Anda di halaman 1dari 5

Pidato: Alam sekitar tanggungjawab kita bersama

Andai terbentang lautan api,


berenang juga saya kemari.
bukan untuk bermadah saya kesini,

tetapi untuk sama-sama kita hayati dan mendalami, mauduk bicara yang
berbunyi alam sekitar tanggungjawab bersama. Sekalung aprisiasi saya
hulurkan buat saudara pengerusi, kombinasi intelektual kehakiman bervisi,
guru-guru yang saya hormati, seterusnya hadirin hadirat yang di kasihi.
Assalammualaikum dan Salam Malaysia Madani buat anda yang sudi
melapangkan masa di sini.
Warga dewan yang dikasihi sekalian,
Sebelum mulut membuka kata, sebelum lidah mengalun bicara, saya
mewartakan dengan lebih jelas pendefinisian alam sekitar tanggungjawab
bersama sebagai alam sekitar amanah kita semua. Senario ini mempunyai aspek
yang begitu meluas tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya
terdapat 1 aspek yang perlu ditekankan dibawah kata kunci “tanggungjawab
bersama”. Sebenarnya alam sekitar bagaikan aur dengan tebing hubungannya
dengan manusia, kerana manusia dan alam sekitar memerlukan antara satu sama
lain. Justeru alam sekitar perlu dilestarikan agar seluruh organisma di bumi ini
dapat hidup dengan selesa dan harmoni.
Saya akan pecahkan tajuk saya ini kepada tiga kompenan utama.
Yang pertama akan saya kupaskan punca-punca kemusnahan alam
sekitar, keduanya kesan-kesan kemusnahan alam sekitar dan seterusnya inisiatif
dalam melestarikan alam sekitar. Semuanya tidak lain dan tidak bukan tetap
teguh bertunjangkan tema alam sekitar tanggungjawab bersama.
Hadirin sekalian,
Kompenan saya yang pertama adalah punca-punca kemusnahan
alam sekitar. Kemusnahan terhadap alam sekitar terjadi angkara perbuatan
manusia yang tidak mematuhi peraturan atau undang-undang negara. Tindakan
tersebut juga dikaitkan dengan sikap ingin mengaut keuntungan maksimum dan
mengurangkan bebanan kos yang ditanggung. Aktiviti ekonomi seperti
pembukaan kawasan perumahan dan perindustrian yang baru diperlukan, tetapi
ekosistem sesebuah kawasan tersebut perlu dipelihara. Penebangan hutan dan
penarahan bukit tanpa ada tindakan pemuliharaan telah menyebabkan flora dan
fauna kehilangan habitat tempat tinggal. Tangan-tangan rakus manusia inilah
telah menyebabkan bencana atau malapetaka melanda. Jean-Jacques Rousseau
mengatakan “Alam telah membuat manusia menjadi bahagia dan baik, tetapi
masyarakat mencelakakan dia dan membuatnya sengsara.”. Kata-kata yang
terlalu besar ertinya itu membuatkan saya terpanggil mengajak seisi dewan
sama-sama memikirkan alam sekitar kita.
Pada masa yang sama, antara dimensi lain yang menyebabkan
pencemaran ini adalah kelonggaran dasar atau polisi kerajaan dalam
kepentingan alam sekitar. Kerajaan telah mengimplementasikan Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah,
menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling
daripada pencemaran meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut,
namun pencemaran masih berlaku secara berleluasa. Bak kata peribahasa
Melayu, seperti melepaskan batuk ditangga yang bermaksud perlakuan kerja
yang dilakukan secara sambil lewa. Jikalau kita lihat, kepupusan haiwan
semakin menjadi-jadi, pembangunan secara lestari tidak dilaksana sehingga
berlaku pencemaran yang memakan diri. Hal ini umpama jari-jari liar yang
rakus menerkam mangsanya. 
Warga dewan yang dihormati,
Kita terus meneroka dengan komponen kedua saya iaitu kesan-kesan
kemusnahan alam sekitar. Dipetik dari Malaysia Hari Ini, para akademik
mendapati bahawa dua pertiga daripada ekosistem yang seimbang yang dikaji,
telah mengalami kerosakan di tangan manusia sepanjang setengah abad yang
lalu. Sepanjang 50 tahun yang lalu, manusia telah mengubah ekosistem dengan
pantas dan meluas berbanding mana-mana waktu dalam sejarah manusia,
kebanyakannya bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk keperluan
harian manusia. Seluruh akibatnya, hanya kini, kian nampak jelas. Lebih kurang
15 dari 23 ekosistem yang utama bagi kehidupan atas bumi telah mengalami
kerosakan yang serius
Kesan buruk dapat dilihat dan dialami oleh seluruh masyarakat dunia
akibat masalah pencemaran. Isu pencemaran alam merupakan masalah
peringkat global yang turut melanda negara seluruh dunia. Mungkin sesebuah
negara itu telah, sedang dan akan mengalami krisis ini. Kegagalan sesebuah
negara menangani pencemaran alam turut melepasi sempadan negara apabila
kesannya turut dirasai di negara lain. Maka, sudah tentulah isu alam sekitar
sering menjadi duri dalam daging hubungan dua negara yang berjiran. Sedekad
lalu, masyarakat dunia heboh dengan masalah penipisan lapisan ozon. Kejadian
itu selalu menjadi igauan ngeri bagi generasi kini dan akan datang. Aktiviti
harian manusia sudah pasti tidak lepas daripada menghasilkan bahan buangan.
Siding dewan yang dimuliakan,
Komponen ketiga akan saya utarakan, bagi melestarikan alam sekitar
langkah proaktif perlu diambil dengan melaksanakan kempen kesedaran alam
sekitar. Tujuannya bukanlah untuk membebankan mahupun menyusahkan
hadirin, sebaliknya meminimumkan masalah pencemaran alam yang berlaku
secara abnormal, sepertimana proses penebangan dan pembakaran hutan untuk
tujuan pembangunan, yang kononnya untuk menjimatkan masa, tenaga serta
mengelakkan bebanan kos. Deklarasi demi deklarasi telah dijalankan, memang
majoritinya semua individu sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar
namun segalanya umpama menanam tebu di bibir, melemparkan janji-janji
manis namun terselit senyuman sinis. Kita sebenarnya tidak sedar bahawa bumi
ini bukan milik kita sebaliknya kita hanya meminjam dari generasi yang akan
datang. Senario ini secara tidak langsung dapat memberi kesedaran kepada
masyarakat tentang kepentingan alam sekitar, enak lauk di kunyah-kunyah, enak
kata diulang-ulang, sekiranya kempen tentang kepenting melestarikan alam
sekitar ini sering diulangi, acapkali didengar, sudah pasti setiap individu dalam
masyarakat merasakan tanggungjawab yang harus dipikul dalam mengekalkan
keindahan alam sekitar.
Seterusnya, pandangan dari sudut lain, pihak berkuasa perlu mengambil
tindakan tegas dengan menguatkuasakan undang-undang alam sekitar di negara
kita sekaligus mengenakan denda yang sebati dengan kesalahan yang dilakukan
sepertimana yang termaktub dalam seksyen 29 akta kualiti alam 1974 yang
menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan kerosakan alam sekitar boleh
didenda RM 500,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
sekali. Hal ini kerana segelintir individu masih lagi tidak
bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang mencabul keindahan
alam sedangkan kita dituntut menjaga kebersihan dan mencintai alam sekitar
begitu juga Mahatma Gandhi,pemimpin india tersohor ada mengatakan bumi
pada hari ini hanya mencukupi bagi orang biasa tetapi tidak kepada orang yang
tamak haloba, yang membawa maksud mereka yang mencemarkan alam sekitar
demi mendapatkan keuntungan tidak berhak keatas bumi ini.

Warga dewan sekalian,

Berseri putih kain puteri,


Pula ditambah hiasan beribu,
Alam merintih tanpa disedari,
Kesan apakah bakal berlaku.
Oleh itu, bukalah mata bukalah hati dan sama-sama kita memulakan
anjakkan paradigma dangan menanamkan semangat cintak akan alam sekitar.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berkata
tanggungjawab memelihara alam dan persekitaran semulajadi adalah
tanggungjawab bersama dan ia perlu dilaksanakan secara berterusan dalam apa
keadaan sekalipun. Kita telah melihat kesan akibat daripada pembangunan yang
tidak teratur dan hanya menekankan faktor keuntungan semata-mata.
Persoalannya demi mengejar sesuatu kemajuan, haruskah alam menjadi
taruhan? Fikir-fikirkan agar masalah ini tidak akan berleluasa sehingga
mengakibatkan ledakan tsunami di Jepun, gunung merapi memuntahkan
lavanya dan taufan Katrina serta Wilma Amarika. Konklusinya manusia
mengancam, manusia yang terancam. Tepuk dada tanyalah minda,“alam sekitar
tanggungjawab kita bersama”.
Sekian……………………

Anda mungkin juga menyukai