Anda di halaman 1dari 31

BAB 5

TERTIB
MENGARANG
Petty (1978):
• Tumpuan tidak hanya pada hasil
penulisan semata.
• Tumpuan pada proses penulisan.

PROSES
MENULIS

Awang Sariyan (1991):


• pengolahan gagasan atau pemikiran dan
juga proses mekanis yang melibatkan
penguasaan alat dan teknik untuk
mengungkapkan gagasan atau pemikiran.
TERTIB MENGARANG (2017) 2
PERINGKAT DALAM PROSES MENULIS
(V.R. Ruggiero, 1981 - The Art of Writing)

Perancangan Penulisan Penyuntingan


(Planning) (Writing) (Editing)

PERINGKAT DALAM PROSES MENULIS


(McCrimon, 1980)

Prapenulisan Menulis Menulis semula


(Prewriting) (Writing) (Rewriting)

TERTIB MENGARANG (2017) 3


PRA PENULISAN (PREWRITING)

(I) Kenal pasti perkara / subjek


- perkara / subjek mestilah menarik minat penulis
- perincikan subjek
- tajuk umum tajuk khusus

SASTERA Sastera Sastera kanak-kanak semakin


Kanak - tercicir dalam arus
kanak pembangunan: Sebab dan
akibat senario ini pada
khazanah penulisan negara.

TERTIB MENGARANG (2017) 4


(II) Tentukan Tajuk
Aspek yang perlu diambil perhatian untuk memilih tajuk:

Mengandungi maklumat Menarik perhatian

Berbentuk soalan Mudah Diingat

Mengandungi unsur Mengandungi perulangan


humor bunyi

TERTIB MENGARANG (2017) 5


(III) Mencerna Idea / Generating Ideas

Teknik-teknik mencerna idea:

●Penulisan bebas
Tulis idea secara spontan-apa yang terfikir

Remaja lari dari rumah disebabkan faktor keruntuhan


institusi keluarga. Lari kerana kena marah. Remaja masih
remaja. Remaja kurang matang. Mengikut emosi, makan
diri. Biasanya remaja terikut-ikut dengan rakan sebaya.
Mungkin juga remaja ketandusan kasih sayang, kurang
perhatian, terlebih perhatian, terlalu dikongkong / ingin
mencabar kewibawaan / kesabaran ibu bapa/ penjaga.

TERTIB MENGARANG (2017) 6


AKTIVITI PENULISAN BEBAS

Menyambung cerita dengan ayat sendiri.


Menulis pesanan yang hendak dibuat.
Menulis karangan cerita sendiri.
Menulis kenyataan untuk sesuatu pengumuman.
Menulis dialog.
Menulis ucapan .
Menulis laporan ringkas.

TERTIB MENGARANG (2017) 7


●penulisan berfokus
- faham soalan / tugasan penulisan
- kenal pasti tujuan penulisan, kenal pasti pembaca
sasaran, sudut pandangan dsb.
- skopkan tajuk

contoh soalan- “berikan ulasan anda terhadap filem yang


ditayangkan oleh sistem televisyen di Malaysia”.
Isu / tema – perfileman / media am
Skop perbincangan – apakah filem? Dokumentari,
kempen, rencana, iklan – kategori mana yang dipilih?
Buat ulasan, huraian, kesan ke atas masyarakat.

TERTIB MENGARANG (2017) 8


●Percambahan fikiran / Brainstorming
- dimulakan oleh Alex Osborn, seorang industrialis dari As:
teknik berkumpulan untuk mendapatkan idea.
- Idea dari seseorang akan mencambah idea orang lain,
merangsang dua idea hingga terhasil banyak idea.
- ada kerjasama antara ahli kumpulan
- perbincangan membina

Ibu bekerja : Kebaikan dan Keburukan

keburukan Kebaikan
-keluarga dahagakan perhatian -ekonomi lebih baik
-anak tidak terkawal -ibu lebih bahagia; kualiti
-r/tangga tidak teratur -suami mungkin lebih sayang
-pasangan dikebas orang
TERTIB MENGARANG (2017) 9
●Catatan harian
- tulis dalam nota kecil / ditaip dalam komputer
- latihan menulis secara bebas tanpa struktur yang
tertentu
- bantu kembang idea dengan lebih terarah

Hari ini kulihat berlakunya peningkatan kes jangkitan virus di


Malaysia. Semalam seorang kanak-kanak disyaki doktor
menghidap penyakit SARS. Mengapa dunia kian hari kian
tercemar dan terdedah dengan serangan virus sebegini? Apa
salahnya si kecil yang baru hendak mengenal dunia? Siapa
pembawanya? Hampir kiamatkah dunia dengna turunnya bala
sebegini?

TERTIB MENGARANG (2017) 10


●Dailog imaginasi
- teliti dari sudut pandangan orang lain
- ramal tindakan yang seterusnya.

Nota asal
Pertama kali saya menyentuh pil khayal saya benar-benar kaget dan
gugup.
Respon dari rakan imaginasi
Mengapa kamu tidak menolak? Tidak
mengatakan TIDAK!
Reaksi anda
Saya takut dipulaukan oleh rakan-rakan saya.

TERTIB MENGARANG (2017) 11


●Peta minda
- kenal pasti idea utama/ isi penting
- idea lain kembangkan di luar idea utama
- guna garisan, bongkah geometri, warna
dan sebagainya

kurang pendidikan agama


Gaji berbeza

JENAYAH
KOLAR
Undang-undang longgar PUTIH Sistem pendidikan sekular

Pinda undang-undang Pendidikan moral/agama

Jaga Kebajikan pekerja


TERTIB MENGARANG (2017) 12
●Heuristik
- teknik bertanya soalan - apa, bila, siapa, di
mana,
bagaimana, mengapa (5W1H)

(IV) Cari bahan sesuai


(V) Senarai isi / idea / fakta
(VI) Tentukan pendekatan yang sesuai
(VII) Sediakan Rangka

TERTIB MENGARANG (2017) 13


Ingat! Sebelum menulis

• Kenal pasti perkara / subjek.


• Tentukan tajuk.
• Bermaklumat / menarik perhatian / ada unsur humor /
mudah diingat / perulangan bunyi / soalan
• Mencerna idea.
• Bebas / berfokus / brainstorming / catatan harian /
dialog imaginasi / peta minda / heuristik.
• Cari bahan sesuai.
• Senaraikan isi / fakta / idea.
• Tentukan pendekatan sesuai.
• Sediakan rangka.

TERTIB MENGARANG (2017) 14


PENULISAN

(I) Bina isi dan idea dengan baik


(II) Hubung kata-kata menjadi ayat, perenggan dan wacana

Isi / idea
masalah kerjasama serantau - pasaran tidak terbuka
Ayat / gagasan
Meluaskan pasaran ke negara jiran menghadapi
masalah perlindungan industri di negara berkenaan.
Indonesia,misalnya, tidak membenarkan filem-filem kita
memasuki pasarannya dengan mudah

TERTIB MENGARANG (2017) 15


(III) Pilih diksi / kata yang sesuai dengan teks penulisan

Kurang Tepat
Pada zaman moden ini media memang mempunyai pengaruh yang
banyak dan berkesan. Di negara kita, bilangan rakyat yang tidak
dipengaruhi oleh media tersangatlah kurang. Walau bagaimanapun,
meletakkan media sebagai menyebabkan gejala tidak sihat di kalangan
remaja adalah melampau. Masalah sosial di kalangan remaja berpunca
daripada banyak faktor.
Lebih Tepat
Pada zaman moden ini media memang mempunyai pengaruh yang
luas dan berkesan. Di negara kita, bilangan rakyat yang tidak
dipengaruhi oleh media amatlah sedikit. Walau bagaimanapun,
meletakkan media sebagai menyuntik gejala tidak sihat di kalangan
remaja adalah agak keterlaluan. Masalah sosial di kalangan remaja
berpunca daripada banyak faktor.

TERTIB MENGARANG (2017) 16


(IV) Letak tanda baca yang betul
(V) Tentukan perenggan seperti perenggan
pendahuluan, perenggan isi/tubuh dan
perenggan penutup
(VI) Tentukan subtajuk, ilustrasi dan gambarajah
yang bersesuaian (sekiranya perlu)
(VII) Kenal pasti modus wacana - wacana
pendedahan, penghujahan, pemujukan,
pemaparan, pelukisan, dll.
(VIII) Proses pemerengganan

TERTIB MENGARANG (2017) 17


PENYUNTINGAN
●proses memperkemas dan menyiapkan karangan untuk
dicetak - Kamus Dewan, 1996, hlm. 1243.
●proses menyemak manuskrip untuk mengenal pasti
masalah dan menyelesaikan masalah sebelum manuskrip
dicetak.
●Proses penyuntingan melibatkan:-
proses menulis semula
menyusun semula
melengkap
membaiki
mengemas manuskrip

TERTIB MENGARANG (2017) 18


PENYUNTINGAN
(I) Kenal pasti masalah bahan yang terhasil
(II) Tulis semula, susun semula, lengkapkan dan baiki

●Penyuntingan penting untuk:-


(I) mudahkan pembacaan
(II) pasti isi tidak menyalahi agama, etika, budaya, prinsip
dsb.
(III) pastikan idea disampaikan dengan bahasa yang jelas,
baku dan menarik
(IV) gambarkan nilai dan identiti teks/penerbit
(V) menjadikan teks sempurna

TERTIB MENGARANG (2017) 19


●Tujuh Prinsip Penyuntingan
 tepat
 jelas
 padat
 mudah
 lancar
 adil
 selaras

●Dua proses penyuntingan


i. penyuntingan substantif
ii.penyuntingan kopi

TERTIB MENGARANG (2017) 20


PENYUNTINGAN SUBSTANTIF
- penyuntingan secara umum atau menyeluruh dengan
meneliti:-
tema wacana - tajuk bersesuaian dengan isi
kesinambungan/ hubungan antara bahagian, bab dan
tajuk-penyusunan isi secara lojik
kesesuaian isi dengan pembaca sasaran
kesesuaian isi/idea dengan dasar penerbit & tidak
menyalahi etika, agama dan undanga-undang
kesempurnaan / kekurangan isi - tentukan perkara utama /
kurang utama
kelancaran isi - elakkan kelewahan/mubazir
kesahihan fakta - mestilah dapat dipertanggungjawabkan

TERTIB MENGARANG (2017) 21


Keseimbangan dari segi panjang pendek antara bahagian, bab
dan tajuk
Skop perbincangan- terlalu sempit / luas

PENYUNTINGAN KOPI
- penyuntingan yang lebih terperinci
- guna kamus, buku tatabahasa, tesaurus, pedoman istilah dsb.
-Semak aspek berikut:-
Fakta
Bahasa- kosa kata, tatabahasa, ayat & pemerengganan,ejaan,
istilah, tanda baca, penomboran
Gaya persembahan - jadual kandungan, nombor halaman,
tajuk, subtajuk, petikan, bibliografi
Ilustrasi
TERTIB MENGARANG (2017) 22
●Aspek yang perlu ditekankan sewaktu membuat kerja
penyuntingan ialah:-
Isi
Bahasa
Gaya/Cara persembahan
Mekanis
Grafik

TERTIB MENGARANG (2017) 23


PENYUNTINGAN ISI

●Wujud kepaduan dan kesatuan isi.


●Bahan yg dibincangkan menepati maksud judul tajuk
●Isi memuaskan - cukup dan tidak berlebihan/berkurangan
●Penyusunan perbincangan mestilah lojik
●Penghuraian isi mestilah jelas, berkesan dan tepat
●Tiada unsur pengulangan
●Tiada unsur plagiat ( isi petikan diberi perakuan)
●Susunan perenggan mestilah memuaskan dan perlu ada
kesinambungan isi-isi yang dibincangkan

TERTIB MENGARANG (2017) 24


PENYUNTINGAN BAHASA
●Mutu bahasa mestilah baik, lancar dan mudah
●Tatabahasa mestilah baku
●Pemilihan kata mestilah tepat dan sesuai
●Gunakan diksi yang bervariasi - menerangkan, menjelaskan,
membincangkan, menekankan
●Guna istilah/jargon yang bersesuaian dan tidak
mengelirukan
●Guna laras bahasa yang betul mengikut bidang.

TERTIB MENGARANG (2017) 25


PENYUNTINGAN GAYA/CARA
PERSEMBAHAN
●Susunan bahan penulisan bersesuaian - kedudukan
perenggan, bab, tajuk, dll.
●Maksud atau isi disampaikan dengan kemas dan menarik
●Ikut gaya penerbitan - MLA, Chicago, MHRA, APA
●Susunan jelas - halaman ada, anjakan dalam halaman
memuaskan
●Penulisan pendahuluan dan kesimpulan baik

TERTIB MENGARANG (2017) 26


PENYUNTINGAN MEKANIS
●ejaan
●tanda baca
●singkatan
●kutipan

TERTIB MENGARANG (2017) 27


Sulaiman Masri dan Ahmad Khair
Mohd.Noor (2004):
• 3 aspek penting dalam kerja penyuntingan iaitu:
1. Organisasi teks
2. Bahasa
3. Mekanis

TERTIB MENGARANG (2017) 28


Organisasi teks

• Struktur penulisan
• Melibatkan penyuntingan gaya pemerengganan
• Menyemak rangka karangan
-rangka karangan yang baik menghasilkan penulisan yang
mantap

TERTIB MENGARANG (2017) 29


Contoh rangka karangan
I. PENGENALAN
II. ISI PENTING
A. Isi sokongan
- huraian
B.Isi sokongan
- huraian
-ayat rumusan
III. KESIMPULAN

TERTIB MENGARANG (2017) 30


Ingat!
Rangka karangan boleh menjadi panduan
ketika menulis dan menyunting. Rangka
boleh bertukar bila-bila masa jika perlu.
Penulis boleh menambah atau
mengurangkan rangka karangan.

TERTIB MENGARANG (2017) 31

Anda mungkin juga menyukai