Anda di halaman 1dari 23

Abdullah Hussain

Cinta seorang gadis Cina terhadap seorang pemuda Melayu yang masih mekar dan kekal dalam hati meskipun masa beredar dan jejaka tersebut tiada lagi di dunia.

Setelah dewasa, dia membuat tesis tentang rusuhan 13 Mei. Namun begitu, dia terpaksa mengorbankan cintanya demi kedaulatan negara.

PERSOALAN

Terusterang

Pengarang Seiras Hisyam

FARID
Pensyarah Penyabar

Suka berhujah

Memahami

Kurus

Latar Tempat
- Pejabat surat khabar - Rumah Mei - Jalan Petaling - Kampung setinggan tempat Hisyam tinggal - Kampung Baru/ Jalan Raja Mahadi

Latar Masa
-Masa kini- 35 tahun setelah peristiwa 13 Mei (sekitar 1990an) -Masa lalu- 15 tahun selepas peristiwa 13 Mei (sekitar 1970an) -Masa lalu- ketika Mei berusia 5 tahun

Latar Masyarakat
Masyarakat Yang Gigih Berusaha Melissa contoh kepada rakyat yang gigih belajar sehingga ke universiti. Beliau juga telah membuat kajian punca kejadian peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Masyarakat Yang Tinggal Di Rumah Setinggan Hisyam digambarkan sebagai keluarga miskin yang terpaksa tinggal di rumah setinggan di pinggir ibu kota. Masyarakat Malaysia Yang Berbilang Bangsa Malaysia kaya dengan masyarakat yang berbilang bangsa iaitu orang Melayu, Cina, dan India termasuk Inggeris. Ini adalah hasil penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Walaupun Inggeris mengamalkan dasar pecah dan perintah, namun perpaduan kaum tetap terjalin antara kaumkaum di negara ini. Melissa gadis Cina telah berkawan dengan Hisyam, Syahid dan Farid tanpa sebarang prasangka.

Per

laa

Perke ba ga Kli aks Peleraia

Plot
Permulaan
Mei terkejut apabila melihat Syahid yang persis Hisyam ketika mereka diperkenalkan oleh Farid di pejabat surat khabar. Bagi Mei, Hisyam seolah-olah hidup dalam diri Syahid menyebabkan dia begitu senang berbual dan menerima ajakan Syahid untuk makan tengah hari. Mei telah jatuh hati kepada Syahid.

Perkembangan
Mei teringat akan Hisyam, kekasihnya waktu kecil yang selalu bermain dan main masak-masak dengannya. Mei teringat akan Hisyam yang menyatakan hasrat menjadikan dia sebagai isteri apabila mereka dewasa. Mei cuba menilai pertemuannya dengan Syahid dan merasakan Syahid jelmaan Hisyam

Mei teringat akan Hisyam yang telah meninggal dunia dalam rusuhan kaum 13 Mei. Dia amat sedih kerana ketika itu usianya 5 tahun. Mei menjangka, jika Hisyam hidup, tentu umurnya sudah 30 tahun dan telah menjadi tentera atau peguam. Mei teringat akan Hisyam yang menumbuk budak lelaki Inggeris yang memegang tangannya. Mei berasa bangga kerana Hisyam mempertahankannya dan Hisyam ialah heronya. Mei teringat kenangannya dengan Hisyam ketika meniti permatang sawah dan terjatuh ke dalam lumpur ketika melompat dan teringat akan Atan yang selalu diusik oleh budak-budak kampung. Mei membuat tesis tentang rusuhan kaum dan antara respondennya ialah perempian Cina yang mengalami sendiri peristiwa hitam 13 Mei. Hubungan Mei dan Syahid semakin akrab sejak makan siang pada hari Sabtu.

Puncak (Klimaks)
Mei meninggalkan Syahid tanpa pesan dan Syahid amat marah kerana terasa dipermainkan. Mei ada sebab tersendiri kerana dia ada tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Mei terpaksa melupakan angan-angannya menjadi kekasih yang baik dan isteri yang taat. Mei menyerahkan jodohnya pada Tuhan.

Peleraian
Mei sayang kepada negara dan bangsa. Dia mengambil keputusan mengabdikan diri untuk negara sebelum dia mati. Dia hanya ingin melihat negara dan rakyat hidup aman, damai dan semua kaum hidup harmoni sebagai bangsa merdeka dan berjaya. Mei tidak mahu peristiwa 13 Mei yang meragut nyawa orang yang disayanginya terjadi lagi. Kini kekasih sejati Mei ialah M16.

Teknik Plot
Dialog Ini Syahid, kata farid memperkenalkan lelaki itu kepadanya. Rasanya kita sudah pernah berjumpa, kata Syahid agak tidak mahu [M/S 153] Monolog Dalaman Aku tidak pernah bertemu dengan orang ini sebelum ini, bawah sedarnya berbisik. Namanya, ya pernah aku dengar sebab selalu disebut-sebut[M/S 154]

Imbas kembali Melissa teringat peristiwa 15 tahun lalu ketika dia menjalankan kajian dan penyelidikan tentang peristiwa 13 Mei, iaitu dia mewawancara wanita Cina yang berusia 40 tahun untuk tesis Sarjana Muda bidang Sejarah [M/S 162] Imbas muka Melissa merasakan cinta antaranya dan Syahid juga akan berkecai dan jangkaan ini benar apabila mereka terpisah kerana Melissa menjadi tentera [M/S 158] Saspens Pembaca tertanya-tanya mengapakah hubungan Melisa dan Syahid terputus

Hiperbola
Darah tersembur naik ke mukanya.

Bahasa Inggeris
by line, masters, tape

Bahasa Indonesia
langka (jarang berlaku)

Bahasa daerah
berlutin (berlumur dengan lumpur)

Personifikasi
- bawah sedarnya berbisik - perasaan yang mengusik hatinya - hilang ditelan lorong

Simile
gembira seperti sepasang merpati

Metafora punat bisul rusuhan, gigi hutan Sinkope kau, tak, mau, saja Peribahasa bertegang urat

Nilai Murni
Kasih Sayang Sayang akan kekasih seperti Melissa menyanyangi Hisyam yang berlainan keturunan. Rasional Melissa berfikiran rasional dan tiada curiga kepada kaum lain atau orang Melayu. Setia Melissa terasa kehilangan seorang sahabat karib seperti Hisyam. Sehingga sekarang beliau masih lagi teringat-ingat walaupun Hisyam telah lama meninggal dunia. Kepada Melissa, sukar bagi beliau untuk mencari pengganti. Ikhlas Melissa gigih berusaha sehingga ke universiti. Beliau telah mendapat ijazah dalam bidang sejarah dan sekarang sedang menyambung pelajarannya dalam sarjana sejarah di Universiti Malaya. Pengorbanan Melissa sanggup berkorban dengan melupakan soal hati dan persaannya terhadap Syahid yang kacak dan menjadi rebutan ramai wanita demi masa depan dan keamanan negaraya dicintainya.

Semangat patriotisme-Melissa sangat sayang kepada negara Malaysia sehingga beliau berkhimat dalam bidang ketenteraan. Beliau tidak mungkin balik ke China walupun keluarganya berasal dari sana. Tidak berdendam-Walaupun peristiwa 13 Mei telah meragut banyak nyawa di kedua- dua pihak, namun Melissa tidak mempunyai perasaan dendam kepada orang Melayu

Kita perlu bersikap rasional dan tidak berprasangka antara kaum atas alasan perbezaan warna kulit ataupun amalan budaya. Kita perlu memiliki semangat patriotik untuk mempertahankan kedaulatan tanah air. Kita perlu memupuk semangat perpaduan dan kasih sayang demi kesejahteraan hidup. Kita wajar sedia berkorban demi kepentingan negara berbanding kepentingan diri sendiri.

Anda mungkin juga menyukai