Anda di halaman 1dari 8

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.

Tingkatan Tarikh / Hari Masa Bilangan Murid Mata pelajaran Tajuk : 3 Ibnu Sina : 10 Disember 2013 ( Selasa) : 10.00 11.00 pagi (60 minit) : 30 orang : Bahasa Melayu : Peribahasa Melayu

Hasil pembelajaran : Pada akhir kelas, murid-murid akan dapat : i) Menyatakan sesuatu perkara yang didengar dan dialami dengan menggunakan bahasa yang sesuai. ii) Memahami maksud peribahasa dan penggunaannya berdasarkan bahan yang diberi. iii)Mengukuhkan pemahaman tentang peribahasa yang pernah dipelajari dan yang akan dipelajari. Pengetahuan sedia ada : i) Mengetahui ii) Pernah membaca , mencatat dan menulis beberapa jenis peribahasa. Bahan : i ) Komputer riba ii ) Tayangan video iii) Gambar (power point) iv) Teks kemalangan jalan raya v) Lembaran kerja vi) Kad perkataan vii) Kertas A4 : i) Rasional ii) Toleransi iii)Mematuhi peraturan dan undang-undang

Penerapan nilai

Langkah / Masa

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran

Catatan

Set Induksi (10 minit)

1) Memberi beberapa contoh gabungan rangkai kata seperti: a) Kacang lupakan kulit b) Seperti tikus baiki labu c) Ringan tulang d) Bagai aur dengan tebing e) Bagai lembu dicucuk hidung 2) Pelajar meneka topik yang hendak diajarkan oleh guru.

1) Guru bertanya kepada pelajar tentang topik yang hendak dipelajari dengan memberikan beberapa contoh gabungan rangkai kata 2) Guru mengarahkan pelajar untuk menonton video. 3) Guru bersoal-jawab dengan para pelajar tentang video kenderaan yang mengekori dengan jarak yang dekat boleh mengundang berlakunya kemalangan jalan raya

BBM: Tayangan Video Kemahiran: Berfikir dan mendengar Nilai: Berusaha

3) Pelajar menonton video dan guru memberi soalan kepada pelajar seperti: a) Berikan perkara-perkara yang dapat lihat melalui tayangan video tersebut? 4) Guru memberikan gambaran b) Bagaimanakah kejadian tersebut sebenar tentang video dan boleh terjadi? memberikan pembayang kepada c) Apakah pengajaran dan pelajar untuk mengetahui peribahasa yang terdapat dalam peribahasa yang terdapat dalam tayangan video tersebut tayangan video melalui gabungan gambar yang terdapat 4) Menyenaraikan peribahasa yang dalam power point terdapat daripada video seperti: a) Biar lambat asal selamat 5) Pelajar dikehendaki memberikan b) Sesal dahulu pendapatan, sesal maksud setiap peribahasa dan kemudian tiada gunanya membuat perbincangan bersama c) Malang tidak berbau guru d) Sudah terhantuk baru terngadah e) Yang baik buat teladan, yang 6) Guru memberikan kesimpulan jahat buat sempadan tentang topik yang hendak dipelajari kepada pelajar. 5) Memberi peribahasa yang terdapat dalam video contohnya: a) Biar lambat asal selamat Maksud: Jangan terburu-buru melakukan sesuatu pekerjaan sebaliknya lakukannya dengan penuh kesabaran demi kebaikan bersama-sama.

1) Petikan: Faktor-faktor kemalangan jalan raya (rujuk lampiran 1) Perkembangan 2) Membahagikan pelajar kepada 6 Langkah 1 kumpulan dan setiap kumpulan ( 10 minit ) terdiri daripada 5 orang pelajar 3) Membaca petikan secara kuat dengan sebutan dan intonasi yang betul. 4) Menggariskan perkataan yang sukar: Perenggan 2:
Faktor pertama kemalangan jalan raya berlaku kebiasaannya disebabkan oleh kelalaian manusia sebelum memulakan perjalanan. Mereka sering alpa untuk memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak menghantar kenderaan tersebut untuk diselenggara di pusat servis. Akibatnya, keadaan kenderaan mereka itu akan menjejaskan perjalanan mereka untuk pulang ke kampung. Keadaan kereta yang tidak diservis dan tayar yang botak ini akan mengakibatkan kereta itu mudah hilang kawalan terutamanya ketika hujan dan seterusnya menyebabkan berlakunya kemalangan maut. Oleh itu, kesan daripada manusia yang alpa dan tidak mengambil berat keadaan kenderaan mereka itu menyebabkan kemalangan tersebut berlaku.

1) Guru memberi petikan kepada setiap pelajar 2) Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti berkumpulan 3) Guru meminta murid membaca petikan secara kuat: a) secara kelas b) secara kumpulan 4) Guru meminta murid mencari dan menggariskan perkataan sukar daripada petikan 5) Pelajar dikehendaki mencari maksud perkataan 6) Guru membincangkan tentang isi petikan

BBM: Petikan Kemahiran: KBKK Nilai: prihatin bijak

5) Mencari maksud melalui kamus yang telah dibekalkan kepada setiap kumpulan dan membincangkan setiap isi petikan karangan ini. a) Memberi maksud pekataan sukar Perkataan: alpa Maksud: lalai, kurang mengendahkan b) Perbincangan isi petikan: Perenggan pertama: Pengenalan tajuk yang berkaitan seperti setiap musim perayaan kerap berlaku kemalangan jalan raya yang menjadi mimpi buruk bagi setiap yang pernah mengalaminya.

Langkah 2 (25 minit)

1) Membuat perbincangan secara berkumpulan untuk mencari dan mencatatkan seberapa banyak peribahasa yang terdapat dalam petikan tersebut: a) Pelajar menyenaraikan dan menulis peribahasa yang telah dijumpai daripada petikan teks tersebut di dalam kertas mahjung. b) Pelajar berbincang dan menulis peribahasa yang ditemui. 2) Pembentangan setiap wakil kumpulan tentang peribahasa dan maksud berserta contoh di dalam petikan teks. 3) Rumusan aktiviti membuat perbandingan dan memaparkan hasil murid dan guru. Hasil guru: a) Sediakan payung sebelum hujan b) Malang tidak berbau c) Biar lambat asal selamat d) Nasi sudah jadi bubur e) Alah bisa tegal biasa Hasil murid: a) Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya b) Sudah terhantuk baru terngadah c) Biar lambat asal selamat d) Malang tidak berbau 4) Pelajar menyebut peribahasa yang ditampal di papan hitam dan bertepuk tangan tanda sokongan kepada rakan.

1) Guru meminta ahli kumpulan mencari dan menyenaraikan seberapa banyak peribahasa yang terdapat dalam petikan dan berikan maksudnya. 2) Pelajar menulis seberapa banyak peribahasa yang telah dijumpai 3) Guru memanggil wakil kumpulan membentangkan hasil dapatan murid 4) Guru merumuskan aktiviti murid dan bandingkan hasil murid dengan peribahasa yang guru ada.( guru menampalkan beberapa peribahasa yang telah guru disediakan ) 5) Guru meminta murid membaca peribahasa yang telah ditampal.

BBM: Kad perkataan (berkaitan peribahasa) kertas sebak Nilai: Prihatin Cepat bertindak Berhati-hati

Langkah 3 (10 minit )

1) Pelajar diberikan lembaran kerja 1) Guru memberikan lembaran kerja yang mengandungi latihan berbentuk kepada murid. (rujuk lampiran 2) melengkapkan ayat. Melengkapkan ayat yang mengandungi simpulan 2) Murid membuat lembaran kerja bahasa yang betul. yang diberikan kepada pelajar. Contoh: Kita mestilah sentiasa _________ 3) Guru membacakan arahan soalan agar perjalanan selamat sampai ke kepada semua murid. Murid destinasi dengan lancar. dikehendaki untuk melengkapkan ayat dengan menggunakan peribahasa yang sesuai.

BBM : Lembaran kerja (latihan) KBKK Menjana idea

2) Pengayaan: 4) Pelajar dikehendaki menulis 10 ~ Tulis 10 peribahasa yang baru beserta peribahasa dan mencatat 5 maksud dalam buku latihan peribahasa yang baru dalam buku latihan. 3) Pemulihan : ~ Catat 5 sahaja peribahasa yang telah 5) Guru membincangkan hasil kerja dipelajari dalam buku latihan. murid dan minta membuat pembetulan Penutup ( 5 minit ) 1) Rumusan isi pelajaran 2) Sebutkan peribahasa yang telah dipelajari pada hari ini. 3) Menyatakan nilai yang diperolehi daripada pelajaran hari ini. 1) Guru merumuskan isi pelajaran sambil meminta murid menyebut beberapa peribahasa yang telah dipelajari 2) Pelajar menyebut kembali beberapa perkataan peribahasa yang telah dipelajari. 3) Guru menyatakan nilai murni yang ada pada murid. 4) Pelajar menyebut beberapa nilai yang terdapat dalam p&p ini. Kemahiran: Merumuskan dan Menyatakan rumusan

PETIKAN KEMALANGAN JALAN RAYA


LAMPIRAN 1 Apabila musim perayaan menjelang tiba, anggota masyarakat di Malaysia begitu ghairah untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, terutamanya golongan perantau yang mencari rezeki di kota raya. Perasaan mereka bagai digamit rindu untuk pulang ke kampung dan bertemu dengan ahli keluarga yang sudah lama tidak ditemui. Namun demikian, selain perasaan yang begitu teruja itu, anggota masyarakat pasti akan mendengar berita tentang kemalangan maut yang sangat menyayat hati kita. Kemalangan maut yang sering berlaku pada musim perayaan ini disebabkan oleh pelbagai faktor. Dengan kata lain, terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan ini dan cadangan untuk mengatasinya. Faktor pertama kemalangan jalan raya berlaku kebiasaannya disebabkan oleh kelalaian manusia sebelum memulakan perjalanan. Mereka sering alpa untuk memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang baik dan tidak menghantar kenderaan tersebut untuk diselenggara di pusat servis. Akibatnya, keadaan kenderaan mereka itu akan menjejaskan perjalanan mereka untuk pulang ke kampung. Keadaan kereta yang tidak diservis dan tayar yang botak ini akan mengakibatkan kereta itu mudah hilang kawalan terutamanya ketika hujan dan seterusnya menyebabkan berlakunya kemalangan maut. Oleh itu, kesan daripada manusia yang alpa dan tidak mengambil berat keadaan kenderaan mereka itu menyebabkan kemalangan tersebut berlaku. Faktor kedua kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap manusia yang gagal merancang perjalanan dan bersikap terburu-buru semasa berada di jalan raya. Anggota masyarakat tidak merancang perjalanan mereka dengan teliti iaitu dengan menentukan waktu yang sesuai untuk bertolak ke kampung supaya mereka tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang merupakan suatu penyiksaan kepada pengguna jalan raya. Perkara ini seterusnya akan menyebabkan sesetengah pengguna jalan raya yang tidak sabar dan mengikut nafsu itu melakukan kesalahan seperti memotong kenderaan di garisan berkembar atau di bahagian bahu jalan. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini seterusnya akan menyebabkan kemalangan berlaku. Faktor seterusnya yang menyebabkan kemalangan berlaku disebabkan oleh keadaan jalan raya yang kurang memuaskan hati penggunanya. Walaupun masyarakat sudah merancang perjalanan dan menyelenggara kenderaan mereka, kemalangan tetap juga berlaku. Hal ini berlaku demikian kerana keadaan jalan raya yang berlubang-lubang dan tidak rata akan menyebabkan tayar kereta tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya. Kesan seterusnya, apabila pengguna jalan raya melalui kawasan tersebut, kenderaan mereka mungkin akan terbabas dan sukar untuk dikawal. Kenderaan mereka mungkin akan berlanggar dengan kenderaan lain atau melanggar pembahagi jalan dan perkara ini akan menyebabkan kemalangan berlaku. Oleh itu, keadaan atau faktor jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik turut menyebabkan kemalangan maut berlaku. Kemalangan maut ini dapat diatasi dengan pelbagai kaedah, antaranya melalui kempen-kempen di media massa dan papan iklan di tepi jalan atau lebuh raya. Radio dan televisyen boleh memaparkan iklan kepada audien supaya mereka tidak lupa akan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh mereka sebelum memulakan perjalanan. Sebagai contohnya, mereka boleh memaparkan iklan tentang pemandu yang letih dan mengantuk ketika memandu kenderaan dan mereka perlu berhenti di kawasan rehat. Kempen dan iklan seperti itu dirasakan berkesan kerana para pengguna jalan raya dapat melihat iklan tersebut dengan mudah. Jelaslah di sini bahawa melalui kempen, perkara itu akan mengingatkan mereka tentang bahaya kemalangan jalan raya. Langkah seterusnya yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan iaitu melalui Jabatan Kerja Raya adalah dengan memastikan jalan-jalan raya di Malaysia berada dalam keadaan yang baik. Perkara ini perlu dilakukan bagi memudahkan pengguna menggunakannya tanpa perasaan bimbang atau takut. Semua jalan raya yang berlubang perlu diturap dengan sempurna supaya dapat menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Selain

itu, permukaan jalan yang tidak rata haruslah diratakan supaya pengguna berasa selesa ketika memandu kenderaan serta melancarkan perjalanan anggota masyarakat yang hendak pulang ke kampung halaman mereka. Jadi, keadaan jalan raya yang baik dapat mengurangkan kemalangan maut yang berlaku di negara kita. Konklusinya, pengguna jalan raya haruslah lebih berwaspada dan berhati-hati ketika hendak memulakan perjalanan dan pandulah kenderaan dengan cermat kerana pandu cermat jiwa selamat. Sekiranya masyarakat tidak mematuhi etika pemanduan yang betul maka kemalangan maut ini boleh berlaku tanpa mengira masa. Mereka perlu ingat akan orang yang tersayang yang sedang menanti kepulangan mereka di rumah atau di kampung. Oleh itu, semua anggota masyarakat dan kerajaan haruslah berganding bahu untuk memastikan kadar peningkatan kemalangan maut dapat diatasi dengan memainkan peranan masing-masing secara berkesan. Dengan cara itu kita berharap agar masyarakat di Malaysia dapat hidup sejahtera tanpa dibelenggu oleh masalah yang berpunca daripada kemalangan jalan raya.

LAMPIRAN 2 Latihan Perbahasa Pilih dan lengkapkan peribahasa yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah. carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga sekali kena, dua kali tahu melepaskan batuk di tangga hujan jatuh ke pasir bagai kelip-kelip terbang malam kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan murai tercabut ekor ditelan mati emak, diluah mati bapa bagai duduk di atas duri Sudah terhantuk baru terngadah

1. Lela yang suka bercakap banyak itu tidak ubah seperti ___________________. 2. Puas ibu menasihati Kadir namun tidak diendahkan. Nasihat ibu bagai ___________. 3. Lawatan Yang berhormat Menteri Besar Johor ke kampung itu memang ditunggu-tunggu oleh penduduk kampung, bak kata orang______________________________. 4. Ingat, __________________________, kata ketua kumpulan itu kepada anggota-anggotanya supaya tidak membocorkan rahsia kumpulan. 5. Kassim sudah serik untuk membeli telefon bimbit daripada penjual di kaki lima bangunan itu kerana baginya ___________________________. 6. Perbuatan Tony bagai ____________________ kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberi oleh gurunya dengan sempurna. 7. Abang dan kakak berbaik-baik semula setelah seminggu tidak bertegur sapa, seperti kata pepatah __________________________. 8. Samy bagai ___________________. Dia serba salah untuk membuat pilihan sama ada mahu menyambung pelajaran atau bekerja sahaja di kampung. 9. Kegiatan Johari yang memproses dan mengedar dadah itu terbongkar ______________. 10. Mariah ____________________________ kerana bimbang akan disabitkan dengan kes rasuah yang dilakukannya.

Anda mungkin juga menyukai