Anda di halaman 1dari 36

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.

html

Patriotisme
Patriotisme merupakan satu ungkapan yang sering kita dengar dan diwar-warkan apabila menjelang sambutan hari kemerdekaan. Patriotisme merupakan satu semangat kecintaan dan ketaatan seseorang kepada negaranya sendiri. Patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan ia tidak dapat diukur secara metrik tetapi semangat patriotisme ini dapat dilihat melalui tindakan, tingkah laku, perbuatan atau perlakuan seseorang itu. Jika seseorang itu patriotik, segala tindakan dan amalan yang dilakukannya mesti menepati ciri-ciri patriotisme.[1] Malaysia merupakan sebuah negara yang unik, memandangkan rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Meskipun negara kita telah mencapai kemerdekaan hampir setengah abad, ini tidak bermakna semangat patriotisme tidak lagi penting bagi rakyatnya. Malah jika dikaji dengan lebih mendalam, semangat patriotisme amat penting pada masa kini kerana kita sedang dilanda oleh ledakan teknologi maklumat dan dunia globalisasi yang menuntut semangat patriotisme yang tinggi. Era globalisasi[2] dan informasi teknologi maklumat yang melampaui sempadan secara tidak langsung membuka ruang kepada anasir anasir yang mampu merosakkan negara[3]. Jangan kita membiarkan pemikiran rakyat dikuasai oleh sesuatu fahaman yang salah dan merugikan khususnya generasi muda. Dunia hari ini dikongkong oleh ideologi media barat yang bersifat neocolonialism dan melanjutkan agenda western imperialism ke atas negara membangun. Sejajar dengan kemajuan

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

teknologi ini, negara membangun dipaksa supaya tunduk mengikut arahan dan mematuhi pandangan yang dikeluarkan oleh diktator barat yang angkuh dan sombong. Kecenderungan media barat melaporkan sesuatu mengikut kaca mata mereka yang bercanggah dengan nilai-nilai masyarakat timur seperti meniup dan melaga-lagakan isu budaya, agama, hubungan kaum, demokrasi, kebebasan akhbar dan memperkecilkan pencapaian dan kejayaan masyarakat timur merupakan sesuatu yang mengecewakan. Malaysia menghadapi pelbagai ancaman negatif dan destruktif media barat serta ada kalanya kritikan dan laporan yang begitu menggugat dan memberi kesan buruk kepada kepimpinan negara. Majalah The Economist keluaran 5-11 April 2003 mengupas kepimpinan Malaysia di bawah Tun Dr. Mahathir selama 22 tahun tidak berjaya membawa banyak perubahan terutama dari segi kepimpinan yang bersifat authoritarianism. Tulisan dalam laporan ini mengandungi kritikan yang bersifat destruktif dan memburukkan imej kepimpinan Malaysia. Media barat juga menjadi dalang kepada berlakunya pelbagai masalah yang menyulitkan dan mengancam keharmonian negara seperti kebencian terhadap kerajaan, memburuk-burukkan kredibiliti kepimpinan negara dan sebagainya. Keadaan ini lebih genting lagi apabila kesedaran mengenai patriotisme di kalangan rakyat Malaysia semakin terhakis akibat sikap individualistik dan materialistik. Apabila rakyat tidak cintakan negara, mereka lebih senang dipengaruhi dan dipecah-belahkan. Justeru itu, semangat patriotisme ini perlu tersemat dalam sanubari rakyat Malaysia dan dihayati sebaik yang mungkin.

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

Peristiwa berdarah 13 Mei 1969[4] merupakan satu pengajaran kepada kita bahawa sekalipun negara telah 12 tahun mencapai kemerdekaan pada ketika peristiwa itu berlaku, kita masih menghadapi pelbagai kekangan untuk membentuk sebuah bangsa yang berjiwa Malaysia. Ini disebabkan Malaysia mempunyai rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik, budaya, kepercayaan dan fahaman politik[5]. Peristiwa hitam itu juga membuktikan bahawa kita masih gagal membentuk bangsa Malaysia yang tidak bersandarkan etnik dan kaum. Kefahaman dan semangat patriotisme generasi hari ini tidak sekuat semangat yang didukung oleh generasi sebelum merdeka. Ini kerana generasi sebelum merdeka hidup di bawah telunjuk imperialis, mereka terkongkong, tidak bebas dan menghadapi pelbagai sekatan daripada pihak penjajah British. Mereka mempunyai semangat patriotik yang meluap-luap dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kebebasan daripada kolonial British. Sebaliknya bagi generasi pasca-merdeka lebih memfokuskan ke arah usaha pengisian kemerdekaan yang menyebabkan mereka lalai dan lupa sejarah serta tidak pernah bersyukur bahawa segala nikmat yang dirasai hari ini adalah hasil perjuangan air mata dan darah serta pengorbanan wang ringgit pejuang terdahulu.

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

Malah kebimbangan ini pernah dilontarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad: Patriotisme semakin hilang di kalangan generasi muda. Justeru itu, usaha-usaha pemupukan perlu dilakukan oleh orang-orang dewasa untuk menghidupkan dalamsanubari generasi muda tentang patriotisme. Patriotisme adalah unsur penting dalam menghidupkan semangat perpaduan dan kesatuan arah-tuju negara.[6]

Lebih malang lagi apabila para pelajar hari ini menganggap mata pelajaran sejarah tidak sepenting mata pelajaran sains dan matematik kerana tidak mempunyai nilai komersialnya. Sejarah dianggap lapuk dan ketinggalan zaman oleh para pelajar zaman dan tidak begitu sesuai pada zaman millenium ini. Tanggapan seperti inilah yang perlu diperbetulkan oleh guru-guru, para pensyarah dan pemimpin negara agar kita tidak menjadi satu bangsa hanyut yang hanya tinggal nama sahaja kerana kesedaran sejarah adalah pra-syarat kepada patriotisme. Orang yang tidak mengetahui dan memahami sejarah, sukar menjiwai semangat patriotisme.
Perpaduan amat penting bagi negara Malaysia, ia tidak boleh diambil mudah sebaliknya kita seharusnya berusaha lebih gigih ke arah pemupukan perpaduan

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

masyarakat dan negara yang berpaksikan identiti kebangsaan dan integrasi nasional. Walau bagaimanapun, dalam usaha memupuk semangat patriotisme ini perlu berhatihati dalam sebarang tindakan agar tidak terpesong yang akhirnya menjatuhkan maruah negara dan memalukan negara[7].

Malaysia masih menghadapi masalah pertubuhan yang bersifat perkauman. Ini juga menjadi faktor penghalang untuk proses perpaduan kebangsaan di negara ini. Kewujudan pertubuhan-pertubuhan yang berasaskan kaum telahpun wujud di Malaysia sejak zaman kolonial lagi seperti Malay Club, Chinese Clubdan Indian

Club atau Ceylonese Club. Sebahagian besar pertubuhan perkauman ini telah melangkaui batasan-batasan toleransi atau bertindak ekstrem demi memelihara kepentingan kaum sendiri. Meskipun pertubuhan ini tidak bermotifkan politik, namun tindakan mereka memperoleh sokongan yang kuat daripada etnik mereka sendiri. Sebagai contoh, pada tahun 2001, hubungan antara kaum tergugat sedikit apabila Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Suqiu)[8] telah mengemukakan tuntutan terbuka 83 perkara kepada kerajaan yang mana sebahagian daripadanya telah menyentuh isu-isu sensitif tentang hak dan keistimewaan orang Melayu. Rentetan daripada itu, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung

(GPMS)[9] mengemukakan pula tuntutan terbuka 100 perkara yang menuntut Menteri Pelajaran berkuasa untuk menutup kesemua sekolah dan juga kuota di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) masingmasing dinaikkan kepada 70% dan 60% untuk pelajar bumiputera. GPMS juga menganjurkan Perhimpunan Suara Rakyat di beberapa tempat di seluruh negara sebagai bantahan kepada Suqiu.[10]

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

Salah satu kaedah yang sesuai untuk menyemai semangat patriotisme di kalangan rakyat Malaysia adalah kembali kepada sejarah. Memahami sejarah dan liku-liku perjuangan para pemimpin pada zaman silam dapat meningkatkan rasa kecintaan kita kepada negara. Dengan mengetahui dan memahami sejarah akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai semangat patriotisme yang tulen, jitu dan luhur kepada negara. Malaysia memerlukan semua rakyatnya berjiwa patriotik yang tulen, rakyat yang sayang, kasih,dan cinta kepada pemimpin serta negara. Dengan berbalik kepada sejarah pembinaan negara dan bangsa, rakyat Malaysia akan lebih mengenali dan memahami asal-usul bangsa. Perkara ini sering ditegaskan oleh Tun Dr. Mahathir, beliau berpendapat sesuatu bangsa itu perlu sensitif terhadap perkembangan semasa di serata dunia untuk membandingkan dengan sejarah silam di negaranya sendiri dan sejarah silam di seluruh alam. Dengan cara ini sejarah akan menjadi cermin perjuangan[11]. Dengan mengetahui dan memahami sejarah tanah air, akan membolehkan sesuatu bangsa menganalisis segala kelemahan dan kemungkinan yang akan terjadi. Sejarah juga akan membantu sesuatu bangsa menentukan gaya, cara dan merangka masa yang paling sesuai untuk melaksanakan

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

segala strategi yang telah direncanakan secara halus dan teliti, demi keselamatan, kesejahteraan, kemakmuran dan kecemerlangan pada hari muka. Semestinya kita mengambil iktibar daripada sejarah yang berlaku pada zaman lampau dan memberi pengiktirafan kepada ahli-ahli sejarah yang telah memberi sumbangan dalam penulisan sejarah negara kita. Perkara ini ditegaskan oleh George Santayana ahli fikir Barat bahawa Mereka yang tidak belajar daripada Sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali.[12]

2.1 Definisi Patriotisme

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

Dalam negara yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum, semangat patriotisme sangatlah penting bagi memastikan negara dan rakyatnya berada dalam suasana aman, harmoni dan stabil serta dapat menikmati kekayaan di bumi bertuah ini secara adil. Patriotisme berperanan penting dalam pembentukan bangsa Malaysia. Ia juga penting untuk mengukuhkan ketahanan nasional. Ini kerana patriotisme adalah semangat kenegaraan yang melangkaui batas-batas bangsa, agama, bahasa dan budaya. Semestinya patriotisme ini lebih mudah diterima oleh rakyat yang terdiri daripada masyarakat majmuk seperti Malaysia. Istilah patriotisme hanya mula digunakan di Malaysia sekitar tahun 1990an. Sebelum ini, bagi menggambarkan patriotisme kebanyakan ahli akademik, sejarawan dan tokoh-tokoh politik kerap menggunakan istilah kewarganegaraan dan cintakan negara. Istilah patriotisme berasal dari perkataan patriot yang bererti orang yang mencintai dan mempertahankan kedaulatan negara atau pembela negara. Patriotisme pula merujuk kepada perasaan cinta yang kuat terhadap negara.[13] Istilah patriotisme dikatakan berasal daripada bahasa Latin iaitu Patriota danpatriote dalam bahasa Perancis dan patriot dalam bahasa Greek yang membawa pengertian individu yang mencintai negara sehinggakan

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

sentiasa menyokong dan mempertahankan negara sendiri secara berterusan dan berpanjangan. Manakala isme pula merujuk kepada fahaman, perasaan dan juga semangat. Cantuman dua rangkai kata ini akhirnya telah melahirkan satu istilah baru dalam bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu bagi menggambarkan semangat dan perasaan cintakan tanah air dan sanggup berkorban mempertahankan tanah air daripada musuh.[14] Manakala menurut Webster, 1990; love of country or devotion to the welfare of ones country. Those who are loved their country simply because it is their country because it is the birth place and the mansion of their father. Selain daripada itu, beberapa definisi patriotisme telah diberikan berdasarkan kepada pandangan Barat seperti Bertrand Russel yang mengatakan patriotism is the willingness to kill and be killed for triviak reasons.[15] Bernard Shaw pula menyatakan patriotism is the conviction that this country is superior to all other countries because you were born in it[16]. Jika kita merujuk kepada Kamus Webster istilah patriotisme telah didefinisikan sebagai love of country, devotion to welfare of ones country: The virtues and actions of a patriot, the passion which inspires one to serve ones

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

country.[17] Manakala menurut Walter memberikan definisi patriotisme sebagai those who are love their country simply because it is because it is their country because it is the birthplace and the mansion of their father. Menurut Idris Mohd. Noor, patriotisme telah difahamkan sebagai satu bentuk penerimaan, pengamalan dan keupayaan untuk mempertahankan sesuatu asas atau pokok yang menjadi dasar negara.[18] Dengan ini dapat difahami bahawa patriotisme adalah satu bentuk perasaan kecintaan dan kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi terhadap negara sehinggakan sanggup mempertahankan kedaulatan dan maruah negara daripada individu yang dianggap sebagai pembelot negara. Menurut Mohd. Taib Osman, patriotisme adalah perasaan, sikap, world-view serta nilai terhadap negara atau negeri sendiri. Perasaan seperti cinta, kasih dan menghormati terhadap objek yang ditujukan. Sikap pula difahamkan sebagai perlakuan yang positif seperti sanggup berkorban terhadap sesuatu atau menyanjung tinggi terhadapnya.World-view pula ialah pandangan hidup bahawa negara itu melindungi hak-hak warganegara, iaitu sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Nilai diertikan sebagai satu pertimbangan yang tinggi lagi positif terhadap

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

apa sahaja yang berkaitan dengan tanahair.[19] Patriotisme juga dilihat sebagai sesuatu yang abstrak dan mempunyai nilai-nilai dalaman yang berkaitan dengan perasaan dan emosi seseorang. Professor Nik Anuar Nik Mahmud mentakrifkan patriotisme sebagai kesetiaan dan ketaatan sesorang kepada negaranya sendiri, apabila segala amalan dan tindakannya menepati ciri-ciri patriotisme. Patriotisme itu adalah sesuatu yang abstrak dan tidak dapat diukur secara metrik tetapi semangat patriotisme yang ada pada diri seseorang itu dapat dilihat melalui tindakan, tingkah laku atau perbuatan seseorang itu[20]. Menurut Saifuddin Abdullah dari Majlis Belia Malaysia, patriotisme merupakan sesuatu yang amat besar dan ia bukan sekadar semangat, bukan isu politik mahupun gimik kerana ia melibatkan setiap dan seluruh rakyat Malaysia. Ini kerana patriotisme melibatkan aspek-aspek yang meliputi keyakinan, keberanian, kebijaksanaan, kesungguhan dan kesinambungan bagi mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan yang merupakan tanggungjawab setiap warganegara Malaysia.[21]Patriotisme juga boleh dimaksudkan sebagai kesanggupan untuk mempertahankan kedaulatan dan maruah negara khasnya apabila berhadapan dengan individu yang dianggap pembelot

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

negara tanpa tolak-ansur. Istilah ini juga sering dikaitkan dengan kemerdekaan dan kebebasan. Seseorang itu akan dianggap patriot apabila mempunyai perasaan cinta, sentiasa menyokong negara dan mempertahankan negara secara berterusan dan berpanjangan.[22] Berdasarkan beberapa definisi yang diberikan di atas, penulis dapat mendefinisikan patriotisme sebagai semangat cintakan tanahair dan berbangga sebagai warganegara merdeka di atas tempat kelahiran yang sama di bumi Malaysia. Islam merupakan agama yang syumul dan sudah pastinya patriotisme dapat dilihat sebagai sesuatu yang baik. Perpaduan merupakan senjata penting bagi sesuatu ummah, lebih-lebih lagi bagi bangsa Malaysia yang rakyatnya terdiri daripada berbagai etnik dan keturunan. Kesatuan dan perpaduan yang dibina atas asas-asas ini melangkaui sempadan bangsa atau keturunan, malah sempadan geografi. Segala perbezaan bahasa dan pertuturan serta warna kulit akan tenggelam dalam perpaduan yang bersifat global ini. Nikmat perpaduan ini diperingatkan oleh Allah menerusi firmanNya yang bermaksud:

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

Dan ingatlah nikmat Allah yang dilimpahkan ke atas kamu ketika mana kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menjinakkan hati-hati sesama kamu, justeru dengan nikmatNya itu kamu manjadi insan-insan yang bersaudara.

Bangsa yang selalu berpecah dan bermusuh sesama sendiri lebih mudah bagi mana-mana musuh hendak memusnahkannya. Hal ini ada dijelaskan dalam Al-Quran yang bermaksud: Janganlah kamu berbantah-bantah (berpecah-belah) nescaya kamu akan lemah, hilangkan kekuatan kamu[23]

Perpecahan pasti timbul di kalangan masyarakat apabila mereka mempunyai matlamat kehidupan yang berbeza. Perbezaan pendapat di kalangan manusia memang tidak dapat dielakkan[24]. Itulah lambang keistimewaan akal yang dikurniakan kepada kita. Perbezaan inilah yang melahirkan kehidupan. Tetapi perbezaan pendapat mesti selari dengan asas yang ditetapkan oleh perlembagaan[25] yang menjadi rujukan kita. Sebarang idea yang bercanggah dan tidak selari dengan perlembagaan mesti ditolak dan dikesampingkan. Malah dua hadith Nabi s.a.w di bawah ini

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

menjelaskan lagi bahawa Islam menganjurkan perpaduan bukan keganasan sebagaimana dilabelkan oleh pihak yang bersikap anti-Islam. Nabi bersabda yang bermaksud: Bersatu membawa rahmat dan berpecah mengundang seksa Sabda Nabi lagi yang bermaksud: Adakah kamu mengetahui amalan yang fadhilatnya lebih baik daripada darjat puasa dan sholat? Sahabat menjawab Ya. Nabi s.a.w bersabda: Menyelesaikan permusuhan dan berusaha mewujudkan perpaduan kerana sesungguhya kemusnahan ikatan mesra di kalangan masyarakat itu boleh mengundang kebinasaan.

Ajaran Islam menyarankan umatnya agar sentiasa mempunyai semangat cintakan tanahair dan di dalam konteks Islam ia sering dikaitkan dengan watan. Ini dapat dirujuk berdasarkan sepotong hadith Rasulullah s.a.w yang menyatakan bahawa cintakan tanahair merupakan sebahagian daripada keimanan.[26] Dalam hadith ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Islam tidak melarang

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

umatnya berkelompok dan bersatu untuk mempertahankan negara tetapi tindakan yang diambil haruslah berlandaskan kepada hukum syarak yang telah ditetapkan. Patriot ialah orang yang memperjuang dan mempertahankan kebebasan dan hak tanahair kerana sayangkannya. Setiap patriot perlu menjaga harga diri, kehormatan, ada maruah dan mempunyai rasa malu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ciriciri patriotisme. Sifat-sifat lain yang sering dikaitkan dengan seseorang patriot ialah mempunyai semangat keperwiraan, keberanian, kepahlawanan dan kependekaran serta mempunyai rasa cinta kepada keluarga, bangsa dan tanahair. Patriot juga digambarkan seseorang yang mempunyai cita-cita untuk berjaya, berprinsip dan berpendirian tegas.[27] Patriotisme pula ialah perasaan cinta yang kuat terhadap negara. Dalam bahasa Melayu biasanya disebut cintakan negara. Dalam bahasa Arab patriotisme disebut wataniyyah bermaksud cintakan negara secara ikhlas dan sanggup berkorban untuknya. Sehinggakan seorang ulama Patani; Syeikh Daud bin Abdullah pernah menyatakan bahawa mempertahankan negara daripada penjajahan kuasa asing adalah fardhu ain[28]. Ini bermakna kita wajib mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh sama ada dari dalam atau luar negara.

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

Perpecahan merupakan tajaan para pendurhaka kepada negara apabila mereka melakukan perkara-perkara yang boleh menjurus kepada persengketaan. Justeru itu, kumpulan petualang ini perlu diingatkan supaya kembali sedar akibat daripada tindakan buruk mereka itu kepada negara. Patriotisme mempunyai perbezaan dengan apa yang dikatakan dengan perpaduan dan integrasi nasional[29]. Ini kerana patriotisme merupakan tonggak utama kepada kewujudan perpaduan mahupun integrasi nasional. Perpaduan dan integrasi nasional boleh didefinisikan sebagai pelaksanaan proses bagi mewujudkan identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Patriotisme pula dapat dirumuskan secara keseluruhan sebagai satu semangat cintakan negara dan taat setia kepada negara tanpa wujudnya batasan terutamanya daripada aspek perkauman dan juga kebudayaan yang berbeza. Patriotisme juga adalah suatu ideologi atau sesuatu kumpulan sikap dan kepercayaan yang merujuk kepada kasih sayang dan ketaatan individu kepada negara mereka.

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

2.2 Patriotisme Dari Sudut Pandangan Malaysia Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, patriotisme merupakan satu perkara yang sering dikaitkan dengan perpaduan serta keharmonian negara. Ini kerana tiadanya patriotisme maka segala dasar yang dibentuk dan diwar-warkan oleh kerajaan tidak akan terhasil. Perpaduan dan keharmonian negara hanya akan terbentuk sekiranya lahir semangat patriotisme di dalam jiwa setiap warganegara Malaysia. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa perpaduan, keharmonian dan juga semangat nasionalisme merupakan jantung kepada patriotisme. Menyedari hakikat mengenai kepentingan semangat ini kerajaan melalui Kementerian Pelajaran, Kementerian Perpaduan dan Kebajikan Masyarakat serta Kementerian Belia dan Sukan begitu aktif mengadakan program-program yang dikatakan dapat membantu menanam semangat cintakan negara. Tun Dr. Mahathir Mohammad dengan tegas mengatakan bahawa jika sekali merdeka tidak pasti selama-lamanya akan merdeka. Malaysia perlu bersedia untuk mengelakkan diri daripada bentuk penjajahan baru melalui konsep yang diperkenalkan oleh Barat yang sememangnya terkenal dengan sikap suka menjajah dan menakluki apa yang

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

dimiliki oleh orang lain. Beliau turut menyatakan bahawa patriotisme perlu ada pada setiap warganegara dan perlulah ditonjolkan melalui sikap seperti berdisiplin.[30] Tun Dr. Mahathir menyeru semua rakyat agar berdisiplin bagi membentuk satu pasukan yang mantap untuk mempertahankan negara dalam memajukan negara. Semangat dan keberanian perlulah bertempat dan bukannya semata-mata berani tanpa memikirkan apa yang akan berlaku pada negara. Apa yang difahamkan di sini ialah semangat juang dan keberanian setiap warganegara perlulah berada di landasan yang betul dan bukan melulu tanpa menggunakan akal fikiran yang waras. Setakat ini patriotisme sering digambarkan sebagai sesuatu yang mulia dan satu pegangan yang positif sehingga melahirkan satu slogan yang ditampilkan sebagai merujuk kepada patriotisme iaitu right or wrong, my country atau benar atau salah negeriku. Malaysia tidak membenarkan rakyatnya mempunyai pegangan yang sebegitu kerana pegangan ini akhirnya akan merosakkan negara. Oleh itu, saranan pemimpin Malaysia agar patriotisme yang disemai perlulah ada landasan yang sesuai. Dalam mewujudkan semangat cintakan negara kata-kata John F. Kennedy kepada rakyat Amerika boleh dijadikan panduan kepada kita. Kata-katanya berbunyi

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

jangan fikirkan sangat apa yang negeri boleh manfaatkan kita tetapi fikirkanlah bagaimana kita boleh menyumbang kepada kebaikannya.

Semangat patriotisme yang perlu ada pada rakyat Malaysia bukanlah seperti semangat asssabiyah[31] yang tidak wajar. Oleh sebab itu, dalam memperjuangkan pemupukan semangat ini perlulah berhati-hati dalam sebarang tindakan agar tidak terpesong yang akhirnya menjatuhkan maruah negara dan memalukan negara. Semenjak tahun 1957 lagi kerajaan Malaysia telah mengutamakan proses pembangunan dan pembinaan negara agar masyarakat mempunyai semangat dan identiti kebangsaan yang tersendiri dan benar-benar bercorak Malaysia. Patriotisme pada pandangan Malaysia bukanlah di dalam ruang lingkup yang sempit tetapi patriotisme yang dapat membina sebuah negara bangsa yang utuh. Patriotisme Malaysia tidak hanya dilambangkan melalui perlambangan bendera, jata negara atau logo semata-mata tetapi patriotisme Malaysia perlulah mempunyai nilai-nilai estetika yang murni serta berlandaskan kepada Rukunegara[32],

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

Perlembagaan Negara dan ajaran agama yang menjadi pegangan kaum masing-masing. Untuk mengejar cita-cita menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, damai di samping mempunyai kestabilan ekonomi, politik dan juga sosialnya seperti yang terkandung dalam sembilan cabaran Wawasan 2020[33] diperkenalkan. Demi mencapai cita-cita yang murni ini, didapati cabaran yang paling rumit untuk diharungi ialah cabaran yang pertama iaitu : Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilyah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehiduapan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.[34]

Dalam cabaran tersebut, mendapati bersatu padu atau perpaduan yang dimaksudkan di atas bukan sekadar mewujudkan integrasi di kalangan kelompok etnik dan wilayah tetapi lebih dari itu. Negara Malaysia yang bersatu padu itu mestilah dicirikan oleh kesejahteraan rakyatnya yang bersama-sama menikmati kehidupan yang aman dan persamaan hak serta keadilan. Hanya apabila

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

kesejahteraan hidup ini dicapai barulah proses pembentukan satu Bangsa Malaysia[35] yang taat setia dan sanggup mengabdikan diri terhadap negara dan bangsa tersebut dapat menjadi realiti. Justeru itu, dalam melahirkan sebuah negara yang mantap semangat cintakan negara adalah lebih penting daripada semangat perkauman atau individualistik. Hasrat kerajaan Malaysia untuk mewujudkan bangsa Malaysia adalah satu langkah yang bijak. Dalam pada itu, perpaduan merupakan asas utama kepada keamanan dan kemakmuran sesebuah negara. Oleh itu, segala cabaran Wawasan 2020 yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang keempat itu kesemuanya menekankan soal-soal perpaduan termasuklah aspek negara bangsa, identiti, sikap dan pendirian positif yang perlu ditanam pada setiap hati sanubari warga Malaysia. Wawasan 2020 juga membuka ruang yang lebih luas dan jelas untuk menghindari sebarang sejarah hitam seperti 13 Mei 1969 agar tidak berulang kembali. Malahan jika dinilai semula, Wawasan 2020 yang murni ini menggalakkan masyarakat yang berbilang kaum supaya mempunyai kefahaman dan penghayatan yang mendalam terhadap perpaduan nasional. Ini adalah penting untuk memastikan cita-cita pembinaan sebuah negara bangsa dan

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

mengukuhkan struktur dengan jayanya.

sosio-budaya

negara

tercapai

Patriotisme ialah perjuangan yang menjiwai kepada kepentingan bangsa dan negara. Ia menonjolkan semangat juang yang tinggi mendaulatkan kedudukan, status serta pengaruh bangsa dan negara. Soal bangsa adalah sinonim dengan soal negara, oleh itu soal ketuanan Melayu menjadi tonggok kepada negara. Ketuanan Melayu merupakan satu konsep nasionalisme yang memerlukan satu kerangka bagi menonjol dan mendaulatkan Melayu sebagai satu bangsa yang mencorakkan negara. Soal-soal kemelayuan adalah lambang adalah identiti bagi negara. Meskipun ada bangsabangsa lain yang diberi tempat dan dibawa berkongsi dalam hal-hal kenegaraan, tetapi ia perlu bernaung di bawah panjipanji Melayu. Patriotisme juga memerlukan komitmen pemimpin dan segenap lapisan rakyat dengan mempertahankan asas pembinaan dan kedaulatan negara. Mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar adalah satu tanggungjawab rakyat. Kesetiaan kepada raja dan negara yang ditunjukkan oleh warganegara melalui sumbangan dan pengorbanan merupakan unsur patriotisme yang amat penting. Unsur ini perlu ditanam di kalangan generasi muda

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

khususnya dalam konteks masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Nilai patriotisme seperti kesetiaan, keberanian, rela berkorban, kesukarelaan, cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkat bagi membentuk rakyat Malaysia yang patriotik dan bertanggungjawab pada bangsa dan negara. Satu rangka bagi membangunkan semangat patriotisme perlu dilakukan melalui dasar pembangunan manusia, ekonomi, politik, sukan, hubungan diplomatik dan penglibatan Malaysia dalam konteks globalisme. Nasionalisme dalam konteks ini merupakan satu langkah bagi menonjolkan imej Malaysia sebagai bangsa dan negara yang berwibawa di arena antarabangsa.

2.3 Unsur-unsur Patriotisme

Apabila memperkatakan tentang patriotisme ia merupakan satu perkara yang abstrak dan sukar untuk diukur serta dinilai tetapi sekiranya sesorang individu tersebut mempunyai ciri-ciri[36] yang dinyatakan maka ia

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

bolehlah dikatakan mempunyai semangat patriotisme. Walaupun semangat patriotisme tidak dapat diukur secara metrik namun melalui perbuatan serta tingkahlaku ia telah mencerminkan semangat patriotisme yang ada di dalam diri setiap individu.

a. Berbangga sebagai rakyat Malaysia Patriotisme bukan sahaja dapat dipupuk dan ditanam di kalangan generasi muda hari ini tetapi kita dapat menzahirkan semangat itu dengan melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagaimana yang dikatakan patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan hanya dapat dilihat melalui perlakuan, tingkahlaku atau perbuatan seseorang. Sebagai contoh kita boleh menunjukkan perlakuan menghormati raja dan pemimpin negara. Selain itu bagi menzahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia boleh ditunjukkan melalui cara menghormati lambanglambang atau simbol-simbol negara seperti bendera negara atau negeri, jata negara, dan lagu kebangsaan atau negeri. Bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara ia hendaklah dengan cara memberi kesedaran kepada

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

seluruh lapisan masyarakat di negara ini tentang peri pentingnya kemerdekaan. Mereka perlu didedahkan dengan sejarah, bagaimana sukarnya pemimpin-pemimpin ketika itu berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Melalui pembacaan penulisan sejarah tanah air kita dapat mengenal dan memahami perjuangan tokoh-tokoh negara ketika memperjuangkan kemerdekaan dan jasa serta pengorbanan tokoh-tokoh tersebut perlulah dihargai. Ini kerana tanpa kesedaran serta perjuangan tokoh-tokoh yang terlibat sudah tentulah generasi hari ini tidak dapat mengecapi erti nikmat kemerdekaan. Semangat patriotisme secara tidak langsung dapat disemai dan dipupuk melalui pengkisahan sejarah tokoh-tokoh patriot dan dapat dijadikan iktibar kepada generasi hari ini. Seharusnya kita berbangga dengan sumbangan para sejarawan dan sarjana tempatan yang telah banyak menulis perjuangan tokoh-tokoh tempatan walaupun pada awalnya dianggap oleh para orientalis Barat mereka ini diklasifikasikan sebagai penderhaka. Perkembangan penulisan sejarah bercorak tempatan telah membela nasib dan meletakkan jasa para pejuang yang terdahulu pada tempat yang sesuai. Sumbangan dan peranan para penulis tempatan ini amat besar ertinya kerana telah berani

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

memperbetulkan fakta bias yang dihasilkan oleh sejarawan atau penulis Barat[37].

b. Bersemangat Setia Negara Kesetiaan terhadap negara merupakan satu ciri penting di dalam memastikan kelahiran masyarakat Malaysia yang berjiwa patriotik. Setiap rakyat Malaysia harus memiliki sifat setia atau taat kepada raja dan negara. Selepas mencapai kemerdekaan, institusi pemerintahan beraja telah diteruskan tetapi beberapa pindaan telah dibuat supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi berparlimen daan kemerdekaan.[38] Raja berpelembagaan tidak seperti raja berkuasa mutlak iaitu memerintah dengan kuasa terbatas. Peranan dan fungsinya, sama ada sebagai ketua negara atau ketua negeri ditetapkan secara bertulis oleh perlembagaan. Meskipun kedudukan institusi raja pada hari ini berbeza daripada zaman kegemilangannya namun langkah menjaga dan memelihara daripada lenyapnya institusi yang agung ini harus dipuji. Yang Dipertuan Agung masih kekal kedudukannya sebagai ketua negara dan perlu dihormati sebagai simbol perpaduan rakyat Malaysia. Tidak dapat dinafikan bahawa institusi raja amatlah penting

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

terutamanya untuk maksud perpaduan negara, darjat negara sebagai sebuah negara merdeka dengan mempunyai sistem raja berpelembagaan. Demi kepentingan institusi raja, adalah menjadi tanggungjawab rakyat untuk mendokong Perlembagaan Negara dan mendokong institusi raja mengikut lunas undang-undang. Sekalipun raja-raja Melayu selepas merdeka tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dan mereka hanya menjadi raja berperlembagaan tetapi mereka tetap diberi kedudukan yang cukup istimewa. Fasal (1) Perkara 32 memperuntukkan bahawa Yang Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa juga perbicaraan di mana-mana mahkamah. Imuniti di sisi undang-undang ini juga diberikan kepada sultan. Namun ini tidak bermakna bahawa raja bebas melakukan sesuka hati[39]. Bersemangat setia kepada negara bukanlah hanya mentaati sultan, raja atau pemimpin sebaliknya setiap warganegara Malaysia haruslah mempunyai satu semangat sedia mempertahankan negara daripada musuh atau anasiranasir yang boleh mengugat kestabilan politik dan perpaduan masyarakatnya. Saranan Tun Dr. Mahathir agar rakyat bukan bumiputera turut serta dalam pasukan keselamatan adalah satu langkah bijak bagi meningkatkan semangat patriotisme di kalangan rakyat di negara ini

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

kerana sanggup berjuang mempertahankan negara daripada ancaman musuh.[40] Ini dapat menjelaskan lagi tugas dan peranan sebagai rakyat Malaysia seperti slogan Negara Kita adalah Tanggungjawab Kita.

c. Bersemangat Kekitaan Semanagat kekitaan bererti setiap warganegara Malaysia seharusnya memiliki semangat bekerjasama, semangat bantu-membantu dalam masyarakat tanpa mengira bangsa agama mahupun keturunan atau semangat persaudaraan. Bersemangat kekitaan merupakan satu ciri yang ada pada dasarnya nampak mudah untuk dibentuk tetapi pada hakikatnya ciri inilah yang paling sukar dibentuk. Ini kerana ia melibatkan hubungan pelbagai hala di antara masyarakat. Jika sebelum ini ciri-ciri patriotisme digambarkan melalui hubungan individu dengan negara dan juga pemimpin tetapi semangat kekitaan melibatkan hubungan sesama masyarakat. Bagi menjamin stabiliti sesebuah negara keamanan dan kemajuan negara merupakan perkara yang penting. Lantaran itu, kehidupan masyarakat yang bersatu padu, harmoni, bertolak ansur, bekerjasama, bersefahaman dan bermuafakat merupakan asas kepada semangat

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

kekitaan. Dasar kebudayaan Kebangsaan, Kempen Kejiranan dan Masyarakat Penyayang merupakan usahausaha murni yang perlu diberi perhatian dalam membentuk sebuah masyarakat yang unggul.

d. Berdisiplin Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme mestilah seorang yang berdisiplin. Ini membawa maksud setiap warganegara Malaysia perlu patuh dan taat kepada peraturan, undang-undang mahupun perlembagaan negara. Seseorang warganegara yang bertanggungjawab sudah pastinya akan sentiasa patuh dan mengikut undang-undang dan perlembagaan negara. Kesediaan rakyat Malaysia mematuhi undang-undang adalah amat penting kerana tanpa undang-undang negara akan berada di dalam keadaan kacau-bilau. Keadaan negara yang tidak stabil akan menyukarkan proses pembentukan perpaduan di kalangan rakyat, dan ini boleh menjejaskan perancangan kerajaan untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Lantas semangat patriotisme yang diimpikan tidak akan tercapai kerana perpaduan rakyat tunjang lahirnya semangat cintakan negara. Dalam konteks

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

membentuk perpaduan di kalangan rakyat perlu ada sifatsifat seperti berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi. Kepelbagaian kaum di Malaysia menuntut kesemua rakyatnya memahami tuntutan setiap kaum dari aspek agama, budaya dan bahasa yang berbeza melalui perlakuan tingkahlaku dan juga pertuturan. Menyedari kepada wujudnya perbezaan ini maka setiap warganegara perlulah patuh kepada undang-undang dan perlembagaan dan setiap warganegara tidak akan menerima keistimewaan dari segi perundangan sekiranya melakukan kesalahan.

e. Berusaha dan Produktif Wawasan 2020 berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah neagra perindustrian yang setanding dengan negara maju di dunia. Untuk mencapai ke tahap negara maju menjelang tahun 2020 rakyat Malaysia perlulah rajin berusaha, mengamalkan sikap suka berdikari, berdaya saing, tabah, proaktif dan produktif. Untuk mempercepatkan proses ini, Malaysia memerlukan warganegara yang berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran, bermaruah, sanggup berkorban, melakukan anjakan paradigama terhadap sikap dan nilai daripada

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

hanya mengharapkan bantuan atau sokongan daripada pihak kerajaan. Sebaliknya warganegara Malaysia perlu mengamalkan sikap-sikap positif dan inovatif dalam melahirkan sesuatu yang baru melalui proses R&D dan penggunaan kemudahan ICT yang canggih. Justeru itu, sekiranya wujud perasaaan patriotisme yang jitu di kalangan rakyat Malaysia memudahkan pihak kerajaan mengatur rancangan ke arah membangunkan dan memajukan negara seiring dengan pencapaian negara-negara maju. Tun Dr. Mahathir sering mengingatkan rakyat Malaysia agar sentiasa bekerja kuat demi untuk memartabatkan maruah negara: Mereka dari negara maju sudah mempengaruhi orang Malaysia dengan berbagai pendapat yang bertujuan supaya kita tidak bekerja dan oleh itu tidak dapat bertanding dengan mereka. Bilakah kita akan sedar bahawa kita telah dipermainkan oleh mereka, bahawa walaupun negara telah dibebaskan, fikiran kita masih dijajah. Bilakah kita akan sedar bahawa masa depan kita bergantung kepada kesanggupan kita bekerja dan bekerja dengan rajin, buka sebagai hamba kepada upahan tetapi kerana tanggungjawab dan kesayangan kepada kebebasan dan maruah kita.[41]

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

f. Berilmu / Peka terhadap isu-isu dalam dan luar negeri Untuk menjadi satu bangsa yang kuat dan disegani, masyarakat Malaysia hendaklah memiliki ilmu dalam segala bidang. Malah faktor penentu kejayaan kita ke arah mencapai matlamat wawasan 2020 ialah penguasaan ilmu. Justeru sebagai seorang warganegara yang patriotik seharusnya kita menjadi seorang yang berilmu pengetahuan, pekerja yang berilmu dan kewujudan budaya ilmu dalam masyarakat. Peranan yang dimainkan oleh masyarakat Malaysia bukan hanya sebagai penerima atau pengguna ilmu dari luar tetapi dalam waktu yang sama juga menjadi penyumbang kepada perbendaharaan ilmu dunia. Perkara ini ditegaskan oleh Tun Dr. Mahathir dalam ucapan beliau: Justeru itu, penguasaan ilmu sains dan teknologi dan pemerolehan hasil daripada ilmu-ilmu ini juga adalah jihad, bahkan lebih baik daripada mereka yang secara membuta tuli menyerang musuh dan mengundang malapetaka kepada umat Islam yang lain.[42]

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

Menuntut ilmu bagi tujuan mengukuhkan ummah adalah suatu jihad. Tanpa ilmu pengetahuan, masyarakat Malaysia tidak akan dapat mempertahankan diri dari pencerobohan musuh. Tanpa ilmu pengetahuan, pemimpin negara tidak akan dapat menguruskan negara dengan baik. Malah agama Islam memandang tinggi kedudukan orang yang berilmu seperti dalam surah al-Mujahadah ayat 11: Allah akan mengangkat darjat orang yang beriman dan diberikan ilmu di kalangan kamu[43] Kepentingan untuk menambah atau meningkatkan ilmu pengetahuan kepada rakyat Malaysia khususnya orang Melayu pernah ditegaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di mana berliau berkata Selagi kita jahil dalam bidangbidang pengetahuan dan kecekapan yang terdapat di zaman ini, selama itulah kemerdekaan kita mudah digugat dan kita terpaksa tunduk kepada kuasa asing. Selari dengan semangat sayang dan cintakan negara setiap rakyat Malaysia mestilah mempunyai rasa ingin tahu terhadap isu-isu yang berlaku di dalam atau di luar negeri. Tahap kepekaan yang tinggi sudah tentu dapat menjadikan masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu pengetahuan dan sentiasa mengambil iktibar daripada

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html

peristiwa-peristiwa yang berlaku sama ada di dalam atau di luar negara. Sebagai contoh kekejaman dan serangan tentera Israel ke atas Lubnan yang telah mengorban ratusan nyawa yang tidak berdosa telah menuntut negaranegara Islam di seluruh dunia mengutuk kekejaman tentera zionis itu. Perasaan simpati dan sedih terhadap mangsa peperangan yang entah bila selesainya itu dapat dijadikan iktibar bahawa setiap warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, bahasa dan warna kulit mesti mempunyai kewajipan untuk mempertahankan negara daripada ancaman pihak yang tidak bertangungjawab.

[1] Nik Anuar Nik Mahmud, Penerapan Patriotisme dalam Penulisan Sejarah, Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan : Pendidikan Sejarah Ke Arah Pembentukan Warganegara Patriotik anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 8- 12 Oktober 2001, hlm. 1 [2] Istilah globalisasi dikatakan pertama kali digunakan oleh Roland Robertson dalam tahun 1980-an. Globalisasi ini boleh diertikan sebagai dunia tanpa sempadan. Sebagai contoh Margerat Thatcher pernah menggambarkan globalisasi sebagai There is no alternative TINA yang cuba memberitahu dunia bahawa globalisasi akan melanda seluruh pelosok dunia dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana negara. Untuk maklumat lanjut mengenai globalisasi. Lihat Noraini Othman dan S.K. Mandal , (pnyt) Malaysia Menangani Globalisasi : Peserta atau mangsa?,Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,2000 [3] Media asing berperanan menjajah pemikiran masyarakat di negara membangun. Ini menyebabkan masyarakat di negara membangun mudah terpengaruh dengan propaganda, laporan dan kritikan yang dibuat. Malah ada yang menyifatkan perang propaganda ini lebih hebat daripada perang ketenteraan dan persenjataan. Lihat Abd. Rahim Abd. Rashid, Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2004, hlm. 139-141 [4] Ramai sarjana dan tokoh politik menulis tentang Peristiwa 13 Mei 1969, umpamanya Tunku (1969) Sa-belum dan Sa-lepas 13 Mei; Slimming (1969)Malaysia: Death of a Democracy, Gagliano (1970) Communal violence in Malaysia 1969: the political aftermath ; Goh Cheng Teik (1971) The May Thirteenth Incident and democracy in Malaysia; Comber (1983)13 May 1969: a Historical survey of SinoMalay relations. Peristiwa pertumpahan darah itu terus menerus berlangsung sehingga 31 Julai 1969, barulah keadaan kembali normal. Angka rasmi kematian daripada peristiwa tersebut seramai 196 orang ,manakala jumlah kecederaan pula ialah 439 orang. Di samping itu seramai 9143 orang telah ditangkap

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html
dan 5561 telah dihadapkan ke mahkamah. Lihat Malaysia, The 13 May Tragedy: A Report of National Operation Council, Government Press, 1969, hlm. 88-92 [5] Dari aspek politik Malaysia masih bersifat perkauman dan masih belum mencerminkan proses pembinaan satu bangsa Malaysia.Seolah-olah mengambarkan kita takut untuk melepaskan tradisi lama yang masih mengongkong rakyat untuk menggabungkan diri dalam parti yang mewakili etnik atau kaum masing-masing, Hal ini terbukti bahawa parti pemerintah iaitu Barisan Nasional masih kekal dengan politik berasaskan perkauman.Begitu juga parti-parti pembangkang seperti PAS dan DAP. PAS umpamanya masih memperjuangkan negara Islam dan majoriti ahlinya adalah orang Melayu.Manakala DAP pula didominasikan oleh orang Cina yang memperjuangkan kepentingan orang Cina. Abdul Samad Ismail, Sahabat dan Seteru dalam Politik, Dewan Budaya 4 Jun 1999, hlm. 4 [6] Ramlah Adam (penytg), Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme, Melaka, 2004, hlm. 44 [7] Malaysia kita , Insitut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kuala Lumpur, hlm. 446 [8] Presidennya ialah Encik Quek Suan Hiong. Beliau merupakan Presiden kepada Dong Jiao Zong (nama kolektif bagi dua badan peringkat nasional iaitu Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Sekolah Cina Malaysia dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia, Berita Harian 7 Januari 2001hlm. 2 [9] GPMS ditubuhkan pada 15 Ogos 1948 . Ketika itu di bawah pimpinan Presidennya Datuk Suhaimi Ibrahim yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Benta, Pahang. [10] Ramlan Abd. Wahab, Integrasi Nasional semakin tercabar, Dewan Masyarakat, Mac 2001 hlm. 13 [11] Mahathir Mohamad, Cermin Perjuangan Bangsa Malaysia dlm Patriotisme Malaysia Penangkis Neoimperialisme, Kuala Lumpur, Utusan Publication Sdn. Bhd. 2005, hlm. 6 [12] Nik Anuar Nik Mahmud, Penerapan Patriotisme dalam Penulisan, Kertas Kerja Persidangan Kebangsaan: Pendidikan Sejarah Ke Arah Pembentukan Warganegara Patriotik anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 8-12 Oktober 2001, hlm. 2 [13] ________,Kamus Dewan, Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2002, hlm. 987 [14] ________,The Concise Oxford Dictionary, Ninth Edition, Oxford University Press, United States of America, 1995, hlm. 1002 [15] Maharoom Mahmood, Penerapan unsur patriotisme dalam kursus pendidikan negara bangsa, Pusat Perkembangan Kurikulum, Ogos 2000, hlm.1 [16] Ibid, hlm. 1 [17] Ibid,hlm. 1 [18] Idris Mohd. Noor, Erti Kemerdekaan: Cabaran dan Halangan Generasi Masa Kini dan akan datang , Kertas kerja Seminar Kebangsaan Pejuang-pejuang Kemerdekaan, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Melaka, 2001, hlm. 2-3 [19] Mohd. Taib Osman, Patriotisme Ala Malaysia dlm Journal IKSEP, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme, Melaka, 1998, hlm. 1 [20] Nik Anuar Nik Mahmud, Penerapan Patriotisme dalam Penulisan Sejarah, hlm. 1 [21] Saifuddin Abdullah, Patriotisme Alaf Baru, Kertas kerja Seminar Kongres Patriotisme Negara, Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET) pada 24-26 Oktober 2002 anjuran Universiti Utara Malaysia dan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, hlm. 1 [22] http://www.25.brinkster.com/web.ht/btn.asp?lokasi =2&menuId=2 [23] H. Oemar Bakry, Surah Al-Anfaaal (Rampasan Perang) ayat 46 dlm Tafsir Rahmat, Victory Agencie, Kuala Lumpur, 1988,hlm. 343 [24] Dalam kontek hubungan kaum di negara Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menjelaskan bahawa: ..tidak wujud harmoni yang sebenarnya di antara kaum. Apa yang wujud ialah kurangnya perselisihan antara kaum. Ada rasa toleransi. Ada terdapat penyesuaian. Ada sedikit-sebanyak tolak ansur. Akan tetapi tidak wujud harmoni yang sebenar. Keharmonian antara kaum di Tanah Melayu tidaklah tulen bahkan tidak berakar umbi secara mendalam .Mahathir Mohamad, Delimma Melayu, Times Book International, Kuala Lumpur, 1969, hlm. 6 [25] Perlembagaan ini adalah undang-undang utama persekutuan yang mengandungi 183 Perkara yang dapat digolongkan dalam 15 bahagian. Perlembagaan yang diwujudkan pada 16 September 1963 mempunyai sejarah yang ada hubungannya dengan dua dokumen perlembagaan yang terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan 1948 dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.

http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/patriotisme_08.html
[26] Adnan Hji. Awang (pyt), Pendidikan Dan Kewarganegaraan di Malaysia, Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 3 [27] Zainal Abidin Borhan, Pantun dan Peribahasa Melayu: Persoalan Jati diri dan Patriotisme, Kertas Kerja Hari Sastera: Antara Patriotisme dan Globalisme , Anjuran Kerajaan Negeri Melaka dan GAPENA , 26-28 Mei 1995 , hlm. 5 [28] Nik Anuar Nik Mahmud, Penerapan Patriotisme dalam Penulisan Sejarah hlm. 1 [29] Integrasi dapat didefinisikan sebagai proses membawa kumpulan-kumpulan ethnik yang berbeza untuk berkongsi satu identiti nasional dan bersatu padu menjadi satu bangsa.Tun Razak pernah menyatakan bahawa ..dasar kerajaan mengenai perpaduan negara bukanlah melalui asimilasi tetapi melalui integrasi iaitu penyesuaian bersama pelbagai kebudayaan dan ciri sosial yang boleh diterima oleh semua bangsa dalam negara.Lihat Milne & Mauzy , Politik dan Kerajaan di Malaysia (terj.)Abdul Rauf Mohd. Napis & Ramlah Muhammad, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka 1992, hlm. 419 [30] http://members.tripod.com/skypin/umum/uma.html. [31] Masyarakat Arab Jahiliah mementingkan semangat ini bagi menjaga kepentingan dan kedudukan suku-suku kaum mereka. Semangat berpuak-puak dan mementingkan kaum sendiri telah menyebabkan sering terjadi pertelingkahan di antara kabilah. Semangat yang keterlaluan ini tidak mengenal kebenaran kerana apa jua yang dilakukan oleh suku-suku kaum mereka sentiasa benar. Ini merupakan semangat kebangsaan yang sempit. Pada bahasa Arabnya dipakai bagi sesuatu perjuangan yang berasaskan sentimen kepuakan atau kabilah. Konsep Assabiyah ini bermula dari konsep yang diperjuangkan oleh masyarakat Arab di zaman Rasulullah dahulu. Memandangkan perjuangan tersebut tidak membawa faedah kepada masyarakat Arab Islam sejagat maka baginda Rasulullah telah mengharamkan perjuangan yang sedemikian. Sabda Nabi: Tidak dari golonganku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah, tidak dari golonganku yang memperjuangkan assabiyah dan tidak dari golonganku mereka yang mati di atas jalan assabiyah. Riwayat Abu Daud. Lihat Utusan Malaysia, 31Ogos 1985. [32] Rukun Negara telah diisytiharkan sebagai ideologi nasional pada 31 Ogos 1970 yang mempunyai lima rukun untuk dijadikan asas keharmonian negara dan dianggap sebagi doktrin ketahanan negara .Lima Prinsip Rukun Negara iaitu I) Kepercayaan Kepada Tuhan, ii) Kesetiaan kepada Raja dan Negara iii) Keluhuran Perlembagaan iv) Kedaulatan Undang-undang v) Kesopanan dan Kesusilaan.Rukun Negara diilhamkan oleh Allayarham Tun Abdul Razak Bin Hussein menerusi MAGERAN yang dibentuk selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. Rukun Negara dicipta bagi mewujudkan satu negara dan satu bangsa Malaysia yang beridentiti, bersatu padu, sedia berkongsi matlamat dan aspirasi serta sanggup membela pertiwi dengan satu tekad dan satu hati. Lihat Ruhanie Haji Ahmad, Patriotisme Penangkis Neoimperialisme. Kuala Lumpur, Utusan Publication & Distributors , 2005, hlm.89-90 [33] Sila lihat Lampiran 1 [34] Zurinah Hassan, Huraian 9 Cabaran Wawasan 2020, Shah Alam, Penerbitan Pewarna 1994, hln. 1-9 [35] Tun Dr. Mahathir mentakrifkan bangsa Malaysia sebagai penduduk yang dapat menyatukan diri mereka dengan negeri ini, bertutur dalam bahasa Malaysia (Bahasa Melayu) dan menerima Perlembagaan Negara. Mandal S.K., Bahasa Inggeris dan keperibadian nasional, Pemikir, JulaiSept.1998, hlm. 65 [36] Penulis mengambil ciri-ciri patriotisme ini kerana ia dilihat begitu signifikan dalam usaha kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran yang menyemai, memupuk semangat patriotisme kepada para pelajar di peringkat sekolah. Lihat Maharoom Mahmood, Penerapan Unsur Patriotisme di Sekolah Rendah dn Menengah, Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000, hlm. 2-3 [37] _______________, Seminar Kebangsaan Pejuang-pejuang Kemerdekaan, Buletin IKSEP, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia, Melaka, Julai-Dis 2001, hln. 12-13 [38] Razak Yahya, Chorak Perlembagaan Malaysia, Penerbitan Utusan Melayu Berhad, Kuala Lumpur, 1967, hln. 2 [39] Syed Hussin Ali, Isu Raja dan Pindaan Perlembagaan, Vinlin Press Sdn. Bhd, Petaling Jaya, 1993, hlm. 95 [40] http://members.tripod.com/skypin/umum/uma.html [41] Ramlah Adam (penyt), Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme, 2004, hlm. 54 [42] Mahathir Mohamad, Ucapan Perdana, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,2002, hlm. 12 [43] H. Oemar Bakty, Surah Al-Mujaadalah (Mengajukan Perkara) ayat 11 dlm Tafsir Rahmat

Anda mungkin juga menyukai