Anda di halaman 1dari 28

UHAS1172 DINAMIKA MALAYSIA

TUGASAN 2
TAJUK: FAHAM KAUM DI MALAYSIA
_________________________________________
NAMA NO MATRIK
CHAN KOK SIONG A16KT0055
NATALIE NGUI JIA YI A16KT0275
OLIVIA ONG LI NING A16KT0350
PEH PEY ZHEN A16KT0357
SIN WEN TIAN A16KT0387
TAN XIN YAO A16KT0420
TEO SHI EIN A16KT0432
VICTOR LAI WEI XIANG A16KT0445
YAP YIK WAN A16KT0463
YEW SHI QIN A16KT0466

SEKYEN : 10
NAMA PENSYARAH : PM DR. HJ. HASHIM FAUZY YAACOB
1.0 PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri

daripada berbilang kaum dan agama. Oleh itu, kaum Melayu, Cina, India dan rakyat

peribumi yang lain hendaklah berfikir dan bertindak ke arah mencapai matlamat

yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih maju, selamat, aman dan

makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia. Selain itu, rakyat

Malaysia patutlah hidup bersatu padu dan bekerjasama antara satu sama lain

berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara. Dengan ini, Kaum Melayu, Cina,

India dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan

damai malah saling menghormati dengan sedar akan pentingnya perpaduan bak

kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”.

Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum berperanan penting bagi

memastikan perpaduan dapat dicapai untuk mencapai kemajuan bagi negara. Setiap

anggota masyarakat perlu ada keperibadian yang baik untuk menerima perbezaan

antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana perpaduan adalah proses penyatuan

dari semua aspek fizikal, sosial, ekonomi dan politik tetapi bukan biologikal.

Sehingga kini, perbezaan yang jelas dan sering diperkatakan adalah dari segi

kelompok kaum yang mempunyai budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing.

Ini merupakan salah satu masalah perpaduan dan integrasi di Malaysia moden.

Oleh itu, isu-isu seperti bangsa, adat-istiadat, kaum, dan agama perlu difahami dan

diterima oleh semua.

Semua kaum Malaysia mestilah mengamalkan sifat berbudi bahasa dengan

siapa jua sekalipun tanpa mengira status, kaum dan agama. Misalnya, rakyat

Malaysia hendaklah menjaga setiap tutur, menertib tingkah laku dan sentiasa

1
bersopan santun ketika berinteraksi. Setiap perbezaan yang ada di negara ini tidak

kira perbezaan kaum, agama, budaya dan kepercayaan haruslah dihormati dan

dihargai kerana itulah antara faktor yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara yang unik di mata dunia. Selain itu, penghormatan terhadap sejarah dan

perjanjian yang berlaku pada satu ketika dahulu haruslah diaplikasikan kerana

tanpa sejarah, tidak mungkin kita akan berada pada tahap kemodenan yang kita

sedang alami sekarang.

Bagi memperkukuhkan hubungan kaum, perasaan hormat-menghormati dan

sikap saling mempercayai antara kaum amat penting. Perkara yang perlu

diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah Rakyat perlu memahami dan

mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan

negara. Semua kaum perlulah menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia

di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di

mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati

pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

2
2.0 SOROTAN LITERATUR

2.1 Definisi Ras atau Etnik

Ras merujuk kepada sekumpulan manusia yang memiliki ciri-ciri fizikal yang

diwarisi secara genetik. Dalam kata lain, ras berdasarkan ciri kolektif seperti biologi

dan warna (kulit, mata, rambut dan sebagainya). Dalam dunia ini, ras dapat

dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Caucasian (kulit putih), Negroid (kulit hitam)

dan Mongoloid (kulit kuning). Ciri utama untuk menentukan ras seseorang

merupakan warna kulit. Selain itu, rambut, paras wajah, bentuk kepala dan

kumpulan darah juga dianggap sebagai bentuk fizikal lain yang dapat menentukan

ras seseorang. Contohnya, individu daripada ras Caucasian dikatakan mempunyai

bentuk fizikal seperti hidung mancung, rambut lurus dan tinggi. Manakala Negroid

memiliki rambut kerinting, bibir tebal dan kaki kurus. Di samping itu, Mongoloid

memiliki hidung kurang mancung, badan kecil dan mata agak kecil. Walau

bagaimanapun, hasil daripada evolusi manusia telah menyebabkan wujudnya

pertindihan sebahagian kriteria antara ras. Oleh demikian, kesukaran untuk

menentukan perbezaannya dengan tepat amat tinggi.

Etnik merujuk kepada sekelompok manusia yang mempunyai ikatan

kebudayaan yang serupa dari segi agama, ras, ataupun asal usulnya. Bagi kumpulan

etnik yang sama, mereka akan berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan

dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. Identiti etnik yang tertentu dapat

dihasilkan melalui perkongsian nilai antara kumpulan etnik.

2.2 Kepelbagaian kaum di Malaysia

3
Di Malaysia, terdapat tiga kaum yang terbesar iaitu kaum Melayu, Cina dan

India. Selain itu, terdapat juga kaum-kaum minoriti yang lain seperti Iban, Kadazan,

Sulu, Bidayuh dan sebagainya. Setiap kaum mempunyai ciri-ciri tersendiri,

contohnya dari segi agama. Kaum Melayu menganut agama Islam, Kaum Cina

menganut agama Buddha atau Kristian dan Kaum India menganut agama Hindu.

Kaum Melayu berpegang pada adat resam Melayu yang diwarisi daripada generasi

terdahulu di dalam kehidupan seharian mereka. Adat resam yang diwarisi

melingkupi segala aktiviti dalam kehidupan Kaum Melayu dari kelahiran sehingga

kematian. Contohnya, is melingkupi mengandung, bersalin, perkahwinan, kematian

serta pengebumian. Perayaan utama kaum Melayu ialah hari Raya Aidilfitri dan hari

Raya Korban. Selain itu, Kaum Cina mengamalkan adat resam kehidupan kaum

Cina sebagaimana yang diamalkan di Tanah Besar Cina. Perayaan utama

masyarakat Cina ialah Tahun Baru Cina. Kaum Cina memiliki bilangan yang lebih

kecil berbanding dengan Kaum Cina dan Melayu. Mereka juga berpegang teguh

kepada adat resam seperti yang diamalkan oleh kaum India di Selatan India.

Perayaan utama masyarakat India ialah Deepavali.

Selain daripada ketiga-tiga kaum utama yang disebut, Malaysia juga

mempunyai kepelbagaian kumpulan etnik peribumi yang minoriti. Walaupun

kebanyakan etnik peribumi terdapat di negeri Sabah dan Sarawak. Akan tetapi,

terdapat juga penduduk dari kaum etnik peribumi di Semenanjung Malaysia yang

dikenali sebagai Orang Asli.

2.3 Masalah Faham Perkauman Di Malaysia

4
2.3.1 Faktor-faktor Pencetusan Masalah Faham Perkauman

2.3.1.1 Perbezaan agama dan budaya

Di Malaysia terdapat tiga kaum iaitu kaum melayu, cina dan india.

Sebahagian besarnya kaum melayu beragama Islam, kaum cina beragama Buddha

dan Taoisme, kaum india beragama Hindu dan terdapat juga yang beragama

Kristian. Pelbagai agama dan kaum mempunyai kebudayaan yang tersendiri.

Pencetusan masalah faham perkauman ialah sikap jahil terhadap agama-agama lain

dan bukannya berpunca daripada menganut agama lain. Sikap jahil ini telah

menyebabkan seseorang membuat sesuatu perkara secara tidak sengaja dan telah

menyinggung perasaan kaum lain. Salah satu contoh ialah pembakaran ‘kertas

kuning’ semasa bulan hantu menyebabkan sesetengah masyarakat yang berpenyakit

respirasi seperti asma mengalami kesukaran dan mengotorkan halaman rumah

jiran-jiran. Peristiwa 13 Mei 1969 juga dicetuskan oleh sebab ini.

2.3.1.2 Pendidikan yang berbeza

Sistem dasar pendidikan yang wujud di Malaysia terbahagi kepada tiga

aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina dan India. Pelbagai aliran

mempunyai kurikulum yang tersendiri dan berbeza antara kaum. Sekolah Melayu

menekankan kemahiran membaca, menulis, dan menggunakan bahasa perantaraan

bahasa Melayu. Ajaran dan buku-buku teks di Sekolah Cina dan India dibawa dari

negara China dan India dan menggunakan bahasa perantaraan Mandarin dan

Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan

5
perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk

integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar.

2.3.2 Cara-cara Untuk Mengatasi Masalah Faham Perkauman

2.3.2.1 Sistem pendidikan yang seragam

Sistem pendidikan yang seragam akan mengatasi atau mengurangkan

masalah faham perkauman. Ini kerana pelbagai kaum akan belajar bersama-sama

dan memahami antara satu sama lain. Pelajar-pelajar akan berpeluang untuk

bergaul dengan pelajar atau etnik lain. Keadaan seperti sesetengah masyarakat

dalam kaum yang berbeza memandang rendah terhadap kaum lain atau perasaan

prasangka antara kaum tidak akan berlaku.

2.3.2.2 Pengaruh daripada Ibubapa

Kebanyakkan ibu bapa di Malaysia mempunyai anggapan yang salah

terhadap isu-isu kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 iaitu rusuhan yang berlaku dan

kemucak masalah perpaduan di Malaysia. Sebenarnya, ibubapa haruslah menjadi

satu contoh yang baik kepada anak-anak dan tidak patut memberi fakta yang

terpesong yang akan mempengaruhi anak-anak terhadap bangsa-bangsa yang lain

di Malaysia. Ibubapa haruslah mendidik anak mereka menghormati semua orang

tak kira apa agama dan kaum. Ibubapa juga haruslah mendidik anak mereka

memberi perasaan kasih sayang antara satu sama lain, saling membantu, saling

bertoleransi dan memahami kelakuan dan perbuatan kaum lain. Hal ini demikian

6
fikiran dan kelakuan anak-anak yang suci akan dipengaruhi oleh ibubapa. Dengan

ini, generasi berikut tidak akan mencetuskan masalah faham perkauman.

3.0 METODOLOGI

Kajian ini dilakukan menggunakan kaedah kuantitatif dengan mendapatkan

data daripada satu set soalselidik. Kajian adaah berkaitan dengan faham kaum,

kebimbangan berkomunikasi antara etnik dan adaptasi sosial. Kajian dilakukan di

Universiti Teknologi Malaysia. Populasi kajian ialah pelajar UTM daripada pelbagai

kaum dan dalam kalangan pelajar tempatan sahaja. Kaedah persampelan convinence

dilakukan. Data primer diperolehi daripada satu set soalselidik yang mengandungi

empat bahagian iaitu Bahagian A, latarbelakang responden, Bahagian B. Faham

kaum yang mempunyai 25 soalan menggunakan tujuh skala, Bahagian C

Kebimbangan komunikasi antara etnik (PRECA) yang dibangunkan oleh James

McCroskey mempunyai 14 soalan menggunakan skala 5 mata manakala Bahagian D

soalan tentang adaptasi social oleh Searl dan Ward (1990) mengandungi 41 soalan

menggunakan skala lima mata. Soalan Bahagian B dan D telah diubahsuai untuk

disesuaikan dengan keadaan masyarakat di Malaysia.

Data yang diperolehi dianalisis menggunakan pakej statistic SPSS. Kaedah

statistic yang digunakan ialah statistic deskriptif iaitu kekerapan (frequency),

peratusan (percentage), purata (min). Data dianalisis daripada soalselidik untuk

mendapatkan maklumat (1) Latarbelakang responden (2) tahap faham kaum (3)

Tahap kebimbangan berkomunikasi antara etnik dan (4) Tahap adaptasi social.

Untuk mendapatkan tahap faham kaum kesemua 25 item soalan dijumlahkan untuk

7
menjadikannya angkubah faham kaum. Tahap dikira daripada nilai min. Min skala

lima mata, rendah dibawah 2.33, sederhana 2.34-3.66 manakala tinggi di atas 3.67.

Min kumulatif ialah skor min kumulatif bawah 58.25 adalah taham perkauman yang

rendah, 58.26 91.5 tahap perkauman yang sederhana, manakala 91.6 ke atas adalah

tinggi.

Tahap Bahagian C iaitu skor PRECA adalah berdasarkan kaedah pengiraan

berikut:

Step 1. Scores were added for the following items: 1, 3, 5, 7, 9, 10, and 12

Step 2. Scores were added for the following items: 2, 4, 6, 8, 11, 13, and 14

Step 3. The following formula was completed: PRECA score = 42 - Total from Step 1

+ total from step 2.

PRECA scores range can from 14 to 70. Scores below 32 indicate low interethnic CA.

Scores above 52 indicate high interethnic CA. Scores ranging between 32 and 52

indicate a moderate level of intercultural CA.

Bagi memperolehi tahap adaptasi sosial soalan Bahagian D dijumlahkan dan

nilai min dicari. Kesemua 41 soalan dijumlahkan. Min boleh menggunakan min

kumulatif atau berdasarkan lima skala yang asal seperti dibawah:

Min skala lima mata, rendah dibawah 2.33, sederhana 2.34-3.66 manakala tinggi di

atas 3.67. Jika menggunakan min kumulatif bawah 95.53 ialah rendah, 95.54-150

sederhana dan atas daripada 151 adalah tinggi.

8
4.0 HASIL KAJIAN

4.1 Latar Belakang Responden

30 responden dengan berbilang jantina, kaum dan umur telah melibatkan diri

dalam soal-selidik kajian kami yang bertajuk “Faham Kaum di Malaysia”. Soalan

dalam kajian tersebut merangkumi pelbagai aspek dalam pekauman yang bertujuan

untuk memahami fikiran masyarakat tentang perkauman.

4.1.1 Jantina Responden

30 Responden telah melibatkan diri dalam kajian tersebut meliputi dua-dua

jantina. Berdasarkan data yang dapati, responden terdiri daripada 9orang lelaki dan

21 orang perempuan. Jadual 4.1.1 menunjukkan bilangan jantina responden yang

terlibat dalam kajian tersebut.

Jadual 4.1.1: Bilangan Jantina Responden Kajian Faham Kaum di Malaysia


Janita Bilangan Responden Peratus
Lelaki 9 30.00%
Perempuan 21 70.00%
Jumlah 30 100.00%

4.1.2 Kaum Responden

Dari segi kaum, kami telah melibatkan pelbagai kaum dalam kajian kami

tersebut. Dalam kajian ini, penglibatan kaum terdiri daripada lima jenis kaum, iaitu

Melayu, Cina, Indian, Iban dan Bidayuh. Hal ini dilaksanakan sedemikian untuk

mendapatkan hasil kajian yang holistik. Jadual 4.1.2 menunjukkan bilangan kaum

9
responden kajian tersebut. Berdasarkan Jadual 4.1.2, kajian tersebut melibatkan 7

individu Melayu, 11 individu Cina, 10 individu India, 1 individu Iban dan seorang

Bidayuh. Hal ini demikian kerana perbezaanan kaum mempunyai fikiran dan

pegangan agama yang berbeza-beza.

Jadual 4.1.2: Bilangan Kaum Responden Kajian Faham Kaum di Malaysia


Kaum Bilangan Responden Peratus
Melayu 7 23.33%
Cina 11 36.33%
India 10 33.33%
Iban 1 3.33%
Bidayuh 1 3.33%
Jumlah 30 100.00%

4.1.3 Umur Responden

Dari segi umur, kami telah melibatkan inidividu yang mengutamakan pelajar

univeristi dan polyteknik. Hal ini kerana kajian tersebut mengutamakan pandangan

mahasiswa-mahasiswi. Pelajar yang terlibat berumur 18 sehingga 27 tahun. Jadual

4.1.3 menunjukkan umur responden yang terlibat dalam kajian tersebut.

Berdasarkan Jadual 4.1.3, kajian ini menglibatkan seorang berusia 18 tahun , seorang

berusia 21 tahun , seorang berusia 22 tahun , 11 orang berusia 23tahun, 13 orang

berusia 24 tahun, seorang berusia 25tahun dan 2 orang berusia 27tahun.

Kebanyakkan berusia 23tahun dan 24tahun.

Jadual 4.1.3: Umur Responden Kajian Faham Kaum di Malaysia


Umur Bilangan Responden Peratus

10
18 1 3.33%
21 1 3.33%
22 1 3.33%
23 11 36.33%
24 13 43.33%
25 1 3.33%
27 2 6.67%
Jumlah 30 100.00%

4.2 Tahap Faham Perkauman

Faham perkauman telah dikaji dengan melalui soal selidik yang

mengandungi 25 soalan. Soal selidik ini telah melibatkan 30 orang responden yang

terdiri daripada kaum yang berbeza iaitu Malay, Cina dan Indian. Jadual 4.2.1

menunjukkan data yang telah dianalisi oleh perisian komputer ‘IBM SPSS Statistic’

untuk tahap faham perkauman daripada 30 orang responden.

11
Jadual 4.2.1: Tahap faham perkauman daripada 30 orang responden.
Soalan Sangat Tidak Sederhana Setuju Sangat Peratus Purata
Tidak Setuju Setuju
Setuju
Sebahagian besar masalah dihadapi oleh 3.30% 10.00% 46.70% 20.00% 20.00% 100.00% 3.43
bumiputera hari ini berpunca daripada mereka
sendiri
Kelas bawahan bumiputera menyalahkan 3.30% 10.00% 30.00% 36.70% 20.00% 100.00% 3.60
prasangkan anti bumiputera.
Orang Cina, India dan Melayu dapat bersaing 6.70% 10.00% 13.30% 43.30% 26.70% 100.00% 3.73
dalam pekerjaan sehingga ada pihak daripada
sesuatu kaum cuba mempertahankan
kedudukan mereka.
Salah satu sebab utama mengapa prasangka 0.00% 10.00% 23.30% 33.30% 33.30% 100.00% 3.90
kaum masih kuat kerana orang Melayu
menimbulkan isu sensitif berkaitan isu kaum.
Satu sebab penting mengapa orang Melayu 3.30% 13.30% 50.00% 20.00% 13.30% 100.00% 3.27
didiskriminasi dalam perumahan kerana
mereka suka menjual daripada menyimpan
harta itu
Satu sebab utama mengapa prejudis 0.00% 3.30% 33.30% 26.70% 36.70% 100.00% 3.97
perkauman masih begitu kuat ialah orang
Melayu banyak mendapat keistimewaan
Salah satu masalah dengan orang Melayu ialah 3.30% 26.70% 23.30% 30.00% 16.70% 100.00% 3.30
sesama mereka pun ada perasaan cemburu.
Ramai orang dari sesuatu kaum sering 0.00% 3.30% 36.70% 33.30% 26.70% 100.00% 3.83
menyalahgunakan keistimewaan yang

12
diberikan.
Segregasi dan pengasingan kaum hanya boleh 16.70% 23.30% 23.30% 10.00% 26.70% 100.00% 3.07
berlaku dengan adanya hanya satu sistem
pendidikan.
Mana-mana kaum boleh mencapai 3.30% 3.30% 20.00% 40.00% 33.30% 100.00% 3.97
kesaksamaan sosial jika mereka berusaha untuk
memperbaiki kaum masing-masing。
Terlalu banyak orang yang bukan dari kaum 10.00% 33.30% 33.30% 16.70% 6.70% 100.00% 2.77
saya, apabila mereka mendapat sedikit wang,
membelanjakannya untuk membeli-belah,
kereta mewah, atau pakaian mahal
Banyak orang dari kaum tertentu bila 6.7% 13.30% 36.70% 36.70% 6.70% 100.00% 3.23
mendapat kuasa atau tanggungjawab menjadi
sombong, mengabaikan kaum lain, kurang
bersetuju dengan orang dari kaum lain.
Setiap kaum boleh menyelesaikan masalah 0.00% 3.30% 10.00% 26.70% 60.00% 100.00% 4.43
sosial mereka jika semua mereka bersikap
bertanggungjawab, tidak malas dan jahil.
Tiada yang lebih rendah daripada “sampah 3.30% 13.30% 33.30% 30.00% 20.00% 100.00% 3.50
masyarakat” kaum yang lain.
Bukan Melayu mungkin benar, tetapi mereka 13.30% 13.30% 30.00% 43.30% 0.00% 100.00% 3.03
keterlaluan mencampuri urusan hal ehwal
orang Melayu.
Orang bukan Melayu telah menunjukkan 26.70% 30.00% 23.30% 10.00% 10.00% 100.00% 2.47
tindakan mereka sebagai kurang moral, keras
dan tidak boleh dipercayai.
Tidak kira sebaik mana sesuatu kaum dilayani 13.30% 23.30% 43.30% 16.70% 3.30% 100.00% 2.73
ia tidak bermakna kepada kaum itu.

13
Sesuatu kesilapan jika kita terlalu percaya 6.70% 33.30% 26.70% 23.30% 10.00% 100.00% 2.97
kepada kaum lain.
Mungkin terdapat kekecualiaan, tetapi pelajar 23.30% 20.00% 23.30% 20.00% 13.30% 100.00% 2.80
dan professional bukan Melayu sebenarnya
rendah diri terhadap pelajar atau professional
kaum Melayu.
Orang bukan Melayu hanya mesra kepada 40.00% 26.70% 10.00% 16.70% 6.70% 100.00% 2.23
orang Melayu apabila mereka mahukan
sesuatu daripada orang Melayu.
Bukan bumiputera tidak boleh mengharapkan 30.00% 20.00% 23.30% 20.00% 6.70% 100.00% 2.53
pertolongan daripada bumiputera dalam
menghadapi diskriminasi kaum.
Walaupun orang Cina menguasai perniagaan 10.00% 23.30% 46.70% 13.30% 6.70% 100.00% 2.83
di Malaysia, adalah suatu yang mengembirakan
keadaan bertukar kepada penguasaan
bumiputera.
Mungkin salah untuk menyalahkan semua 16.70% 26.70% 30.00% 20.00% 6.70% 100.00% 2.73
orang bukan Melayu, tetapi jelas bahawa bukan
Melayu mempunyai semua wang dan kuasa,
dan mereka memandang rendah orang Melayu.
Ramai orang bukan Melayu yang tidak 6.70% 13.30% 30.00% 36.70% 13.30% 100.00% 3.37
berprasangka dan secara tulus percaya bahawa
orang Melayu dan bukan Melayu adalah sama
rata.
Orang Melayu tidak sebaik bukan Melayu 20.0% 33.30% 16.70% 16.70% 13.30% 100.00% 2.70
dalam pendidikan, perniagaan, bidang
professional seperti doktor, peguam atau

14
akauntan.

15
Pernyataan “Sebahagian masalah besar yang dihadapi oleh bumiputera

berpunca daripada mereka sendiri” mendapat purata sebanyak 3.43. Purata

sebanyak 3.60 terhadap pernyataan kedua “Kelas bawahan bumiputera

menyalahkan prasangkan anti bumiputera.” Terdapat purata sebanyak 3.73 dan

26.7% dalam kalangan responden iaitu 8 orang daripada 30 orang responden merasa

sangat setuju terhadap pernyataan “Orang Cina, India dan Melayu dapat bersaing

dalam pekerjaan sehingga ada pihak daripada sesuatu kaum cuba mempertahankan

kedudukan mereka”. Untuk pernyataan “Salah satu sebab utama mengapa

prasangka kaum masih kuat kerana orang Melayu menimbulkan isu sensitif

berkaitan isu kaum.” mendapat 0.00% daripada responden merasa sangat tidak

setuju terhadap pernyataan ini dan mempunyai purata sebanyak 3.90. Pernyataan

“Satu sebab penting mengapa orang Melayu didiskriminasi dalam perumahan

kerana mereka suka menjual daripada menyimpan harta itu.” mendapat purata

sebanyak 3.27 dan mendapat 50% responden iaitu 15 daripada 30 orang responden

merasa sederhana terhadap pernyataan ini. Selain itu, pernyataan “Satu sebab utama

mengapa prejudis perkauman masih begitu kuat ialah orang Melayu banyak

mendapat keistimewaan.” mendapat purata sebanyak 3.97 manakala “Salah satu

masalah dengan orang Melayu ialah sesama mereka pun ada perasaan cemburu.”

mendapat purata sebanyak 3.30. Pernyataan “Ramai orang dari sesuatu kaum sering

menyalahgunakan keistimewaan yang diberikan.” dapat 0% responden daripda 30

orang responden menjawab sangat tidak setuju terhadap pernyataan ini. Pernyataan

“Segregasi dan pengasingan kaum hanya boleh berlaku dengan adanya hanya satu

sistem pendidikan.” mendapat purata sebanyak 3.07 manakala pernyataan “Mana-

mana kaum boleh mencapai kesaksamaan sosial jika mereka berusaha untuk

16
memperbaiki kaum masing-masing.” mendapat purata sebanyak 3.97. Hanya 6.7%

responden iaitu 2 orang daripada 30 orang responden menjawab sangat setuju

terhadap pernyataan “Terlalu banyak orang yang bukan dari kaum saya, apabila

mereka mendapat sedikit wang, membelanjakannya untuk membeli-belah, kereta

mewah, atau pakaian mahal.” Seterusnya, pernyataan "Banyak orang dari kaum

tertentu bila mendapat kuasa atau tanggungjawab menjadi sombong, mengabaikan

kaum lain, kurang bersetuju dengan orang dari kaum lain.” mendapat purata

sebanyak 3.23. Pernyataan “Setiap kaum boleh menyelesaikan masalah sosial

mereka jika semua mereka bersikap bertanggungjawab, tidak malas dan

jahil.”mendapat lebih separuh peratus iaitu 60% iaitu 18 daripada 30 orang

responden menjawab sangat setuju dan mendapat purata yang paling tinggi dalam

25 soalan ini iaitu 4.43. “Tiada yang lebih rendah daripada “sampah masyarakat”

kaum yang lain.” mendapat purata sebanyak 3.50 manakala “Bukan Melayu

mungkin benar, tetapi mereka keterlaluan mencampuri urusan hal ehwal orang

Melayu.” mendapat purata hanya sebanyak 3.03. Terdapat hanya 10% iaitu 3

daripada 30 orang responden menjawab sangat setuju terhadap pernyataan “Orang

bukan Melayu telah menunjukkan tindakan mereka sebagai kurang moral, keras

dan tidak boleh dipercayai.” manakala hanya 1 orang menjawab sangat setuju

terhadap pernyataan ini “Tidak kira sebaik mana sesuatu kaum dilayani ia tidak

bermakna kepada kaum itu.” Pernyataan “Sesuatu kesilapan jika kita terlalu percaya

kepada kaum lain.” mendapat purata sebanyak 2.97 manakala pernyataan

“Mungkin terdapat kekecualiaan, tetapi pelajar dan professional bukan Melayu

sebenarnya rendah diri terhadap pelajar atau professional kaum Melayu.” mendapat

purata sebanyak 2.80. Pernyataan “Orang bukan Melayu hanya mesra kepada orang

17
Melayu apabila mereka mahukan sesuatu daripada orang Melayu.” mendapat

purata yang paling rendah iaitu sebanyak 2.23 dan terdapat 40% responden iaitu 12

daripada 30 orang responden menjawab sangat tidak setuju terhadap pernyataan

tersebut. Di samping itu, pernyataan “Bukan bumiputera tidak boleh mengharapkan

pertolongan daripada bumiputera dalam menghadapi diskriminasi kaum.”

mendapat purata sebanyak 2.53 manakala pernyataan lain “Walaupun orang Cina

menguasai perniagaan di Malaysia, adalah suatu yang mengembirakan keadaan

bertukar kepada penguasaan bumiputera.” mendapat purata sebanyak 2.83.

Pernyataan “Mungkin salah untuk menyalahkan semua orang bukan Melayu, tetapi

jelas bahawa bukan Melayu mempunyai semua wang dan kuasa, dan mereka

memandang rendah orang Melayu.” mendapat purata sebanyak 2.73 dan

pernyataan “Ramai orang bukan Melayu yang tidak berprasangka dan secara tulus

percaya bahawa orang Melayu dan bukan Melayu adalah sama rata.” mendapat

purata sebanyak 3.37. “Orang Melayu tidak sebaik bukan Melayu dalam

pendidikan, perniagaan, bidang professional seperti doktor, peguam atau

akauntan.” mendapat purata sebanyak 2.70 dan mendapat 10 orang menjawab tidak

setuju terhadap pernyataan ini.

18
4.4 Tahap Adaptasi Sosial

Tahap adaptasi sosial telah dikaji dengan soal selidik yang mengandungi 41

aspek. Soal selidik tersebut melibatkan 30 orang responden yang terdiri daripada 10

orang Melayu, 10 orang Cina dan 10 orang India. Data soal selidik tesebut telah

dianalisasikan melalui perisian computer “IBM SPSS Statistic” seperti berikut. 1

mewakili sangat tidak keyakinan, 2 mewakili tidak keyakinan, 3 mewakili

sederhana, 4 mewakili yakin, dan 5 mewakili sangat yakin. Jadual 4.4.1

menunjukkan tahap adaptasi sosial daripada 30 orang responden

19
Jadual 4.4.1: Tahap adaptasi sosial daripada 30 orang responden.

Bil. Aspek Sangat tidak Tidak Sederhana Yakin Sangat Peratus Purata
yakin yakin yakin
1. Membina persahabatan 0.00% 16.70% 20.00% 36.70% 26.70% 100.00% 3.73
2. Mengunakan sistem 3.30% 10.00% 16.70% 50.00% 20.00% 100.00% 3.73
pengangkutan

3. Membuat diri sendiri faham 0.00% 6.70% 13.30% 56.70% 23.30% 100.00% 3.97
4. Bersedialah dengan kadar 0.00% 6.70% 13.30% 56.70% 23.30% 100.00% 3.97
kehidupan

5. Pergi membeli belah 0.00% 10.00% 6.70% 50.00% 33.30% 100.00% 4.07
6. Pergi ke majlis sosial 3.30% 6.70% 30.00% 43.30% 16.70% 100.00% 3.63
7. Beribadat mengikut kebiasaan 0.00% 3.30% 36.70% 46.70% 13.30% 100.00% 3.70
saya

8. Memberitahu tentang diri anda 3.30% 16.70% 26.70% 40.00% 13.30% 100.00% 3.43
kepada orang lain

9. Memahami lawak dan jenaka 0.00% 6.70% 26.70% 46.70% 20.00% 100.00% 3.80
10. Berurusan dengan seorang yang 3.30% 33.30% 36.70% 20.00% 6.70% 100.00% 2.93
tidak
meyenangkan/bersilang/agresif

11. Bekerja dengan makanan / 0.00% 6.70% 0.00% 56.70% 36.70% 100.00% 4.23
mencari makanan tempatan
yang anda nikmati

20
12. Mengikuti peraturan 3.30% 0.00% 13.30% 73.30% 10.00% 100.00% 3.87
13. Berurusan dengan orang yang 3.30% 16.70% 36.70% 30.00% 13.30% 100.00% 3.33
berkuasa

14. Berurusan dengan birokrasi 0.00% 20.00% 43.30% 36.70% 0.00% 100.00% 3.17
15. Membuat diri difahami 0.00% 6.70% 20.00% 53.30% 20.00% 100.00% 3.87
16. Menyesuaikan diri dengan 0.00% 6.70% 10.00% 66.70% 16.70% 100.00% 3.93
penginapan tempatan

17. Berkomunikasi dengan orang- 0.00% 3.30% 20.00% 60.00% 16.70% 100.00% 3.90
orang dari kumpulan etnik yang
berbeza

18. Berinteraksi dengan orang yang 0.00% 0.00% 23.30% 56.70% 20.00% 100.00% 3.97
berlainan jantina

19. Berurusan dengan 3.30% 13.30% 23.30% 46.70% 13.30% 100.00% 3.53
perkhidmatan yang tidak
memuaskan

20. Mencari jalan penyelesaian 0.00% 0.00% 13.30% 66.70% 20.0% 100.00% 4.07
sendiri

21. Berurusan dengan iklim 0.00% 10.00% 16.70% 66.70% 6.70% 100.00% 3.70
22. Berurusan dengan orang yang 3.30% 16.70% 43.30% 33.30% 3.30% 100.00% 3.17
menatap anda

23. Pergi ke kedai kopi/gerai 0.00% 3.30% 6.70% 46.70% 43.30% 100.00% 4.30
makanan/ restoran/ kedai
makanan segera

21
24. Memahami asken/ bahasa 0.00% 3.30% 23.30% 46.70% 26.70% 100.00% 3.97
tempatan

25. Menginap jauh dari ahli 0.00% 10.00% 13.30% 46.70% 30.00% 100.00% 3.97
keluarga di luar negara / bebas
daripada ibu bapa anda
26. Menyesuaikan diri dengan etika 0.00% 3.30% 10.00% 66.70% 20.00% 100.00% 4.03
tempatan

27. Berguna untuk kepadatan 0.00% 16.70% 13.30% 53.30% 16.70% 100.00% 3.70
populasi

28. Berinteraksi dengan orang yang 3.30% 3.30% 30.00% 50.00% 13.30% 100.00% 3.67
lebih tua

29. Berurusan dengan orang yang 3.30% 3.30% 30.00% 50.00% 13.30% 100.00% 3.67
lebih tinggi status.

30. Memahami apa yang anda 0.00% 0.00% 16.70% 73.30% 10.00% 100.00% 3.93
perlukan di universiti

31. Dapat melaksanakan tugas. 0.00% 6.70% 6.70% 70.00% 16.70% 100.00% 3.97
32. Berurusan dengan staf daripada 0.00% 0.00% 20.00% 73.30% 6.70% 100.00% 3.87
lain budaya

33. Menyatakan pandangan anda 0.00% 13.30% 23.30% 46.70% 16.70% 100.00% 3.67
34. Tinggal dengan keluarga orang 3.30% 10.00% 20.00% 50.0% 16.70% 100.00% 3.67
tempatan

35. Menerima dan memahami 3.30% 10.00% 23.30% 53.30% 10.00% 100.00% 3.57
sistem politik tempatan

22
36. Memahami world view tempatan 3.30% 10.00% 23.30% 50.00% 13.30% 100.00% 3.60
37. Mengambil perspektif local 3.30% 3.30% 23.30% 60.00% 10.00% 100.00% 3.70
tentang budaya

38. Memahami sistem nilai 3.30% 3.30% 23.30% 63.30% 6.70% 100.00% 3.67
tempatan

39. Melihat sesuatu daripada 0.00% 10.00% 36.70% 36.70% 16.70% 100.00% 3.60
pandangan lokal

40. Memahami perbezaan budaya 0.00% 6.70% 20.00% 56.70% 16.70% 100.00% 3.83
41. Mampu melihat dari dua sudut 0.00% 0.00% 36.70% 50.00% 13.30% 100.00% 3.77
yang berbeza tentang isu antara
budaya

23
Dari segi membina persahabatan, para responden telah menunjukkan mereka

yakin dengan aspek tersebut dengan purata sebanyak 3.73. Dengan purata yang

sama, para responden telah mengatakan bahawa mereka yakin dengan

menggunakan system pengangkutan. Para responden menunjukkan keyakinan atas

membuat diri sendiri faham dengan purata sebanyak 3.97 dan mereka juga yakin

pada persediaan dengan kadar kehidupan dengan purata yang sama. Dalam

adaptasi sosial dengan pergi membeli belah, para responden memberikan

pandangan mereka bahawa mereka sangat yakin dengan aspek tersebut dengan

purata sebanyak 4.07.

Manakala para responden menunjukkan keyakinan mereka pergi ke majlis

sosial dan beribadat mengikut kebiasaan mereka dengan purata sebanyak 3.63 dan

3.70 masing-masing. Keyakinan dalam memberitahu tentang diri mereka kepada

orang lain telah ditunjukkan oleh para responden dengan purata sebanyak 3.43.

Apabila berkomunikasi dengan orang lain, para responden mempunyai keyakinan

dengan purata 3.80 dalam memahami lawak dan jenaka. Di samping itu, para

responden memberikan pandangan sederhana terhadap keyakinan mereka apabila

berurusan dengan seorang yang tidak meyenangkan, bersilang dan agresif dengan

purata 2.93.

Tambahan pula, para responden mengatakan bahawa mereka sangat yakin

apabila bekerja dengan makanan ataupun mencari makanan tempatan yang mereka

nikmati dengan purata sebanyak 4.23. Mereka berpendapat bahawa mereka yakin

untuk mengikuti peraturan dengan purata sebanyak 3.87. Apabila berurusan

dengan orang yang berkuasa, para responden mengatakan bahawa mereka

24
mempunyai keyakinan dengan purata sebanyak 3.33. Situasi yang sama ditunjukkan

apabila mereka berurusan dengan birokrasi dengan purata keyakinan sebanyak 3.17.

Di samping itu, para responden beryakin atas membuat diri difahami dan

menyesuaikan diri dengan penginapan tempatan dengan purata sebanyak 3.87 dan

3.93 masing-masing. Mereka juga berpendapat bahawa mereka beryakin untuk

berkomunikasi dengan orang-orang dari kumpulan etnik yang berbeza dengan

purata sebanyak 3.90. Dengan purata sebanyak 3.97, para responden telah

mnunjukkan bahawa mereka beryakin untuk berinteraksi dengan orang yang

berlainan jantina.

Para responden turut memberikan pandangan bahawa mereka beryakin

untuk berurusan dengan perkhidmatan yang tidak memuaskan dengan purata

sebanyak 3.53. Selain itu, mereka sangat beryakin bahawa mereka mampu mencari

jalan penyelesaian sendiri dengan purata sebanyak 4.07. Selain itu, mereka

menunjukkan keyakinan mereka apabila berurusan dengan iklim dan berurusan

dengan orang yang menatap mereka dengan purata 3.70 dan 3.17 masing-masing.

Malahan, para responden sangat beryakin untuk pergi ke kedai kopi, gerai

makanan, restoran, dan kedai makanan segera dengan purata sebanyak 4.30.

Selain daripada itu, para responden menunjukkan keyakinan dengan purata

sebanyak 3.97 untuk memahami asken ataupun bahasa tempatandan juga menginap

jauh dari ahli keluarga di luar negara ataupun bebas daripada ibu bapa mereka. Para

responden memberikan pendapat mereka bahawa mereka mampu menyesuaikan

diri dengan etika tempatan dengan purata keyakinan sebanyak 4.03. Mereka juga

beryakin atas berguna untuk kepadatan populasi dengan purata sebanyak 3.70. Para

25
responden memberikan pandangan bahawa mereka beryakin dengan purata

sebanyak 3.67 bagi berinteraksi dengan orang yang lebih tua dan berurusan dengan

orang yang lebih tinggi status.

Tambahan pula, para responden mengatakan bahawa mereka yakin untuk

memahami apa yang mereka perlukan di universiti dengan purata sebanyak 3.93.

Sementara itu, mereka menunjukkan keyakinan mereka terhadap mereka dapat

melaksanakan tugas dan berurusan dengan staf daripada lain budaya dengan

purata sebanyak 3.97 dan 3.87 masing-masing. Mereka juga beryakin untuk

menyatakan pandangan mereka dan tinggal dengan keluarga orang tempatan

dengan purata sebanyak 3.67. Mereka juga yakin akan mereka dapat menerima dan

memahami sistem politik tempatan dengan purata sebanyak 3.57.

Para responden berpendapat bahawa mereka beryakin untuk memahami

world view tempatan dan mengambil perspektif lokal tentang budaya dengan purata

sebanyak 3.60 dan 3.70 masing-masing. Sementara itu, mereka turut yakin untuk

memahami sistem nilai tempatan dan melihat sesuatu daripada pandangan lokal

dengan purata sebanyak 3.67 dan 3.60 masing-masing. Para responden

menunjukkan keyakinan mereka dengan purata sebanyak 3.83 untuk memahami

perbezaan budaya. Akhir sekali, mereka beryakin bahawa mereka mampu melihat

dari dua sudut yang berbeza tentang isu antara budaya dengan purata sebanyak

3.77.

26
Rujukan

1. Ahmad, N. (no date) ‘Konsep-konsep asas hubungan etnik’, pp. 1–15.

2. ‘Sejarah masyarakat India di Malaysia (Penerbit UM) - Azharudin Mohamed

Dali - Google Books’ (no date).

3. https://bizniz87.wordpress.com/2011/01/08/pelbagai-etnik-jadikan-

malaysia-negara-unik/

4. https://soskicap.blogspot.com/2017/01/blog-post.html

5. http://abqaryy.blogspot.com/2017/09/faktor-faktor-berlakunya-isu-

negatif.html

6. https://www.researchgate.net/profile/MOHD_ANUAR_RAMLI/publicatio

n/327464119_ISU-

ISU_SENSITIF_DALAM_MASYARAKAT_MAJMUK_DI_MALAYSIA_PASC

A_PILIHANRAYA_UMUM_PRU14_APLIKASI_PENDEKATAN_KESEDERH

ANAAN/links/5b908290a6fdcce8a4c63a47/ISU-ISU-SENSITIF-DALAM-

MASYARAKAT-MAJMUK-DI-MALAYSIA-PASCA-PILIHANRAYA-UMUM-

PRU14-APLIKASI-PENDEKATAN-KESEDERHANAAN.pdf

7. https://www.kkmm.gov.my/pdf/1%20malaysia%20booklet%20edisi

%20terbaharu.pdf

8. https://www.scribd.com/doc/255275207/Malaysia-Merupakan-Sebuah-

Negara-Yang-Unik-Kerana-Masyarakatnya-Terdiri-Daripada-Berbilang-

Kaum-Dan-Agama

27

Anda mungkin juga menyukai