Anda di halaman 1dari 6

BAHAGIAN C

RINGKASAN

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis sebuah ringkasan tentang
kesan-kesan pencemaran udara kepada manusia dan alam sekitar. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud petikan asal.

Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang
meresap dan menjadi sebahagian udara. Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia
yang menghidap pelbagai penyakit, khususnya penyakit berkaitan pernafasan akibat menghidu udara
yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem
pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Hal ini boleh menyebabkan
implikasi yang kronik terhadap sistem pernafasan manusia terutamanya kepada mereka yang mwnghidap
penyakit berkaitan pernafasan.

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman dalam proses fotosintesis dan
tumbesaran. Udara yang mengandungi bahan pencemar akan mengakibatkan kekurangan karbon dioksida
untuk proses penghasilan klorofil. Hal ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu
tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada
pokok-pokok dan tumbuhan. Implikasinya tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit
dan hasil keluarannya akan terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga akan memberikan kesan kepada iklim global dan setempat.
Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air
dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini akan mengalir dan meresap ke dalam tanah seterusnya
memusnahkan galian dalam tanah menyebabkannya menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan
pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang akan memberikan
kesan menyeluruh kepada bumi.

Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga akan merosakkan bangunan-bangunan. Bangunan-

bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Hal ini
kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak
balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan
kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita akibat ampaian
bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon). CFC juga dikatakan telah mengakibatkan lapisan
ozon kita menjadi nipis dan bocor. Hal ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan
ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Keadaan ini mengakibatkan kandungan karbon
dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat.

Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat
manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih ketat perlu
digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan
industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada http://mazlan66.wordpress.com )

Tugasan :
ialah

Isi 1

Isi 2

Isi 3

Isi 4

Isi 5

Isi 6

_____________________________________________________________________________________

____________
BAHAGIAN C
RUMUSAN

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis satu rumusan yang panjangnya
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah
maksud petikan asal.

Pencemaran udara dikaitkan dengan bahan-bahan sintetik dan lain-lain pengotor berbahaya yang
meresap dan menjadi sebahagian udara. Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia
yang menghidap pelbagai penyakit, khususnya penyakit berkaitan pernafasan akibat menghidu udara
yang tercemar. Manusia memerlukan udara bersih untuk hidup. Jika udara yang dihidu tercemar, sistem
pernafasannya akan menyerap pelbagai bahan pencemar ke dalam paru-paru. Hal ini boleh menyebabkan
implikasi yang kronik terhadap sistem pernafasan manusia terutamanya kepada mereka yang mwnghidap
penyakit berkaitan pernafasan.

Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman dalam proses fotosintesis dan
tumbesaran. Udara yang mengandungi bahan pencemar akan mengakibatkan kekurangan karbon dioksida
untuk proses penghasilan klorofil. Hal ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Tisu-tisu
tumbuhan juga mengalami masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada
pokok-pokok dan tumbuhan. Implikasinya tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit
dan hasil keluarannya akan terancam.

Selain itu, pencemaran udara juga akan memberikan kesan kepada iklim global dan setempat.
Pelbagai bahan kimia buangan seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida akan larut dengan wap air
dan akan turun sebagai hujan asid. Hujan asid ini akan mengalir dan meresap ke dalam tanah seterusnya
memusnahkan galian dalam tanah menyebabkannya menjadi tidak subur. Kehadiran bahan-bahan
pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem yang akan memberikan
kesan menyeluruh kepada bumi.

Tidak ketinggalan, pencemaran udara juga akan merosakkan bangunan-bangunan. Bangunan-

bangunan, khususnya yang diperbuat daripada batu kapur boleh mengalami keretakan dan roboh. Hal ini
kerana bahan-bahan pencemar yang terdiri daripada bahan kimia berbahaya akan lekat dan bertindak
balas ke atas batu dan meretakkan bangunan. Bangunan-bangunan akan rapuh, terurai, lemah, pudar dan
kotor. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk membaiki dan memulihkannya.

Di samping itu, pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita akibat ampaian
bahan-bahan pencemar seperti CFC (kloroflora karbon). CFC juga dikatakan telah mengakibatkan lapisan
ozon kita menjadi nipis dan bocor. Hal ini kerana bahan-bahan tersebut bertindak balas dengan lapisan
ozon sehingga menguraikan oksigen yang membentuknya. Keadaan ini mengakibatkan kandungan karbon
dioksida dalam udara meningkat serta memberi kesan rumah hijau dan kepanasan bumi akan meningkat.

Kesimpulannya, memandangkan pencemaran udara ini memberi kesan menyeluruh kepada umat
manusia, maka langkah-langkah menyeluruh perlu diambil. Undang-undang yang lebih ketat perlu
digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah. Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan
industri ke atas pencemaran udara dapat diminimumkan.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada http://mazlan66.wordpress.com )

Petikan membincangkan ……………( IDEA UTAMA )…………………………………………………

Antara …………………………TUGASAN………………………………………….. ialah ………………

IDEA SAMPINGAN 1. Selain itu, …………………………IDEA SAMPINGAN 2……. Dan
………………………….IDEA SAMPINGAN 3. Seterusnya ……………………………………………………
….IDEA SAMPINGAN 4. Malahan juga ……………………….IDEA SAMPINGAN 5 …………………..
Dan ……………………………IDEA SAMPINGAN 6………………..

Kesimpulannya, semua pihak haruslah sederap langkah …( cadangan )…………. Supaya……

………………. Malaysia menjadi sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang..(KESAN )
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan berikut menggunakan perkataan anda sendiri.

1. Berikan maksud rangkaian kata implikasi yang kronik seperti yang terdapat dalam
petikan.
(2 markah)
________________________________________________________________________
______________________________________________________________________
2. Nyatakan beberapa langkah yang perlu diambil untuk membendung masalah pencemaran
udara ?
(4 markah)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
____________________________________________________________________
3. Pada pendapat anda, mengapakah masih ada lagi pihak yang melakukan pencemaran
udara seperti pembakaran terbuka?
(4 markah)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
____________________________________________________________________

Cadangan Jawapan.

1. Kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia yang menghidap pelbagai
penyakit, khususnya penyakit berkaitan pernafasan
2. Pencemaran udara juga memberi kesan kepada tanaman dalam proses fotosintesis dan tumbesaran
3. tumbuh-tumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannya akan terancam.
4. pencemaran udara juga akan memberikan kesan kepada iklim global dan setempat.
5. Kehadiran bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan
ekosistem yang akan memberikan kesan menyeluruh kepada bumi.
6. pencemaran udara juga akan merosakkan bangunan-bangunan.
7. pencemaran udara juga memberi kesan ke atas atmosfera kita akibat ampaian bahan-bahan
pencemar.
8. CFC juga dikatakan telah mengakibatkan lapisan ozon kita menjadi nipis dan bocor.
Soalan Pemahaman:

1. Maksud implikasi yang kronik ialah

implikasi Yang kronik

Kesan Yang teruk
Akibat Yang parah
Bahana
Padah
mudarat

2. Langkah yang perlu diambil untuk membendung masalah pencemaran udara ialah

Undang-undang yang lebih ketat perlu digubal dan penguatkuasaannya perlu ditambah.
Satu pelan induk industri juga perlu dirangka agar kesan industri ke atas pencemaran
udara dapat diminimumkan.

3. - Mengambil jalan yang mudah dan murah untuk membersihkan sesuatu kawasan.
- Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan akibat buruk yang bakal berlaku
- Tidak mengetahui kesan buruk yang bakal berlaku akibat pembakaran terbuka.
- Kurangnya penguatkuasaan undang-undang terhapat orang yang melakukan pembakaran
terbuka.

( Jawapan-jawapan lain yang bersesuaian diterima )

Anda mungkin juga menyukai