Anda di halaman 1dari 27

BANGUNAN HIJAU KE ARAH PEMBANGUNAN

MAMPAN
Written by Tan Han Yee
Friday, 14 January 2011 12:35

Rakyat malaysia masih lagi janggal dengan perkataan


bangunan hijau atau green building. Apakah yang dimaksudkan dengan bangunan hijau?
Adakah ia membawa manfaat atau memberi kemudaratan kepada kita?

Sebenarnya, bangunan hijau adalah bangunan yang mempraktikkan kepentingan alam semula
jadi bermula dari lakaran pembinaan, operasi, selenggara sehingga peringkat pengubahsuaian.
Tujuan utama teknologi ini dibangunkan untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar
dan kesihatan manusia akibat daripada kepesatan pembangunan.

Bangunan hijau memberi tumpuan terhadap kecekapan penggunaan tenaga, air dan bahan
mentah. Penciptaan bangunan hijau adalah merupakan suatu inovasi baru yang bukan sahaja
memberi kebaikan kepada alam sekitar, malah juga kepada ekonomi. Ini dilihat dengan ketara
melalui penjimatan sumber tenaga yang digunakan.

Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kos operasi dan memulihara alam sekitar.
Bukan itu sahaja, kesan kos operasi yang rendah juga dapat meningkatkan nilai hak milik
bangunan tersebut.

Bangunan hijau mempunyai kawalan suhu dan ventilasi terhadap peningkatan pencahayaan.
Ini merupakan salah satu kebaikan yang dimiliki oleh bangunan hijau. Hasilnya, ia dapat
menjaga kesihatan penghuni di dalam bangunan tersebut daripada sinaran ultra, masalah
kesihatan yang berpunca daripada ketidakstabilan suhu persekitaran dan pendedahan sinaran
ultra yang berbahaya.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Malaysia telah mempunyai bangunan hijau semenjak
tahun 2005. Bangunan ini dikenali sebagai nama GTower yang terletak di Jalan Tun Razak
berhampiran dengan KLCC. Ia telah mendapat pengiktirafan sebagai Green Mark Gold dari
Building and Construction Authority of Singapore (BCA) kerana ciri-ciri bangunan ini bukan
sahaja mengagumkan, malah ia menitikberatkan kepentingan alam sekitar di dalam struktur
pembangunannya.

Pencapaian ini diharapkan dapat menarik lebih ramai pemaju hartanah untuk lebih bersikap
prihatin dan mempunyai kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dan pembangunan
mampan. Pembangunan yang mesra alam lebih tinggi nilainya berbanding dengan bangunan
biasa, di samping dapat menjaga alam sekitar.

Apakah sumbangan anda dalam melestarikan alam sekitar? Setiap dari kita pasti punya
tanggungjawab ini. Alam ini bukan milik kita dan setakat ini sahaja. Ianya dihuni oleh pelbagai
makhluk lain dan kita semua saling bergantung antara satu sama lain. Ianya juga untuk
dinikmati oleh generasi akan datang.

Sebelum itu fahamkah anda maksud melestarikan alam sekitar? Menurut Kamus Dewan,
lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap. Maka, melestarikan alam sekitar
bermaksud, kita membiarkan atau memelihara alam sekitar supaya kekal seperti
sediakala.

Oleh itu apakah yang harus kita lakukan untuk melestarikan alam sekitar ini?

Cara Untuk Melestarikan Alam Sekitar


Ianya bukan tanggungjawab pihak tertentu sahaja tetapi setiap individu harus punya rasa
tanggungjawab dan sama-sama terlibat dalam melestarikan alam sekitar. Apakah yang boleh
kita sumbangkan? Mari kita lihat beberapa cara dan aktiviti mudah yang boleh kita lakukan
bersama :

1. Kurangkan pembuangan bahan buangan.

Kita boleh kumpul barangan terbuang yang boleh di kitar semula seperti barangan plastik,
kertas, besi dan sebagainya untuk dijual atau guna semula melalui idea kreatif barangan kitar
semula. Ianya bukan sahaja dapat mengurangkan bahan buangan tetapi dapat memberi
pulangan semula buat anda.

2. Kurangkan pencemaran udara.

Jangan membakar sampah secara terbuka. Pencemaran dari pembakaran amat besar kesannya,
malah kita semua sudah merasai betapa siksanya hidup dalam suasana berjerebu. Oleh itu cuba
elakkan dari melakukan pembakaran terbuka.

3. Elakkan pembaziran tenaga.

Sumber tenaga elektrik yang utama adalah dari pembakaran bahan api seperti arang batu dan
minyak. Setiap kali pembaziran tenaga bermakna kita menyumbang kepada penggunaan
lebih banyak sumber bahan bakar ini yang akan mencemarkan alam sekitar. Oleh itu
pastikan setiap kegunaan elektrik di rumah, pejabat, premis perniagaan, kilang dan sebagainya
digunakan dengan cekap dan tidak membazir. Guna ketika perlu dan secara optimum.

4. Jangan Membazir.

Kadangkala kita sering membeli barangan mengikut nafsu dan bukannya mengikut
keperluan. Pakaian penuh almari, gedget 2~3 biji seorang, televisyen 3~4 buah dalam satu
rumah dan macam-macam lagi. Semuanya lebih dari yang diperlukan. Setiap kali ada
permintaan maka setiap kali itu jugalah adanya pengeluaran. Untuk menghasilkan lebih
pengeluaran, maka lebih banyak penggunaan tenaga dan bahan mentah diperlukan. Ianya pasti
akan memusnahkan dan mencemar alam sekitar.

5. Kurangkan penggunaan barangan pakai buang

Ini adalah kesan dari peningkatan taraf hidup dan kemajuan apabila semua orang mahukan
yang pantas, segera, murah dan mudah. Pihak pembuatan mengambil peluang dari situasi ini
untuk mengaut keuntungan yang pantas dan berterusan, maka barangan pakai buang dan kualiti
rendah adalah alternatif terbaik masa kini tetapi ianya memberi kesan yang amat buruk kepada
alam sekitar. Penggunaan sumber tenaga dan bahan mentah yang banyak disamping
bahan buangan yang bertambah berlipat kali ganda mempercepatkan kemusnahan dan
pencemaran alam sekitar.

6. Guna sumber tenaga kurang cemar.

Kemajuan dalam bidang teknologi semakin mengagumkan. Kesedaran tentang penjagaan


alam sekitar telah memajukan teknologi kearah lebih mesra alam. Teknologi
menggunakan sumber tenaga melalui cahaya matahari atau solar serta angin amat berjaya
dalam menjaga alam sekitar. Begitu juga penggunaan kenderaan hibrid dan elektrik, ianya
berjaya dalam mengurangkan pencemaran udara.

Ada banyak lagi cara dan aktiviti yang boleh dilakukan untuk kita bersama melestarikan
alam sekitar. Mungkin anda juga boleh kongsikan bersama disini.

Segalanya Berpunca Dari Kita


Sepatutnya kita hidup dimuka bumi ini sebagai penjaga dan memelihara alam ini sambil
menggunakan segala sumber yang ada dengan bermanfaat dan bijaksana.
Allah S.W.T berfirman: Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk
kemudahan penduduknya). Dia mengeluarkan dari bumi itu airnya dan
tumbuh-tumbuhannya dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya
(di bumi) sebagai pancang pasak yang menetapkannya (semuanya itu)
untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu. (Surah
An-Naziaat ayat 30-33)
Namun disebabkan oleh kerakusan sesetengah dari kita telah mengekploitasi hasil dan
sumber alam dengan melampaui batas. Implikasi darinya menyebabkan pelbagai fenomena
alam telah berlaku diantaranya, pemanasan global, tanah runtuh, banjir kilat, gempa bumi dan
pelbagai lagi yang akhirnya mengganggu ketidaksabilan ekosistem, cuaca dan hukum alam.
Allah S.W.T berfirman: Telah kelihatan kerosakan di darat dan di laut
disebabkan perbuatan tangan manusia, kerana Allah hendak
merasakan mereka sebahagian daripada perbuatan buruk yang mereka
telah lakukan supaya mereka kembali insaf. (Rum:41)
Jangan fikir dan lihat apa yang orang lain lakukan. Jangan menuding jari, mulakanlah dari diri
kita sendiri. Kini masih belum terlewat untuk kita bertindak. Bersama-samalah kita
bertanggungjawab dalam melestarikan alam sekitar demi kehidupan yang lebih aman,
sihat dan sejahtera di masa kini dan masa hadapan.

Kita tidak mewarisi bumi kita ini daripada nenek moyang kita, tetapi
sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita. - Chief
Seattle

Cabaran Menangani Isu Alam Sekitar Masa Kini

Sesungguhnya, Isu-isu alam sekitar semakin hari semakin mencabar dan usaha-usaha untuk
menanganinya memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak.
Masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa pepejal
dan toksik, penebangan hutan yang tidak terkawal atau secara haram, pengurangan sumber
semula jadi dan sebagainya, telah mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan kepada
alam sekitar. Tragedi tanah runtuh, banjir kilat, pencemaran udara, air dan darat, pemanasan
global dan perubahan iklim dan sebagainya adalah kesan ketidakstabilan ekosistem yang
berpunca daripada aktiviti manusia yang sering kali dikaitkan dengan pembangunan. Isu-isu
alam sekitar inilah yang merupakan antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan
ditangani oleh kita semua.
Kerajaan memang komited terhadap perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar negara.
Pelbagai dasar dan perundangan termasuk peraturan-peraturan serta program telah
diperkenalkan bagi mengimbangi pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Antara
dasar-dasar ialah Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perhutanan Negara, Dasar Kepelbagaian
Biologi Kebangsaan, Dasar Mineral Negara dan Dasar Perubahan Iklim Negara. Manakala
undang-undang termasuk Akta Kualiti Alam Sekeliling, Akta Perhutanan Negara dan Akta
Perlindungan Hidupan Liar juga dikuatkuasakan. Dasar, perundangan dan garis panduan
sedia ada ini memberi panduan kepada semua pihak termasuk agensi Kerajaan Persekutuan
dan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, sektor industri dan masyarakat bagi memastikan
sumber asli negara digunakan secara lestari, di samping memelihara alam sekitar kita.
Justeru, bagi meningkatkan lagi keberkesanan penguatkuasaan, Kerajaan dalam waktu
terdekat akan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi memperkukuhkan lagi
penguatkuasaan terhadap masalah pencemaran. Namun begitu, kita perlu sedar bahawa
penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sahaja tidak mencukupi untuk membendung
semua masalah alam sekitar. Setiap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda,
berpendidikan tinggi atau tidak, perlu berganding bahu dan bersatu tenaga untuk memulihara
dan melindungi alam sekitar. Kita hidup dalam lingkungan alam sekitar yang sama,
menghirup udara yang sama, berkongsi menggunakan sumber asli yang sama. Oleh itu, kita
tidak ada tempat selain bumi ini. Jika bumi hancur, maka hancurlah manusia. Maka janganlah
kita berpeluk tubuh membiarkan bumi menahan segala pencerobohan alam sekitar. Saya
menyeru agar kita sama-sama berganding bahu memikul tanggungjawab menjaga bumi ini.
Sungguh pun begitu, hakikatnya ialah kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar masih
kurang walaupun pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan. Bagi meningkatkan lagi
kesedaran masyarakat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama-sama dengan
jabatan-jabatannya menjalankan program dan kempen kesedaran alam sekitar yang
melibatkan pelbagai kumpulan sasaran seperti pelajar, guru, masyarakat desa dan bandar,
badan bukan kerajaan dan lain-lain. Antara program-program yang dijalankan adalah
- Program Anugerah: Bandar Lestari, Sekolah Lestari dan Anugerah Langkawi;
- Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institut Pengajian Tinggi (IPT);
- Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS);
- Penerbitan Majalah Era Hijau, IMPAK, Buku Climate Change in Malaysia dan brosur You
Can Fight Climate Change Today;
- Kempen Tabiat takpa, bumi binasa melalui media massa;
- Pameran Alam Sekitar; dan
- Persidangan dan bengkel bersama lain-lain kementerian, agensi, pihak swasta dan badan
bukan kerajaan.
Selain itu, NRE telah melancarkan Program Rakan Alam Sekitar untuk mempelbagaikan
usaha menangani isu alam sekitar. Melalui program ini, pemimpin-pemimpin di peringkat
akar umbi diberi peranan untuk menerajui usaha-usaha secara bersepadu dengan anggota
masyarakat tempatan termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama
dengan agensi-agensi kerajaan dalam memulihara alam sekitar.
Harapan saya agar semua pihak memainkan peranan yang lebih proaktif agar usaha-usaha
penjagaan alam sekitar negara mencapai kejayaan. Mulakanlah dengan mengamalkan
kehidupan harian kita berpandukan ciri-ciri kehidupan yang mesra alam seperti mengitar
semula, menanam pokok, berkongsi kenderaan serta menjimatkan penggunaan tenaga
elektrik. Pendingin hawa pula perlu ditentukan pada suhu yang sesuai agar tidak terlalu sejuk.
Perlu diingat, usaha membuat perubahan walau sekecil manapun adalah lebih baik
berbanding sekadar berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa atau menyalahkan orang lain. Di
samping itu, saya juga ingin melihat penglibatan yang lebih besar dalam aktiviti-aktiviti yang
diadakan sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia tahun ini termasuk Anugerah
Langkawi dan Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar.

Cabaran Menangani Isu Alam Sekitar Masa Kini


Isnin, 24 Oktober 2011
Sesungguhnya, Isu-isu alam sekitar semakin hari semakin mencabar dan usaha-usaha untuk
menanganinya memerlukan kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak.
Masalah alam sekitar seperti pencemaran udara, pencemaran air, pembuangan sisa pepejal
dan toksik, penebangan hutan yang tidak terkawal atau secara haram, pengurangan sumber
semula jadi dan sebagainya, telah mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan kepada
alam sekitar. Tragedi tanah runtuh, banjir kilat, pencemaran udara, air dan darat, pemanasan
global dan perubahan iklim dan sebagainya adalah kesan ketidakstabilan ekosistem yang
berpunca daripada aktiviti manusia yang sering kali dikaitkan dengan pembangunan. Isu-isu
alam sekitar inilah yang merupakan antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan
ditangani oleh kita semua.

Kerajaan memang komited terhadap perlindungan dan pemuliharaan alam sekitar negara.
Pelbagai dasar dan perundangan termasuk peraturan-peraturan serta program telah
diperkenalkan bagi mengimbangi pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Antara
dasar-dasar ialah Dasar Alam Sekitar Negara, Dasar Perhutanan Negara, Dasar Kepelbagaian
Biologi Kebangsaan, Dasar Mineral Negara dan Dasar Perubahan Iklim Negara. Manakala
undang-undang termasuk Akta Kualiti Alam Sekeliling, Akta Perhutanan Negara dan Akta
Perlindungan Hidupan Liar juga dikuatkuasakan. Dasar, perundangan dan garis panduan
sedia ada ini memberi panduan kepada semua pihak termasuk agensi Kerajaan Persekutuan
dan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, sektor industri dan masyarakat bagi memastikan
sumber asli negara digunakan secara lestari, di samping memelihara alam sekitar kita.

Justeru, bagi meningkatkan lagi keberkesanan penguatkuasaan, Kerajaan dalam waktu


terdekat akan meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi memperkukuhkan lagi
penguatkuasaan terhadap masalah pencemaran. Namun begitu, kita perlu sedar bahawa
penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sahaja tidak mencukupi untuk membendung
semua masalah alam sekitar. Setiap lapisan masyarakat tidak kira tua atau muda,
berpendidikan tinggi atau tidak, perlu berganding bahu dan bersatu tenaga untuk memulihara
dan melindungi alam sekitar. Kita hidup dalam lingkungan alam sekitar yang sama,
menghirup udara yang sama, berkongsi menggunakan sumber asli yang sama. Oleh itu, kita
tidak ada tempat selain bumi ini. Jika bumi hancur, maka hancurlah manusia. Maka janganlah
kita berpeluk tubuh membiarkan bumi menahan segala pencerobohan alam sekitar. Saya
menyeru agar kita sama-sama berganding bahu memikul tanggungjawab menjaga bumi ini.

Sungguh pun begitu, hakikatnya ialah kesedaran terhadap pemuliharaan alam sekitar masih
kurang walaupun pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan. Bagi meningkatkan lagi
kesedaran masyarakat, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama-sama dengan
jabatan-jabatannya menjalankan program dan kempen kesedaran alam sekitar yang
melibatkan pelbagai kumpulan sasaran seperti pelajar, guru, masyarakat desa dan bandar,
badan bukan kerajaan dan lain-lain. Antara program-program yang dijalankan adalah
Program Anugerah: Bandar Lestari, Sekolah Lestari dan Anugerah Langkawi;
Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institut Pengajian Tinggi (IPT);
Kem Kesedaran Alam Sekitar (KeKAS);
Penerbitan Majalah Era Hijau, IMPAK, Buku Climate Change in Malaysia dan brosur You
Can Fight Climate Change Today;
Kempen Tabiat takpa, bumi binasa melalui media massa;
Pameran Alam Sekitar; dan
Persidangan dan bengkel bersama lain-lain kementerian, agensi, pihak swasta dan badan
bukan kerajaan.

Selain itu, NRE telah melancarkan Program Rakan Alam Sekitar untuk mempelbagaikan
usaha menangani isu alam sekitar. Melalui program ini, pemimpin-pemimpin di peringkat
akar umbi diberi peranan untuk menerajui usaha-usaha secara bersepadu dengan anggota
masyarakat tempatan termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk bersama-sama
dengan agensi-agensi kerajaan dalam memulihara alam sekitar.

Harapan saya agar semua pihak memainkan peranan yang lebih proaktif agar usaha-usaha
penjagaan alam sekitar negara mencapai kejayaan. Mulakanlah dengan mengamalkan
kehidupan harian kita berpandukan ciri-ciri kehidupan yang mesra alam seperti mengitar
semula, menanam pokok, berkongsi kenderaan serta menjimatkan penggunaan tenaga
elektrik. Pendingin hawa pula perlu ditentukan pada suhu yang sesuai agar tidak terlalu sejuk.
Perlu diingat, usaha membuat perubahan walau sekecil manapun adalah lebih baik
berbanding sekadar berpeluk tubuh tanpa berbuat apa-apa atau menyalahkan orang lain. Di
samping itu, saya juga ingin melihat penglibatan yang lebih besar dalam aktiviti-aktiviti yang
diadakan sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia tahun ini termasuk Anugerah
Langkawi dan Program Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar.

Kitar Semula - Kepentingan Kepada


Manusia Dan Alam Sekitar
Rossa Calla 10:01 PG

314 shares

Facebook Google+TweetWhatsApp

Kepentingan Kitar Semula Kepada Manusia Dan Alam Sekitar. Kitar semula
adalah merupakan satu kaedah dalam pengurusan sisa untuk mengurangkan
penghasilan sisa pepejal. Biarpun terdapat beberapa bahan-bahan yang tidak boleh diguna
semula atau dikitar semula, namun dalam tempoh dua dekad yang lalu, plastik
adalah bahan yang sering dikitar semula.

DEFINISI
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar
semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan
keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang
sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-
sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan
dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul,
diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan
baru.

MENGAPA PERLU KITAR SEMULA


Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang
positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam
semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang
di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa. Jumlah sisa yang
dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :

1. Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli


lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
2. Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang
menghasilkan sisa .
3. Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana
kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
4. Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan
yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.

KEPENTINGAN TERHADAP ALAM SEKITAR


Kitar semula adalah amat penting kerana sisa buangan memberikan kesan negatif yang amat
besar kepada alam sekitar semula jadi.

1. Penghasilan air larut resap (leachate) dan pelepasan gas metana (methane) yang
dihasilkan daripada sisa pepejal yang terurai di tapak pelupusan. Kitar semula dapat
membantu mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal.
2. Pemanasan global dan pemusnahan habitat adalah kesan daripada pemusnahan hutan.
Kitar semula dapat mengurangkan keperluan terhadap bahan mentah, oleh itu sumber asli
seperti kayu balak dapat disimpan dan dikekalkan.
3. Tenaga yang besar digunakan apabila membuat produk daripada bahan mentah. Kitar
semula hanya memerlukan sedikit tenaga dimana secara tidak langsung dapat membantu
dalam mengekalkan pemuliharan dan pemeliharaan alam semula jadi.

KEPENTINGAN TERHADAP MANUSIA


Kitar semula sangat penting kepada bandar di seluruh dunia dan manusia yang hidup di
dalamnya.

1. Meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan. Selain itu juga, kebanyakkan kawasan tanah
di negara kita didapati kurang sesuai untuk membina tapak pelupusan disebabkan sebahagian
besar meliputi kawasan tadahan air.
2. Mengurangkan belanjawan kewangan. Menghasilkan produk daripada bahan mentah
lebih tinggi kosnya berbanding di hasilkan daripada bahan-bahan kitar semula.
3. Memelihara sumber alam semula jadi untuk generasi akan datang. Kitar semula
mengurangkan penggunaan bahan mentah dan menggunakan sedikit tenaga berbanding
pemprosesan bahan dari sumber asli. Oleh itu alam semula jadi dapat dipelihara untuk
generasi yang akan datang.

3R
Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di
Pusat Membeli-belah Mid Valley oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Pelbagai pihak turut terlibat dalam program ini seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat
Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi,
sekolah dan sebagainya.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa 11


November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Pada masa kini
, kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika
dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 %),
Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah
mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun
2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka
pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan
berkesan.

Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse


(Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar
Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa
Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat
mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.

Pengurangan:
Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang
dihasilkan.
Penggunaan semula:
Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih
boleh digunakan lagi.
Kitar semula:
Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.

Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedah yang efektif dengan
memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu, pengurangan diikuti penggunaan semula
dan akhirnya kitar semula

Kepentingan konsep bandar dalam taman terhadap negara dan rakyat


Malaysia

Kita perlu berbangga kerana negara kita merupakan negara yang mengutamakan
pembangunan mesra alam berkonsepkan bandar dalam taman.
Huraikan kepentingan konsep bandar dalam taman terhadap rakyat dan negara kita.

Kemajuan dalam aspek pembangunan dan perancangan bandar telah menemukan satu
formula baharu untuk mengekalkan kelestarian warisan alam. Konsep mengutamakan
pembangunan negara yang mesra alam telah menjadi satu unsur penting dalam pembangunan
negara. Lihat sahaja pembanggunan di Shah Alam dan Putrajaya yang membuktikan
kesungguhan negara ini dalam mengetengahkan konsep bandar dalam taman tersebut.
Sebenarnya, konsep bandar dalam taman ini membawa banyak kepentingannya terhadap
rakyat dan negara.

Faedah utama yang dibawa oleh konsep bandar dalam taman ini melibatkan keupayaan
negara menjaga keseimbangan alam dan eskosistem dengan efektif. Keseimbangan ini
berlaku kerana faktor kadar penebangan hutan dengan kadar pertumbuhan hutan dijaga
dengan baik oleh mana-mana pihak yang membangunkan sesuatu projek pembangunan itu.
Situasi ini menjamin kewujudan kehijauan alam sekitar untuk satu tempoh yang lama buat
sesuatu kawasan yang dibangunkan oleh kerajaan itu. Ringkasnya, pelan pembangunan
sesuatu kawasan dirancang dengan teliti kerana setiap pembangunan mengutamakan alam
sekitar.

Selain itu, pembangunan berteraskan konsep ini berupaya mengurangkan pencemaran alam
dengan begitu mudah. Semua pembangunan terutama yang melibatkan sistem pengangkutan
awam mengutamakan istilah mesra alam itu. Penggunaan bahan api dikurangkan untuk
menjaga kualiti udara menerusi pembinaan sistem transit aliran ringan yang berupaya
menghubungkan mana-mana destinasi di sesuatu bandar itu dalam tempoh yang pantas. Alam
juga tidak tercemar kerana pembangunan mesra alam turut mengutamakan pembinaan sistem
pembetungan yang berkualiti untuk memastikan sumber air terutama untuk kegunaan
penduduk tidak tercemar.

Tambahan pula, pembangunan berteraskan bandar dalam taman akan menyediakan suasana
kehidupan yang berkualiti buat penduduk setempat. Semua aktiviti pembangunan dilakukan
tanpa mengabaikan keindahan alam sekitar yang sudah lama wujud tersebut. Landskap yang
menarik dihasilkan oleh pihak pemaju untuk menggantikan binaan hutan batu yang menjadi
amalan utama dalam pembangunan sebelum ini. Akibatnya, rakyat dapat menikmati
keindahan alam di depan mata mereka tanoa perlu kembali ke kampung halaman untuk
melihat keindahan tersebut.

Kehidupan moden telah menyebabkan manusia semakin tertekan lalu usaha menjadikan
konsep bandar dalam taman satu realiti akan membantu rakyat negara ini menenangkan
fikiran dan menghilangkan tekanan kehidupan tersebut. Pelbagai kawasan riadah dengan
kemudahan yang mesra pengguna dibina sehingga menarik minat rakyat untuk beriadah
sepanjang masa. Tindakan ini akan menjadikan kualiti kesihatan diri dan mental rakyat
menjadi bertambah baik untuk satu tempoh tertentu. Lama-kelamaan, kehidupan masyarakat
di negara ini akan menjadi lebih tenang dan harmoni kerana negara mengutamakan
pembangunan yang seimbang dalam perancangan pemodenan itu.

Impak terakhir pelaksanaan konsep bandar dalam taman ialah negara ini akan menarik lebih
banyak pelancong terutama pelancong asing untuk melawat Malaysia. Golongan pelancong
ini pastinya akan mudah terpesona dengan keindahan dan kekreatifan perancang bandar
negara ini dalam merancang sebarang pembangunan tersebut. Pelancong akan memuji sikap
rakyat negara ini yang begitu mengutamakan kemodenan tetapi masih mengekalkan
kehijauan dan keaslian alam sekitar yang sukar untuk diperoleh di negara asal mereka itu.
Sudah pasti apabila mereka kembali ke negara asal pelbagai cerita tentang keindahan negara
terutama kesungguhan rakyat Malaysia mengekalkan keseimbangan pemodenan dan alam
sekitar akan menjadi buah mulut masyarakat di sana.

Kesimpulannya, konsep bandar dalam taman perlu diwujudkan di negara ini dengan lebih
banyak. Pelbagai faedah timbul sama ada daripada segi ekologi dan ekonomi kepada rakyat
serta negara ini secara tidak langsung. Pembangunan negara ini hendaklah mengikut acuan
kita sendiri kerana langkah sebegini beruoaya menaikkan nama negara pada mata masyarakat
dunia pula. Namun, sokongan rakyat amat diperlukan untuk menjayakan pelaksanaan konsep
sebegini bak kata pepatah bersatu teguh bercerai roboh yang menekankan peri pentingnya
kerjasama masyarakat dalam kehidupan moden ini.

Putrajaya Bandar Dalam Taman Yang Sempurna

Setiap kali seseorang mengunjungi Putrajaya pasti akan menyedari bahawa bandar nadi
pentadbiran negara itu kian pesat dibangunkan dalam suasana 'Bandar Dalam Taman' yang
penuh dengan kehijauan.

Meskipun pada awal pembukaannya lebih 10 tahun lepas bandar itu agak tandus, ia kini jelas
menonjolkan bandar hijau dengan ekosistem penempatan manusia dan ekologi yang
seimbang.

Secara tidak langsung Putrajaya adalah contoh baik kejayaan usaha transformasi kawasan
hijau dan taman awam negara, menjadikan aspek pentadbiran dan pengurusan kawasan
hijaunya wajar dicontohi oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain.
Ini juga bermakna Perbadanan Putrajaya (PPj) sebagai PBT, yang menguruskan bandar itu,
sebenarnya menanggung tugas yang dikira berat dalam memastikan setiap komponen
landskap hijau bandar itu diberi keutamaan dalam setiap sudut pembangunan Putrajaya demi
mengimbangi kualiti, gaya hidup dan kesejahteraan rakyat.

Demi mencapai objektif itu, Putrajaya menyediakan pelbagai program bulanan seperti
Program Alami Satu Putrajaya (ALIP), Program Kayuhan Ceria dan Program Jalan Kaki
Langkah Ceria sebagai usaha menggalakkan riadah dalam kalangan penduduk sekaligus
menghidupkan Putrajaya.

Menurut Presiden PPj, Tan Sri Dr Aseh Che Mat, mereka turut mengusahakan Program
Penghijauan iaitu menanam lebih banyak pokok dan menyokong program kesedaran awam
mengenai peranan dan kepentingan kawasan hijau di samping Program Pembungaan dengan
menanam lebih banyak bunga pelbagai warna bagi meningkatkan keceriaan.

INOVASI TERKINI

Apapun, PPj melakukan usaha inovasi terkini yang amat menarik iaitu menggunakan modal
insan bermaklumat tinggi dalam bidang sains dan teknologi alam semulajadi dalam
perancangan pengurusan kawasan hijau Putrajaya.

Pihak berkuasa itu juga membangunkan Sistem Inventori dan Pengurusan Pokok (SIPP)
bersama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi mengurus aset hidup
tumbuhan Putrajaya.

"Sistem itu siap Ogos lepas dan diharap dapat dimanfaat sepenuhnya serta dikongsi dengan
pihak lain yang terlibat dalam pengurusan kawasan hijau di Malaysia," jelas beliau dan
menambah kata bahawa FRIM akan berfungsi sebagai pelaksana SIPP.

Projek perintis itu dijangka membantu meningkatkan kualiti landskap dan pendidikan alam
sekitar di Putrajaya menerusi kerjasama yang meliputi aspek botani, biodiversiti, pengurusan
hutan bandar mapan, penyelenggaraan landskap dan pelbagai aspek lain berkaitan alam
semulajadi.

Ia juga bagi mewujudkan kerjasama ke arah mengukuh, mempromosi dan melaksanakan


pelbagai penyelidikan, pendidikan dan pengetahuan atau 'pemindahan pengetahuan' sekaligus
mewujudkan modal insan bermaklumat tinggi.

KESELAMATAN KANAK-KANAK

PPj turut mengenalpasti keperluan keselamatan Taman Permainan Kanak-kanak (TPK)


sebagai satu daripada usaha melestarikan kawasan hijau bagi memastikan persekitaran
selamat bagi golongan itu.

Lantas, PPj memperkenalkan persijilan Certified Playground Safety Inspector (CPSI) dan
Playground Maintenance Technician (PMT) yang ditauliahkan oleh satu badan antarabangsa,
International Playground Safety Institute (IPSI).

"Setakat ini, program itu berjaya melahirkan lapan orang CPSI perintis," kata Dr Aseh yang
yakin dasar terbaru Kementerian Wilayah Persekutuan itu mampu memastikan taman-taman
permainan berkualiti tinggi dan selamat.

Beliau juga difahamkan bahawa kementerian akan menggubal dasar yang akan memastikan
penanaman pokok-pokok ini tidak memudaratkan keselamatan orang awam di Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Selaras dengan usaha mengubah imej negara daripada budaya selenggaraan dunia ketiga
menjadi budaya selenggaraan negara maju pula, PPj telah melakukan pelbagai
penambahbaikan pelaksanaan cara kerja dan peralatan kerja kawasan hijau.

"Ini termasuk melatih dan menggunakan tenaga tukang kebun separa mahir dan mahir dalam
menjana landskap dan taman berkualiti tinggi, berbanding penggunaan buruh kasar kurang
terlatih seperti sebelum ini," jelas Dr Aseh.

Daripada segi peralatan, PPj akan berusaha melakukan pembaharuan dengan berubah ke arah
penggunaan aplikasi sains dan teknologi dalam melaksanakan rutin kerja seharian.

Taman Botani Putrajaya

TAMAN UNTUK PELANCONGAN

Putrajaya sebenarnya mempunyai pelbagai kawasan taman yang cantik dan dilengkapi
dengan pelbagai kemudahan awam tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Namun Dr Aseh mengakui penggunaan taman-taman awam itu oleh orang ramai terutama
penduduk Putrajaya sendiri masih di tahap rendah.

Justeru, beliau berharap agar kemudahan taman awam digunakan sepenuhnya oleh orang
awam untuk melakukan pelbagai aktiviti luar bersama keluarga dan rakan taulan, sekaligus
merapatkan hubungan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Nadi pentadbiran negara itu mempunyai sekurang-kurangnya sembilan taman, tidak termasuk
tasik dan Wetlands yang diwujudkan bagi tujuan dan fungsi yang tersendiri.

Ini termasuk Taman Botani yang berfungsi sebagai satu sanktuari kebangsaan untuk
menyimpan koleksi hidup tumbuhan dan untuk kajian, Taman Putra Perdana yang menjadi
lokasi terbaik untuk menikmati panorama Putrajaya dari paras tinggi dan Taman Wawasan
yang merangkumi taman burung dan taman tema.

PPj turut menyelenggara Taman Rimba Alam yang berkonsepkan hutan bandar iaitu
kombinasi ekosistem hutan tropika dan taman rekreasi metropolitan, manakala Taman
Warisan Pertanian adalah kebun pelbagai tanaman komersial penting negara bahkan
menyediakan peluang untuk sesiapa sahaja yang ingin cuba menoreh getah.

Selain Taman Wetlands yang berkonsepkan pendidikan dan kesedaran awam mengenai
kepentingan ekosistem tanah itu, Putrajaya turut mempunyai Taman Ekuestrian yang
menyediakan sekolah menunggang kuda dan lokasi untuk majlis persendirian.

Paling unik, Putrajaya turut menyediakan Taman Selatan yang menjadi tempat pengurusan
kematian dan gabungan kawasan perkuburan bagi semua agama dan kepercayaan utama
Malaysia.

Mengubah imej Kuala Lumpur menjadi bandar hijau


30 Januari 2013
KUALA LUMPUR - Pernahkah anda membayangkan Bandar raya Kuala Lumpur yang
ketika ini dipenuhi dengan lautan konkrit, bakal berubah wajah menjadi bandar penuh
kehijauan hutan?

Menarik, namun realitinya ibu kota yang dipenuhi penduduk seramai 1.8 juta, dan sering kali
sesak dengan kenderaan di jalan-jalan utamanya, menyaksikan pembangunan dan kerja
pembinaan berterusan berlaku di setiap sudut bandar raya ini.

Namun ia bukan pula perkara yang mustahil. Pelbagai usaha sudah dijalankan dalam
menjadikan Kuala Lumpur bandar hijau, melalui konsep 'bandar dalam taman', menjadikan
persekitaran lebih selesa, selamat dan kondusif sebagai tempat bekerja, bermain dan tempat
tinggal.

Ini termasuk pelaksanaan program penghijauan di bawah inisiatif Greater Kuala


Lumpur/Lembah Klang. Menariknya, aktiviti penanaman pokok yang disasarkan sebanyak
100,000 batang di Kuala Lumpur menjelang 2020, kini diharap dapat diperluaskan.

KONSEP HUTAN BANDAR

"Kita melihat ada keperluan dalam perkara ini kerana konsep 'hutan dalam bandar' belum
kuat. Kita lebih tertumpu memenuhi sasaran ditetapkan, mewujudkan kawasan hijau namun
sekarang kami akan meneliti semula konsep penanaman dan juga kaedah penghijauan," kata
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Phesal Talib ketika diwawancara Bernama
sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013.

Hari Wilayah Persekutuan disambut setiap 1 Februari dan tahun ini untuk ulang tahun ke-39.
Kuala Lumpur ialah satu daripada tiga Wilayah Persekutuan di negara ini, dua lagi ialah
Putrajaya dan Labuan.

Konsep hutan dalam bandar boleh didefinisikan sebagai hutan atau sekumpulan pokok yang
tumbuh di kawasan bandar, pekan atau sub-bandar sama ada secara semula jadi atau ditanam
semula.

Hutan bandar amat penting dalam memastikan kualiti alam sekitar dan kesejahteraan manusia
terpelihara.

Malah ia merupakan antara kaedah terbaik mengenali pokok-pokok hutan apabila setiap
pokok akan ditanda dengan nama biasa dan saintifik selain mempelbagai elemen keunikan
bandar raya.

Ini selaras matlamat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak mahu melihat
wajah Wilayah Persekutan hanya dihiasi dengan keindahan bangunan pencakar langit.

Dengan terlaksananya konsep hutan bandar, aktiviti riadah, senaman, dan menghirup udara
segar tidak sekadar tertumpu kepada taman-taman sedia ada, tetapi orang ramai boleh
menikmatinya di mana-mana sahaja.

METERAI MoU DENGAN FRIM

Bagi memperhebat program penghijauan Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) sedang mengambil langkah untuk mengadakan memorandum persefahaman (MoU)
dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

MoU itu bertujuan mewujudkan perkongsian pintar antara DBKL dan FRIM bagi mengenal
pasti pokok-pokok hutan dan yang bertujuan saintifik untuk dikaji ditanam di kawasan
bandar.

Selain itu, ia bermatlamat memastikan pokok-pokok yang ditanam sebelum ini tumbuh subur.

"Tumpuan memang diberikan kerana DBKL memperoleh RM14 juta untuk penanaman
pokok bagi program penghijauan ini. Jadi, pokok yang kami hendak tanam nanti perlu
dirancang supaya mana-mana kawasan stabil boleh ditanam pokok mengikut pertimbangan
pengekalan hutan dan juga tujuan saintifik melalui konsep botani.

"Kita perlu tengok bagaimana Singapura telah bergerak kepada membawa pokok-pokok
hutan ke dalam kawasan bandar kerana ingin menjadikannya banda raya hutan. Kita kaya
dengan khazanah hutan umpamanya meranti, merbau. Bagi mereka yang ingin tahu pokok
hutan Malaysia, satu daripada caranya ialah melalui konsep hutan bandar," katanya.

PANEL PENILAI

Usaha mewujudkan kelestarian persekitaran Kuala Lumpur untuk sentiasa segar, tidak boleh
berpaksikan kepada peranan pihak berkuasa tempatan itu sahaja.

Kerjasama pihak swasta juga penting bagi merealisasikan matlamat merubah Kuala Lumpur
dan Lembah Klang menjadi antara 20 bandar raya di dunia yang berkembang dari segi
ekonomi dan taraf hidup menjelang 2020.

Melihat akan kepentingan ini, DBKL bersama FRIM bersetuju menubuhkan Panel Penilai
(merujuk cadangan landskap) bertujuan memberi nasihat kepada pemaju dalam menjayakan
konsep hutan bandar.

Penekanan turut diberikan kepada peruntukan minimum 10 peratus dalam mewujudkan


keceriaan kawasan landskap bagi mana-mana pemaju yang ingin mengemukakan cadangan
pembangunan kepada DBKL.

"Sekiranya mereka cuma dapat menyediakan lapan peratus bagi landskap di atas tanah,
pemaju hendaklah menyediakan pembangunan tanaman pokok di tingkat atas sebanyak 16
peratus, berganda daripada di bawah.
"Ini (konsep taman atas bangunan) akan juga kami beri perhatian," kata Ahmad Phesal.

TAMAN

Penelitian penanaman dan program penghijauan turut meliputi taman-taman sedia ada.

Untuk tujuan ini, DBKL bersama FRIM sedang mengadakan inventori mengenal pasti kaedah
menghutankan kembali Taman Rimba Bukit Kerinchi, antara satu daripada 19 taman rekreasi
di sekitar bandar raya.

Bagi menambah aktiviti keseronokan beriadah, DBKL juga telah menerapkan konsep 'CASH'
iaitu - kreatif, aktif, suka bersukan dan sihat - antaranya dengan melantik jurulatih
senamrobik dan tai chi.

Ia merupakan sebahagian daripada langkah strategik yang diambil pihak berkuasa bagi
mengurangkan tekanan warga bandar dan menjalankan aktiviti sihat bersama keluarga,

KESESAKAN LALU LINTAS

Mensejahterakan kehidupan warga bandar tidak tertumpu kepada mewujudkan koridor hijau
semata-mata, malah ia merangkumi aspek paling penting yakni, pengangkutan.

Mengenai masalah kesesakan lalu lintas, Ahmad Phesal berkata terdapat beberapa inisiatif
telah digariskan bagi meningkatkan peratusan pengguna pengangkutan awam.

Antaranya, menyediakan konsep 'Park & Ride' yang memudahkan orang ramai meletakkan
kenderaan di kawasan tertentu dan menggunakan sistem pengangkutan rel atau bas untuk
masuk ke pusat bandar. Dalam masa yang sama perkhidmatan Go KL City Bus akan
ditingkatkan.

"Bagi projek Park & Ride, setakat ini dua projek telah pun diberi kelulusan untuk
pelaksanaannya iaitu di Sungai Besi dan Bandar Tasik Selatan.

"Kami memperuntuk lebih kurang RM200 juta bagi menyediakan pelbagai kemudahan
seperti tandas dan pusat membeli-belah untuk membolehkan warga kota selesa dengan
konsep Park & Ride ini," katanya.

Selain itu, fasa pertama pembinaan projek Aliran Transit Massa (MRT), yang dijangka
disiapkan mengikut jadual pada akhir tahun 2016 dapat membantu menyelesaikan kerumitan
masalah kesesakan lalu lintas.

Pelaksanaan fasa pertama Laluan 1 Sungai Buloh-Kajang, yang melibatkan kos pembinaan
tidak melebihi RM23 bilion, bermula dari stesen Sungai Buloh ke stesen Semantan.
Menurut Ahmad Phesal, warga Kuala Lumpur juga akan dapat menikmati kemudahan laluan
pejalan kaki dari stesen yang bersambung dengan bangunan-bangunan.

BRT: Sistem pengangkutan mesra alam


1 Jun 2015, 11:11 malam 1 Jun 2015, 11:16 malam

Pengangkutan awam menggunakan teknologi mesra alam pertama negara, sistem Bas Rapid
Transit Laluan Sunway (BRT-Laluan Sunway) membuka lembaran baru dalam perkhidmatan
pengangkutan awam negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sistem pengangkutan BRT-Laluan
Sunway yang dibangunkan Kumpulan Prasarana dan Kumpulan Sunway itu merupakan
projek pengangkutan awam yang mencapai piawaian antarabangsa dan amat membanggakan
negara.

"Projek ini memenuhi hasrat kerajaan untuk membangunkan sistem pengangkutan awam
yang efisien, boleh diharap dan selesa," katanya semasa merasmikan sistem BRT-Laluan
Sunway di Kompleks BRT Sunway dekat Petaling Jaya hari ini.

Najib turut melancarkan bas elektrik pertama pada majlis itu yang dicatatkan dalam Malaysia
Book of Records sebagai bas elektrik pertama negara yang digunakan untuk sistem
pengangkutan awam.

Beliau berkata apa yang dicapai hari ini merupakan teknologi pintar dalam usaha
mengurangkan kesesakan jalan raya dan pengurangan pelepasan gas karbon.

Katanya bagi meningkatkan minat masyarakat menggunakan perkhidmatan pengangkutan


awam itu, tiada bayaran dikenakan mulai esok untuk tempoh dua bulan.

Perdana menteri berkata sistem BRT-Laluan Sunway ini juga selaras dengan aspirasi
kerajaan untuk meningkatkan lagi penggunaan teknologi hijau dan gaya kehidupan baharu
yang mesra alam dalam perkhidmatan pengangkutan awam.

Najib turut memuji kaedah pelaksanaan projek BRT yang merupakan kerjasama awam-
swasta (PPP) antara Kumpulan Prasarana dengan Kumpulan Sunway, dan berharap

lebih banyak kerjasama dapat dilakukan dalam memajukan pengangkutan awam negara.

Beliau berkata pelaksanaan sistem pengangkutan itu merupakan capaian penting negara ke
arah mengajak masyarakat menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam

dengan lebih kerap dan mengurangkan penggunaan kereta persendirian seperti dilakukan di
negara maju.

"Ada sesetengah negara maju yang penduduknya menyimpan kenderaan di 'country side' dan
menggunakan pengangkutan awam untuk ke mana-mana. Kita juga boleh melakukannya jika
mempunyai sistem pengangkutan awam yang bersepadu dan masalah ini telah dikenal pasti
kerajaan, " katanya.

Beliau berkata untuk itu, sistem pengangkutan awam, khasnya di Lembah Klang, perlu
diselaraskan, dan BRT perlu diperluaskan di projek pengangkutan awam yang lain.

Najib berkata kerajaan, tanpa ragu, telah meletakkan pembangunan sistem pengangkutan
awam sebagai satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kerana sedar dan
peka bahawa ia merupakan cabaran penting dalam Pelan Transformasi negara.

"Kita letakkan pengangkutan awam dalam NKRA sebab selama ini kita gagal wujudkan
pengangkutan awam yang bersepadu. Oleh kerana itu, kita wujudkan Kumpulan Prasarana
dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk melaraskan pengangkutan awam
negara," katanya.

Najib berkata kerajaan juga memperuntukkan sebanyak RM23 bilion untuk pembinaan
jajaran transit aliran massa (MRT) yang baharu bakal menghubungkan Sungai Buloh ke
Putrajaya.

Pada masa sama, kerajaan juga telah mengumumkan pembinaan jajaran sistem transit aliran
ringan (LRT) ketiga bernilai RM9 bilion bagi menghubungkan Bandar Utama, Shah Alam
dan Klang, katanya.

Najib kemudian menaiki bas elektrik mengelilingi kawasan sekitar selama 30 minit.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai,
Pengerusi Kumpulan Prasarana Tan Sri Ismail Adam dan Pengerusi Kumpulan Sunway Tan
Sri Jeffrey Cheah.

Sistem BRT-Laluan Sunway menjadi perkhidmatan bas pertama menggunakan 'elevated


track' atau laluan bertingkat sekali gus memastikan perjalanan dapat dirancang hingga waktu
terakhir.

Ia juga merupakan perkhidmatan bas awam henti-henti pertama yang menggunakan bas
elektrik sepenuhnya di negara ini. Kos pembinaan infrastruktur dan sistem pengangkutan
awam itu sebanyak RM634 juta.

Sistem BRT-Laluan Sunway yang meliputi laluan bertingkat sejauh 5.4 kilometer itu
menempatkan tujuh buah stesen dari Sunway-Setia Jaya sehingga USJ7, Subang Jaya, dan
akan dihubungkan ke stesen Komuter Keretapi Tanah Melayu Setia Jaya dan sistem LRT
yang sedang dibina di USJ 7 yang akan dibuka tahun depan.

Sementara itu Ismail dalam ucapan alu-aluannya berkata BRT-Sunway Line akan beroperasi
mulai esok di tujuh stesen iaitu Sunway-Setia Jaya, Mentari, Sunway Lagoon, SunMed,
SunU-Monash, South Quay dengan USJ7 sebagai stesen terakhir dengan kemudahan 'park
and ride' turut disediakan.

Katanya 15 bas mesra alam akan digunakan dengan setiap bas boleh memuatkan 67 orang,
termasuk penumpang berdiri, pada satu-satu masa.
Beliau berkata BRT-Sunway Line akan memberi perkhidmatan kepada 500,000 penduduk di
Bandar Sunway dan Subang Jaya.

Ismail berkata dijangkakan 2,400 penumpang setiap jam akan menggunakan perkhidmatan
itu tahun ini dan jumlah itu diramalkan meningkatkan kepada 5,200 orang pada tahun 2035.

17/11/2015:Guna Sistem Pengangkutan


Mesra Alam Bawa Pelancong
Menyusuri Sungai
Posted on 17 November 2015 | Tinggalkan komen

Pengusaha pelancongan di negeri ini disaran menggunakan sistem pengangkutan mesra alam
ketika membawa pelancong menyusuri sungai untuk menyaksikan keindahan kunang-
kunang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun
berkata langkah itu untuk memelihara kelestarian produk pelancongan tersebut agar tidak
pupus. Sebagai contoh, katanya pengangkutan menggunakan kuasa bateri dan bukan petrol
atau diesel mungkin boleh mengurangkan gangguan terhadap ekosistem kunang-kunang.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar mengenai Kunang-Kunang


dan Kelestarian Pelancongan di Kota Kinabalu.

Menurut Datuk Masidi, bilangan kunang-kunang di Klias, Beaufort sudah berkurangan dan
berdasarkan maklum balas yang diterima, ia mungkin disebabkan produk pelancongan itu
tidak dimanfaat secara sistematik dan terkawal.

Beliau turut meminta para saintis menjalankan kajian terperinci berhubung ekosistem
kunang-kunang sebagai rujukan untuk memelihara serangga yang dapat mengeluarkan
cahaya yang jelas pada waktu malam itu daripada pupus. Ketika ini, terdapat dua destinasi
pelancongan yang mempunyai daya tarikan kunang-kuanng iaitu di Rampaian, Kota Belud
dan Klias, Beaufort.

UKM Bantu Sediakan Sistem Pengangkutan Awam


Lestari
BANGI, 19 Feb 2016 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebuah syarikat
perunding pengangkutan berhasrat untuk mengubah sistem pengangkutan awam di negara ini
menjadi sektor yang lebih lestari dan mesra alam sekitar.

Langkah pertama ke arah kerjasama tersebut adalah untuk UKM mengadakan siri kursus
jangka pendek untuk para profesional dan perancang pengangkutan awam dan, kata Ketua
Pengarah Urus Budi Transplan Sdn Bhd Dr Rosli Nekmat.
Kami berharap UKM boleh membantu kami mengadakan kursus untuk jurutera, pengusaha
pengangkutan dan majlis-majlis perbandaran supaya mereka boleh membiasakan diri dengan
kenderaan yang kurang mencemarkan udara, Dr Rosli memberitahu Portal Berita UKM
selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan universiti tersebut
di sini hari ini.

Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah
mewakili UKM.

Dr Rosli menjangka UKM akan melaksanakan kursus lanjutan dalam jangka masa panjang
yang akan merangkumi program sarjana dalam pengangkutan lestari, terutamanya menjurus
untuk industri pengangkutan awam.

Beliau berkata sebagai permulaan, kira-kira 200 pegawai dari pelbagai pihak berkuasa
tempatan dan sebilangan kecil dari sektor pengangkutan lestari akan menghadiri kursus
menjelang akhir tahun.

Beliau berkata UKM mempunyai kemudahan penyelidikan teknologi enjin dan kenderaan
autonomi yang boleh digunakan untuk Sistem Pengurusan Bas.

Beliau menjangka sistem Bas Rapid-Transit (BRT) antara Kuala Lumpur dan Klang terus
menggunakan enjin diesel yang sedia ada, tetapi dikuasakan oleh bahan api mesra alam Euro-
5 yang digunakan di Kesatuan Eropah dan dikatakan sebagai yang paling bersih di dunia.

Kenderaan mesra alam

Ketika semua manusia sudah semakin sedar bumi semakin terbeban dengan pencemaran,
ramai mungkin bersetuju inilah masanya kita beralih kepada cara hidup yang lebih sihat dan
tidak menjejaskan alam sekitar dalam semua aspek kehidupan.

Selain industri pengilangan yang sering menjadi penyebab utama masalah itu, sektor
pengangkutan juga turut menerima tempiasnya kerana dikatakan antara punca pengeluaran
asap atau pembebasan gas hidrokarbon.

Justeru, mekanisme mengurangkan pelepasan asap terutama di kawasan bandar dan


mengurangkan penggunaan kenderaan adalah salah satu daripadanya. Namun, pertambahan
populasi di kawasan bandar terutamanya disebabkan penghijrahan tidak memungkinkan
mengurangkan kenderaan dapat dilaksanakan.

Oleh itu, pengeluar kenderaan kini berlumba-lumba mengeluarkan kenderaan yang tidak lagi
mengeluarkan asap termasuklah antaranya kenderaan elektrik dan juga hibrid.

Sebelum ini, kerajaan telah memberi potongan cukai kepada penggunaan kenderaan hijau
seperti model Toyota Prius, Nissan Serena dan juga Honda Insight dengan harapan pengguna
di negara ini akan terdorong untuk menggunakan kenderaan seperti itu.
Bagaimanapun kata beliau, pembangunannya kenderaan hijau tidak semestinya bergerak
seiring dengan pembangunan industri bahan bakar bio, Ini kerana kenderaan hibrid tidak
selalunya akan menggunakan bahan api berunsurkan biojim atau unsur-unsur bio yang lain.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/teknologi/kenderaan-mesra-alam-


1.171348#ixzz4mKNaBM5p
Utusan Melayu (M) Bhd

Faedah Membawa Bekal Ke Sekolah

Pada era pascaglobalisasi dan era kemodenan ini, kadar pelajar yang membawa bekal ke
sekolah semakin hangat diperkatakan dari bibir ke bibir seolah-olah tiada nokhtah
pegakhiran.Hal ini kerana mereka menganggap bahawa membawa bekal ialah sesuatu
perkara yang tidak penting dan susah untuk menyediakannya.Tambahan pula,ada segelintir
pelajar yang berpendapat membawa bekal ke sekolah ialah satu perkara yang memalukan
kerana mereka dianggap pelajar prasekolah.Selain itu,ibu bapa tidak mempunyai waktu untuk
menyediakan bekal kepada anak-anak kerana sibuk akan pekerjaan masing-masing.Sedarkah
kita bahawa,tiga perkara asas dalam membentuk tabiat pemakanan yang baik adalah
pengambilan sarapan,makanan tengah hari dan makan malam secara tetap.Semua orang
termasuklah golongan kanak-kanak perlu mengetahui bahawa faktor utama yang
menyumbang kepada tenaga untuk memulakan aktiviti seharian dengan baik adalah
pengambilan sarapan? Oleh itu,dengan menyediakan bekal ke sekolah maka secara tidak
langsung sarapan juga dapat disediakan.Persoalannya,apakah faedah kempen membawa bekal
ke sekolah diadakan?

Antara tujuan membawa bekal ke sekolah ialah kebersihan dan kesihatan


terjamin.Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata,kebanyakan insiden
keracunan makanan berlaku kerana pihak pengusaha kantin tidak mematuhi pelbagai syarat
yang ditetapkan dan kurang memberi tumpuan kepada aspek kebersihan dan kesihatan dalam
penyediaan makanan.Statistik Kementerian Kesihatan menunjukkan peningkatan kes
keracunan makanan sejak beberapa tahun yang lalu dengan 3822 kes pada 2010,3959 kes
pada 2011,4305 kes pada 2012 dan 5017 kes pada 2013.Beliau bekata lagi bahawa sebanyak
5,265 kes keracunan makanan di negara ini adalah 43 peratus daripada 12,122 kes keracunan
makanan yang berlaku di seluruh negara.Oleh itu,membawa bekal ke sekolah sekurang-
kurangnya dapat mengelakkan kita daripada terkena jangkitan penyakit kerana mencengah
lebih baik daripada merawat.Di samping itu,makanan yang disediakan oleh ibu bapa lebih
berkhasiat,bersih dan berkualiti.Kajian mendapati nutrisi baik dan pengambilan gizi yang
seimbang bukan saja mampu membantu perkembangan fizikal,malah dapat meningkatkan
kalsium dan vitamin khususnya dalam menjadikan anak-anak lebih kuat dan merangsang
keupayaan minda yang lebih cerdas.Oleh itu,membawa bekal ke sekolah mempunyai banyak
faedah yang boleh diperolehi oleh pelajar terutamanya dalam menjaga kebersihan dan
kesihatan diri.

Selain itu, dengan membawa bekal ke sekolah pelajar dapat merialisasikan amalan
menabung dalam kehidupan seharian.Hal ini kerana pelajar boleh menyimpan wang saku
yang diberi oleh ibu bapa dengan hanya membawa bekal ke sekolah dan cicir dipungut,hilang
dicari dapat dielakkan.Aspek ini diketengahkan kerana pada zaman milineum ini,kos
kehidupan dijangka semakin meningkat dan memerlukan kebestarian akal dalam
menghadapinya.Wang tabungan amat penting dan perlu direncanakan secara sistematik agar
pendapatan bulanan dapat dibelanjakan secara berhemah.Kek pendapatan perlu dibahagikan
dengan bijak dan memastikan sebahagiannya disimpan sebagai wang tabung.Oleh tu,dengan
membawa bekal kita juga dapat melatih diri supaya lebih matang dan proaktif dalam
mengharungi tingkap globalisasi yang kian mencabar pada saban hari dan sentiasa ingat akan
peribahasa ukur baju di badan sendiri dan ingat sebelum kena jimat sebelum habis.Sikap ini
haruslah dibentuk dari usia setahun jagung bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya.Maka jelaslah bahawa membawa bekal ke sekolah mendatangkan lebih banyak
faedah daripada keburukan.

Di samping itu,bulan semakin terang,bayang kian jelas bahawa terdapat pelbagai


faedah membawa bekal ke sekolah antaranya ialah dapat menjimatkan masa.Hal ini kerana
masa yang diperuntukkan untuk pelajar rehat ialah singkat iaitu antara 25 hingga 30 minit
sahaja.Bagi pelajar yang faham dan berketerampilan dalam pengurusan masa yang baik dapat
mengatasi masalah tersebut namun apa pula yang terjadi kepada pelajar yang kurang
memahaminya dan tidak menghayati akan masa yang sudah diberi? Menurut pemerhatian
yang telah ditelusuri di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Tawar,para pelajar biasanya akan
mengambil masa sekurang-kurangnya tiga hingga lima minit untuk sampai ke kantin.Hal ini
kerana kelas pelajar yang jauh menjadi faktor utama bagi membahas isi yang telah
diberikan.Oleh itu,membawa bekal dapat menjimatkan masa kerana masa itu ibarat
pedang,jika kita tidak menggunakan untuk memotong,pedang itu akan memotong kita.

Sementalan pula,faedah-faedah membawa bekal ke sekolah yang boleh kita


perolehi ialah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa dan rakan-
rakan.Dalam menyoroti hal ini aspek jasmani,emosi,intelektual dan sosial yang termaktub
dalam Falsafah Pendidikan Negara mampu menjadi platform utama dalam menyingsatkan
sesuatu hubungan khususnya apabila bersama ahli keluarga.Hal ini kerana ibu bapa dapat
memberikan kasih sayang yang secukupnya dalam diri anak-anak apabila mereka berjaya
mengukir senyuman anak-anak walaupun hanya menyediakan bekal sebelum mereka ke
sekolah.Begitu juga dengan prakarsa yang dimainkan oleh anak-anak yang sentiasa bersyukur
dan menghargai pemberian ibu bapa mereka walaupun hanya sebesar tapak tangan.Hal
demikian dapat menghasilkan lebih banyak keluarga yang merealisasikan pepatah bagai aur
dengan tebing dan sepakat membawa berkat dalam kehidupan harian
mereka.Seterusnya,hubungan ukhuwah yang kukuh dan ampuh antara rakan dapat
diwujudkan dengan saling berkongsi makanan dan mempelajari tentang jenis-jenis makanan
serta budaya pemakanan pelajar lain terutamanya yang berlainan bagsa.Eksplisitnya,sudah
terang lagi bersuluh bahawa kita dapat mengadaptasi pelbagai faedah dengan membawa
bekal ke sekolah serta perpaduan negara dapat ditingkatkan bagai seikat bak sirih,serumpun
bak serai.

Sedawarsa ini,pada era ledakan maklumat dan bahang indrustrialisasi kini konsep
bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing sudah menjadi perkara yang
biasa yang sebati dalam kehidupan kita.Oleh itu,membawa bekal ke sekolah mampu
mengubah persektif yang negatif kerana ambil yang jernih buang yang keruh dengan
penyerapan nilai-nilai murni dalam hidup mereka.Hal ini kerana pelajar dapat meningkatkan
nilai murni dalam kehidupannya dengan membantu rakan yang terlupa membawa wang ke
sekolah.Pelajar tersebut boleh berkongsi makanan di samping menyemai sikap kasih sayang
dan nilai persahabatan yang kukuh antara rakan.Selain itu,pelajar yang berjaya mengaplikasi
amalan menabung boleh menjadikan amalan menderma sebagai satu ambang bagi
meneruskan amalan yang baik dengan menderma sedikit wang sekurang-kurangnya
seminggu seringgit kepada golongan yang memerlukannya.Oleh itu,sikap
berdikari,bertanggungjawab dan proaktif dalam diri para pelajar dapat disemai.Peribahasa
yang sesuai ialah tak kaya oleh emas pembawa,tak gadis oleh kain berselang.Maka,sudah
tidak boleh dinafikan lagi bahawa membawa bekal ke sekolah mempunyai lebih banyak
faedah yang boleh diteladani.

Intijahnya, sudah terang lagi bersuluh bahawa terdapat pelbagai faedah yang dapat
diimplementasikan untuk memupuk amalan membawa bekal ke sekolah dalam sanubari para
pelajar yang disignifikan.Oleh itu,pihak lain seperti pihak kerajaan dan ibu bapa haruslah
memainkan peranan yang jitu supaya peribahasa seperti ketam yang mengajar anaknya
berjalan betul tidak diamalkan dan melakukannya dengan istiqamah bukanlah sekadar
hangat-hangat tahi ayam mahupun melapaskan batuk di tangga.Pelajar haruslah merebut
peluang tersebut dan berganding bahu kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi bagi
menghayati tujuan membawa bekal ke sekolah dalam kehidupan kita.

Membawa Bekal Makanan Ke Sekolah

SMAHADZIR

DEWASA ini sukar untuk melihat murid-murid membawa bekal makanan ke sekolah. Ramai murid
sekarang tidak suka membawa bekal makanan dengan alasan malu, berat dan sebagainya. Ditambah
pula ibubapa yang sibuk tidak dapat menyediakan bekalan makanan untuk murid.

Memang tidak dinafikan kantin sekolah ada menyediakan makanan yang mencukupi dan sentiasa
dipantau oleh guru-guru yang ditugaskan. Pihak sekolah sentiasa memastikan tahap kebersihan kantin
dan cara pengurusan stok kantin mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Walaupun pihak
sekolah sentiasa memastikan kantin berada pada tahap terbaik untuk keselesaan murid, tetapi
kadangkala peristiwa buruk seperti keracunan makanan tetap juga berlaku. Kadang-kadang
keracunan ini bukan sahaja disebabkan oleh makanan yang dibeli dari kantin tetapi juga makanan
yang dibeli dari luar.

Membawa bekal makanan merupakan satu penyelesaian yang baik bagi masalah keracunan dan
khasiat makanan. Malah membawa bekal juga dapat menjimatkan masa murid. Ada sesetengah murid
tidak dapat makan kerana tidak sempat membeli makanan.

Cuba kita bayangkan sebuah sekolah yang berkapasiti 1,000 orang murid. Waktu rehat biasanya dua
sesi. Sesi tahap 1 dan sesi tahap 2. Jadi satu sesi dianggarkan 500 orang murid akan rehat.

Masa yang diperuntukan untuk rehat biasanya antara 25 hingga 30 minit. Jarak dari kelas ke kantin
kadangkala mengambil masa sehingga 5 minit perjalanan. Jadi, jika waktu rehat adalah 30 minit,
masa untuk murid rehat tinggal 20 minit jika ditolak dengan masa perjalanan pergi balik ke kelas.
Dalam masa 20 minit ini, murid-murid terpaksa menunggu giliran untuk mendapatkan makanan,
biasanya seseorang murid mengambil masa 1 hingga 3 minit untuk membeli makanan dan minuman.
Jadi murid hanya tinggal 18 minit untuk makan. Memang masa ini sudah mencukupi untuk murid
makan tetapi cuba fikir pula tentang murid ke-500.

Jadi membawa bekal makanan bukan sahaja menjamin murid dapat makanan yang sihat dan
berkhasiat malah ia dapat menjimatkan masa. Jadi murid tidak perlu terburu-buru untuk
mendapatkan makanan di kantin. Dan baki masa yang ada boleh digunakan untuk aktiviti yang
berfaedah seperti ke perpustakaan dan ke bilik access.
Persatuan pengguna sokong kempen Jom
Bawa Bekal ke Sekolah
Azyyati Ahmad, Astro Awani | Oktober 18, 2014 00:37 MYT

Jom Bawa Bekal ke Sekolah


KUALA LUMPUR: Rata-rata persatuan pengguna menyambut baik kempen Jom Bawa
Bekal ke Sekolah sebagai inisiatif penjimatan kos, juga bagi menjamin kualiti makanan yang
disajikan kepada para pelajar.

Kempen tersebut dilancar bagi menggalakkan pengamalan makanan sihat dan seimbang yang
disediakan dari rumah selain bertujuan menjimatkan wang saku harian.

Menurut Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Mohd Rahimie
Deraman, kempen ini bagus dalam usaha memastikan pelajar mendapat makanan yang
berkhasiat.

CAP sememangnya sudah lama menggalakkan ibu bapa membekalkan pelajar makanan ke
sekolah bagi menjamin makanan yang berkualiti dan selamat.

Kempen ini juga dapat mengelakkan pelajar membeli makanan ringan yang tidak berkhasiat,
makanan luar yang mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi dan pada masa sama
dapat menggalakkan pelajar menabung wang saku harian mereka, kata Rahimie.

Rahimie turut mencadangkan agar kempen ini turut dipraktikkan bersama oleh golongan
pekerja kerana ianya memberikan kebaikan dalam jangka masa panjang.
Kita sedia maklum bahawa bila bekerja setiap hari juga memerlukan kos tertentu, seperti kos
petrol dan makanan. Terutama di bandar, sekali makan kita akan menghabiskan RM10
sehingga RM15. Amalan membawa bekal ini akan memberi banyak kebaikan terutama dalam
jangka masa panjang. Dengan membawa bekal, kita mungkin dapat berjimat RM150
sehingga RM200 setiap bulan.

Namun, amalan membawa bekal akan memberi satu cabaran buat pekerja lelaki terutamanya
kerana rasa malu membawa bekal dan lebih selesa makan di kedai dan bersembang kata
Rahimie lagi.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato Dr Maamor Osman
menyatakan amalan membawa bekal ke sekolah atau ke tempat kerja dapat memupuk kasih
sayang di dalam keluarga.

Sepatutnya ia diamalkan oleh semua orang kerana ia memberi banyak kebaikan dari segi
penjimatan dan menjamin kualiti makanan.

Selain itu, bila isteri memasakkan untuk suami untuk dibawa bekal ke pejabat, ia secara
langsung dapat memupuk kasih sayang dalam keluarga terutamanya kata Dr Maamor yang
turut mengakui bahawa beliau dan keluarga sudah lama mengamalkan amalan membawa
bekal ke sekolah dan ke tempat kerja.

Dr Maamor berkata adalah penting memastikan agar bekalan yang dibawa adalah makanan
yang seimbang nutriennya.

Selain makanan utama, saya juga ingin galakkan agar ramai yang membawa bekal buah-
buahan serta yang paling penting adalah membawa bekal air kerana sering orang terlupa akan
kepentingan buah-buahan dan air dalam memberi nutrien kepada badan, tambah Dr
Maamor.

Begitu juga dengan Persekutuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca) yang turut


menyatakan sokongan penuh kempen Jom Bawa Bekal ke Sekolah ini.

FOMCA menyokong penuh kempen ini kerana ia adalah satu cara dalam memastikan kualiti
makanan para pelajar dan amat sesuai diamalkan dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan
keluarga, kata Setiausaha Agungnya, Dato Paul Selva Raj.

Ketiga-ketiga organisasi ini turut sependapat bahawa kempen ini tidak akan menjejaskan
pendapatan pengusaha kantin atau peniaga kecil.

Isu itu tidak timbul kerana kantin sendiri adalah satu inisiatif dari sekolah dalam
memudahkan ibu bapa yang tiada masa membuat bekal untuk anak, kata Rahimie.

Manakala, Dr Maamor menekankan bahawa perkara tersebut bukan satu isu besar.

Yang penting adalah mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri. Kempen ini mungkin
tidak disahut oleh semua, mungkin ada yang punya kekangan untuk membawa bekal atau
mungkin ada yang tak tahu masak. Jadi, tidak ada isu kempen ini akan menjejaskan
peniagaan pengusaha kantin atau peniaga kecil, kata Dr Maamor.

Selva Raj turut menyatakan bahawa isu tersebut bukanlah sesuatu yang membimbangkan, apa
yang perlu diutamakan adalah kesihatan.

Tidak perlu difikirkan mengenai pendapatan pengusaha kantin atau peniaga kecil akan
terjejas atau tidak, yang penting adalah mengutamakan kesihatan anak-anak. Apabila mereka
makan makanan yang bersih, selamat dan seimbang, ini akan menyumbang kepada kesihatan
yang baik, kata Selva Raj.

Kempen Jom Bawa Bekal ke Sekolah pertama kali dilancarkan oleh Menteri Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan
Malek di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Ampang, Kuala Lumpur.

Ia kemudiannya turut disertai oleh beberapa sekolah lain dan yang terbaru di Sekolah
Kebangsaan Sepri, Rembau.

Anda mungkin juga menyukai