Anda di halaman 1dari 2

Karangan 2

Keganasan rumahtangga didefinasikan ialah secara sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam
ketakutan kecederaan fizikal dan memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual
atau selainnya yang mana mangsa itu berhak untuk tidak melakukannya. Mangsa keganasan
rumahtangga adalah seperti isteri mahupun bekas isteri, suami atau bekas suami, anak-anak dan ahli
keluarga yang tinggal serumah.

Penderaan mempunyai pelbagai kategori yang berhubung kait dengan keganasan dalam rumah tangga.
Ianya ada empat bahagian iaitu penderaan fizikal, mental, emosi dan seksual. Keganasan rumah tangga
berlaku kerana beberapa sebab iaitu ketiadaan keharmonian dan persefahaman dalam rumah tangga,
kesan penagihan dadah, alkohol atau judi. Seterusnya, faktor terlalu cemburu terhadap pasangan dan
masalah mental. Akhirnya, kurangnya didikan agama.

Cara untuk mengelakkan daripada berlakunya keganasan rumah tangga adalah seperti menjalani
kehidupan yang harmoni dan memupuk kasih sayang dalam keluarga. Pasangan perlu menerima
kekuatan dan kekurangan pasangan mereka dan sama memperbaikinya dan sentiasa berbincang
tentang masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaian secara harmoni. Mereka jua perlu erpegang
teguh pada agama.

Keganasan rumah tangga mesti dibendung kerana ia meninggalkan kesan negatif dalam institusi
kekeluargaan. Sebagai contoh, si mangsa akan mengalami tekanan fizikal, mental dan dalam keadaan
tidak stabil dan sentiasa berada dalam satu situasi yang tidak selamat. Jika ia dibiarkan ia akan menjadi
trauma untuk kesan jangka panjang. Seterusnya ia akan menimbulkan kesan negatif kepada
pertumbuhan atau perkembangan anak-anak. Kemungkinan si anak akan mengulangi apa yang dipelajari
dari ibu bapanya apabila mereka besar kelak. Mereka pula berpotensi untuk menjadi pendera. Jika ia
berterusan jalan akhirnya akan berlakunya penceraian. Penceraian tidak menguntungkan semua pihak.
Pihak yang paling rugi sekali ialah anak-anak. Anak-anak akan mengalami tekanan emosi dan mental
akibat penceraian ibu bapa mereka.

Perkara ini boleh ditangani sendiri tanpa bantuan pihak ketiga jika pasangan bersedia berbincang secara
baik untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Pada masa yang sama, pasangan dapat
menerima kekuatan dan kelemahan pasangan dan memberi sokongan antara satu sama lain. Pasangan
suami isteri perlu sedar bahawa perkahwinan bukan sahaja bersatunya dua hati tetapi penyatuan cara
hidup, budaya dll. Kembali kepada agama dan memainkan peranan serta tanggungjawab sebagai suami
isteri merupakan satu pendekatan yang terbaik. Diri sendiri, ahli keluarga, Jabatan Agama Islam atau
Badan Pendamai dan perkhidmatan nasihat dalam unit kaunseling adalah antara sumber-sumber
bantuan yang boleh menolong apabila anda mengalami keganasan rumah tangga.
Akhirnya sama-samalah kita berdoa kepada Allah semoga diberi petunjuk dan hidayah dalam
perkahwinan agar keluarga hidup bahagia hingga ke akhir hayat seterusnya dapat mengukuhkan
perpaduan keluarga, masyarakat dan negara. 

[ 401 patah perkataan ]

Anda mungkin juga menyukai