Anda di halaman 1dari 8

Jenis dan Demografi Kelompok:

Kelompok = dua individu atau lebih yang berinteraksi saling bergantung dan saling bergabung untuk mencapai

sasaran tertentu.

Bersifat formal dan informal.

Formal= kelompok yang ditetapkan oleh struktur organisasi, dengan penugasan kerja yang ditunjuk untuk

menjalankan tugas-tugas lain dan diarahkan.

Klasifikasi Kelompok:

(a) Kelompok Tugas - bersama-sama menyelesaikan suatu tugasan/pekerjaan

(b) Kelompok Kepentingan - individu-individu yang bekerjasama untuk mencapai sasaran khusus yang

diperhatikan

(c) Kelompok Persahabatan - kelompok yang ditetapkan secara bersama-sama kerana memiliki satu atau lebih

sifat yang sama

Alasan orang untuk saling bergantung dan bergabung dalam kelompok;

(a) Keamanan

(b) Status

(c) Harga Diri

(d) Afiliasi= kelompok dapat memenuhi keperluan sosial

(e) Kekuatan

(f) Pencapaian Tujuan

Ciri Pengelompokan Masyarakat Melayu:

Banjar, Rawa, Minang, Jawa, Bugis dll.

Di Malaysia terdapat beberapa masalah dalam membentuk ras khususnya dalam masyarakat majmuk.

Antaranya:

Perbezaan capaian

Jurang sosial

Pengekalan identiti

Ethnocentrisme

Monopoli

Budaya

Prasangka

Sterotaip
Konsep asas hubungan etnik:

Usaha memupuk perpaduan, terutama melalui sistem pendidikan.

Untuk faham secara mendalam, perlu kenali konsep-konsep asas hubungan etnik.

Tiga konsep penting:

masyarakat,

budaya,

perpaduan.

Konsep Masyarakat:

Merujuk kepada sekumpulan manusia yang berkongsi budaya yang sama, menduduki satu kawasan khas dan

merasai kewujudan mereka sebagai entiti yang bersatu padu dan berbeza dengan yang lain.

Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu (Kamus Dewan).

Masyarakat adalah kelompok manusia yang mempunyai hubungan sosial dalam sesuatu penempatan yang

sama.

Hubungan mungkin dari segi kekeluargaan, pekerjaan, tempat tinggal dan lain-lain.

Akan mewujudkan satu organisasi atau institusi tertentu yang dapat menyatukan lagi manusia dalam

kumpulan unit sosial.

Jadi masyarakat didefinasikan sebagai jaringan perhubungan pelbagai individu yang merujuk kepada

pergaulan hidup dan keseluruhan hubungan sosial.

Perlu fahami konsep masyarakat sebab:

Untuk kelangsungan hidup, tiada pilihan lain melainkan hidup bermasyarakat.

Memahami cara hidup bermasyarakat

Memahami budaya masyarakat sendiri & lain

Untuk memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan lain.

Kebudayaan tidak wujud tanpa adanya masyarakat

Proses mewariskan budaya: generasi yang menurunkan budaya, dan generasi yang menerima budaya.

Ciri-ciri utama masyarakat:

Berkelompok

Berbudaya

Mengalami perubahan

Berinteraksi

Mempunyai kepimpinan

Mempunyai aturan sosialnya.


Masyarakat Malaysia ≠ bangsa Malaysia

Masyarakat Malaysia ialah kelompok manusia yang hidup di Malaysia (konsep payung)

Bangsa Malaysia merujuk kepada bangsa idaman berteraskan hubungan kaum yang harmonis (seperti dalam

Wawasan 2020)

Ras:

Terdapat tiga jenis teori yang biasa digunakan untuk mengklasifikasikan manusia berdasarkan perbezaan

biologi iaitu:

Ras sebagai keturunan.

Ras sebagai jenis.

Ras sebagai subspesis

Pandangan ahli sosiologi, konsep ras lebih dilihat sebagai satu hasil konstruksi sosial (social construction).

Ras merupakan sekumpulan manusia yang melihat diri mereka dan juga dilihat oleh orang lain sebagai

mempunyai keturunan yang membezakan mereka dari yang lain.

Ras:

Berdasarkan ciri kolektif seperti fizikal/biologi berdasarkan warna (kulit, mata, rambut, dsb.)

Rasisme:

Pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap kelompok lain

berdasarkan perbezaan fizikal.

Rasisme wujud pada dua tahap:

Tahap individu – kepercayaan individu

Tahap institusi – tersirat dalam struktur sosial

Etnik:

Istilah etnik (ethnic) atau ‘etniksiti’ (ethnicity) berasal daripada perkataan Yunani ‘ethnos’ (daripada perkataan

‘ethnikos’).

Istilah ini digunakan untuk merujuk kepada orang bukan Yunani ataupun orang lain yang berkongsi ciri

biologi, kebudayaan dan cara hidup yang sama (Scupin, 2003).

Pada abad ke-19, dalam pelbagai bahasa Eropah, perkataan ini dilihat sama dengan istilah ras yang

mengasingkan kumpulan manusia berdasarkan perbezaan ciri fizikal seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk

kepala dan tekstur rambut.

Konsep Etnik:

Definisi- sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam (adat resam, pakaian, bahasa,

kegiatan ekonomi dll)


Ada kaitan dengan konsep-konsep ras dan bangsa

Konsep ras/bangsa – ciri fizikal/biologi

Etnosentrik – anggap etnik sendiri lebih baik

Konsep etnik membentuk konsep:

Etnisiti: rasa kekitaan kumpulan etnik

Etnosentrisme: melihat kelompok etnik lain menerusi kacamata etnik sendiri

Etnik pada masa kini mementingkan aspek :

Objektif - kebudayaan yang dapat dilihat dan simbol yang dikongsi bersama.

Subjektif - kepercayaan dalaman kumpulan, semangat kekitaan dan perpaduan komuniti.

Oleh itu identiti etnik merupakan identiti yang bersifat kebudayaan dan bukan bersifat biological walaupun

ramai yang melihatnya sebagai sesuatu yang tetap.

Ia merujuk kepada keahlian dalam sesuatu kumpulan kebudayaan yang didefinasikan mengikut ras, sejarah,

pengalaman, agama, bahasa yang dikongsi bersama.

Hubungan ras dan etnik dapat dikaitkan sebagai berikut:

Kerjasama

Persaingan - untuk mendapatkan sumber yang terhad

Konflik – Proses persaingan sehingga memusnahkan saingan

Minoriti:

Kumpulan sosial yang tertindas disebabkan ciri etnik, ras, biological dan sebagainya.

Kelompok manusia yang disebabkan ciri fizikal dan kebudayaannya yang diasingkan daripada orang lain dalam

masyarakat, menerima layanan yang tidak sama rata dan dilihat sebagai objek untuk didiskriminasi secara

kolektif (Louis Wirth).

Ciri kumpulan minoriti: Kinloch (1974)

Fizikal; ras, jantina dan umur.

Kebudayaan; agama dan etnisiti.

Ekonomi; kelas sosial.

Tingkah laku; devians

Konsep Rasisme:

Tahap individu - bahawa ada ras tertentu yang berstatus unggul (superior) dan ada yang berstatus lebih rendah

(inferior).

Tahap Institusi - melibatkan dasar dan dasar pelaksanaan bersifat diskriminasi yang akhirnya mewujudkan

ketidaksaksamaan pada manusia dari ras yang berlainan.


Prasangka:

Sikap atau tanggapan lazimnya bersifat negatif terhadap sesuatu kumpulan manusia atau ras yang lain atau

sikap yang dibentuk berdasarkan generalisasi yang tidak rasional tegar kerana kumpulan tersebut mempunyai

ciri atau kualiti tersebut.

Pandangan negatif mengenai ahli kumpulan etnik lain

Tidak diluahkan secara terbuka

Tidak berasaskan fakta yang jelas, tepat, dan mencukupi

Prejudis yang kuat sukar diubah walaupun dengan fakta yang kukuh.

Dari aspek ras dan etnik, prasangka terdiri daripada tiga kompenan berikut:

Kompenan kognitif

Kompenan afektif

Kompenan kelakuan.

Diskriminasi:

Satu proses apabila ahli sesuatu kumpulan atau kategori dalam masyarakat dinafikan hak untuk mendapat

layanan yang saksama dari segi undang-undang dan hak untuk menikmati manfaat sosial yang lain.

Ia juga bermaksud layanan yang berlainan diberi kepada individu dan kumpulan disebabkan faktor ras, agama

dan jantina.

Pandangan, pemikiran, dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap kelompok

etnik yang lain

Membandingbeza berdasarkan ciri-ciri etnik

Manifestasi:

Mengelakkan diri daripada etnik yang diprasangka

Pembersihan etnik (ethnic cleansing).

Prasangka & Diskriminasi:

Kaitan antara diskriminasi dan prasangka

Prasangka boleh wujud tanpa diskriminasi.

Diskriminasi boleh wujud tanpa prasangka.

Diskriminasi boleh menjadi penyebab kepada prasangka.

Prasangka dan diskriminasi lazimnya saling menguatkan antara satu sama lain.

Konsep Streotaip:

Kenyataan umum yang tentang sesuatu kumpulan etnik

Gambaran berlebihan tentang sesuatu perlakuan baik dan buruk yang ditujukan kepada sesuatu kumpulan
etnik

Kesan: pandang rendah -> bataskan interaksi -> semangat perkauman

Proses Hubungan Etnik & Integrasi Sosial:

Penyatuan pelbagai kumpulan tanpa mengira keturunan sama ada majoriti atau minoriti dan lenyapnya sifat

prasangka dan kelakuan diskriminasi terhadap satu sama lain.

Proses menyatupadukan berbagai-bagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan

menghapuskan perbezaan dan identiti masing-masing.

IS penting untuk mencapai keharmonian, kesejahteraan dan kestabilan dalam masyarakat jika wujud

keselarasan dari segi norma dan nilai.

Menurut Ting (1997) Proses integrasi boleh wujud dalam pelbagai bentuk seperti:

Akulturasi – Berlaku penyerapan elemen budaya antara kaum

Asimilasi – Kaum minoriti menyerap budaya masyarakat perdana keseluruhannya termasuk ekonomi,

pendidikan dsb.

Amalgamasi – Hubungan melalui perkahwinan

Akomodasi – Pemisahan tetapi dlm keadaan aman & berkompromi

Segregasi – Pemisahan dr segi fizikal, sosial & budaya - Aparthied

Konsep Perpaduan & Intergrasi:

Perpaduan:

Satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat

membentuk satu identiti dan nilai bersama.

Integrasi:

Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah.

Unsur Integrasi:

Integrasi wilayah

Integrasi ekonomi

Integrasi kebudayaan

Integrasi sosial

Integrasi pendidikan

Integrasi politik

Konsep Segregasi: | A | B | C |

Pengasingan: sekolah, tempat tinggal, pengangkutan, kemudahan awam.

Contoh: Dasar Aparteid di Afrika Selatan (1948-1994)


Pemisahan antara etnik.

Dasar apateid.

Konsep Akomodasi: A + B + C = A + B + C

Pertahan budaya etnik sendiri, hormati kumpulan etnik lain.

Contoh;

Malaysia: Melayu, Cina, India, Ll

Switzerland: JIP

Sedar perbezaan budaya.

Hidup dengan harmoni.

Konsep Akulturasi: Abc + Bac + Cab

Satu proses penerimaan unsur budaya lain

Unsur dari budaya asing diterima dan diolah dalam budaya sendiri

Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal penerima

Contoh: talileher, angpau, makanan.

Minoriti menerima budaya majoriti,

tanpa ubah budaya asal.

Konsep Asimilasi: A + B + C = A

Satu proses percantuman antara etnik berlainan budaya

Contoh: Melayu di Thailand, Cina di Kelantan, Baba dan Nyonya di Melaka

Berlaku bila ada interaksi yang erat untuk tempoh yang lama.

Minoriti terima budaya dominan.

Konsep Amalgamasi: A + B + C = D

Terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.

Cara utama ialah melalui perkahwinan campur

Percampuran membentuk kelompok baru.

Membentuk generasi atau budaya baru tanpa menuruti budaya asal.


Kesimpulan:

Berteraskan budaya penduduk asal, unsur budaya lain yang sesuai boleh diterima.

Mencerminkan sifat struktur sosial, keadaan sosial dan ikatan sosial masyarakat, darjah pluralisme sosial dan

kebudayaan, punca konflik dan struktur masyarakat bersifat kolonial.

Mencerminkan perkembangan sejarah dan kemampuan sosioekonomi sesebuah negara.

Mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial.

Menggambarkan faktor personaliti dalam menentukan tingkah laku masyarakat; isu prasangka dan

diskriminasi.

Anda mungkin juga menyukai