Anda di halaman 1dari 32

HASIL PEMBELAJARAN

1.
2.
3.

Memahami sejarah pembentukan


masyarakat plural di Malaysia.
Mengenalpasti teori-teori hubungan etnik.
Menjelaskan konsep-konsep hubungan
etnik dan aplikasinya di Malaysia.

PENGENALAN

Bab ini membincangkan:


Sejarah pembentukan masyarakat berbilang

etnik di Malaysia:
Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Zaman kolonial Inggeris.

Teori dan konsep penting dalam memahami

kepelbagaian etnik.
Mengaplikasi konsep ras dan etnik dalam
memahami kepelbagaian etnik di Malaysia.

HASIL PEMBELAJARAN 1
Memahami sejarah pembentukan
masyarakat plural di Malaysia

ZAMAN GEMILANG MELAYU


MELAKA

Empayar Melaka dikenali sebagai Venice of


the East.
Masyarakat plural terbentuk secara
semulajadi dengan interaksi orang tempatan
dan pedagang-pedagang asing.

Pelabuhan Melaka
sewaktu zaman
kegemilangannya.

Kemuncak pluraliti Empayar Melaka:


Pelabuhan Melaka menjadi tempat

pertemuan para pedagang dari seluruh dunia.


Para pegawai istana bukan hanya terdiri
daripada orang Melayu tempatan, tetapi juga
orang India.
Berlaku juga perkahwinan campur antara
pemerintah Melaka dengan anak perempuan
pemerintah Cina.
Zaman ini bukan zaman negara bangsa.
Pedagang tidak perlu pasport atau visa.

Ringkasnya, zaman keagungan Melaka


boleh dilihat dari aspek:
Pemerintahan
Perdagangan
Kependudukan
Kebudayaan

ZAMAN KOLONIAL INGGERIS


(1874 hingga 1957)

Kedatangan British ke Alam Melayu


berlandaskan serampang tiga mata:
Keagamaan.
Kekayaan.
Kemegahan.

Kolonialisme membawa kepada


penaklukan:
Ruang fizikal.
Ruang pemikiran/epistemologi.

Perubahan komposisi penduduk Tanah


Melayu:
Sebelum tahun 1848 hampir

kesemuanya orang Melayu.


Kemasukan besar-besaran orang Cina pada
pertengahan abad ke-19 berkerja di
lombong bijih timah.
Kemasukan besar-besaran orang India
pada awal abad ke-20 bekerja di ladangladang getah.

Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk

bukan Melayu melebihi penduduk Melayu.


Kewujudan penduduk pelbagai kaum.
Mengekalkan budaya masing-masing.
Pengasingan dari segi ruang fizikal dan

ekonomi pengenalan kaum berdasarkan


kegiatan ekonomi masing-masing.
Hasilnya masyarakat majmuk (plural
society).

Masyarakat majmuk (plural society) J.Nagata.


2001. Plural Societies, in International Encyclopedia of the Social &
Behavioral Sciences, pp.11513-11516. Elsevier Science Ltd

The idea of the plural society was first coined by a

British colonial administrator, Furnivall, on the basis


of practical experience in Southeast Asia, in his
classic volume, Colonial Policy and Practice: A
Comparative Study of Burma & Netherlands India
(1939), more as a descriptive device than as theory.
It reflected the condition, common in colonial and
later, newly independent postcolonial states, of
deeply divided societies, usually along ascriptive
lines of ethnicity, or race, but also of culture, religion,
or language.

Zaman Kolonial
Inggeris
-Permulaan era
pembangunan
negara dan
pembentukan
masyarakat
majmuk.

Garis waktu

HASIL PEMBELAJARAN 2
Mengenalpasti teori-teori hubungan
etnik

Teori Kelas

Cox (1948) di Amerika Syarikat, masalah


hubungan ras dan etnik berkait rapat
dengan persoalan kelas dan sistem kasta:
Pertelingkahan berkait dengan dasar dan sikap

golongan orang kulit putih (kapitalis atau


golongan borjuis) terhadap bukan kulit putih
(buruh atau proletariat).
Prejudis dan ideologi ras dipupuk sebagai
instrumen yang bermatlamatkan politik dan
ekonomi kapitalis.

Kuper (1974, 1977) Mengandaikan teori


kelas boleh menjelaskan bentuk
pengkategorian ras dalam masyarakat:
Masyarakat yang berbeza kumpulan status

mengikut fenotaip berada di tempat yang


berbeza dalam ekonomi dan politik.
Konflik dalam masyarakat majmuk mengikut
garisan pemisah ras, bukan kelas.
Kategori ras dalam masyarakat majmuk
ditentukan oleh sejarah; dan dibentuk oleh
persaingan dan konflik antara kumpulan.

Teori Masyarakat
Furnivall (1948) dan Smith (1965) mengutarakan
Majmuk
konsep
masyarakat majmuk yang dikatakan

mencirikan masyarakat di Asia Tenggara.


Wujudnya satu rantai manusia orang Eropah,
Cina, India, dan berbagai anak tempatan yang
bergaul tetapi tidak bergabung. Setiap kumpulan
berpegang kepada agama, kebudayaan, bahasa
dan cara hidup sendiri.
Dalam bidang ekonomi pembahagian buruh
berlaku mengikut garis ras.

Teori Pilihan
Banton (1997), Mansor (2000):
Rasional
Individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang
berbeza.
Individu bertindak untuk memaksimumkan ganjaran
material dan kedudukan sosial.
Tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi
dan kepercayaan terhadap kelompok sebayanya.
Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak,
tindakan pilihan yang lain akan tertutup.
Semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku
yang dibuat, individu berkenaan akan mewujudkan ikatan
sosial yang lebih erat dengan individu lain yang terlibat.

Apabila individu gagal memaksimumkan ganjaran yang


dihajati, maka ia akan mengambil tindakan
menggemblengkan kekuatan kolektif, dan dimensi yang
dipilih akan menggambarkan konteks sejarah dan
budaya masyarakat tersebut.
Apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan
melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud
dalam masyarakat, ia akan berpaling kepada soal-soal
keagamaan dan ketuhanan.
Apabila individu memilih untuk menggemblengkan
kekuatan kolektif berdasarkan warisan kebudayaan,
batas kumpulan bersifat terbuka.
Apabila individu memilih untuk menggemblengkan
kekuatan kolektif berdasarkan warisan fizikal, batas
kumpulan bersifat tertutup.

Ras
Merujuk kepada kumpulan manusia yang

berkongsi ciri-ciri biologi berdasarkan


perbezaan warna kulit, warna rambut, rupa
bentuk, malahan juga tahap intelektual dan
tingkah laku.
Penyalahgunaan konsep ras boleh
mengakibatkan diskriminasi dan prasangka
rasisme.

Etnik
Kumpulan yang berkongsi warisan sosiobudaya

yang sama adat, bahasa, agama, negara asal


nenek moyang, dll.

Budaya
Satu sistem pemahaman dan kelakuan yang

diwarisi daripada satu generasi kepada generasi


yang lain. Meliputi adat, nilai, tradisi, ritual, simbol,
dll. Budaya boleh berubah, dipelajari dan dikongsi.

Stereotaip
Kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan, samada

negatif atau positif. Wujud akibat pengalaman harian


hingga mewujudkan imej tertentu.

Prejudis
Kepercayaan dan perasaan negatif terhadap sesuatu

kelompok.

Diskriminasi
Layanan buruk terhadap sesuatu kelompok, akibat dari
prejudis. Diskriminasi boleh berlaku di peringkat
individu atau institusi.

HASIL PEMBELAJARAN 3
Menjelaskan konsep-konsep
hubungan etnik dan aplikasinya di
Malaysia

Tahap-tahap Hubungan
Etnik

Segregasi
Proses sosial di mana individu atau

kumpulan sosial dipisahkan dengan yang


lain.

Akomodasi
Proses yang menyebabkan kumpulan etnik

hormati norma dan nilai satu sama lain.


A+B+C = A+B+C (di mana A, B, dan C
merujuk kepada budaya).

Akulturasi
Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam

kalangan individu atau kelompok daripada


kebudayaan yang berbeza.
Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal
A+B+C = A** + B** + C**.

Asimilasi
Proses di mana kumpulan minoriti mengamalkan

budaya dan identiti kumpulan majoriti dan


mengurangkan batas etniknya.
A+B+C= A (di mana A adalah majoriti).

Amalgamasi
Merupakan asimilasi biologi, iaitu satu tahap

asimilasi yang paling tinggi.


Budaya atau ras bercampur dan
membentuk budaya atau ras yang baru.
Cara utama perkahwinan campur.
A+B+C = D (di mana D adalah amalgam).

Dasar Apartheid pengasingan


orang kulit putih dan kulit hitam di
Afrika Selatan 1948-1994
Segregasi.

Makanan
pelbagai kaum
diterima ramai di
Malaysia
Akulturasi

Angpau Tahun Baru Cina


dan angpau Hari Raya
AidilFitri Akulturasi.

Kaum Peranakan
India (Chetty) dan
Peranakan Cina
(Baba & Nyonya)
Amalgamasi.

PENUTUP

Potret hubungan etnik di Malaysia pada masa kini


terbentuk oleh sejarah lampau serta interaksi
kompleks pelbagai faktor yang berlaku pada
masa kini.
Kefahaman tentang konsep-konsep
dan teori-teori berkaitan
hubungan etnik penting
untuk memahami potret
hubungan etnik di
negara ini.

Anda mungkin juga menyukai