Anda di halaman 1dari 22

CERPEN: MELLISA

Oleh: Abdullah Hussain BUKU JUARA M/S:N15 & N 16 BUKU KUPASAN: M/S:145

SINOPSIS
Mellisa berasa tidak tenteram selepas berjumpa dengan Syahid di pejabat surat khabar. Kejadian itu membuatkan dia teringat akan arwah Hisyam iaitu kawannya semasa dia kecil. Mellisa teringat akan kemesraannya semasa bersama Hisyam. Mereka selalu bermain bersama dan Hisyam pernah menyatakan ingin berkahwin dengannya setelah mereka dewasa.

Malangnya, Hisyam telah terkorban dalam peristiwa 13 Mei. Peristiwa tersebut telah menyebabkan Mellisa mengambil latihan ilmiah dalam bidang sejarah. Mellisa dapat mengetahui punca berlaku rusuhan kaum setelah dia berjaya menyiapkan tesis setebal 215 muka surat.

Mellisa mendapati peristiwa itu berlaku disebabkan oleh penjajah yang mengamalkan dasar memisahkan kaum berdasarkan geografi. Contohnya, orang Melayu dibiarkan tinggal di kampung

orang cina ditempatkan di kawasan bandar.

manakala orang India dibiarkan menjadi buruh di kebunkebun getah.

Dasar tersebut telah menyebabkan polarisasi kaum semakin menebal walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan. Mellisa telah berpeluang menemu bual seorang mangsa yang terlibat dalam peristiwa 13 Mei. Hubungan Syahid dan Mellisa pula semakin intim

Namun hubungan mereka tidak lama apabila Mellisa terpaksa meninggalkan Syahid kerana menyertai pasukan Angkatan Tentera Malaysia Mellisa tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang lagi.

TEMA:
Cinta suci dan semangat kental seorang gadis yang terpisah daripada kekasih yang berlainan bangsa akibat rusuhan kaum.

PERSOALAN
Sejarah indah dalam hidup Pengorbanan demi cinta suci terhadap negara. Korban persengketaan antara kaum Tanggungjawab semua pihak dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara. Perbezaan kelas sosial yang wujud dalam kalangan kaum.

WATAK DAN PERWATAKAN (MELLISA)


gadis cina yang lincah, suka bercakap dan bersikap terbuka. Seorang terpelajar lulusan universiti. Penyayang Memiliki daya ingatan yang tinggi. Berpendirian tegas. DAVID COTH

WATAK DAN PERWATAKAN (HISYAM)


Berketurunan Minang Amat menyayangi Mellisa Mempunyai cita-cita yang tinggi Seorang yang warak dan rajin pergi ke masjid Anak yang baik dan rajin Berani

WATAK DAN PERWATAKAN (SYAHID)


Pengarang syarikat surat khabar Berani Seiras wajah Hisyam Pandai bercerita

WATAK DAN PERWATAKAN (FARID)


Seorang terpelajar Pernah menjadi pensyarah Mellisa Penyabar Berbadan kurus dan sederhana tinggi serta berkulit cerah.

LATAR
1) Latar tempat di pejabat Syahid di rumah Mellisa di kawasan sawah padi

di kawasan rumah setinggan

2) LATAR MASA
Pada hari Sabtu ketika Syahid dan Mellisa makan bersama Semasa berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

3) Latar masyarakat Masyarakat pelajar yang gigih berusaha. Masyarakat miskin yang tinggal di rumah setinggan Masyarakat berbilang bangsa yang dipisahkan oleh geografi Masyarakat Cina yang berkawan baik dengan masyarakt Melayu.

Gaya bahasa
1) Simile Farid tersenyum macam mengejek (hal.157) 2) Peribahasa Keras kepala (hal.156) 3) Personifikasi Kakinya sudah mengajaknya pulang (hal. 165) 4) Sinkope Memikat hatiku (hal.157) 5) Bahasa asing tape (hal. 166) 6) Metafora punat bisul rusuhan (hal. 164) 7) Repitisi dia suka mendengar bicaranya. Suka melihat mimik mulanya. Suka melihat senyumannya. (hal. 155)

NILAI
Nilai kasih sayang Nilai kesetiaan Nilai kegigihan Nilai keikhlasan Nilai cinta akan negara Nilai berani Nilai tidak berdendam

PENGAJARAN
Kita haruslah sedar bahawa perbalahan antara kaum hanya membawa musibah. Kita haruslah gigih dalam melakukan sesuatu perkara. Kita mestilah mempunyai semangat nasionalisme yang kuat. Janganlah berdendam sesama manusia

BUKU TWITTER M/S 91-92


1)Faktor utama berlakunya rusuhan kaum ialah dasar penjajah yang meletakkan orang Melayu tinggal di kampung-kampung sebagai petani dan nelayan. Selain itu, penjajah meletakkan orang Cina di bandar-bandar. Akhir sekali, penjajah telah membiarkan orang India menjadi buruh di kebunkebun getah. (pilih 2 isi sahaja)

BUKU TWITTER M/S 91-92


2)Masalah perkauman

dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dibendung sekiranya semua kanak-kanak dihantar ke Sekolah Kebangsaan. Selain itu, para pemimpin jangan sesekali menimbulkan isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan kaum-kaum. Akhir sekali, setiap rakyat Malaysia perlu sedar bahawa keharmonian kaum amat penting untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara.

3)Latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ialah masyarakat berbilang kaum yang dipisahkan oleh faktor geografi. Contohnya, orang Melayu tinggal di kampung, orang Cina di bandar, orang India tinggal di ladang. Latar masyarakat dalam cerpen ialah masyarakat yang sanggup membunuh kerana perbezaan kaum. Contohnya, ketika berlakunya rusuhan 13 Mei, masyarakat sanggup membunuh kaum lain untuk membalas dendam. Buat latihan buku komsas m/s 167. Jawapan m/s 233

Anda mungkin juga menyukai