Anda di halaman 1dari 6

GBM 1103 TUGASAN 1 LEE LING LING

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi

Oleh: Lee Ling Ling

Sempena Hari Guru pada 16 Mei amat bermakna terhadap setiap guru.
Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan sambutan Hari Guru pada setiap
tahun sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada semua guru yang telah
memberikan sumbangan yang besar dalam bidang pendidikan. “Guru, Obor Hemah
Menyinari Pertiwi” telah dipilih sebagai tema Hari Guru tahun 2019. Dr Maszlee Malik
dalam ceramahnya pada sambutan hari guru 2019 yang berlangsung di Pulau
Pinang, menyatakan bahawa gelaran ‘Obor Hemah’ diberikan kepada guru
menggambarkan kemuliaan, keikhlasan, pengorbanan, tanggungjawab, cabaran,
peranan dan komitmen dalam profesion keguruan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), guru didefinisikan sebagai orang
yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh. Guru ibarat lilin yang membakar
diri demi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada semua pelajar tanpa mengira
masa, wang ringgit dan tenaga. Menurut Dr.Syed Ismail Syed Mustapa (2016),
seorang guru akan sentiasa menghadapi cabaran serta pelbagai bentuk perubahan
di dalam atau luar professionnya. Dengan itu, tidak dapat dinafikan bahawa guru
memikul tanggungjawab yang berat dan juga menghadapi pelbagai cabaran dalam
kegiatan pendidikan. Semua warga mesti menghargai dan menghayati jasa serta
sumbangan guru terhadap pembangunan individu, bangsa dan negara.

Peranan dan tanggungjawab seseorang guru yang signifikan ialah guru sebagai
penggerak pendidikan dengan membimbing pelajar-pelajar supaya menjadi seorang
yang berilmu. Hal ini dikatakan demikian kerana ilmu pengetahuan merupakan satu
unsur yang amat diperlukan oleh seseorang individu bagi mencapai kecemerlangan
dalam kehidupannya. Individu yang berpendidikan tinggi mampu memberikan
sumbangan kepada pembangunan dan perkembangan sesuatu bidang serta
memajukan negara. Atas bimbingan guru, golongan profesional seperti doktor,
jurutera, sasterawan, ahli politik dan lain-lain akan dilahirkan. Seperti kata mutiara
Sasterawan Negara Usman Awang, “Lahirnya  seorang Perdana Menteri, doktor,
peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang
mengajarnya  baca dan tulis”. Hal ini bermaksud tiada guru maka tiada tenaga mahir
dan pakar-pakar dalam sesuatu bidang kerana mereka bermula dengan didikan serta
asuhan guru. Oleh itu, jelaslah bahawa guru sebagai pendidik yang berperanan
penting untuk menyempurnakan pelajar dengan pengetahuan supaya menjadi insan
yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah.

1
GBM 1103 TUGASAN 1 LEE LING LING

Selain daripada itu, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam
pembentukan sahsiah pelajar. Hal ini demikian kerana guru merupakan individu yang
terdekat dalam kehidupan pelajar selain ibu bapa. Pelajar berada di sekolah selama
sebelas tahun dan 7 jam sehari. Pelajar menghabiskan masa yang panjang bagi
guru berpeluang membentuk sahsiah pelajar. Guru dapat menjadikan diri sendiri
sebagai teladan dan role model yang baik kepada pelajar. Tingkah laku, pertuturan
serta pemikiran seseorang guru biasanya dapat mempengaruhi perkembangan
seseorang pelajar dari segi emosi, rohani dan juga intelek. Hal ini disebabkan oleh
pelajar menganggap guru merupakan seorang yang suci, berhemah dan segala
tindakan guru adalah betul. Nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh guru seperti kasih
sayang, bertanggungjawab dan rajin secara tidak langsung akan diterapkan dalam
sanubari pelajar serta diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Tambahan
pula, guru boleh dijadikan sebagai penasihat bagi pelajar. Guru mesti memberikan
nasihat dan amaran kepada pelajar yang mengalami masalah disiplin supaya tidak
mengulangi kesalahan lagi. Kes masalah disiplin pelajar seperti kes buli dan
vendalisme dapat dikurangkan. Tuntasnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa guru
berperanan penting dalam pembentukan insan yang bermoral dan berakhlak mulia.

Dalam keadaan masyarakat mengalami proses pembangunan dan perkembangan


yang kian pesat pada masa kini, golongan guru juga tidak dikecualikan daripada
menghapapi pelbagai cabaran. Antara cabaran yang dialami oleh guru ialah guru
perlu menyesuaikan diri dalam perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK). TMK telah memberikan banyak manfaat kepada kegiatan pendidikan.
Aplikasi TMK dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih
seronok serta memudahkan kerja pengurusan sekolah. Namun, kajian yang didapati
oleh Wan Mohamad (2009) telah mengambarkan hampir tiga perempat, iaitu 78.2
peratus guru masih belum cekap atau mahir untuk menggunakan TMK semasa
melaksanakan pengajaran. Sehubungan dengan itu, pengintegrasian TMK dalam
proses pengajaran dan pembelajaran mesti kurang dilaksanakan sepenuhnya di
dalam bilik darjah. Guru yang kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam
penggunaan bahan pengajaran yang berasaskan TMK akan menjadikan amalan
pengajaran dan pembelajaran guru tidak dapat ditambah baik. Oleh itu, pihak
kementerian perlu menganjurkan kursus atau program yang berkaitan dengan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi supaya meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran guru dalam penggunaan aplikasi TMK. Guru juga perlu sentiasa
melengkapkan diri dengan pengetahuan TMK supaya mendapatkan maklumat terkini
untuk mengajar pelajar.

2
GBM 1103 TUGASAN 1 LEE LING LING

Di samping itu, guru diberikan jawatan dan tugasan yang sebenarnya bukan
dilakukan oleh seseorang guru atau pendidik adalah salah satu cabaran yang
sedang dihadapi oleh setiap guru. Tanggungjawab dan peranan guru tidak hanya
lagi memberikan pendidikan kepada pelajar sahaja tetapi seseorang guru terpaksa
memegang beberapa portfolio dalam sesuatu jawatankuasa serta juga memegang
jawatan yang tidak berkaitan dengan aktiviti pengajaran di bilik darjah. Sebagai
contoh, guru perlu membuat kerja seperti menaip surat, mengisi borang,
menyediakan minit mesyuarat. Hal ini akan membawa tekanan yang amat besar
kepada guru. Secara tidak langsung, kualiti pengajaran seseorang guru akan
diturunkan dan guru tidak mampu berperanan dengan baik dalam mendidik individu.
Dengan keadaan tersebut, guru mesti sentiasa melakukan senaman atau aktiviti
hiburan untuk mengurangkan tekanan sendiri. Guru juga dapat menjadi lebih yakin
dan meningkatkan profesionalisme keguruan sendiri supaya mempunyai
kemampuan mengalami segala cabaran.

Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar boleh mencapai
kejayaan yang cemerlang dan gemilang. Oleh itu, pelajar harus menghargai dan
menghayati jasa guru. Pelajar mestil berkelakuan baik terhadap guru dengan
menjaga tutur kata dan tingkah laku sendiri. Pelajar haruslah sentiasa menghormati
guru dan bersopan santun semasa berhadapan dengan guru. Sebagai contoh,
pelajar bermuka manis dan memberikan salam kepada guru dengan penuh ikhlas.
Pelajar juga perlu menghormati guru dengan tidak membuat bising semasa guru
sedang mengajar di dalam kelas supaya tidak menganggu guru melaksanakan
tugasnya. Mereka diwajidkan menumpukan perhatian sepenuhnya semasa
pengajaran guru sedang dijalankan dan segala arahan guru dipatuhi oleh mereka. Di
sini jelaslah bahawa bersopan santun dan beradab mulia terhadap guru adalah
amalan yang paling baik bagi menghargai jasa guru.

Lebih-lebih lagi, pelajar-pelajar perlu sentiasa menunjukkan kasih sayang dan


prihatin terhadap guru. Pelajar dapat menghargai jasa guru dengan meraikan
sambutan Hari Guru pada setiap tahun. Sambutan Hari Guru mesti diraikan oleh
semua dengan sebaik mungk8in. Semasa sambutan Hari Guru, pelajar boleh
mengambil kesempatan untuk memberikan hadiah dan mengucapkan terima kasih
kepada guru-guru yang mengajar mereka. Hadiah yang disediakan tidak semestinya
sangat mahal tetapi perlu disertai dengan hati yang tulus lagi ikhlas. Selain itu,
pelajar juga perlu menziarahi guru dan memberikan bantuan kepada mereka ketika
mereka mengalami kesusahan dan masalah. Dengan ini, para guru akan merasakan
jasa dan pengorbanan mereka dihargai dan dihayati.

3
GBM 1103 TUGASAN 1 LEE LING LING

Kesimpulannya, guru merupakan insan bermulia yang semestinya dihormati dan


dihargai oleh setiap orang. Guru yang umpama obor sentiasa menyalakan diri untuk
memperkasakan pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi dan
misi pendidikan negara. Para guru juga perlu sentiasa melengkap diri dengan ilmu
dan pengetahuan terkini supaya dapat membimbing anak pelajar ke arah cemerlang,
gemilang dan terbilang. Sebagai pelajar, kita perlu menghargai jasa dan
pengorbanan guru dengan menjadi seorang yang berguna terhadap negera. Terima
kasih, guru!

4
GBM 1103 TUGASAN 1 LEE LING LING

Bibliografi
Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2016). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Khairuddin Mohammad, Maridah Alias, Siti Normanised Zakaria, Azmi Ayub, Faiziah
Shamsudin, Ahd. Rahim Ismail, Maria Mansur (2012). Bahasa Melayu
Kontekstual. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Maszlee Malik. BH Online. (2019). Guru, obor hemah menyinari pertiwi. Diambil dari
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/05/564473/guru-obor-hemah-
menyinari-pertiwi

Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon. (2016). Pengantar Pengajian
Profesional . Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

5
GBM 1103 TUGASAN 1 LEE LING LING

http://yuwanjing.blogspot.com/2017/08/peranan-kepimpinanan-guru-bagi.html

Anda mungkin juga menyukai