Anda di halaman 1dari 8

Latihan sejarah:

1. Apakah sejarah 2. Sejarah adalah satu bidang ilmu atau lebih Kamus dewan mengatakan asal usul(keturunan) , salasilah Peristiwa yg benar berlaku di waktu lampau, kisah, riwayat, tambo Kajian atau pengetahuan mengenai peristiwa peristiwa yang telah lalu, tawarikh Sejarah juga bersifat kajian dan disokong oleh R.G.Collingwood R.G.Collingwood sejarah adalah sejenis sains - kajian dlm sejarah berdasarkan kpn pennafsiran bukti @ sumber2 yg sedia wujud, baik yg berbentuk tulisan mahupun kesan2 peninggalan lama -kajian sejarah sepatutnya dilakukan oleh org yg ahli dlm bidg itu. Beliau akui bhwa org ramai yg berpendidikan telah terdedah kpd pemikiran sejarh namun ia tidak melayakkn mereka utk mmberi satu pndpat tentg sifat ,tujuan, kaedah dan nilai pemikiran sejarah. Professor Maurice mandelbaum dlm bukunya the anatomy of historical knowledge menyatakan pengkajian sejarah bergantung atas penyelidikan .tujuannya, menegakkan kbnaran mengenai kejadian2 khusus yg tlh berlaku . tugas ahli sejrah ialah mengumpul babad2 dan semua jenis rekod lain berkenaan masa lampau dan menegakkan melalui penyiasatan , hubungan2 yg wujud antara fakta2 yg tercatat itu. Maldelbaum kepentingn kajian sejarah memajukan bukti yg bebas utk mengesahkan kbenarannya, jika tidak ia tidak dpt dipertimbgkan sebgai kajian sejarah. 2. Hujahkan pendapat/ implikasi pakar yg menunjukkan bhawa sejarah adalah bersifat kajian? Sejarah adalah berdasarkan kpd pentafsiran bukti atau sumber2 yg sedia wujud, baik yg berbntuk tulisan mahupun kesan2 peninggalan lama. Kajian sepatutnya dilakukan oleh ahli dlm bidg itu. Conthnya Herodotus menjadi bapa sejarah ialah daya usahanya mmbuat penyelidikan tentg perang farsi yg tercetus pd abad ke -55m. beliau bergiat aktif dan cergas mncari sumber2 seperti babad, kesan2 pninggalan lama serta saksi2 yg masih hidup dan lalu menggunakan bukti tersebut menghasilkan karya yg merakamkan peristiwa2 penting dlm perang itu. Kajiannya ialah keputusannya untuk mennggelarkan karyanya sebagai history dlm bahasa yunani beerti penyelidikan @ penyiasatan.implikasi inilah menjdikan Herodotus sebagai bapa sejarah. Sejarah tak sepatutnya dipandang sbg peristiwa mana yg ditakrifkan oleh kamus dewan. Penggunaan am kata sejarah mmbawa erti ini dan pada lazimnya penggunaan am sesuatu perkataan agak longgar maknanya , namun pengertian sejarahspatutnya lebih halus dan tepat ciri keilmuannya. Sesuatu tulisan tidak berdasrkan kpd kajian tak boleh diiktiraf sbg sejarah. Contohnya: karangan YAM tuanku abdul rahman berjodol pandang baik

nampaknya berpandukan kpd ingatan beliau semata-mata.

3. Bahaskan tentg ruang lingkup dlm sejarah Pendpat teggart, pemilihan tajuk2 tersebut mencerminkan keinginan para ahli sejarah utk memaparkan tindak tanduk bangsa dan Negara, khususnya berhubung dngn sesuatu bgsa atau Negara itu. Cthnya: Wilkinson mengisahkan peranan parameswara dlm sejarah tanah melayu yakni parameswara telah datang dr singapura mmpunyai penyokong yg terdiri drpd india dan jawa dan menjamin kedudukannya sbg raja Melaka dngn mendapat perlindungn negeri china dan melalui pemelukan agama islam. Hal2 yg melibatkan nasib peribadi tokoh sperti perkhwinnnya, hubungnnya dengn ibu dan saudara-maranya serta kegemarannya telah diketepikan.pendapt Wilkinson mnceritakan tntg parameswara. Dlm karya annals, tacitus memuji keberaniannya yg ditunjukkan oleh epicharis iaitu seorg bekas wanita hamba yg diseksa oleh kerajaan kerana enggan mengkianati sahabat-sahabatnya. Warisan dari aliran ranke masih mempengaruhi penulisan sejarah sehingga masa kini dan ia memang boleh dikesan dlm penulisan sejarah Malaysia. Jd, professor inggeris menyatakan bhwa aliran annales tlh memperluaskan skop perhatian para ahli kpd semua aspek kehidupan social masyarakat. 4. Apakah yg dimaksudkan dengan pengertian sejarah berbentuk naratif? Naratif sebagai cara penympaian colingwood mengutarakan kajian ahli sejarah menghasilkan sbg brg siapnya narratif sejarah@deskripsi yg mana kjadian2 yg ditinjau itu dihubungkan mengikut urutan waktu Teggart mensifatkan sajarah sbg pernyataan yg berbentuk narratif bertujuan menyediakan unsur paduan,menjadikan persembahan sbg satu pementasan yg mempunyai titik permulaan , pertengahan dan kesudahan. Cthnya; karya hedorotus mengenai perang parsi yg mana cerita telah disusun mengikut urutan waktu dngn menghuraikan dahulu keadaan2 yg menimbulkan ketegangn di antara org yunani dan org parsi. Beliau menegaskan bhwa sebuah gambaran sejarah adalah satu narratif dan ciri inilah yg membezakan penulisan sejarah dr sains semulajadi. Di samping memupuk paduan, madelbaum pendapat gaya narratif juga memaparkan dengn lebih ketara perubahan yg berlakudlm pola peristiwa2 yg dikaji itu. Kesungguhan winstedt utk berpegang teguh kpd gaya narrative juga dikesan dlm penyusunan isi bab-bab. Cthnya; empayar melayu di Melaka tlh menjelaskan dahulu usaha2 untuk mmbuka sebuah penempatan di Melaka , bagaimana parameswara tlh Berjaya menjdikan sebuah perkmpungn yg tak dikenali sbg sebuah pelabuhan yg masyhur, peranan raja2 terrkemudian untuk memperluaskan pengaruh politik dan ugama islam dan akhirnya pertempuran dengan portugis pd tahun 1511.

5. Nyatakan aliran terbaru dalam menyampaikan hasil penyelidikan sejarah masa kini. Apakah yang ditekankan dalam penyampaian masakini. Kesesuaian cara naratif dalam sejarah telah dipertikaian sejak kemunculan aliran-aliran pensejarahan baru seperti sejarah keseluruhan, sejarah sosial, dan sejarah rakyat. Aliran baru ini mendapati bahawa naratif bukanlah cara yang paling baik untuk menyampaikan hasil penyelidikan kerana ia dicipta khas untuk tujuan penceritaan soalan-soalan seperti apa dan bagaimana dan bukan seperti yang ditekankan oleh aliran-aliran baru untuk menghuraikan soalan mengapa. Selain itu, kecenderungan aliran-aliran baru untuk menganalisa masyarakat dan bukan peranan tokoh-tokoh telah menjadikan gaya naratif kurang sesuai. Kaedah penganalisa kini lebih mementingkan model Marxis, model demografi atau model cliometrik iaitu penghuraian dan penjelasan tentang masyarakat dan pola-pola perubahan sosial disertai dengan gambarajah, carta, graf, dan peta. Untuk menghasilkan satu teknik persembahan yang benar-benar utuh dan sempurna, usaha mencantumkan ciri-ciri yang baik wujud dalam gaya naratif dan gaya analisa Hal ini akan menghasilkan teknik persembahan yang benar-benar utuh dan sempurna

6. Bincangkan keobjektifan sejarah berdasarkan kepada hujahan carr.

Adakah benar bahawa pemisahan secara mutlak di antara objek dan subjek memang tidak timbul dalam pengajian sejarah Selain itu, Keobjektifan sejarah sepatutnya mencerminkan matlamat ahli sejarah untuk membuat interpretasi serta persepsi dan bukan semata-mata mencatatkan fakta-fakta yang benar belaka Selanjutnya,hujahan ini menegaskan bahawa soal keobjektifan sejarah tidak boleh ditentukan oleh ketetapan fakta tetapi kepentingannya dari sudut interpretasi atau penafian yang dimajukan oleh ahli sejarah Mengakui bahawa perbezaan dalam penafsiran sejarah adalah satu hakikat yang sebenar dan tidak boleh disangkal lagi Tambahan pula,Penafsiran sejarah adalah menuju ke arah ke satu tahap yang lebih tinggi yang mana ahli sejarah mempamerkan kebolehan untuk membuat interpretasi yang semakin bernas dan halus Walaupun sejarah muktamat ataupun kebenaran mutlak mengenai interpretasi sejarah tidak mampu dikecapi sampai bila-bila pun,carr tidak mengakui dakwaan aliran relativis bahawa setiap interpretasi adalah benar dalam konteks masa dan tempatnya sendiri. Keobjektifan sejarah sepatutnya mencerminkan matlamat ahli sejarah untuk membuat interpretasi dan bukan semata-mata mencatatkan fakta-fakta yang benar belaka Ahli sejarah tidaklah berusaha semata-mata untuk mencari fakta-fakta yang tepat tetapi memilih bukti atau perkara yang boleh menyokong sesuatu interpretasi atau rumusan

mengenai tindak-tanduk sesuatu kelompok masyarakat Seignobos memperakukan keperluan menulis sejarah yang bersifat objektif terhadap perasaan peribadi kepada mana-mana parti atau Negarapatut dikikiskan Mengikut Juergensmeyer,tugas utama pengajian sejarah ialah menggambarkan dan menginterpretasi fakta dengan betul kisah kehidupan Gandhi Ahli sejarah tidak boleh membenarkan perasaan peribadinya untuk mempengaruhi penilaiannya tentang peranan tokoh itu Mengikut Pluvier ,tugas ahli sejarah bukan sahaja melibatkan usaha memberi satu deskripsi atau gambaran fakta-fakta,bahkan menganalisa fakta-fakta itu supaya mendedahkan jalinan-jalinan yang wujud di antara fakta-fakta itu Pluvier berpendapat bahawa soal objektiviti sejarah seharusnya dikaitkan dengan kerja deskripsi ahli sejarah sahaja,dan jika ahli sejarah berjaya mencatatkan dengan tepat dan benar butir-butir sejarah,tulisan itu seharusnya diiktiraf sebagai objektif

7. Berikan definisi sumber dalam sejarah

Sumber boleh diertikan sebagai punca,dokumen dan rekod. Menurut oxford English dictionary, sumber ialah sebuah karya yang menyediakan dan memberi maklumat mahupun bukti yang berkenaan sesuatu fakta, kejadian, atau siri hal-hal berikut. Sumber sejarah digelar sebagai dokumen, persis keterangan yang bertulis atau bercetak, surat yang boleh dijadikan keterangan atau bukti. Para ahli sejarah kini menganggap dokumen itu sebagai kesan-kesan peninggalan lama. Prof. Sartono Kartodirdjo mensifatkan dokumen sebagai monumen, artifact, foto, tape dan lain-lain, disamping data verbal yang berbentuk tulisan. Menurut Profesor L. Gottschalk:Sumber pertama ialah keterangan dari seseorang saksi, iaitu seseorang atau sesuatu yang hadir dalam kejadian yang dia ceritakan itu.Sumber kedua pula, keterangan daripada seseorang yang tidak hadir dalam kejadian yang diceritakan itu. Menurut Arthur Marwick: Sumber pertama ialah bahan-bahan yang wujud dalam keadaan asas, mentah, dan tidak sempurna.Sumber kedua pula, tulisan ahli sejarah seperti karya sejarah yang tersusun, rencana, dissertasi atau buku.

8. Jelaskan jenis-jenis sumber yang wujud dalam pengkajian sejarah beserta dengan contoh-contohnya

Jenis-jenis sumber yang lazim digunakan oleh ahli sejarah ialah rekod kerajaan, rekod swasta, sumber peribadi, akhbar, sumber lisan, sumber sastera, hikayat, babad, kitab

agama, inskripsi dan kesan-kesan peninggalan lama. Kepentingan sumber akhbar sebagai sumber sejarah memandangkan kepada hakikat bahawa akhbar melaporkan berbagai jenis kejadian harian, mencerminkan pemikiran golongan-golongan tertentu dalam masyarakat. . . Secara kasarnya, rekod kerajaan boleh dikatakan merangkumi laporan mahkamah dan parlimen, surat-menyurat kementerian dan jabatan, fail-fail dari badan-badan berkanun dan agensi-agensi kerajaan, surat-menyurat ibu pejabat negeri, pejabat daerah dan pejabat mukim, serta laporan khas jawatankuasa dan suruhanjaya. Keistimewaan dalam kajian Turnbull ialah hakikat bahawa kawasan yang diselidiki oleh beliau telah ditadbirkan secara bersama oleh pihak berkuasa yang berpengkalan di Singapura, India dan Britain. Kesedaran baru ini berpunca sebahagian dari usaha memperluaskan ruang lingkup sejarah dan sebahagian dari kesediaan pihak swasta untuk membuka rekodnya kepada para pengkaji sejarah yang sebilangan besarnya terdiri dari orang tempatan telah mula memberi perhatian kepada sumber-sumber swasta yang berpunca dari dewan perniagaan, parti politik, persatuan sukarela, pertubuhan agama dan budaya, sekolah persendirian dan kesatuan sekerja. Selain itu, koleksi surat-menyurat R.A Kartini, sumber peribadi meluahkan perasaan dan cita-cita penulis, menggambarkan adat istiadat dan cara hidup keluarga penulis, serta mendedahkan sikap penulis terhadap kerajaan dan golongan lain. Menurut ahli sejarah Yunani seperti Herodotus dan Thucydides telah memandang tinggi sumber lisan berbanding dengan babad dan inskripsi. Selain itu, ahli sejarah Kristian iaitu Sextus Julius Africanus dan Eusebius telah melihat kitab injil sebagai lebih penting daripada sumber-sumber yang lain manakala Ranke menyebelahi rekod kerajaan yang mengikut pendapatnya adalah sumber yang paling tulen dan lengkap. Kepentingan sesuatu jenis sumber sedikit sebanyak akan ditentukan oleh tajuk yang dikaji oleh ahli sejarah misalnya, Dr. Yeo Kim Wah yang mengkaji tentang The Politics of Decentralisation, sumber kerajaan merupakan sumber terpenting kerana kajiannya tertumpu kepada usaha kerajaan British untuk mewujudkan perpaduan di antara negerinegeri Melayu.

9. Bincangkan proses-proses yang terlibat dalam penyelidikan sumber sejarah. Pertamanya ialah Perkataan heuristik berasal bahasa Greek heuriskein yang bermaksud mencari atau menemukan. . Melalui heuristik dapat ditemui sumber-sumber asal dan tulen(authentic) hingga dengan itu kebenaran sejarah dapat dipertahankan. Tidak menyusahkan para pengkaji dan sejarawan kerana menjadi lapangan profesion yang tersendiri, yang berkerja mengumpul dan menyusun bahan yang authentik, yang tersimpan dalam perpustakaan, arkib dan muzium. Sumber dapat dikelaskan kepada sumber berbentuk, sumber lisan dan sumber tulisan. Sumber berbentuk atau berupa merupakan kesan-kesan arkeologi yang menandakan

wujudnya tamadun kebendaan yang tinggi pada zaman purba. Antara contoh yang disebutkan oleh Philon sebagai Tujuh Benda-Benda Ajaib di dunia iaitu Piramid di Mesir, Taman Tergantung Babylon, Patung Zeus di Olympia, rumah Berhala Atemis di Ephesus, Makam di Halicarnassus, Patung Besar di Rhodes dan rumah Api di Iskandariah. Sumber lisan merupakan sumber sejarah terpenting. Ia merupakan testimoni orang yang terlibat, baik dengan mengalami atau menyertai, ataupun melihat dan menjadi saksi dalam peristiwa tertentu. Dengan perkembangan teknologi maklmat dan komunikasi, sumber lisan mengambil bentuk audio-visual, yakni melalui alat pandang dengar seperti radio, kaset, video, filem dan televisyen. Misalnya, Cable News Network(CNN) membuka lembaran sejarah baru dengan bertindak sebagai perakam peristiwa penting di dunia. Sumber tulisan merupakan khazanah mengenai warisan tamadun intelektual sesuatu bangsa dan umat yang terpenting dan mempunyai berbagai jenis dan bentuk. Antara contoh tamadun Sumeria ialah terdapat tulisan cuniform yang berbentuk bali yang diperbuat daridapa tanah liat dan Mesir terdapat tulisan hieroglyph, di samping tulisan di atas daun papyrus Keduanya ialah kritik. Sikap kesangsian perlu ada dianggap sebagai skeptisisme iaitu aliran yang meragui setiap fakta dan maklumat sesuatu Tokoh besar yang soalkan kesangsian ialah al-ghazali(1085-1111) dan dikembangkan oleh descartes(1596-1650 Tokoh sejarawan yang berjasa dalam perkembangan kritikan sumber ialah leopold von ranke (1795-1886). Istilah yg dipakai ialah quellinkritik yakni kajian yg kritis terhadap sumber-sumber sejarah. Tokoh sejarawan yang meletakkan asas kritikan sistematik ialah ernst bernheim (1889) membahagikan kritikan sumber kpd dua iaitu kritikan dalam dan kritikan luar. Menetukan ketulenan dan keaslian sesuatu sumber Sasaranya ialah memastikan sumber itu tulen atau palsu, asli dan tiruan. Cthnya; kitab injil mnjd sasaran kritikan utama. Problemanya, adakah injil kitab tulen mngalami perubahan dan pindaan serta bertentangan satu sama lain.mslh agama kristian. Dlm agama islam, golongn sunni dan golongn syiah. Golongn sunni berdasarkan alquran ada penambahan atau pengurangan. Golongn syiah pegangan utama mereka kitab al-khafi oleh al-kulaini. Mereka mempunyai al-quran dan mushaf uthmani yg masih ada ialah mushaf fatimah yg menurut al-kulaini lebih tebal 3 kali drpd mushaf uthmani Falsafah klasik, tokoh besarnya socrates. Tentang kemunasabahan atau kewarisan isi kandungn sesuatu sumber. Terdapatnya perbezaan sikap dlm mghadapi kritikan ini. Tamsilnya, jean mabillon lebih menumpukan perhatian kpd ketulenan sumber. Sumber tulen mesti mengandungi isi yg benar. Bg, fustel de coulanges mengutamakan kemunasabahan kandungnnya. Berdasrkan prinsip rasionalisme dan naturalisme ada cadangn bercorak falsafah yakni pemahamn teori-teori kebenaran sebnyk 3 teori. Pertma, teori pragmatis seperti dikembangkan oleh william james serta charles s. pierce. Kbenarnnya diukur berdasrkan hasil dan kesannya yg berguna dan memuaskan.

Keduanya, teori kesesuaian berteraskan prinsip realisme objktif. K rogers tokoh realisme kritis iaitu ada perbezaan antara pernyataan(idea) dan kenyataan(relity). Kebenaran teori ini ialah kesesuaian tentg sesuatu perkara atau benda dengan kenyataan tentang perkara atau benda itu sendiri. ketiganya, teori saling berhubungan bercorak ideaslisme subjektif. Pengaruh hegel berkembang di tangan pendukung ideaslisme seumpama f.h.bradley. Jadi teori ini disesuaikan dengan idea dan relity. Jelaslah, teori ini mengadakan perhubungn antara idea dngn idea.jika tiada hubungn ini maka kebenaran tidak dpt dicapai Pernyataan baru didapati benar setelah dihubungkaitkan dengn pernyaataan sblumnya yg diterima sebagai benar. Tanpa pernyataan awal perhubungn tak dpt dilakukan serta kbenaran x akan diperoleh. 10. Bincangkan hujah dan pertikaian taraf penarafan sumber. (tingkat sumber). Definisi sumber pertama. Jelaskan ciri-ciri sumber primer. Definisi sumber skunder. Jelaskan ciri-ciri sumber skunder

Menurut pendapat Profesor L. Gottshalk sumber pertama ialah merujuk kepada keterangan dari seseorang saksi yakni, seseorang atau sesuatu yang hadir di dalam kejadian-kejadian yang dia atau ia ceritakan itu manakala sumber kedua bererti keterangan daripada seseorang yang tidak hadir di dalam kejadian-kejadian yang diceritakan itu. Pendapat lain pula seperti Arthur Marwick mensifatkan sumber pertama sebagai bahanbahan yang wujud dalam keadaan asas, mentah dan tidak sempurna manakala sumber kedua ialah tulisan ahli sejarah seperti karya sejarah yang tersusun, rencana, dissertasi atau buku. Antara jenis sumber yang lazim digunakan ialah rekod kerajaan, rekod swasta, sumber peribadi, akhbar, sumber lisan, sumber sastera, hikayat, babad, kitab agama, inskripsi dan kesan-kesan peninggalan lama. Sumber swasta seperti buku catatan harian, jernal, dan surat peribadi. Berbagai jenis sumber yang digunakan oleh ahli sejarah ialah sama ada wujudnya tanggapan yang melihat sumber-sumber tertentu sebagai lebih penting berbanding dengan yang lain. Herodotus dan Thucydides telah memandang tinggi sumber lisan berbanding dengan babad dan inskripsi. Sextus Julius Africanus dan Eusebius telah melihat kitab injil sebagai lebih penting daripada sumber lain. Ranke pula menyebelahi rekod kerajaan yang mengikut pendapatnya adalah sumber yang paling tulen dan lengkap manakala Dr. Yeo Kim Wah mengkaji tentang the politics of Decentralisation, sumber kerajaan merupakan sumber terpenting kerana kajiannya tertumpu kepada usaha kerajaan Britishuntuk mewujudkan perpaduan di antara negeri-negeri melayu.

11. Bahaskan kepentingan kritikan-kritikan sumber .apakah tujuan kritikan tersebut? Apakah jenis-jenis alat yang digunakan untuk mrnguji kritikan tersebut.

Kritikan luar ialah usaha untuk mengesahkan ketulenan sesuatu sumber asli itu. Terdapat sebab mendorong perbuatan memalsukan sumber-sumber: Tujuan untuk mengesahkan sesuatu tuntutan politik Kes pemalsuan terkemuka dlm Donation of Constantine, pihak yg memalsukan dokumen itu didorong oleh niat menyokong tuntutan Paus ke atas kawasan-kawasan yg dulu diperintah oleh Maharaja Constantine. Selain itu. Hasrat mencari wang. Pemalsuan surat-surat Ratu Marie Antoinette dari Perancis dan Abraham Lincoln dari Amerika dengan tujuan menjualkannya kepada akhbar dan majalah. Kes paling masyhur pada masa itu ialah pemalsuan buku harian Hitler untuk mencari kekayaan secara besar-besaran Kritikan dalam ialah tugas sebenar ahli sejarah menafsirkan isi dokumen yang disahkan tulen Mutu sesuatu kajian akan mencerminkan sedikit sebanyak keupayaan ahli sejarah untuk menilai secara bijak dan cermat maklumat yang terkandung dalam sumbersumber yang tulen. Kesedaran tentang hal ini telah mendesak ahli sejarah untuk mencari peraturanperaturan tertentu yang membolehkan mereka mengendalikan tugas itu dengan sempurna dan baik. Peraturan pertama yang menggariskan kerja kritikan ialah pengakuan bahawa sumber tanpa pengecualian harus ditafsir. Ahli sejarah harus menapis sumber tertentu telah bererti ia berdusta. Peraturan ini bertujuan untuk menjamin bahawa setiap perkara atau butir yang diambil dari sumber-sumber boleh dipertanggungjawab. Tafsiran sumber berdasarkan lunas-lunas kerasionalan,yakni sesuatu tindakan yang dikaji itu boleh ditafsirkan secara rasional dari keterangan yang diberikan si pelaku atau saksi. Oleh itu, terdapat alat untuk menguji kesahihannya. Cara memastikan sesuatu ketulenan dokumen ialah Ujian kimia. Bertujuan menentukan umur sebenar sesuatu dokumen. Ujian bahasa. gaya bahasa sentiasa berubah dari sudut nahu, struktur ayat, ejaan, istilah, tanda baca dan sebagainya. Ujian tulisan.Perbezaan dari segi ejaan, tulisan, kata gandaan dan kata turunan. Ujian tulisan tangan. Pakar mendedahkan perbuatan meniru tulisan tangan orang lain dengan membandingkan tulisan tangan itu dengan dokumen-dokumen lain. Menentukan sama ada bahan-bahan yang digunakan dlm menghasilkan dokumen memang sudah wujud pada masa yang ditarikhkan dalam dokumen itu sendiri. ni semua soalan yg aq dapatkan dr bdk ipsah..untuk berkongsi bersama ampa semua...mda2han dpt jwab paper en.Hasim dgn baik...gud luck!!

Anda mungkin juga menyukai