Anda di halaman 1dari 21

Muka hadapan

LAPORAN ILMIAH
KOD KURSUS : GIG 1013
NAMA KURSUS : PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN
NAMA PENSYARAH : DR. MUHAMMAD SHAMSHINOR ABDUL AZZIS
SEMESTER & SESI : SEMESTER I, 2021/2022
KUMPULAN PENGAJARAN : OCC 4
NO. KUMP. PENGAJARAN : KUMPULAN 7
NO. SOALAN : SOALAN 2

Bil. Nama Nombor Matrik Baru


(Ketua Kumpulan) U2000282
1.
MUHAMMAD AFZALUR RAHMAN BIN
RODZI
2. Muhammad Al Azziz Bin Abdul Shukor U2001325
U2001402
ABDUL AZIM BIN ABD WAHAB
3.

Markah

30
1
Abstrak

Sebelum negara kita malaysia menggenggam kemerdekaan pada tarikh azimat 31 ogos
1957,pelbagai inisiatif,kaedah,undang-undang hatta perlembagaan yang berprinsip yang bagi
memastikan kelansungan dan kemajuan negara ini terus dapat ditingkatkan dengan lebih kukuh
dan utuh.unsur-unsur tradisi perlembagaan malaysia ini digubal dan dilaksana yang juga
bertujuan untuk menangani masalah kesepaduan sosial masyarakat tempatan bukan sahaja ketika
launganan pertama “merdeka!” Dilaungkan malah juga diguna pakai di era serba moden ini.oleh
itu,kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana cabaran yang dihadapi oleh
negara malaysia ini terhadap pembinaan negara bangsa yang merdeka dan bagaimana langkah
atau cadangan untuk mengatasi cabaran tersebut. Kajian kualitatif digunakan dalam kajian ini
dengan bersumberkan artiekl dan jurnal juran=nal yang boleh dipercayai dengan melayari
internet.Antara perkara yang dikaji ialah berkenaan isu bahasa yang hangat dipertengahkan
kerana pada hakikatnya masih ramai rakyat MAlaysia yang tidak mahir bertutur dan menulis
dalam Bahasa Melayu.Sedangkan negara kita ini mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi di Malaysia.Oleh itu,bagi menyelesaikan isu ini,satu cadangan dilontarkan iaitu dengan
menerapkan nilai perpaduan dalam masyarakat.Contohnya dengan memberi pendedahan pada
anaka ank kecil tentang bahasa dan juga negara bangsa di Malaysia ini. Di samping itu,kajian ini
juga menghuraikan mengenai isu kebudayaan.Antara isu kebudayaan yang dipertengahkan ialah
berkenaan tulisan jawi dan juga pakaian tradisional.Oleh yang demikian,satu usaha untuk
mengahalang isu ini daripada berlarutan adalah dengan memperkenalkan konsep bersatu padu
seperti ‘Negara Berinovasi’. Data dikumpul serta dianalisis melalui statistik data terkumpul. .
Hasil dapatan yang diperoleh melalui kajian ini menunjukkan bahawa untuk membina negara
bangsa tidak semudah yang disangka kerana terlalu banyak cabaran yang peril dihadapi untuk
menjadikan wawasan tersebut berjaya.akan tetapi, jika rakyat dan para pemimpin berganding
bahu menggalas satu wawasan yang seiring,maka pembinaan negara bangsa yang jitu dapat
direalisasikan dengan mudah.hakikatnya, seluruh rakyat yang bebilang kaum di negara ini dapat
disatukan melalui konsep negara bangsa ini jika nilai patriotisme dan nasionalisme dalam setiap

2
diri individu itu tinggi.maka walau apa pun cubaab untuk meruntuhkan kesatu paduan negara ini
tidak dapat berlaku kerana wujudnya rakyat yang cinta akan negara dan sayang aka setiap rakyat
tidak kira bangsa,agama dan etnik.

PENGENALAN

1.0

Malaysia merupakan Negara yang unik dan majmuk dengan kepelbagaian bangsa dan etnik.
Justeru itu, terdapat pelbagai agama seperti Islam , Kristian , Budha dan Hindu. Namun itu,
Malaysia juga tidak terkecuali dari kepelbagain makanan yang unik dari pelbagai kaum seperti
Nasi Lemak, Tosei dan Yong Tau Fu. Seperti yang kita tahu, pada zaman pemerintahan Dato
Seri Najib Abdul Razak dahulu pernah mengenalkan konsep negara bangsa kerana Negara kita
mempunyai pelbagai bangsa tapi di dalam satu Negara. Selain itu, Bahasa Melayu juga boleh
menyatukan pelbagai bangsa dan kaum yang ada dalam Negara kita kerana dengan bahasa kita
inilah dapat menarik minat supaya kaum lain dapat belajarnya untuk mudah bertutur dengan
masyarakat dalam kehidupan seharian. Perpaduan juga adalah salah satu cara yang baik untuk
menambahkan rasa harmoni dalam kalangan masyarakat apabila dipupukan dengan baik.

2.0

Tanggal 13 Mei 1969 telah termaktub dalam sejarah hitam Malaysia yang mana menjadi bualan
rakyat Malaysia ketika itu disebabkan orang melayu berasa ketinggalan dalam bidang ekonomi.
Selain itu, merupakan rusuhan kaum yang paling takut dan ngeri dalam sejarah Negara kita iaitu
antara orang melayu dan cina. Hal ini dapat menunjukkan sifat perkauman yang kuat antara
kaum yang boleh menyebabkan isu Negara bangsa di Malaysia ini semakin meningkat. Selain
itu, antara konflik yang kita boleh tahu yang menyebabkan Negara bangsa kita boleh berpecah
belah ialah sifat berat sebalah yang diamalkan oleh tentera Jepun. Hal ini sangat jelas
3
menyatakan bahawa terdapat pepecahan antara kaum kerana tentera Jepun memberi layanan
yang istimewa terhadap kaum Melayu dan memberi layanan yang sangat teruk terhadap kaum
cina pada zaman dahulu. Oleh sebab itu berlakunya perasaan permusuhan antara kaum Melayu
dan kaum Cina pada masa itu. Natijahnya, perpaduan antara kaum amat penting untuk kita jaga
dan pelihara sesama kita supaya kita dapat membentuk sebuah Negara yang mempunyai bilangan
kaum dan bangsa.

Sorotan kajian

Dalam mengkaji kepentingan etika dan peradaban terhadap kehidupan bermasyarakat dan negara
di Malaysia, beberapa kajian telah dilaksanakan untuk mengetahui dengan lebih mendalam
mengenai beberapa hal penting dalam kajian ini.Pengkaji telah merujuk sumber sumber yang
boleh dipercayai terutamanya artikel dan jurnal.Terdapat lima jurnal yang telah dirujuk untuk
dihurai dan dibahaskan.

SUMBER KAJIAN DARIPADA ARTIKEL/JURNAL YANG PERTAMA : JURNAL


PENGAJIAN MELAYU, JILID 17, 2006, ZULHILMI PAIDI DAN ROHANI ABDUL
GHANI

Zulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003: 35-36) dalam Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17,
2006 pula berpendapat bahawa terdirinya negara bangsa itu atas tiga tunjang asas iaitu
individu,negara dan bangsa.Pertamanya, tidak akan berlakunya diskriminasi dan juga
penganiyaan  apabila kesatuan dalam masyarakat itu wujud dalam segenap lapisan tanpa mengira
warna kulit.Walaupun mempunyai pegangan agama yang berbeza dalam kalangan masyarakat
majmuk kekuatan masyarakat yang ada dapat dikekalkan apabila wujudnya satu keharmonian

4
yang betunjangkan kesatuan bangsa dalam laipsan masyarakat.Maka sebarang bentuk cubaan
untuk memecah belahkan kesatuan masyarakat ini dapat dihalang dengan ketat jika tiada
diskriminasi wujud dalam kelompok masyarakat. Keduanya ialah masyarakat mestilah
memegang pada satu ideologi yang sama dalam sesuatu prinsip yang hendak dipertengahkan.
Ketiga ialah rakyat wajiblah meletakkan kepercayaan yang tinggi pada sistem pemerintahan
negara. Lain daripada itu,terdapat factor-faktor lain yang menjadi penggerak dalam pembinaan
negara bangsa seperti patriotism, nasionaliti integrasi,, nasionlisme, dan demokrasi.Justeru dapat
disimpulakan daripada ini bahawa ia memerlukan penyatuan unsur penting seperti
Bahasa,budaya,dan politik untuk menjunjung waawasan kesatuan negara bangsa agar tiada
wujud masalah atau isu yang berkaitan perbezaaan bangsa dan pemahaman.

Lontaran idea Cheah Boon K.heng, (2005: 93) menyatakan dalam jurnal yang sama ini
memberi fakta bahawa Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Majlis Perniagaan
Malaysia pada 29 Februari 1991, atau lebih dikenali sebagai Wawasan 2020 menyatakan dengan
tegas bahawa cabaran paling perlu diberi perhatian dalam menjadikan Malaysia negara yang
mampu mencorakkan acuan sendiri ialah pembinaan negara bangsa kerana setiap bangsa perlu
memgang satu ideologi yang sama dan perlu berganding bahu dalam menghapuskan sikap
prejudis yang ada dalam kelompok masyarakat khususnya dan juga rakyat Malaysia umumnya.

SUMBER ARTIKEL/JURNAL YANG KEDUA : ETOS BANGSA SEBAGAI WADAH


PEMBINAAN NEGARA BANGSA ( DISEMBER 2012 ), MOHD MAHADEE

Di samping itu, pada sudut pandangan lainnya, Ismail, Mohd Mahadee (2012) menghujahkan


pendapatnya dalam jurnal beliau. Takrifannya dalam mengatakan bahawa terbentuknya sesebuah
negara adalah dengan wujudnya,rakyat, kemerdekaan,tanah air, sempadan,kedaulatan, wilayah,
kerajaan dan mempunyai sistem perundangan tersendiri.Seluruh elemen ini digabungdan
menjadikan satu kuasa badan yang berautotiti.

Hakikatnya, pembinaan negara bangsa ini sebenarnya mempunyai satu kunci yang dapat
digunakan dalam merialisasikan wawasan ini iaitu melalui wadah etos bangsa.Dalam Jurnal

5
Komunikasi Borneo Edisi Khas (2015) nukilan Mansor Mohd. Noor Khairul Ghufran B. telah
Kaspin mentakrifkan daeipada sudut etimologi, perkataan etos datannya daripada Bahasa Yunani
iaitu ‘ethos’ yang membreri definsi sifat,perwatakan,peribadi dan keyakinan ke atas
sesuatu.Individu yang banyak membicarakan hal mengenai etos ialah sarjana mahsyur Greek,
Aristotle. Beliau memberi bayangan etos sebagai salah satu daripada tiga ‘mode of persuasion’
selain pathos dan logos.beliau mehnghuraikan maksud etos itu sendiri sebagai ‘moral
competence’ , Walaubagaimanapun, Aristotle cuba membuka perspektif yang besar lagi istilah
etos ini sehingga maknanya terselit dalam perkara yang berkaitan dengan ‘kolektif’ atau sesuatu
yang bersifat kelompok (Abdul Rahman Aziz 2004).

Dalam melaksanakan pembinaan negara bangsa yang sempurna, empat tunjang utama dalam
ciri ciri unik etos perlulah dipertangahkan agar ia menjadi wadah yang kuat dalam menyatu
padukan masyarakat majmuk yang berbilang kau ini. Antara ciri unik etos tersebut ialah
semangat, nilai perassaan, kepercayaan dan identiti. Justeru bagi menjulang etos ini untuk
diserap pada kekuatan pembinaan negara bangsa, golongan muda mudi menjadi penanda aras
keberkesanan etos bangsa ini kerana golongan belia ini merupakan penggerak kepada negara
yang akan menjadi pelapis pemimpin pada masa akan datang.

SUMBER ARTIKEL/JURNAL YANG KETIGA : PEMBENTUKAN MODEL


SEMANGAT PATRIOTISME DAN NASIONALISME (2016), CHE SU MUSTAFA,
ROHANI AB GHANI, ISMAIL YUSOFF

Pertumbuhan semangat patriotik dan imperialismenya adalah untuk mengembangkan institusi


demokrasi dan kapitalisme keseluruh dunia berdasarkan Hankins (1922), di Amerika. Pertikaian
nasionalisme sangat mustahak baginya.Dalam memupuk semangat nasionalisme dalam bangsa
Amerika, beliau beranggapan tiada bangsa etnik dan juga bangsa latin,German, Celtic, Slavic,
Arya atau Caucasian di negara terbabit.Tujuannya adalah bagi mengelakkan puak puak
chauvanis membanggai bangsanya adalah terpaling tulen dan mengagungkan bangsa mereka.
Bergitu juga, agama dan Bahasa tidak ada kena mengena dengan kenegaraan Sebagai

6
tamsilannya, kerakyatan yang sama tetapi menuturkan Bahasa yang berbeza.Sememangnya ini
akan menyebabkan jurang antara rakyat itu menjauh dan mengakibatkan pembinaan negara
bangsa di neranya gagal.Dalam hal ini, satu satunya institusi yang dapat memeberi satu bentuk
pendedahan Bahasa yang sempurna ialah institusi Pendidikan. Khususunya, kanaka kanak kecik
diterapkan dan dipupuk satu Bahasa utama dalam diri nya agar kelak mereka biasa dan mahir
berkomunikasi dalam Bahasa ibunda.

Menurut perbincangan Wang(1970), beliau menghuraikan bagaimana keteguhan Cina 


dalam memegang landskap bangsa dan kesepaduan masyarakat di Malaysia.Pada awalnya, orang
Cina di sini masih bertunjangkan negara asal mereka iaitu China.Pada tahap keduanya,mereka
sudah menyelesakan  diri mereka dengan sistem undang undang dan dasar ekonomi baru di
bawah jagaan British.Mereka juga mengadaptasi dengan permainan politik negarauntuk
mempertahankan bangsa  daripada puak yang cuba untuk mengancam kedeudukan mereka ini.
Pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20, British telah mewujudkan masyarakat majmuk
seperti yang kita nampak di Malaysia hari ini. Setiap kaum ada penempatannya sendiri dan tidak
Bersama kaum lain. Hal ini kerana, Kebanyakan kaum Cina terlibat dengan aktiviti
perlombongan dan orang  India pula tertarik dengan dengan aktiviti estes getah di .Maka di sini
dapat kita sedari bahawa hakikatnya ia memerlukan kuasa yang kuat dan wadah yang jitu untuk
menyatupadukan masyarakat majmuk yang berbilang kaum di Malaysia ini.Apabila lambat
pelaksanaannya,maka idea yang ada dalam pemikiran ahli politik tersebut hanyalah sekadar
mimpi.

SUMBER ARTIKEL/JURNAL YANG KEEMPAT : KONSOKIASIONAL: ANALISIS


KESTABILAN KERAJAAN, NORANIZA BINTI YUSOFF (2017)

Dalam Chambers' Encyclopedia (1973: 671) memberi definisi "nation building" sebagai "a
collective noun and may sefely be agreed to connect a group of people possessed of certain
distinctive characteristics, real or i magined, and united by certain special ties, sentimental,
political or both. This group must be of substantial size ... a  society united under one
7
government in a political state." Bahasa mudanhnya, tujuan pembinaan negara bangs aini tidak
lain tidak bukan adalah untuk melahirkan suatu perasaan yang sama dalam lapissan masyarakat
majumuk di Malaysia.Apabila wujudnya kesamaan dan kesatuan, rakayat Malaysia akan lebih
menyanyangi antara satu sama lain bak satu keluarga yang harmoni.

Di samping itu, Penrose (2009: 227) pula memberi penekanan  bahawasanya “nation-
building practices involve both encouraging uniformity in the population of the state and
inspiring personal identification with the new nation-state and, consequently, loyalty to it”.
Langkah permulaan bangs itu semestinya menjurus kepada pembinaan watan yang Bersatu dan
menyambungkan titik institusi politik dengan  cita-cita politik . Oleh demikian itu, Moten dan
Islam (2006: 67) memberi tafsiran negara-bangsa sebagai satu perbadanan pemerintahan yang
mentakrif kepada sebuah negara yang didiami oleh Nami yang mengkaidokan diri mereka
sebagai satu kealphaan pada bahasa, etnisiti dan faktor-faktor lain Gol D Roger (2009: 223) pula
mentakrifkan negara-bangsa sebagai “a geopolitical entity whose legitimacy – claims to
sovereignty and political power – is based on its capacity to represent a distinctive nation”.

SUMBER ARTIKEL/JURNAL YANG KELIMA : PEMBINAAN NEGARA BANGSA


MALAYSIA : PERANAN PENDIDIKAN SEJARAH DAN DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN (2009), MOHAMAD RODZI ABD RAZAK

Berdasarkan tajuk artikel di atas, pembinaan negara bangsa adalah matlamat utama sesebuah
negara dan dianggap sebagai puncak kejayaan bagi negara tersebut , pentadbiran politik serta
penduduknya. Pada awalnya, pembinaan negara bangsa lebih tertumpu kepada keperluan politik
sahaja. Namun begitu, usaha secara intensif giat dilakukan selepas peristiwa peperangan kaum
pada 13 Mei 1969 yang khusus dijalankan menerusi rancangan Dasar Ekonomi Baru. Apabila
munculnya Wawasan 2020 sebagai matlamat baharu yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri
pada masa itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1991, matlamat yang dituju lebih
jelas dan mula diberi perhatian oleh pelbagai pihak. Oleh demikian, pendidikan sejarah

8
dipercayai merupakan peranan penting sebagai mekanisme untuk mencapai matlamat negara
bangsa. Sejarah ibarat cikgu kepada seluruh manusia untuk sentiasa dipelajari dan diambil iktibar
dari peristiwa masa lampau. R.G Collingwood pernah mengangkat kepentingan sejarah sebagai
penyambung untuk sesebuah masyarakat serta diperlukan sebagai panduan hidup bagi
memastikan masyarakat tidak mengulangi kesilapan lalu dan perjalanan menuju masa depan
menjadi lebih terarah

Kenichi Ohmae pernah menyifatkan bahawa pada abad ke-20 sehingga awal abad ke-21
adalah era pengakhiran kepada negara bangsa. Beliau menekankan bahawa hal ini berlaku kerana
pembentukan dunia tanpa sempadan yang dikuasai oleh arus kemodenan yang berasaskan
teknologi.  Bagi beliau,  negara bangsa akan roboh dan tercalar disebabkan beberapa elemen
kuasa baharu seperti industri , pelaburan serta pengguna dan maklumat. Malaysia tidak terkecuali
dari menjadi negara yang bergelut dalam usaha membentuk negara bangsa yang sempurna.
Pelbagai usaha dijalankan namun unsur-unsu yang menghalang usaha negara bangsa masih tebal
dalam diri masyarakat , lebih-lebih lagi unsur berasaskan kaum. Pelbagai slogan dan usaha
diwujudkan oleh pemimpin negara seperti slogan 1 Malaysia yang diterapkan oleh Dato’ Seri
Najib Tun Abd Razak yang bermatlamat untuk menyuntik dan menyemai peringatan bahawa
negara Malaysia adalah negara yang dikongsi bersama oleh semua golongan masyarakat. Namun
begitu, menjadi persoalan mengapa negara Malaysia yang telah merdeka selama 65 tahun masih
tercari-cari dengan identiti negara dan bangsanya yang tersendiri. Isu perkauman semakin hangat
diperkatakan apabila muncul ahli politik yang menggunakan sentimen perkauman ini untuk
meraih simpati atau populariti. Nilai dan pelembangaan Malaysia seperti ketuanan Melayu dan
hak keistimewaan orang Melayu juga turut dipersoalkan oleh sesetengah pihak yang buta
sejarah.

9
Perbincangan

CABARAN-CABARAN DALAM MEMBINA NEGARA BANGSA

Kepelbagaian kaum dalam negara menyebabkan banyak penggunaan bahasa yang


berbeza. Penggunaan bahasa yang berbeza dalam kehidupan harian menyebabkan pembinaan
negara bangsa makin susah untuk dicapai. Sesuatu negara bangsa seharusnya mempunyai hanya
satu bahasa yang diguna pakai dalam menghadapi kehidupan harian. Negara bangsa ialah negara
berdaulat yang didiami oleh satu bangsa. Namun, adakah kita boleh digelar satu bangsa andai
bahasa yang digunakan dalam perbualan berbeza-beza? Terlalu banyak isu yang berbangkit
berkaitan dengan penggunaan bahasa yang berbeza dalam kalangan masyarakat kita.

Antara isu yang tular berkaitan dengan penggunaan bahasa yang berbeza ialah bangsa
lain mengutuk bangsa yang lain dalam bahasa bangsa mereka. Contohnya, jika ada orang melayu
yang ingin membeli-belah di kedai milik bangsa lain, pekerja-pekerja di kedai tersebut mengutuk
penampilan orang melayu tersebut dalam bahasa mereka. Mereka menganggap orang melayu
tersebut tidak memahami bahasa mereka dan disebabkan itu, mereka mengambil kesempatan
untuk mengutuk orang melayu tersebut di hadapan mereka. Situasi begini selalunya berjaya
dikantoikan oleh orang melayu yang memahami bahasa bangsa lain tersebut. Apabila terlalu
banyak kes begini berlaku, orang melayu mula untuk meragui apa yang bangsa lain katakan jika
bangsa lain berborak di hadapan mereka. Situasi ini juga telah menanam kebencian sesama
rakyat Malaysia dan menimbulkan lebih banyak masalah perpaduan dalam negara ini.

Seperti yang kita tahu, negara kita mengiiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Malangnya, Rakyat Malaysia tidak menghayati Bahasa Melayu sebagai bahasa yang
ada nilai ekonomi dan nilai penyatuan. Bahasa Melayu adalah bahasa yang indah. Bahasa
Melayu mempunyai nilai yang mampu menjadi teras perpaduan bangsa Malaysia dan digunakan
10
secara meluas dan bersama. Oleh itu, kita perlulah mengaplikasikan Bahasa Melayu dalam
urusan harian sama ada urusan rasmi mahupun urusan tidak rasmi. Penggunaan bahasa nampak
seperti sesuatu yang tidak memberi impak dalam pembinaan negara bangsa tetapi ternyata, hal
ini ini tidak boleh diambil ringan jika kita ingin mencapai status negara bangsa yang berjaya.
Sudah terang di sini bahawa penggunaan bahasa yang berbeza menjadi sebuah cabaran dalam
membina sesuatu negara bangsa.

Sebagai makhluk yang bernama manusia, tidak sah jika kita tidak menghukum sikap dan
perbuatan seseorang. Tabiat buruk ini menyebabkan wujudnya sikap prejudis dan stereotaip
mengikut bangsa. Perkara ini telah mewujudkan satu lagi cabaran dalam membina negara
bangsa. Stereotaip kaum dalam negara ini menunjukkan betapa teruknya rakyat Malaysia hidup
dalam suasana rasisme. Selalunya, stereotaip kaum lain digunakan sebagai bahan lawak sahaja
bagi kaum yang lain. Namun, semakin lama isu perkauman yang disentuh dalam bahan jenaka
tersebut semakin sensitif dan boleh menimbulkan pergaduhan antara kaum.

Pada hakikatnya, ramai antara masyarakat Malaysia bersikap prejudis dan menaruh
stereotaip negatif terhadap orang lain tanpa menyedari kelakuan tersebut. Bidang psikologi social
secara khusunya telah membuat beberap kajian yang dapat membuktikan fenomena ini. Misalnya
di Amerika Syarikat, hampir 80 peratus masayarakat kulit putih di sana menaruh sikap prejudis
terhadap masyarakat berkulit gelap tanpa mereka sedari. Tingkah laku ini boleh berlaku dalam
bentuk perbuatan dan juga kata-kata. Bagi mengecilkan lagi skop masyarakat dalam
perbincangan ini, kita boleh memetik beberapa stereotaip kaum di dalam negara Malaysia. Setiap
jenis kaum mempunyai stereotaip negatif yang tersendiri. Bangsa Melayu dipanggil kaum yang
malas. Gelaran bangsa yang gemar bercakap dengan putar belit diberikan kepada bangsa India.
Bangsa Cina pula dikatakan suka mengaut untung dalam perniagaan. Masyarakat di Borneo pula
sering dihina dengan kekurangan dari segi pembangunan yang ketinggalan. Banyak lagi
stereotaip kaum yang mencabar perpaduan antara kaum sekali gus memberi cabaran yang hebat
dalam pembinaan negara bangsa.

Kita sewajibnya menghentikan segala sikap prejudis dan stereotaip negatif antara kaum.
Segala sikap negatif bukanlah lahir daripada bangsa tetapi daripada diri sendiri. Cukuplah

11
menilai seseorang mengikut bangsa agar tidak wujud lagi kebencian antara kaum dalam negara
yang tercinta ini. Kita tidak mahu peristiwa 13 Mei 1969 berulang kembali. Sudah ternyata
bahawa stereotaip, prejudis dan sikap perkauman menghalang kejayaan untuk mencapai negara
bangsa.

Umum mengetahui bahawa Malaysia ialah salah satu negara yang mempunyai keunikan yang
tersendiri iaitu negara ini terdiri daripada pelbagai kelompok, ras dan etnik. Hal ini menyebabkan
negara kita mempunyai kebudayaan kaum yang berbeza-beza. Walau bagaimanapun, hal yang
demikian mendatangkan pelbagai kesukaran dalam membentuk negara bangsa kerana majoriti
masyarakat di Malaysia tidak sanggup untuk berkongsi kebudayaan antara kaum. Perasaan ini
timbul dalam masyarakat negara ini kerana masyarakat ini tidak memahami konsep negara
bangsa. Oleh itu, amat sukar untuk menyatukan kesemua kebudayaan yang ada dan dilabelkan
sebagai satu identiti.

Isu kebudayaan bukanlah isu yang baru dalam negara ini bahkan isu ini sudah hangat sejak
negara kita mencapai kemerdekaan. Antara budaya yang boleh diketengahkan dalam perbahasan
ini adalah pakaian tradisi. Berbagai-bagai jenis pakaian tradisi mengikut kaum di Malaysia.
Antara contohnya adalah baju kurung bagi kaum melayu, sari bagi kaum india dan cheongsam
bagi kaum cina. Sejujurnya, setiap pakaian tradisi kaum sangat menarik dan cantik untuk
dipandang. Namun, sesetengah orang bersa tidak puas hati jika pakaian tradisi mereka dipakai
oleh kaum yang lain. Mereka merasakan bahawa perbuatan tersebut mengganggu kehormatan
budaya mereka. Contoh budaya yang seterusnya adalah tulisan contohnya tulisan jawi iaitu salah
satu budaya bagi kaum melayu. Terdapat sesetengah pihak dari kaum lain menentang kewajipan
untuk mempelajari tulisan tersebut. Pada mereka, kewajipan tersebut merupakan cubaan untuk
mengangkat martabat hanya satu kaum sahaja di negara ini. Walhal, tidak salah jika kita
mempelajari tulisan kaum yang berbeza daripada kita. Situasi-situasi di atas jelas menunjukkan
bahawa masyarakt di negara ini belum bersedia untuk berkongsi keunikan budaya masing-
masing.

Setiap orang di dalam negara yang berbilang kaum seharusnya berasa bangga apabila kaum lain
menggunakan dan mengamalkan budaya mereka. Penggunaan tradisi mereka oleh kaum lain

12
menunjukkan betapa menariknya tradisi mereka di sisi kaum lain tersebut. Kesemua tradisi dan
budaya ini sepatutnya menjadi jambatan yang menghubungkan kemesraan antara kaum. Kita
perlulah berfikiran terbuka dan saling menerima setiap kebudayaan dalam negara yang tercinta
ini. Alangkah indahnya jika kita berjaya membina satu bangsa tetapi mempunyai pelbagai
kebudayaan tanpa mengira kaum. Jelaslah dalam perbincangan ini bahawa isu kebudayaan
menyukarkan lagi sesebuah negara  untuk menjadi sebuah negara bangsa.

CADANGAN-CADANGAN DALAM MEMBINA NEGARA BANGSA

Setelah menceburi hal cabaran dan halangan dalam membina sebuah negara bangsa, kami
ingin membangkitkan beberapa cadangan yang dapat membantu mencapai sebuah negara
bangsa. Skop cadangan tersebut akan melibatkan tiga peringkat iaitu peringkat individu,
peringkat masyarakat dan peringkat negara.

Cadangan yang pertama ialah penerapan nilai-nilai perpaduan dalam setiap individu.
Penerapan nilai-nilai perpaduan dapat melahirkan individu yang menghormati satu sama lain
sekali gus membina prinsip-prinsip kenegaraan dalam diri individu tersebut. Antara nilai-nilai
perpaduan yang harus diimplementasikan adalah sikap menerima, sikap rendah diri, dan berbudi
bahasa. Hal ini kerana sikap-sikap tersebut dapat meruntuhkan dinding prejudis yang terdapat
diantara bangsa dan kaum. Misalnya dalam peringkat individu, seseorang yang menerima
perbezaan budaya kaum lain dapat menghargai tujuan disebalik ciri-ciri kaum tersebut.
Kemudian, individu tersebut yang mempunyai sikap rendah diri tidak membanding-bandingkan
budaya kaum lain dengan kaum sendiri sambil memikirkan kaum mana lebih baik, sebaliknya
individu tersebut akan membandingkan budaya-budaya tersebut dengan tujuan untuk
menambahbaik kefahamannya tentang kaum lain. Masyarakat yang berbudi bahasa pula mampu
berkongsi idea dan tujuan antara kaum tanpa menaikkan isu-isu sensitif.

Antara cara-cara penerapan nilai-nilai perpaduan yang dapat dicadangkan adalah dengan
mengintegrasikan  nilai-nilai perpaduan dalam kehidupan seharian misalnya di sekolah dan
tempat kerja. Bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” mengatakan bahawa

13
setiap nilai-nilai murni hendaklah diterapkan pada umur yang awal, dimanakah lagi tempat untuk
membentuk setiap individu tersebut kalau bukan di sekolah. Pihak sekolah boleh mengaitkan
ideologi perpaduan dalam sukatan pelajaran dalam setiap subjek yang mampu. Guru-guru juga
boleh memperbanyakkan  kerja kumpulan antara kaum yang berbeza dalam kalangan pelajar. Di
kawasan kerja pula, sebuah syarikat boleh memastikan pekerja-pekerja mereka menerapkan
nilai-nilai perpaduan dalam mengendalikan kerja atau perniagaan. Syarikat tersebut boleh latih
pekerja mereka untuk kekalkan sikap hormat-menghormati antara rakan sekerja yang berbilang
kaum. Syarikat-syarikat juga boleh menyediakan lawatan-lawatan dan kem-kem bina diri yang
mampu mengeratkan hubungan antara satu sama lain sekali gus menanam nilai perpaduan dalam
diri masing-masing. Setiap individu pula hendaklah merendahkan diri mereka agar mudah
menerima segala pengajaran yang dapat diperolehi oleh aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh
pelbagai pihak.

Cadangan yang kedua untuk terus mengukuhkan pembinaan negara bangsa adalah
dengan mewujudkan konsep-konsep perpaduan yang mengatasi ideologi kebudayaan. Konsep-
konsep tersebut hendaklah dijadikan sebagai matlamat setiap individu dalam sebuah negara
bangsa. Sebagai contoh, konsep “Negara Berinovasi” merupakan matlamat yang memerlukan
kerjasama dan perpaduan rakyat tanpa kira bangsa atau kaum untuk merialisasikan konsep
tersebut. Dengan menggunakan konsep-konsep tertentu rakyat sebuah dapat fokus akan tujuan
yang lebih baik dan bermanfaat daripada kaum spesifik. Namun, pasti ada golongan yang tidak
mahu bekerjasama antara satu sama lain walaupun ada tujuan sama. Antara faktor yang
membangkitkan masalah tersebut adalah faktor bahasa yang berbeza seperti yang dikatakan
dalam cabaran-cabaran membina negara bangsa. Oleh itu, pelaksanaan konsep-konsep perpaduan
memerlukan asas nilai-nilai aspirasi dalam kalangan rakyat, misalya:

Pertama, budaya beprestasi tinggi, dimana setiap tugas yang diberi hendaklah
dilaksanakan pada tahap yang terbaik. Pelaksaan tugasan dengan sikap endah tak endah harus
dihapuskan agar konsep-konsep perpaduan dapat tercapai dengan berqualiti.

14
Kedua, budaya ilmu, merupakan sikap dimana setiap individu mempunyai keinginan
menimba ilmu yang tinggi. Sikap ini membolehkan masyarakat untuk belajar perkara baharu
tanpa kira bahasa, kaum dan bangsa kerana ilmu boleh datang dalam pelbagai bentuk.

Ketiga, ketabahan, dimana rakyat mempunyai sikap menerima cabaran dan sabar dalam
menghadapi kesukaran serta cekal dan tidak mudah mengalah. Rakyat yang tabah memiliki
semangat yang tinggi akan permudahkan pelaksanaan konsep-konsep perpaduan.

Keempat, kesetiaan, merupakan ciri dimana rakyat akan sanggup berkorban untuk negara
demi kedaulatan negara. Kesetiaan juga mampu meruntuhkan dinding prejudis antara kaum
sebaliknya melahirkan perpaduan antara kaum.

Kelima, kerjasama. Masyarakat yang bersikap bagai aur dengan tebing merupakan asas
perpaduan yang paling penting kerana pelaksaan konsep-konsep perpaduan merupakan kerja
berkumpulan, bukan kerja individu.

Setelah adanya langkah pertama, iaitu asas perpaduan dan nilai-nilai aspirasi dalam
rakyat jetala, kewujudan matlamat iaitu konsep-konsep perpaduan dapat menggunakan langkah
pertama tersebut untuk membina negara bangsa. Konsep-konsep seperti “Negara Berinovasi”
dan “Negara Global” memerlukan rakyatnya untuk memiliki kemahuan untuk tonjolkan bakat
dan ilmu agar dapat berdiri tahap global. Sekiranya rakyat tersebut mampu mencapai matlamat
perpaduan yang dinyatakan, pastinya rakyat negara itu sudah lepaskan ideologi-ideologi yang
sempit dan tidak bemanfaat bagi membina negara bangsa.

RUMUSAN

Kesimpulannya, pembinaan negara bangsa merupakan satu matlamat yang perlu diutamakan
bagi mengekalkan kesejahteraan dalam negara ini. Sememangnya tidak mudah untuk kita
menjamin kejayaan dalam memastikan matlamat ini tercapai. Terlalu banyak cabaran dan
halangan yang perlu kita atasi dalam usaha menjayakan matlamat tersebut. Walau

15
bagaimanapun, jika ada kemahuan, pasti ada jalannya. Jikalau kesemua pihak dalam negara ini
bekerjasama  dalam membina negara bangsa di Malaysia, peratus untuk matlamat ini tercapai
akan meningkat dengan drastik. Segala inisiatif dan cadangan yang tertera dalam kajian ini boleh
dititikberatkan sebagai asas dan kerangka dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Kita juga
boleh mengambil contoh dari negara yang berjaya membentuk sebuah negara bangsa contohnya
Indonesia. Apabila kita buat pemerhatian terhadap negara tersebut, isu-isu seperti isu yang
melibatkan perkauman jarang didengari kerana mereka bertekad untuk hidup sebagai satu
bangsa. Oleh itu, marilah kita berfikir kembali betapa pentingnya pembinaan negara bangsa di
Malaysia. Akhir kalam, impian akan kekal menjadi sebuah impian jika usaha kita tidak selaras
dengan apa yang diimpikan. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Semoga bangsa Malaysia dapat dilahirkan kelak.

RUJUKAN

Chew Fong Peng ,2006.Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 17,  Pembentukan Negara Bangsa
Melalui Pendidikan Sastera 
Mansor Mohd. Noor Khairul Ghufran B. Kaspin. 2015. Jurnal Komunikasi Borneo Edisi Khas
(Konvokesyen Ke-17 Ums)  Keberkesanan Mata Pelajaran Sejarah Dalam Membina Etos
Bangsa Generasi Muda Di Malaysia. Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd. Mahadee Ismail.(2011).Etos Bangsa Sebagai Wadah Pembinaan Negara Bangsa:


Diskusi Pelatih Program Latihan Khidmat Negara Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan
Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia. Universiti Putra Malaysia 

 Janet Ho Siew Ching, Yaakub Daud, Yahya Don.(2019) The Importance Of Emotional
Intelligence And Leadership In Employability

Syafiq L. (2012). Perlembagaan Malaysia: Penyertaan Sabah Dan Sarawak Ke Dalam


Malaysia, Https://D1wqtxts1xzle7.Cloudfront.Net/55315161/Perlembagaan_Malaysiawith-
Cover-Page-V2.Pdf

16
Wan Hussein, D. D. W. A. F. (2018). Perkara 153 Jamin Hak Semua Kaum | Berita Harian.
Https://Www.Google.Com.My/Amp/S/Www.Bharian.Com.My/Amp/Rencana/Muka10/2018
/12/504655/Perkara-153-Jamin-Hak-Semua-Kaum

Adenan Ayob. (2012) Nilai Bahasa Melayu Sebagai Penggerak Budaya Perpaduan Dalam
Kalangan Masyarakat Berbilang Kaum. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Aizat Bin Khairi. (2011). Konsep 1 Malaysia Dan Cabaran Pelaksanaannya Ke Arah
Pemantapan Perpaduan Sebuah Negara Bangsa. Jurnal Pendidikan Sains Sosial Dan
Kemanusiaan, Asosiasi Sarjana Pendidikan Sejarah Indonesia.
Https://Dokumen.Tips/Documents/Cabaran-Pembinaan-Negara-Bangsa-Dan-Cara-
Mengatasi.Html
Https://Docplayer.Info/72991664-Cabaran-Pembinaan-Negara-Bangsa-Malaysia-
Kandungan.Html

Osman, S. (1985). Masalah Perumahan Dan Hubungan Etnik Di Bandar Malaysia. Dlm. Sulong
Mohamad & Rahimah Abd. Aziz (Pnyt.). In Siri Seminar Pembandaran Dan Pembangunan
Negara (Pp. 187-194).

 Ramli, M. A., & Jamaludin, M. A. (2012). Prinsip Hubungan Sosial Bagi Menangani Konflik
Dalam Masyarakat Malaysia Berteraskan Islam. Jurnal Peradaban, 5, 49-71

Rahmat, N. E., Abdul Aziz, N., Mohamad Mangsor, M., & Mohd Zain, M. I. (2021). Kedaulatan
Raja-Raja Melayu Melangkaui Peruntukan Perlembagaan Persekutuan: Implikasinya Ke Atas
Sistem Raja Berperlembagaan Di Malaysia. Malaysian Journal Of Social Sciences And
Humanities (Mjssh), 6(8), 1–14.
Https://Doi.Org/10.47405/Mjssh.V6i8.969

Muslim, N. (2014). Institusi Raja-Raja Melayu: Peranannya Dalam Memelihara Kedudukan


Islam Dari Sudut Perlembagaan. Jurnal Antarabangsa Alam Dan Tamadun Melayu, 2(2), 121-
127.

17
Laporan Turnitin

18
19
20
21

Anda mungkin juga menyukai