Anda di halaman 1dari 14

WAWASAN DAN KEPIMPINAN

1. Definisi Wawasan Wawasan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ialah bayangan, pengelihatan, dan gambaran. Di dalam konteks yang lebih luas lagi, wawasan boleh dinyatakan sebagai anggapan, fahaman atau tanggapan fikiran. Wawasan juga merupakan pandangan, pendapat, pengertian dan konsepsi sesuatu perkara. Wawasan kini dikaitkan dengan pandangan jauh manusia. Ia merupakan imaginasi intelektual dan moral tentang pembangunan merupakan satu himpunan idea yang membentuk tujuan atau objektif bagi individu dan kumpulan bertindak, yang bukan menggariskan keadaan dan iklim semasa, tetapi menggariskan aspek aspek pembangunan masa depan di dalam semua bidang penghidupan. Ia merangkumi kerohanian, kebudayaan, kekeluargaan, psikologi, akhlak, ekonomi, pendidikan, politik dan sosial yang bersesuaian dengan keperluan sesuatu zaman. Wawasan merupakan suatu cetusan fikiran dan bukannya satu dasar khas. Namun begitu wawasan mungkin satu mukadimah atau pengenalan kepada pembentukan beberapa dasar baru. Contohnya Dasar Pembangunan Kebangsaan menggantikan Dasar Ekonomi Baru. Setiap perubahan perlu dirancang dengan teliti supaya rakyat dapat menjadi pendokong utama dalam setiap aspek pembangunan: berperanan sebagai khalifah Allah di bumi: memastikan alam sekitar tidak dimusnahkan oleh pelbagai pencemaran; dan memastikan pembangunan yang berkualiti dan menyeluruh dapat dicapai dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Rakyat tidak boleh membiarkan nilai-nilai asing menyusup masuk ke dalam budaya hidup mereka sehingga budaya itu terbentuk semula mengikut imej luaran. Rakyat tidak boleh mengambil jalan mudah dengan menerima dan mengamalkan ideologi dan cara hidup Barat atau Timur secara total di dalam semua aspek penghidupan. Modenisasi yang dibawa dari luaran mestilah diadun dengan unsur nasionalisme. Untuk mencapai matlamatmatlamat ini, rakyat perlu berinteraksi dengan persoalan dan permasalahan semasa secara konstruktif. Mereka tidak boleh melarikan diri atau hanyut dalam alam fantasi yang tidak berkesudahan. Daripada aspek teori, wawasan mempunyai matlamat yang jelas. Namun begitu dari aspek tindakan dan operasi, wawasan tersebut masih pada peringkat awal untuk mengenal pasti pendekatan, strategi, teknik, mekanisme, dan pelan tindakan menyeluruh yang tebaik bagi mencapai matlamat yang terkandung dalam wawasan tersebut. (Saifuddin, A. 1991 dalam Kepimpinan Belia Dalam Mengisi Wawasan) Dalam arena tempatan, Wawasan 2020 muncul dalam majlis yang dihadiri oleh ahli perniagaan, usahawan, dan birokrat negara, manakala dalam arena antarabangsa, Wawasan 2020 mucul di tengah-tengah era pembentukan semula orientasi hidup manusia di seluruh dunia dengan berlakunya dua bentuk transformasi besar dalam bidang pembangunan sosial, ekonomi, dan politik antarabangsa, iaitu transformasi dari era industri kepada era maklumat dan transformasi dari Zaman Odre Lama Dunia kepada Zaman Orde Baru Dunia.

Merujuk kepada konsep negara Malaysia yang bersatu padu, keseragaman identiti yang mutlak hanya dapat diwujudkan atas landasan kesepakatan akidah. Namun begitu, keseragaman dan kesatuan identiti dalam pengertian yang longgar boleh dibentuk berasaskan landasan kesepakatan di luar akidah seperti nilai-nilai kemanusiaan sejagat, rukunegara, bahasa kebangsaan, kebudayaan kebangsaan, falasafah pendidikan negara, dan dasar pendidikan negara Dalam konteks masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kedewasaan dalam hidup beragama dan berbudaya serta semangat toleransi antara agama dan budaya merupakan asas penting dalam pembentukan negara yang bersatu.

2. Sumber Wawasan Konflik antara kemajuan dengan kemunduran sentiasa menggugat kehidupan manusia. Pembangunan semula peradaban, antara lainnya membabitkan penghasilan wawasan, kaedah, alternatif, dan penyelesaian yang jelas terhadap pelbagai masalah yang dihadapi oleh seluru h umat manusia. Manusia diamanahkan untuk menjalani kehidupan duniawi sebagai hamba (individu) dan khalifah (pemimpin) Allah di alam nyata. Perlaksanaan amanah ini merupakan amal ibadat. Kebahagiaan hidup duniawi dan ukhrawi bergantung kepada ibadat ini. Sejarah telah membuktikan bahawa apabila umat Islam dilanda keruntuhan akhlak, kejahilan mental, kemunduran ekonomi dan kemelut politik dahsyat, maka timbullah orang yang mempunyai semangat pembaharuan (tajdid) dengan wawasan moral, intelaektual, ekonomi, dan politik untuk mengajak umat Islam kembali menjadi umat yang kuat. (Shalaby,1976; Muhammad,1987 dalam Penghayatan Wawasan Pembangunan Islam hlmn 1).

Wawasan boleh dicetuskan dengan adanya pemimpin yang berktrampilan dan sentiasa berpandangan jauh. Pemimpin yang mempunyai karisma yang tinggi boleh menambahkan bilangan pengikut yang setia. Pemimpin akan dilihat sebagai agen perubahan yang dapat memotivasikan pengikut-pengikutnya. Pemimpin yang dapat membawa kepada kecemerlangan bangsa dikaitkan dengan ketaqwaannya kepada Allah. Jika pemimpin itu seorang yang bertaqwa, pengikutnya menjadi insan yang rabani: iaitu sentiasa menuruti landasan yang telah ditetapkan oleh Allah. Persaingan yang hebat di dunia ini adalah penyumbang tercetusnya wawasan. Persaingan yang wujud biasanya di sekitar perlumbaan untuk mendapatkan kuasa politik, kuasa sosial dan kuasa ekonomi. Pemimpin yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya berusaha dengan gigih untuk memenuhi keperluan-keperluan manusia. Delima Melayu dan realiti umat Islam masa kini adalah seperti yang digambarkan oleh kenyataan di bawah; Umumnya, mereka mundur dan miskin, mereka buta huruf dan mudah menjadi mainan politik, dan mereka pengotor dan pelaku kezaliman sesama mereka, manakala yang kaya pula berada dalam keadaan mewah dan berfoya-foya dan

melupai amanah mereka untuk memakmurkan dunia. Jelas sekali orang Islam di mana-mana berada dalam kehinaan, dan itu sudah cukup menunjukkan imej mereka di kalangan manusia lain. (Muhammad .1991 dalam Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara. DBP hlm. 48). Bermula dari penyataan di atas, pemimpin perlukan sokongan yang padu daripada semua peringkat untuk menjadikan Malaysia bertaraf dunia. Wawasan tercetus dengan adanya peluang dan ruang masa yang mengizinkan. Peluang kadang kala datang dengan tiba-tiba untuk pemimpin mengemukakan wawasan yang difikirkan sesuai untuk menjana pembangunan negara. Faktur-faktur luaran, seperti ancaman negara-negara jiran dan kuasa-kuasa besar yang cuba menggugat keselamatan negara menyumbang tercetusnya wawasan. Pengaruh-pengaruh negatif yang boleh merosakkan akidah umat Islam perlukan senjata yang ampuh untuk dijadikan benteng bagi setiap lapisan masyarakat. "Dasar langit terbuka" jika tidak dibendung dengan disiplin diri yang kental boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehancuran. Wawasan adalah diperlukan agar pembangunan yang dikecapi tidak merosakkan diri sendiri dan tidak mencemarkan persekitaran seperti yang ditegaskan oleh salah satu matlamat kepimpinan Islam yang menuntut untuk memakmurkan bumi Allah. Wawasan juga terhasil kerana keinginan kita untuk perluasan sempadan pemikiran manusia sejagat. Pada abad kegemilangan tamadun Islam, ijtihad dan jihad sentiasa berdampingan sehingga umat Islam merasa hidup bahagia dengan banyaknya para mujtahid membawa panji keilmuan dan para mujahidin membawa panji keselamatan. (Qaradhawi, Y. 1988. Dalam Ijtihad dalam Syariat Islam)

PEMBANGUNAN

Mekanisme: IJTIHAD JIHAD

KOGNITIF PSIKOMOTOR Aktiviti: META-KOGNITIF TINGKAH LAKU (Operasi mental) (Tindakan Fizikal)

SISTEM NILAI sumber: Nik Aziz Nik Pa dalam Kawalan: (Operasi Rohani) Penghayatan Wawasan Pembangunan Negara

Proses Asas Dalam Pembangunan

Umat Islam mampu mencapai kegemilangan sekiranya ijtihad dan jihad dilaksanakan secara bersepadu. Ijtihad membekalkan sistem kehidupan dengan wawasan untuk melakukan inovasi yang berfaedah. Apabila ijtihad itu direalisasikan dan digabungjalinkan dengan jihad, maka terbentuklah kecemerlangan sebagaimana yang dicita-citakan. Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan suatu pengajaran yang tidak dapat dilupakan. Wujudnya jurang perbezaan pendapat ketidaksefahaman antara etnik menyebabkan kemajuan negara lambat dicapai. "Kegagalan kita mentransformasi ideologi nasionalisme Melayu menjadi ideologi nasionalisme Malaysia pada waktu tercapainya kemerdekaan, dan kegagalan golongan imigran melepaskan diri daripada mentaliti imigran kolonial dan tidak dapat mengidentifikasikan diri dengan proses pembentukan bangsa yang baru. Jadi, sebarang gagasan tentang pembentukan bangsa sentiasa ditanggap oleh kedua-dua pihak sebagai proses mendominasi dan didominasi." (Dr. Mahathir dalam Wawasan 2020: Aspek Politik dan Sosial hlmn. 30)

Dari kata-kata itu jelaslah bagaimana wawasan dibentuk sedemikian rupa untuk mewujudkan sebuah bangsa Melayu baru yang bersatu padu, berdedikasi dan berdaulat berasaskan semangat setiakawan yang tinggi tanpa merasakan adanya perbezaan dari segi kaum, keturunan dan warna kulit.

3. Proses Pembentukan Wawasan Wawasan lahir daripada pemikiran yang kreatif. Ia bermula daripada kajian tentang sejarah peradaban bangsa, tentang perlakuan manusia masa kini dan masa akan datan Sejarah telah g. membuktikan bahawa Kerajaan Melayu Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia. Melaka pada ketika itu begitu terkenal di seluruh pelusuk dunia. Masyarakat dunia sedang memperkatakan mengenai kawasan Asia Pasifik yang akan menjadi medan kegiatan ekonomi antarabangsa. Jikalau lima ratus tahun dahulu, kegiatan ekonomi berpindah daripada Mediterranean ke kawasan Atlantik tetapi hari ini akan berpindah dari Atlantik ke Pasifik. Hakikat yang sedemikian pernah dilafazkan oleh John Hay, iaitu seorang bekas Setiausaha Negara Amerika. Katanya; "Mediterranean adalah lautan untuk masa lalu, Atlantik adalah lautan masa kini, tetapi Pasifik adalah lautan perdagangan untuk masa depan." Segala ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh manusia adalah berpunca daripada Allah. Ilmu tersebut terdiri daripada ilmu yang berdasarkan kepada wahyu (ilmu naqliyah) atau ilmu yang bukan berdasarkan wahyu (ilmu aqliyah). Sumber utama bagi ilmu yang bukan berdasarkan wahyu ialah akal (rasional), pemerhatian, penyelidikan, ujikaji, dan pembudayaan. Dalam melaksanakan aktiviti pembangunan dan tajdid, Islam menganjurkan cara berfikir dan cara bertindak yang berasaskan analisa semasa, sintesis masa hadapan, dan bimbingan syariah Islam. Tajdid bermaksud suatu proses peneguhan kembali kefahaman dan keyakinan Muslim terhadap setiap aspek ajaran Islam. Pembangunan yang produktif merupakan satu usaha pemikiran dan tindakan yang terancang, bersistem, dan gagah yang membawa ke arah kekuatan intelektual, politik, akhlak, dan ekonomi yang mantap di samping ke arah kecekapan saintifik, teknologi, dan teknikal yang canggih. (Abdul Ghani, S. 1989. Dalam:Tajdid dalam pendidikan dan masyarakat. DBP)

Wawasan negara penuh dengan harapan, hala tuju dan cita-cita murni pemimpin. Segala cetusan idea perlu dibincangkan dan didokumentasikan. Tidak hairanlah jika Dr Mahathir Mohamad pernah menulis sebagaimana berikut; "Daripada pengalaman dua dekad yang lalu berhubung keajaiban ekonomi di negara yang miskin dari segi sumber semula jadi, adalah jelas bahawa

sumber utama mana-mana negara ialah bakat, kemahiran, kepakaran, kekreatifan dan semangat rakyat. Rakyat itu adalah sumber paling utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada 1990-an dan selepas itu, Malaysia mesti memberi penekanan sepenuh mungkin kepada pembangunan sumber utama ini. (Dr Mahathir Mohamad dalam Malaysia: The Way Forward).

Setiap perubahan perlu dirancangkan dengan teliti supaya umat Islam dapat menjadi pendokong utama dalam setiap aspek pembangunan: berperanan sebagai khalifah Allah di bumi: memastikan alam sekitar tidak dimusnahkan oleh pelbagai jenis pencemaran; dan memastikan pembangunan yang berkualiti dan menyeluruh dapat dicapai dalam jangka masa yang ditetapkan. Untuk mencapai matlamat ini, umat Islam perlu berinteraksi dengan persoalan dan permasalahan semasa secara konstruktif. Mereka tidak boleh melarikan diri atau hanyut dalam fantasi yang tidak berkesudahan. Mereka tidak boleh membiarkan nilainilai asing menyusup masuk ke dalam budaya hidup mereka sehingga budaya itu terbentuk semula mengikut imej luaran. Imej wawasan yang mengikut acuan sendiri perlulah ditonjolkan sebelum dibincangkan oleh masyarakat umum. "Kita patut menjadi negara maju mengikut cita rasa kita. Malaysia tidak patut dibangunkan dalam bidang ekonomi sahaja. Ia mesti menjadi negara maju yang sepenuhnya dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial, kejiwaan, psikologi, dan kebudayaan." (Dr Mahathir Mohamad 1991 dalam Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Biro Tatanegara hlm. 1) Berbagai-bagai kaedah untuk mengadakan perbincangan umum seperti mengadakan perdebatan di Parlimen, dialog pemimpin dengan rakyat, seminar-seminar, peranan media massa dan sebagainya di berbagai-bagai peringkat. Setelah segala-galanya dapat diyakini maka dapatlah dibuat pelancaran wawasan yang dimaksudkan menerusi raptai umum yang melibatkan seluruh rakyat. Raptai umum ini dikenali juga sebagai raptai mental kerana ia melibatkan pengelibatan rakyat untuk menghayati pengertian wawasan itu sendiri. Yang menentukan sama ada Wawasan 2020 itu adalah satu harapan atau impian, satu cita-cita atau khayalan, satu perjuangan atau angan-angan adalah aktiviti pemahaman, kesedaran, penerimaan, rasa pemilikan, komitmen, dedikasi, kesungguhan, ketekunan, dan pengorbanan yang dilakukan oleh setiap individu. Memang tiada jalan pintas untuk merealisasikan wawasan negara, selain daripada perjuangan dan pengorbanan yang membabitkan jihad dan ijtihad. Wawasan tidak mungkin tercapai hanya dengan kelantangan berpidato sahaja. Setiap individu perlu melibatkan diri dengan aktif dalam usaha memantapkan keimanannya dan mengukuhkan kecekapannya untuk berdikari. Setiap individu perlu bebas daripada cengkaman budaya seminar yang mementingkan slogan daripada bahan yang produktif yang mementingkan pamiran daripada hasil. Apabila seseorang berminat untuk berubah, dia bersedia untuk mempelajarai corak-corak tingkah laku yang baru. Perubahan boleh berlaku melalui penerimaan maklumat baru, pendedahan kepada pengalaman baru, atau penelitian terhadap situasi sedia ada daripada perspektif yang berlainan. Proses perubahan biasanya berlaku melalui dua mekanisme yang saling berkait, iaitu identifikasi dan penghayatan. Identifikasi berlaku apabila seseorang itu memerhati dan berusaha meniru sesuatu tingkah laku yang dikemukakan kepadanya. Penghayatan pula berlaku apabila individu perlu mengamalkan tingkah laku yang baru

dipelajari. Perubahan yang berkesan selalunya membabitkan gabungan kedua-dua mekanisme ini sebagai satu strategi perubahan. " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri " (Surah al-Rad 13.11)

4. Tujuan Wawasan Pemimpin yang cemerlang adalah pemimpin yang yang berpandangan jauh. Ia dapat membawa negaranya maju dalam semua bidang iaitu di bidang politik, ekonomi dan sosial. Wawasan dapat mengangkat martabat bangsa untuk membentuk tamadun manusia bertaraf dunia berlandaskan nilai-nilai keislaman yang tinggi. Untuk itu wawasan adalah penting untuk menggubal strategi demi memenuhi harapan dan cita-cita negara. Wawasan dapat memilih strategi yang diperlukan agar perancangan yang dibuat adalah mengikut imej yang tersendiri. Ini dapat dilihat dalam konteks di Malaysia, Wawasan 2020 yang dijalankan adalah mengikut acuannya sendiri. Proses penyaringan segala idea-idea yang dapat membantu pengubalan strategi untuk mencapai matlamat wawasan adalah perlu untuk mengelakkan pembaziran. Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara yang bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikat cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak sematamata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikaal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyaarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain. Wawasan juga bertujuan membentuk orde baru dunia dengan satu kebangkitan bercirikan reformasi dan pembaharuan yang selari dengan syariah di kalangan masyarakat Islam supaaya mereka dapat mendominasikan kembali corak pembangunan dunia. Pembentukan odre baru dunia perlulah mempunyai kekuatan akidaah dan ketakwaan, kekuatan ilmu dan pembudayaan ilmu, kekuatan pengislaman ilmu dan amalan, kekuatan ekonomi dan perdagangan serta kekuatan komunikasi dan teknologi. Untuk mencapai matlamat itu, mereka perlu menjalankan aktiviti-aktiviti hidup yang produktif dan konstruktif. Aktiviti-aktiviti hidup merupakan unsur asas dalam setiap tingkah laku manusia, baik yang bersifat fizikal, mental, mahupun rohani. "Belanjawan 1992 dirangka bagi menghadapi cabaran -cabaran strategik dan menterjemahkan hasrat dan cita-cita yang terkandung dalam Wawasan 2020. Justeru itu strategi belanjawan ini dan langkah-langkah yang diambil cuba memenuhi keperluan dan tuntutan Dasar Pembangunan Negara dan

Rancangan Malaysia ke Enam (RM6) kerana rancangan itu adalah l angkah pertama ke arah mencapai matlamat wawasan." (Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pembentangan Belanjawan 1992 Berita Harian November 2, 1992)

Wawasan juga bertujuan untuk menetapkan perancangan yang akan dilakukan. Proses menetapkan perancangan akan melibatkan proses membuat keputusan yang berkisar kepada keutamaan, kos, tenaga kerja, teknologi, masa yang digunakan, kesan terhadap alam sekitar, kesan terhadap sosial, kesan terhadap ekonomi dan kesan terhadap politik. Segala perancangan mestilah dibuat mengikut masa yang ditetapkan sama ada perancangan jangka pendek atau perancangan jangka panjang. Kunci dalam memilih tempoh perancangan yang sesuai terkandung dalam prinsip komitmen: perancangan yang logik melibatkan satu tempoh masa pada hari esok yang penting untuk memenuhi dan melalui satu siri tindakan, komitmen yang terbabit dalam keputusan yang dibuat pada hari ini. Wawasan juga bertujuan untuk dijadikan perangsang kepada semua lapisan masyarakat untuk berusaha dengan lebih gigih ke arah pembentukan Malaysia yang setaraf dengan dunia maju lain. Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang bangsa mestilah bersatu padu. Untuk mencapai perpaduan yang jitu wawasan adalah diperlukan kerana ia akan menjadi lambang perpaduan di Malaysia. "Kita mesti maju dalam erti kata perpaduan nasional dan sosial, dalam erti kata ekonomi kita, dalam erti kata keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kejiwaan, maruah bangsa dan keyakinan." (Dr. Mahathir (1991) dalam Wawasan 2020 hlm. 1) Wawasan dapat mengembeling setiap individu untuk memikul tugas yang berat dan bersedia bertungkus lumus dalam perjuangan untuk membangunkan negara serta mengatasi halangan yang menyekat pembangunan. Wawasan dapat dilihat sebagai agen pembangunan insan. Pembangunan insan menurut Khurshid (1970) menerusi The Muslim merangkumi tauhid, rububiyyah, khalifah dan tazkiah. Tauhid adalah keesaan Allah manakala rububiyyah merupakan kekuasaan Allah untuk menjaga, mengawal, menampung, dan mengurus kehidupan mahluk ke arah kesempurnaan. Khalifah meerujuk kepada peranan manusia sebagai pemegang amanah Allah dibumi dan tazkiah adalah penyucian sikap dan perhubungan. Wawasan 2020 antara lainnya bertujuan untuk melaksanaan dasar ekonomi dan pembangunan negara. Diantara dasar-dasar tersebut ialah; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Dasar Pembangunan Nasional Dasar Perindustrian Negara Dasar Pertanian Negara Dasar Penswastaan Dasar Pensyarikatan Malaysia Dasar Sains Dan Teknologi Negara Dasar Penerapan Nilai Islam Dalam Pentadbiran Dasar Pandang Ke Timur Dasar Pengurangan Perbelanjaan Awam

10. Dasar Wanita Negara 11. Dasar Pendidikan Kebangsaan 12. Dasar Pembaharuan Dan Peningkatan Produktiviti Dan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam 5. Peranan Pemimpin Terhadap Wawasan Kepimpinan sebagai tugas memulakan, mengelola, menjelas dan memotivasikan (Bass 1949) Kepimpinan sebagai penciptaan perubahan (Cattell, 1953) Kepimpinan sebagai seni menjadikan orang lain melakukan sesuaatu mengikut dan mengubah tingkah laku (Vance Packerd 1962) Kepimpinan sebagai penggunaan kuasa (kuasa peribadi dan kuasa karisma) dan membuat keputusan (Dubin 1951) Pemimpin di Malaysia mempunyai peranan yang sangat besar didalam menjelaskan wawasan kepada rakyat. Pemimpin bukan sahaja perlu memahami wawasan tetapi mestilah dapat menghayatinya. Penjelasan tentang objektif dan matlamat wawasan negara yang berkesan kepada rakyat akan memberi kefahaman yang baik dikalangan merekaa. Rayuan kepada tujuan bersama wawasan hendaklah disampaikan kepada rakyat agar mereka sedar akan peranan dan tanggung jawab masing-masing. Wawasan perlu diyakini oleh rakyat kerana ia akan memberi implikasi kepercayaan kepada masyarakat. Pemimpin dan rakyat perlu untuk berkomunikasi dengan berkesan dan suasana ini adalah diharapkan untuk membina kekuatan bangsa. Kesefahaman boleh menjuruskan masyarakat untuk bekerja dengan lebih gigih dan bersistematik di mana seluruh lapisan masyarakat akan melaksanakan peranan masing masing. Akhir-akhir ini pemimpin selalu dirujuk sebagai agen perubahan. Pemimpin yang bertindak sebagai agen pembangunan mestilah seorang yang dihormati kerana gaya kepimpinan yang berkesan. Pemimpin semestiya mempunyai akhlak dan etika kerja yang terpuji. Pemimpin perlu membangunkan pembangunan manusia yang banyak bergantung kepada asas ideologi. Usaha membina dan membangunkan masyarakat bukan sahaja membabitkan domain perindustrian dan perdagangan, tetapi juga membabitkan domain ideologi. Sebagai langkah pertama, setiap individu perlu berusaha memahami dwikonsep tentang pembangunan Barat dan pembangunan Islam. "Adakah kita mahu menjadi seperti United Kingdom, Kanada, Holland, Sweden, Finland, Jepun? Sebagai kepastian, setiap daripada 19 negara ini, daripada masyarakat dunia yang mempunyai lebih 160 negara, mempunyai kekuatan sendiri. Tetapi setiap negara itu juga mempunyaai kelemahannya. Tanpa meniru salah sebuah negara berkenaan, kita masih boleh membangun. Kita patut menjadi negara maju mengikut cita rasa kita. Malaysia tidak patut dibangunkan dalam bidang ekonomi sahaja. Ia mesti menjadi negara maju yang sepenuhnya dalam semua bidang: ekonomi, politik, sosial, kejiwaan, psikologi, dan kebudayaan." (Dr Mahathir Mohamad 1991 dalam Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Biro Tatanegara hlm. 1) Tema Hari Kebangsaan 1998: "Negara Kita, Tanggungjawab Kita". Keyakinan yang tinggi dapat merubah semangat bekerja disamping berbagai-bagai semangat positif yang lain.

Segala slogan mempunyai fungsinya, paling tidak sebagai peringatan, tetapi dalam menjaya dan memprogramkan kehidupan Islam dalam semua lapangan, ilmu fardu ain dan kifayah adalah satu kemestian. Bertitik tolak dari pengilmuan inilah idea dan usaha lain dapat diperkembangkan di peringkat realiti, sama ada untuk tujuan pembentukan peribadi muslim, pembinaan kehidupan sosial atau pembangunan negara. (Muhammad 1991, dalam Pelajar Pemegang Obor Tamadun. Hlm. 10) Pemimpin hendaklah sentiasa memberi dorongan kepada masyarakat untuk mengatasi cabaran, untuk maju ke hadapan, dan untuk membangun. Individu yang mempunyai dorongan ini memaparkan sifat-sifat positif terhadap matlamat yang hendak dicapai. Antara lain, mereka tekun bekerja, menumpukan perhatian kepada masa depan, mengambil pendekatan yang realistik terhadap risiko, menetapkan matlamat yang agak sukar tetapi bukan mustahil untuk diri mereka, tabah, bertanggung jawab, dan suka bekerja dengan orang yang dapat memberi sumbangan yang produktif. Pemimpin hendaklah menunjukkan ketrampilan untuk melakukan kerja yang berkualiti tinggi. Orang yang bermotivasikan ketrampilan akan berusaha untuk menguasai kerja mereka, mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah, dan berusaha untuk menjadi manusia yang inovatif. Pemimpin perlulah menanamkan semangat nasionalisme yang tinggi kepada seluruh rakyat. Semangat nasionalisme akan meniupkan perasaan cintakan bangsa dan negara sendiri yang tidak berbelah bagi terhadapnya. Pemimpin perlu meyakinkan masyarakat tentang perlunya perasaan setiakawan serta semangat cintakan bangsa dan negara. Semangat nasionalisme adalah punca kekuasaan dan kedaulatan sesebuah negara. Islam sangat menekankan semangat cintakan negara sebagaimana yang ditunjukkan oleh penyataan berikut; Cintakan negara (watan) adalah sebahagian dari iman. (Hadith Nabi) Pemimpin harus membina keiltizaman yang tinggi disemua peringkat untuk mendorong individu membangunkan sahsiah diri yang terpuji. Pemimpin hendaklah mengungkapkan slogan "Malaysia Boleh" menerusi ucapan-ucapanya melewati media massa yang ada. "Malaysia Boleh" perlu dijadikan kata-kata azimat kepada rakyat untuk menimbulkan keyakinan kepada semua pihak dalam menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang. Pemimpin hendaklah mengekalkan komunikasi yang berkesan. Sebagai mahluk sosial kata Ibn Khaldun, manusia memerlukan komunikasi dan interaksi antara satu sama lain bagi memperolehi keperluan asas. Seseorang individu atau kelompok tidak akan berupaya memperolehi segala keperluan asasnya tanpa kerja sama dan bantuan individu atau kelompok lain. Pemimpin di setiap peringkat perlu menggunakan peluang yang ada untuk berkomunikasi secara langsung dengan masyarakat. Komunikasi yang berkesan boleh dilakukan menerusi ceramah-ceramah, seminar, dialog, akhbar-akhbar, media elektronik, dan teknologi maklumat yang lain. 6. Strategi Perlaksanaan Wawasan Pemimpin perlu membentangkan wawasan yang telah dibuat menerusi media massa, perhimpunan umum dan berbagai-bagai cara lagi. Objektif dan matlamat wawasan perlulah dijelaskan agar semua dapat memahaminya.

Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara yang bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikat cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak sematamata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyaarakat yang sempurna dengan nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain. Matlamat wawasan adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Setelah seluruh masyaratkat yakin dapat melaksanakannya, pembahagian tugas adalah perlu dilakukan. Tugas yang berat diagihkan kepada semua termasulah ke Jabatan-Jabatan Kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan, Firma-Firma Swasta dan Badan-Badan Berkanun Kerajaan. Agihan tugas yang menyeluruh ini perlulah berdasarkan sumber kemudahan yang ada agar ia dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Bidang pendidikan juga perlu mendokong wawasan kerana disinilah sumber pelapis pemimpin negara. Seluruh individu yang berada di bawah payung pendidikan harus mengambil peranan masing-masing untuk merealisasikan wawasan tersebut. Melalui perancangan yang teratur inilah proses pemimpin menerapkan Wawasan 2020 secara yang berkesan untuk digarap pada tahun 2020 nanti. Proses perancangan strategik mengandungi enam kegiatan yang berkaitan, iaitu analisis luaran, analisis dalaman, strategi alternatif, pemilihan strategi, perancangan tindakan strategik, dan kawalan serta maklum balas. Analisis luaran adalah kajian terhadap persekitaran luaran masa kini dan masa hadapan yang dinilai dari sudut ancaman dan peluang. Penilaian adalah berkisar kepada faktor-faktor politik, sosial, saintifik, ekonomi, perundangan, demografi, dan geografi. Persekitaran luaran juga dinilai untuk perkembangan teknologi, keluaran, perkhidmatan, dan persaingan. Analissis dalaman dinilai dari sudut kelemahan dan kekuatan. Penilaian bertumpu kepada faktor-faktor penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran, operasi, perolehan, pemasaran, kejuruteraan, pengurusan, dan perkhidmatan. Faklor-faktor dalaman lain yang penting bagi merumuskan strategi termasuklah penilaian sumber manusia, sumber kewangan, imej organisasi, struktur dan iklim organisasi, sistem perancangan dan kawalan, dan hubungan dengan pelanggan. Strategi altenatif adalah gabungan analisis dalaman (kelemahan dan kekuatan) dan analisis luaran (ancaman dan peluang). Proses ini bertujuan untuk mendapatkan bentuk-bentuk strategi yang berlainan. Tumpuan diberikan kepada usaha mencari kekuatan yang dapat digunakan untuk merebut peluang yang telah dikenal pasti atau memperbaikki kelemahan bagi menghadapi ancaman yang tidak dapat dielakkan. Pemilihan strategi harus dinilai dengan teliti sebelum pilihan dibuat. Strategi yang dipilih mesti dipertimbangkan berdasarkan kepada beberapa unsur kritis seperti risiko, masa, kos, reaksi rakyat, reaksi parti pembangkang, reaksi negara-negara jiran, dan keadaan semasa. Perancangan tindakan strategik menekankan bahawa sesuatu strategi yang telah dipilih harus ditukar kepada perancangan tindakan jangka sederhana dan pendek. Misalnya, strategi pilihan dipecahkan kepada komponen-komponen kecil dan diagihkan kepada jabatan dan individu yang tertentu. Tindakan-tindakan perlu dijadualkan untuk satu jangka masa tertentu. Seterusnya, matlamat, kakitangan yang terlibat, jabatan yang terlibat, jumlah sumber, dan jenis sumber yang perlu dikenal pasti. Setelah keputusan diambil dan rancangan telah ditetapkan langkah seterusnya ialah membuat belanjawan. Penyusunan aliaran wang tunai, perbelanjaan dan hasil, perbelanjaan modal, atau penggunaan tenaga manusia dan penggunaan mesin adalah perlu untuk dijangkakan.

Pengawalan membabitkan pengukuran dan pembetulan prestasi dalam usaha untuk memastikan bahawa objektif dan matlamat wawasan dicapai dengan sempurna. Sesebuah sistem kawalan yang mencukupi akan mendedahkan kegagalan dan membuat tindakan pembetulan. Segala strategi yang hendak diambil haruslah mengikut keperluan manusia seperti yang diterangkan oleh Maslow (1970) dalam Motivation And Personality, Langgulung (1983) dalam Kreativiti Dan Pendidikan, dan Naquib (1990) dalam The Nature Of Man And The Phychology Of The Human Soul. Manusia memerlukan beberapa keperluan seperti keperluan fisiologi iaitu keperluan asas untuk menyara kehidupan manusia seperti makanan, air, udara, rehat, pakaian, tidur, seks, aktiviti motor deria, dan rangsangan. Manusia memerlukan keselamatan untuk bebas daripada bahaya fizikal dan rasa takut akan kehilangan kerja, harta, makanan, pakaian, kawan, dan tempat tinggal. Manusia memerlukan keperluan emosi dan sosial, keperluan untuk mencintai dan dicintai, tergolong kepada sesuatu kumpulan, dipunyai dan diterima oleh orang lain,penghormatan kendiri, perasaan menghargai dan dihargai oleh orang lain. Manusia memerlukan pencapaian untuk menyempurnakan potensi diri, mencapai taraf yang tinggi, ingin tahu, autonomi, kuasa, kejayaan, meneroka, menganalisis perhubungan, mendapatkan kecantikan dan keindahan, mengetahui dan memahami. Selain daripada itu manusia memerlukan keperluan tazkiyah iaitu keperluan untuk mensucikan diri, fikiran dan rohani: menilai dan membangunkan diri, dan menghampiri Tuhan. Manusia memerlukan keperluan rohani untuk mencapai ketaqwaan kepada Allah.

7. Wawasan 2020 Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sebagaimana yang terkandung di dalam ucapan beliau "Malaysia Langkah Ke Hadapan" ketika melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991. Matlamat utamanya ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara perindustrian yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Wawasan 2020 merupakan satu gagasan strategi atau imaginasi moral jangka panjang. Ia memberi arah tujuan dan sasaran negara untuk mencapai status negara maju. Wawasan 2020 menyarankan satu rangka kerja mengenai matlamat, tempoh masa, prospek, pendekatan, dan strategi perlaksanaan. Wawasan 2020 mempunyai banyak konsep dan ungkapan ekonomi perdagangan seperti budaya ekonomi, masyarakat perdagangan, dasar penswastaan, transformasi pembangunan luar bandar, perkongsian penuh dalam kemajuan. Walaupun begitu, Wawasan 2020 mempunyai sembilan cabaran strategik untuk dijayakan mengikut cita rasa tempatan iaitu untuk mewujudkan 1. Negara Malaysia yang bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama. Negara ini hendaklah menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan diri, berbangga dengan apa yang ada, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua ponensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun. Membentuk masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didokong oleh nilai etika yang paling tinggi. Mewujudkan masyarakat yang liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamatkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi penyumbang kepada tamadun saaintifik dan teknologi masa depan Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh. Mewujudkan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi, dan pengenalan kemunduran ekonomi berdasarkan kaum. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

WAWASAN 2020 MATLAMAT CABARAN STRATEGI

(Halangan) (Cara pengisian)

Negara maju Mental dan sosial Dasar Pembangunan Nasional Negara Industri Ekonomi Dasar Pendidikan Kebangsaan Acuan Tempatan Politik Dasar Penswastaan TEMPOH Sistem nilai Dasar Perindustrian Negara

30 tahun Psikologi Bangsa Dasar Pensyarikatan Negara

Anda mungkin juga menyukai