Anda di halaman 1dari 6

KELESTARIAN ALAM SEKITAR TANGUNGJAWAB BERSAMA Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Sekalung penghargaan kepada koordinator bicara, kombinasi intelektual kehakiman bervisi, guru-guru yang saya hormati, peneraju neraca keadilan, seterusnya generasi celik ilmu sekalian yang sudi melapangkan masa. andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya ke mari, bukan untuk bermadah saya kesini, tetapi untuk kita sama-sama menghayati, mendalami dan menyelami mauduk bicara yang berbunyi, melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama.

Warga dewan yang dikasihi sekalian, Sebelum mulut membuka kata, sebelum lidah mengatur bicara, izinkan saya mewartakan dengan lebih jelas pendefinisian melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama sebagai mengekalkan ketulenan alam amanah kita semua. Menurut kamus dewan edisi keempat, kelestarian bermaksud keadaan hutan atau persekitaran yang tidak berubah atau yang terpelihara seperti asal. Alam pula bermaksud dunia atau bumi, sekitar pula membawa makna sekeliling, manakala tanggungjawab pula membawa makna kewajipan yang dipikul oleh seseorang dan bersama membawa makna beserta atau bergandingan.

Hadirin sekalian, Senario melestarian alam sekitar ini mempunyai aspek yang begitu meluas tetapi, jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya terdapat 1 aspek yang perlu dipertekankan dibawah kata kunci tanggungjawab bersama. Justru, saya akan cerakinkan pidato ini kepada empat perspektif utama, pertama bagaimana melestarikan alam melalui kesedaran agama?, kedua apakah peranan kita sebagai individu dalam menjaga dan memulihara alam sekitar?, ketiga apakah kepentingan alam sekitar terutama tumbuhtumbuhan dalam kehidupan kita? dan keempat apakah peranan kita dalam mengelakkan perkara buruk berlaku kepada alam sekitar kita?

Warga dewan yang dikasihi sekalian, Sudah sekian lama, kita didendangkan dengan pelbagai konsep melestarikan alam sekitar, contohnya Cintai Sungai Kita, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Program Persekitaran PBB. Namakan apa sahaja konsep melestarikan alam sekitar, saya pasti kita semua sudah mendengarnya, namun persoalannya, berapa ramai daripada kita yang benar-benar faham apa itu kelestarian alam sekitar, dan merasakan tanggungjawab melestarikan alam sekitar tersebut adalah tanggungjawab bersama. Dan apa yang lebih penting adalah menterjemahkannya dalam kehidupan. Jika benar kita memahaminya, mengapa masih banyak isu alam sekitar diperkatakan dan masih lagi direncanakan untuk

melestarikan alam semulajadi Allah tuhan yang Maha Agung. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Indikator saya yang pertama kelestarian alam sekitar perlu dipupuk dengan kesedaran agama. Allah s.w.t berfirman dalam surah An-Naziaat ayat 30 hingga 33 yang membawa maksud: Dan bumi sesudah itu dihamparkan (untuk kemudahan penduduknya); Dia mengeluarkan bumi itu airnya dan tumbuhtumbuhannya; Dan gunung ganang perlu dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya); (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu. Kebanyakkan kita menganggap alam sekitar yang indah dan hijau adalah kuriniaan Allah semata-

mata. Ia tidak perlu dijaga dan dipulihara. Barangkali fahaman begini menyebabkan manusia tidak berminat dalam hal ini? Menurut ramai ulama, menjaga alam sekitar ini adalah fardhu kifayah. Namun, bagi mereka yang digaji dan diamanahkan bekerja dalam pengurusan alam sekitar, tugas tersebut adalah fardhu ain. Allah memberi amaran kepada golongan yang suka membuat kerosakan di muka bumi, dan ini termasuk perosak alam sekitar sebagaimana firmanNya, Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan kebaikan padanya. (Al-Araaf: ayat 56). Malah ajaran Islam menuntut umatnya memelihara alam sekitar dan bukannya melakukan kemusnahan.

Warga dewan yang dihormati sekalian,

yang dianjurkan Islam iaitu minda, rohani, emosi, dan fizikal. Di sini, saya fokuskan kepada fakulti fizikal manusia yang ironinya perlu kepada makanan, seks, apresiasi dan paling penting di sini komitmen terhadap alam sekitar. Contohnya, kita tinggal dalam rumah yang perlu dibersih dan dikemaskan untuk memastikan persekitaran kita bersih. Secara am kita nampaknya semakin sedar bahawa kepentingan alam sekitar menjangkai keperluan estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Tanpa hutan, tadahan hujan untuk bekalan air akan mengurang dan tanpa udara yang bebas bahan tercemar maka kesihatan awam terganggu. Bagaimanapun, kesedaran ini wujud selepas sesuatu tragedi menyayat hati berlaku contohnya banjir yang berlaku baru-baru ini

Indikator saya yang kedua ialah sebagai individu yang hidup bumi Allah ini, kita berperanan dalam menjaga dan memulihara alam sekitar. Deklarasi demi deklarasi telah dijalankan, memang majoritinya individu sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar, namun segalanya hanya rayuan manis dibibir senyuman sinis yang dilemparkan. Kita sebenarnya tidak sedar bahawa bumi ini bukan milik kita sebaliknya kita hanya meminjam dari generasi yang akan datang. Maklum sudah kita ketahui, telah menjadi fitrah manusia sukakan kepada kebersihan dan keindahan. Hal ini berkaitan dengan sifat manusia yang boleh dibahagikan kepada empat fakulti, sesuai dengan konsep kehidupan

dan merosakkan harta benda, tanah runtuh yang mengorbankan nyawa dan pencemaran air yang menjejaskan kualiti bekalan air minuman. Pada saya adalah lebih baik kesedaran itu wujud sebelum berlakunya sesuatu tragedi kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Indikator saya yang ketiga adalah kepentingan alam sekitar terutama tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan kita. Dalam hal ini, saya suka memetik bab pemuliharaan alam semula jadi yang menjadi prinsip kesembilan Islam Hadhari. Konsep kehidupan manusia tidak terbatas kepada hubungan dengan Allah dan sesame manusia tetapi juga hubungan manusia dengan alam tabii (konsep alam tabii lebih

luas daripada konsep alam sekitar dan ekosistem yang biasa kita fahami). Dalam proses pembangunan, manusia mempunyai kecenderungan menguasai dan mengeksploitasi alam tabii secara berlebihan dengan menggunakan pengetahuan sains dan keupayaan teknologi. Natijahnya, keseimbangan ekosistem tidak dapat dikekalkan. Tragedi tanah runtuh, banjir kilat, hujan asid, pencemaran udara, air dan darat, pemanasan suhu bumi dan sebagainya adalah kesan ketidakstabilan ekosistem yang berpunca daripada aktiviti manusia yang seringkali dikaitkan dengan pembangunan. Tumbuh-tumbuhan yang ada di sekeliling kita membantu mengurangkan kepanasan suhu setempat dan global.

Malah kajian beberapa universiti tempatan mendapati bahawa suhu kawasan di kawasan Lembah Klang yang dikelilingi banyak pokok adalah 5 darjah Celsius lebih rendah berbanding suhu di sekitarnya. Warga dewan yang dihormati sekalian, Indikator saya yang keempat, peranan kita dalam mengelakkan perkara buruk berlaku kepada alam sekitar kita. Ini adalah kerana jika sumber alam seperti tenaga dan aair bersih jika tidak dipulihara lambat-laun akan pupus dan tercemar.

Antara yang paling mudah ialah menggunakan tenaga dan air secara berhemah. Misalnya, menjimatkan penggunaan air semasa berwuduk. Berdasarkan kajian sekumpulan pelajar UTM, secara purata kita menggunakan air sebanyak 5 hingga 10 liter setiap hari ketika berwuduk. Melalui penjimatan air semasa berwuduk, kita hanya menggunakan air sekitar 2 liter sahaja. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah, ayat 222 yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan orang yang sentiasa bersuci.

Ada beberapa cara untuk kita membantu mengurangkan penggunaan tenaga dan juga mengurangkan sumber air secara lestari.

Selain itu, di kebanyakan negara maju seperti Eropah dan Jepun, penggunaan kenderaan dikaitkan dengan komitmen dan minda lestari. Ia berikutan kesedaran penduduknya tentang pencemaran alam sekitar melalui asap kenderaan dan pelepasan gas karbon dioksida menerusi proses pembakaran karbon. Malah bagi mereka yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pelestarian alam sekitar, berkereta ke tempat kerja itu seolah-olah melakukan satu dosa besar. Bukan saya katakan tidak perlu berkereta tetapi kita perlu mengurangkan penggunaannya.

Warga dewan yang bijak bestari, Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas dengan menguatkuasakan undang-undang alam sekitar di Negara kita sekaligus mengenakan denda yang sebati dengan kesalahan yang dilakukan sepertimana yang termaktub dalam seksyen 29 akta kualiti alam 1974 yang menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan kerosakan alam sekitar boleh didenda RM500 000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau keduaduanya sekali. Hal ini kerana segelintir individu masih lagi tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang mencabul keindahan alam sedangkan kita dituntut menjaga kebersihan dan mencintai alam sekitar begitu juga. Mahatma Gandhi, emimpin india tersohor ada mengatakan bumi pada hari

ini hanya mencukupi bagi orang biasa tetapi tidak kepada orang yang tamak haloba, yang membawa maksud mereka yang mencemarkan alam sekitar demi mendapatkan keuntungan tidak berhak keatas bumi ini. Kata-kata ini membuatkan saya cukup terpanggil untuk mengajak saudara saudari memikirkan kepentingan manusia melestarikan alam sekitar kita. Harus di kejut mana yang lena, Harus ditegur mana yang alpa. Sebelum manusia ditimpa bencana, Sebelum alam mulai berbicara. Oleh itu,bukalah mata seluasnya dan sama-sama kita memulakan anjakkan paradigma dangan menanamkan semangat cintakan alam sekitar.ingatlah alam cemerlang,hidup gemilang.

Jadi anda bayangkan andainya alam boleh berbicara dan mungkin inilah luahan perasaan sebatang pokok meranti ataupun seekor semut merah.konklusinya manusia mengancam manusia yang terancam. Persoalannya demi mengejar sesuatu kemajuan,haruskah alam menjadi taruhan? Fikir-fikirkan agar masalah ini tidak akan berleluasa sehingga mengakibatkan ledakan tsunami di jepun, gunung merapi memuntahkan lavanya,dan taufan Katrina serta Wilma Amarika. Tepuk dada tanyalah minda,tepuk dahi fikirlah sendiri, melestarikan alam sekitar tanggungjawab kita bersama.

Anda mungkin juga menyukai