebiasaan. Perubahan tidak lagi
bersinambungan tetapi terputus-putus dan tidak mengikut pola-pola tertentu. Akhirnya
kebijaksanaan hanya timbul selepas sesuatu perkara itu terjadi. Keadaan ini perlulah
dielakkan dan perubahan mengelolakan kerja, mengurus manusia serta merancang
masa mestilah cekap. Pengurus dan kakitangan lain tidak lagi mengikut cara-cara
biasa dan menyesuaikan dengan keadaan tetapi mereka mengikuti cara-cara yang
bukan biasa dan menyesuaikan keadaan.
Manusia dan persekitaran sering berubah-ubah, berbeza-beza dan heterogen. Jika
dilihat keseluruh negara, terdapat spektrum perbezaan persekitaran yang sangat luas.
Oleh itu pihak pentadbiran pusat tidak boleh mengeluarkan satu surat arahan atau
pekeliling yang sama untuk dituruti oleh semua. Sebaliknya kita perlu mewujudkan
budaya "reflective rationality". Perkembangan ke arah budaya baru ini melibatkan
perubahan bukan sahaja dalam andaian-andaian seperti yang dinyatakan di atas,
malahan perubahan-perubahan dalam cara berfikir, cara bekerja, cara mengurus,
perhubungan pusat dengan pinggir, cara menyelia atau memeriksa dan seumpamanya.
Pendidikan di Malaysia mengandungi banyak perilaku yang berlandaskan tradisi,
kebiasaan dan "precedents" masa lalu. Adalah ketara yang menjadi pegangan dan
amalan ialah prinsip kesinambungan. Umpamanya pihak Pejabat Pendidikan Daerah
dan Jabatan Pendidikan Negeri menjalankan tugas pemeriksaan, lawatan dan
penyeliaan tetapi yang ingin mereka lihat ialah "comformity" dalam semua hal kepada
peraturan, arahan dan pekeliling. Mereka secara mekanis menggunakan senarai semak
yang telah disiapkan.
Contoh lain ialah mengenai jadual waktu yang secara tradisinya telah diterima
terbahagi kepada petak-petak masa yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun tidak
semua pelajaran itu dapat dijalankan dan terjadilah situasi "difisit pembelajaran".
Walaupun hal ini disedari, namun tradisi ini masih diteruskan. Akibatnya tugas
mengajar bukan lagi bersifat pedagogik tetapi lebih merupakan tugas pentadbiran.
Keadaan ini bertambah buruk kerana pihak yang menyelia memberi tumpuan kepada
jadual waktu. Justeru itu "difisit pembelajaran" menjadi lebih teruk lagi.
Urusan penempatan guru di kawasan-kawasan "hardship posting" seperti di Sabah,
Sarawak dan kawasan pendalaman lain adalah dianggap sebagai satu kesinambungan.
Lima tahun adalah jangkamasa untuk seseorang itu menunaikan perkhidmatan di
tempat-tempat yang dianggap sukar itu. Tidak siapa yang ingin memeriksa rationaliti
ini. Pemikiran manusia masih terbelenggu dengan kebiasaan dan mereka sebenarnya
sudah berhenti berfikir kerana enak di dalam pelukan "technical rationality".

Sebenarnya matlamat penempatan adalah strategi pengurusan untuk meningkatkan


lagi mutu pendidikan di kawasan sukar. Sebagai strategi dan galakan, jangkamasa
perkhidmatan di kawasan sukar boleh dikurangkan kepada paling minimum dua tahun
dengan syarat guru tersebut dapat menghasilkan prestasi yang ditetapkan dan
dipersetujui bersama diantara guru dan pentadbir. Adalah sangat menguntungkan
semua pihak jika perkhidmatan yang singkat dapat menghasilkan produktiviti yang
tinggi. Pendekatan ini akan memberi situasi menang-menang (win-win). Kemenangan
pertama ialah dipihak guru kerana boleh cepat kembali ke tempat asalnya.
Kemenangan kedua pula ialah dipihak murid kerana berjaya lantaran kegigihan guru
mereka. Sebenarnya banyak lagi amalan lain seperti penulisan buku rekod, pengujian,
pengurusan disiplin sekolah dan lain-lain adalah perkara tradisi dan rutin. Akibatnya
fungsi-fungsi dan perilaku ini menjadi kurang bererti dan tidak dapat membantu untuk
meninggikan mutu pelajaran dan juga pendidikan.
Dari segi "reflective rationality" keadaan dan perilaku ini perlu diubah. Pegawaipegawaiyang menyelia tidak menggunakan senarai semak piawai yang telah
disediakan.Melihat perlu dari sudut pandangan sekolah itu sendiri dan menggalakkan
perilaku yang bersifat inovatif, kreatif dan imaginatif. Justeru itu mereka perlu
menyediakan senarai semak yang bersesuaian dan releven. Penyediaan jadual waktu
perlu diubah tanpa menurut kelaziman, tetapi bersifat anjal dan disesuaikan dengan
keperluan pelajar. Demikian juga dengan penyediaan pengujian, cara mengatasi
masalah disiplin dan sebagainya. Secara keseluruhannya, budaya "technical
rationality" tidak perlu diketepikan sama sekali. Budaya ini masih diperlukan dalam
perkara-perkara yang tertentu yang memerlukan kepada "conformity" seperti kursus
pengajian, kandungan kurikulum dan kewangan. Perkara-perkara ini merupakan dasar
yang perlu dipatuhi. Hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan kurikulum,
pengurusan kokurikulum, budaya sekolah, hal ehwal pelajar dan lain-lain memerlukan
inovasi, kreativiti dan imaginasi untuk meningkatkan lagi keberkesanan dalam
pembelajaran.
Satu lagi dimensi implikasi budaya "reflective rationality" ialah perubahan corak
perhubungan di antara pusat dengan pinggir. Perkembangan ini ialah ke arah
pengurusan berasaskan sekolah (school based management) dan penurunan kuasa
kepada guru di bilik darjah. Dengan kata lain budi bicara, kebijaksanaan dan juga
kuasa diturunkan kepada sekolah dan guru untuk memikirkan dan merancangkan caracara terbaik untuk melaksanakan pengurusan perubahan, pengurusan kurikulum dan
lain-lain cara yang sesuai, cekap dan berkesan. Model perhubungan tidah lagi seperti
piramid di mana pusat berada di mercu dan pinggir berada di dasarnya. Piramid
mestilah diterbalikkan, lantas menjadikan pinggir lebih utama dan pusat pula di
tempat kedua. Ini bermakna guru-guru yang berada di barisan hadapan menjadi
golongan yang penting dan yang lainnya hanya sebagai pembantu. Perubahan dari
segi keutamaan dan kedudukan, pengiktirafan dan keyakinan yang diberikan akan

mencetuskan kesan-kesan yang positif kerana guru-guru didorong untuk berfikir,


bersikap kretif, inovatif dan imaginatif dan juga berinisiatif. Penurunan kuasa ini
bermakna pengurangan kuasa Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat
Pendidikan Daerah dan bukannya perlupusan kuasa. Apa yang perlu dilihat ialah
berlakunya perkongsian kuasa, kesetiakawanan dan kesejawatan di antara pusat
dengan pinggiran, pegawai-pegawai dengan guru-guru dan pengurus atau pentadbir
sekolah dengan kakitangan.
Perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan masa kini amat memerlukan
kita mengubah cara-cara kita menguruskan perubahan, sama ada kurikulum dan lainlain, daripada cara-cara yang biasa dan "reasonable" kepada cara-cara yang baru dan
"unreasonable". Sistem pendidikan di Malaysia menjadi begitu besar dan kompleks
dan sukar diuruskan sepenuhnya dari pusat. Latihan dan usaha-usaha untuk
meningkatkan kepakaran guru-guru perlu diserahkan kepada negeri, daerah atau
jabatan. Pengalaman, pengetahuan, keikhtisasan dan kepakaran pada setiap peringkat
akan menggerakkan penurunan kuasa dan pembentukan "reflective rationality" yang
akan membawa kesan positif ke arah pencapaian hasrat FPN dan matlamat Wawasan
2020.

10.5 SISTEM PENGESANAN WAWASAN PENDIDIKAN


Pengesanan merupakan salah satu fungsi pengurusan dan salah satu komponen
penting dalam proses kurikulum. Maksudnya pengurusan tidak lengkap dan
perkembangan kurikulum tidak akan sempurna tanpa pengesanan. Malahan dalam
keadaan biasa pengesanan perlu dilakukan, apatah lagi dalam keadaan strategik dan
penting. Tujuannya ialah untuk membolehkan pihak perancang dan pelaksana
mengetahui status perlaksanaan dan perkara-perkara yang berlaku di gelanggang
pendidikan.
Berasaskan kepada dapatan-dapatan yang diperolehi tindakan yang sewajarnya boleh
diambil, misalnya untuk memperbaikki kelemahan-kelemahan yang dikesan sebelum
keadaan menjadi lebih buruk. Untuk mencapai Falasafah Pendidikan Negara dan
Wawasan 2020, peruntukan dan pelaburan yang besar telah disalurkan kepada sektor
pendidikan. Selaras dengan ini, rakyat Malaysia mesti meningkatkan akauntabiliti
ataupun pertanggungjawaban. Kita perlu mengukur dan menganalisa setiap aktiviti
yang dijalankan agar menjurus dan menepati dengan matlamat pendidikan. Ini juga
bermakna kita perlu mewujudkan petunjuk-petunjuk di setiap peringkat perlaksanaan
supaya kita dapat mengetahui prestasi dan menentukan haluan. Setiap unit dan

bahagian perlu membuat perancangan yang selaras dengan fungsi unit masing-masing.
Perancangan boleh dibuat meliputi tempoh lima tahun dan rancangan bagi setiap
tahun diperincikan. Pada penghujung setiap tahun matlamat ini dinilai dan difisit
dibawa ketahun hadapan untuk diatasi. Dengan cara ini akauntibiliti tiap-tiap unit atau
bahagian dapat ditingkatkan.
Dalam konteks KBSR dan KBSM, tumpuan-tumpuan dan strategi-strategi yang
ditetapkan perlu dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) di
bilik-bilik darjah, dalam aktiviti kokurikulum dan budaya sekolah. Jika tumpuantumpuan dan strategi-strategi tersebut diabaikan, hasrat untuk melahirkan
warganegara yang berakhlak mulia akan terjejas. Ini bermakna pengesanan berterusan
perlu dilakukan. Walau bagaimanapun pengesanan tidak perlu mengambil masa yang
panjang kerana yang diperlukan ialah gambaran keadaan yang berlaku sama ada ia
bersikap positif atau sebaliknya. Lebih-lebih lagi bila dilihat kepada saranan agar
kuasa diturunkan kepada guru dan daya usaha serta perancangan dan tindakan
diserahkan kepada sekolah-sekolah, peranan pengesanan menjadi semakin penting.
Tujuan utama ialah untuk memastikan guru-guru dapat melaksanakan apa-apa
rancangan atau program dengan cekap dan berkesan. Jika terdapat kekurangan di
mana-mana kita bertanggungjawab untuk membetulkannya. Justeru itu satu sistem
pengesanan yang berkesan akan berterusan perlu diwujudkan untuk membolehkan
kita mendapat maklumat yang terkini.
Sekawtu KBSM mula dilaksanakan dan FPN juga baru diisytiharkan, satu penilaian
ringkas dan pantas diwujudkan dikenali sebagai "dipstick". Tujuan utama ialah untuk
mengetahui tentang kefahaman guru mengenai FPN dan bagaimana strategi-strategi
utama kurikulum sepadu dapat dilaksanakan. Semua sekolah menengah dikehendaki
melaksanakannya. Daerah dan negeri mengumpulkan maklumat dan kemudiannya
dihantar ke Pusat Perkembangan Kurikulum. Walaupun ringkas, hanya "dipstick", kita
mendapatkan gambaran sebenar tentang kefahaman guru-guru KBSM. Dapatan dari
pengesanan ini amat berfaedah, dan dapat membantu kita memperbaiki dan
meningkatkan lagi perlaksanaan KBSM.
Memandangkan kita perlu memenuhi piawaian baru dan hasil-hasil baru yang selaras
dengan hasrat FPN dankeperluan Wawasan 2020, sistem pengesanan perlu diperbaiki
dan dipertingkatkan. Semua pihak dari pengurusan pendidikan di semua peringkat
perlu mewujudkan satu sistem pengesanan yang baik, cekap dan berkesan. Pelbagai
pihak yang terlibat dalam pengesanan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri, Jemaah Nazir, Pusat Perkembangan Kurikulum dan lain-lain perlu
memikirkan satu sistem penilaian yang bersepadu. Tujuannya ialah untuk
mengelakkan penduaan, pembaziran dan yang utamanya ialah untuk mendapatkan
maklumat dengan cepat, tepat dan berguna.

10.6 BUDAYA ILMU WAWASAN PENDIDIKAN


Salah satu ciri utama warga Malaysia menurut FPN ialah berbudaya ilmu. Wawasan
2020 pula menegaskan tentang keperluan melahirkan individu dan masyarakat yang
kaya maklumat. Budaya ilmu menjadi pra syarat ke arah menjayakan cita-cita
membangunkan sesebuah negara maju, berwibawa dan cemerlang. Hal ini ditegaskan
oleh M. Wasiullah Khan (Canselor East West University, Chicago USA);
The history of mankind bear witness of fact that rise and fall of peoples
and civilizations are directly related to the acquisition, production and
sagacious use of knowledge. Those who excel is this respect assume the
leadership of nations.
(Education and Society in Muslim World, halaman 25)
Salah satu tumpuan utama dalam KBSM dan KBSR ialah memupukan
budaya
ilmu di dalam diri pelajar. Matlamatnya ialah untuk melahirkan masyarakat yang
cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu di tempat yang tertinggi dalam
sistem nilai hidup mereka. Mereka berlumba-lumba untuk memiliki,
memperkembangkan, memanafaatkan dan menghayati ilmu untuk kepentingan
kehidupan diri, seluruh manusia dan alam sejagat. Pola-pola utama yang perlu
ditanam di dalam diri pelajar ialah budaya membaca, budaya belajar, budaya berfikir,
budaya berwacana, budaya menulis dan budaya berkarya. Pelajar perlu digalakan
untuk terus minat membaca, mencari maklumat, merujuk bahan-bahan di pusat
sumber dan membuat penyelidikan. Pelajar perlu digalakan berbincang dan
mengeluarkan buah fikiran. Pendekatan yang dibawa oleh KBSM dan KBSR ialah
pembelajaran berpusatkan kepada pelajar (child-centered). Pembelajaran berpusat
kepada guru tidak lagi sesuai. Ini dapat mengembangkan minat dan potensi untuk
mendekatkan diri kepada ilmu pengetahuan.
Walaupun tumpuan dalam kurikulum adalah untuk pelajar, para pendidik mesti
terlebih dahulu menghayati dan mengamalkannya. Para pendidik tidak akan menjadi
seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan dengan betul. Para pendidik harus
tampil memimpin anak didik dan masyarakat mengamalkan dan menghayati budaya
ilmu melalui contoh teladan.

10.7 SEKOLAH PENYAYANG DALAM WAWASAN PENDIDIKAN


Sifat penyayang perlu dipupuk dan diperkembangkan dalam perkhidmatan pendidikan
dimana ia selaras dengan cabaran Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat
penyayang. Matlamat ini tidak akan tercapai jika usaha ini tidak dilakukan oleh semua
pihak, lebih-lebih lagi sekolah dan rumah tangga. Cabaran ini merupakan cabaran
strategik yang ketujuh berbunyi seperti berikut;
. Membentuk sesebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang,
sesebuah sistem sosisl yang lebih mementingkan masyarakatdaripada diri sendiri,
dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu, tetapi
kepada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.
(MMKH: halaman 4)
Sekolah merupakan satu bentuk keluarga yang besar. Kebahagian keluarga sekolah
bergantung kepada kasih sayang. Sesungguhnya kasih sayang adalah fitrah dalam diri
manusia dan ia adalah tenaga pengikat yang kuat sesama manusia. Malahan ia boleh
diluaskan kepada haiwan, tumbuhan dan objek-objek tidak bernyawa. Oleh yang
demikian adalah ganjil jika timbul rasa kebencian dalam diri pelajar terhadap
pendidikan, melainkan kerana mereka dilayan sebegitu rupa. Kata-kata berikut perlu
kita jadikan pegangan;
If a child lives with acceptance and friendship,
He learns to find love in the world
Para pendidik perlu mempunyai tanggapan positif dan betul terhadap pelajar-pelajar
untuk membentuk sekolah penyayang yang penuh dengan perasaan kemanusiaan,
kebajikan, kerjasama, hormat menghormati, ikram dan berbudi bahasa. Pertama setiap
anak boleh dididik. Pendidikan adalah sebagai hak asasi dan setiap anak berhak
mendapatkan pendidikan. Kedua, setiap anak mempunyai potensi untuk belajar. Setiap
orang Islam diwajibkan belajar. Ketiga, setiap anak boleh mencapai kecemerlangan.

Potensi pelajar perlu dikembangkan ke tahap maksimum. Jika para pendidik melihat
anak-anak dengan cara yang positif dan memikirkannya dengan cara yang positif juga,
maka hasilnya ialah positif. Pandangan-pandangan negatif seperti anak petani malas,
anak nelayan bebal, dan sebagainya perlulah dihapuskan. Jika pelajar dididik secara
positif, mereka akan memiliki kepercayaan dan keyakinan terhadap diri sendiri. Para
pendidik perlu menghayati kenyataan berikut;
If a child learns with encouragement, he learns confidence,
If a child lives with praise, he learns to appreaciate,
If a child lives with approval, he learns to like himself.
Pendidik perlu menginsafi bahawa manusia mempunyai harga diri. Ia berkait rapat
dengan maruah, kebangaan dan kehormatan diri. Harga diri adalah anugerah Allah
yang amat bernilai. Hayatilah kenyataan di bawah;
If a child lives with criticism, he learns to condemn,
If a child lives with hostility, he learns to fight
If a child lives with ridicule, he lerns to be shy
If a child lives with shame, he learns to feel guilty
Jika pelajar merasa benci terhadap institusi pelajaran, mereka mungkin hilang
kepercayaan kepada manusia dan akhirnya mendorong mereka melakukan perbuatan
salah laku. Para pendidik perlu dipimpin agar mereka akan beranggapan bahawa
"Sekolahku Rumahku Syurgaku". Pendidik perlu berusaha mengenali nama pelajar,
mengecam dan memanggil nama mereka. Ini adalah mustahak kerana pada nama
itulah identiti, pengiktirafan, kebanggaan dan harga diri. Ia merupakan langkah awal
ke arah mewujudkan kemesraan, hormat menghormati, kepercayaan dan ketaatan.
Dengan yang demikian mereka akan cintakan guru, ilmu dan sekolah.
10.8 BUDAYA CEMERLANG DALAM WAWASAN PENDIDIKAN
Budaya cemerlang telah ditekankan di dalam FPN dan Wawasan 2020. Oleh itu, citacita yang besar ini perlu diiringi dengan kerja-kerja yang besar, pengorbanan dan
perjuangan. Budaya cemerlang telah dijelmakan melalui Dasar Pandang ke Timur
(1982), Bersih, Cekap dan Amanah (1982), Kepimpinan Melalui Teladan (1983) dan
Penerapan Nilai-Nilai Islam (1985/86). Gerakan Budaya Kerja Cemerlang dilancarkan
pada 20 November 1989. Penekanan ialah kepada mutu kerja dan produktiviti melalui

penerapan nilai-nilai dan budaya kerja koporat . Pada 31 Oktober setiap tahun,
iaitubermula dari tahun 1991, ditetapkan sebagai Hari Q perkhidmatan awam. Prestasi
dan pencapaian bukanlah suatu yang statik. Manusia tidak boleh berpuas hati dengan
prestasi dan pencapaian yang dicapai. Satu konsep utama untuk membangunkan
budaya cemerlang ialah amanah. Menurut Islam seluruh diri dan hidup manusia
adalah amanah. Manusia bertanggung jawab untuk melaksanakannya dan
penanggungjawabannya yang tertinggi ialah kepada Allah S.W.T. Kecemerlangan
mesti dijadikan motto, pegangan dan amalan. Budaya kerja cemerlang yang
disarankan oleh Perkhidmatan Awam Malaysia mengandungi dua nilai utama dan lima
nilai sokongan. Nilai-nilai utama ialah keutuhan (integrity) dan prestasi yang bermutu.
Nilai-nilai sokongan pula ialah berorentasikan pelanggan, berorentasikan
kemanusiaan, inteletualism, profesionalisme dan daya serta disiplin diri. Sementara itu
dalam budaya koporat diutamakan rasa kepunyaan, kesetiaan. partisipasi, komitmen,
dedikasi dan kecemerlangan.
Segala nila-nilai positif dan teladan-teladan yang berguna, sama ada dalam sejarah
dan juga kontemporari perlulah dijadikan pedoman dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sebagai pendidik. Budaya cemerlang perlu dihayati dan diamalkan.
Budaya cemerlang mestilah merangkumi budaya ilmu, sahsiah peribadi dan akhlak.
10.9 PEMBINAAN PETUNJUK-PETUNJUK WAWASAN PENDIDIKAN
Kementerian Pendidikan mengadakan petunjuk-petunjuk yang boleh dijadikan ukuran
terhadap segala aktiviti, program dan projek. Ini dilakukan untuk mengatasi
penghanyutan organisasi di mana ia adalah selaras dengan Wawasan 2020 dan
Falasafah Pendidikan Negara. Petunjuk-petunjuk ini adalah berasaskan
kecemerlangan. Konsep "Zero Defect" atau konsep tiada kecacatan adalah konsep
yang digunakan dalam pengurusan koporat untuk mengawal dan meningkatkan daya
saing yang tinggi. Justeru didalam pendidikan, konsep ketiadaan kecacatan boleh
digunakan bagi melambangkan usaha ke arah kecemerlangan dan meningkatkan
perihatin dan sensitiviti terhadap kualiti.
Intipati kepada konsep ketiadaan kecacatan ialah ketiadaan kegagalan, ketiadaan
masalah disiplin, ketiadaan masalah dadah, ketiadaan kekotoran dan seumpamanya.
Bagi setiap aspek yang dikenalpasti pemboleh ubah yang tertentu dapat dioperasikan
untuk membina indeks "zero defect" bagi aspek-aspek yang tertentu. Akhirnya
Kementerian Pendidikan akan mempunyai petunjuk-petunjuk yang konkrit bagi
mengukur keberkesanan dan akauntabilitinya. Aspek-aspek tersebut ialah budaya
cemerlang, sekolah penyayang, perkhidmatan penyayang dan sebagainya. Indeks bagi
melambangkan setiap konsep tersebut adalah penting bagi memastikan bahawa apa
yang dikata akan dikotakan.

11. PENUTUP
Cita-cita dan matlamat negara telah ditetapkan dalam Wawasan 2020. Amanah dan
harapan yang dipikul adalah amat besar sekali. Rakyat perlu menilai dan memperbaiki
diri, cara bekerja, cara berfikir, cara bertindak dan cara melihat hasil kerja. Perlunya
sikap terbuka dan sedia untuk berubah serta meninggalkan sifat degil
mempertahankan nilai-nilai lapok, pandangan sempit, ego, mementingkan diri sendiri
dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai