Anda di halaman 1dari 2

Karangan 1

Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi
sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga,
air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa pun
teknologi yang dapat menyumbang kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan
untuk membangunkan produk dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang
tinggi perlu dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui
penguatkuasaan. 

Di antara kesan-kesan fenomena perubahan cuaca dunia yang kita rasai pada masa kini ialah cuaca yang
melampau seperti keadaan cuaca panas yang sering kita hadapi sekarang. Selain itu, kejadian bencana
alam seperti kecairan ais di Kutub Utara dan Selatan, kenaikan paras dan suhu air laut, kepupusan spesis
flora dan fauna dan sebagainya. Oleh yang demikian, para ilmuan telah mencipta sebuah usaha yang
dapat dilakukan untuk mencegah kesan gas rumah hijau yang menjadi penyebab pemanasan global di
bumi yang mengakibatkan fenomena perubahan cuaca dunia telah menjadi antara prioriti dalam
masyarakat dunia pada masa kini.

Terdapat pelbagai langkah yang dapat kita lakukan untuk mengurangi pemanasan global adalah seperti
rakyat hendaklah menggunakan angkutan umum. Dengan menggunakan angkutan umum, kita telah
turut serta membantu mengurangi pengeluaran karbon yang disebabkan oleh asap kendaraan
bermotor, trak, bas dan sebagainya. Seterusnya, dengan menghemat energi seperti mematikan dan
cabut kabel peralatan elektrik dirumah jika tidak digunakan serta menjemur pakaian dengan panas
matahari sebalik menggunakan mesin pengering. Walaupun hal tersebut terlihat sederhana, namun cara
tersebut sangat efektif untuk menghemat penggunaan energi.

Selain daripada itu, kita hendaklah tidak menebang pohon di hutan secara bersahaja. Seperti yang sudah
kita ketahui, pohon merupakan tumbuhan yang dapat menyerap gas CO2 dan menghasilkan oksigen.
Dengan mengurangi dampak penebangan hutan secara haram, kita juga berperan dalam menjaga
kelestarian hutan yang saat ini banyak mengalami kerusakan. Ini kerana hutan adalah merupakan
elemen yang sangat penting bagi kelestarian dunia, kerana salah satu fungsi hutan adalah sebagai paru-
paru dunia sekaligus penyeimbang ekosistem.

Seterusnya, telah dikesan oleh ahli saintis bahawa ozon yang melindungi bumi daripada ultra ungu ini
semakin nipis. Oleh itu, kita sebagai orang yang bertanggungjawab hendaklah mengambil tindakan
untuk melakukan penanaman pokok kembali dengan tujuan untuk menstabilkan semua jumlah ozon
malahan menambah jumlah oksigen. Oksigen sendiri merupakan salah satu faktor penentu kehidupan
seluruh makhluk hidup di bumi kerana itulah keberadaannya sangat diperlukan. Tanpa adanya oksigen,
manusia dan makhluk hidup lain tidak dapat bernafas.  
Itulah antara cara efektif mengatasi pemanasan global ataupun kepentingan teknologi hijau pada bumi
ini. Cara mengatasi permasalahan pemanasan global diatas merupakan cara yang kami anggap efektif
untuk menyelamatkan bumi. Seandainya pemanasan global tidak segera ditangani dengan baik maka
akan menimbulkan kesan buruk pemanasan global bagi para penghuni bumi. Oleh sebab itulah perlu
bagi manusia untuk segera melakuakn langkah nyata untuk mengatasi pemanasan global ini agar tidak
semakin berkesan negatif bagi para penghuni bumi.

[ 464 patah perkataan ]

Anda mungkin juga menyukai