Anda di halaman 1dari 1

Dalam bahasa Melayu, ayat tanya ialah ayatyang digunakan untuk menanyakan

sesuatu hal atau perkara. Ayat tanya boleh dibahagikan kepada dua , iaitu ayat tanya
tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.. Selaian pengglongan ayat
tanya brdasarkan sktuktur, ayat tanya juga dapat dilihat dari segi jawapan yang
dikehendaki, iaitu sama ada ayat tanya tertutup ataupun ayat tanya terbuka. Ayat
tanya tertutup merupakan ayat tanya yang memerlukan jawapan ya atau tidak.
Manakala ayat tanya terbuka pula merupakan ayat tanya yang memerlukan
jawapannya bergantung pada maksud yang terdapat dalam ayat tanya tersebut,
bukan ya atau tidak.ayat Tanya juga diberi penerangan oleh beberapa ahli bahasa.
Antaranya ialah zaba dan nik safiah karim.

Menurut zaba ayat, Tanya merupakan ayat yang tersusun bagi pertanyaan. Ayat
Tanya yang susunannya mengandungi sesuatu benda’ atau ‘cerita’ untuk
mendukung maksud pertanyaan. Sebagai contoh, pergikah dia? Dan ‘itulah
rumahnya?’

Seterusnya, menurut nik safiah karim, terdapat dua kontruksi ayat tanya. Pertama
ialah ayat tanya dengan partikel –kah. Kedua ialah ayat tanya dengan kata tanya dan
ganti nama tanya seperti mengapa, kenapa dan apa serta siapa. Berdasarkan beliau,
terdapatnya suatu bentuk formatif q dalam struktur dalaman ayat tanya. Bentuk
formatif q ini telah mencetuskan transformasi interogatif dan mengakibatkan –kah
disisipkan ke dalam ayat tersebut. –kah juga boleh digugurkan dalam struktur
permukaan melalui rumus pengguguran –kah apabila -kah tidak diperlukan.
Tambahan pula, bagi ayat tanya yang menggunakan kata apa, siapa dan bagaimana
serta lain-lain , beliau telah menggunakan ganti nama tanya dalam leksikon yang
sudah tersiap sedia spesifikasinya dalam hal sintaksis dan semantik.

Anda mungkin juga menyukai