Anda di halaman 1dari 2

KUMPULAN 1: KEE ENG TONG & LEE LING LING

TUTORIAL 1:
MATLAMAT & OBJEKTIF PEMBELAJARAN KURIKULUM SEJARAH
SEKOLAH RENDAH

Sejarah merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh setiap murid
berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR mulai Tahun 4 pada
Tahap 2. Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah bermatlamat untuk membantu para
murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan sejarah
tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang cinta
akan negara dan menjunjung amalan demokrasi di Malaysia. Matlamat yang
kedua iaitu Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah dapat menyemai ilmu
pengetahuan dan asas Kemahiran Pemikiran Sejarah dan seterusnya
menerapkan semangat patriotik melalui pengetahuan masa lampau yang
mempengaruhi masa kini.

Sekiranya kita meninjau dari aspek objektif Kurikulum Sejarah Sekolah


Rendah, murid dapat memahami masa lalu melalui sikap ingin tahu yang tinggi
dan mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah. Selain itu, para
murid berpeluang untuk mengetahui peristiwa-peristiwa yang penting dan
istimewa yang berlaku pada masa dahulu. Di samping itu, para murid turut
mampu menyatakan pendapat sendiri tentang kepentingan Sejarah dalam
kehidupan dengan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah sebagai usaha
untuk mengukuhkan suasana keharmonian. Melalui peristiwa sejarah, murid-
murid dapat mempelajari iktibar seperti kita sewajarnya bersikap bertolak ansur
dan saling menghormati antara satu sama lain supaya tidak mengulangi
peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.
Seterusnya, para murid akan memahami proses pembinaan tamadun
manusia yang mempengaruhi kehidupan masyarakat. Dalam keadaan ini, setiap
murid dapat mempelajari tentang tamadun-tamadun awal. Sebagai contoh,
Zaman Mesopotamia, Zaman Mesir Purba, Zaman Hwang Ho dan sebagainya.
Pada masa yang sama, murid turut berpeluang untuk mengenal pasti usaha dan
sumbangan para pemimpin negara sekaligus melahirkan perasaan gembira dan
bangga. Misalnya, tokoh-tokoh yang terkenal iaitu Tunku Abdul Rahman, Tunku
Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan sebagainya. Dengan ini, kita mestilah
sentiasa mengamalkan sikap hormat-menghormati dan menghargai jasa tokoh-
tokoh negara.

Anda mungkin juga menyukai