Anda di halaman 1dari 12

KARANGAN JENIS SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

KARANGAN JENIS SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 1)Surat kiriman tidak rasmi ialah surat yang biasanya ditulis kepada ahli keluarga atau sahabat handai. 2)Biasanya ditulis dengan tujuan untuk memberitahu sesuatu perkara seperti : a) Surat ucap tahniah b) Surat ucap takziah c) Bertanya khabar berita d) Menceritakan empat-tempat menarik di Malaysia kepada sahabat e) Pengalaman di tempat baru seperti di sekolah baru f) Surat minta kebenaran ibu bapa / penjaga g) Membalas surat yang dihantar oleh orang lain dan sebagainya

Teknik Menulis Surat Kiriman Tidak Rasmi i. Mulakan menulis surat dengan bertanyakan khabar dan menceritakan keadaan kesihatan penulis. ii. Jika membalas surat, sebelum menanyakan sesuatu , terlebih dahulu jawab pertanyaan yang dikemukakan sebelum ini. iii.Gunakan panggilan mengikut usia atau pangkat seperti nenda, ayahanda , ibunda / bonda , kakanda / kanda , adinda , anakanda , dan cucunda. iv. Jangan menggunakan ganti nama aku, awak, ataupun kamu. v. Akhiri surat dengan salam, penghargaan, terima kasih dan keinginan untuk berutus surat lagi.

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi


( Alamat Penulis )................................................ ............. ..... Tarikh : PERENGGAN PERTAMA (BAHAGIAN PENDAHULUAN) (Menulis pembuka kata/ ayat menghadap surat) Menemui sahabatku, Noor Fairuz semoga sihat sejahtera. Bersama-sama kehadiran warkah ini, saya iringi saudara dengan doa dan restu semoga memperoleh kesejahteraan. Bagi saya serta keluarga di malaysia masih dalam situasi yang sihat .. Saudara Noor/ Saudari Lily (menulis kata panggilan hormat) ( Ada baiknya sesuatu isi disampaikan dalam PERENGAN KEDUA (BAHAGIAN ISI) perenggan yang berasingan) Sebagai rakan dan negara yang hidup berjiran ... ..
(Hal-hal yang ingin disampaikan / dinyatakan)

Saudara Noor/ Saudari Lily (menulis kata panggilan hormat) PERENGGAN KETIGA HINGGA KELIMA (ISI SETERUSNYA) Di pihak pemerintahan pula, kerajaan Malaysia .................................................................................... .. PERENGGAN PENUTUP (Ucapan terima kasih, selamat maju jaya/ kata-kata harapan) Mengakhiri bicara ini dan bingkisan takziah ini

PENGAKUAN PENGIRIM (TANDATANGAN)

Yang benar, .................... (Nama Huruf Besar )

LATIHAN GERAK KERJA (KARANGAN 2)


SOALAN: Anda telah diumumkan sebagai pelajar cemerlang dalam sesuatu majlis yang diadakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri. Anda telah menerima ucapan tahniah daripada beberapa orang sahabat pena anda dari seluruh negara. Salah seorang sahabat pena tersebut begitu berminat untuk mengikuti jejak langkah anda dan ingin mengetahui cara-cara belajar yang anda amalkan. Balas surat rakan anda itu dengan menerangkan cara-cara belajar tersebut.

MENJAGA KESIHATAN DENGAN SEBAIKNYA

SENTIASA MENDEKATI GURU DAN MENGHARGAI KEBOLEHAN MEREKA

BERDOA KEPADA TUHAN

CARA-CARA BELAJAR

MEMPUNYAI SEMANGAT UNTUK BERJAYA

MEMPUNYAI MINAT UNTUK BELAJAR BERSUNGGUHSUNGGUH

FAKTOR PENGURUSAN MASA AMAT PENTING

RANGKA KARANGAN
BAHAGIAN PENDAHULUAN: -kata penghadapan surat. Contohnya: Dengan penuh kesyukuran, saya mengambil kesempatan di sini untuk melahirkan rasa bangga atas kemurahan-Nya memberikan limpah rahmat kepada saya. Saya bersyukur kerana masih sihat dan riang selalu di samping ahli keluarga tersayang. Saya percaya saudari juga tentu berada dalam keadaan sihat sejahtera.

BAHAGIAN ISI: a) Minat yang mendalam -Berterima kasih kepada rakan anda dan semua rakan dari seluruh negara yang telah mengirimkan ucapan tahnia atas kejayaan kamu cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lepas. -Saudari telah menunjukkan minat yang mendalam untuk mencapai kejayaan. -Dengan minat yang ditunjukkan itu sudah pasti suatu sentuhan ajaib bakal menjadi tenaga penggerak dalaman untuk berjaya dengan cemerlang. -Semua teknik yang sedang saudari guna pakai menepati amalan yang saya amalkan. -Saya amat pasti jika strategi itu dilakukan secara berterusan, saya percaya saudari bakal menyerlah malah mendapat keputusan yang cemerlang daripada keputusan yang saya perolehi.

b) Berdoa kepada Tuhan. -sentiasa mendekatkan diri kepada tuhan. -akan berasa seolah-olah memeperoleh suatu tenaga baru untuk melipatgandakan usaha. c) Faktor pengurusan masa -sebagai pelajar, tidak dinafikan faktor masa amat penting kepada kita. -saudari juga perlu mempunyai jadual waktu yang konsisten dan masa belajar yang tekal hendaklah dipraktikkan dengan sebaik mungkin.

d) Sentiasa mendekati dan menghormati guru. -sentiasa berkomunikasi dengan guru untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan guru. -saudari juga perlu menghormati guru untuk memudahkan saudari memperoleh ilmu dan berjaya dalam pelajaran.

e)Faktor kesihatan. -saudari juga harus menitikberatkan soal kesihatan kerana kesihatan merupakan suatu nikmat. -saudari juga perlu mengamalkan cara hidup yang sihat kerana dapat membantu proses perkembangan otak.

BAHAGIAN PENUTUP: -Sampai di sini dahulu buat selingkar kisah pertemuan kita. -Semoga cara tersebut dapat membantu saudari untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

TAMAT.

Anda mungkin juga menyukai