Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan Mempelajari Sejarah

Oleh AZMI AHMAD

Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan iktibar 
kepada kita untuk memperbaikki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita mencipta
kejayaan yang lebih gemilang. Tanpa belajar daripada kesalahan dan kesilapan masa la lu, kita
mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja merugikan se seorang individu
tetapi mungkin juga kepada keluarga, mas yarakat dan negara mahupun bangsa.

Melalui sejarah, kita dapat mempelajari kejayaan bangsa dan negara seperti zaman keemasan
Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang boleh dijadikan perangsang untuk memacu
kemajuan negara. Tidak dapat dinafikan, pembentukan negara Malaysia pada hari ini bertitik -
tolak daripada kewujudan Kerajaan Melayu Melaka yang telah diasaskan oleh Parames wara.

Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang mana jika ada
kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan rak yat, keagungan tersebut
mampu diulangi malah mungkin lebih cemerlang. Malaysia kini mengecapi pelbagai
kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan menjadi antara negara membangun yang paling
maju di dunia. Dengan kegigihan pemimpin dan rakyatnya,
r akyatnya, tidak mustahil Malaysia mampu
mengecapi kegemilangan dan mengulangi semula zaman kegemilangan Kesultanan Melayu
Melaka pada abad ke-15.

Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan
negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah tanahair dan dengan itu akan
lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa. Tanpa semangat ini, maruah negara kit a
 boleh tercalar apabila lahirnya warganegara yang sanggup mengadai
mengadai dan menjual maruah
negara seperti terlibat dengan kegiatan menyeludup masuk warga asing. Semangat
 patriotisme timbul apabila kita mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita,
serta mempunyai pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai
generasi muda hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam
 peperiksaan sama ada di peringkat sekolah mahu pun di di universiti. Malangnya mereka gagal
untuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasil rak yat Malaysia yang buta
sejarah negara sendiri.

Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta kedaulatan
negara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada1957 tetapi pengisiannya
 bukanlah perkara yang mudah. Lebih
Lebih sukar di negara majmuk seperti Malaysia. Jika generasi
muda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan negara, apa yang telah bina akan runtuh
dan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat mudah tetapi untuk membina atau membentuk 
sesuatu itu yang sukar. Negara merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-
orang Melayu untuk menerima golongan imigran Cina dan India. Pemahaman terhadap
kontrak sosial ini amat penting untuk memacu Malaysia sebagai negara maju. Kegagalan
memahami kontrak sosial ini mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun
 begitu dengan memiliki pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami situasi ini
dan akan menjadi bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama mengembling tenaga
untuk membangun dan mengukuhkan negara.

Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat Mala ysia. Tanpa
 pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara kita yang bermula dengan
Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah warganegara tanpa jati diri. Mereka
ini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada hari ini dan lahirlah war ganegara yang
tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir 
rakyat Malaysia yang tamak haloba dalam mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikan
halal-haram dari aspek undang-undang dan memcampakkan kontrak sosial negara ketepi
demi mencapai cita-cita mereka. Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini. Presiden
Amerika Syarikat ke-44, Barack Hussin Obama dalam ucapan sulung sebagai presiden
mengungkapkan: Sejarah akan menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan dengan apa
yang kita runtuhkan.

http://www.tuitionplaza.com/bb/forum_posts.asp?TID=5004

1. Dapat mengeratkan hidup rakyat berbilang kaum.

 Perbezaan agama,budaya,dan kaum tidak menghalang hidup dalam harmoni.


 Mengenal asal usul,hak masing-masing,dan peranan yang perlu di lakukan
 Memahami asal usul dapat menghindar perasaan iri.

2.Mengenali tokoh yang melakar sejarah tanah air.

 Mereka berjuang memperjuangkan tanah air daripada penjajahan inggeris.


 Para pejuang berkorban untuk keselesaan anak watan.
 Kemerdekaan secara muafakat menyedarkan kita akan keringat pejuang silam.

3.Memperolehi kemerdekaan lebih mudah berbanding mempertahankannya.

 Hidup senang menyebabkan tidak berwaspada akan kemungkinan buruk.


 Penjajah kini berupa penjajah ekonomi.
 Sejarah berulang dan kita perlu beringat.

4.Dapat menambahkan pengetahuan.

 Berpengetahuan dapat menggerak minda berwawasan.


 Tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.
 Menyayangi diri sendiri dan bahan sejarah.

6.Anak muda bersikap negatif terhadap pemimpin negara.

 Menyedarkan akan sikap keterlaluan dengan tidak


ti dak beranggapan buruk.
 Pemimpin memikirkan tentang masa depan rakyat.
 Sepanjang bulan Ogos diadakan aktiviti untuk menyedarkan orang ramai.
Kepentingan Mempelajari Sejarah Negara.

Laungan kemerdekaan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tungku Abdul
Rahman merupakan sebuah catatan peristiwa yang sangat penting kepada seluruh rakyat
Malaysia. Sejarah adalah suatu catatan peristiwa lampau. Di Malaysia semua pelajar 
diwajibkan mempelajari subjek Sejarah. Persoalannya apakah semua pelajar sedar mengenai
kepentingan mempelajari sejarah negara?

Melalui pembelajaran Sejarah negara kita dapat menyedari kepentingan mengekalkan


 perpaduan antara berbilang kaum. Subjek Sejarah memberi pendedahan kepada para pelajar 
mengenai kerjasama yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu bagi
mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah. Hal ini dapat dilihat melalui pembentukan
Parti Perikatan yang menggabungkan parti MIC, MCA, dan UMNO. Hal ini membuktikan
untuk mencapai sesuatu kejayaan, perpaduan dan kerjasama antara kaum sangat penting.

Selain itu, melalui pembelajaran Sejarah, para pelajar dapat mengambil iktibar daripada
 peristiwa lalu. Peristiwa Francis Light yang telah mengambil Pulau Pinang telah mengajar 
kita untuk tidak terlalu bergantung kepada negara luar dalam menyelesaikan sesuatu masalah
negara. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya dan sebagai warganegara bertuah ini
kita mesti berusaha menyelesaikannya sendiri. Sesungguhnya melalui pembelajaran sejarah,
seseorang itu tidak akan mengulangi kesilapan lalu,seperti kata Mantan Perdana Menteri kita,
Tun Dr. Mahathir Muhamed, mereka ynag tidak mempelajari sejarah, berkemungkinan untuk 
mengulangi kesilapan lalu.

Semangat patriotik dalam kalangan remaja juga dapat ditingkatkan melalui pembelajaran
subjek Sejarah. Melalui subjek Sejarah, para pelajar akan didedahkan kepada kesusahan dan
kepayahan masyarakat lalu berjuang mempertahankan negara. Contohnya, melalui sejarah,
 penentangan yang berlaku di Bukit Kepong. Para anggota polis telah bersusah payah untuk 
menentang pihak komunis sehingga sanggup mengorbankan nyawa dan keluarga mereka. Hal
ini sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan cinta yang mendalam para pelajar kepada
tanah air sehingga menyebabkan mereka bersemangat tinggi untuk mengekalkan
kemerdekaan yang telah dikecapi.

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari subjek Sejarah dalam usaha


untuk melahirkan generasi berjiwa bangsa yang bakal melakar sejarah negara yang gemilang.

Markah: 25/30

Karangan hasil karya;


 NUR SAKINAH BINTI MUHAMMAD
MUHAMMAD FAIZAL
KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH KLANG (KISAS)
Kepentingan Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah

http://karanganessays.blogspot.com/2010/05/kebaikan-mempelajari-mata-pelajaran.html

Memetik madah agung, George Santayana, seorang ahli sejarawan dunia, “ seseorang yan g
melupakan sejarah pasti akan mengulanginya”. Justeru, bertepatan dengan kata-kata
kata -kata tersebut,
mata pelajaran Sejarah telah diperkenalkan dalam Kurikukum Bersepadu Sekolah Menengah.
Terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah.

Pertama, kita dapat menerapkan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan pelajar. Semangat
cinta akan negara amat vital dan perlu dipupuk dalam sanubari rakyat jelata sejak kecil lagi.
Bak kata pepatah, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Lantaran itu, pengajaran mata
 pelajaran Sejarah dianggap sebagai satu wadah bagi menyuntik semangat
semangat kebangsaan ini.
Melalui penggaluran semula kisah kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pimpinan
cakerawati Sultan Muzaffar dalam silibus
si libus seawal Tingkatan Satu Lagi misalnya, sudah pasti
 para pelajar akan berasa kagum akan sejarah negara. Maka jelaslah, patriotisme pasti terpasak 
 padu dalam nurani pelajar menerusi instrument ini.

Selain itu, pembelajaran mata pelajaran Sejarah


Sejar ah dapat meningkatkan pengetahuan pelajar 
mengenai asal-usul negara. Silibus Sejarah selama lima tahun yang cukup komprehensif 
izharnya dapat member kesedaran kepada pelajar bahawa perjuangan ke arah kemerdekaan
suatu ketika dahulu bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan kolaborasi dan sinergi antara
kaum Melayu, Cina dan India berkat usahasama Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan
Tun V.T. Sambathan, barulah kita dapat merasai nikmat kemerdekaan. Perkara ini sepatutnya
 perlu diketahui oleh setiap warganegara kerana “sesiapa yang melupakan akar bangsanya
bangsanya
ibarat si Tenggang menderhakai ibunya”. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Sejarah
 berperanan sebagai satu platform yang cukup utuh
utuh untuk mengetengahkan kembali
kembali warisan
sejarah kita suatu ketika dahulu.

Akhirnya, kita dapat mengambil iktibar daripada peristiwa lampau melalui mata pelajaran
Sejarah. Sarwajagat mengakui, kuasa-kuasa imperialis dunia menguasai Tanah Melayu silih
 berganti selama 446 tahun. Maka, dalam tempoh itu, kita ditekan dan ditindas selayak 
 binatang oleh penjajah durjana. Justeru, apabila negara sudah merdeka,
merdeka, kita mula menyedari
kepentingan sains dan teknologi untuk berdiri sa ma tinggi, duduk sama rendah dengan kuasa-
kuasa danawa dunia. Lantas, mengambil iktibar dari peristiwa silam, Malaysia melestarikan
teknologinya melalui Koridor Raya Multimedia dan Cyberjaya selaras dengan Pelan Jalur 
Lebar Kebangsaan. Atas prinsip, “ di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”, Malaysia
terus dikenali di seantero dunia. Maka, benarlah bahawa iktibar yang diperoleh daripada
 pembelajaran Sejarah dapat memajukan negara.

Akhirulkalam, semua pihak perlu bekerjasama dan berganding bahu bagi meningkatkan
kualiti dan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Sejarah lagi. Demi kemaslahatan
 bersama, ayuhlah, kita lengkapkan diri dengan
dengan ilmu-ilmu tawarikh agar nilai sejarah kita
tidak luput ditelan zaman.
Faedah mempelajari sejarah

1. Sebagai panduan dan iktibar 


2. Menjadi peransang kemajuan negara
3. Memupuk semangat petrotisme

Manfaat mempelajari sejarah adalah:


1.Kegunaan edukatif 
kegunaan sejarah yang pertama adalah sebagai edukatif atau pelaj aran. banyak manusia yang
 belajar dari sejarah.
 belajar dari pengalaman yang pernah dilakukan.pengalaman
dilakukan.pengalaman tidak hanya terbatas pada
 pengalaman yangdialaminya sendiri,
melainkan juga dari generasi sebelumnya.manusia melalui belajar dari sejarah dapat
mengembangkan potensinya. kesalahan pada masa lampau, baik kesalahan sendiri maupun
kesalahan orang lain coba dihindari.
smentara itu, pengalaman yangbaik justru harus ditiru dan dikembangkan. dengan demikian,
manusia dalam menjalani kehidupannya tidak berdasarkan coba-coba saja (t rial and error),
seperti yang dilakukan oleh binatang. manusia harus berusaha menghindari kesalahan yang
sama untuk kedua kalinya.
2.Kegunaan inspiratif 
kegunaan sejarah yang kedua adalah sebagai inspiratif. berbagai kisah seja rah dapat
memberikan inspirasi pada pembaca dan pendengarnya. belajar dari kebangkitan nasional
yang dipeloporii oleh
oleh bedirinya organisasi perjuangan yangmodern
yangmodern di awal abad ke-20,
masyarakat Indonesia sekarang berusaha mengembangkan
m engembangkan kebangkitan nasional ang ke2.
Pada kebangkitan nasional yang pertama, bangsa indonesia berusaha merebut kemerdekaan
yang sekarang ini sudah dirasakan hasilnya.
untuk mengembangkan dan mempertahankan kemerdekaan , bangsa indonesia ingin
melakukan kebangkitan nasional yangyang ke-2 , dengan bercita-cita mengeajar ketertionggalan
dari bangsa asing. bangsa indonesia tidak hanya ingin merdeka, tetapi juga ingin menjadi
 bangsa yang maju, bangsa
bangsa yang mampu menyejahterakan rakyatnya. untuk untuk itu, bangsa
indonesia harus giat menguasai
menguasai IPTEK karena melalui IPTEK yang yang dikuasai, bangsa
indonesia berpeluang menjadi bangsa yang maju dan disegani, serta daapat ikut serta menjaga
ketertiban dunia.
3.Kegunaan rekreatif 
kegunaan sejaraha yang ketiga adalah sebagai kegunaan rekreatif. kegunaan sejarah sebagai
kisah dapat memberi suatu hiburan yang segar. melalui penulisan kisah s ejarah yang menarik 
 pembaca dapat terhibur. gaya penulisan yanghidup
yanghidup dan komunikatif dari beberapa sejarawan
terasa mampu “menghipnotis” pembaca. pembaca akan merasa nyaman membaca tulisan
dari seajarawan. konsekuensi rasa senang dan daya taraik penulisan kisah sejarah tersebut
membuat pembaca menjadi senang. membaaca
membaaca menjadi media hiburan
hiburan dan rekreatif.
membaca telah menjadi ibagian dari kesenangan. membaca teala h dirasakan sebagai suatu
kebutuhan, yaitu kebutuhan yang untuk rekreatif.
 pembaca dalam mempelajari hasil penulisan sejarah tidak hanya merasa senang layaknya
membaca novel, tetapi juga
juga dapat berimajiasi ke masa lampau. disini
disini peran sejarawan dapat
menjadi pemandu (guide). orang yang
yang ingin melihat situasi suatu daerah
daerah di masa lampau
dapat membacanya dari hasil tulisan para sejarawan.
1. sl asal usul (keturunan), salasilah: ~ Melayu; 2. peristiwa yg benar-benar berlaku pd waktu yg
lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yg disangka dongeng itu menjadi fakta ~ sesudah dijumpai
bukti-bukti yg meÂngesahkannya; 3. = ilmu ~ kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa
yg telah lalu, tawarikh: ~ Tanah Melayu; ahli ~; ~ umum sejarah mengenai seluruh dunia; bersejarah
1. ark menanyakan asal usul, mengusul: sungguh, lebih baik hamba ~ dgn dia; 2. mengandungi
sejarah, termasuk dlm sejarah: Melaka ialah sebuah bandar yg ~; menyejarahkan meriwayatkan,
mengisahÂkan; kesejarahan perihal sejarah: watak perwira Hang Tuah dilukiskan dgn amat terbatas
sekali, sesuai dgn ~nya dlm Sejarah Melayu; persejarahan perihal sejarah, yg berkaitan dgn sejarah:
hakikat keilmuan dan ~ yg ditunjukkan oleh al-Quran; penyejarahan penulisan sejarah: Raja Ali Haji
membawa suatu unsur baru dlm ~ Melayu. Kamus Dewan Edisi Empat

Anda mungkin juga menyukai