Anda di halaman 1dari 22

KARANGAN

(BorPIKa)
AHLI KUMPULAN
1. BELDRON FEADREK
2. R O S I T TA C L A R E R O S M A N
TAJUK KARANGAN

Sumber tenaga seperti elektrik,air dan bahan api


amat penting dalam kehidupan kita sehari hari.
Jelaskan kepentingan sumber tenaga kepada kita dan
negara.
PENDAHULUAN
• Dalam meniti arus pembangunan yang serba moden ini, kita sering kali
mendengar tentang pelbagai sumber tenaga yang digunakan dalam
kehidupan seharian. Sesetengah masyarakat memandang rendah
kegunaan sumber tenaga dan menganggap hal ini tidak penting dalam
kehidupan mereka. Malahan, terdapat juga segelintir masyarakat yang
tidak mengetahui bagaimana bekalan elektrik yang digunakan setiap
hari diperoleh. Secara umumnya, terdapat dua jenis sumber tenaga,
iaitu sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan sumber tenaga yang
tidak boleh diperbaharui. Sebagai contohnya, sumber air dan cahaya
matahari merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
Sebenarnya, sumber tenaga ini amat penting bukan sahaja dalam
kehidupan harian kita malah menjadi pemangkin untuk negara agar
mampu membangun ke arah sebuah negara yang maju setanding dengan
negara moden seperti Amerika Syarikat.
PERENGGAN 1
Isi 1 Mengapa Bagaimana Impak Contoh Peribahasa
Memboleh- Mudah Tidak perlu Segala Lampu Seperti
kan kita menyelesai- bersusah pekerjaan isyarat kucing yang
menikmati kan sesuatu payah akan tidak kehilangan
kemudahan kerja mengguna- menjadi berfungsi anaknya
dan seperti kan cara lebih mudah dengan baik
keselesaan memasak, tradisional dengan
hidup mencuci untuk adanya
kain dan menyelesai- sumber
mengemas kan sesuatu elektrik
rumah tugasan
dengan seperti
adanya pengunaan
bantuan lampu
peralatan minyak
• Sumber tenaga membolehkan kita menikmati kemudahan dan keselesaan
hidup. Hal ini dikatakan demikian kerana, kita lebih mudah menyelesaikan
sesuatu kerja seperti memasak,mencuci kain dan mengemas rumah dengan
adanya bantuan peralatan-peralatan elektrik yang canggih. Kita tidak perlu
lagi bersusah payah menggunakan lampu minyak untuk menerangi rumah
malah apabila kita memerlukan cahaya terang pada waktu malam, kita hanya
perlu memetik suis sahaja. Hal ini menunjukkan kepada kita bahawa segala
pekerjaan akan menjadi lebih mudah dengan sumber elektrik. Tanpa sumber
elektrik, hidup kita seperti kucing yang kehilangan anaknya. Sebagai
contohnya, lampu isyarat tidak berfungsi dengan baik untuk mengawal
keadaan di jalan raya sekiranya ketiadaan sumber tenaga solar atau
elektrik. Jika hal ini berlaku, pastinya boleh mengakibatkan kemalangan
jalan raya kerana malang tidak berbau. Tegasnya, sumber tenaga elektrik
amat penting agar kita dapat menikmati kemudahan dan keselesaan hidup.
PERENGGAN 2
Isi penting 2 Mengapa Bagaimana Impak Contoh Peribahasa
Menggalakan Sumber Melaksanakan Mampu Berdiri
pembangunan tenaga pembangunan membangun sama
negara menjadi seperti Kawasan tinggi,dudu
teras utama membekalkan luar bandar k sama
sesebuah sumber seterusnya rendah.
negara yang elektrik dan membantu
sedang air bersih di mencapai
membangun Kawasan luar status
ke arah bandar negara
mencapai maju.
status
negara maju
• Selain itu, sumber tenaga juga mampu menggalakkan pembangunan negara.
Sumber tenaga menjadi teras utama sesebuah negara yang sedang membangun
ke arah mencapai status negara maju seperti negara kita , Malaysia. Hal ini
dikatakan demikian kerana, tanpa sumber tenaga, negara kita tidak akan mampu
berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Kemajuan
sesebuah negara bukan hanya berdasarkan pada kepesatan pembangunan di
Kawasan bandar sahaja, sebaliknya setiap aspek berkaitan dengan pembangunan
dan kemajuan sepatutnya merangkumi Kawasan-Kawasan luar bandar secara
saksama. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan sentiasa melaksanakan
pembangunan seperti membekalkan sumber elektrik dan air bersih di Kawasan
luar bandar. Pada masa yang sama, pembekalan sumber tenaga elektrik di luar
bandar membolehkan masyarakat menerima kemudahan jalur lebar. Hal ini pasti
mampu membangunkan Kawasan luar bandar seterusnya mencapai status negara
maju. Kesimpulannya, kemajuan dari segi pembangunan negara tidak akan
tercapai tanpa sumber tenaga yang mencukupi.
PERENGGAN 3
Isi penting 3 Mengapa Bagaimana Impak Contoh Peribahasa
Mampu Sektor Kerajaan Mendapat beras
menambah pertanian perlu dan tanaman
pendapatan bergantung memberi yang berkualiti
negara sepenuhnya perhatian tinggi
terutamany kepada dalam
a dalam sumber air menyalurka Malaysia dapat
sektor n air yang menjadi
pertanian mencukupi pengeksport
ke Kawasan utama pelbagai
pertanian hasil pertanian di
samping
menambah
pendapatan
ekonomi negara
• Tidak cukup sekadar kemajuan, sumber tenaga juga mampu menambahkan
pendapatan negara terutamanya dalam sektor pertanian. Hal ini dikatakan demikian
kerana sektor pertanian bergantung sepenuhnya kepada sumber air. Sebagai
contohnya, penyaluran air yang mencukupi ke Kawasan pertanian perlu diberi
perhatian agar tanaman lebih hidup subur dan boleh dikomersialkan. Tanpa sumber
air yang mencukupi, tanaman tidak akan hidup subur dan hasil yang diperoleh tidak
akan mendapat sambutan daripada rakyat lebih-lebih lagi negara luar. Sebagai
pengukuhan, beras yang berkualiti dan bermutu tinggi akan memperoleh hasil yang
lebih lumayan berbanding beras biasa. Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah
sekiranya negara kita menjadi pengeksport utama pelbagai hasil pertanian di
samping menambah pendapatan ekonomi negara. Hal ini disebabkan sumber air
negara kita yang mencukupi untuk mengairi kawasan pertanian di samping iklim
negara yang panas dan lembap setiap tahun. Tuntasnya, sumber air memainkan
peranan penting dalam sektor pertanian sekali gus menambahkan pendapatan
negara.
PERENGGAN 4
Isi penting 4 Mengapa Bagaimana Impak Contoh Peribahas
a
Meningkat- Sumber Sektor Menghasil Negara kita
kan dan tenaga perindustrian -kan berjaya
mengembang menjadi menjadi salah barangan menghasilkan
-kan industri penggerak satu atau enjin
tempatan utama penyumbang jenama kenderaan
negara teknologi kepada yang lebih antarabangsa
canggih pendapatan bermutu berkuasa
dalam negara tinggi untuk
sektor kerana ianya perlumbaan
perindustri memberikan formula 1 (F1)
an. pulangan yang
lumayan.
• Di samping itu, sumber tenaga juga berperanan untuk meningkatkan dan
mengembangkan industri tempatan negara. Sumber tenaga menjadi penggerak
utama teknologi canggih dalam sektor perindustrian. Hal ini dikatakan demikian
kerana, sektor perindustrian menjadi salah satu penyumbang kepada pendapatan
negara kerana memberikan pulangan yang lumayan. Sebagai contohnya, negara kita
telah berjaya menghasilkan enjin kenderaan antarabangsa berkuasa tinggi untuk
perlumbaan formula 1 (F1) dan pasaran kenderaan antarabangsa. Hal ini jelas
membuktikan bahawa teknologi canggih yang digunakan dalam sektor perindustrian
akan menghasailkan barangan atau jenama yang lebih bermutu. Teknologi ini pula
tidak akan berfungsi tanpa adanya sumber tenaga untuk menghidupkannya. Kita
juga dapat melihat dengan mata sendiri senarai jenama yang popular dari segi nilai
seperti Proton,Perodua dan Modenas. Jenama ini pastinya tidak akan terhasil
tanpa sumber tenaga bahan api dan elektrik. Jelaslah secanggih-canggih jenama
yang dihasilkan negara tidak akan datang bergolek tanpa sumber tenaga yang
menggerakkan teknologi mesin dalam proses pembuatan jenama-jenama tersebut
PERENGGAN 5
Isi penting 5 Mengapa Bagaimana Impak Contoh Peribahasa
Memudah- Kajian Kenderaan Memudah- Cendawan
kan menunjukkan memerlukan kan system tumbuh
perhubunga 96 peratus sumber perhubung selepas
n antara keluarga tenaga bahan an negara hujan
satu sama mempunyai api seperti
lain kenderaan petroleum
sendiri untuk agar
memudahkan kenderaan
pergerakkan terebut boleh
ke suatu berfungsi dan
destinasi bebas
bergerak ke
suatu
destinasi
• Seterusnya, sumber tenaga juga dapat memudahkan perhubungan antara
satu dengan yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana, kajian telah
menunjukkan bahawa sebanyak 96 peratus institusi keluarga di negara kita
mempunyai kenderaan sendiri. Kita sedia maklum bahawa kenderaan
memerlukan sumber bahan api seperti petroleum agar kenderaan tersebut
boleh berfungsi dan bebas bergerak ke suatu destinasi dengan cepat dan
mudah. Hal ini terbukti bahawa tanpa sumber bahan api, kenderaan tidak
dapat berfungsi dan mengakibatkan perhubungan menjadi terhad. Lihat
sahaja stesen –stesen minyak di negara kita. Tidak mampu dibayangkan
jumlahnya yang sudah pasti mencecah ratusan stesen bagi penggerak utama
kenderaan pacuan empat roda. Malahan, bilangan kenderaan yang bagaikan
cendawan tumbuh selepas hujan pasti akan meningkatkan lagi jumlah stesen
minyak di negara kita. Kesimpulannya, terbuktilah bahawa sumber tenaga
bahan api juga berperanan penting memudahkan sistem perhubungan negara
PENUTUP
• Singkat dan tegas, sumber tenaga memberikan banyak kepentingan
dalam kehidupan kita. Oleh hal yang demikian, pengunaan sumber
tenaga perlu diberi penekanan yang serius dan sewajarnya oleh
pelbagai pihak. Kita tidak sewajarnya memandang rendah hal ini
kerana cepat atau lambat, sumber tenaga khususnya sumber tenaga
yang tidak boleh diperbaharui seperti petroleum akan habis digunakan.
Sebagai masyarakat yang bestari, kita perlu mengurangkan pengunaan
sumber tenaga dengan menjimatkan bekalan elektrik dan air.
Janganlah kita seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing
masing kerana sumber tenaga yang ada sebaiknya dikongsi bersama-
sama. Kita juga seharusnya bersyukur kerana negara kita kaya dengan
sumber tenaga sehingga kita boleh hidup dengan selesa.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai