Anda di halaman 1dari 20

Konsep-konsep Asas

Hubungan Etnik
Konsep Masyarakat
 Masyarakat
 Etnik
 Etnisiti
 Etnosentrisme
 Ras
 Rasisme
 Prejudis
 Stereotaip
 Diskriminasi
 Segregasi
 Akomodasi
 Akulturasi
 Asimilasi
 Amalgamasi
 Perpaduan dan Integrasi
 Budaya
Masyarakat
 Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu
tempat dengan aturan dan cara tertentu.
 Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil
merupakan anggota sesebuah masyarakat.
 Jaringan erat wujud dalam anggota tersebut,
khususnya melalui hubungan bersemuka.
Etnik
 Sekelompok manusia yang mengamalkan budaya
yang hampir seragam, termasuk adat resam,
pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi.
 Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya
seperti adat resam, pakaian, pandangan kecantikan,
kegiatan ekonomi, hiburan.
 Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan
Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap etnik.
Etnisiti
 Merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu
kumpulan etnik tertentu.
 Wujud satu kebudayaan atau sub budaya
yang menyatukan anggotanya dengan satu
tingkah laku yang sama.
Etnosentrisme
 Merujuk kepada kepercayaan atau rasa
bangga yang wujud dalam kalangan anggota
sesebuah kelompok etnik bahawa budaya
mereka adalah lebih baik daripada kelompok
lain.
Ras
 Kelompok sosial yang mempunyai tanda
pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri
fizikal-biologikal nyata seperti warna kulit,
warna mata dan sebagainya.
Rasisme
 Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif
sesuatu terhadap sesuatu kelompok sosial atau para
anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain
berdasarkan ras semata-mata.
 Ditunjukkan secara terbuka melalui tindakan
terbuka.
 Berkait rapat dengan konsep prejudis, stereotaip
dan diskriminasi.
Prejudis
 Pandangan negatif mengenali ahli atau kelompok
etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau
kelompok etnik tertentu.
 Prejudis tidak diluahkan secara terbuka.
Stereotaip
 Kenyataan umum yang negatif terhadap
sesuatu etnik.
 Contoh : Orang Belanda itu bersifat
kedekut.
Diskriminasi
 Pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif
seseorang atau kelompok etnik terhadap anggota
lain.
 Merupakan perbuatan membanding bezakan
seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik
lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.
Segregasi
 Pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik
dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.
 Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya
dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan awam.
 Contoh : Dasar Apartied di Afrika Selatan (1948-1994)
Akomodasi
 Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik
menyedari serta menghormati norma dan nilai
kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing.
 Formula : A + B + C = A + B + C
 Pelbagai kumpulan etnik hidup harmonis dan
menghormati antara satu sama lain.
 Contoh : Negara Malaysia dengan Switzerland
Akulturasi
 Satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam
kalangan individu atau kelompok dari sesuatu
kebudayaan lain yang berbeza.
 Terjadi apabila satu kelompok manusia dengan
suatu kebudayaan tertentu dihadapkan dengan
unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza
sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya
diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
Asimilasi
 Satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan
etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu
kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
 Formula : A + B + C = A
 Kejayaan asimilasi bergantung kepada kesanggupan etnik
minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima
identiti kumpulan etnik majoriti.
 Contoh : Masyarakat Jawa, Cina Kelantan dan Baba dan
Nyonya (Malaysia) & orang Melayu di Thailand.
Amalgamasi
 Satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras
bercampur aduk untuk membentuk jenis budaya dan ras
baru. Cara utama melalui perkahwinan campur.
 Formula : A + B + C = D
 Contoh, kumpulan-kumpulan etnik yang sedia wujud
mengamalkan perkahwinan campur lalu membentuk satu
generasi baharu dan budaya baharu tanpa menuruti budaya
asal mereka.
Perpaduan
 Satu proses yang menyatupadukan
seluruh masyarakat dan negara supaya
setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai
bersama serta perasaan cinta dan
banggakan tanah air.
Integrasi
 Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional
dalam kalangan kumpulan terpisah dari segi
kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit
politik.
 Unsur integrasi terdiri daripada integrasi wilayah,
ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan
politik.
Budaya
 Cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu
meliputi sistem sosial, politik, ekonomi, agama,
kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.
 Budaya Kebendaan – seperti rumah, kereta, perahu,
senjata dan sebagainya.
 Budaya Bukan Kebendaan – kepercayaan, adat istiadat
dan undang-undang.
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai