Anda di halaman 1dari 25

BINA INSAN GURU FASA 3

WAJ 3114

1.0

PENDAHULUAN
Laporan Bina Insan Guru (BIG) fasa tiga ini merangkumi laporan mengenai

aktiviti bengkel pengucapan awam serta aktiviti kemasyarakatan di rumah anak yatim
yang mana masing-masing dijalankan pada 1 April 2014 dan 6 April 2014. Seperti yang
kita ketahui, aktiviti bengkel pengucapan awam yang dijalankan adalah bertujuan untuk
memberi pengalaman kepada para pelajar untuk merancang, mengendali dan
menghadiri bengkel yang dijalankan. Pengisian yang terkandung dalam bengkel ini
merangkumi sesi pengucapan awam dan kesantunan berbahasa yang disampaikan
oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus
Darulaman, iaitu Encik Bukhari Bin Shafie.

Bengkel ini juga menyentuh aspek

pengendalian majlis rasmi seperti susun atur tempat kedudukan, pengacaraan, dan
sambutan tetamu. Etika pemakaian dan tata tertib ketika di meja makan juga turut
dihurai dengan panjang lebarnya oleh penceramah jemputan.
Seterusnya, aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di rumah anak yatim pula
bertujuan untuk membentuk kesemua bakal-bakal guru yang mengamalkan nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian, merapatkan silaturrahim antara para peserta dengan
masyarakat luar serta membantu untuk memulihara, menceriakan dan membersihkan
kawasan rumah anak yatim.

Sehubungan itu, aktiviti kemasyarakatan ini juga

bermatlamat untuk mengembangkan keterampilan diri peserta dalam menguruskan diri,


kumpulan dan masa dengan efektif, mempamerkan kecaknaan terhadap persekitaran
dan komuniti di samping memberi respons yang positif terhadap keperluan persekitaran
yang berbeza dan memupuk semangat kerjasama antara peserta.

Program ini

bermatlamat untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat gigih yang
tinggi, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mapan, mempunyai ketahanan fizikal
dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan prinsip
Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Di
samping itu, para pelajar juga diharap dapat membina keyakinan diri dalam
menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran serta keinsafan dalam
membentuk jati diri sebagai seorang bakal guru.

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

2.0

LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) FASA TIGA AKTIVITI BENGKEL

2.1

SEBELUM BIG BERLANSUNG


Sebelum aktiviti BIG ini berlansung, kesemua wakil daripada sembilan buah

kelas daripada PISMP Semester Tiga telah sama-sama turun pada 20 Februari 2014
pada jam 2.30 p.m yang bertempat di Bilik Mesyuarat Gerko bagi menjalankan satu
perjumpaan untuk melantik Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi BIG aktiviti bengkel ini.
Pelantikan AJK pada hari tersebut telah dilakukan oleh Encik Mohd Nashri Bin Yaakub,
iaitu selaku Ketua Sub Unit BIG pada kali ini.

Pelantikan ini disusuli dengan

pengagihan bidang tugas mengikut AJK masing-masing sehingga tamat pada pukul
4.30 p.m. Sehubungan itu, terdapat juga perjumpaan susulan yang dilakukan oleh AJK
tertinggi BIG bersama dengan penyelaras BIG semester ini iaitu Puan Sumaiyah pada 3
Mac 2014 bertujuan untuk membincangkan tentang perkembangan mengenai
perancangan

pelaksanaan

bengkel

tersebut

mengikut

AJK

masing-masing.

Perjumpaan tersebut berakhir pada jam 5.00 p.m.

2.2

SEMASA BIG BERLANSUNG


Program Bina Insan Guru (BIG) fasa tiga ini dijalankan di Dewan Ibnu Khaldun

pada 1 April 2014 yang bermula pada pukul 8.00 a.m sehinggalah pukul 1.00 tengah
hari. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang berjiwa merdeka dan
perkasa, mempunyai tahap kerohanian dan akhlak keguruan yang tinggi serta
berakauntabiliti dan amanah dalam melakukan sebarang pekerjaan. Sehubungan itu,
aktiviti ini juga bertujuan untuk mendorong para pelajar supaya dapat menghayati
konsep bekerja sebagai ibadah serta hidup berbakti yang sesuai dengan portfolio kita
sebagai seorang bakal guru.

Walaubagaimanapun, objektif utamanya adalah lebih

tertumpu kepada bidang pengucapan awam dan kesantunan dalam berbahasa yang
ingin diterapkan dalam diri semua bakal guru ini.

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

2.1

PERJALANAN PROGRAM

7.45 pagi 8.00 pagi


Para pelajar melakukan sesi pendaftaran di meja pendaftaran yang terletak di bahagian
pintu masuk dewan. Pelajar dikehendaki menandatangani borang kehadiran ke
program BIG pada hari tersebut di ruangan yang telah disediakan.
8.00 pagi 8.15 pagi
Ketibaan penceramah jemputan iaitu Encik Bukhari Bin Shafie, pensyarah dari Jabatan
Pengajian Melayu yang diiringi oleh pengerusi BIG bengkel iaitu saudara Muhammad
Fakhrullah Amri.
8.15 pagi 8.30 pagi
Para pelajar serta penceramah jemputan dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku,
lagu Negeri Kedah serta lagu Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.
8.30 pagi 8.45 pagi
Bacaan doa oleh pelajar dari kelas Bahasa Arab iaitu saudara Muhammad Aizuddin.
8.45 pagi 10.15 pagi
Bengkel pertama iaitu bengkel "Kesantunan Bahasa" dijalankan dengan memaparkan
maklumat yang berkaitan pada layar LCD.
10.15 pagi 10.45 pagi
Rehat. Para pelajar diberi masa selama 30 minit.
10.45 pagi 11.30 pagi
Bengkel Kedua iaitu "Pengucapan Awam ", yang disertai dengan aktiviti lakonan dalam
beberapa situasi yang dipilih.
11.30 pagi 12.00 tgh. hari
Penyampaian cenderamata kepada tuan penceramah dan nyanyian lagu Kami Guru
Malaysia. Bersurai.
3

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Gambar 1 : Sesi perbincangan untuk persembahan lakonan sedang dilakukan

Gambar 2 : Persemabahan yang dilakukan oleh kelas Bahasa Arab

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Gambar 3 : Suasana ketika bengkel sedang berlansung

2.3

SELEPAS BIG BERLANSUNG


Pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru yang dapat saya kecapi setelah

mengikuti bengkel pengucapan awam dan kesantunan dalam berbahasa ini. Segala
tips dan tatacara bagi seseorang individu tersebut untuk bercakap di khalayak ramai
turut diberikan dan penggunaan kosa kata, gaya bahasa dan sebagainya turut
diterapkan di dalam bengkel tersebut. Saya berasa lebih berkeyakinan untuk berucap
dalam kalangan audien yang ramai setelah mengikuti bengkel tersebut. Para pelajar
kemudiannya dikehendaki menyiapkan laporan berkenaan aktiviti BIG yang telah
dijalankan tersebut.

3.0

REFLEKSI BIG BENGKEL


5

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur kita

kehadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga saya mengikuti program
Bina Insan Guru (BIG) aktiviti bengkel ini dengan jayanya.

Saya amat bersyukur

kerana dapat mengikuti program tersebut serta dapat menjalani segala aktiviti yang
dirancang dengan penuh komitmen serta bersunguh-sungguh.

Jadi, saya berharap

agar segala pengalaman serta pengetahuan yang saya perolehi sepanjang program
bengkel ini dijalankan, akan dapat menambahkan serta memantapkan lagi jati diri saya
sebagai seorang bakal guru.
Sepanjang program ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan serta kelebihan
yang dapat saya perhatikan setelah selama lima jam lamanya berada dalam program
bengkel tersebut.

Antara kelemahan yang dapat saya perhatikan ialah dari segi

penyusunan jadual aktiviti yang mana masa ketibaan penceramah jemputan dilihat
terlalu awal pada tentatif yang disediakan.

Perkara ini membuatkan penceramah

berasa tidak selesa kerana terpaksa berkejaran masa untuk sampai awal di Dewan
Ibnu Khaldun pada jam 8.00 a.m. Hal ini kerana, penceramah itu sendiri menegur pihak
pengurusan mengenai susunan tentatif program yang dilihat kurang sistematik dari segi
pengurusan masa. Penceramah juga menasihatkan kepada ahli jawatankuasa program
supaya pada masa akan datang, mereka perlu memastikan bahawa masa ketibaan
penceramah jemputan tersebut dilewatkan sedikit kepada 8.30 a.m bagi memberi ruang
kepada penceramah untuk tiba di lokasi yang telah ditetapkan dalam keadaan yang
tidak tergesa-gesa.

Walaubagaimanapun,

perjalanan program bengkel pada hari

tersebut berjalan dengan lancar.


Selain itu, antara kelebihan yang dapat saya perhatikan sepanjang program
bengkel ini berlangsung ialah dari segi ketepatan pemilihan penceramah jemputan.
Disini, pihak jawatankuasa program bijak dalam memilih penceramah yang arif dalam
bidang pengucapaan awam dan kesantunan dalam berbahasa.

Saya dapat lihat

bagaimana penceramah tersebut mengendalikan program berkenaan sehingga


membuatkan kami semua langsung tidak berasa bosan ketika program tersebut
berlangsung.

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Hal ini kerana, penceramah tersebut bijak untuk menarik perhatian para hadirin dengan
cara merancang satu aktiviti yang melibatkan semua pelajar dalam proses untuk
menyiapkan aktiviti tersebut. Aktiviti yang dijalankan ialah, para pelajar dikehendaki
untuk mencipta satu situasi yang menggambarkan apa-apa peristiwa, kemudian mereka
dikehendaki untuk melakonkan kembali situasi yang diciptakan tersebut. Di sini, kita
dapat lihat akan nilai kerjasama yang ditunjukkan oleh kesemua rakan sekelas yang
turut sama-sama memikirkan idea untuk diterjemahkan dalam bentuk lakonan.
Sehubungan itu, aktiviti yang dijalankan ini juga bertujuan untuk memupuk perasaan
berani untuk berucap secara spontan yang tidak menggunakan skrip atau teks di
hadapan pentas dalam bentuk lakonan serta ia bertujuan untuk menggalakkan para
pelajar berfikir mengenai satu situasi dalam jangka masa yang sangat singkat.
Perkara-perkara sebegini merupakan pengalaman yang tidak ternilai kepada diri kami
semua sebagai seorang bakal guru, yang mana segala pengalaman ini akan kami
terapkan di sekolah tempat kami berkhidmat kelak.
Kelebihan yang seterusnya ialah dari segi pengurusan program yang melibatkan
penyediaan sarapan dan makan tengah hari yang dilihat sangat bertepatan dengan
etika dalam menjalankan sesuatu majlis. Seperti yang kita ketahui, di antara ciri-ciri
majlis yang diklasifikasikan sebagai baik dan cemerlang ialah majlis yang mantap dari
segi pengurusan atau perjalanannya serta dari segi penyediaan jamuan ringan kepada
para hadirin. Penyediaan makanan ini juga sebagai pendorong kepada para pelajar
untuk membuatkan mereka menunggu dan mengikuti program yang dijalankan tersebut
sehingga tamat. Hal ini dapat memastikan semua pelajar dapat mengikuti program
yang dianjurkan tersebut sehingga ke aktiviti yang terakhir. Perkara ini juga boleh kita
amalkan di sekolah kelak kerana kebanyakan murid amat tertarik dengan ganjaran
yang akan mereka terima terutamanya makanan jika mereka melakukan sesuatu aktiviti
yang diarahkan oleh guru mereka. Jadi, kita sebagai bakal guru haruslah mengambil
inisiatif ini sebagai satu pengalaman dalam diri kita agar kita dapat praktikkannya
apabila berkhidmat di sekolah kelak.

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Sementara itu, kelebihan yang seterusnya ialah dari segi fokus yang ditunjukkan
oleh para pelajar pada hari tersebut. Kesemua pelajar dilihat dapat memberi perhatian
secara total ketika penceramah tersebut menyampaikan isi ceramahnya dihadapan
pentas.

Mereka dapat mendengar dengan setia sehingga ke akhir aktiviti bengkel

tersebut dengan melaksanakan segala aktiviti yang dianjurkan dalam bengkel tersebut.
Perkara ini dilihat sangat baik untuk memastikan bahawa segala input yang ingin
disampaikan oleh penceramah tersebut dapat dihadam oleh kesemua pelajar yang
terlibat. Sehubungan itu, objektif program ini juga akan dapat direalisasikan dengan
adanya tumpuan dan komitmen yang ditunjukkan oleh kesemua pelajar yang hadir
pada hari tersebut. Hal ini dapat memupuk budaya atau nilai yang positif yang perlu
ada dalam satu-satu majlis atau program yang memerlukan komitmen dan sokongan
daripada para hadirin bagi memastikan bahawa perjalanan program pada hari tersebut
dapat berjalan dengan lancr tanpa menimbulkan sebarang permasalahan dan
sebagainya,
Seterusnya, antara penambahbaikan yang dapat dilakukan berdasarkan
penganjuran program bengkel ini ialah dari segi perjalanan program yang perlu
diselarikan pengurusan masa yang tepat.

Hal ini bagi memudahkan penceramah

jemputan untuk datang ke tempat yang dianjurkan tersebut dalam keadaan yang tidak
tergesa-gesa bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini.
Perkara ini amat perlu dititikberatkan agar situasi sebegini tidak akan timbul lagi pada
masa akan datang. Hal ini bukan sahaja membuatkan penceramah berasa kurang
senang dengan pengurusan yang dijalankan bahkan mungkin boleh memburukkan
nama institut ini yang dilihat sebagai tidak cekap dari segi pengurusan dan pengelolaan
program.

Jadi, tindakan segera perlu dilakukan agar program-program yang kaan

datang dapat kita perbaiki dan tambahbaik dari segi pengisian dan pengurusannya.
Tuntasnya, pelaksanaan Bengkel Pengucapan Awam dan Kesantunan dalam
Berbahasa ini dapat memberi pelbagai input baru yang sangat berguna kepada diri kita
sebagai seorang bakal guru. Seperti yang kita ketahui, seseorang guru tersebut sangat
perlu untuk memantapkan kemahiran pengucapannya ketika berhadapan dalam situasi
yang melibatkan penganjuran sesuatu program.
8

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Jadi, kita mestilah menyiapkan diri kita dengan segala kemahiran dan tips-tips yang
berkaitan dengan tatacata dan kaedah untuk berkomunikasi atau berucap secara betul
yang mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam protokkol majlis.

Jadi,

penganjuran bengkel ini juga dilhat bertujuan untuk menerapkan nilai kesantunan dalam
berbahasa dalam kalangan bakal guru yang mana sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat
terdapat segelintir guru yang kurang sopan dari segi percakapan yang diucapkan sama
ada ketika majlis formal mahupun ketika sesi perhimpunan pagi. Jadi, pelaksanaan
bengkel ini amat bertepatan dengan kehendak dan keperluan kita sebagai seorang
bakal guru yang akan berhadapan dengan situasi sebegini apabila ditempatkan di
sekolah kelak. Akhir kata, segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan
yang buruk itu merupakan kelemahan daripada diri saya sendiri iaitu sebagai seorang
manusia biasa yang tidak mempunyai sebarang kudrat serta sentiasa melakukan
sebarang kesalahan atau kekhilafan. Sekian, terima kasih.

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

4.0

LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) FASA TIGA SIRI SATU AKTIVITI
KHIDMAT MASYARAKAT DI RUMAH ANAK YATIM

4.1

SEBELUM BIG KHIDMAT MASYARAKAT BERLANSUNG


Sebelum BIG Khidmat Masyarakat ini diadakan, terdapat beberapa kali

perjumpaan telah dilakukan sama ada di peringkat AJK tertinggi mahupun sesi
perjumpaan yang melibatkan semua peserta BIG. Kebanyakan agenda yang
dibincangkan ketika perjumpaan tersebut adalah berkaitan dengan perkembangan bagi
setiap AJK yang terlibat dan tindakan yang perlu mereka ambil setelah kesemua AJK
membentangkan perkembangan masing-masing.

4.2

SEMASA BIG DIJALANKAN


Program Bina Insan Guru (BIG) aktiviti khidmat masyarakat di rumah anak yatim ini

dilaksanakan pada 6 April 2014, iaitu pada hari Ahad yang bertempat di Teratak
Rahmat, Mata Ayer, Perlis. Seramai 64 orang peserta dan empat orang pensyarah
pembimbing yang turut sama mengikuti program ini.

Program ini bertujuan untuk

melahirkan insan yang berilmu, beramal, berketrampilan serta kreatif selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelaksanaan BIG ini adalah berasaskan
kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah
pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Justeru,
guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani
cabaran era globalisasi yang kian pesat membangun.
Melalui aktiviti yang telah direncanakan, para pelajar diharap akan dapat
mengenali diri mereka sendiri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh ke arah membangunkan diri sebagai insan guru seimbang
secara berterusan. Melalui program ini juga, para pelajar didedahkan dengan pelbagai
kefahaman secara syumul berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang
bagi meningkatkan akauntabiliti profesionalisme keguruan.

10

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Dengan kata lain, pembelajaran secara konstektual dapat dijalankan dengan lebih
bermakna dan berkesan. Semoga melalui program ini, para pelajar mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh demi memastikan
profesion keguruan ini dilihat lebih bergerak ke hadapan setanding dengan profesionprofesion lain yang berada pada tahap profesional.
Sementara itu, program ini juga dilaksanakan dengan harapan dapat membina
insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam
semua aspek, sesuai dengan profesion perguruan pada masa kini. Dengan adanya
program yang dianjurkan di rumah anak yatim ini, diharapkan para pelajar dapat
membina semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa
dan tenaga sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa. Selain itu,
para pelajar juga diharapkan dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran
semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diti sebagai
seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni serta membentuk peribadi
seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu merealisasikan wawasan
Negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.1

PERJALANAN PROGRAM

9.30 a.m -10.00 a.m


Para pelajar berkumpul di hadapan bangunan Gerko dan Ahli Jawatankuasa (AJK)
Disiplin mengambil kehadiran para pelajar dan menyerahkan tag nama kepada pelajar.
Sarapan berupa roti dan air mineral disediakan oleh AJK Makanan untuk semua pelajar
sebelum bertolak ke rumah anak yatim tersebut.
10.00 a.m 11.15 a.m
Bas mula bertolak ke Rumah Anak Yatim di Teratak Rahmat, Mata Ayer, Perlis dan
selamat tiba di lokasi berkenaan pada 11.15 a.m. Perjalanan tersebut mengambil masa
selama satu jam lima belas minit.

11

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

11.15 a.m 11. 45 a.m


Para pelajar mengangkut segala barangan makanan serta keperluan yang ingin
diberikan kepada rumah anak yatim tersebut.

Sementara itu, AJK Aktiviti sedang

bersedia untuk menyediakan segala kelengkapan untuk aktiviti yang seterusnya.


11.45 a.m 1.00 tgh. hari
AJK Aktiviti menjalankan aktiviti seperti pembahagian kumpulan mengikut nama haiwan
yang telah dicabut ketika sesi undian dilakukan dengan menggabungkan pelajar institut
dengan adik-adik dari Teratak Rahmat dalam satu kumpulan. Aktiviti mencipta logo dan
bendera negara mereka sendiri dijalankan dengan penglibatan semua peserta kursus
dan adik-adik dari teratak rahmat. Sesi perbentangan hasil lukisan bendera negara
mereka dijalankan.
1.00 tgh. hari 2.00 petang
Para pelajar dan warga Teratak Rahmat diberikan masa untuk berehat dan makan
tengah hari serta mengerjakan solat Zohor secara berjemaah di dewan tersebut. Solat
pada hari tersebut diimamkan oleh salah seorang adik dari Teratak Rahmat tersebut.
2.00 p.m 4.00 p.m
Aktiviti pada sesi petang dijalankan dengan aktiviti mencipta pakaian beragam yang
bertemakan Super Hero dan para peserta dikehendaki membentangkan hasil mereka
tersebut.

Selain itu, aktiviti konduktor muzik juga dijalankan dengan cara semua

peserta dikehendaki menjadi konduktor muzik sambil menutup mata dengan cara
menggayakan tangan mereka mengikut alunan muzik yang didendangkan.
4.00 p.m 5.00 p.m
Sesi penyampaian cenderamata kepada pemilik Teratak Rahmat dan sesi penutup yang
disusuli dengan ucapan oleh pengerusi BIG, ucapan pemilik Teratak Rahmat serta
ucapan pensyarah pembimbing.

Aktiviti penyampainan hadiah kepada kesemua

pemenang juga dijalankan pada waktu tersebut. Para pelajar kemudiannya bertolak
pulang ke institut.
12

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

4.3

SELEPAS BIG DIJALANKAN


Selepas BIG ini dijalankan, pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru yang

berkaitan dengan perancangan untuk mengadakan lawatan ke sesebuah institusi


terutamanya ke rumah anak yatim ini dapat saya pelajari. Pelbagai pahit manis yang
dapat saya kumpulkan sepanjang sehari berkampung di rumah anak yatim tersebut.

5.0

REFLEKSI BIG KHIDMAT MASYARAKAT


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur kita

kehadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga saya mengikuti program
Bina Insan Guru (BIG) aktiviti khidmat masyarakat di rumah anak yatim ini dengan
jayanya.

Saya amat bersyukur kerana dapat mengikuti program tersebut serta dapat

menjalani segala aktiviti yang dirancang dengan penuh komitmen serta bersunguhsungguh. Jadi, saya berharap agar segala pengalaman serta pengetahuan yang saya
perolehi sepanjang program bengkel ini dijalankan, akan dapat menambahkan serta
memantapkan lagi jati diri saya sebagai seorang bakal guru.
Terdapat pelbagai kelemahan dan kelebihan yang dapat saya perhatikan
sepanjang aktiviti BIG ini dijalankan. Antara kelemahan yang dapat saya perhatikan
ialah dari segi pengurusan masa ketika hendak bertolak ke rumah anak yatim tersebut.
Sebelum bertolak ke rumah anak yatim tersebut, kami telah diingatkan oleh saudara
pengerusi supaya berkumpul di hadapan bangunan gerko pada jam 8.00 a.m. Akan
tetapi, apabila kesemua pelajar telah berkumpul di hadapan bangunan gerko tersebut,
AJK Pengankutan memaklumkan bahawa bas hanya akan tiba pada jam 10.00 a.m.
Perkara ini menimbulkan perasaan tidak senang hati dalam diri kami yang perlu
berkejaran masa di awal pagi semata-mata untuk tidak mahu membuatkan pemandu
bas menunggu para pelajar dalam masa lama ketika hendak bertolak ke lokasi tersebut.
Malangnya, perkara sebegini berlaku yang membuatkan semua pelajar terpaksa
menunggu selama dua jam untuk menaiki bas ke lokasi teersebut.

13

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Insiden sebegini sebenarnya tidak patut berlaku kerana sejak awal lagi dalam beberapa
perjumpaan yang telah dijalankan, pengerusi telah kerap kali mengingatkan kepada
semua pelajar bahawa kita semua akan bertolak ke rumah anak yatim tersebut tepat
pada jam 8.00 a.m. Jadi, apabila kesemuanya telah berkumpul di hadapan bangunan
gerko tersebut, tiba-tiba sahaja AJK Pengangkutan memaklumkan bahawa bas akan
tiba pada jam 10.00 a.m. Perkara sebegini bukan sahaja membuatkan semua pihak
tidak senang hati dengan pengurusan yang dijalankan bahkan berkemungkinan boleh
menyebabkan perjalanan sesuatu program tersebut mungkin terbantut.
Kelemahan yang seterusnya ialah dari segi penyediaan makanan kepada pihak
Teratak Rahmat. Ketika waktu rehat untuk makan tengah hari, timbul satu insiden yang
mengatakan bahawa pihak Teratak Rahmat tidak menyediakan juadah bagi anak-anak
yatim tersebut kerana beranggapan bahawa pihak institut telah menyediakan bekalan
makanan kepada warga Teratak Rahmat untuk makan pada tengah hari tersebut. Jadi,
berlaku satu situasi yang membuatkan seramai lebih kurang 30 orang peserta BIG yang
tidak dapat menjamah makanan pada hari tersebut kerana makanan tersebut terpaksa
diagihkan kepada anak-anak yatim tersebut.

Hal ini sangat memalukan bagi pihak

institut yang mana kita sebagai tetamu kepada mereka seharusnya bertanggungjawab
menyediakan makanan kepada pihak mereka juga lebih-lebih lagi status mereka
sebagai anak yatim yang sangat memerlukan keperluan untuk menjalani kehidupan
mereka di tempat tersebut.

Jadi, kita sebagai pihak yang ingin membuat khidmat

masyarakat di tempat tersebut seharusnya peka kepada situasi ini kerana ia merupakan
tanggungjawab kita untuk menyediakan makanan kepada mereka berdasarkan adab
ketika berkunjung ke tempat orang.
Seterusnya, antara kelebihan yang dapat saya perhatikan sepanjang program ini
berlangsung ialah dari segi penyediaan atau pengelolaan aktiviti yang ditunjukkan oleh
AJK Aktiviti pada BIG kali ini sangatlah cemerlang. Hal ini kerana, segala aktiviti yang
dijalankan oleh mereka sangatlah membangkitkan suasana sehingga menyebabkan
kesemua peserta terutamanya warga Teratak Rahmat terhibur dengan gelagat yang
ditunjukkan oleh mereka.

14

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Segala aktiviti yang dianjurkan amatlah berkesan dalam memastikan kesemua peserta
pada hari tersebut dapat menjalani segala aktiviti yang dianjurkan dalam keadaan yang
gembira dan seronok. Antara aktiviti yang dianjurkan pada hari tersebut ialah seperti
aktiviti mencipta logo dan bendera negara mereka sendiri mengikut kreativiti yang ada
pada semua peserta dan warga Teratak Rahmat. Seterusnya, aktiviti mencipta pakaian
beragam yang bertemakan Super Hero yang mana aktiviti ini sangat membuatkan
kanak-kanak daripada Teratak Rahmat ini begitu terhibur dengan pelaksanaan aktiviti
ini yang mana mereka terlibat secara langsung dalam sesi untuk menyiapkannya.
Aktiviti yang seterusnya ialah aktiviti konduktor muzik yang turut membuatkan kesemua
peserta program ketawa dengan tidak terhenti kerana aktiviti ini memerlukan semua
peserta menggayakan perlakuan seperti seorang komposer yang mengendalikan sesi
nyanyian. Segala aktiviti yang dijalankan ini mampu membuatkan kesemua peserta
terhibur kerana ia melibatkan komitmen yang tinggi daripada kesemua peserta program
dalam setiap kumpulan.
Kelebihan yang seterusnya ialah dari segi layanan yang ditunjukkan oleh
kesemua peserta program kepada adik-adik dari Teratak Rahmat tersebut yang dilihat
sangatlah baik dan penyayang.

Saya sendiri dapat lihat apabila kesemua peserta

dikumpulkan dalam satu kumpulan yang terdiri daripada peserta program dengan
warga Teratak Rahmat, mereka ini sangat menunjukkan nilai kasih sayang dan prihatin
terhadap kanak-kanak tersebut yang mereka anggap seperti adik mereka sendiri. Jadi,
disini kita dapat lihat bahawa nilai keguruan jelas terpancar dalam diri semua bakalbakal guru ini yang mana ia merupakan persediaan kepada mereka bagi mengalami
situasi pekerjaan mereka nanti yang akan turut terlibat dengan kanak-kanak yang
sebegini yang memerlukan sepenuh perhatian daripada kita. Jadi,pelaksaan aktiviti
BIG khidmat masyarakat pada kali ini amatlah wajar dilaksanakan juga pada tahuntahun yang akan datang kerana ia dapat menginsafkan diri kita dan membandingkan
kehidupan kita yang serba mewah ini dengan keadaan hidup mereka yang serba
kekurangan.

15

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Sementara itu, antara penambahbaikan yang dapat dilakukan sepanjang aktiviti


ini dijalankan ialah dari segi pengurusan masa dalam merencanakan sesuatu aktiviti
yang mesti selari dengan tentatif program seperti yang telah dirancang. Kita tidak mahu
isu kelewatan bertolak ke lokasi aktiviti seperti yang telah berlaku pada masa lalu akan
berulang lagi pada masa akan datang. Hal ini kerana, kelewatan tiba di lokasi aktiviti
akan membuatkan segala program yang dirancang akan tergendala dan akan
mengundang pelbagai masalah untuk diselesaikan . Jadi, pengurusan masa dan aktiviti
dalam satu-satu program yang akan dianjurkan pada masa akan datang hendaklah
diambil berat terutamanya oleh individu yang bertanggungjawab dalam mengendalikan
tugasnya yang berkaitan dengan pengangkutan dan disiplin. Hal ini bagi memastikan
semua pihak berpuas hati dengan pengurusan yang ditunjukkan oleh AJK yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan program ini.
Selain itu, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah dari segi penyediaan
makanan kepada pihak yang dikunjungi tertutamanya golongan yang sangat
memerlukan bantuan dan simpati daripada masyarakat di negara ini seperti warga
Teratak Rahmat ini.

Kita seharusnya peka dalam melaksanakan sesuatu program

haruslah mengambil kira kebajikan para pesertanya terutamanya pihak yang perlu kita
raikan supaya mereka tidak berasa terkilan atau berkecil hati dengan tindakan yang kita
lakukan tersebut. Walaupun isu ini dilihat agak remeh, akan tetapi pandangan orang
lain terhadap tindakan yang dilakukan oleh kita tersebut boleh mencalarkan imej institut
serta tanggapan orang raman terhadap bakal guru yang tidak tahu mengenai adab
mengunjungi tetamu. Jadi, saya berharap agar perkara sebegini tidak akan berulang
lagi pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja dapat mengundang persepsi yang
negatif daripada orang ramai tetapi kemungkinan juga dapat merencatkan perjalanan
program pada hari tersebut.
Natijahnya,

pelaksanaan

program

BIG

khidmat

masyarakat

ini

dapat

memberikan pelbagai pengalaman baru kepada kita untuk sama-sama kita kecapi
supaya situasi yang serupa yang mungkin berlaku pada masa akan datang dapat kita
atasi dengan cara yang profesional. Hal ini kerana, segala pengalaman serta pahit
manis yang telah kita semua lalui sepanjang sehari berprogram bersama dengan warga
16

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Teratak Rahmat ini dapat memberi kesan yang mendalam dalam diri kita sebagai
seorang bakal guru. Kesusahan dan keresahan yang mereka hadapi ini diharapkan
dapat dikurangkan sedikit demi sedikit dengan adanya program sebegini rupa. Jadi,
diharapkan program ini dapat dijalankan dengan lebih kerap pada masa akan datang
kerana ia merupakan sebuah program yang mampu memberi sinar kegembiraan dan
keceriaan kepada anak-anak Teratak Rahmat ini apabila setiap kali adanya pengunjung
yang datang melawat.
Jadi, pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat di rumah anak yatim ini amat
bertepatan dengan kehendak dan keperluan kita sebagai seorang bakal guru yang akan
berhadapan dengan situasi sebegini apabila ditempatkan di sekolah kelak. Akhir kata,
segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu merupakan
kelemahan daripada diri saya sendiri iaitu sebagai seorang manusia biasa yang tidak
mempunyai sebarang kudrat serta sentiasa melakukan sebarang kesalahan atau
kekhilafan. Sekian, terima kasih.

17

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

LAPORAN BERGAMBAR BIG BENGKEL PENGUCAPAN AWAM DAN


KESANTUNAN BERBAHASA

Gambar 1 : Ketika sesi pendaftaran BIG bengkel dijalankan

Gambar 2 : Para pelajar mengambil tempat duduk mengikut kelas

18

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Gambar 3 : Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Kedah

Gambar 4 : Penceramah sedang memberi beberapa tips mengenai


pengucapan awam

19

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Gambar 5 : Sesi perbincangan untuk mengadakan aktiviti lakonan

LAPORAN BERGAMBAR BIG KHIDMAT MASYARAKAT DI RUMAH ANAK YATIM


20

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Gambar 1 : Bergambar Sebelum Bertolak Ke Teratak Rahmat

Gamabar 2 : Tiba Di Teratak Rahmat

21

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Gambar 3 : Barisan Fasilitator Yang Akan Kendalikan Aktiviti

Gambar 4 : Sesi Pembahagian Kumpulan Sedang Berlansung

22

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Gamabar 5 : Sesi Nyanyian Lagu Rasmi Program Big

Gamabar 6 : Sesi Menyiapkan Logo Dan Bendera Negara Sendiri

23

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

Gambar 7 : Ketika Persembahan Aktiviti Pakaian Beragam Dijalankan

24

BINA INSAN GURU FASA 3


WAJ 3114

25

Anda mungkin juga menyukai