Anda di halaman 1dari 41

~PENGENALAN~

konsep-konsep yang menjadi asas untuk menerangkan dimensi hubungan dalam masyarakat. Konsep-konsep yang digunakan membawa makna dan pengertian yang berbeza-beza.

Konsep masyarakat
Konsep perpaduan

Konsep budaya

Konsep-konsep Asas Hubungan Etnik


I. Konsep masyarakat Etnik, etnisiti dan etnosentrime Ras, rasisme, prejudis, stereotaip, dan diskriminasi II. KonsepBudaya I. Kebendaan II. Bukan kebendaan III. Ciri-ciri budaya III. Konsep Perpaduan, akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasi

Konsep Masyarakat
Masyarakat menurut kamus Dewan (2000 ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Terbina pola hubungan sosial dengan kegiatan gotong-royong, bersama menyambut perayaan, kenduri kahwin, ziarah menziarahi.

Menurut Roucek dan warren (1979), masyarakat merupakan satu kumpulan manusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankan aktiviti secara kolektif san merasakan mereka adalah hidup bersama .

Mayarakat RBT2

Para sarjana sains sosial dan kajian manusia menegaskan bahawa budaya tidak wujud jika tidak ada masyarakat.
(m/s 8, modul hubungan tenik, Shamsul Amri Baharuddin)

Masyarakat bertanggungjawab mencipta, mengubah, melestari dan menurunkan budaya kepada generasi dan dalam peradaban manusia.

Berkelompok

Mempunyai kepimpinan

Berbudaya

Ciri-ciri masyarakat

berinteraksi

Mengalami perubahan

Pembentukan bangsa Malaysia


Kenegaraan

Bangsa Malaysia

Kebangsaan

Kewarganegarran

Konsep Etnik/ Kaum, suku dan Bangsa


a. Etnik/ Kaum Di definisikan sebagai kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa, dan kegiatan ekonomi.

Konsep kelompok etnik digunakan untuk merujuk kepada golongan yang berbeza dari segi kebudayaan.
Etnik berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi, dan hiburan.

b. Suku Merupakan kelompok yang membentuk rumpun bangsa. Contohnya : kadazandusun Tatana, Bisaya, Lotud dan kimaragang Etnik Cina - Hakka, Han dan lain-lain
c. Bangsa Terbentuk berasaskan gagasan ras atau etnik yang sedia ada. Menurut John Stuart Mill, bangsa merupakan rumpun manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih rela berkerjasama sesama mereka. Kesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah dan agama (Pembentukan Bangsa Malaysia berteraksan hubungan etnik yang harmonis).

d. Etnisiti Merujuk kepada sifat kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Etnisiti lebih bersifat kesederhanaan atau perasaan dalam diri individu untuk menjelaskan siapa diri mereka dengan kumpulan lain. e. Etrosentrisme Sikap atau kepercayaan bahawa budaya masing-masing lebih baik dan lebih tinggi nilainya daripada kebudayaan kelompok lain. Keengganan, ketidakmampuan sesuatu kelompok untuk menghargai pandangan kelompok lain daripada kebudayan masyarkat yang lain.

RAS
-Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikal seperti warna kulit, warna mata, jenis rambut dan ciri-ciri fizikal lain.

-Di tentukan oleh baka yang diwarisi.

RASISME
-Pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif terhadap oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain . -Berdasarkan perbezaan wajah fizikal-Biologikal -Berlaku secara terbuka melalui perilaku atau tindakan.

PREJUDIS
Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik yang lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etnik tertentu. Tidak diluahkan secara terbuka

Berasaskan maklumat yang tidak jelas, tepat dan mencukupi.


Apabila prejudis disuarakan , prejudis menjadi stereotaip

STEREOTAIP
Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan lain. Gambaran yang berlebih-lebihan terhadap sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditunjukkan kepada sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yang lain. Orang Belanda bersifat kedekut

Memberi impak negatif kepada masyarakat khususnya masyarakat majmuk di Malaysia.

DISKRIMINASI
Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau kelompok etnik yang lain serta mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif.

Mudah berlaku apabila wujud prejudis dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat.

Konsep Budaya
Satu kesuluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikr.

TAKRIF

Meliputi: Hasil-hasil kehidupan kelompok yang bercorak, dan Bukan kebendaan. Peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya: Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spritual dan mental

Konsep Budaya
ADAT RESAM
Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup bermasyarakat dan berbudaya.

BAHASA
Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi.

AGAMA
Faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal.

Konsep Budaya
Ciri-ciri penting sesuatu budaya meliputi perkara-perkara berikut: Dipelajari
Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari dan melibatkan banyak unsur seperti asimilasi dan adaptasi.

Dikongsi
Setiap perlakuan/ budaya itu diamal dan didokong oleh sekumpulan manusia. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

Bersifat sejagat
Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia. Namun ia berbeza antara masyarakat kerana pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.

Konsep Budaya
Diwarisi
Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu.

Berubah-ubah
Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.

Mempuyai unsur simbolik


Budaya boleh ditunjukkan dalam bentuk perlambangan seperti logo, bendera, ukiran dll.

Adanya pandangan semesta (world view)


Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian. Ia timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitar.

Konsep Perpaduan Dan Integrasi


a. Perpaduan Sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. b. Intergrasi Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik

Konsep Perpaduan Dan Integrasi


Unsur-unsur Integrasi
1. Integrasi wilayah Mengurangkan jurang ekonomi dan sosial antara wilayah maju dan mundur 2. Integrasi ekonomi Usaha mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik 3. Integrasi kebudayaan Usaha membentuk satu kebudayaan kebangsaan 4. Integrasi sosial Usaha menyatupadukan rakyat melalui program sosial-sukan,perumahan

Konsep Perpaduan Dan Integrasi


Unsur-unsur Integrasi
5. Integrasi pendidikan Mewujudkan satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna. 6. Integrasi politik Usaha menyatukan rakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik

Konsep Perpaduan Dan Integrasi


c. Konsep segregasi Hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara
Berlaku atas dasar agama, ras, kebudayaan, dan ciri etnik lain

Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam
Ia didasari oleh undang-undang ataupun tidak seperti Dasar Apartheid di Afrika Selatan.

Konsep Perpaduan Dan Integrasi


d. Konsep Akomodasi
Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara aman damai Proses penyesuaian ini berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (kepelbagai bahasa, pengamalan agama & kepercayaan secara bebas bagi kelompok etnik)

Konsep Perpaduan Dan Integrasi


e. Asimilasi
Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

Faktor menyebabkan berlakunya Asimilasi: Individu di dalam atau di antara Etnik yang berbeza budaya. etnik sering berinteraksi.

Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

Satu proses yg berlaku apabila mana-mana kelompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadi satu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti

Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.

Konsep Perpaduan Dan Integrasi


Kejayaan Asimilasi:
Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain. Kelompok minoriti adalah kecil. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.

Kegagalan Asimilasi
Kurang pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain. Timbul perasaan bahawa budaya sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain. Wujud perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti.

Konsep Perpaduan Dan Integrasi


f. Konsep amalgasi
Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu keseluruhan bersama.

Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.
Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi atau dipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).

Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik.

Diwakili oleh formula : A+B+C=D

Konsep Perpaduan Dan Integrasi


g. Konsep akulturasi
Satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.

Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat yang menerima.

Akulturasi lebih mudah dicapai melibatkan benda bersifat kebendaan dan yang mendatangkan manfaat.

Contoh: Tali leher, angpau, makanan, dan hiburan

Konsep Perpaduan Dan Integrasi


h. Kontrak sosial
Satu persetujuan yang dicapai di antara pelbagai kaum untuk mencapai sesuatu metlamat yang dapat menjaga kepentingan semua pihak. Contoh di Malaysia : Kontrak sosial antara kaum Melayu, Cina dan India tentang perkara penting dalam perlembagaan iaitu, kedudukan Raja-raja Melayu, Hak Istimewa Melayu, Hak kerakyatan, Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Konsep Perpaduan Dan Integrasi


i. Nasionalisme
Suatu keadaan fikiran yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat. (Hans Kohn) Idea yang bertenaga yang berpunca daripada perasaan cintakan tempat asal, adat resam dan merupakan fahaman yang matang serta berupaya mengiktirafan kedaulatan rakyat yang melihat negara bangsa sebagai organisasi politik yang unggul dan sah. (Hans kohn dalam Shamsul Amri, 2007)

Konsep Perpaduan Dan Integrasi


Pengaruh nasionalisme menyebabkan terdapatnya usaha atau kegiatan yang tersusun untuk mewujudkan negara berdaulat. Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia untuk menubuhkan negara, memelihara kedaulatannya dan menuntut kesetiaan unggul individu kepada negaranya. Negara yang pernah dijajah memanifestasikan semangat nasionalisme dengan cara menamatkan penjajahan untuk membina negara bangsa yang bebas dan berdaulat. Manakala negara yang tidak pernah dijajah pula memanifestasikan nasionalisme dengan menggulingkan sistem kerajaan tradisional dan menggantikannya dengan sistem kerajaan berlandaskan kedaulatan rakyat.

Konsep Perpaduan Dan Integrasi


j. Negara bangsa Boleh disamakan dengan integrasi nasional.

Kepentingan pembentukan nasion; untuk memastikan nasion itu terus kekal dalam keadaan sepadu, sejahtera dan tenteram. Negara adalah tumpuan kesetiaan nasion. Pengukuhan negara memerlukan penyertaan dan dukungan komuniti etnik yang memberikan kesetiaanya.

PLURALITI BUDAYA
Menerapkan pencapaian keseragaman dalam halhal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri.
Diwakili oleh formula: A + B + C = A + B + C (A, B dan C merujuk kepada budaya).

SAS/CTU 553

BAB 1- KONSEP ASAS HE

35

KELEBIHAN PLURALITI BUDAYA


1. Boleh menjadi satu penghubung penstabil antara cara hidup lama dengan cara hidup baru. 2. Dapat mengelakkan sedikit sebanyak disorganisasi sosial dan peribadi yang mungkin timbul akibat kejutan budaya.

MASYARAKAT PLURALITI BARU


Gabungan dua atau lebih masyarakat yang hidup bersama dalam satu unit politik atau dalam satu kerajaan. Ia wujud hasil dari pluraliti budaya yang terdapat dalam sesebuah negara.

CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALITI BARU


1. Pemerintah dan yang diperintah ada yang berlainan bangsa dan hidup dalam komuniti yang berasingan. 2. Satu set nilai budaya dan politik yang yang dikongsi oleh komuniti yang berbeza melalui persetujuan kebangsaan.

3. Kecenderungan untuk meramal konflik ekonomi dalam konteks bangsa. 4. Bangsa-bangsa yang berbeza tetapi mempunyai keinginan yang sama seperti keamanan dan kesejahteraan. 5. Sedikit campur tangan pihak luar kadang-kala mungkin diperlukan bagi meleraikan konflik yang mungkin wujud di antara masyarakat pluraliti baru ini.

BAB 1- KONSEP ASAS HE

Masyarakat pluraliti baru dapat dikenali melalui:

1. Kepelbagaian budaya yang terdapat dalam satu kelompok besar manusia. 2. Lebih banyak keutamaan bangsa dalam politik. 3. Kewujudan unit politik yang dibentuk oleh budaya-budaya masyarakat.

Sekian, terima kasih (^_^)

Anda mungkin juga menyukai