Anda di halaman 1dari 31

EDU 3106 : BUDAYA DAN PEMBELAJARAN PANEL PENGGUBAL :

1. Dr. Ahamad bin Rahim (Penyelaras) 2. Dr. Hj. Mohamad Sidek bin Hj. Mohd Said 3. Tuan Hj. Mansor bin Mohamad 4. En. Hasshim bin Mohamad 5. Ust. Azman bin Mohd Nor

Bab 1 : Budaya dan Kepelbagaian Kelompok Di Malaysia

1.

Apakah yang dimaksudkan dengan budaya dalam kontaks orang Melayu? A B C D Kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh Kuasa pemikiran, tindakan dan tenaga Kekuatan tenaga, usaha dan pemuafakatan Kuasa, kepercayaan dan semangat kekitaan

2.

Apakah EMPAT unsur utama yang terdapat dalam konsep budaya? A B C D Struktur adat resam, sikap dan nilai Sistem politik, agama, dan adat resam Struktur sosial, kepercayaan dan perpaduan Sistem sosial, kemajuan, intelek dan beragama

3.

Mengapa wujudnya budaya bukan kebendaan? A B C D Manusia perlu menghormati pihak lain Manusia masih bergantung kepada sokongan lain untuk hidup Manusia perlu berinteraksi dengan semua ciptaan Tuhan Manusia berupaya mencipta kehidupan yang harmoni dan berkualiti

4.

Para sarjana selalu mengatakan bahawa budaya sesuatu kaum selalu berubah-ubah. Pada pandangan anda mengapa keadaan itu berlaku?

A B C D

Akibat daripada mobilisasi kaum Perubahan urbanisasi yang pesat Kualiti pendidikan dan transformasi berfikir Kadar migrasi yang tinggi dari negara ke satu Negara

5.

Konsep organik lampau ( superorganik) merujuk kepada A B C D budaya lampau budaya yang diwarisi budaya silang antara kaum budaya kebendaan yang dianuti

Soalan Struktur 1. (a) Dinamika pembentukan kelompok melambangkan kuat atau lemahnya sesuatu bangsa, keadaan ini boleh menjejaskan penghormatan dan kelangsungan bangsa tersebut. Jelaskan mengapa pembentukan kelompok itu penting ( 5 markah )

Skema Jawapan : Sesuatu bangsa dibentuk berasaskan ikatan kumpulan kecil yang terdiri sekurang-kurangnya dua orang atau lebih. Pembentukan kelompok kecil ini akhirnya bergabung menjadi satu bangsa yang besar. Pada peringkat awal pembentukan kelompok kepentingan peribadi adalah dominan namun selepas wujudnya satu bangsa timbul berbagai kepentingan berasaskan kelompok dan struktur organisasi masyarakat dalam bangsa itu telah diutamakan, antara kepentingannya ialah saling kebergantungan di antara satu sama lain. Faktor ini mengambil kira aspek pembinaan bangsa itu sendiri seperti mewujudkan siatem pemerintahan yang berfungsi, perundangan, aktiviti ekonomi, kepercayaan dan sebagainya. Dalam menghadapi tekanan pengaruh luar dan musuh mereka juga perlu bergabung tenaga membina satu angkatan pertahanan yang ampuh dan mengenepikan kepentingan peribadi atau kelompok kecil. Perancangan pentadbiran yang sistematik memerlukan kerjasama dan saling percaya mempercayai. Salah satu perkara yang sangat penting dalam mengekal dan

kelompok ini diikhtiraf ialah memiliki satu wawasan atau matlamat yang sama. Mereka perlu membuang rasa rendah diri dan mendabik dada sebaliknya duduk bersama menggariskan apakah impian besar mereka menerusi visi dan misi jangka panjang. Matlamat ini adalah indicator untuk menentukan dasar-dasar social, ekonomi, perundangan, pendidikan dan kebajikan yang boleh mengangkat bangsa mereka dalam menghadapi cabaran daripada luar dan dalam 1 isi = 2 markah 2 isi x 2 markah + huraian = 5 markah

(b)

Zaman tamadun manusia dimulai dengan Mesolitik, paleolitik dan berakhir dengan neolitik yang menggariskan proses ketamadunan manusia berdasarkan ciptaan teknologi dan inovasi yang silih berganti. Namun ada banyak perkara yang boleh dipelajari daripada pembinaan tamadun ini. Bincangkan elemen-elemen ketamadunan ini dalam membina suatu kelompok yang terbaik. ( 10 markah )

Skema Jawapan ; Suatu tamadun manusia dibina di atas beberapa factor utama dalam meneruskan perjalanannya sebagai satu kelompok dan akhirnya bangsa yang diikhtiraf dan diterima oleh kelompok lain dalam kontaks sebuah tamadun manusia yang berdaulat dan merdeka. Faktor Politik dan perundangan adalah factor yang sangat penting kerana di dalamnya ada satu struktur kepimpinan yang sah dan dinamik. Soal pemilihan ketua Negara, kepimpinan atas, tengah dan bawah akan menentukan pentadbiran yang mantap sama ada berbentuk federasi atau desentralisasi. Bagaimana tampuk kepimpinan diterima sama ada melalui 3ystem pilihanraya, autokrasi, sosialis atau komunis harus ditentu dan diterima oleh seluruh rakyat jelata. Bagaimana mahu menggerakkan pemerintahan berasaskan kuasa eksekutif, lagislatif dan kehakiman dan peranan dewan-dewan perhimpunan pusat serta negeri. Begitu juga dengan bidang kuasa perlu ditentukan dari segi kedalamannya, hak-hak, amalan dan penguatkuasaan. Maka sebarang peraturan ini memerlukan keabsahan yang secara total ditentukan oleh rakyat jelata. Pemilihan yang salah atau pengabaian pengutakuasan juga boleh menjejaskan fungsi pentadbir yang berkenaan. Oleh kerana itu factor politik dan perundangan merupakan asas utama dalam membina tamadun sesuah bangsa. Faktor Ekonomi Kebangkitan satu bangsa atau tamadun manusia selalu dikaitkan dengan kekuatan ekonomi dan sumber tenaga. Penaklukan kuasakuasa besar dalam abad ke 18,19 dan 20 ke atas tanah jajahan di merata tempat dalam dunia ini berkisar di dalam agenda tersembunyi dengan melatakkan slogan ekonomi mengatasi factor-faktor lain. Penjajah Portugis yang menakluk

Melaka pada 1511 menggunakan slogan, Glory, Gold & Gospel yang boleh dirumus sebagai agenda ekonomi yang membolehkannya bersaing dengan Belanda, Inggeris, German dan sebagainya. Begitu juga penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dengan slogan. Dasar Pecah dan Perintah membawa misi ekonomi dengan membuat percaturan yang licik untuk mengaut sumber bijih timah, besi dan getah. Maka setiap bangsa tadi akan berbangga sekiranya lebih banyak tawanan diperolehi kerana di situlah sumber ekonomi mereka. Mereka tidak terus menawan sesuatu Negara jika tidak ada sumber ekonomi yang menguntungkan. Hujah-hujah lain Faktor social Faktor budaya dan bahasa Faktor agama 1 isi = 2 markah 5 isi x 2 markah + huraian = 10 markah

Soalan Esei 1. Demografi penduduk di Malaysia berasaskan kaum telah memberi imej yang menarik kepada warga dunia dari segi keunikannya kerana wujud asimilasi dan adaptasi dari segi budaya, adat dan social sehingga negara ini selalu dijadikan rujukan negara yang harmoni dan selamat. Cadangkan beberapa pendekatan lain yang boleh memperkukuhkan ikatan sesama kaum dalam mengekalkan negara contoh yang mengamalkan satu budaya dan perpaduan yang terbaik di dunia. ( 20 markah )

Skema Jawapan : Malaysia terkenal di mata dunia sebagai sebuah Negara merdeka yang mengandungi pelbagai kelompok kaum dan ethnic yang mengamalkan bahasa, kebudayaan dan agama yang berbeza. Perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain juga dikenal pasti sebagai penyebab utama kepada perpaduan kaum. Di samping itu kerajaan juga telah melaksanakan pelan pembangunan ekonomi untuk mengimbangkan kepentingan kaum menerusi Dasar Ekonomi Baru sejak 1970 berlanjutan sehingga sekarang di bawah Dasar Pembangunan Nasional menerusi Rancangan Malaysia 1 sehingga kini Rancangan Malaysia 10. Perpaduan kaum adalah pendekatan yang telah memaju dan mengangkat nama Malaysia ke peringkat antarabangsa dan usahausaha untuk memangkinkan kedudukan sekarang perlu diterus dan diusahakan tanpa mengambil kira fahaman politik dan kedudukan ekonomi kaum-kaum tersebut.

Salah satu pendekatan baru yang boleh dilaksanakan ialah mengintegrasikan sistem pelajaran tanpa menekan bahasa ibunda. Ini bermaksud pendidikan vernacular masih dibenarkan diamalkan dalam kontaks untuk memartabatkan bahasa masing-masing. Namun aspek-aspek lain seperti pelaksanaan kurikulum masih selaras dengan kurikulum kebangsaan. Mengapa isu ini menarik perhatian, ialah kerana dalam mana-mana tamadun manusia persoalan bahasa sangat sensitive dan mereka tidak boleh menggadai bangsa mereka kerana mengorbankan bahasa ibunda mereka. Apa yang berlaku di Malaysia suatu dasar pendidikan selalu berubah-ubah menjadikan perasaan prejudis kerap kali disuarakan oleh kaum bukan Melayu tentang ketakutan mereka akan kehilangan atau pupusnya bahasa ibunda mereka. Maka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang sedang dirangka hari ini adalah landasan terbaik untuk disuarakan oleh kaum-kaum yang terlibat untuk bebas mengamalkan dalam sukatan mereka di sekolah dengan tidak mengabai dan menentang penggunaan bahasa rasmi Negara iaitu Bahasa Melayu. Langkah kedua ialah dengan mengamalkan dasar memajukan sumber manusia yang seimbang terutama dalam sector perkhidmatan awam. Kalau diperhatikan bilangan guru umpamanya sangat ketara antara kaum yang ada malah seakan didominasi oleh kaum Melayu sahaja. Kaum-kaum lain Nampak tidak memberi perhatian utama kepada guru-guru daripada kalangan kaum lain kerana polarisasi kaum adalah tidak seimbang antara Bandar dan luar Bandar. Di kawasan banda banyak sekolah-sekolah bukan Melayu dan memerlukan bilangan guru daripada kalangan kaum mereka dan ini memudahkan banyak urusan di samping menjimatkan masa. Dengan mengekalkan suasana seperti yang ada sekarang, sector pendidikan akan mengalami masalah jangka panjang kerana guru-guru yang bukan dari kalangan kaum yang sama berdepan dengan banyak masalah; seperti komunikasi, lokasi, sosialisasi terbantut dan sebagainya. Bagaimana[un dasar ini mestilah ditangani dengan penuh cermat untuk menjadi perasaan ibu bapa dan masyarakat khususnya. Hujah-hujah lain Amalan toleransi dalam penguasaan ekonomi Menubuhkan pusat-pusat khidmat nasihat komuniti Toleransi dalam amalan berpolitik

Majlis kesedaran persembahan

antara

kaum

melalui

permainan,

sukan

dan

Majlis diskusi bertemakan pengenalan kaum 1 isi = 3 markah 5 isi x 3 markah + 5 contoh = 20 markah

Bab 2 : Kesedaran Kepelbagaian Sosio Budaya.


1. Percantuman antara budaya akan berlaku apabila berlakunya pertembungan antara budaya yang berlainan. Walau bagaimanapun setiap kaum masih mempunyai hak untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing walau pun terdapat perbezaan antara budaya. Berdasarkan kenyataan di atas, apakah proses integrasi budaya tersebut?

A. Asimilasi B. Akomodasi C. Amalgamasi D. Akulturasi

2. Integrasi budaya merupakan proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi. Bagaimanakah proses integrasi dalam masyarakat yang pelbagai kaum dapat diwujudkan ?

A. Mempelajari budaya atau adat resam tersebut B. Melaksana dan menyuburkan demokrasi dalam negara C. Mewujudkan satu undang-undang yang dapat diterima semua pihak D. Menerima masyarakat lain tanpa mengambil kira identiti dan asal usul mereka

3. Masyarakat Cina sangat mempercayai bahawa alam semesta ini dikuasai oleh semangat yang kekuatannya luar biasa. Semangat ini dikatakan hidup dan berada dalam fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air dan sebagainya. Berdasarkan pernyataan di atas, pilih kenyataan yang SALAH tentang kepercayaan dalam masyarakat Cina? A. Yang merupakan prinsip dasar untuk lelaki, matahari dan arah selatan. B. Yin menggambarkan sesuatu prinsip wanita yang bersifat pasif.

C. Jade dikatakan dapat memberi kekayaan dan keharmonian dalam masyarakat. D. Feng-Shui mampu memberi tuah dalam sesebuah kehidupan.

4. Bahasa dikatakan menjadi alat komunikasi bagi manusia untuk bekerjasama dan melestarikan kebudayaan. Justeru itu terdapat pelbagai tafsiran tentang bahasa telah dikemukakan oleh pengkaji terdahulu. Pilih pasangan yang BETUL tentang tafsiran bahasa di bawah :

I.

Nababan - bahasa ialah sistem semiotic yang terdiri daripada bahasa isyarat

II. Chomsky - bahasa adalah kebolehan semulajadi penutur asli untuk membentuk ayat III. De Saussare - bahasa adalah pola-pola umum dalam pertuturan sesuatu komuniti IV. Edward Cole - Bahasa adalah sistem manusiawi untuk menyampaikan perasaan dan fikiran.

A. I, II dan III B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV.

5. Sebagai sebuah negara multi etnik, terdapat pelbagai adat resam yang diwarisi sejak turun temurun oleh masyarakat Melayu, Cina dan India. Manakah di antara berikut menerangkan adat resam kelahiran dalam masyarakat Cina? A B C wanita hamil akan dipakaikan gelang tangan sebagai perlindungan wanita hamil akan melenggang perut untuk memudahkan si ibu bersalin ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita yang hamil

D wanita yang bersalin akan disapu dengan madu untuk menjaga kecantikan

Soalan Struktur

1. Masyarakat merupakan sekelompok besar manusia yang hidup saling bergantung dan berhubung berasaskan kepada satu buadaya dan matlamat yang sama. Bincangkan secara terperinci ciri-ciri bagi mengklasifikasikan sesuatu masyarakat tersebut; ( 10markah )

i.

__________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________

ii.

__________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________

iii.

__________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________

iv.

__________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________

Skema Jawapan : a. b. c. d. e. f. hidup berkelompok mempunyai budaya sering mengalami perubahan saling berinteraksi secara dalaman mahupun dengan pihak luar mempunyai kepimpinan mempunyai peraturan sosialnya (kewujudan susub lapis, system kelas, status dan kasta) 1 isi = 2 markah 5 isi x 2 markah = 10 markah

Soalan Esei : 1. Adat resam merupakan sesuatu perkara yang diwarisi sejak turun-temurun oleh masyarakat Melayu, Cina dan India. Adat resam yang diamalkan masih relevan dan dapat diterima oleh masyarakat umum dan generasi muda hari ini. Bincangkan EMPAT tujuan adat resam masih diamalkan dalam masyarakat hari ini. Perihalkan jawapan anda beserta contoh-contoh yang sesuai.

Pilih satu adat resam yang masih diamalkan oleh mana-mana kaum di Negara ini dan buat satu analisis untuk melihat sejauhmanakah penerimaan dan pengaruh adat tersebut dalam masyarakat hari ini. Skema Jawpan ; Empat tujuan adat resam; i. ii. iii. iv. v. vi. merupakan peraturan yang harus dipatuhi dapat menggambarkan corak budaya masyarakat menggambarkan penyatuan pemikiran masyarakat tradisional memperlihatkan persefahaman yang wujud dalam masyarakat mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat mewujudkan sebuah masyarakat yang bermoral

1 isi = 3 markah 5 isi x 3 markah + 5 contoh = 20 markah

Bab 3 : Implikasi Kepelbagaian Sosiobudaya

1. Audio visual merupakan satu gaya belajar yang melibatkan proses melihat dan mendengar. Kemahiran ini perlu ada pada setiap murid dalam mempertingkatkan mutu kefahaman sesuatu isi pembelajaran. Bagaimanakah murid-murid mengaplikasikan gaya belajar ini apabila mereka berada dalam suatu komuniti pelbagai kaum? I. Mempelajari bahasa kaum-kaum lain secara langsung dan tidak langsung. II. Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berkonsepkan fizikal. III. Mengadakan perbincangan tentang cara-cara untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang ceria. IV. Memasuki pertandingan yang melibatkan aktiviti seperti syarahan, pidato, debat dan lain-lain. A. I, II dan II B. I, II dan IV C. I, III dan IV D. II, III dan IV

2.

"McCardle (1974) menyatakan komunikasi bukan lisan merupakan faktor penting yang membentuk 'gestalt' keseluruhan komunikasi".

Apakah implikasinya dalam bilik darjah jika kemahiran komunikasi bukan lisan tidak dapat dikuasai oleh guru? A. Murid keliru dengan penyampaian guru B. Murid kurang bersedia untuk menerima pembelajaran C. Murid tidak menumpukan perhatian terhadap penyampaian guru D. Murid tidak akan mengingati pembelajaran setelah pulang ke rumah

3.
"Ketika Cikgu Ikhwan sedang mengajar, terdapat beberapa orang murid sedang membuat bising di belakang"

Berdasarkan pernyataan di atas, pilih komunikasi yang paling berkesan untuk mendisiplinkan murid tersebut. A Guru terus keluar tanpa sebarang kata. B Guru menjerit menyuruh muridnya diam. C Guru menegur murid dan menunjukkan reaksi marah D Guru mengangkat rotan dan menengking ketika muridnya membuat bising.

4. Menurut Brown dan Levinson (1978), strategi kesantunan dikembangkan untuk menjaga martabat pendengar Berikut menunjukkan strategi kesantunan yang biasa digunakan oleh guru. A. Berterus terang B. Pengalaman lalu C. Bias dalam persepsi D. Komunikasi bukan lisan

5. Bagaimanakah guru menggunakan laras bahasa yang sesuai semasa mengajar dalam kelas yang mempunyai kepelbagaian kaum? A. Guru tidak memandang muka murid apabila berkomunikasi. B. Guru menggunakan bahasa harian atau dialek dalam pengajaran dan pembelajaran C. Guru meninggikan nada suara ketika memberi arahan kepada murid. D. Menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa standard yang mudah difahami

Soalan Esei Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai budaya. Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi impak kepada system pendidikan negara. Ini memberikan cabaran kepada guru dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang seimbang kepada murid tanpa mengira latar belakang dan kaum. Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan peranan guru dalam mengatasi kesan kepelbagaian sosio budaya terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya bersertakan huraian dan contoh yang relevan. Skema Jawapan : Guru perlu memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan

kepelbagaian latar belakang Tidak membezakan murid antara satu sama lain Guru membantu murid memahami kekuatan diri murid untuk membantu orang lain Guru menunjukkan teladan yang baik Guru bertanggunggjawab membina persefahaman yang baik antara murid yang berbeza sosio budayanya Guru perlu memberi peluang yang sama rata Guru perlu mengenalpasti kemajuan dan kelemahan murid serta membuat

penambahbaikan dalam pnp

Bab 4 : Ketaksamaan Peluang Pendidikan

1. Ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia berlaku dalam kalangan masyarakat pedalaman dan masyarakat bandar. Manakah antara berikut faktor UTAMA berlakunya ketidaksamaan tersebut ?

A B C D

Jurang digital Perbezaan taraf sosio-ekonomi Perbezaan penggunaan kurikulum Perbezaan sikap guru di bandar dan luar bandar

2.

Salah satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menangani isu ketaksamaan peluang pendidikan adalah program pembestarian sekolah. Program di atas dilaksanakan untuk memastikan murid memperoleh manfaat berkaitan dengan A B C D kemudahan pusat sumber bantuan makanan tambahan bantuan skim baucer tuisyen kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

3. Latihan teknik dan vokasional Penglibatan dalam sektor pembinaan Penglibatan dalam sektor perladangan

Ciri-ciri di atas menunjukan ketaksamaan dari segi

A B C D

jantina bangsa kelas sosial sosio-ekonomi

4.

Ketaksamaan peluang pendidikan perlu mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari segi individu dan budaya. Usaha yang PALING sesuai untuk mencapai objektif di atas ialah A B C D pendidikan percuma kepada semua warganegara kewajipan ibu bapa menyekolahkan anak-anak mereka penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua sekolah peluang bagi semua murid untuk mencapai potensi sepenuhnya tidak kira latar belakang mereka

5. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperuntukkan lebih daripada RM1.0 bilion untuk setiap keluarga miskin dan golongan kurang upaya bagi mengatasi ketaksamaan peluang pendidikan.

Antara program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk golongan di atas adalah

I II III IV V

asrama harian jaket keselamatan yuran persekolahan bantuan perjalanan dan pengangkutan murid bantuan keperluan diri (untuk murid yang tinggal di asrama) seperti ubat gigi, sabun mandi, sabubn pencuci, kapur kasut dan tuala

A B C D

I, II dan III I, II dan IV II, III dan V III, IV dan V

Soalan Struktur

1.

Ketaksamaan peluang pendidikan merujuk kepada pandangan, pemikiran dan kepercayaan bahawa terdapat perbezaan antara kelompok anggota atau etnik dengan kumpulan atau etnik lain khususnya yang tinggal di pedalaman dalam pelbagai aspek termasuklah pencapaian akademik dan bidang kokurikulum. a. Cerakinkan dua faktor yang menyebabkan wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. [ 4 markah ]

Skema Jawapan i Kelas sosial -sistem feudal yang membezakan/memisahkan anggota masyarakat mendapatkan pendidikan yang sama dan setaraf -jurang pendidikan terhasil akibat pencapaian tahap sosio-ekonomi yang berbeza antara kelas sosial ii Kumpulan minoriti -disisih dan diabaikan keranan tiada kekuatan bersuara, kehendak tidak diutamakan, didiskriminasikan iii Infrastruktur -kemudahan mendapatkan guru -kemudahan mendapatkan bahan-bahan rujukan -kemudahan ICT -kekurangan kemudahan asas di sekolah 1 isi = 2 markah 2 isi x 2 markah = 4 markah

b.

Tunjukkan tiga cara bagaimana Kementerian Pelajaran Malaysia merapatkan jurang pencapaian antara sekolah bandar dengan sekolah pedalaman ke arah meningkatkan pancapaian dalam bidang akademik dan kokurikulum. [6 markah ]

Skema Jawapan; i ii iii iv v vi Menambah bilangan guru siswazah terlatih di sekolah pedalaman Menyediakan kemudahan asas di sekolah Menyediakan suasana kerja yang lebih kondusif meningkatkan bilangan guru opsyen mata pelajaran kritikal Mewujudkan perpustakaan yang lengkap dengan bahan-bahan rujukan menyediakan kemudahan ICT 1 isi = 2 markah 3 isi x 2 markah = 6 markah Soalan Esei 1. Di Malaysia, bilangan pelajar lelaki kurang berbanding perempuan yang pergi ke sekolah menengah. Salah satu sebab ialah lelaki sering kali menamatkan pengajian formal untuk bekerja sepenuh masa serta menampung pendapatan keluarga. Contohnya, 65% perempuan menghadiri sekolah menengah berbanding dengan 54% lelaki. UNGEI: http://www.ungei.org/ 3 April 2010

Berdasarkan petikan di atas, cadangkan usaha-usaha yang perlu dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia agar situasi tersebut dapat diatasi. [10 markah]

Bincangkan implikasi terhadap sosio-ekonomi di Malaysia jika situasi tersebut berterusan. (10 markah )

Bab 5 : Pembinaan Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

1. Cikgu Aminah telah menggunakan pendekatan autoritarian dalam pengurusan bilik darjahnya bagi memastikan kelancaran pengajaran dan pembelajarannya. Pilih perkara utama yang diberikan pendedahan dalam pelaksanaan pendekatan di atas.

A. Memaksimakan kebebasan pelajar dalam aktiviti pembelajaran B. Murid-murid dikawal ketat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan C. Membentuk dan memastikan peraturan sentiasa diikuti D. Memastikan murid ada hubungan baik dengan rakan sekelas semasa belajar.

2. Situasi di bawah yang menggambarkan seseorang kanak-kanak telah mencapai tahap perkembangan sosio-emosi yang dikehendaki, KECUALI A. Mengenali dan menguasai diri sendiri B. Berkebolehan mengurus diri sendiri dalam sebarang situasi C. Bertindak dalam keadaan matang dan waras D. Tahu membezakan perkara yang buru dan baik 3. Murid-murid digalakkan berbincang bagi menjana idea-idea yang kritis dan kreatif sesuai dengan budaya yang di ketengahkan. Kaedah ini boleh membantu menyelesaikan masalah dan membuat pertimbangan untuk meneruskan budaya yang releven dengan kehidupan seharian. Pernyataan di atas adalah merujuk kepada kaedah pengajaran A. kolaboratif B. koperatif C. kajian Luar D. generatif

4. Manakah aktiviti di bawah yang TIDAK termasuk dalam aktiviti pedagogi kelas bercantum A. Penyusunan jadual waktu B. Penyusunan kerusi-meja dan peralatan pengajaran C. Pengurusan alat bantu mengajar D. Penyusunan murid mengikut kumpulan social

5. Seorang guru sejarah telah berkhidmat di sebuah sekolah jenis kebangsaan di ibu kota. Dalam satu pengajaranya, guru berkenaan telah telah memberi ujian formatif sebaik sahaja tamat pengajarannya. Apabila dibuat penilaian oleh guru berkenaan, keputusannya sangat menyedihkan.

Apakah kemungkinan yang menyebabkan perkara di atas boleh berlaku A. B. C. D. Murid tidak memahami laras bahasa guru Murid di bandar tidak minat subjek sejarah Tajuk yang diajar tidak ada dalam pengalaman murid-murid. Guru berkenaan tidak mahir dalam subjek sejarah

Soalan Struktur

1. Jelaskan dan beri contoh-contoh yang sesuai bagaimana kaedah konteksual dan generatif sesuai diaplikasikan dalam bilik darjah yang mempunyai pelbagai budaya. ( 4 markah ) Skema Jawapan: i. Kaedah genaratif adalah dimana guru menggalakan murid-murid menjana ideaidea kritis dan kreatif yang sesuai berdasarkan rangsangan yang diberikan. Contoh: Guru memberi diminta menyelesaikan masalah yang wujud di kalangan mereka dalam kelas, seperti masalah hubungan yang tidak baik di kalangan mereka. ii. Kaedah konteksual ialah dimana murid dibawa kepada keadaan atau situasi sebenar. Contoh : Seperti lawatan ke zoo untuk mendapat maklumat sebenar tentang haiwan, dalam masa yang sama murid dapat berhubung dan berkerjasama di kalangan mereka. 1 isi = 2 markah 2 isi x 2 markah = 4 markah

Soalan esei Sebagai seorang guru besar di sekolah kurang murid, bagaimanakah anda dapat penyusunan murid-murid supaya sesuai dengan kehendak pengajaran dan pembelajaran situasi sekolah berkenaan serta berikan contoh bagaimana aktiviti pengajaran boleh jalankan. ( 20 markah )

Skema Jawapan ; Prinsip-prinsip pecahan kumpulan yang mungkin boleh dijalankan seperti berikut : a. kumpulan sama kebolehan dinamakan sebagai kumpulan akademik contoh subjek matematik dan bahasa guru memerhati dan mencatat pencapaian murid dalam aktiviti P&P

b. kumpulan pelbagai kebolehan terdiri daripada murid-murid pelbagai kebolehan contoh, dalam satu kumpulan ada yang pandai menulis, membaca, melukis, aktif dan sebagainya. biasanya kumpulan ini dibentuk untuk menjalankan satu-satu projek lembaran kerja disediakan mengikut kebolehan mereka.

c. kumpulan tahun persekolahan guru mengajar satu tahun tertentu, pada masa yang sama kumpulan tahun persekolahan lain melakukan kerja sendiri kaedah ini sesuai untuk kemahiran yang berbeza setiap kelas ada kumpulan lambat, sederhana dan cerdas. guru mengajar mengikut kelas secara bergilir guru menyediakan lembaran kerja untuk semua kumpulan.

d. kumpulan sosial berbeza dengan kumpulan aktiviti & kumpulan pelbagai kebolehan dibentuk berdasarkan penyesuaian kanak-kanak sendiri kanak-kanak diberi peluang memilih kumpulan sendiri antara aktiviti yang djalankan ialah permainan, pelajaran muzik, drama, P&P bercorak rekreasi.

e. kumpulan individu - aktiviti ini boleh dijalankan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. - guru mengambil kesempatan untuk membimbing secara individu. 1 isi = 3 markah 5 isi x 3 markah + huraian = 20 markah

Bab 6 : Kemahiran Komunikasi

1. Antara berikut, manakah BUKAN merupakan syarat komunikasi lisan yang berkesan antara guru dengan murid? A. Guru mengambil berat idea yang dikemukakan oleh murid B. Guru menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid C. Guru sentiasa menyampaikan maklumat dengan intonasi yang tinggi D. Pendengar harus bersikap terbuka ketika mendengar maklumat yang disampaikan

2. Tindakan manakah yang sesuai diambil oleh guru dalam menghadapi kepelbagaian sosio budaya semasa proses pengajaran dan pembelajaran ?. A. Merumuskan hasil pembelajaran mengikut kaca mata budaya murid sendiri B. Melaksanakan langkah pencegahan bagi menyekat kemungkinan berlaku ketidakselesaan hubungan C. Menggunakan bahasa setempat supaya murid selesa untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran D. Membentuk kumpulan yang sama sosio budaya bagi memudahkan murid berinteraksi secara terbuka di dalam kelas

3. Berikut merupakan aplikasi yang boleh digunakan oleh guru bagi memastikan tiada murid daripada pelbagai etnik terpinggir semasa proses pengajaran dan pembelajaran KECUALI

A. B. C. D.

memastikan murid berada di dalam kumpulan masing-masing menggunakan bahasa atau contoh berdasarkan pelbagai budaya menjadi panduan atau role model yang baik kepada murid pelbagai etnik menggunakan murid dari suku etnik yang berlainan semasa percakapan, perbincangan dan penulisan

4. Cikgu Azman ditugaskan untuk mengajar kelas 3 Cempaka yang muridnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Bagaimanakah Cikgu Azman menggunakan laras bahasa yang sesuai semasa mengajar untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan dan berjlan dengan lancar? A. Menggunakan dan menekankan penggunaan bahasa standard yang mudah dan jelas bersesuaian dengan sosiobudaya murid B. C. D. Guru meninggikan nada suara ketika memberi arahan kepada murid Guru tidak memandang muka murid apabila berkomunikasi Guru menggunakan bahasa pasar atau dialek didalam pengajaran dan pembelajaran

5. Antara berikut, manakah BUKAN merupakan syarat komunikasi lisan yang berkesan antara guru dengan murid? A. Guru mengambil berat idea yang dikemukakan oleh murid. B. Guru menggunakan bahasa yang muda difahami oleh murid. C. Pendengar harus bersikap terbuka ketika mendengar aklumat yang disampaikan. D. Guru sentiasa menyampaikan maklumat dengan nada suara yang tinggi.

6. Penyataan berikut adalah benar berkaitan implikasi kepelbagaiaan sosio budaya terhadap perkembangan sekolah di negara ini KECUALI

A. Menubuhkan sekolah wawasan yang sesuai untuk semua kaum


B. Membenarkan sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar C. Pembentukan kurikulum untuk membentuk bangsa yang beerasatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum D. Menjadikan sekolah sebagai ruang untuk pendidikan menerapkan kepercayaan dan nilai dalam masyarakat 7. Penyataan berikut adalah benar berkaitan implikasi kepelbagaiaan sosio budaya terhadap kurikulum tersirat di negara ini kecuali: A. Penerapan nilai budaya masyarakat dalam kurikulum B. Membentuk amalan melalui pelbagai aktiviti C. Membentuk bangsa yang bersatu padu D. Semangat nasionalisme dapt dipupuk dikalangan pelajar

SOALAN STRUKTUR Nyatakan 3 jenis cara belajar dan terangkan salah satu dari cara belajar tersebut GAYA BELAJAR TINDAKAN BELAJAR

AUDITORI VISUAL KINESTETIK

PROSES MENDENGAR PROSES MELIHAT DAN MENDENGAR HANDS-ON

Soalan Esei Kepelbagaian sosial dan latar belakang murid dalam bilik darjah mempengaruhi bentuk komunikasi yang diaplikasikan oleh guru bagi memastikan proses penyampaian ilmu itu lebih tepat dan berkesan. Laras bahasa yang digunakan dengan betul dapat membantu guru menyampaikan maklumat kepada murid.

Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan LIMA jenis laras bahasa khusus yang perlu digunakan oleh guru berserta contohnya. Skema Jawapan : Laras bahasa perniagaan ( guna dalam iklan atau tender) contohnya slogan, faedah penyata, perkaitan konsep, gesaan, dan kaedah umpan. Laras bahasa akademik (guna istilah khusus) contoh fotosentesis, pecutan, mengawan, dan pendebungaan. Laras bahasa undang-undang (tiada gambar, graf, mentafora dan peribahasa) contoh argumantum, hebeas copas Laras bahasa media (ayat panjang dan beberapa clousa) contoh laporan berita akhbar, terdapat 3 ciri penting. Laras bahasa sastera (bahasa yang menarik dan kreatif) seperti peribahasa, metafora dan simile contoh bagaikan pungguk rindukan bulan. Laras bahasa agama (istilah agama dari bahasa arab, banyak dipengaruhi dari bahasa arab dan petikan dari Al-Quran dan hadis) contoh khutbah dan doa.

1 isi = 2 markah 5 isi x 2 markah = 10 markah

2. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai budaya. Kepelbagaian sosio budaya ini turut memberi impak kepada system pendidikan negara. Ini memberikan cabaran kepada guru dalam usaha untuk memberikan pendidikan yang seimbang kepada murid tanpa mengira latar belakang dan kaum. Berdasarkan penyataan di atas, bincangkan peranan guru dalam mengatasi kesan kepelbagaian sosio budaya terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya bersertakan huraian dan contoh yang relevan. ( 10 markah )

Skema Jawapan : o Guru perlu memastikan ruang pembelajaran murid tidak terganggu dengan kepelbagaian latar belakang o Tidak membezakan murid antara satu sama lain Guru membantu murid memahami kekuatan diri murid untuk membantu orang lain o Guru menunjukkan teladan yang baik Guru bertanggunggjawab membina persefahaman yang baik antara murid yang berbeza sosio budayanya o Guru perlu memberi peluang yang sama rata Guru perlu mengenalpasti kemajuan dan kelemahan murid serta membuat penambahbaikan dalam pengajaran dan peembelajaran

1 isi = 2 markah 5 isi x 2 markah = 10 markah

Bab 7 : Pelan Tindakan Mewujudkan Persekitaran Yang Mesra Budaya 1. Kementerian Pelajaran Malaysia telah merancang beberapa program untuk mengintegrasikan pelbagai kaum. Program yang manakah paling sesuai untuk menyatukan murid pelbagai kaum? A B C D Projek anak angkat Lawatan sambil belajar Program silang budaya antara sekolah Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)

2. Guru perlu merancang dan menguruskan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Aspek manakah antara berikut boleh diberi perhatiann kecuali... A B C D kemahiran merancang aktiviti kumpulan gaya pembelajaran murid-murid di dalam kelas gaya kepimpinan autokratik dalam urusan hal-ehwal murid kemahiran interpersonal dalam menghadapi murid pelbagai kelas social

3. Strategi pengajaran yang paling sesuai digunakan oleh guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kumpulan Orang Asli ialah A B C D kaedah direktif kaedah individu kaedah koperatif kaedah perbincangan berpasangan

4. Yang manakah antara berikut merupakan aspek yang perlu diambil kira semasa merancang dan melaksanakan pelan tindakan mewujudkan persekitaran mesra budaya? i. ii. iii. iv. Kelas tambahan untuk murid Penglibatan komuniti setempat Strategi penyampaian berpusatkan murid Penaksiran berbentuk ujian aneka pilihan

A B C D

I dan III II dan III I, III dan IV II, III dan IV

5.

Sesebuah sekolah boleh merancang aktiviti demi mewujudkan persekitaran mesra budaya. Antara aktiviti yang paling kerap digunakan adalah.. i ii iii iv Kem bina diri Permainan catur Hari kebudayaan Hari kokurikulum

A B C D

I dan III II dan III I, III dan IV II, III dan IV

Soalan Struktur 1. a. RIMUP dibentuk untuk membangunkan integrasi kaum melalui pelbagai pendekatan yang telah dijalankan oleh kerajaan. Jelaskan matlamat RIMUP pada pandangan anda. ( 5 markah ) Jawapan RIMUP bertujuan untuk menyatupadukan semua murdi dengan melibatkan penyertaan masyarakat setempat, pada guru dan murid untuk mewujudkan suasana muhibbah, sikap kerjasama dan persefahaman serta toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah. Selain daripada itu, RIMUP akan menjadi perantaraan sesama kaum dalam mengatasi jurang sosial, Contohnya sekolah boleh menganjurkan aktiviti Makanan Kita, aktiviti ini membuka peluang kepada murid berlainan kaum mengenali makanan tradisional masing-masing melalui acara memasak dan mempamerkan makanan tradisional dengan kerjasama guru berlainan kaum. Program ini bersifat mesra budaya di mana program ini dapat mengeratkan perhubungan antara murid dengan murid serta mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya 1 isi = 2 markah 2 isi x 2 markah + huraian = 5 markah

b.

RIMUP dianggap sebagai satu program yang berjaya dalam menggerakan perpaduan kaum dan menyuburkan semangat kekitaan sejak sekian lama. Cadangkan tiga aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam RIMUP di sekolah (10 markah) Jawapan contoh Program RIMUP tidak akan menjadi kenyataan jika ianya tidak diisi dengan program atau aktiviti yang menarik kerana matlamat yang terkandung dalam program itu tidak memberi makna terhadap hasrat mewujudkan perpaduan antara kaum. Di antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah Hari Kebudayaan di peringkat sekolah. Dalam aktiviti ini semua kaum boleh menampilkan bentukbentuk kebudayaan masing-masing untuk dikongsi bersama kerana tanpa mengetahui kebudayaan tersebut murid-murid sukar untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada orang lain. Sudah pasti keunikan yang ada dalam kebudayaan tersebut memberi kesan kepada cepatnya berlaku pemahaman kepada kaum lain kerana di dalam kebudayaan itu ada nilai-nilai yang perlu dihormati dan dipatuhi Hujah-hujah lain

Hari kokurikulum Aktiviti gotong royong Kem motivasi Permainan tradisional dan moden 1 isi = 2 markah 5 isi x 2 markah = 10 markah

Soalan esei 1. Guru perlu mengurus pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya terutama dalam aspek kurikulum. Bincangkan bagaimana guru dapat merancang dan melaksanakan kurikulum yang mesra budaya dengan berkesan ( 20 markah ) Contoh Jawapan Guru perlu bijak dalam mengendalikan kelas pelbagai budaya sebagai pengukuh kepada aktiviti lain di samping sebagai pemangkin kepada RIMUP itu sendiri. Maka pemilihan aktiviti perlu seimbang dan berbentuk terbuka tanpa prejudis. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah; (i) Membina suasana pembelajaran yang mesra budaya; Dalam hal ini guru mewujudkan hubungan yang baik dengan muridnya sebelum P&P berkesan berlaku. Keprihatinan guru terhadap latar belakang serta hasil pembelajaran mereka amat menggalakkan penglibatan murid dalam pelajaran. Guru perlu memberi ruang supaya wujud interaksi murid pelbagai kaum kerana inilah masa mereka memperkenalkan diri, bercakap dan berkongsi isu peribadi atau berkaitan dengan pelajaran seperti minat, latar belakang dan pantang larang kaum masing-masing. Guru juga boleh menjalankan tinjauan tak-formal untuk mengetahui secara eksplisit tentang latar belakang dan pengalaman murid-murid. Guru perlu memanggil nama murid dengan betul. Pendekatan iniamat berkesan untuk mewujudkan suatu persekitaran pembelajaran yang menggalakkan semua murid sama ada orang Asli, peribumi atau murid di pedalaman. Aktiviti ini amat perlu untuk membantu guru dan murid merentasi halangan sosial dan budaya mereka Hujah-hujah lain Mengenal pasti gaya pembelajaran murid Merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai Pengajaran berteraskan Malaysian Oriented 1 isi = 3 markah 5 isi x 3 markah + huraian + contoh = 20 markah

Anda mungkin juga menyukai