Anda di halaman 1dari 22

1.0 Pengenalan 1.

1 Pendahuluan Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Pendidikan ialah suatu proses kreatif yang berterusan. Ia adalah bertujuan untuk mengembangkan potensi diri yang terpendam di dalam setiap sanubari insan dan untuk menyelaraskan serta memperkaya kemajuan masyarakat dengan nilai-nilai moral dan ilmu pengetahuan yang lengkap. Namun begitu, pendidikan sebenarnya boleh memberikan pengertian yang sangat meluas tetapi maksud pendidikan ini bergantung kepada sesuatu isu yang ingin diutarakan contohnya seperti pendidikan dapat dilihat dari sudut bahasanya iaitu dalam bahasa Inggeris pendidikan disebut sebagai education yang membawa maksud memelihara, membimbing atau mengasuh kanak-kanak serta boleh diertikan sebagai perkembangan fizikal dan mental. Manakala, dalam bahasa Arab pendidikan diistilahkan sebagai talim, tadris, tarbiyah atau tadib yang membawa maksud mengajar, memelihara, atau memberi ilmu pengetahuan. Selain itu, pendidikan boleh didefinisikan dari sudut cirinya, dari sudut proses, hasil dan pelbagai lagi sudut yang berkaitan. Pendidikan dan kecemerlangan pembangunan insan merupakan dua sarana pokok bagi pembentukan budaya, individu, dan corak masyarakat. Dengan demikian, sebarang usaha pendidikan atau pembangunan bukan sahaja harus memberi pertimbangan yang asasi kepada keperluan moral dan kerohanian tetapi harus membawa manusia kepada matlamat kejayaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat sekali gus ( Mohd. Kamal Hassan, 1988 ). Merujuk kamus dewan edisi ketiga, pembangunan pula membawa maksud perihal membangun, proses membangun untuk mencapai kemajuan, perkembangan, serta usaha atau kegiatan membangunkan untuk memajukan dan mengembangkan. Ini bererti perubahan yang berkait dengan pertumbuhan, dan kemajuan. Pembangunan dalam erti kata perubahan membawa kesan-kesan positif dan progresif, bukannya kesan-kesan retrogresif atau kesankesan negatif yang menjadikan masyarakat bertambah mundur. Pembangunan sebagai proses perubahan atau transformasi melibatkan secara langsung arau tidak langsung

keseluruhan aspek kehidupan dalam masyarakat, iaitu ekonomi, sosial, rohaniah, politik, teknikal dan individu. Dari segi individu pula, pembangunan bermakna perubahan pada nilai, sikap, aspirasi dan jangkaan individu yang membawa kepada kebolehan berdikari, kesedaran kendiri, mobilisasi kendiri yang seterusnya mempengaruhi sikap individu terhadap kerja dan peningkatan mutu kerja. Nilai-nilai baru yang diperoleh melalui pendidikan, latihan dan pengalaman boleh merangsang individu untuk terus belajar bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehan membuat keputusan dengan lebih berautonomi. Oleh itu, pembangunan insan merujuk kepada suatu perubahan yang positif yang berlaku kepada seseorang insan. Pembangunan insan ini sudah semestinya merujuk kepada nilai-nilai murni yang terpancar yang dikenali sebagai akhlak terpuji. Menurut Wan Mohd Zahid (1988), beliau mentakrifkan nilai- nilai murni sebagai tanggapan berkenaan perkaraperkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia. Tambahan pula, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi telah mencetuskan revolusi idea dalam memberi penekanan terhadap usaha membangunkan modal insan sebagai satu landasan kecemerlangan generasi hadapan. Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang menjelang Wawasan 2020. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan. ( Buku Rasmi Tahunan Malaysia, 2006)

2.0 Ciri-ciri warganegara yang baik 2.1 Membantu orang lain Apakah kewarganegaraan ? Jika seseorang lahir di sesebuah negara, dia dikenali sebagai warganegara negara tersebut. Apabila seseorang itu sudah menjadi warganegara, kerajaan akan memberi hak istimewa kepadanya. Kewarganegaraan juga dimaksudkan agar kita memiliki wawasan kesedaran bernegara untuk bela negara dan memiliki pola pemikiran, pola sikap dan perilaku sebagai pola tindak yang cinta tanah air (Nur Rahmat,2007).Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita ada tanggungjawab yang besar untuk menjadi seorang warganegara yang baik. Salah satu aspek yang penting untuk menjadi warganegara yang baik ialah menolong orang lain di sekeliling kita, orang selalu memerlukan bantuan ahli komuniti yang lain. Sesebuah masyarakat yang hebat pastinya terbina daripada semangat tolong menolong dan kerjasama antara satu sama lain. Satu contoh yang mudah ialah saya sebagai pelajar perlulah menolong guru saya apabila saya melihat dia mengangkat buku-buku atau barang-barang yang berat. Walaupun nampak seperti remeh-temeh tetapi amalan ini sudah makin lupus ditelan arus kemodenan. Masyarakat sekarang dilihat semakin terhakis daripada nilai-nilai murni seperti cat di dinding bangunan yang terhakis dek kerana hujan asid. Tambahan pula, sifat membantu orang lain ini adalah amalan baginda Nabi Muhammad S.A.W. Suatu hari, selepas kewafatan Rasulullah S.A.W., sayidina Abu Bakar telah mengunjungi rumah isteri Nabi, Siti Aisyah R.A. yang juga anaknya sendiri. Beliau telah bertanya apakah amalan nabi yang dia belum lakukan?. Ummulmukminin itu telah mengatakan bahawa nabi S.A.W. selalu mengunjungi seorang perempuan tua yang buta dan memberinya makan. Setelah itu, Abu Bakar R.A. pergi mengunjungi perempuan tersebut dan memberinya makan. Apabila beliau mula memberinya makan, perempuan itu mengatakan bahawa dia bukanlah orang yang selalu memberinya makan. Abu Bakar pun kehairanan dan meminta perempuan itu menjelaskan lebih lanjut. Perempuan itu mengatakan sebelum makanan disuap ke dalam mulutnya, makanan itu dihancurkan terlebih dahulu. Abu Bakar pun menangis mengenangkan pengorbanan seorang kekasih Allah yakni baginda Rasulullah S.A.W. kemudian, perempuan itu bertanya di manakah gerangan orang yang selalu

mengunjunginya itu. Maka, dengan nada kesedihan berbaur gelisah Abu Bakar memberitahu bahawa orang itu telah meninggal dunia. Jelaslah, di sini bahawa seorang pemimpin sesebuah institusi pemerintahan sanggup untuk mengorbankan diri, harta, dan masa semata-mata menyuapkan makanan ke mulut seorang perempuan tua buta sekalipun beragama Yahudi. Implikasinya, perempuan tua Yahudi itu telah memeluk Islam (Muhammad Yusuf,1994). Kisah ini menunjukkan kepada kita semua bahawa pentingnya menolong orang lain walaupun mereka tidak menyenanginya. Jika semua orang di negara ini mengamalkan sikap tolong menolong dan bantu-membantu antara satu sama lain pastinya negara tidak perlu memikirkan alternatif lain untuk menyatupadukan rakyat dan juga kos pengurusan juga akan menurun dengan mendadak. 2.2 Menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran

"Faktor terpenting yang berfungsi dalam memastikan kejayaan sesebuah negara pada era maklumat dan alaf baru ialah kemampuan rakyat menguasai dan menggunakan sains dan teknologi secara kreatif dan inovatif," kata Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Berita Harian: 1997). Pada zaman atom ini, kehidupan manusia telah dilanda globalisasi yakni dunia tanpa sempadan. Kini, teknologi semakin maju mendahului zaman. Kehendak manusia hanya berada di hujung jari. Tetapi, apakah yang akan terjadi jika kita masih berada di takuk lama? Hakikatnya, rakyat Malaysia masih lagi jauh ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat (IT). Tanpa pengetahuan, kemahiran dan penguasaan lanjutan, maka penggunaan dan aplikasi teknologi strategik berkenaan hanya meminggirkan bangsa Malaysia daripada arus pembangunan perdana. Inilah pentingnya penguasaan dalam lapangan akademik terutamanya dalam bidang teknologi maklumat. Kecemerlangan pemikiran, sosial, keagamaan, kepemimpinan, dan emosi bukan bermaksud kecemerlangan akademik boleh di pandang sebelah mata. Proses pembangunan kemanusiaan yang sebenar ialah gabungan semua kaedah dan pendekatan dengan matlamat kecemerlangan yang menyeluruh. Malah, ada pendapat yang menyatakan bahawa kecemerlangan akademik adalah teras kepada kecemerlangan lain.. Namun begitu, ilmu dan kemahiran kekal sebagai aset yang memberi kuasa kepada pembangunan negara. Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah

berkata bahawa "Sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber alam," .Tenaga otak yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri tidak mungkin terjana tanpa ilmu dan kemahiran. (http://161.139.39.251/akhbar/education/1999/bh99803.htm). Ilmu dan kemahiran pula tidak muncul dengan spontan apabila dikehendaki. Oleh itu, semua warganegara Malaysia seharusnya berusaha menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh agar dapat menjadi modal insan yang akan berguna kepada agama, bangsa dan negara di hari muka kelak.

2.3 Demokratik yang matang Antara ciri-ciri yang penting untuk menjadi warganegara yang baik ialah kita mesti aktif mengambil bahagian dalam aktiviti kemasyarakatan. Ada pelbagai cara dan fungsi yang kita boleh menyumbang kepada masyarakat serta negara. Contohnya, Apabila sesebuah pilihan raya diadakan sama ada pilihan raya kecil atau umum, kita perlulah bersedia untuk membuang mengundi. Seperti yang telah diketahui umum, apabila seseorang itu bergelar warganegara sesuatu negara, ia mempunyai hak istimewa. Antara hak tersebut ialah hak berpolitik. Masyarakat Malaysia bebas menyuarakan pandangan dan berhak untuk memilih calon daripada parti-parti politik yang bertanding di kawasan masing-masing. Selain itu, apabila ada sesuatu mesyuarat yang diadakan di komuniti kita untuk membincangkan tentang isu-isu atau masalah yang berlaku, bolehlah kita untuk memberikan pendapat ataupun lontaran idea yang bernas kepada pihak pemerintah di kawasan kita. Di negara ini, kita mempunyai hak untuk bebas bersuara. Oleh itu, adalah rugi kalau kita tidak menyumbang sedikit pengalaman dan ilmu yang ada dalam benak jiwa kita bagi memajukan dan memperjuangkan agama , bangsa dan negara. Segala syor ataupun pandangan kita tidak boleh dibantahi oleh orang lain. Malah, pihak kerajaan boleh menilai dan mengambilnya sebagai aset bagi membangunkan lagi negara ini dari aspek rohani, emosi, dan intelek selain pembangunan fizikal.

2.4 Berakhlak Mulia Dewasa ini, dalam setiap masyarakat yang berbilang kaum seperti di negara ini pastinya berdepan dengan masalah keruntuhan akhlak yang semakin meruncing. Generasi moden ini dilihat lebih cenderung kepada budaya hedonisme. Budaya dari Barat yang lebih mementingkan hiburan yang berlebihan telah merosakkan institusi masyarakat kita. Hal ini demikian kerana walaupun generasi muda ini berpelajaran tinggi, mempunyai kerja yang baik, dan berpendapatan lumayan, tetapi mereka tidak pandai menghargai orang lain walaupun dengan ucapan terima kasih (Ruhanie Hj Ahmad, 2005). Meskipun budaya ini dikatakan kecil dan dipandang remeh oleh masyarakat namun ia akan memberikan kesan yang negatif kepada negara pada masa akan datang. Walaupun kaum Melayu terkenal dengan budaya ketimuran tetapi sekarang seperti kata Tun Dr. Mahathir melayu mudah lupa. Bagaikan kacang lupakan kulit. Begitulah ungkapan yang paling sesuai untuk masyarakat Melayu yang lupa akan perjuangan para pemimpin terdahulu bagi memartabatkan agama dan bangsa di mata dunia. Masyarakat Cina dan India pula terkenal dengan budaya gengsterisme seperti geng mamak yang telah mengancam keamanan negara. Sebagai contoh, di kawasan Sibu dan Miri, Sarawak masyhur dengan geng pintu merah dan geng pintu hijau . Kumpulan- kumpulan ini dipercayai mempunyai hubungan dengan kumpulan kongsi gelap antarabangsa China. Ini menunjukkan masyarakat berbilang bangsa di negara ini lebih mementingkan semangat kesukuan yang melampau sehingga tidak menghiraukan nilai-nilai moral lagi. Hal ini sudah tentunya menyukarkan lagi usaha pihak kerajaan untuk menyatukan kembali masyarakat yang sudah berpecah ini. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai individu warganegara Malaysia untuk memupuk kembali akhlak mulia dan ciri-ciri ketimuran yang sudah terkenal sejak dahulu lagi. Tambahan pula, sebagai Muslim sudah semestinya kita mempunyai akhlak yang terpuji kerana junjungan besar kita telah datang ke dunia ini semata-mata untuk menyempurnakan akhlak. Akhlak yang terpuji atau mulia adalah hasil keimanan yang kental. Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan masyarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota masyarakat tersebut. Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam. Rasulullah saw adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam sebuah hadis, baginda saw

bersabda Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. ( Riwayat Ahmad ). Maka , di sini jelaslah bahawa mempamerkan sahsiah dan akhlak terpuji merupakan satu syariat agama Islam dan juga dengan akhlak yang mulia mudahlah bagi seseorang itu untuk menyempurnakan hak orang lain tanpa menuntut haknya. Dengan ini, masyarakat kita akan aman dan pergaduhan pasti tidak akan berlaku dan suasana harmoni akan terbentuk seperti mana suasana agama yang ditinggalkan oleh baginda Nabi Muhammad S.A.W. ketika kewafatan baginda. 2.5 Amanah dan berdisiplin Dalam Islam ataupun dalam agama lain sekalipun tentunya menitik beratkan nilainilai murni dalam kehidupan harian penganutnya. Nilai-nilai yang baik akan menjadi tonggak bagi melahirkan individu warganegara yang unggul dan cemerlang. Setiap warganegara mempunyai peranan tersendiri. Ramai yang memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan negara, penjawat awam, swasta, ahli perniagaan, buruh dan tidak terlepas juga ialah pelajar. Semua sudah semestinya mempunyai amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dipelihara. Amanah adalah sifat yang sangat penting. Ia adalah suatu pengharapan dan tanggungjawab yang berat. Ia merupakan asas ketahanan masyarakat, kestabilan negara, kekuasaan, kehormatan dan roh kepada keadilan. Firman Allah swt, yang bermaksud Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya. ( Surah al-Baqarah : 283 )( Ruzita Binti Mokhtar, 2007) Oleh itu, sifat yang mulia ini perlu diamalkan oleh setiap orang. Pada pertengahan bulan April 1982, Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir telah melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai satu dasar yang menjadikan kepada semua rakyat di negara ini. Konsep ini menjadi asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan yang diperkenalkan pada 19 Mac 1983. Kecemerlangan sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada kemahiran dan kepakaran anggotaanggotanya, sistem kerja yang cekap dan berkesan dan penggunaan teknologi canggih, tetapi juga kepada kualiti peribadi anggota-anggota organisasi tersebut. Selain itu, sebagai anggota sesebuah organisasi, kita perlulah Rela dan cuba menjalankan tugas dan bertanggungjawab yang di amanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditetapkan serta mempunyai sifat luhur dan murni serta jujur kepada 7

diri sendiri,rakan dan organisasi.( http://www.scribd.com/doc/3294496/Dasar-CekapBersihdan-Amanah-ptk-44). Selain itu, warganegara yang baik juga perlu mempunyai sikap berdisiplin. Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlang akan dapat dicapai dengan lebih cepat lagi. Dengan berdisiplin seseorang itu akan dapat menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Seluruh kehidupan makhluk sama ada di bumi atau di langit semuanya berjalan atau pun bergerak mengikut peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Pencipta sekalian alam. Setiap zarah di dunia ini pun bergerak dalam orbit yang telah ditetapkan. Jikalau ia menyimpang dari orbitnya sudah pasti akan menimbulkan masalah dan mengundang padah kepada makhluk lain. Keadaan ini juga sama seperti kehidupan manusia di alam ini. Manusia juga perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, peraturan yang wujud tidak cukup untuk menjamin kestabilan sesuatu organisasi seperti negara ini . Hal ini demikian kerana, sikap disiplin perlu dipupuk dan ditanam di setiap manusia yang bergelar warganegara yang baik. Hanya dengan disiplin yang tinggi sahaja dapat memberi kekuatan untuk mengikut segala peraturan atau undang-undang sesebuah negara. 2.6 Menceburi bidang keusahawanan

Pada hakikatnya, tiada seorang pun yang dilahirkan sebagai orang yang gagal. Setiap orang mampu menggapai setiap yang diimpikannya. Namun, berimaginasi sahaja tidak mencukupi. Maka, langkah pertama perlu dicetuskan. Seperti yang dicanangkan oleh pihak kerajaan untuk menggalakkan rakyatnya terlibat dalam bidang perniagaan khususnya golongan Bumiputera. Tambahan pula, salah satu daripada kemahiran insani (soft skill) yang harus ada pada diri seorang pelajar yang hebat ialah kemahiran keusahawanan. Kemahiran ini amat penting terutamanya bagi para pelajar dalam bidang sains tulen. Hal ini dapat kita lihat apabila pada tahun 2008, pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris sendiri telah melancarkan kempen kepentingan harta intelek. Harta intelek adalah seperti hasil kajian, rekaan terbaharu, dan juga kaedah baharu dalam sesuatu proses. Setiap kajian atau tesis yang dijalankan oleh para pelajar jika diterjemahkan menjadi produk pasti akan membuahkan hasil 8

yang lumayan. Contohnya, kajian mengenai potensi hampas tebu dalam teknologi lebuh raya yang dijalankan oleh para pelajar MRSM Pendang pada tahun lepas (2008) yang telah mendapat johan dalam Pesta SEM (Schoolwide Enrichment Model) di peringkat sekolah. Kajian sebegini pastinya mempunyai potensi yang sangat besar untuk dikomersialkan. Tetapi, malang sekali apabila kajian yang kita lakukan dengan penat lelah itu ditiru oleh orang lain dan mereka patenkan agar menjadi hak milik mereka dari segi undang-undang. Hal ini menunjukkan perlunya para pelajar seperti saya mengambil berat akan hal ini dan pastinya ia akan menguntungkan kita juga kelak. Oleh itu, kemahiran keusahawanan ini perlulah diasah daripada sekarang. Tambahan pula, kita dapat lihat ramai tokoh-tokoh usahawan Bumiputera yang telah berjaya dalam bidang perniagaan. Contohnya, Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary yang tersenarai orang ketujuh terkaya di Malaysia. Beliau menceburi bidang perniagaan sejak dari kecil lagi dengan mula menjual daging secara kecil-kecilan dan sekarang telah menjadi jutawan hartanah yang cemerlang.(http://motivasi-inspirasi.blogspot.com/2008/03/motivasiusahawan-kisah-kejayaan-tan.htm). Semuanya adalah dengan usaha yang gigih tanpa ada rasa menyerah kalah dalam perjuangan. Kita semua sepatutnya boleh mencontohi kejayaan beliau malah boleh menjadi jauh lebih hebat lagi jika kita berkeinginan demikian. Seperti yang kita telah ketahui, kerajaan sendiri telah melancarkan pelbagai kempen bagi menggalakkan rakyatnya khususnya kepada para penyelidik untuk menghasilkan suatu produk kajian yang akan memberi manfaat kepada umat manusia di seluruh dunia. Di negara kita ini kaya dengan pelbagai sumber alam yang sangat banyak dan belum diterokai sepenuhnya. Dikatakan, di kepulauan Borneo, terdapat satu spesies pokok yang dipercayai sesuai untuk menyembuhkan penyakit HIV Aids. Bayangkanlah jika setiap warganegara Malaysia ini mempunyai kesedaran untuk menghasilkan produk sendiri dan boleh dipasarkan ke seantero dunia. 2.7 Tingkatkan kemahiran komunikasi Selain itu, sesuatu yang amat penting adalah proses penyampaian. Ramai ahli akademik yang mempunyai masalah dalam komunikasi yakni penyampaian mereka tentang sesuatu konsep kurang jelas dan sukar difahami oleh orang lain terutamanya para pelajar. Hal 9

ini demikian kerana, masalah terbesar dalam komunikasi adalah kesalahan yang terjadi kerana orang gagal menyampaikan apa-apa yang mereka fikirkan dan yang mereka rasakan (Dr Patricia Patton ,2000). Misalnya, katakanlah saya seorang ahli fizik yang sangat bijak seperti Albert Einstein, tetapi jika saya tidak dapat menyampaikan konsep atau ilmu baharu yang saya temui kepada orang lain, bagaimana mungkin mereka dapat mengambil manfaat daripada penemuan tersebut ? Inilah pentingnya cara berkomunikasi yang berkesan dan semua orang perlu pelajarinya mulai saat ini. Salah satu proses penyampaian yang berkesan ialah gerakan tubuh dan mimik muka perlu memainkan peranan penting. Hal ini kerana, dengan gaya non verbal boleh menyampaikan maksud lisan dengan lebih mendalam dan menyeluruh. Tetapi gaya non verbal yang tidak kena dengan keadaan juga akan mencetus salah faham terhadap pernyataan yang ingin disampaikannya. Sebagai contoh, seorang pelajar mengatakan kepada pensyarahnya bahawa dia suka subjek bahasa melayu, tetapi tangannya bergerak-gerak menyatakan tidak dan dia juga tidak senyum. Pensyarah itu mungkin berasa bahawa pelajar tersebut sedang memerlinya walaupun pada hakikatnya tidak. Tambahan pula, kita juga perlu mengetahui cara membaca emosi orang lain bagi melancarkan lagi proses komunikasi (Dr Patricia Patton ,2000). Justeru, kemahiran berkomunikasi dengan betul mestilah dipelajari oleh segenap lapisan masyarakat agar dapat keharmonian hidup dapat dikekalkan serta kita juga dapat menggarap kejayaan dengan penuh bergaya. Dengan adanya kemahiran ini, Malaysia akan melahirkan pemimpin-pemimpin dunia yang penuh berketerampilan dan mempunyai kemahiran yang mantap serta mampu mempengaruhi orang lain.

2.8 Minda kelas pertama Dr. Daniel Goleman (2000) berkata para ahli psikologi sepakat mengatakan bahawa kecerdasan minda (IQ) hanyalah menyumbang sekitar dua puluh peratus faktorfaktor yang menentukan suatu kejayaan. Lapan puluh peratus lagi berpunca daripada faktor lain yang aku namakan sebagai kecerdasan emosi (E.Q) . Kenyataan ini menunjukkan bahawa tidak semestinya seorang yang kurang cerdas mindanya dan kurang cemerlang dalam

10

akademik telah gagal dalam hidup mereka. Kecerdasan minda hanyalah sebahagian kecil daripada kemampuan otak kita. Dr. Sulaiman Masri( 2001), seorang pakar motivasi tanah air pernah berkata, Darjah kecerdasan minda (IQ) tidaklah membawa banyak erti atau tidak terguna sepenuhnya jika tidak mengenal kecerdasan emosi (EQ).Mengikut kamus dewan edisi ketiga, cetakan 2002, pada halaman 335 mendefinisikan emosi sebagai perasaan jiwa yang kuat. Oleh itu, perasaan kita sudah semestinya banyak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Persekitaran yang pasif sudah tentu akan membentuk perasaan yang tidak aktif dan lembap. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada tahap kecerdasan emosinya. Jika seseorang itu mempunyai emosi yang begitu cerdas, apa-apa keadaan pun tidak akan menggugat penurunan prestasinya seterusnya dapat memberikan khidmat yang terbaik kepada si pemilik perasaan tersebut. Kecerdasan emosi juga akan membuatkan seseorang yang menguasainya dapat mengawal dirinya. Meskipun dalam keadaan yang sulit, tegang, dan sudah pasti ia dapat mengarahkan dirinya berfikir, bergerak dan seterusnya dapat mencapai matlamat yang diingini contohnya, apabila emosi-emosi seperti marah, takut dan geram menguasai minda kita, ia pastinya akan menghalang minda daripada berfikir secara rasional dan membuat penaakulan yang tepat. Ini akan mempengaruhi kemahiran membuat keputusan yang akan membuatkan kejayaan yang sedang kita bina hanyalah angan-angan kosong sahaja. Inilah gunanya kecerdasan emosi. Ia dapat mengawal kita walaupun dalam keadaan genting sekalipun Tuah (2001) pernah mengatakan bahawa bagi saya, seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi. 3.0 Peranan pendidikan pemangkin kecemerlangan pembangunan insan Peranan pendidikan adalah sangat luas dan hebat. Ia mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan tujuan hidup. Ini adalah kerana pendidikan bertujuan untuk memelihara kehidupan manusia. Dalam konteks Islam, Al-Quran (6:162) dengan tegas mengatakan bahawa apapun tindakan yang dikerjakan manusia haruslah dikaitkan dengan Allah: Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku dan ibadat hajiku,seluruh hidup dan matiku, semuanya untuk Allah,Tuhan seluruh alam,

11

Potensi dan kualiti insan dapat dikembangkan apabila kita sendiri mengenali asal usul penciptaan manusia dan elemen atau unsur yang membentuk makhluk yang bernama insan itu. Jika kita meminjam sudut pandangan al-Quran dalam usaha mengenali hakikat sebenar diri manusia, maka kita dikhabarkan dengan kenyataan melalui firman-Nya yang bermaksud: "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, ditiupkan ke dalamnya roh (ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud." (Surah al-Hijr:28-29). Firman-Nya lagi di dalam al-Quran yang bermaksud: "Dan Dia yang mencipta manusia daripada tanah. Kemudian Dia yang menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani). Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan ke dalam tubuhnya roh ciptaan-Nya." (Surah al-Sajdah: 7-9) Berdasarkan kenyataan ayat-ayat al-Quran di atas, kita dapat memahami bahawa makhluk manusia itu dicipta oleh Allah Taala daripada dua unsur yang berbeza. Pertama, pada satu peringkat manusia dicipta daripada sesuatu yang bersifat material (tanah), sama ada secara langsung daripada tanah sebagaimana yang terjadi kepada Nabi Adam a.s., atau diciptakan manusia itu daripada air mani seperti mana yang berlaku kepada keturunan Nabi Adam a.s. Aspek inilah yang kemudiannya diistilahkan sebagai tubuh badan, jasad atau jasmani. Unsur kedua yang membentuk kejadian manusia bersifat non-material yang disebut sebagai roh atau disebut juga spiritual, jiwa atau rohani yang didatangkan langsung daripada Allah Taala. Kesepaduan daripada kedua-dua aspek material (tubuh badan) dan non-material (roh) inilah yang mewujudkan makhluk yang dipanggil manusia. Malah, perkataan manusia itu sendiri pun berasal daripada perkataan bahasa Arab insan yang membawa maksud lupa. Justeru, pendidikan berperanan untuk membentuk insan menjadi individu yang unggul dari segi rohani, emosi dan fizikal. Tambahan pula, pendidikan juga adalah salah satu daripada mekanisme penting negara dalam mencapai Wawasan 2020. Malaysia akan menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Usaha ke arah ini memerlukan tenaga dan kepakaran di pelbagai peringkat pengetahuan dan kemahiran dengan penuh disiplin serta etika yang tinggi. Keperluan tenaga serta kepakaran dapat diadakan melalui sistem pendidikan. Sebagai contoh, bermula pada tahun 1981 matlamat utama pendidikan adalah

12

untuk membentuk insan secara bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani ke arah pembangunan dan kemajuan individu, keluarga, masyarakat dan negara. 3.1 Membentuk sahsiah terpuji

Dalam pendidikan, strategi penerapan nilai murni yang berlaku secara bersahaja dan tidak langsung penting kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti mata pelajaran yang lain. Ia diajar melalui penghayatan dan pengusahaan secara beramal dan bukan sekadar peringatan atau penghafalan. Pendekatan secara kognitif dapat dilakukan bagi strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran iaitu dalam bentuk perbincangan. Faktafakta sejarah dan cerita-cerita dalam mata pelajaran sastera umpamanya akan dapat di bincang melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu. Guru hanyalah bertindak sebagai pembimbing kepada pelajar di mana pelajar membuat penilaian berdasarkan kepada nilai mereka sendiri di samping mencari alternatif yang lain. Kementerian Pendidikan telah memutuskan untuk menggunakan strategi bersepadu di peringkat menengah bagi bertujuan untuk memastikan bahawa semua mata pelajaran yang diajar tidak terpisah di antara satu sama lain. Malah, adalah saling berkaitan dan bersifat bersepadu. Unsur nilai dijadikan sebagai unsur-unsur utama yang akan digunakan untuk mewujudkan kesepaduan. Perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mempunyai orientasinya yang tersendiri. Tumpuan utama diberikan kepada pengembangan watak, peribadi dan sahsiah pelajar. Ia perlu untuk mengupas masalah dan cabaran masa kini dan masa akan datang. Ia juga diperlukan untuk memupuk nilai-nilai kewarganegaraan supaya hasrat untuk mewujudkan perpaduan rakyat dan identiti kebangsaan boleh dicapai. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet (1980), telah menyatakan dengan jelas bahawa KBSM mempunyai tujuan yang selaras dengan hasrat pendidikan iaitu dapat melahirkan tenaga rakyat untuk jangka panjang dan jangka pendek oleh negara serta menghasilkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

13

3.2 Meningkatkan jati diri Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, perkataan jati, sama dengan sejati yang membawa maksud asli, murni, tulen dan tidak bercampur. Apabila dikaitkan jati dengan sejenis tumbuhan, kita akan membayangkan sepohon pokok yang tegap, berakar tunjang yang menjunam ke dasar bumi, berbatang keras dan mahal. Tetapi, apabila kita kaitkan jati diri dengan insan, ia membawa maksud seorang manusia sempurna yang memiliki keseimbangan antara aqli (fikiran), jasmani dan rohaninya. (Roshidah Romli, 2003) Jati diri adalah merupakan asas kepada pembentukan sahsiah diri untuk membina peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak dan berbudi pekerti mulia. Dr Sidiq Fadhil mentakrifkan jati diri dalam pentakrifan konseptual iaitu berdiri di atas dua asas utama: agama dan budaya. ( Pemikir April-Jun 2003 : 5 ) Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi. ( Pemikir AprilJun2003: 6) Di Malaysia,majoriti rakyatnya adalah beragama Islam. Akan tetapi, arus deras materialisme, liberalisme, sekularisme dan hedonisme yang melanda umat Islam hari ini nampaknya telah menenggelamkan nilai-nilai makruf, akhlak mulia dan jati diri sebagai seorang Muslim. Inilah agaknya harga yang terpaksa kita bayar atas kealpaan kita menerima semahu-mahunya segala bentuk budaya, pemikiran dan hiburan yang saban hari disogokkan kepada kita. Pemikir Islam ulung, Malik Bennabi (1973) dalam bukunya Shurut al-Nahdhah (Syarat-syarat Kebangkitan) mengingatkan kita bahawa Barat dan musuh-musuh Islam tidak akan berasa bangga hanya kerana umat Islam memakai pakaian mereka; kot, tali leher, skirt, blaus atau denim (jeans). Barat tidak akan berpuas hati jika umat Islam hanya fasih bertutur bahasa ibunda mereka. Tetapi Barat lebih bangga dan gembira jika umat Islam meninggalkan cara hidup Islam dan mengikuti budaya serta mengamalkan cara hidup mereka. Inilah yang

14

telah mempengaruhi masyarakat islam di Malaysia bahkan di seluruh dunia. Oleh itu, pendidikanlah yang akan mencorak mereka menjadi Muslim sejati yang mengamalkan cara hidup Islam di samping mengikuti peredaran zaman tanpa meninggalkan amalan sunnah baginda nabi Muhammad S.A.W. Implikasinya, kerajaan telah membentuk dan membina Program Latihan Khidmat Negara bersesuaian dengan keperluan dan realiti masyarakat majmuk negara ini. Konsep khidmat negara ala Malaysia ini digubal bagi mencapai tujuan untuk memperkasa semangat patriotisme, meningkatkan perpaduan kaum dan integrasi nasional, membina perwatakan positif serta menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan. (http://aplikasi.kpkt.gov.my/ucapan.nsf/6c7fcfbe486f405c48256e5a000bd038/298112d8f24a c92248256fdc00349db8?OpenDocument). Maka, dengan itu menjadi satu lagi cabaran kepada kerajaan untuk meyakinkan rakyat bahawa program ini membawa kebaikan kepada negara dari segala segi seperti memupuk perpaduan , pertahanan negara, dan juga sebagai salah satu proses menerapkan semangat patriotik dalam kalangan belia mendedahkan ilmu mempertahankan diri, dan juga sangat membantu negara. Secara tidak langsung program seumpama ini akan membentuk kembali jati diri seseorang individu. 3.3 Menyerlahkan potensi diri Potensi dan kualiti insan dapat dikembangkan apabila kita sendiri mengenali asal usul penciptaan manusia dan elemen atau unsur yang membentuk makhluk yang bernama insan itu. Jika kita meminjam sudut pandangan al-Quran dalam usaha mengenali hakikat sebenar diri manusia, maka kita dikhabarkan dengan kenyataan melalui firman-Nya yang bermaksud: "Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia daripada tanah liat kering (yang berasal) daripada lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, ditiupkan ke dalamnya roh (ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud." (Surah alHijr: 28-29)( http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=1323) HM Tuah (2001) mengatakan bahawa mengenali diri adalah tahap pertama untuk kejayaan. Namun, kenalkah kita kepada diri kita sendiri? Saya hampir pasti bahawa kebanyakan kita masih lagi mencari identiti kita sendiri walaupun kita semakin dimamah

15

usia. Jika dikatakan seseorang itu sudah mengenal dirinya, pasti dia akan jauh lebih hebat daripada Albert Einstein, kerana beliau hanyalah menggunakan 16% daripada potensi otaknya sahaja. Namun, beliau telah dapat mencipta satu formula E=mc2 yang kini manusia sejagat telah menggunakan formula tersebut dalam proses pembuatan bom atom. Selain itu, beliau jugalah yang telah mengemukakan teori letupan besar atau big bang1 yang pada barubaru ini, eksperimen mega tersebut telah dilancarkan di bawah permukaan Bumi di sempadan Perancis-Switzerland. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa potensi akal manusia adalah tidak terbatas, dan dengan mengetahui keistimewaan diri ibarat berada di puncak sebuah bukit, harganya tidak ternilai itu, apabila kita sudah mengenali diri, sudah tentu kita akan dapat memperalatkan minda untuk merealitikan segala impian kita. Perjalanan yang jauh itu, dimulai dengan langkah pertama. Sebagai permulaan, kita perlulah menilai diri dengan melihat keupayaan-keupayaan yang Allah S.W.T. anugerahkan kepada kita. Seterusnya, kita bolehlah mempergunakan semua anugerah Ilahi itu bagi memenuhi segala cita-cita yang kita hajati. Sebagai contoh, kita lihat pemimpin negara kita iaitu mantan perdana menteri yang terkenal dengan kewibawaannya, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dalam banyak-banyak pemimpin berkaliber, tetapi beliau tetap di sanjung dunia dan terkenal di seantero dunia. Tetapi, kenapa? Tambahan pula , beliau adalah seorang doktor akan tetapi boleh menjadi perdana menteri yang sangat berjaya. Seperti kisah tokoh fizik dan tokoh pemimpin di atas,mereka telah mengenali diri dengan menyedari akan kelebihan yang ada pada diri mereka dan mula mengorak langkah bagi menyemai benihbenih kejayaan dalam bidang masing-masing. Ini menunjukkan kepada kita bahawa keunikan dan kelebihan yang Allah S.W.T. hadiahkan kepada kita berbeza dan ada keunikannya tersendiri dan terserahlah kepada kita untuk memandunya untuk menggarap kejayaan demi kejayaan dalam hidup kita.

Menurut teori big bang, alam ini pada asalnya bercantum padu , kemudian berlaku satu letupan yang kuat pada 10 hingga 20 bilion tahun dahulu. Hasil daripada letupan tersebut, berlakunya proses pengembangan serta mewujudkan angkasa lepas, galaksi, matahari dan seumpamanya.

16

3.4 Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu , progresif dan makmur Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Isu perpaduan adalah utama dari sembilan cabaran untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi di peringkat Wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan Tambahan pula, sejarah telah membuktikan sebelum mencapai kemerdekaan perpaduan sukar dicapai kerana dasar pendidikan penjajah yang berbeza untuk setiap kaum di Malaya pada ketika itu. Setiap bangsa dibahagikan kepada kurikulum pendidikan yang berbeza. Melayu diajarkan teknik penternakan dan pertanian di samping membaca, mengira dan menulis. Kaum Cina mengambil sistem kurikulum dan guru dari negara China manakala kaum India, kurikulum mereka berdasarkan Kod Buruh. Pendidikan bersifat bebas yang diperkenalkan oleh British menyebabkan perpaduan sukar dicapai. Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British melebarkan lagi jurang perpaduan antara masyarakat dan akhirnya membawa kepada tragedi hitam dalam sejarah negara iaitu rusuhan kaum 13 Mei 1969 (Sufean Hussin, 1993). Isu bersatu padu atau perpaduan adalah suatu permasalahan yang serius dan memerlukan satu proses yang lama untuk mencapai perpaduan yang jitu. Pihak kerajaan telah mengambil pelbagai langkah bijak bagi memupuk perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Antaranya ialah melalui pendidikan di Malaysia yang dijadikan wahana untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum semenjak sebelum merdeka, sebagaimana dinyatakan dalam Penyata Razak 1956 dan menjadi cabaran negara dalam usaha untuk mencapai matlamat Wawasan 2020. Manakala hasrat penubuhan Sekolah Kebangsaan (SK) telah diilhamkan oleh para pemimpin negara sebagai wahana untuk

17

perpaduan rakyat pelbagai kaum. SK diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama antara satu sama lain serta melahirkan rakyat yang setia dan menyumbang kepada kesejahteraan Negara.( http://www.scribd.com/doc/261975/Pn-Zairiha) Dasar perpaduan dan integrasi nasional berbagai-bagai etnik adalah perlu untuk rakyat hidup bersatu padu, aman daripada persengketaan dan kucar-kacir. Di dalam sebuah negara yang bertaraf majmuk di Malaysia keharmonian dan kerukunan hidup rakyatnya amat bergantung kepada sikap mereka yang prihatin bertasamuh dalam apa-apa yang tidak membabitkan akidah dan pelajaran agama secara prinsip.( Monir Yaacob dan Sarina Othman 1995 : 144). Oleh itu, pendidikanlah yang dilihat mampu memupuk perpaduan dan dijadikan satu landasan untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk membentuk generasi modal insan yang hebat dari segala segi. 3.5 Membentuk insan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani Dalam sistem pendidikan kita, terbahagi kepada kurikulum dan ko-kurikulum. Kedua-dua aspek ini akan membentuk pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani. Kita tidak mahu hanya mempunyai pelajar yang bijak dalam akademik sahaja malah mempunyai kekuatan dan kesihatan fizikal serta yang baik. Maka, dengan itu, terhasillah Falsafah Pendidikan Negara yang digariskan dengan penuh kesedaran, Falsafah Pendidikan Negara ialah " Pendidikan di Malaysia adalah usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Tambahan pula, untuk membangunkan diri sendiri, malahan ia juga dapat membangunkan Negara Malaysia seiring dengan era globalisasi pada masa kini. Rasulullah SAW juga pernah berpesan kepada kita untuk mengajar anak-anak berenang, memanah, dan menunggang kuda. Ini menunjukkan pendidikan tidak hanya tertumpu kepada teori dan pengajaran di dalam kelas sahaja yakni kurikulum malah erti 18

pendidikan itu lebih luas lagi dengan adanya gandingan dengan kokurikulum. Kokurikulum ialah aktiviti sampingan yang dijalankan di luar masa sekolah. Tujuan khusus dan tujuantujuan yang tersirat dalam aktiviti kokurikulum itu dianggap sama pentingnya dengan tujuan aktiviti dalam bilik darjah. Jika diteliti dengan mendalam, kita akan dapati bahawa tujuan dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti kurikulum adalah saling lengkap melengkapi. Keseimbangan dalam pendidikan akan melahirkan insan yang hebat dan stabil. Selain itu, pendidikan di negara ini juga berubah mengikut keperluan zaman. Contohnya, sekarang banyak dana diperuntukkan untuk meningkatkan penggunaan Internet di sekolah dan juga banyak makmal-makmal komputer telah dibina bagi melahirkan pelajar yang selari dengan peredaran zaman mereka. Melalui pendidikan ini, sedikit demi sedikit ilmu pengetahuan dapat dipelajari dan difahami seterusnya dikembangkan dan menghasilkan inovasi dalam pelbagai infrastruktur yang lebih canggih. Sektor teknologi terkini dikatakan semakin berkembang pesat di negara-negara luar. Oleh yang demikian, sebagai seorang individu yang mempunyai daya saing yang tinggi seharusnya cuba untuk meneroka dunia ICT ini dengan lebih mendalam lagi. Seseorang pelajar itu juga dapat memperoleh maklumat terkini dan mengetahui perkembangan-perkembangan di serata dunia. Walaupun Malaysia mempunyai cabaran-cabaran dari pihak luar serta saingan yang hebat di sekeliling, namun pihak Kementerian Pendidikan tidak akan bersikap lepas tangan dalam memberi pendidikan kepada anak-anak bangsa sendiri.

3.6 Meningkatkan taraf hidup

Pendidikan juga dapat memainkan peranan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat di Malaysia. Hal ini demikian kerana, dengan adanya pendidikan yang mantap dan menyeluruh, masyarakat akan lebih celik dan akan terbuka minda dan tidak lagi seperti mana berlaku pada zaman penjajah dahulu bagai katak di bawah tempurung. Akibat daripada peningkatan taraf pendidikan dan banyaknya peluang pendidikan di negara ini , membolehkan rakyat menikmati taraf hidup yang lebih maju. Walau bagaimanapun, peningkatan ini bukanlah berlaku dengan usaha satu pihak kerajaan sahaja kerana ia adalah 19

tugas dan tanggungjawab kita semua sebagai warganegara yang baik. Dengan meningkatnya pendidikan maka akan terhasillah masyarakat yang berilmu dan berkualiti tinggi. Buku terakhir William Schweke, Smart Money: Education and Economic Development (2004), menyatakan bahawa pendidikan bukan saja akan melahirkan sumber daya manusia yang berkualiti, memiliki pengetahuan dan keterampilan serta menguasai teknologi, tetapi juga dapat mewujudkan suasana perniagaan yang sihat dan kondusif bagi pertumbuhan ekonomi. Oleh itu,pelaburan dalam bidang pendidikan bukan saja berfaedah bagi perorangan, tetapi juga bagi masyarakat umum seterusnya kepada negara kita sendiri. Pencapaian pendidikan akan meningkatkan pendapatan dan produktiviti masyarakat. Pendidikan merupakan jalan menuju kemajuan dan pencapaian kesejahteraan sosial dan ekonomi. Sedangkan kegagalan membangun pendidikan akan melahirkan pelbagai masalah seperti pengangguran, jenayah, dan penyalahgunaan dadah, yang menjadi beban sosial politik kepada kerajaan. Pada abad ke-21 ini, banyak pembangunan merujuk kepada knowledge-based economy yang bererti ekonomi berasaskan pengetahuan. Perubahan ini dapat dilihat di negara Jepun yang merupakan negara Asia pertama yang menjadi pelopor pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan yang telah pun mengalami anjakan paradigma yang sangat hebat sehingga setanding dengan negara-negara maju di benua Eropah( http://www.asmakmalaikat.com/go/artikel/pendidikan/pend44.htm)

4.0 Penutup Kesimpulannya, pendidikan memainkan peranan yang sangat penting untuk menghasilkan insan yang cemerlang ke arah pembentukan warganegara yang baik. Insan yang cemerlang daripada segala aspek tentunya akan melahirkan individu yang gemilang dan terbilang. Pendidikan adalah daripada sekeliling yang akan membentuk peribadi dan jati diri seseorang. Oleh itu, suasana persekitaran yang baik perlu diwujudkan dan pendidikan bukan sahaja di ajar secara lisan tetapi dipraktikkan oleh perbuatan dan sahsiah diri yang unggul. 20

Sebagai pendidik, bukan hanya sekadar mengajar mengenai nilai-nilai murni kepada pelajar sedangkan mereka sendiri tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik. Sikap individu atau pelajar sendiri yang ambil mudah atau bersikap acuh tak acuh terhadap pengajaran yang diusahakan ini. Misalnya mereka mempelajari sesuatu subjek itu adalah sekadar untuk lulus peperiksaan, bukannya memahami dan mempraktikkan apa yang dipelajari. Walau bagaimanapun, pendidikan sedikit sebanyak mampu untuk membangunkan insan ke arah pembentukan warganegara yang baik sekiranya dipraktikkan dengan penuh komitmen dan bertanggungjawab oleh semua pihak. Bibliografi Al- Quran ul-Karim Sufean Hussin(1996). Pendidikan di Malaysia ( Sejarah,sistem dan falsafah). Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Hussein Hj Ahmad (1993). Pendidikan dan masyarakat( Antara dasar reformasi dan wawasan).Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur Muhammad Yusoff Khandalawi (2004). Muntakhab Ahadith. Klang Book Centre. 16, 305-306. John C. Maxwell (1997).The success journey,Thomas Nelson Inc. Publisher. 5-13. Patricia Patton(2000). EQ: pengembangan sukses yang lebih bermakna (Hermes,terjemah)., Mitra Media Publisher.(karya asli diterbitkan pada 1997). 6-7,164. HM Tuah Iskandar al-Haj (2001). Membina imaginasi cemerlang.Karya Bestari Sdn. Bhd, 20,67,278-282.

21

Syaikh Muhammad Yusuf Al-Khandahlawy (1998).Sirah sahabat:keteladanan orang-orang di sekitar nabi ( Kathur Suhardi, terjemah).Darul Qalam. 1-8. Aziah Tajuddin, Diarani Mat Adam, Ibrahim Ahmad,Mariam Mahmud,Mohd. Nor Abd. Ghani, Noresah Baharom, et al. (2002). Kamus Dewan (edisi ketiga). Dewan Bahasa dan Pustaka. 19, 224, 524. Jamnul Azhar Mulkan (2003), Al-Quran dan sains.Darussalam Sdn.Bhd.. 12-18. Cerita kejayaan jutawan malaysia (2007).Diperoleh pada 10 September 2008 daripada http://www.dkmillionaire.blogspot.com/ Kekayaan bukan kejayaan(2008). Diperoleh pada 28 Ogos 2008 daripada

http://ro.botys.com/index.php/kekayaan-bukan-kejayaan/ Nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia(2009). Diperoleh pada 28 Januari 2009 daripada http://eprints.um.edu.my/71/1/Penghayatan_NilaiNilai_Murni_Dalam_Masyrakat_Berbilang_Kaum_di_Malaysia.pdf Bagaimana sistem pendidikan di Malaysia membiak struktur sosial(2009). Diperoleh pada 28 Januari 2009 daripada http://www.scribd.com/doc/5454784/Bagaimana-SistemPendidikan-di-Malaysia-Membiakkan-Struktur-Sosial . Kajian sistem pendidikan kebangsaan(2009) Diperoleh pada 28 Januari 2009 daripada http://www.scribd.com/doc/2083491/KAJIAN-SISTEM-PENDIDIKANKEBANGSAAN

22

Anda mungkin juga menyukai