Anda di halaman 1dari 6

Kesan positif pelajaran sejarah.

Idea-idea utama

1. Mengetahui sejarah negara dengan tepat berdasarkan fakta yang dipelajari.

 tidak kabur dalam susur galur sejarah negara


 dapat menjelaskan dengan tepat kepada masyarakat luar
 pengetahuan sejarah sentiasa menebal dalam sanubari generasi muda

2. Mengekalkan keharmonian dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum.

 menjaga sensitiviti kaum lain yang diperoleh dari sejarah yang tercipta
 tidak mengeluarkan fakta-fakta yang menggugat kestabilan negara
 sejarah tetap sejarah dan tidak boleh diubah-ubah

3. Menerapkan semangat sayang akan negara.

 mempertahankan negara daripada dijajah oleh musuh


 negara pernah dijajah oleh Portugis,Inggeris dan Jepun
 tidak mahu berulang semula oleh generasi muda pada hari ini

4. Melahirkan lebih ramai ahli sejarah negara.

 sesetengah pelajar pasti meminati mata pelajaran ini


 menulis buku berdasarkan sejarah tanah air
 dijadikan bahan rujukan untuk generasi yang akan datang

5. Mengelakkan masyarakat yang buta akan sejarah.

 perpecahan antara kaum dapat dielakkan


 golongan buta sejarah sering mengeluarkan fakta tanpa asas yang kukuh
 keharmonian hidup dapat dikekalkan sampai bila-bila
RENCANA

ARKIB : 24/09/2012
Pentingnya subjek Sejarah diperkasa
PROF. DATUK DR. SIDEK BABA ialah Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

KENYATAAN Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk memperkasa subjek Sejarah amat tepat sekali. Isu-isu
keperluan pendidikan sejarah, kurikulum dan tafsirannya, metodologi pengajaran-pembelajaran yang berkesan dan isu
mewajibkannya dalam sistem persekolahan kita adalah hal-hal yang sewajarnya diberi perhatian.

Sejarah sifatnya mengulangi. Apa yang berlaku pada masa lalu diulangi pada masa kini dan mungkin diulangi pada masa
depan. Sifatnya merentasi masa dan zaman. Mempelajari dan mengkaji sejarah memungkinkan manusia mengetahui sebab
mengapa sesuatu itu berlaku pada masa lalu dan mengapa ia tidak harus diulangi pada masa kini dan akan datang. Sejarah
kejadian 13 Mei 1969 umpamanya banyak mendedahkan faktor ideologi, pertentangan ras, kemelut sosio-ekonomi,
pemahaman budaya dan konflik politik yang menyebabkan muafakat hilang dan akhirnya anarki terjadi.

Mengkajinya boleh membawa kesedaran dan keinsafan kepada kita untuk memperbaiki kelemahan yang ada supaya asas
perpaduan yang dibina harus diperkukuh dengan kerjasama yang baik, persefahaman yang tinggi dengan kualiti
pengurusan negara dan rakyat yang berintegriti. Kealpaan kita mengkaji sejarah boleh menyebabkan hilang ibrah dan
sumber teladan dan menyebabkan peristiwa yang sama boleh berulang lagi. Harga perpaduan, tolak ansur dan
persefahaman dalam masyarakat majmuk adalah terlalu tinggi. Ia perlu dipelihara dengan etika kenegaraan secara telus
dan tulus. Ibarat sebuah kereta mempunyai cermin sisi dan belakang untuk dilihat supaya pemanduan ke hadapan terarah.
Begitu juga hakikat sejarah, kita tidak boleh hanya melihat ke hadapan, melupakan peristiwa kini dan tidak reflektif terhadap
sejarah masa lalu. Apa yang dicapai kini adalah himpunan pengalaman dan percubaan yang panjang dan berterusan.

Sekiranya generasi muda umpamanya menolak kesilaman dan mengambil sikap yang lalu itu kolot dan ketinggalan zaman
dan yang terkini itu sebagai moden dan maju, sejarah menunjukkan bahawa tanpa adanya kesinambungan perjalanan
sejarah dan budaya manusia akan menjadi kacau. Sebab itu sejarah sifatnya dinamik perkembangannya kerana watak dan
kemajuan manusia sedemikian. Tetapi jalur sejarah dan budaya sering respons terhadap perubahan teknologi, ilmu dan
zaman. Namun asas-asas fundamental pada diri manusia tetap memerlukan nilai-nilai yang fitrah.

Dalam konteks bina negara, jati diri dan kewatanan adalah sesuatu yang amat penting. Ia memberi bentuk dan sifat kepada
watak warganegara Malaysia seperti yang terangkum dalam Rukun Negara. Rukun Negara adalah falsafah hidup orang
Malaysia supaya kepercayaan kepada Tuhan menjadi sesuatu yang utama. Kesetiaan kepada raja dan negara menjadi
lambang muafakat dan perpaduan. Keluhuran Perlembagaan sebagai sumber rujuk yang utama dalam negara. Kedaulatan
undang-undang sebagai asas keadilan. Kesusilaan sebagai etika penting membangun watak dan peribadi. Jika Rukun
Negara dapat difahami dan dihayati ia bakal membentuk jati diri Malaysia. Memiliki jadi diri Malaysia tidak bermakna kita
anti-Barat dan Timur. Pada dunia Barat dan Timur terdapat aspek-aspek berbanding yang memberi manfaat yang baik dan
boleh diperkongsi. Kelahiran sesebuah tamadun antara faktornya adalah kesediaan melakukan adaptasi dan penyesuaian
supaya ia diolah menjadi acuan kita sendiri.

Mempelajari dan memahami sejarah ibarat meneliti peristiwa zaman demi zaman yang sifatnya berkembang dan berubah.
Yang sangat penting dikaji adalah perkembangan dan perubahan diri manusia. Apakah warga Malaysia berada dalam
senario menghormati asas-asas fundamental dalam proses bina negara dan reseptif terhadap perubahan semasa yang
sifatnya menyumbang. Aspek terpenting dalam memperkasa subjek Sejarah adalah penyusunan kembali kurikulumnya.
Kurikulum Sejarah harus sifatnya merangkumi dan merentasi. Sejarah Malaysia tidak saja memberi latar sejarah Melaka
dan sejarah sebelum merdeka tetapi juga sejarah selepas merdeka di mana semua pihak memainkan peranan menjadikan
Malaysia sebagai negara maju.

Bila generasi hari ini mengkaji dan memahami sejarah Malaysia, mereka memiliki rasa kepunyaan dan kebanggaan
terhadap negara ini kerana mereka bukan sahaja diberikan kefahaman mengenai permulaan negara ini, cabaran yang
dihadapi, cabaran sejarah Melaka yang menjadi landasan sejarah Malaysia, muafakat pemimpin berbilang kaum dalam
mencapai kemerdekaan, prinsip-prinsip dan hikmah di sebalik terbinanya Perlembagaan Malaysia, tolak ansur yang terjadi
sehingga Malaysia mencapai ke tahap negara yang sedang maju seperti hari ini.
Sejarah bukan sekadar catatan tarikh sesuatu peristiwa atau tokoh-tokoh berjasa dalam zamannya tetapi setiap yang
berlaku dan melakar peta sejarah harus dikaji dan diteliti mengapa dan bagaimana ia berlaku dan bagaimana sesuatu
masalah diselesaikan. Sejarah Malaysia suatu ketika dulu membawa cara tafsiran penjajah dan sifatnya Euro-centeric.
Kemudian ia difokuskan kepada tafsiran mengikut jendela Malaysia. Orientasi pentafsiran ini penting supaya perjalanan
sejarah sejak lebih setengah abad yang lalu ditafsir berasaskan kaca mata orang Malaysia.

Apabila tafsiran ini dibaca oleh anak murid, para pelajar dan generasi muda ia mencetuskan kesedaran dan keinsafan
bahawa Malaysia adalah sebuah negara unik dari sudut latar, penyertaan warganegaranya dalam bina negara, asas
toleransi yang membawa kebijaksanaan, pemahaman terhadap asas-asas fundamental dalam Perlembagaan, merasakan
Rukun Negara sebagai suatu pedoman perjuangan dan akhirnya bakal mencetuskan rasa kewatanan yang tinggi.

Mencetuskan kesedaran ini tidaklah suatu hal yang mudah. Ia memerlukan metodologi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Pengajaran dan kuliah menjadi salah satu cara dalam menyampaikan bahan-bahan sejarah tetapi kerja-kerja
lapangan dalam bentuk penelitian dan kajian harus dikembangkan supaya di peringkat awal lagi anak-anak memiliki
kesedaran sejarah sama ada tempatan, negeri atau negara. Ia dibuat dalam bentuk jurnal, kertas-kertas dapatan dan carian
supaya hal-hal penting yang berlaku dalam negara direkod dan diperkongsi. Lebih-lebih lagi dengan bantuan teknologi
terkini banyak perkara yang boleh dirakam, dianalisis, ditafsir dan diperkongsi supaya para pelajar memiliki kesedaran
sejarah yang tinggi.

Generasi yang buta sejarah sering tidak menghargai apa yang berlaku. Contohnya kemajuan yang terbina kini tidak berlaku
secara tiba-tiba atau kebetulan. Ia akibat perancangan, pemikiran dan strategi bijaksana yang terjadi dan menyebabkan
generasi hari ini berada dalam iklim sosial dan kehidupan yang jauh lebih baik berbanding situasi di awal kemerdekaan
dulu. Yang baik itu seharusnya dijadikan tradisi, manakala landasan yang berguna itu harus diteruskan walaupun dengan
pendekatan berbeza untuk respons cabaran yang tidak serupa. Asas-asas fundamental dalam bina negara harus
dipertahankan dan dikembangkan dengan strategi baru supaya perubahan terus berlaku.

Justeru seperti subjek Bahasa Melayu, subjek Sejarah seharusnya menjadi mata pelajaran wajib. Kurikulum, pentafsiran,
buku teks, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, memanfaatkan teknologi baru dalam memahami sejarah, kaedah
pengukuran yang lebih komprehensif mampu menjadikan subjek Sejarah itu menarik dipelajari. Tujuannya untuk
menimbulkan kesedaran jati diri dan kewatanan supaya generasi muda menginsafi, memahami dan menghayati sejarah
adalah penting supaya kesayangan kepada negara terbina.
Banyak kebaikan yang boleh diperoleh dengan mengitar semula, bukan sahaja mendatangkan
kebaikan kepada manusia, malahan kepada haiwan dan alam sekitar. Kitar semula berpotensi
menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Buat pengetahuan rakyat Malaysia,
negara kita dilanda masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Hal ini demikian kerana, saban hari
kuantiti sampah di Malaysia semakin meningkat. Tidak mustahil, suatu hari nanti kawasan perumahan
kita juga boleh dijadikan tapak pelupusan sampah.
Selain itu, kitar semula boleh memberikan keuntungan. Kebanyakan penduduk yang kurang
pendapatan, boleh mengasah bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru daripada bahan
yang tidak mahu digunakan lagi. Sebagai contoh, surat khabar boleh diinovasikan menjadi sebuah
bakul yang cantik dan menarik sekali. Berbagai-bagai kraf tangan lain yang boleh dihasilkan daripada
surat khabar mahupun tayar-tayar lama. Seterusnya, kraf-kraf tangan yang dihasilkan boleh dipasarkan
dengan harga yang berpatutan.
Di samping itu, masalah kesan rumah hijau dapat dikurangkan melalui kitar semula. Menurut
kajian, penghasilan barang baru daripada bahan mentah menggunakan lebih banyak tenaga
berbanding menghasilkan barang baru daripada barang terbuang. Gas-gas yang dikeluarkan dari
kilang seperti karbon monoksida , sulphur oksida dan metana marupakan punca kesan rumah hijau
sekali gus menjurus kepada pemanasan global. Hal ini terjadi apabila banyak tenaga yang digunakan
ketika menghasilkan sesuatu barang.
Seterusnya, kitar semula juga dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru.
Kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan. Misalnya, kertas diperbuat daripada
pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan dalam
kalangan masyarakat, negara kita bakal ketandusan sumber hutan. Habitat haiwan-haiwan yang
tinggal di dalam hutan juga berkemungkinan besar akan pupus. Mereka juga boleh membahayakan
nyawa manusia kerana apabila haiwan-haiwan tersebut kehabisan sumber makanan, mereka akan
berkeliaran di kawasan kediaman manusia untuk mencari makanan.
`Aktiviti kitar semula juga dapat membuka satu lagi peluang pekerjaan kepada rakyat di kilang
kitar semula. Secara tidak langsung aktiviti ini juga dapat mengurangkan kadar pengangguran di
kalangan rakyat. Sesungguhnya, rakyat yang mempunyai pekerjaan akan dapat meneruskan
kehidupan dengan lebih baik. Rakyat yang mempunyai pekerjaan juga akan terhindar daripada
melakukan masalah sosial seperti mencuri dan merompak.

Dengan melakukan aktiviti kitar semula, kita juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah berjimat cermat, bertanggungjawab dan
mencintai alam sekitar. Melalui amalan berjimat cermat, kita akan menggunakan bekas plastik
sehingga rosak dan tidak membazir. Melalui amalan bertanggungjawab pula, kita akan mengitar
semula barangan yang boleh dikitar semula dan tidak akan membuangnya ke dalam semak atau ke
dalam sungai.
Pendidikan Kepenggunaan Diperkasa

oleh Nur Aimidiyana Zuher

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Berhadapan dengan kos peningkatan sara hidup,
sambutan Hari Hak-hak Pengguna Sedunia tahun ini memberi fokus kepada pendidikan
kepenggunaan, sekali gus menyemarak budaya belanja berhemah yang mesti dilakukan pengguna.

Bertema 'Bijak Belanja, Hidup Sejahtera', Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia yang diraikan
Sabtu lepas memberi penekanan kepada langkah-langkah mengurangkan impak kenaikan kos sara
hidup. "Perkara utama yang menjadi perhatian adalah meningkatkan kesedaran masyarakat
terutamanya dalam aspek berjimat cermat, mengamalkan budaya mengutamakan keperluan
berbanding kehendak dan membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan seharian," kata Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek. Katanya
masyarakat perlu menjadi pengguna berhemah, bersikap anjal selain mempelajari kemahiran serta
pengetahuan baru untuk mengubah tabiat dan amalan harian mereka.

BUDAYA BELANJA BERHEMAH

Bagaimana pengguna mampu melakukan anjakan sikap dan mengubah tabiat mereka?

Hasan berkata: "Sebagai pengguna bijak mereka perlulah mempunyai ilmu dan pendidikan
kepenggunaan yang cukup untuk melindungi diri mereka. Ia penting bagi membantu pengguna untuk
membuat keputusan yang bijak. "Misalnya budaya membawa bekal dari rumah adalah langkah bijak
untuk mengurangkan belanja dan berkongsi kereta bersama kawan-kawan sepejabat perlu dijadikan
amalan," katanya kepada Bernama sempena sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia baru-baru
ini. Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia disambut pada 15 Mac setiap tahun, bertujuan meningkatkan
kesedaran tentang hak-hak pengguna dan mewujudkan desakan agar hak-hak tersebut dihormati dan
dijamin. Ia merupakan acara tahunan yang dijalankan lebih 80 pergerakan pengguna di 60 buah
negara sejak 1983.

Terdapat lapan hak pengguna yang diterima secara universal iaitu hak mendapat keperluan
asas, hak mendapat perlindungan dan keselamatan, hak mendapat maklumat, hak membuat pilihan,
hak bersuara, hak mendapat ganti rugi, hak mendapat pendidikan kepenggunaan, dan hak mendapat
alam sekitar yang sihat dan selamat.

KEMPEN PENGGUNA BIJAK

Menerusi pelbagai program pendidikan kepenggunaan mengikut kumpulan sasar, Hasan


berkata konsep pengguna bijak diwujudkan untuk melahirkan masyarakat pengguna yang
bermaklumat, proaktif dan bertanggung jawab. Selain itu, pendidikan dan maklumat berkaitan implikasi
negatif budaya berhutang, kesan terhadap budaya membeli-belah dan makan luar, anti pembaziran,
meningkatkan kesedaran dalam aspek berjimat cermat, mengamalkan budaya mengutamakan
keperluan berbanding kehendak, mendidik pengguna untuk membuat keputusan tepat dan pendidikan
yang dapat memberi kesedaran serta perubahan gaya hidup pengguna turut diberi penekanan.
Beliau berkata bagi tujuan pemerkasaan pendidikan pengguna 2014-2019, Jawatankuasa
Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat meluluskan peruntukan sebanyak RM24.57 juta bagi
melaksanakan pelan ini bagi tempoh lima tahun. Matlamat pelan ini adalah untuk meningkatkan
perlindungan kendiri pengguna selari dengan sasaran yang ingin dicapai di dalam Pelan Induk
Pengguna 2020, katanya. Selain itu, menurut Hasan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) adalah satu pendekatan bagi mendapatkan maklumat mengenai permasalahan yang dihadapi
pengguna. Katanya kerjasama itu penting untuk membolehkan mereka menjadi ejen kepada
kementerian untuk memberi penjelasan kepada rakyat mengenai fakta-fakta sebenar terutamanya
melibatkan isu kenaikan kos sara hidup.

"Kita sangat berterima kasih dengan NGO kerana banyak membantu kementerian antara NGO
yang aktif ialah Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Persatuan Pengguna Islam Malaysia
(PPIM), dan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)," katanya.

TRIBUNAL PENGGUNA

Adakah masyarakat pengguna di Malaysia kini semakin peka dengan hak-hak kepenggunaan
dan bersedia mengambil tindakan sekiranya hak-hak mereka dilanggari?

Menurut Hasan tahap kesedaran rakyat terhadap hak-hak pengguna adalah rendah, malahan
ada yang mengambil sikap sambil lewa dengan hanya kira-kira 57 peratus masyarakat mengetahui
tentang hak pengguna. Meskipun begitu, masyarakat pengguna di Malaysia juga sebenarnya sudah
semakin berani dan menyedari hak-hak mereka.

Menerusi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) merupakan sebuah badan bebas
bertujuan mendengar dan mengadili tuntutan-tuntutan yang difailkan oleh pengguna, yang berkuat
kuasa sejak November 1999, beliau berkata masyarakat pengguna kini bersuara dan menuntut hak
mereka. "Ini adalah perkara yang amat ditakuti oleh pengeluar dan pembekal barangan kerana mereka
tahu sekiranya pengguna laporkan, imej perniagaan mereka akan terjejas," katanya.

Hasan berkata pada tahun lepas, sebanyak 7,681 daripada 7,739 kes yang diadili TTPM
berjaya diselesaikan manakala pada tahun ini, 581 daripada 613 kes telah diselesaikan.

Anda mungkin juga menyukai