Anda di halaman 1dari 21

PENGAJIAN MALAYSIA

BAB 3 : SEJARAH DAN LATAR BELAKANG KEMUNCULAN MASYARAKAT


MAJMUK

KUMPULAN 5

1. FARAH SYAHIRA BINTI ABDUL AZIZ (02DTM16F1074)


2. SITI HAJAR BINTI CHE MUSA (O2DTM16F1091)
3. NUR FARZANA BINTI MOHD AINI (02DTM16F1026)
4. SHASMITHA A/P LINGAM (02DTM16F1111)
5. ASWINI A/P RAJENDRAN (02DTM16F1096)

PROGRAM : Diploma Teknologi Makanan

SESI : Jun 2016

JABATAN : Teknologi Makanan

NAMA PENSYARAH : Ustaz Kamal Hisam Bin Abdul Halim

PENGENALAN

Definisi

1. Masyarakat

Kamus Dewan (2005) menyatakan: “Masyarakat ialah kumpulan manusia yang


hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu,
keluarga dan kumpulan – kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah
masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya,
melalui hubungan bersemuka. Melalui pergaulan, maka berlakulah hubungan sosial
yang sifatnya berulangan seperti gotong royong, menjayakan majlis-majlis
perkahwinan, menyambut hari-hari kebesaran agama dengan ziarah menziarahi,
mengadakan rumah tebuka, jamuan rakyat dan sebagainya. Kekerapan perpaduan
ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial.”

2. Masyarakat Majmuk

Apakah takrifan masyarakat majmuk?

“Masyarakat majmuk adalah kewujudan budaya, ekonomi, tempat tinggal, pegangan


ideologi politik dan sosial dalam pelbagai etnik yang berbeza.” Dalam hubungan ini,
cuba kita perhatikan pandangan J.S.Furnival, seorang sarjana sains politik yang
mula-mula mengemukakan konsep masyarakat majmuk pada tahun 1948. Kata
J.S.Furnival:

“Di Burma, seperti di Jawa, barangkali perkara yang amat menarik hati pelawat
adalah campuran kumpulan-kumpulan manusia – orang Eropah, Cina, India dan
Bumiputera. Dalam ertikata yang setepat-tepatnya, mereka bercampur tetapi tidak
bersatu padu. Tiap-tiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan, pemikiran dan
cara hidup masing-masing. Sebagai seorang perseorangan, mereka bercampur,
tetapi hanya diapasar, dalam menjual dan membeli. Wujud satu masyarakat majmuk
yang terdiri dari kumpulan-kumpulan manusia yang hidup berdampingan, tetapi
berasingan, dalam satu unit politik yang sama. Malahan dalam bidang ekonomi
terdapatnya pembahagian tugas atau garis-garis perkauman” (T.P. Jagedo, 1989:
28-9).

Jadi, anda sekarang dapat membuat satu rumusan tentang apa yang dimaksudkan
dengan masyarakat majmuk itu. Secara ringkas, ia adalah kemajmukan pelbagai
kelompok etnik yang tinggal dibawah satu bumbung politik dalam sesebuah negara
tetapi tidak bersatu padu. Masing-masing kelompok mempunyai bahasa, budaya,
agama, nilai dan pemikiran serta cara hidup yang berlainan. Dengan kata lain,
mereka nampak kelihatan hidup bersama tetapi berasingan.

3. Ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut :


1. Berkelompok.
2. Berbudaya
3. Mengalami perubahan.
4. Berhubungan (dalam dan dengan pihak luar).
5. Mempunyai kepimpinan.

6. Mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)

Faktor

Kita semua wajar memahami secara jelas konsep masyarakat kerana factor-faktor
berikut :-

1. Hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk
hidup bermasyarakat.
2. Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup masyarakat.
3. Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain.
4. Memupuk kerjasama yang berterusan dalam amsyarakat sendiri dan dengann
masyarakat lain. Jadi, sifat dan ciri masyarakat mesti difahami kerana masyarakat itu
adalah satu yang dinamik.

Konsep Etnik

Anda telitikan takrif etnik sekarang:

“Satu sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam dari
segi adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik adalah
berkait rapat dengan konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan
penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat biologi. Di Malaysia, pelbagai etnik
hidup secara berlainan tetapi tetap berada di bawah satu sistem politik yang sama.
Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza
berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, orientasi politik, kegiatan
ekonomi dan sebagainya. Di negara ini, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun,
Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnosentrik itu mengaggap ciri-
ciri budayanya sangat wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik yang lain
yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun dikatakan berada pada tahap
rendah atau tidak bermoral.”

Jika anda berada di Sarawak dan Sabah, anda pasti dapat melihat dengan jelas
pelbagai suku kaum yang terdapat di negeri-negri tersebut. Dari satu kaum
berkembang pula kaum yang lain. Inilah yang dinamakan sub-etnik. Dalam satu
etnik, terdapat satu jenis budaya. Ini menandakan adanya satu kebudayaan atau
sub budaya yang jelas menyatukan anggotanya dengan nilai, sikap dan tingkah laku
yang sama.

Tahukah anda pakah yang dinamakan etnosentrisme? Maksudnya ialah


kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah
kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat
dari kelompok lain.

Konsep Ras dan Rasisme

Di negara kita nampaknya konsep ras dan etnik kerap kali bercampur aduk sehingga
maknanya menjadi lebih kurang sama. Jadi, orang Melayu, Cina dan India serta
pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik
juga dipanggil ras dalam kehidupan seharaian.

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang
mempunyai tanda-tanda pengenalan bersama seperti warna kulit, warna mata,
warna rambut dan sebagainya. Lazimnya perbezaan warna kulit seperti seorang
India yang berkulit hitam dengan seorang Cina yang berkulit putih kuning menjadi
kriteria utama bagi membezakan kumpulan manusia.

Apakah yang dimaksudkan dengan rasisme?


Ia diertikan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesautu kelompok lain berdasarkan
perbezaan wajah fizikal biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara
terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prasangka
buruk (prejudis) dan kuasa yang ditunjukkan melalui amalan pilih kasih (diskriminasi)
warna kulit dan ciri-ciri fizikal-bilogikal yang lain.

Konsep Sangka Buruk (prejudis)

Apakah yang dimaksudkan dengan sangka buruk (prejudis)? Satu sikap negatif yang
ditunjukkan oleh seorang individu dan kelompok tertentu terhada sesuatu bangsa,
ras, etnik, individu dan masyarakat. Sikap sangka buruk ada dimana-mana sahaja
dalam masyarakat dunia. Dalam konteks Malaysia, lazimnya ia dirujukkan kepada
amalan sangka buruk antara pelbagai kaum dan masyarakat.

Diskriminasi

Sekarang mari kita pelajari apa itu diskriminasi? Ia ditakrif sebagai pandangan,
pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap
anggota atau anggota kelompok etnik yang lain yang mempengaruhi perilaku pihak
yang berpandangan negatif. Pokoknya, diskriminasi ialah perbuatan membezakan
seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan cirri-ciri etnik
semata.

Budaya

Definisi

1. Kamus Dewan (2005) mentakrifkan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi
(cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Dengan lain perkataan, budaya
bolehlah didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan
tertentu dan meliputi system sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,
keprcayaan, adat resam, sikap dan nilai.

2. Kamus Falsafah (1996) memberikan maksud budaya sebaga: “Cara hidup bagi
rakyat, termasuk sikap-sikap, nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan, seni, ilmu
pengetahuan, bentuk-bentuk persepsi (pemerhatian), tingkah laku, tabiat dan
kegiatan-kegiatan.”

Ciri-Ciri Budaya?

1. Budaya yang dipelajari.


2. Budaya yang dikongsi.
3. Budaya yang bersifat sejagat.
4. Budaya yang diwarisi.
5. Budaya yang berubah-ubah.
6. Budaya yang berunsur simbolik.
7. Budaya yang berpandangan semesta (world-view).

Perubahan

1. Seperti yang diketahui bahawa setiap masyarakat mempunyai budayanya yang


tersendiri. Ia terbentuk kerana adanya hubungan yang rapat dalam kalangan
anggota seseuah masyarakat itu. Sebai contoh, masyarakat Melayu di desa-desa
telah wujud berpuluh abad lamanya iaitu sebelum kedatangan budaya asing (Cina,
India, Aab dan Eropah). Masyarakat berubah kerana zaman beredar.
2. Dalam konteks masyarakat Melayu di negara ini, orang-oarng Melayu berpindah ke
Rancangan FELDA (Lembaga kemajuan tanah Perseketuan) dalam tahun 60’an.
Pergerakan orang-orang Melayu dari luar bandar ke bandar KL berlaku dalam era
70an. Objektif utamanya adalah untuk ekonomi dan pelajaran.
3. Mutakhir ini perpindahan masyarakt Melayu diluar bandar berhijrah ke bandar besar
seperti KL, JB, Ipoh, Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Seremban, Melaka, Kucing
dan lain-lain bandar di seluruh negara menjadi semakin rancak akibat pelaksaan
Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Wawasan
20/20.

Faktor

Jika kita mengkaji factor-faktor kenapa berlakunya perubahan dalam masyarakat


Melayu, ini adalah disebbakan oleh factor-faktor berikut:

1. Manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta,


mengubah, menambah dan melastarikan budaya. Mereka menurunkannya dari satu
generasi kepada satu generasi yang lain. Selanjutnya, generasi yang menerima
telah mengubah suai budaya yang mereka terima berasaskan situasi sosial dan
fizikal semasa.
2. Manusia yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya:
bdaya material seperti Tembok Besar Cina dan budaya bukan material seperti
system kepercayaan dan pemikiran. Paduan kedua-dua budaya ini menjadi pemacu
kepada kemajuan sesebuah masyarakat.
3. Penglibatan setipa anggota masyarakat adalah diperlukan bukan sekadar untuk
mengatir pengurusan hidup harian seperti politik ekonomi dan pentadbira, tetapi
melibatkan juga nilai, norma, emosi dan sebagainya.

Hubungan Etnik Di Malaysia

Faktor Mempengaruhi

Perbincangan dalam bab ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara etnik
yang dapat dilihat dalam tiga suku kaum terbesar di Malaysia – Melayu, Cina dan
India. Di Sabah dan Sarawak, terdapat pula pelbagai suku kaum/etnik/sub-etnik

Komposisi Dan Taburan Penduduk Sebelum Merdeka


 Sebelum penemuan bijih Timah oleh Long Jaafar di Taiping, Perak, pada
tahun 1948, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada
orang-orang Melayu.

 Hanya sebilangan kecil sahaja orang Cina yang datang ke Tanah Melayu
sebagai pedagang dan membuka penempatan mereka di Melaka, Kuala
Trengganu, Sungai Johor, Sungai Pahang dan Kelantan. Pada masa yang
sama, terdapat pergerakan kecil kaum India yang bekerja sebagai buruh di
ladang kopi dan tebu yang terdapat di Pulau Pinang dan Seberang Prai.

 Walaubagaimanapun, pada pertengahan kurun ke 19, orang-orang Cina


dan India telah berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena
ini berlaku kerana dasar kapitalisme penjajah Inggeris yang
bertanggungjawab membawa orang-orang asing masuk ke negara ini untuk
bekerja di lombong-lombong bijih dan ladang-ladang getah.

 Kesan yang nyata dari dasar liberalisme ekonomi Inggeris itu telah
menyebabkan berlakunya proses pembentukan pelabagai kaum di Tanah
Melayu. Nyata sekali bahawa penghijrahan secara besar-besaran dalam
kalangan imigran Cina dan India telah mengubah struktur kependudukan asal
Tanah Melayu.

 Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil iaitu dari
54% merosot 49% pada tahun 1921. Peratus warga Melayu menurun lagi
kepada 45% pada tahun 1931. Lihat Jadual (A) dan (B).

 Kemajmukan penduduk di Tanah Melayu telah menyebabakan Inggeris


mentadbir negara ini dengan menggunakan dasar ‘pecah dan perintah”
(divide and rule). Dasar yang bersifat tipu helah politik ini telah menyebabkan
berlakunya polarisasi kaum yang semakin ketara di Tanah Melayu akibat
pengkhususan orang-orang Melayu yang hanya bekerja dalam sektor
pertanian, sementara orang-orang Cina diberikan ruang di dalam sektor
perniagaan, dan orang-orang India pula dalam bidang perladangan.

Rajah A

Rajah B
Penduduk Utama Malaysia

Komposisi penduduk di negara ini boleh diperincikan dengan melihat etnik-etnik


yang terdapat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Masing-masing etnik ada sub-
etnik yang dapat dibezakan berdasarkan negeri, dialek bahasa dan lain-lain corak
budaya yang diprakstiskan. Contohnya, terdapat sub-etnik seperti suku Banjar yang
bayak terdapat di Tanjung Karang, Selangor, Parit Buntar Perak, dan Senggarang,
Batu Pahat, Johor. Suku Mandailing banyak yang tinggal di negeri Perak dan
Selangor. Suku Jawa banyak terdapat di Johor dan Selangor.

Rajah D

Komposisi Kaum dan Suku Kaum Penduduk Malaysia


Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak
Melayu Cina India Orang Asli
 Banjar Hokien  Malayali  Negrito  Kadazan  Bidayuh
 Boyan  Chuan-  Punjabi  Senoi  Bajau Bisaya
 Bugis chew  Selon  Melayu  Dusun  Iban
 Jawa  Chin-chew  Tamil Asli (setiap  Murut  Kayan
 Kampar  Eng-hua  Telegu rumpun ini  Bisaya  Kedayan
 Kerinci  Eng-choon pula terdiri  Kadayun  Kelabit
 Mendaling  Hok-chew daripada  Orang  Kenyah
Kwangtung suku Sungai  Melanau

kaum)
Minangkabau  Teochew  Suang  Melyau
 Rawa  Hakka Laut  Murut
 Johor-Riau  Hailam  Brunei  Penan
 Punan

Etnik Melayu
Bagi memahami dengan lebih mendalam kedudukan orang-oarang Melayu di Tanah
Melayu, kita huraikan sejarah dan sosio-budaya masyarakat Melayu.

1. Orang Melayu dapat ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu dimana nenek
moyangnya datang dari Indo-China dan Yunan lebih 3,500 tahun dahulu.
Walaubagaimanapun, kewujudan etnik Melayu di negara ini juga adalah disebabkan
oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia sejak abad
kesembilan lagi.

2. Antara kumpulan penduduk Indonesia yang ramai berpindah ke Tanah Melayu ialah
etnik Minangkabau, Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Mandailing, Kampar dan Rawa.
Kebanyakan mereka berhijrah beramai-ramai pada zaman penjajahan Inggeris
kerana menjadi buruh kontrak dan buruh bebas diladang-ladang kopi dan getah.

3. Selain itu, ada juga orang-orang Melayu yang berasal dari Patani (Selatan Thai).
Kebanyakan mereka bertumpu di Kelantan, Kedah dan di utara Perak.

Ekonomi

1. Corak ekonomi orang-orang Melayu berubah dan meleset sadikit demi sedikit
apabila Inggeris campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan. Kemasukan
buruh-asing telah mengubah strukur ekonomi masyarakat Melayu. Beberapa buah
bandar baru seperti Por Weld (Perak), Kuala Lumpur (Selangor) dan lain-lain telah
muncul sebagai pusat-pusat ekonomi baru.

2. Sebaliknya, kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau di


perkampungan masing-masing. Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat
dari semasa kesemasa, namun peratusan kaum Melayu di bandar-bandar baru ini
kekal kecil.

3. Akibat perdagangan yang berat sebelah, prsetasi ekonomi orang Melayu di zaman
penjajahan tidak mencapai sebarang kemajuan. Penjajah Inggeris sengaja tidak
mahu memajukan orang-orang Melayu dalam semua bidang penghidupan terutama
di luar bandar.

Etnik Cina

1. Sebelum kedatangan Inggeris, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil.


Kebanyakan mereka bekerja sebagai peniaga sahaja. Penghijrahan masuk
masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengabilan Pulau Pinang
oleh Inggeris dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilan Singapura
dari Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat
pada tahun 1826.

2. Pada peringkat permulaan, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak


perlombongan awal seperti Lukut dan Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Menjelang
tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong telah mencecah hampir
10,000 orang; dan di Larut, Perak, pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang.
Kawasan-kawasan lombong bijih timah di Kuala Lumpur, seperti di Ampang, Sungai
Kancing dan Klang di Selangor, kesemuanya diuasahakan oleh buruh-buruh Cina.
Akibat peluasan kegiatan ekonomi perlombongan, penempatan-penempatan baru
masyarakat Cina telah dibuka.

3. Selanjutnya, kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu digerakkan melalui


aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui
sistem Kangcu dengan menggunakan surat kebenaran yang dipanggil Surat Sungai.
Implikasi dari system ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor
telah menacapai 100,000 orang.

4. Pihak Inggeris menggalakkan kemasukan buruh Cina ke tanah ayer dengan


meluluskan beberapa undang-undang seperti the Chinese Immmigrants and The
Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan Perlindungan Orang Cina pula
ditubuhkan bertujuan untuk melindungi kepentingan buruh-buruh Cina.
5. Imigran Cina ke Tanah Melayu terdiri dari pelbagai suku kaum dengan perbezaan
loghat yang ketara, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama
adalah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Suku Hokkienlah yang
terbesar sekali sehingga kehari ini. Mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan.

6. Bilangan orang Cina kini setabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga
tahun
1967, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu adalah seramai 2, 332, 936 orang.
Sehingga tahun 1957, 37% penduduk Tanah Melayu adalah terdiri dari kaum Cina.
Walaubagaiamanapun, peratusan terakhir kaum Cina telah menurun ke paras 25%
sahaja berdasrkan laporan akhbar-akahbar tempatan (Oktober, 2007).

Kaum India

1. Dalam konteks komuniti India di negara ini, hubungan antara India dengan
Semenanjung Tanah Melayu sejak beberapa kurun lalu. Pada Abad Pertama Masihi,
penganut-penganut agama Hindu-Buddha telah menyebarkan agama mereka di
Nusantara.

2. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka pedagang-pedagang India menjalankan


perniagaan rempah ratus di Pelabuhan Melaka.

3. Penghijrahan masyarkat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai


tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India. Mereka mulai
bekerja sebagai peladan-peladang kopi dan tebu di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Selepas itu, kaum India menambahkan jumlah pekerja-pekarja mereka di kawasan-
kawasan penanaman getah di Perak, negeri Semblan dan Selangor. Dari tahun
1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke
Tanah Melayu. Angka tersebut telah berlipat ganda kemudiannya, iaitu antara tahun
1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 98,000 buruh India berhijrah ke
Tanah Melayu.

4. Komposisi suku kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu, kebanyakannya adalah
terdiri dari suku Tamil yang berasal dari Tamil Nadu, selebihnya adalah Malayalam
dan Telegu. Selain itu, orang-orang India yang berasal dari Sri Lanka dan Punjabi
dari Utara India. Kumpulan Tamil adalah yang terbesar iaitu kira-kira 80%. Suku
Malayalam di sekitar 7% dan Telegu 4%.

5. Buruh-buruh India telah datang kenegara ini samaada secara paksaan atau
sukarela. Kumpulan yang dipaksa adalah terdiri dari banduan atau tawanan yang
bekerja membina jalan-jalan raya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-
bangunan kerajaan.

6. Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ialah
system Kangani. Mengikut sistem ini, seorang buruh India yang telah bekerja di
Tanah Melayu apabila pulang ke India, dia hendaklah mencari seorang pekerja baru
untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang-orang ini dikenali sebagai
Kangani. Walaubagaiamanapun, sisitem ini dihapuskan pada tahun 1938.

Etnik Sabah dan Sawarak

1. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga meriah dengan pelbagai suku kaum dan sub-
suku kaum. Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi,
sosial dan budaya. Di Sabah, misalnya, terdapat lebih kurang 23 suku kaum, tetapi
suku Kaum Kadazanlah yang terbesar sekali. Ini diikuti oleh suku kaum Bajau,
Murut, Suluk, dan Orang Brunei. Masyarakt kadazan-Dusun masih berpegang
kepada animisme. Sebahagian kecil telah memluk agama Islam dan Kristian.

2. Di Sarawak, setiap suku kaum ada ciri-cirinya yang tersendiri. Antara suku kaum
yang terbesar ialah Dayak, Iban, Melanau (Kristian dan Muslim), orang Melayu,
Bidayuh, Penan dan Kelabit. Melainkan orang Melayu dan Melanau, dahulunya
kebanyakan suku kaum pribumi Sarawak tinggal di kawasan hutan mendiami rumah
panjang atau rumah sementara. Kini rumah panjang telah mengalami perubahan
fikizal kerana arus pemodenan hidup yang kuat di negeri itu.

Pendekatan Menyatupadukan Masyarakat Malaysia


1. Pelbagai proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses
akomodasi, akultrasi, asimilasi, amalgamasi

2. Akomodasi adalah merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik


menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap
mempertahankan budaya hidup masing-masing .

3. Akulturasi bererti penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau


kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza sehingga unsur kebudayaan
asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza degan
proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan jati diri asal
masyarakat penerima.

4. Asimilasi dapat difahami sebagai satu proses percantuman dan penyatuan antra
kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak boleh berlaku apabila
terhapusnya sesuatu kebudayaan sehingga tidak nampak apa-apa perbezaan lagi
dengan kebudayaan lain. Contoh terbaik adalah kejayaan pemerintahan Thailand
menjadikan orang-orang Melayu di Selatan Thai menagmbil nama-nama Thai
sebagai tanda berlakunya asimilasi dengan bangsa Thai. Mislanya, nama Wan
Sulaiman telah disiamkan menjadi Waeselame.

5. Amalgamasi adalah merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras
bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Misalnya, pendekatan yang
paling berkesan adalah menerusi perkahwinan campuran antara pelbagai etnik
seperti orang Cina berkahwin dengan orang India.

Jadual Komposisi Penduduk Malaysia, 2000 dan 2005

Tahun 2000 Tahun 2005


Etnik
Juta Peratus Juta Peratus
Bumiputera 14.35 65.0 16.06 65.9
Cina 5.76 26.1 6.15 25.3
India 1.70 7.7 1.83 7.5
Lain-lain 0.27 1.2 0.32 1.3
Jumlah
22.08 100 24.36 100
Penduduk

Cabaran Pembinaan Negara Malaysia

Setelah kita memahami pelbagai formula untuk mewujudkan perpaduan dan


integrasi nasional, kini kita akan memfokuskan perbincangan tmenegnai cabaran-
canaran untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia. Cabaran-cabarannya
adalah seperti berikut:

Perpaduan

Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara, terutama negara yang


mempunyai pelbagai kaum seperti Malaysia. Pertelingkahan kaum selepas Pilihan
Raya Umum 1969 telah mengakibatkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 berlaku.
Tragedi nasional itu menandakan perpaduan kaum-kaum di Malaysia pada masa itu
berada pada tahap yang rendah.

Pengagihan Kekayaan

Dari segi agihan pendapatan, Kerajaan Malaysia sedar bahawa rata-rata orang
Melayu berada dalam kemiskinan dengan kadar 64.8 %, berbanding dengan bukan
Melayu (26%) seperti yang dibanci pada tahun 1970. Jurang perbedaan pendapatan
antara Bumiputera dengan Bukan Bumiputera masih lagi tinggi. Sbagai conto, RM 1
pendapatan bagi orang Melayu berbanding dengan RM 2.3 bagi orang Cina dan
RM1.8 bagi orang India pada tahun 1970. Jadi, faktur pendapatan yang tidak
seimbang antara bumi puetera dengan bukan bumiputera bahkan bagi semua rakyat
di negara ini merupakan factor yang paling kuat mempengaruhi hubungan etnik di
Malaysia.
Sistem Pendidikan

Sistem pendidikan warisan penjajah Inggeris telah menimbulkan masalah perpaduan


antara kaum. Wujud kepelbagian sekolah mengikut kaum dan tempat tinggal
masing-masing. Akibatnya sistem pendidikan di Malaysia menghadapi masalah
polarisasi antara pelajar-pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain suku kaum di
Sabah dan Sarawak di semua peringkat pengajian. Jadi, matlamat untuk mencapai
perpaduan dan integrasi kaum masih belum dapat dicapai sepenuhnya.

Perbezaan Kepercayaan dan Agama

Perbezaan kepercayaan dan agama antara pelbagai kaum di Malaysia telah


menyebabkan berlaku beberapa ketegangan dan prasangka antar penganut
pelbagai agama sehingga menimbulkan sensasi yang boleh mengancam kestabilan
politik negara. Sebagai contoh, pembinaan kuil-kuil Hindu di beberapa buah negeri
tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa telah menyebabkan penduduk-pendudk
Islam di negara ini merasa tidak puas hati. Sebaliknya, orang-orang Kristian merasa
bimbang dengan proses Islamisasi yang berlaku dalam era Pemerintahan
Dr.Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat.

Penggunaan Akhbar

Penggunaan akhbar yang berbeza-beza seperti akhbar dalam Bahasa Melayu,


Mandarin dan Tamil telah menyebabkan semangat perkauaman menyemarak dalam
keadaan-keadaan tertentu sehingga ianya kelihatan boleh mencetuskan rusuhan
antara kaum di Malaysia.

Jati Diri

1. Salah satu aspek yang mejadi jati diri rakyat Malaysia ialah mengiktiraf adanya
perbezaan agama dan budaya di Malaysia. Perbezaan agama tidak menjadi factor
penghalang perpaduan rakyat Malaysia. Sebaliknya sikap toleransi dan hormat
menghormati antara pelbagai penganut agama – Islam, Buddha, Hindu,
Konfusius/Toa, Sikh dll adalah sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia.

2. Walaupun masyarakat Malaysia terpaksa menerima pembangnan, kemajuan dan


idea-idea progresif, pemodenan, industrilaissi, pembandaran dan globalisasi,
Wawasan 20/20 telah menetapkan bahawa corak pembangunan di negara ini
hendaklah berteraskan acuan Malaysia – menghormati dan menghayati budaya
Timur.

Identiti Nasional

1. Rakyat Malaysia telah menerima Rukun Negara sebagai lambang identiti nasional.
Ia adalah asas utama untuk menjamin kestabilan politik dan kesejehteraan hidup
rakyat.

2. Islam telah diterima sebagai agama rasmi negara dan lain-lain agama dapat
mengamalkan agama masing-masing dengan bebas.

3. Bunga raya adalah Bunga Kebangsaan bagi negara Malaysia.

4. Jalur Gemilang adalah labang kedaulatan negara.

5. Negaraku adalah Lagu Kebangsaan.

6. Baju Melayu, baju kebaya/kurung serta baju batik adalah pakaian kebangsaan untuk
semua rakyat Malaysia.

Rajah E

Kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Mengikut Ethnik 1970

Pendapatan
Kadar Kemiskinan
Kaum Purata Keluarga
(peratus)
Sebulan (RM)
Melayu 64.8 172.00
Cina 26.0 394.00
India 39.2 304.00
Lain-lain 44.8 813.01. 0

Lampiran

Pelbagai Kaum Di Malaysia

Kaum Cina berkerja di kawasan perlombongan


Peristiwa 13 Mei 1969

Pengunaan akhbar sebelum kemerdekaan

Kaum India yang berkerja di Ladang Getah

Rumusan

Dalam huraian di atas, kita dapat merumuskan bahawa konsep masyarakat di


Malaysia adalah bersifat dinamik. Walaupun bangsa Melayu telah berkomromi
kerana polisi “pecah dan perintah” penjajah Inggeris Inggeris yang
bertanggungjawab membawa masuk buroh-buroh dari Cina dan India, tetapi
pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah satu peristiwa sejarah.
Justeru, kemajmukan masyarakat di Malaysia adalah satu yang unik. Meskipun ada
halangan-halangan untuk menyatupadukan rakyat, tetapi asas-asas pembinaan
sebuah negara bangsa yang majmuk adalah kukuh. Ini dapat dilihat dalam pelbagai
strategi yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengelakkan tragedi 13 Mei,
1969 berulang.

Rujukan

 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/orang_India_Malaysia
 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Masyarakat_majmuk
 Wikipedia.com
 https://www.slideshare.net/mobile/najwahilmi/pengajian-malaysia-sejarah-
dan-latar-belakang-kaum-di-malaysia
 Buku Pengajian Malaysia Sem Satu
 https://www.google.com/url?
sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=10&cad=rja&uact=8&ved=0ahUKEw
iN_8Tw-frOAhVLt48KHeJaDYEQFgg_MAk&url=http%3A%2F
%2Fwww.bumigemilang.com%2Fnota-ringkas-sejarah-tingkatan-5-spm-bab-
1-%25E2%2586%2592-bab-
6%2F&usg=AFQjCNHNGDt5nRB1ivQJ4O1_214Oep5IdQ&sig2=LhuR15zuN
W0JZojMWpD5Lw

Anda mungkin juga menyukai