Anda di halaman 1dari 6

Bahaya jika kita buta sejarah

SAYA mengalu-alukan langkah kerajaan untuk memasukkan


kurikulum bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah kebangsaan.
Sekurang-kurangnya ia membantu orang Melayu Islam dalam
menguasai bahasa ini, walaupun mungkin tidak sepandai mereka
yang berada di sekolah jenis kebangsaan.

Persoalannya, kala kerajaan mula bersikap terbuka dan


memandang ke hadapan, bagaimanakah pula dengan kedudukan
Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan?

Adakah wajar Bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan diajar


hanya tiga kali seminggu dengan silibus yang begitu mudah
berbanding silibus sekolah kebangsaan? Sebarang penambahan
waktu pembelajaran Bahasa Melayu dan penyeragaman silibus
dianggap sebagai beban dan menggugat kedudukan bahasa
ibunda. Apakah akan wujud keadaan selepas ini, orang Melayu
boleh berbahasa bukan Melayu manakala mereka yang berada di
sekolah jenis kebangsaan masih berada di takuk lama atau
mungkin bagaimana?

Inilah dilema yang akan dihadapi dan menghantui sistem


pendidikan di negara kita. Sedangkan satu dunia maklum
bahawa sistem pendidikan berasaskan sejarah bahasa
kebangsaan adalah teras kepada pembinaan sebuah negara
bangsa.

Apatah lagi matapelajaran sejarah 'Malaysia Negaraku' yang


mahu dijadikan subjek di setiap sekolah bagi melahirkan
semangat patriotisme dan jati diri. Subjek ini juga turut
ditolak mentah-mentah di sekolah jenis kebangsaan kecuali
jika ia diajar dalam bahasa ibunda. Sedangkan kita tahu
pendidikan berteraskan sejarah adalah soal masa depan
negara.

Bagaimana akan lahir semangat patriotisme jika kita buta


sejarah? Setiap bangsa dan negara ada sejarahnya, ia mesti
dipelihara sebagai warisan generasi akan datang, kecuali
jika kita mahu memadamkan sejarah dan mencipta sejarah baru
seperti mana percubaan negara ultra kiasu di selatan negara
kita.

Percubaan mereka setakat ini hampir berjaya. Menolak sejarah


bererti kita menolak asal-usul kita dan negara tercinta.
Melalui komen-komen dalam laman blog ultra kiasu dan blog
saya mengenai artikel minggu lalu, bertajuk Perlukah
memorial Tan Cheng Lock?, ternyata kumpulan ultra kiasu ini
kelihatan begitu marah apabila saya menyeru agar kita
menghayati sejarah sebagai asas kehidupan bernegara. Blog
saya dihentam dan digodam secara tidak bersopan dan tidak
beradab, walhal saya tidak jemput pun mereka melayarinya.
Berhenti membaca jika dirasakan bertentangan dengan naluri.
Tidak ada paksaan.

Apa yang saya minta cubalah memahami sejarah. Pada mereka,


sejarah tidak penting kerana ia telah berlalu. Mengingati
masa lalu akan merugikan dan memundurkan kita. Apa yang
lebih penting adalah masa depan negara. Kita tidak akan ke
mana-mana dengan memperkatakan perkara yang telah lepas.

Cetek sungguh pemikiran mereka. Inilah golongan ultra kiasu


yang saya sentiasa ingatkan supaya kita berhati-hati.
Bagaimana kita boleh mendepani masa kini dan akan datang
sekiranya tidak ada masa lalu?

Apakah ada agenda untuk memadamkan sejarah ini atau memutar-


belitkannya ? Mana-mana negara bangsa di dunia ini memang
tidak dapat lari daripada sejarah. Sejarah adalah asas dan
tunggak kekuatan negara. Sejarah diwajibkan sebagai mata
pelajaran asas yang mesti dipelajari suka atau tidak.

Mereka mesti lulus matapelajaran ini berbanding kita yang


masih menjadikan sejarah sebagai matapelajaran pilihan. Di
peringkat sekolah rendah pula, sejarah langsung tidak
diajar. Apakah kemunculan pengikut ultra kiasu hari ini
disebabkan oleh mereka tidak memahami atau mempedulikan
sejarah?

Saya yakin masalah yang timbul hari ini disebabkan kita buta
sejarah ataupun mungkin kita sengaja membutakan mata. Dengan
makna, kita tidak cuba untuk memahami orang lain atau bangsa
lain. Bila ada percubaan untuk memperkasakan sejarah, kita
berasa terancam, sedangkan kita tahu jika mahu menjadi
perkasa, sejarah adalah asas pemerkasaannya.

Keras kepala

Kita mahu berada dalam dunia sendiri yang akhirnya menjadi


manusia yang keras kepala, tidak mahu mengalah dan merasakan
diri sendiri sahaja yang betul, orang lain semua salah.

Jika kita membuka sejarah masa lalu, kita akan bertemu


kejadian-kejadian yang menimpa umat, mampu menjadi faktor
terbesar untuk membangkitkan kemahuan dan membangunkan
semangat. Tidak hairanlah jika ada ulama yang mengatakan
bahawa sejarah adalah tentera Allah SWT di muka bumi. Tidak
ada manusia yang mampu melawan sejarah.

Menurut Peter N Stearns, dari Persatuan Sejarah Amerika,


history should be studied because it is essential to
individuals and to society, and because it harbors beauty.
Pada beliau, sejarah adalah satu bukti dan tidak pernah
menipu. Sejarah dapat mengelakkan salah faham dan konflik
sesama manusia dan menjadikan kehidupan kita lebih baik.

Dengan sejarah kita belajar soal masa depan, kerana sejarah


masa lalu memandu masa depan. Manusia yang tidak pernah
belajar daripada sejarah tidak akan punya inspirasi dan
semangat untuk mencipta dan berjuang. Umat Islam sepatutnya
mampu mengambil begitu banyak iktibar daripada sejarah untuk
kembali mencipta kegemilangan seperti yang pernah dikecapi
sebelum ini. Biarkanlah ultra kiasu dengan labu-labunya.
Suatu hari nanti pasti tembelangnya akan pecah.

Bahkan para panglima perang dan penganalisis strategik,


belajar daripada sejarah peperangan demi peperangan, baik
mengenai politik, taktikal, medan, adat budaya musuh,
sehinggakan sampai pada perkara-perkara yang kecil di ambil
kira, selain kekuatan musuh.

Begitulah pentingnya kita mesti mempelajari sejarah. Bangsa


yang bongkak seperti Yahudi pun belajar daripada sejarah.
Sudah sewajarnya kita umat Islam yang lebih perlu belajar
daripada sejarah kerana kita mempunyai sejarah keagungan dan
kegemilangan yang tidak ada tolok bandingnya.

Apa yang menyedihkan hari ini, umat Islam tidak mahu


mengambil iktibar daripada sejarah. Sejarah dijadikan alat
untuk membalas dendam. Mereka rela diperalatkan daripada
bekerjasama sesama umat seagama.

Nampaknya percubaan ultra kiasu yang berusaha menjauhkan


umat Islam daripada sejarah semakin berjaya. Mereka mengasak
pemikiran kita dengan sejarah peradaban lain yang telah
diubahsuai, seperti sejarah Barat dan Timur, revolusi
industri, perang dunia dan perjuangan menuntut kemerdekaan,
penjajahan orientalis, sosialis dan sebagainya.

Mereka pura-pura menutup mata dan kalau boleh, tidak mahu


menyebut sedikitpun peradaban dan perjuangan pribumi dan
Islam. Mereka sahaja yang bertamadun, orang lain tidak. Jika
ada percubaan untuk mengungkap sejarah Islam, ia cuba
diputarbelitkan sehingga umat Islam benci dan malu untuk
belajar sejarah Islam. Percubaan untuk meniru gaya
pemerintahan Umar Abdul Aziz hanyalah untuk mencairkan kita
sahaja.

Masihkah kita ingat negara kecil Jepun suatu ketika dahulu


mampu mengalah negara sebesar Rusia? Kemudian, Jepun
digegarkan pula dengan kekalahan dalam Perang Dunia Kedua
dengan kehancuran Hiroshima dan Nagasaki. Kenapa Jepun boleh
bangkit melalui kehancuran tersebut? Saya yakin Jepun
belajar daripada sejarah kemenangannya ke atas Rusia.

Berbeza dengan kumpulan ultra kiasu di negara kita. Mereka


cuba membasuh otak kita dengan mengatakan, "Kita tidak akan
maju jika kita selalu melihat ke belakang". Sedangkan kita
tahu negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) sentiasa
mewajibkan rakyatnya belajar daripada sejarah. Kekalahan
mereka dalam Perang Vietnam memberikan impak besar kepada
bangsa bongkak ini walaupun mereka menguasai segala
teknologi peperangan dan senjata kimia.

Sejarah ini tidak boleh dipadamkan dan sentiasa terpahat di


sanubari mereka. Filem-filem bercorak Rambo adalah percubaan
untuk menaikkan imej mereka.

Cuba kita fikir kenapa AS tidak bersendirian ketika


menyerang negara kaum muslim yang nampak kecil dan lemah
seperti Afghanistan dan Iraq? Mungkin selepas ini Iran. AS
selalu melibatkan negara-negara Eropah dan beberapa negara
Asia untuk bersama-sama menyerang negara tersebut. Walhal
jika dilihat dari segi kekuatan ketenteraan dan
persenjataan, mereka boleh lakukan secara bersendirian?

Inilah strategi ultra kiasu hari ini, cuba memperalatkan


kita demi kepentingan mereka. Mereka tahu, jika bertindak
bersendirian, agar sukar untuk membuahkan hasil.

Justeru, pelbagai strategi digunakan untuk mencari rakan


sekutu dan mencairkan hati dengan menonjolkan kebaikan
mereka seolah-olah nampak ikhlas, walaupun sebelum ini
merekalah musuh dalam selimut menolak Islam secara nyata.

Segelintir mereka mahu menjadi bangsa terhormat. Mereka


tidak mahu masyarakat kita kembali melihat sejarah
perjuangan masa lampau. Apatah lagi jika dikaitkan dengan
orang Melayu dan Islam. Kalau boleh mereka mahu mengatakan
sejarah negara ini semulajadinya sudah berbilang kaum. Tidak
ada tuan asalnya. Tuan asalnya hanyalah Orang Asli.

Ingatlah wahai semua saudaraku termasuk ultra kiasu, sejarah


adalah pelajaran mengenai masa lampau kita. Dengan
mempelajari sejarah kita akan lebih mengenal diri kita
sendiri. Kejayaan generasi lampau boleh dijadikan iktibar
dan semangat untuk kita mencipta kejayaan pada hari ini.

Kegagalan generasi lampau boleh juga dijadikan iktibar dan


teladan agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Memang menjadi sifat manusia, mereka lebih mengambil berat


soal masih depan berbanding masa lalu. Sedangkan sejarah
adalah pembelajaran masa lalu. Kenapa kita mahu sibuk-sibuk
dengan masa lalu sedangkan ia tidak akan berulang lagi.

Dalam Islam, Allah SWT mahukan kita mengambil iktibar dan


pengajaran, terutama kepada orang yang melihat.

Pakar sejarah bukan pakar bedah, pakar jalan raya atau pakar
pencegah jenayah. Dengan sebab masyarakat memandang lewa
akan mereka. Sejarah sebenarnya lebih sukar daripada ilmu
kejuruteraan dan perubatan. Ia tidak dapat dilihat oleh
generasi yang tidak melaluinya berbanding hasil rekaan dan
ciptaan.

Sejarah mengandungi segala maklumat mengenai kedudukan


manusia dan masyarakat serta tindak tanduk mereka. Jika
sejarah itu tidak penting kenapa nenek moyang menjadi begitu
penting sekali. Sehingga timbul pepatah, harta boleh dicari
tetapi warisan nenek moyang tidak boleh dijual beli.

__._,_.___
Reply to sender | Reply to group | Reply via web post | Start a New Topic
Messages in this topic (1)
RECENT ACTIVITY:
 New Members 18

Visit Your Group


IKLAN:
 
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$

Website rasmi blalang: http://www.blalang.com  <-- sudikanlah jenguk.

IKLANKAN PERNIAGAAN ANDA/JUAL/BELI/SEWA DI BLALANG_GROUP:


http://www.blalang.com/iklan.html

Koleksi menarik email blalang_group:


http://isuhangat.blogspot.com

belajar buat duit di internet:


http://blalang.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai