Anda di halaman 1dari 45

HASIL PEMBELAJARAN

1.
2.
3.

Memahami sejarah pembentukan


masyarakat plural di Malaysia.
Mengenalpasti teori-teori hubungan etnik.
Menjelaskan konsep-konsep hubungan
etnik dan aplikasinya di Malaysia.

PENGENALAN

Bab ini membincangkan:


Sejarah pembentukan masyarakat berbilang

etnik di Malaysia:
Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Zaman kolonial Inggeris.

Teori dan konsep penting dalam memahami

kepelbagaian etnik.
Mengaplikasi konsep ras dan etnik dalam
memahami kepelbagaian etnik di Malaysia.

HASIL PEMBELAJARAN 1
Rujuk ms 30-36

ZAMAN GEMILANG MELAYU


MELAKA

Empayar Melaka dikenali sebagai Venice of


the East.
Masyarakat plural terbentuk secara
semulajadi dengan interaksi orang tempatan
dan pedagang-pedagang asing.

Pelabuhan Melaka
sewaktu zaman
kegemilangannya.

Kemuncak pluraliti Empayar Melaka:


Pelabuhan Melaka menjadi tempat

pertemuan para pedagang dari seluruh dunia.


Para pegawai istana bukan hanya terdiri
daripada orang Melayu tempatan, tetapi juga
orang India.
Berlaku juga perkahwinan campur antara
pemerintah Melaka dengan anak perempuan
pemerintah Cina.
Zaman ini bukan zaman negara bangsa.
Pedagang tidak perlu pasport atau visa.

Ringkasnya, zaman keagungan Melaka


boleh dilihat dari aspek:
Pemerintahan
Perdagangan
Kependudukan
Kebudayaan

ZAMAN KOLONIAL INGGERIS


(1874 hingga 1957)

Kedatangan British ke Alam Melayu


berlandaskan serampang tiga mata:
Keagamaan.
Kekayaan.
Kemegahan.

Kolonialisme membawa kepada


penaklukan:
Ruang fizikal.
Ruang pemikiran/epistemologi.

Perubahan komposisi penduduk Tanah


Melayu:
Sebelum tahun 1848 hampir

kesemuanya orang Melayu.


Kemasukan besar-besaran orang Cina pada
pertengahan abad ke-19 berkerja di
lombong bijih timah.
Kemasukan besar-besaran orang India
pada awal abad ke-20 bekerja di ladangladang getah.

Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk

bukan Melayu melebihi penduduk Melayu.


Kewujudan penduduk pelbagai kaum.
Mengekalkan budaya masing-masing.
Pengasingan dari segi ruang fizikal dan

ekonomi pengenalan kaum berdasarkan


kegiatan ekonomi masing-masing.
Hasilnya masyarakat majmuk (plural
society).

Masyarakat majmuk (plural society) J.Nagata.


2001. Plural Societies, in International Encyclopedia of the Social &
Behavioral Sciences, pp.11513-11516. Elsevier Science Ltd

The idea of the plural society was first coined by a

British colonial administrator, Furnivall, on the basis


of practical experience in Southeast Asia, in his
classic volume, Colonial Policy and Practice: A
Comparative Study of Burma & Netherlands India
(1939), more as a descriptive device than as theory.
It reflected the condition, common in colonial and
later, newly independent postcolonial states, of
deeply divided societies, usually along ascriptive
lines of ethnicity, or race, but also of culture, religion,
or language.

Zaman Kolonial
Inggeris
-Permulaan era
pembangunan
negara dan
pembentukan
masyarakat
majmuk.

Garis waktu

Teori
Kelas
Cox (1948) mendapati masalah hubungan ras dan etnik (di

AS) berhubung rapat dengan kelas dan sistem kasta yang


melibatkan golongan kapitalis berkulit putih terhadap orang
bukan kulit-putih dan buruh.
Rumusan Cox:
keuntungan pihak kapitalis dalam memperoleh sumber

menindas kaum buruh.


Dalam hubungan yang tidak sama rata ini, wujud sistem yang
mendukung ketidaksamarataan dalam struktur masyarakat
yang memisahkan juga buruh kulit putih daripada kulit hitam.
Kategori ras seterusnya wujud dalam kehidupan sosial
masyarakat kapitalis yang menguntungkan kelas pemerintah
dan pertembungan dengan kelas buruh.

Teori Masyarakat
Masyarakat yang terdiri daripada kumpulan status
Majmuk
atau
tuan tanah yang boleh dibezakan dalam

susunan ekonomi, dan terikat dalam sektor politik


pada tahap yang berbeza,akan dikenali sebagai
masyarakat majmuk.
Apabila konflik berlaku dalam masyarakat majmuk,
konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras,
bukan garisan kelas.
Kategori ras dalam masyarakat majmuk ditentukan
oleh sejarah; dan kategori berkenaan dibentuk oleh
persaingan dan konflik antara kumpulan.

Teori
Pilihan
Teori pilihan rasional tentang hubungan etnik:
Rasional

Individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza.


Individu bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial.
Tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan
terhadap kelompok sebayanya.
Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain
akan tertutup.
Semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat,individu
berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih eratdengan individu lain yang
terlibat.
Apabila individu gagal memaksimumkan ganjaran yang dihajati,maka ia akan
mengambil tindakan menggemblengkan kekuatan kolektif, dan dimensi yang dipilih
akan menggambarkan konteks sejarah budaya masyarakat tersebut.
Apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi
kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, ia akan berpaling kepada soal-soal
keagamaan dan ketuhanan.
Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan
warisan kebudayaan, batas kumpulan bersifat terbuka.
Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan
warisan fizikal, batas kumpulan bersifat tertutup.

Sila tonton klip video yang disediakan.

Konsep Etnik

Berasal dari perkataan ethnos

Ras ialah perbezaan dari segi ciri-ciri fizikal dalam kelompok


manusia dan ciri yang paling ketara serta sering digunakan
untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.

Etnik pula dari segi bahasa boleh didefinasikan sebagai


kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh
didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan
melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam,
pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga


tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan
agama atau membuang unsur sesuatu kaum

Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya.

Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi


iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan
negeri.

Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat


pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi
yang berbeza
.

Konsep Etnisiti

Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan


sesuatu kumpulan etnik tertentu.
Ini bererti wujudnya satu kebudayaan
atau sub-budaya jelas di mana
anggotanya berasa disatukan dengan
satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah
laku yang sama.

Etnosentrisme

Manakala etnosentrisme pula merujuk


kepada kepercayaan atau rasa bangga
yang wujud dikalangan anggota sesebuah
kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti
mereka adalah jauh lebih baik dan hebat
daripada kelompok lain.

Etnosentrisme juga membawa makna


suatu perspektif melihat kelompok etnik
lain daripada lensa dan kacamata etnik
sendiri.

Konsep Ras dan Rasisme

Istilah ras dan etnik sering kali digunakan secara berulangan walaupun
membawa makna berbeza.

Di Malaysia, istilah ras dan etnik sering kali dicampuraduk dan digunakan
secara bertukar sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama.

Orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan
Sarawak sepatutnya dikenali sebagai etnik tetapi juga dipanggil ras dalam
kehidupan seharian.

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang
mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal
nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan selainnya.

Ciri paling ketara yang digunakan untuk membezakan kumpulan manusia


ialah warna kulit.

Manakala rasisme ditakrifkan sebagai


pandangan, pemikiran, atau kepercayaan
negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para
anggotanya mengenai sesuatu kelompok lain
berdasarkan perbedaan wajah fizikal-bilogikal
atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan
secara terbuka melalui prilaku atau tindakan
terbuka.

Rasisme adalah gabungan prejudis dan kuasa


diartikulasi melalui diskriminasi berasaskan
warna kulit, mata dan ciri-ciri fizikal-biologikal
selainnya.

Rasisme wujud pada dua tahap iaitu tahap individu dan


tahap institusi.

Pada tahap individu, rasisme berlaku dalam bentuk


kepercayaan wujudnya ras tertentu yang berstatus lebih
tinggi dan ada yang berstatus lebih rendah.

Rasisme pada peringkat individu ini wujud dalam bentuk


kepercayaan dan sikap individu.

Pada tahap institusi, rasisme melibatkan dasar dan


pelaksanaan yang bersifat diskriminasi, seterusnya
membentuk ketidaksamaan bagi masyarakat daripada
ras yang berbeza.

Rasisme pada tahap institusi ini dapat dilihat secara


tersirat di dalam struktur sosial.

Konsep Prejudis dan


Stereotaip

Prejudis ditakrif sebagai pandangan negatif yang tersemat di dalam hati


seseorang atau satu kelompok etnik, yang sering tidak diluahkan secara
terbuka, mengenai ahli atau kelompok etnik lain.

Selalunya pandangan ini adalah tidak berasaskan maklumat yang jelas,


tepat atau mencukupi. Apabila prejudis disuarakan ianya menjadi
stereotaip.

Prejudis antara etnik berlaku apabila sesebuah etnik memandangn negatif


terhadap etnik lain. Mengubah prejudis yang tinggi terhadap sesebuah
etnik lain adalah sukar diubah walaupun fakta yang kukuh diberikan bagi
membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah.

Prejudis yang wujud biasanya berasaskan sokongan yang aktif daripada


masyarakat sekeliling. Melalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan
dari satu generasi kepada satu generasi lain. Kesan sikap prejudis semakin
mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkan sesuatu yang
terhad sama ada dari aspek politik, ekonomi sosial dan sebagainya.

Manakala stereotaip pula ialah kenyataan-kenyataan umum yang


negatif terhadap sesuatu etnik seperti semua orang Arab itu Islam,
orang Belanda itu kedekut dan sebagainya.

Dengan kata lain, stereotaip ialah gambaran berlebih-lebihan


tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada
sesuatu etnik oleh etnik lain. Ini terhasil apabila berlaku
pertembungan dua atau lebih komuniti etnik.

Fahaman stereotaip ini akan menimbulkan perasaan yang negatif


dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat majmuk di
Malaysia.

Ini kerana fahaman stereotaip akan menjadikan sesuatu etnik itu


akan memandang rendah kepada etnik lain dan seterusnya
membawa implikasi kepada terbatasnya interaksi antara etnik dan
menimbulkan semangat perkauman yang menebal.

Konsep Diskriminasi

Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan


kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik
terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang
mempengaruhi prilaku pihak yang berpandangan negatif.

Ringkasnya, diskriminasi adalah perbuatan membezakan


seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain
berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

Diskriminasi merupakan hasil terjemahan daripada


prasangka yang ada pada sesuatu etnik.

Ia semakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis


dan stereotaip dalam sesebuah masyarakat, sama ada di
peringkat individu ataupun kumpulan etnik.

Konsep Tahap Hubungan


Etnik

Segregasi
Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan

di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara.


Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan di
antaranya dari segi kawasan tempat tinggal,
sistem persekolahan, pengangkutan dan
kemudahan awam.
Ia wujud sama ada didasari oleh undang-undang
atau tidak seperti Dasar Apatheid di Afrika
Selatan.

A+B+ C

Akomodasi
Ia merupakan proses di mana etnik menyedari norma

dan nilai mereka antara satu sama lain, namun


mereka tetap mempertahankan budaya hidup
masing-masing. Namun, mereka hidup secara
harmoni dan menghormati antara satu sama lain.
Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik
mempunyai wakil dan dalam bidang ekonomi dan
pendidikan, mereka saling bergantungan.
Switzerland adalah negara yang mempunyai
hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik
Jerman, Perancis dan Itali, saling membuat
penyesuaian antara mereka
A+ B + C = A+ B + C

Akulturasi
Ia merupakan satu proses penerimaan unsur

kebudayaan di kalangan individu atau kelompok


dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.
Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia
dengan suatu kebudayaan yang tertentu
dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan
asing yang berbeza sehingga unsur-unsur
kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah
ke dalam kebudayaan sendiri.
Berbeza dengan proses asimilasi, proses
akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti
asal masyarakat yang menerima.

Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku

pertemuan atau pertembungan antara dua atau


lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan
berlakunya proses pinjam-meminjam.
Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan
secara langsung dan kemudian diolah dan
dijadikan unsur kebudayaan sendiri.
Di Malaysia, beberapa kes boleh dijadikan rujukan
seperti penggunaan tali leher, angpow, makanan,
hiburan dan sebagainya

Namun kejayaan akulturasi bergantung


kepada:
i.Unsur-unsur kebudayaan asing yang mudah

diterima seperti budaya kebendaan seperti


pakaian dan kebudayaan tersebut memberi
manfaat yang besar.
ii.
Unsur kebudayaan asing berbentuk
bukan kebendaan sukar diterima seperti ideologi,
pemikiran dan sebagainya.

A + B + C = Ai + Bi + Ci

Asimilasi
Ia merupakan satu proses percantuman dan

penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya


sehingga membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dan identiti yang sama. Ia berkaitan
dengan penyerapan sehala individu ke dalam
etnik yang lain.
Asimilasi yang sempurna menyebabkan
berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari
segi kebudayaan dan identiti.
Di Malaysia, apa yang berlaku ke atas masyarakat
Jawa, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan
Nyonya, merupakan antara contoh berlakunya
proses asimilasi

Proses asimilasi berlaku apabila


terdapatnya:
i.Etnik yang berbeza budaya.
ii.
Individu di dalam atau di antara etnik

sering berinteraksi.
iii.
Interaksi berlaku dalam tempoh yang
lama.

Kejayaan asimilasi bergantung kepada:


i.

ii.
iii.

iv.
v.

Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan


identiti mereka dan menerima identiti etnik
lain.
Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik
lain.
Perbezaan saiz kelompok majoriti dan
minoriti tidak besar atau kelompok minoriti
adalah kecil.
Terdapat banyak persamaan budaya antara
etnik.
Penguasaan dalam sesuatu bidang
khususnya etnik minoriti akan menyukarkan
proses asimilasi.

Faktor penghalang asimilasi ialah:


i.Kurangnya pengetahuan kebudayaan sehingga

menimbulkan perasaan takut terhadap budaya


lain.
ii.
Timbul perasaan bahawa budaya etnik
lebih tinggi dari etnik lain.
iii.
Adanya perbezaan kepentingan antara
etnik yang terlibat.

A+B+ C=A

Amalgamasi
Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila

budaya atau ras bercampur untuk membentuk


jenis-jenis budaya dan ras yang baru.
Cara utama dalam menentukan proses

amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur


antara etnik.

A+ B + C = D

Tahap-tahap
Hubungan Etnik
SEGREGASI

Pemisahan antara etnik.


Dasar apateid

AKOMODASI

Sedar perbezaan budaya.


Hidup dengan harmoni

AKULTURASI

Minoriti menerima budaya majoriti,


tanpa ubah budaya asal

ASIMILASI

Minoriti terima budaya dominan

AMALGAMASI

Percampuran membentuk kelompok baru


Kahwin campur

Proses Integrasi
Amalgamasi
Asimilasi
Akulturasi
Akomodasi
Segregasi

Rendah

Tinggi

Dasar Apartheid pengasingan


orang kulit putih dan kulit hitam di
Afrika Selatan 1948-1994
Segregasi.

Makanan
pelbagai kaum
diterima ramai di
Malaysia
Akulturasi

Angpau Tahun Baru Cina


dan angpau Hari Raya
AidilFitri Akulturasi.

Kaum Peranakan
India (Chetty) dan
Peranakan Cina
(Baba & Nyonya)
Amalgamasi.

PENUTUP

Potret hubungan etnik di Malaysia pada masa kini


terbentuk oleh sejarah lampau serta interaksi
kompleks pelbagai faktor yang berlaku pada
masa kini.
Kefahaman tentang konsep-konsep
dan teori-teori berkaitan
hubungan etnik penting
untuk memahami potret
hubungan etnik di
negara ini.

Anda mungkin juga menyukai