Anda di halaman 1dari 3

Segregasi

 Etnik-etnik sesebuah negara mempunyai hubungan terpisah


 Contoh: sekolah, tempat tinggal, pengangkutan, kemudahan awan--- terpisah
antara satu sama lain
 Dua jenis segregasi:-segregasi rela dan segregasi tidak rela

Segregasi rela:
keadaan golongan manusia yang memencilkan diri dengan tujuan menetang
asimilasi
Contoh: seseorang individu tidak mahu dirinya terikat dengan ssuatu adat resam
dalam budayanta dan tidak mahu dikatakan kolot oleh segelintir masyarakat dan
akhirnya menentang asimilasi serta berubah menjadi seorang yang moden dan
secara tidak langsung telah tersasar dari titik garisan budaya yang selama ini
diagung-agungkan.

Segregasi tidak rela:


Timbul kerana paksaan daripada pihak yang berkuasa
Contoh: Dasar Apartheid yang pernah dilaksanakan di negara Afrika Selatan dari
tahun 1948 hingga tahun 1994. Tujuan dasar tersebut adalah untuk mengekalkan
ketuanan orang Putih dan seterusnya memisahkan orang kulit Hitam daripada
masyarakat kutih Putuh.

Akomodasi
1. Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma
dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.
2. A+B+C=A+B+C

Amalgamasi
1. satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis
budaya dan ras baru.
2. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya
perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
3. Teori amalgamasi: A+B+C=D
 A, B, C mewakili kumpulan etnik berlainan.
 D mewakili satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C.
4. Contoh: Wujudnya masyarakat Melayu-Arab yang menetap di Tanah Melayu dikenali
sebagai golongan ‘syed’.
Contoh: Chindian (Perkahwinan campur antara orang Cina dan India.)

Akulturasi
 Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan
individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
 Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu
dihadapkan dengan unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur
kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri.
 Proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
 Contoh di Malaysia, penggunaan tali leher, pemberian angpau semasa hari raya , dan
sebagainya.

Asimilasi
 Satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan
budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti
yang sama.
 Menurut Vander Zanden, asimilasi ialah satu proses dalam mana kelompok-
kelompok yang berfikir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi
satu dalam kesatuan sosia serta budaya yang sama.
 Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunya penghapusan
penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti konsep ini diwakili dengan
formula A+B+C=A, disini A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara
B dan C mewakili kumpulan etnik minorite.

Contohnya: Orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang


menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka
(kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai.

 Di Malaysia, apa yang berlaku keatas masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba
dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik
cina di Kelantan serta Baba d Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya
tanpa melibatkan anutan kepercayaan atau agama. Proses asimilasi berlaku
apabila wujudnya interaksi yang erat antara ahli kumpulan etnik etnik berbeza
budaya bagi suatu tempoh yang lama. Kejayaan asimilasi umumnya
bergantung kepada kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka
dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.

Anda mungkin juga menyukai