Anda di halaman 1dari 3

3.

1 Pernyataan sebelum PBS

Saya telah ditugaskan untuk menjatani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)


selama seminggu yang bermula pada 2 Mac 2020 sehingga 6 Mac 2020. Ini merupakan
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang ketiga untuk diri saya sebagai guru pelatih
PISMP ambilan Jun 2018. Bagi Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya telah memilih
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chi Man, Kuala Lumpur. Saya memilih sekolah ini kerana
perjalanan ke sekolah ini hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit dari rumah saya.

Sebelum menjalani PBS, kami telah diberikan taklimat sebagai peringatan ringkas
mengenai tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang PBS. Oleh itu, unit praktikum telah
memberi taklimat kepada kami pada 17 Februari 2020 (Isnin), 4.30 petang di DST IPGKTI
berkaitan apa yang perlu kami lakukan sepanjang PBS agar kami dapat menyiapkan
tugasan yang diberi dengan lancar dan baik. Semasa taklimat, kami telah diedarkan
beberapa bahan sebagai panduan untuk melaksanakan PBS.

Beberapa hari sebelum menjalankan PBS, saya telah merujuk beberapa bahan-
bahan bercetak dan juga internet serta bertanya dengan rakan-rakan berkaitan dengan
PBS. Pembacaan dan pemahaman awal ini adalah penting bagi saya, agar saya tidak
terburu-buru dan keliru semasa menjalankan PBS di sekolah nanti. Berpandukan senarai
semak tugasan yang telah diberikan, saya dapat mengenalpasti mengenai beberapa
perkara yang perlu saya lakukan. Saya juga telah menyusun beberapa strategi pelaksanaan
pada setiap hari agar proses pencarian maklumat yang berkaitan dapat dicari dan
dilaksanakan. Say a turut berbincang dengan rakan-rakan mengenai tugasan yang
diberikan.

Say a telah menyediakan 4 cara untuk menyempurnakan tugasan saya, iaitu


pemerhatian, soal selidik, temu bual dan senarai semak. Saya telah menyenaraikan tugas
yang perlu disempurnakan dan membuat perancangan supaya tidak keliru semasa
menjalani program PBS di sekolah.

Secara dasarnya, aktiviti yang telah saya fokuskan semasa PBS dijalankan adalah
seperti berikut:

i. Ringkasan Maklumat Kursus / Modul.


ii. Meliputi unsur pemerhatian terhadap PnP.
iii. Melibatkan tugasan di dalam dan di luar bilik darjah
iv. Mengenai persekitaran sekolah (termasuk iklim dan budaya sekolah)
v. Meliputi sumber PnP.
vi. Meliputi strategi PnP / kemahiran mengajar.
3.2 Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yanq Difokuskan

(Laporkan apa sebenarnya anda telah laksanakan dalam bentuk jadual)

Bil Tarikh Perkara


1. 2/3/2020 • Melaporkan diri di SJK (C) Chi Man.
(pagi-petang) • Berjumpa dengan Guru Besar dan memperkenalkan diri
• Memerhati persekitaran dan infrastruktur sekolah.
• Mengumpulkan maklumat umum sekolah.
• Menjalankan temu bual dengan Guru Besar, GPK
HEM, penyelia pusat sumber dan pengawal
keselamatan.
2. 3/3/2020 • Memerhati aktiviti sukantara sekolah.
(pagi-petang) • Memerhati cara guru mengajar dan penglibatan murid
dalam PdPC Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
• Mengambil gambar susunan bilik darjah.
• Mendapatkan Buku Pengurusan Sekolah 2020
• Menjalankan temu bual dengan dengan mentor.
3. 4/3/2020 • Memerhati aktiviti awal pagi di sekolah.
(pagi-petang) • Mengedarkan borang soal-selidik kepada beberapa
orang murid untuk dijawab.
• Menjalankan temu bual dengan guru Matematik dan
murid.
4. 5/3/2020 • Memerhati aktiviti awal pagi di sekolah.
(pagi-petang) • Mendapatkan pengesahan kolaborasi bersama guru-
guru dan kakitangan sekolah.
• Memerhati aktiviti kokurikulum di sekolah.
5. 6/3/2020 • Memerhati aktiviti awal pagi di sekolah.
(pagi-petang) • Mendapatkan pengesahan kedatangan dan penilaian
laporan perkembangan pelajar daripada guru besar.
• Memastikan semua bahan yang diperlukan untuk PBS
dan kerja kursus telah didapati
• Memerhati aktviti kokurikulum di sekolah.
Thank you for using www.freepdfconvert.com service!

Only two pages are converted. Please Sign Up to convert all pages.

https://www.freepdfconvert.com/membership

Anda mungkin juga menyukai