Anda di halaman 1dari 21

Soalan 2: Jelaskan Kepentingan Memahami konsep-konsep Asas Hubungan Etnik Dalam Konteks Masyarakat Majmuk Malaysia.

Nama: Emily SiaoBee


Yun Esther Cheng Ro Ee

Konsep-konsep asas hubungan etnik

Masyarakat

Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut, khususnya melalui hubungan bersemuka.

Etnik

Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hamper seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan, kegiatan ekonomi, hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dusun, Melanau, dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik.

Etnisiti dan Etnosentrik

Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Wujud satu kebudayaan atau sub budaya yang menyatukan anggotanya dengan satu tingkah laku yang sama.

Etnosentrik

Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya mereka adalah lebih baik daripada kelompok lain.

Ras

Ras bolah dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit, warna mata dan sebagainya.

Rasisme

Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan terbuka. Ia berkait rapat dengan konsep prejudis dan stereotaip, diskriminasi

Budaya

Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu meliputi sistem sosial, politik, ekonomi, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, dan nilai. Ciri budaya: dipelajari, dikongsi, bersifat sejagat, diwarisi, berubah-ubah, mempunyai unsur simbolik Budaya dibahagikan kepada budaya kebendaan dan bukan kebendaan. Kebendaan seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya. Bukan kebendaan seperti kepercayaan, adat istiadat, undang-undang

Budaya memberikan identiti kepada sesuatu

Perpaduan dan Integrasi

Perpaduan: satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.

Integrasi

satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Unsur integrasi terdiri daripada-integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan, politik

Segregasi: pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Akomodasi: Switzerland ialah Negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

Akulturasi: satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza. Ia terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.

Asimilasi: satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti kumpulan etnik

Amalgamasi: satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Cara utama ialah melalui perkahwinan campur. Pluraliti: Pluralisme budaya bukan fenomena baru. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab Islam, Hinduisme, Buddhisme, Eropah (Portugis, Belanda, British) wujud sejak abad ke- 5 Masihi lagi.

1.

Penstrukturan sosial, keadaan sosial dan ikatan sosial masyarakat

Mencerminkan sifat struktur sosial masyarakat. Mencerminkan keadaan sosial dan ikatan sosial. Mewujudkan perpaduan dalam struktur masyarakat. Jalinan perhubungan komunikasi antara etnik yang berbeza.

kebudayaan serta punca konflik


Mengetahui hak bersosial dan mengamalkan budaya dalam konteks yang positif. Mengekalkan amalan bersosial masing-masing namun masih dapat hidup secara aman damai. Memaparkan sensitiviti setiap etnik. Memberi pemahaman tentang punca antara etnik.

2. Amalan bersosial dan

3. Perkembangan sejarah dan


Perkembangan sejarah awal. Memahami asal usul sesuatu etnik dan perkahwinan campur. Kewujudan sistem-sistem yang boleh diterima oleh semua. Rujukan dan perkembangan sejarah dalam penstrukturan sosioekonomi. Perubahan struktur sosioekonomi mengikut pengkelasan

kemampuan sosioekonomi

4. Ketegangan sosial dan


Ketegangan sosial dapat dikawal. Mengamalkan sikap terbuka. Penerimaan budaya yang tidak menghilangkan budaya asal sesuatu etnik. Menghormati hak setiap kumpulan etnik. Tiada penindasan terhadap kumpulan minoriti.

keterbukaan

5. Isu prasangka dan diskriminasi


Tiada isu-isu berkaitan tuduhan dan pelabelan negatif terhadap setiap etnik. Berpandangan positif pada amalan dan pegangan setiap etnik. Tiada diskriminasi antara kumpulan majoriti dan minoriti. Kumpulan majoriti perlu bersikap adil kepada kumpulan minoriti.

6. Kestabilan politik dan


Tiada prasangka yang mencerminkan keperluan dan kepentingan individu. Hak dan kepentingan setiap kumpulan etnik adalah sama rata. Dasar pentadbiran diterajui oleh pelbagai etnik. Tiada penindasan yang boleh mewujudkan semangat perkauman. Memudahkan perancangan dan penstrukturan dasar.

pentadbiran

Kesimpulan
Memahami konsep-konsep asas hubungan etnik dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia adalah penting bagi tujuan membentuk satu masyarakat yang berbudaya, bersatu padu, dan memacu kejayaan negara ke arah yang lebih baik. Selain menjamin keharmonian dan keamanan yang berkekalan dan setiap etnik memainkan peranan untuk tujuan berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai